Saturday, December 16, 2006

perpatah

Rasanya hanya di Malaya apabila sesuatu tindakkan kerajaan tidak disenangi oleh rakyat, maka rakyatnya akan bertindak. Yang menulis blog akan membincangkannya. Yang bersajak akan mula mengarang bait-bait puisi. Yang kuat bertekak akan mula bertegang leher marah dan setuju. Yang menulis novel, err..tidak.

Yang menulis novel biasanya jarang terlibat dalam memperkatakan misalnya harga minyak yang tidak munasabah atau tol jalanraya yang naik dan naik kerana mereka ada banyak lagi isu yang lebih penting untuk di novelkan. Kekasih yang mempunyai nama seperti dewa kayangan yang menderita penyakit misteri misalnya atau masalah rumahtangga yang agaknya sampai kiamat akan menjadi sebahagian cara hidup masyarakat melayu Malaya jika kita percaya kepada para penulis novel dan pembikin filimnya.

Akhbar jarang menyiarkan kemarahan rakyat kerana terpaksa berebut ruang dengan berita cantumkoyak kemaluan para artis. Dan mereka (akhbar) tahu rakyat lebih suka membaca tentang panjangpendek (umur pernikahan, bukan apa yang kamu sangkakan) para penghibur.

Setelah genap 2 minggu berbincang diblog atau bersajak atau bertekak, rakyat Malaya akan kembali asal dengan satu tekad baru iaitu berkerja lebih kuat untuk membayar harga minyak dan tol.

Sebagai membalas jasa kuatkerja kalian, kerajaan Malaya akan memberikan kenaikkan gaji awal tahun depan kerana 100% rakyat Malaya adalah anggota kerjanya.

Syabbas! Tepuk bahu kalian diatas kegigihan masing-masing. Nanti dimasa acara kongsi raya kamu akan dijamu dengan makanan yang dibeli dengan wang kamu sendiri. Itulah yang dikatakan kongsikaya. Kamu diberi makan dalam pinggan kertas dan para menteri hadir untuk mentertawakan kamu.

Akhirkata, marilah kita sama-sama memikirkan maksud perpatah ini, 'berkeris-berkeris juga, C4 jangan dilupa.'

20 comments:

Pa'chik said...

Lena mereka sudah terlalu panjang. Otak pun sudah semakin beku untuk menilai, maka dibiarkan saja diri mereka terus dilacurkan.
Org melaya ni bepegang kepada alah bisa tegal biasa.

Kat Rahmat said...

Nice.

Anonymous said...

sgt hebat blog abdullah..
pemes ngat abdullahjones ni d manchester..hahahahaha

tuan tanah said...

wow, makan dalam!
:)

blackpurple @ jowopinter said...

Kita memang suka mentertawakan diri sendiri ... :D

Anonymous said...

org melayu..dah lama jadi tuah..raja adil raja disembah..sukar nak jadi jebat...

surat khabar..tu tak pernah betul...penipu smuanya..cuma keputusan 4 angka je yg betul dan tepat

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

bukan perpatah..pepatah la

MHidzir aka Embun said...

Ha?

Cantumkoyak kemaluan artis?
Oh..

Aku kena puasa ni..

Anonymous said...

aj, izinkan aku menulis novel - ya, sekarang.

Anonymous said...

encik aj.. jika berkesempatan update la blog encik setiap hari.. saya suka.. ;)

Sayuti said...

saya kalau jadi 'terrorist' dalam permainan 'counter-strike', sangat suka membawa c4 ke kawasan sasaran. kalau ada yang cuba 'defuse' setelah saya 'plant' c4 berkenaan, saya akan cucuk dengan pisau dari belakang. konon2nya mencucuk keris ke perut lawan. kemudian saya akan ketawa berdekah2 di depan skrin.

sekian.

Anonymous said...

dlm perhimpunan agung akan datang kami akan menjulang keris lagi dan berteriak:"jgn panggil kami melayu kalau keris ini tidak bergelumang dgn darah si abdullah jones durhaka"

kemudian jones akan telefon ketua kami. dan ketua kami suruh timbalan ketua kami memberi amaran kepada kami. supaya kami tidak terlalu celupar ketika berucap dalam perhimpunan itu. (bersambung)

Anonymous said...

haha..pedas pedas...pahni kalu ade openhouse aku akan pegi.duit aku ade jugak tu.

bluecherry @ fai said...

Kata-kata ambil masa
Buka mata mereka
Tak pun kita butakan saja..

Unknown said...

dan minum dgn cawan kertas juge...

sinaganaga said...
This comment has been removed by a blog administrator.
sinaganaga said...

Berjuang dari jauh - itu PONDAN namanya! Ha ha.

Meh le balik Malaya, berjuang dari sini, kita pakat2 kudeta, kita lantik diri sendiri jadi menteri! Ha ha.

Lepas jadi menteri, kita tabur janji2, "kite buat sume ni untuk RAKYAT, tau!" Ha ha.

Anonymous said...

saya percaya jikalau AJ jadi pak menteri pasti akan membawa perbezaan..nama AJ aje dah macam dewa kayangan. :p

Anonymous said...

Wah,sensasinya.Tergelak sekali,entri ini.KenAPA ya?