Wednesday, August 23, 2006

kita

'She's gospel.' Kata Spencer dengan suara agak kuat dan penuh bangga. Dia menceritakan kepada saya betapa isterinya seorang yang kuat beragama.Berbuih-buih mulutnya bercerita. Bangga sungguh. Dia sendiri lebih senang tidak bertuhan. Kecuali di masa-masa tertentu dia akan menyeru pertolongan dari tuhan puak Viking. Atau mencium tatu Raja Viking di lengannya bila menang £3 wang loteri tanda syukur.

Alah, seperti kamu yang bangga bila mendengar khabar angin yang Michael Jackson dan Neil Armstrong masuk Islam. Bangga tak tentu hala. Kembang hidung tak tentu pasal.

'Aku harap anak-anak aku ikut ibunya.' Tambahnya lagi, sedikit perlahan, sedikit sayu.Mungkin mengantuk. Mungkin mabuk.

Alah, seperti kamu yang kelam kabut menghantar anak ke kelas fardhu ain sedang kamu sendiri kencing tak sudah-sudah berdiri.

10 comments:

Anonymous said...

iman tak boleh diwarisi, bang. kalau diri sendiri baik, tak tentu anak pun baik. hantar anak ke sekolah agama adalah satu usaha untuk kedua-dua pihak. bukan untuk anak sahaja. doa dari anak yang soleh adalah amalan yg berterusan untuk kita walaupun kita dah mampus.

Unknown said...

mmmm....better save my comment to myself because i don't have something nice to say about this N3 this time.

AJ bro! keep on writing.....

Anonymous said...

Sudah lama terfikir slogan Kemerdekaan Negara "KeranaMu Malaysia"... bukankah sebagai muslim yang islam apapun dibuat niatnya kerana Allah! Adakah ini cubaan merosakkan iman anak-anak kecil yang baru belajar tentang Iman, Islam dll? Bukan tidak patriotik, entah kenapa bila melihat kata-kata KeranaMu Malaysia, saya jadi sedikit terkilan...

Anonymous said...

heh heh. SUKA paragraf terakhir.

di rumah kedua orang tua saya, kaum-kaum lelaki dalam keluarga (ayah dan adik-adik lelaki) dah diajar wee-wee duduk. not so much of fardhu ain, tapi mereka semua sedar yang kadang-kadang kalau mereka 'aim' baik pun, masih terpercik-percik keluar. hancing.

di pejabat dulu, kami kaum perempuan pernah tampal signage ni dalam tandas tamu:

"Dear Gentlemen, Our AIM is to keep the toilet clean; Your AIM is to aim straight, thank you."

blackpurple @ jowopinter said...

Hidayah tak mendekati jiwa yang gelap....

Sayuti said...

itulah itu.

Rie said...

woit woit tok jones, aku kencing duduk. selalunya lah.

MDM FARAH FAIZURA said...

menghantar anak kesekolah

dengan harapan dia bisa menjadi anak

yang
soleh dan
mendoakan ayahnya
nanti di kubur

supaya terhapus seksanya dari dosanya kencing berdiri (jika ia dianggap dosa)

ehehe

Literature Sushi said...

Cikgu kencing berdiri, anak murid kencing berlari... emmm.. camne aaa? boleh ke di buat sebenarnya (kencing berlari)?

hakim dirani said...

assalamualaikum,

betul tu!

bukan setakat kencing berdiri, semayang pon tidak.

tapi kalau anaknya soleh dia tetap akan doakan si ayah yang sudah mati.