Friday, August 04, 2006

kain

dari email:

Yo! Bro AJ.

Camna nak tau kalu kite dah buat silap dan apa nak buat?

You Rock!
Adios.

MIMI.

jawab email:

Yo! Yo! Ma!

Macam kamu pakai seluar dalam terbalik. Orang tidak tahu tapi kamu tahu. Dan jika mereka tahu sekalipun mereka tidak peduli kerana orang sekarang ramai yang tidak memakai seluar dalam. Yang telanjang pun ramai.

Apa Nak buat? Pergi cari tempat yang sunyi-sunyi dan segera mentidakterbalikkan seluar dalam itu.

No! I did not berak in the rok!
Angley-angley-ariba.

AJ.


Ishhhh, kadang-kadang rasanya mahu segera pulang dan menetap dan membuka pusat kaunseling dan motivasi di Malaya kerana nampaknya ramai di antara kamu yang bermasalah dan sangat bodoh. Mahu bertambah-tambah kekayaan saya agaknya. Kemudian masuk politik. Kalau UMNO tak mahu, saya masuk PAS. Mana tahu Kalau PAS menang bolehlah saya jadi Menteri Besar Selangor.

29 comments:

Anonymous said...

kelik ganu ah AJ. Deris nok pakai org macam AJ.Hadi pulok nok cari ahli pemikir hebat macam AJ.

Allah selamatkan Terengganu

el-Maaniq said...

Hahaha. Pusat kaunseling dan motivasi? Haha.

Tapi kenapa di Selangor?

Anonymous said...

Penulis blog jadi pakar motibasi pas tu masuk Politik? Oooo...Siropol(seripahhh) yang tipu 20 juta tu adik mung la yea?

Sya said...

Tinggi angan-angan Tuan Jones

el-Maaniq said...

Buai laju-laju!

Anonymous said...

cepatlah balik, cepatlah masuk politik, cepatlah jadi MB S'ngor

adibah abdullah said...

salam.

Memang orang tidak nampak pun seluar dalam orang lain. Pakai atau tidak, terbalik atau tidak, tiada siapa yang tahu. Tapi manusia memang suka membuat spekulasi dan komen-komen tentang seluar dalam orang yang hakikatnya mereka tidak nampak pun.Patutkah seseorang itu naik marah kalau dia dituduh tidak memakai seluar dalam sedangkan dia sentiasa memakainya dengan betul(tidak terbalik) dan membasuhnya setiap hari?

Daripada masuk politik, lebih baik teruskan jadi motivator. Kurang rasa bersalah. Kurang dibenci dan lebih banyak peminat.

salam, meowwww...

dugongsenyum said...

takyah balik malayalah. kat malaya tulis blog kena pantau nanti ekekekee

Literature Sushi said...

semua org tahu superman pakai seluar dalam warna merah kat luar... tak de hal pun...

Unknown said...

nak balik malaya? mana location ni?

your N3 always makes me think n ponder. love reading it.

Anonymous said...

Waduh! AJ, berat ni..sampai tak boleh ANGKAT!! :)>-

Obefiend Weiland said...

dah lama tak senyum dan tergelak (sambil tidak lupa dunia) ketika baca blog encik jones. hahha.. funny man. great. hilang kebosanan dan geram bile tengok badan orang lebonan jadi topping pizza pagi tadi. hehe

sila balik malaya. bila cecah saja kaki dah datang polis angkat naik bas hitam.lepas tu hilang selamanya

blog pun nak pantau. tak ke bodoh. orang nak tuka agama tak mahu pantau. orang hisap dadah sampai mak kena tikam tak pantau.. salah betul

Anonymous said...

http://seni-kehidupan.blogspot.com/

Anonymous said...

Aku syak seluar dalam Maria Ozawa caler putih *ahaks*

tuan tanah said...

kalau betul Jones masuk politik, saya undi kamu. :)

Anonymous said...

ramai yang bermasalah dan bodoh?
hmm mudah nye untuk buat kesimpulan stereotypical

Ku Keng said...

Bro,

Saya dah menghebahkan kemungkinan anda menjadi YB dalam entri terbaru saya. Selepas anda menjadi YB, syorkan supaya Malaya merdeka sekali lagi. Merdeka dari ketidakadaan undang-undang.

Airmas sz said...

Sdr AJ unguleke nalade beb,

Macam mana pula kalau seluar dalam itu berlobang ...

you hip hop

engeporenge

blackpurple @ jowopinter said...

Walau anda pakai simbol payung sekalipun nanti, kami blogger tetap akan undi ...

Sayuti said...

Mimi,

kamu tahu kamu buat silap bila ada orang tegur kamu buat silap. contohnya, ibu bapa kamu atau bos kamu atau kawan2 kamu. seperti mana kamu, mereka juga tidak sabar2 untuk mencari kesilapan kamu dan menegur.

kalau kamu dah tahu kamu buat silap dengan teguran mereka, sila minta maaf kepada orang yang terlibat dan betulkanlah kesilapan kamu itu. kemudian, beringatlah agar kesilapan tersebut tidak diulangi.

ini adalah proses pembelajaran. kamu tidak harus malu. melainkan kamu bertelanjang sambil menyanyi lagu nasyid dalam bilik mandi. itu kesilapan besar yang sangat memalukan.

jika kamu tidak ditegur tapi kamu masih rasa kamu buat silap, kamu perasan sebenarnya. maka, tak perlu kamu tutup muka kamu dengan tapak tangan.

sekian, terima kasih.

sayuti.

cc: encik abdullahjones.

adibah abdullah said...

salam.
penentu paling mustahak sama ada kita telah berbuat silap atau tidak adalah keyakinan.
kalau agama berkata anda berbuat silap, tetapi anda tidak yakin dengan agama, anda tidak akan rasa anda silap.
justeru, pada persepsi anda, anda tidak silap. anda tidak akan tahu anda berbuat silap.
keyakinan itu kunci.
meowww...

Anonymous said...

AJ,

Kalau tersilap pakai seluar dalam orang lain pula macam mana ya? Ha ha ha ha.

Selamat kembali ke dunia blogging!

Pegawai Khalwat said...

Hang nak balik Malaya?

Ha ha ha....

Anonymous said...

jangan, kerusi MB selangor, panas!

Anonymous said...

Sir AJ,

tak..aku tak akan undi kamu.

nanti kau terpaksa menjaga kata-kata takut nanti menjadi isu semasa.

adibah abdullah said...

salam.
tak takut ke cakap bab politik dan undi nih?
saya takut.

Jannah said...

tidak tahu buat salah=kesedaran pemakaian seluar dalam.

wow.

analogy yang memerlukan pemikiran tinggi.

ku tak sampai lagi.

Anonymous said...

bagus la tu. elok sungguh.

Anonymous said...

Enjoyed a lot!
»