Wednesday, July 26, 2006

belah

"Mujur aku menikah denga jaga Kak Long oiii". Kata Salwa dalam loghat Perlis. Dia orang perlis jadi dia loghat Perlislah.

Kata-kata itu jika kamu baca sambil lalu memang tidak mengambarkan apa-apa. Cuma bila ianya di tulis oleh saya, kamu mula menyangka yang bukan-bukan. Sebenarnya dalam kata-kata itu terkandung berbagai emosi. Ada bangga, ada puas hati, ada gembira dan ada perasaan memadanmukakan orang lain.

Semasa mahu menikah dengan Nik Azwan yakni si abang jaga itu, Salwa mendapat tentangan dari semua pihak. Ibubapanya tidak setuju. Kawan-kawannya sama. Sehinggakan pejabat agama juga meminta dia menandatangani surat yang mengatakan yang Salwa tidak akan menuntut apa-apa dari suaminya nanti. Macam nikah Misyar yang heboh sedikit masa dulu cuma Salwa menikah 2 tahun sebelum kecoh kisah nikah Misyar.

Pertama kerana abang jaga ni kerja jaga. (Saya tahulah kamu tahu, cuma saya nak bagi tahu sekali lagi takut-takut kamu lupa) Kedua kerana abang jaga ni tua sikit dari Salwa, 14 tahun beza rasanya. Ketiganya adalah kerana abang jaga ini sudah berkeluarga (ya, Salwa menjadi isteri kedua) dan keempatnya ialah Salwa adalah pensyarah di tempat mana Nik Azwan menjadi jaga.

Kira macam antara dua darjat.

Jangan tanya saya bagaimana kisah cinta mereka. Saya tidak tahu. Kerana jodoh mereka kuat, mereka jadi bernikah. Emak Nik Azwan sendiri yang datang meminang Salwa.

" Abang Nik tutup pagaq la pagi tu, biasanya dia tak tutup ". Kata Salwa bercerita.

Kereta Salwa di langgar lari di tempat letak kereta tempat dia mengajar. Rosak teruk. Mujurlah ada pelajar yang nampak dan mengambil nombor kereta yang melanggar dan memberikan nombor tersebut kepada Salwa dan Salwa menyerahkan nombor itu kepada Nik Azwan.

Jika di hari-hari lain, pemandu bebas keluar masuk ke pusat pengajian tempat Salwa dan NikAzwan berkerja dengan hanya melambai tangan kepada Nik, hari itu mereka diteliti satu persatu.

" Hang tau, mula dia tak mau mengaku, Abang Nik jegil mata, buat-buat naik hangin, hah! kecut perut dia, dan dan tu juga mengaku ". Cerita Salwa lagi.

Peristiwa ini membuatkan Salwa sangat bersyukur bernikah dengan jaga kerana jika tidak dia harus mengeluarkan sendiri belanja membaiki keretanya. Saya percaya dia ingin khabarkan kepada semua orang yang menentang pernikahannya dulu tahu akan kisah ini. Tahu yang keputusanya menikah dengan jaga adalah tepat.

" Pueh ati aku Kak Long oiii ". Tambah Salwa mengakhiri perbualan.

Yang penting menikah. Tuhan suka.

p/s: Kisah di atas tidak ada kena mengena dengan kisah kawin yang satu lagi itu.
MBA, saya akan cuba ingat dan terima kasih dan selamat memanjat Fuji.
Naga, Mary yang buta rasanya.
Bigfoot, saya suka cara kamu memahami. Dan jika boleh linkkan diri kamu bukannya linkkan kepada duasen. Apapun, saya suka kamu dan duasen.
Tuan Tanah, terima kasih kerana baca lagi.
Adibah, selamat berkrusus.
Jannah, hi.
Zizie, bila kamu tulis kamu kecewa baru saya perasan yang yang juga kecewa menulis nama itu.

Yang lain-lain nantilah jika saya sudi saya akan menjawab komen-komen kamu. Dan saya mengambil keputusan untuk tidak lagi memadamkan komen yang tidak bernama kerana ada di antara kamu yang tidak makan diajar.

16 comments:

Airmas sz said...

AJ terlalu mistik cerita kamu kali ini , aku tak tahu mana hujung mana pangkal ...

Anonymous said...

saya doakan pernikahan Salwa dan Nik Azwan berkekalan hingga ke padang mashyar.

Unknown said...

AJ, first time membaca tulisan di blog ini maksudnya first time juga sampai kesini.

menarik.... akan datang melangok lagi kesini.

Anonymous said...

AJ, ini cerita betul ke?

wow! yang pasti, cinta itu buta!...

Nik Azwan ni mesti ada x-factor!..hmm...apa ya?

Aku Bukan Bidadari said...

mampu tersengih..

Anonymous said...

Dah banyak kali baca tulisan anda tapi baru kali ni hendak komen.

Cerita 2 darjat yg. ringkas tapi banyak rempah ratus dalamnya.

Jannah said...

U2 bilang,

Love is blindness,
I don't wanna see,
Won't you wrap the night,
Around me,
Take my heart,
Blindness.

Kut lecturer itu kesepian, dan abang jaga sudi berkawan, maka mereka pun bercinta dan kahwin.

Sekian.

Ku Keng said...

Bro.,

Sebelum MBA membuat komen, baik betulkan ejaan. Ayat pertama dah ada kesilapan eja. Kah kah.

Literature Sushi said...

jodoh tu namanya... macam ct & K jugek... he..he..

tuan tanah said...

betul katamu Jones, membaca ayat pertama sahaja telah buat saya tertanya-tanya apa yang menarik sangat kes pernikahan Salwa dengan si abang jaga itu.

Semoga berkekalan hendaknya.

zizie ali said...

membaca tulisan jones kali ini membuat saya sangat insaf bahawa tiap sesuatu ada hikmahnya. kadang-kadang hikmah tu terserlah agak lambat.

blackpurple @ jowopinter said...

Itulah. Kadang-kadang pilihan kita bukan pilihan kesukaan ramai... tapi kalau sudah jodoh....

Sayuti said...

"Yang penting menikah. Tuhan suka."

saya suka ayat ini. sangat suka.

cuma, saya cemburu dengan abang jaga itu. boleh kawin dua.

Anonymous said...

Salwa terlalu terdesak kerana mengahwini Nik Azwan barangkali..

sinaganaga said...

Mary? Marry Go Round? Ha ha.

ayobkelubi said...

:o)