Misalnya:
Ibu kamu seorang perempuan yang sangat baik. Yang mula bersembahyang dari kanak-kanak dan tidak pernah lewat atau meninggalkannya. Membaca ayat-ayat Tuhan saban hari. Tidak ada apa yang akan membuatkan dia tertekan dan sejarah keluarga kamu sejak dari Nabi Adam alaihissalam memang tidak ada yang sakit jiwa atau gila.
Kamu pula seorang anak yang soleh/solehah. Tidak pernah meninggikan suara apa lagi berbuat jahat terhadapnya (ibu).Kamu tidak pernah terlintas walau sekilas untuk membuatkan ibumu hiba. Pendek kata kamu adalah anak yang bakal menjadi pendoa yang akan memudahkan perjalanan ibumu ke sorga.
Bagaimana jika secara tiba-tiba:
'Hiargggggggghhhhhhhhh! Nah kau! Terimalah tikaman Pendekar Elang Hitam!', Kata ibumu seraya menusuk tubuhmu dengan pisau tajam semasa kamu sedang membantu dia membilas pinggan.(Ingat, kamu anak yang baik dan ibumu perempuan yang teramat baik)
Dia (ibumu) segera mengundur kebelakang dan mengayakan pose 'karate kid'. Tangan di kangkangkan keatas dan kaki dinaikkan sebelah.(Sila bayangkan untuk efek jenaka)
Darah membuak-buak keluar dari luka itu dan kamu menekupnya dengan tangan. Kamu rebah, terduduk menahan kesakitan.Kamu terkejut dan keliru.
Katakanlah yang ibu kamu itu seorang doktor (yang berklinik di Jalan Beserah, kuantan)dan dia tahu dimana tempat yang 'selamat' untuk menikam kamu.
Dalam terpinga-pinga kesakitan itu kamu bertanya,' kenapa ni mak? Kenapa? Apa salah saya?'
'Saje-je, Mak nak rasa tikam orang', jawab ibu kamu sambil mengelap darah pada kain batik Terengganu yang kamu beli.Di baju kurung Kedahnya (juga yang kamu beli) terpalit sedikit darah kamu yang terpercik.
'Ishhhh!! kamu ni, tak senonoh, darah mercik merata-rata' katanya di bawah nafas, mengomel.
Apakah kamu akan marah dan melupai segala kebaikan dan jasanya membesarkan kamu? Apakah kamu akan menjadi anak derhaka yang akan memaki hamun ibumu? Atau kamu akan mengambil apa-apa yang ada dekat dengan kamu dan mula menjadikannya sebagai senjata untuk membalas perbuatan ibumu itu?
Katakanlah kamu tidak melakukan segala yang diatas sana dan ibumu datang mendekatimu dan bertanya,
'sakit-ke?'
Pada masa ini, adakah marah kamu tidak lagi dapat di kawal dan kamu mula menceritakan kesakitan yang kamu alami dengan suara yang tinggi? Atau kamu memasamkan muka dan berpaling darinya dengan perasaan yang amat benci?
Katakan lagi yang kamu tidak juga melakukan apa yang saya cadangkan diatas dan ibu kamu mula merawat luka kamu itu (ingat, dia seorang doktor yang berklinik di Jalan Beserah, Kuantan). Dicucinya segala darah yang membasahi tubuh kamu. Dijahitnya luka dan di balut.Dia kemudiannya mencium ubun-ubun kamu tanpa meminta maaf. Apakah kamu akan mengucapkan terima kasih kepadanya?
Akhirnya, apakah kamu akan melapurkan kejadian itu kepada Polis? Atau kepada akhbar yang sentiasa lapar dengan cerita begini untuk menutup segala hal?
Oh! Sebelum terlupa, bila ditanya apa khabar ibumu, JANGAN jawab 'entahlah, sihat gamaknya'.Berdosa dan bergaya anak derhaka. Hahahahajigohahahaha.
p/s: mba, akan saya cuba acar itu dan selamat bercuti uipts. dan mana Mat Jan?
Saturday, June 03, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
44 comments:
dlm dunia real ni, ade ke mak yg btul2 nk wat cenggini kt anak dier? for fun? hish..seram.. :|
Assalamualaikom
Nauzubillah, first of all... huhuhuhu...
From haper yang saya baca, conclusions are:
-most likely mak dalam cerita tuh actually ada split personality.
-She's a doctor and her morbid fascination for gore/blood/pain overwhelms her tetiba and setan lak masok cuit2 tgn dea suruh tikam. so terjadilah tikaman.
-Adakah ass tuh termasok gak tempat yang selamat? So agaknya mak tuh nak test ass anaknya tuh utk see if the piso is tajam or not. Mana tau it bounces back kot, haper ker.
-Cerita nie adakah rekaan Mr Jones sahaja and there is a very small chance of it actually happening and therefore no rational explanation.
Saya saja xmo jawap ur soklans tuh sbb i know for a fact, my mom wont do that, plus my mom isnt a doctor. She's very lembot, calm, patient... ok now that i think about this story, I think I should be careful around my mom.... huuu boi.
jones balik cepat ... ko tu dah rindu tahap nak masuk tanjung ... mak ko tu aku rasa elok elok aje ... takdernya nak di tiruknya kamu tu .. lupakan rajuk kamu tu ... balik la ...
ms berry saya masuk laman sdr sebab saya tengok sdr cantik ...tapi bila tengok gambar-gambar tu ... tak pasti saya berani masuk lagi ...
Doktor di Jalan Beserah tu pandai karate ke?
a very delightful fiction yg pasti bukan bestseller!!! "satu percubaan yg berani!" =D
Jones,
Ya ya, balik cepat, kau dah 12 bulan lebih tak balik ke Malaya tu... Kalau gi Gombak, beritahu, aku ajak Keng pergi pekena capati dengan kau kat Lotus, ok!!!!
Jones,
Ya ya, balik cepat, kau dah 12 bulan lebih tak balik ke Malaya tu... Kalau gi Gombak, beritahu, aku ajak Keng pergi pekena capati dengan kau kat Lotus, ok!!!!
Ibu itu gunakan Taming sari bersepuh emas mengapa hanya menikam angin tu ker?
Maksud kamu ada ubi ada balas?
Jones! kalau kamu tak balas pun tuhan yang maha mengetahui akan membalas dengan seadil-adilnya.
Lotus kedai keling beb.Geli. hahaha.
imaginasi kamu...
terkedu saya.
p/s: encik naga, nak join boleh?
sayuti nak join boleh .. jangan lupa bawak credit card banyak banyak .....
jangan lupa saya!
Tak tau le nak kata...mintak jauh dr situasi begini...
raiedzall, layout baru blog kamu membuatkan saya tidak boleh membacanya.
dan para anonymous, tinggalkan nama kamu sebelum saya memadam semua komen yang tidak bernama.
miss berry, gambar di blog kamu sangat menggangu.
jones meracau lagi
jones,
jika situasi ini berlaku sebelum kamu menulis cerita ini, kebarangkalia untuk saya marah agak tinggi meskipun beliau seorang doktor yang mengetahui bahagian badan yang mana yang selamat untuk ditikam. ya, mungkin tiba-tiba dalam keadaan terkejut bercampur kesakitan, rasionaliti saya hilang dan menyebabkan saya terlupa dengan segala jasa-jasanya selama ini.
bagaimanapun, jika saya membaca entri ini kemudiannya, saya akan memohon ampun dan maaf kepada beliau kerana memarahi beliau.
tetapi untuk melaporkan kepada polis mungkin tidak. saya mungkin membawanya ke hospital terlebih dahulu supaya beliau 'diperiksa' mengapa beliau menikam saya.
saya katakan 'jika'. saya harap mak saya tidak akan menikam saya sesuka hati kerana beliau bukan doktor.
ha ha ha.
Hahahacilakakkamujoneshahaha!
Emak saya sihat, cuma pendengarannya dah berkurang. Baru semalam saya telefon dia.
Ya! Seperti dijangka, dia dan keluarga yang lain, sihat-sihat belaka.
Naga, tak payah Lotus. Kita pergi Pelita Jalan Ampang.
susah nak hadam la citer nie
sowi abang jones, saya anon 6.42am =D
RALAT: bukan abang tapi pok cik!!
anekdot yang sangat sesuai dinikmati pada sambutan hari ibu
mak, jgnlah bergurau macam ni, sakit tau!
kredit kad saya ada dua keping saja. visa atau mastercard?
pelita jalan ampang tu dah dekat dengan ofis saya tu. boleh la tu.
Sayut, kamu kerja dengna crest ker?
Luqman Hakim
saya akan menyanyi
"oh ibu, damailah engkau di sana..."
p/s
Anonymous 9.25am itu kelihatannya seperti saya (http://spyz.blogspot.com/2006/05/blog-post.html), tetapi sesunggahnya bukan saya...
Spyz, itu komen terunggul dari aku.
Dulu kau jugak yang kata begitu bayangkan pembuka tin mahal tahap dewa, membuka tin sardin yang ada 16 ekor ikan di dalamnya.
Bayangkan keling kat kedai Lotu..malamnya berehek-ehek lepas tu tak mandi junub terus menguli capati. Sudahlah haram tak bismillah, ayam(kari) pulak ntak sembelih tidak, patutlah semakin mereng otaknya...BURUK LANTAK DAN PENGOTOR!
luqman hakim ... tak adalah manusia yang paling bodoh selain kamu .. adakah orang kafir kamu suruh mandi junub? .. apasal kamu tak tanya dia sembahyang lima waktu , puasa, haji dan pelbagai amalan orang islam yang mereka tak buat ... kalau pun tak suka cari justifikasi yang lebih logik dari alasan sebodoh-bodoh manusia .. supaya kamu tidak kelihatan bodoh ... apa kata kalau kamu berada di tempat mereka, tidakkah tanya kamu nanti kenapa tak wel wel .. tarak cucuk tarak suci ... ko jawab la ...
Judge TengokOrang
siapakah seorang lagi yang pernah tinggal di co louth itu?
Tak terkata.
Kedai yang tukan masaknya muslim kan banyak, pilih sajalah nak yang halal atau haram, tak paksa, ikut NAFSU NAFSI. Kalau guna otak pilih yang halal dan bersih, kalau ikut tembolok pilih yang syubahah menjurus haram. Jones bukan kau sorang yang geli. Loya.
Nasiblah jariku saja yang jegang menaip, bengkang bengkok seperti lok keris taming sari, bukan ANUku.
Merepek sangat!
Duhai orang yang dah tak tinggal di co louth yang rajin lawat tuan tanah aka JEGANG, judge tengokorang aka JEGANG.
Tak sangka otak yang lama tak digunakan jadi begitu teruk rosaknya, sampai tak boleh pakai langsung. BULUR.
Sdr AJ,
Layout blog saya sudah di ubah sekali lagi supaya mesra AJ :)
Lokman... ok saya boleh terima kalau "Kedai yang tukan masaknya muslim kan banyak" alasan yang lebih baik dari mandi junub .... kita boleh nampak kaki kita sendiri , orang lain boleh nampak kepala kita, tengok cermin tak aci la...
jika ibu saya sebegitu. akan saya hantar berjumpa doktor saikatri.
Untuk mengetahui perkembangan Muktamar Pas sila layari:
www,paritsulong.blogspot.com
Tunggu di sana, di sana, di sana...
www.paritsulong.blogspot.com
bukan Muktamar Pas la, tu web blog Keadilan. Hehehe
Kalau ibu saya begitu, akan dilaporkan kepada polis jua. Bukan!..Bukan untuk disumbat ke penjara. Tapi, untuk dihantar ke spital sakit jiwa. Memang ternyata dan sah dia kurang siuman. Kejap ditikam, kejap dijahitnya.
Sebelum dia merobek-robek lembu tuk penghulu sebelum menjahitnya kembali, baik dia mendapatkan rawatan segera.
siapa yang tak gila, banyak yang gila
mungkin ada yang tak gila, depa sudah pi duduk kak hutan.
jangan sibuk dengan ramai, sebab ramai "telah" gila + bodoh.
Astaghfirullahh...
Sesungguhnya imaginasi mu sangatlah luar biasa jones...NAUzuBILLAH..
mintak dijauhkan dripada kita semua..
p/s:
Untuk jones-->adakah kamu ader bertegang lidah dan leher dengan ibumu atau semuanya hanya imaginasi sahaja?
Post a Comment