Arwah Cik Nab : Excuse me Cik Malaikat, why is my kubur extra bright hari ni?
Malaikat : Well, you ingat tak the other day you ajar Puan Sa'adiah lagu mana to make agar-agar?
Arwah Cik Nab : A ah, ingat. Kenapa?
Malaikat : Well, semalam Puan Sa'adiah ajar Puan Zurina, and then Puan Zurina buat. And then Puan Zurina ajak orang makan kat rumah dia. Ramai orang datang dan makan agar-agar tu. That's why your kubur is extra bright today.
Arwah Cik Nab : Oh! Subhanallah.*
Berikut adalah resepi agar-agar Arwah Cik Nab.
Agar-agar yang dibuat untuk di bawa jauh dari rumah:
1 mangkuk agar-agar yang dibasuh
3 mangkuk air
gula secukup rasa.
Agar-agar yang dibuat untuk segera dimakan:
1 mangkuk agar-agar yang dibasuh
3 1/2 mangkuk air.
gula secukup rasa.
Perhatian: Jika ingin menggunakan santan sebagai bahan tambahan, sila kurangkan sukatan air supaya menyamai sukatan di atas.
Oh! Mari hadiahkan al-Fatehah untuk arwah Cik Nab.
* kata 'subhanallah' itu adalah satu usaha untuk mengislamkan tulisan di atas. macam Bank Islam, Parti Islam dan juga Sister's in Islam. Sila maklum.
Sunday, May 21, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
22 comments:
alahai, bertambah terang la kubur cik nab. ;D
~tef
jones:
alfatihah.
cubaan mengislam kan?
hahaha.
sarkastik sarkastik sarkastik
AlFatihah..
Itu baru agar-agar...!
yasmin cuba meIslamkan 'gubra' dengan memulakan filimnya dengan basmalah.
khabarnya yasmin ada hubungan rapat dgn 'sister in islam'.
harap maklum.
erm... santan ker setan???
Suatu ketika dulu, aku bertemu dengan Azizi Abdullah, penulis novel Seorang Tua Di Kaki Gunung yang terkenal tu.
Tak sembang lama, tapi dia ada pesan, jangan lupa baca cerpen 'Sidang Malaikat' yang akan terbit minggu berikutnya dalam akhbar tempatan.
Minggu berikutnya, aku baca. Bagus ceritanya, isinya.
Tapi minggu berikutnya juga dia kena hentam kerana menggunakan watak malaikat, kerana ada yang mengatakan perihal malaikat tak boleh kita watak dan ceritakan dalam bentuk fiksyen.
Entahlah... betul ke tak.
Jadi... no komen untuk entri Mr. AJ kali ini, walau aku faham dan jelas nyata sarcasmnya.
Pss... aku cuma menyampaikan apa yg saya baca, bukan tak setuju dengan entri ni.
Untuk mewarnakan agar-agar tu, elok warna hijau atau merah? Tolong tanyakan Cik Nab.
>>> kata 'subhanallah' itu adalah satu usaha untuk mengislamkan tulisan di atas.
Ha ha.
Tef beritahu aku hal yang serupa, dulu. :)
OOo.... cik nab ni penganut Islam Hadhari!
vote for jones!
Haha :D
kamu memang sarkastik!
Agar2 utk dibawa jauh dan dimakan terus, resepinya is not significantly difference. Jadi, ade ape2 maksud tersiratkah cik joned..eh,i mean jones..
ko ni kreatip la jones. creative writing mesti dapat A nihhh....
kalo yang forward gambar lucah?
apa jadi dgn kubur diorang hari2.?
subhanallah...
encik dollah, mung nak kato gapo sebenanya, nok ghoyak pasal kubur ke, pasal agar-agar ke atau pasal Islam?
tentu berkait dgn al-ilmu yantafa'u bih... hadis pasal 3 benda yang ikut masuk kubur... ;)
saya lupa nak tanya, ni eksperimen lagi ke ni??
saper dah try buat ni? tak ajak makan ker..?
Entri you, subhanallah...
jiwa rasa:
kalau cik nab penganut islam hadhari, selepas ajar resepi agar-agar, cik nab berkempen pula ajak undi akademi fantasia, lepas tu ajar anak-anak mengaji qur'an, lepas tu ajar anak-anak main piano. bila pergi majlis kematian cik nab pakai tudung. bila pergi menonton konsert cik nab pakai t-shirt nampak lurah punggung.
begitulah kisah cik nab jika cik nab penganut islam hadhari.
-nam jahanam-
terima kasih berkunjung ke bluehikari. sy suka entri agar2, sarkastik! sinis.
Post a Comment