Wednesday, May 17, 2006

dalam

Kamu semua memang. Tidak boleh langsung saya bereksperimen. Sekarang saya tahu bagaimana perasaan Bob Dylan apabila di-boo kerana mengelektrikkan persembahannya.

Sebelum saya tulis perkara lain, saya ingin (secara ringkas) menghabiskan cerita di bawah.

'Ada babi,' kata saya dengan perlahan, kerana takut berdosa,semasa menunggu Mak Yang membungkus mee untuk saya. Kesilapan besar kerana Wak 'makan tanah' Rani juga ada di situ. Kemudian Wak 'makan tanah' Rani mengamuk. Dia mengajak seluruh kampung mengamuk.Orang kampung ikut. Segala macam jenis senjata peninggalan datuk nenek di keluarkan. Keris, pedang dan lembing. Cangkul, cakar dan apa sahaja yang tercapai tangan di jadikan senjata. Orang kampung serang babi. Babi lari keliling kampung. Luka banyak. Babi, bukan orang kampung.

Samba Capek (lelaki Cina) lalu dan tanya, 'apa hal? gaduh ka?'

Pak Buyung Tukang Urut terangkan kejadian kepada Samba Capek. Samba Capek err.. mencapek-capek dengan laju balik ke kampung Cina.

Tuan punya babi datang. Pujuk orang kampung supaya berhenti menyerang babi. Wak 'makan tanah' Rani berdegil mahu membunuh babi. Tuan punya babi menangis,sambil hulur 3 ringgit. Wak 'makan tanah' Rani kasihan dan memberi amaran jika babi masuk kampung lagi dia akan bakar seluruh kampung Cina.

Tuan punya babi berjanji kejadian tidak akan berulang sambil bersusah payah memasukkan babi kedalam sangkar. Sambil menangis sambil menolak bakul babi keatas belakang basikal. Sambil menangis sambil menolak basikal kembali kerumah.

Wak 'makan tanah' Rani puas hati, lembing pusakanya yang telah lama dahaga hari ini makan darah, darah babi.

Tamat.

Sebenarnya saya ingin menceritakan siapa Wak 'makan tanah' Rani. Siapa Samba Capek dan siapa Pak Buyung Tukang Urut. Tapi kamu asyik 'beri salam' kepada saya, tak jadilah. Dan saya yakin kebanyakkan kamu tidak tahu apa itu bakul babi. Kebanyakkan saya kata, bukan semua.

Menjawab beberapa kemuskilan.

Pak Keng, Keling Panjang berkedai di bandar dan duduk sekampung dengan saya.

Kedai Keling Panjang sebaris dengan kafe paling 'cantik' di bandar kamu wahai Puan Doktor.

Buat cerpen kena ada penyelidikan? Tak Melayu la Azalan.

p/s: tolong hadiahkan af-Fatehah untuk arwah Wak Rani. Pak Buyung saya tidak tahu samada masih ada atau tidak. Samba Capek ada saya jumpa lama dahulu. Masih seperti dulu. Baju jenis yang sama, seluar dan topi yang serupa cuma lebih tua.

Sedikit tambahan:

Khas untuk Cikgu Puan Zainab Bee binti Ismail (cikgu tawarikh saya), i love you. Di mana juga cikgu berada.

19 comments:

dith said...

AJ,

Awak dah lama tak ke sini gamoknya. Dah berlambok 'kafe' terutama yang bernama Kopitiam. Yg paling banyak terdapat di blok kedai depan MegaMall. Tapi di situ tak de kedai gunting rambut.

Setahu kawe, antara kedai gunting rambut india yg awal terletak di Jln Mahkota tapi kafe di situ tak cantik. Tapi seperti biasa bila bercakap dgn awok kena sentiasa pikir mendalam sbb awok kuat 'bermetafora'!

Pegawai Khalwat said...

Dengan Mr. AJ, apa saja mungkin.

Jadi pelbagai tekaan dan telahanlah yang wujud.

Bukan mudah nak membezakan dokumentari atau drama Mr. AJ.

Atau eksperimen saja dengan dokudrama.

Psss.... babi sekarang guna sangkar besi, dah tak macam dulu. Yang sama cuma baunya.

sinaganaga said...

Ha ha. 3 ringgit sahaja? Ha ha.

Jones,
Aku mahu 'pulang paku buah keras':

>>"Man! Man! Padamkan api yang dah padam tu!" Kata Bilal Sahak kepada Azman Adnan, bekas pemain bolasepak negeri Selangor.

Ha ha. (Aku ketawa sambil kedua-dua belah tangan mengangkat-angkat gesper).

Anonymous said...

bob dylan pernah kena boo? macam-macamlah!

Sayuti said...

oh, baru saya perasan signifikan tarikh entri tersebut ditulis.

maaf, saya bergurau dalam komen terdahulu.

wak 'makan tanah' rani makan tanah untuk khasiatnya melawan sihir dan penyakitkah?

p/s: datuk mahaguru indera mulia lord? haha. shah = kambing dalam bahasa arab. kamu kambing? haha

Ahmad Belia said...

pernah dulu masa di kuala lipis. balik tusyen mandi kat satu lata. last2 dapat tahu dekat dgn lata tue ada kandang babi. fuh...selama nie mandi air babi rupanya...

Ku Keng said...

Saya dudok di Kampong Tengah. Ada keling nama Muthu. Tapi dia bukan gunting rambut. Dia pelihara lembu.

Unknown said...

Pak Dolah oh Pak Dolah..

Kadang-kadang susah nak tahu masa bila dia serius, masa bila dia merepek...

Yang ni betul-betul ke cobaannn??

tuan tanah said...

Datuk Mahaguru Indera Mulia Lord Abdullahjones Shah,

terima kasih kerana menceritakan apa yang telah berlaku kepada babi tersebut.

Al-Fatihah untuk Arwah Wak Rani.

Jannah said...

Interesting story.

AJ kan anonymous, sebut je siapa sebenarnya Wak 'makan tanah' Rani, Samba Capek dan Pak Buyung Tukang Urut. Bukan kena ISA pun. Paling koman blog kena block untuk diaccess oleh hamba kerajaan.

Tak pun, if suddenly blog kena spam, bina blog baru. Kan?

Maaf bahasa kurang sopan, aku kan cuti semester, so suka hati la nak rosakkan bahasa ibunda sendiri.

cau cin cau

Anonymous said...

ku keng .... integrasi nasional saya lain pulak, saya dudok di Kampong Tepi. Ada tambi nama Muthu. Tapi dia bukan gunting rambut. Dia pelihara kutu

krakatau

Rie said...

kasihan babi kena dera.

babi pun haiwan apa. bernyawa.

Ku Keng said...

Bro., menunggu-nunggu entri bertukar, rupa-rupanya masthead saja yang berubah. Kelmarin Tengku, kemudian Lord, hari ni Pengiran, besok agaknya Awang saja!

Confessions Of A Female Cryptic Mind said...

Assalamualaikom

Once again, kesian babi tuh..

isk isk isk.

Sir Mute Key Chicks said...

entri paling banyak penggunaan babi.haha

zizie ali said...

cikgu zainab bee bt ismail. macam pernah dengar nama ni. oh ya, guru sejarah sekolah aku. tapi aku tak pernah berpeluang menjadi muridnya.
kurus. hitam manis. rambut kerinting (hampir afro)

abdullahjones said...

zie! kamu tahu dia di mana?

MHidzir aka Embun said...

wah! teringat pada guru aku pulak...

Usual Suspect said...

Saudara,

Terharu baca post script saudara.

Jika kita bercakap tentang orang yang serupa, Cikgu Zainab Bee Bt Ismail sekarang berada di Kuala Lumpur sejak 1990. Sekarang menjadi Pengetua di Sekolah Menengah Maxwell, Kuala Lumpur sejak awal tahun ini.

Cubalah hubungi dia di sana. Atau boleh email kepada saya.

Terima kasih.

p/s: Saya anak sulungnya.