Jack lesen ujian memandu hari ini. Dengan suara antara dengar dan tidak dia memberitahu saya. Malu dan bangga.
Saya ucapkan tahniah sambil bertanya adakah ini kali pertama beliau mengambil ujian tersebut kerana adalah menjadi perkara biasa di sini untuk tidak lulus ujian memandu kali pertama.
Ya! jawabnya bangga kali kedua.
Amat payah untuk membayar (suap) untuk lulus ujian memandu disini. Saya pernah dua kali mendengar yang ada orang yang boleh menguruskan hal itu, tetapi khabar itu terus sehingga hari ini menjadi angin.
Mat Salleh memang begitu. Mereka amat gembira jika apa juga kejayaan mereka, walau sekecil mana sekali pun, di hargai. Dan saya berpendapat memang begitulah selayaknya. Kita harus memberi pujian di mana tempat yang betul.
Jack mula berkerja sebagai pelatih dengan gaji £3.50 sejam. Satu jumlah yang kecil jika di bandingkan dengan gaji minima. Beliau di bayar begitu bukan kerana beliau seorang pelatih tapi kerana beliau mula berkerja semasa berumur 17 tahun.Bodoh sungguh si Jack ini. Tidak seperti remaja Malaya. Biar mampus dari berkerja dengan gaji sedikit, kata mereka.
Tidak menghargai apa juga sumbangan manusia kini menjadi agenda utama partai pemerintah Malaya. Siapa juga yang berbuat apa juga jika tidak duduk di bawah sepanduk partai pemerintah, maka usaha mereka tidak akan di kenali.
Partai pemerintah lebih senang mereka sejarah baru kemerdekaan. Lihat saja apa yang berlaku kepada banyak tokh-tokoh yang sama berjuang untuk pembebasan negara.Semua di lupakan, semua di komuniskan.
Mereka lebih senang mengiktiraf beruk yang di sarungkan dengan Jalur Gemilang sebagai patriotik.Bahkan jika babi bisa melagukan tema merdeka tahun lalu juga akan di pingatkan.
Semasa di Malaya awal tahun lepas, di suatu tengah malam, saya menonton sebuah drama cina yang agak menarik. Adegan pertama yang saya lihat adalah babak dimana seorang rahib perempuan diselamatkan oleh seorang gangster. Oleh kerana saya ini seorang yang amat romantis, saya menyangkan ini adalah sebuah kisah percintaan. Cinta seorang lelaki kasar dan seorang rahib perempuan, alangkah romantisnya.
Dan malam-malam seterusnya saya akur mengikuti kisah-kisah percintaan mereka. Setelah beberapa lama mengikuti siri drama tersebut, tahulah saya yang drama itu sebenarnya menceritakan bagaimana kaum cina yang datang dari China 'membina' Temasik! Ini adalah cara mereka merubah sejarah. Saya amat marah! Bukan, bukan marah kerana mereka merubah sejarah Temasik, tetapi marah kerana drama itu sebenarnya di siarkan tenghari dan siaran tengah malam yang saya tunggu saban hari itu sebenarnya adalah siaran ulangan!
Kegilaan merubah sejarah mengikut kepentingan partai pemerintah kini telah sampai pada tahap meggilakan sehingga jika sejarah yang betul di cipta oleh ahli partai pemerintah tetapi tidak lagi menjadi citarasa minggu ini, juga akan di padamkan.
Hari ini partai pemerintah Malaya juga menjadi teramat bodoh. Siapa juga yang nampak cenderung kepada agama, baik dari segi pakaian, pemakanan, tulisan, pembacaan bahkan jika asyik memikirkan cara yang islamik untuk menjimak isteri sekali pun, secara otomatik mereka dicop sebagai ahli partai Agama dan harus di musuhi.
Yang terlebih malangnya adalah apabila ahli partai Agama sendiri meragui ke islaman semua manusia yang tidak mengisi borang keahlian kumpulan mereka.
Kemudian kamu pelik bagaimana setelah 400 ratus tahun menguasai Sepanyol, tidak tinggal sebuah kampung pun yang Islam disana.
p/s: ayam di luar dah berkokok. tapi mataku tak mengantuk. hoi naga. silaka lu! tak boleh keluar dari kepala la hoi!
Tuesday, April 11, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
27 comments:
ishh..mencarut jer dia nie !!
Tuan Jones, saya mempunyai teori bagi menerangkan bagaimana selepas 800 memberi pemerintahan adil kepada rakyat Kristian Sepanyol, Islam berjaya dihapuskan 100 persen dari bumi itu. Sedangkan di Asia Tenggara, dalam masa kurang 100 tahun sahaja, Islam berjaya menguasai daerah kepulauan terbesar ini, dan kekal sampai sekarang.
Saya juga sudah 30 tahun mengharamkan diri saya daripada memakan roti croissant (crecent - buan sabit)kerana roti itu dicipta bagi meraikan kejayaan Raja Charles Martell membebaskan Sepanyol daripada pemerintahan orang-orang Islam.
Wah Kak Ainon, ngantuknya Jones hingga tertinggal ayat "dapat" pada ayat pertama. Dan berkali-kali saya memarahi hotel-hotel di Saudi kerana menjamukan croissant, makanan yang menghinakan kerajaan Islam yang pernah menaluki Eropah. Tapi tak endah.
Sdr Keng, sempena hari ini hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, mari kita kempen menyedarkan Menteri Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Malaysia kita itu, Rais Yatim YB Jelebu, jangan benarkan restoran2 di hotel-hotel negara kita menghina Islam dengan terus menghidangkan roti bulan sabit itu. Saya fikir perbuatan hotel-hotel itu menghina Islam (hadari)!
Pakcik Jones,
Saya agak pelik, barisan pertama pada perenggan pertama, Jack gagal atau lulus ujiannya? Susah untuk saya mengagak.
Dulu umur 14 tahun, saya juga mula bekerja dengan gaji 3.50 sejam dan sampai sekarang masih belum lulus ujian memandu....
-badwinomad-
Seperti kebanyakan tulisan di Harakah dan Utusan Melaysia. Tulisan Jones banyak menampakkan jalan berlubang tetapi bukan langkah untuk menutup lubang.
-Zamani Zaman-
AJ,
orang-orang zionis(Yahudi) dahulunya adalah bangsa merempat. Mereka GELANDANGAN! Berkeliaran merata-rata. Bermakna mereka tiada pemerintah. Sesuatu yang perlu diambil dari mereka ialah: Setiap orang Yahudi ini membawa agenda bangsa(atau jatidiri bangsa dalam setiap pekerjaan dan apa saja tindakan mereka) Jika mereka terlibat dengan penerbitan filem, maka filem itu akan menjurus kearah menerbitkan simpati, kesedaran dan mungkin juga ketaksuban. Saya tidak bermaksud membela pemimpin Malaya. Ambilah yang terbaik dari sikap penyatuan mereka itu, biarpun mereka bangsa yang dilaknat.
Di sini sukalah saya memetik entry bloger tersohor Mat Jan. 'PEMIMPIN TIDAK SEMUA BENAR TIDAK SEMUA SALAH' Kecuali Junjungan besar Baginda Rasullullah s.a.w. yang maksum dan sempurna akhlak. Meletakkan sesuatu kesalahan atau kegagalan pencapaian matalamat adalah sesuatu yang perlu dikaji semula. Setiap kita mempunyai tanggungjawab untuk memperbaiki diri, kemudian jika sudah terlaksana mengapai pula kepada agenda lain yang lebih besar. Mana mungkin kita tidak melakukan apa-apa dan mahu orang lain melakukan untuk kita. Jika pemimpin itu bersalah sekalipun bukan ketikanya untuk mencari siapa benar dan terusan mengutuk hingga kerja lain semua tertangguh. Ini bagaikan menyuruh makmum diam ketika khatib membaca khutbah, jika semua riuh rendah menyuruh diam, bukan keheningan yang terhasil, malah hingar bingar!
Saya percaya kesedaran dan pengalaman AJ melihat dan menilai sesuatu mungkin lebih bermakna seandainya dapat dimanfaatkan demi menegakkan perkara yang diutarakan. Mungkin ada saluran dan cara lain yang dapat menyedarkan pemimpin mengenainya dan tindakan memperbetulkan dapat diambil.
"...apa yang telah terjadiiii, kusendiri pun tak mengertiiiii..." Ha ha.
Jones,
Ya ya, aku tahu, aku memang silanat, Ha ha.
Tapi, kalau mereka tahu, yang kita menyanyi bersama-sama lagu kutu tu pada pukul 2 pagi - sure dia orang tuduh kau gay! Juga. Ha ha.
KOMEN AKU UNTUK ENTRI KAU KALI INI:
Aku syak, one day, 'state' akan haramkan topi memancing dan topi koboi. Masa tu, sure kita ngelabah punyalah. Ha ha.
Hah? Betul ke cerita pasal roti croissant tu? Waa, roti tu sedap laa.
ya.kejayaan yang kecil juga harus dipuji.kan?
p/s:ader sesiapa tahu 'wira' kapal layar kita tuh title dato' dia kena tarik balik?betul ker rumuors tuh?
kos i heard about he turns to christ rite?
sampai bila kita harus prejudis terhadap orang lain yang tidak sama dengan kita?
jones:
isi:markah penuh
gaya:markah penuh
beberapa markah dipotong kerana kesalahan ejaan dan tertinggal perkataan.
anony(-pahbedah-):
gaya anda menyebabkan saya terkenang kpd seorang sahabat saya, iaitu cik labu labi.
keng, bukan tertinggal. Mungkin 'lulus' terjadi 'lesen'.
Betulkah AJ?
Kadang2 ia memang disengajakan oleh AJ. Saya kira.
wah, Jones seorang berjiwa romantik?
saya lulus ujian memandu pada percubaan pertama. ketuka ujian teori saya hanya salah 3 soalan. untuk unjian dia atas jalan saya salah 3. saya masih ingat apa yang dipangkah. Salah pengunaan gear, tidak free gear ketika berhenti dan tidak megunakan hand break di lampu merah. yang kelakarnya hingga kini saya masih tidak menggunkan ketia-tiga teknik tersebut kerna saya rasa tak perlu!
dan saya tidak merasuah. 3 tahun kemudian saya ambil theoretical test di Surrey. dan saya fail. sayatak paham. dia bolehland kita menggunakan undang2 UK juga. tetapi kenapa saya fail di UK? bila saya usha soalan baru saya sedar. di Bolehland semua adalah hafal tanda dan urutan priority kereta di lorong. di uk soalan subjektif
1. identify the hazards you can see on the road
2. identify the mistakes comitted by this driver
WOOO!
berkeanaa sejarah:
Saya sebenarnya sudah lama mahu mengodek semula sejarah malaya yangs aya rasa terlalu berat kepada bangsa melayu. saya tidak yakin yang hanya bangsa melayu ( CAP KERIS MERAH) saja yang terkinja-kinja menentang penjajah.kalau benar-benar hanya mereka maka saya akur. tapi bila dibelek dan diselak lain pula ceritanya. sama juga kepada peristiwa 13 mei. saya selalu ditakutkan tentang peristiwa berdarah ini tetapi bila ditanya kepada ayah dan ibu saya yang mereka boleh kata hanya
" jgn percaya cina"
saya tidak mahu makan suap dan regurgitate seperti seekor lalat pisang. dan saya nak juga mengkaji sendiri sejarah sebenar peristiwa ini untuk pemahaman saya sendiri. dalam menggodek arkib negara tempoh hari terjumpa kisah Cybil Katigesu
Siapa Cybil Katigesu?
EXACTLY.. seorang wirawati negara yang langsung tak ada namanya di dalam buku sejarah......
nak tahu? baca laporan malaysian studies saya.. haha. ntah dimana ia sekarang.
WIOOOO WOOO. saya benci ayat partai. HONESTLY!maaf panjang. first comment of th day AJ
Assalamualaikom
Mak eih... betul ker croissant tuh dibuek as a kueh celebration for the purpose above tuh? Esehmen....
Fitrah manusia sememangnya dapat melihat dengan jelas keburukan dan kelemahan orang lain. Itu jelas wujud dalam diri semua, termasuk aku.
Tapi dalam usaha mengata keburukan orang, perlu juga ada usaha untuk meluahkan cadangan bagaimana untuk mengatasi keburukan itu. Mengata keburukan memang mudah, tapi memperbaikinya?
Tapi.... aku juga faham. Kekadang bila cadangan diluahkan, tidak semua yang akan boleh menerima. Ada yang akan mengata keburukan cadangan ini, ada yang mencebik dan ada yang setuju barangkali.
Mungkin itulah sebabnya Mr. AJ cuma cuba membuka mata para pembaca agar nampak kelemahan kita yang mungkin tidak ramai orang perasan. Penyelesaiannya, kitalah yang harus fikirkan dan berusaha mengikut cara kita.
dr sudut sejarah.. aku menyokong saudara AJ dan effi.. aku xpercaya lansung akan bangsa cina dan india tiada memperjuangkan kemerdekaan sealain yg tertulis dlm sejarah yg menyertai TAR utk menagih kemerdekaan(yg aku nikmati ari ini).. tapi setiap kali laungan kemerdekaan di bulan ogos, jrg org memperingati tokoh2 pejuang bangsa.. di mana aku sendiri kurang mengenali nama2 lain selain tertulis dlm buku sejarah..malah tiada filem2 melayu yg boleh membangkitkan semangat kemerdekaan kepada aku kecuali bukit kepong..
aku anak merdeka, merdekakah aku??
hahahaha!
kadang-kadang aku pun tidak pasti samada kita sudah merdeka atau belum dalam ertikata sebenarnya. masih mencari buku Merdeka Dengan Darah Oleh API
~ terus-terang; aku lulus ujian memandu dengan teramat mudah sebab tester tu kawan aku...
~ undang-undang tanah malaya memang agak pelik sebab tak membenarkan budak sekolah berserban ke sekolah, di pandang serong bila berkopiah putih dan mendengar ceramah tafsir Tok Guru sekalipun.......
saya lulus ujian memandu setelah dua kali mengambil ujian. kali pertama saya gagal sebab kena marah dengan tester, potong kereta lain di jalan dua barisan. dah kena marah dengan tester tu..gabra pulak.kali kedua baru lulus. tak payah kasi duit suapan pada siapa siapa.
saya berhadapan dengan dua tester yang makan suap... x apalah, dari suap dia, baik saya cuba lagi... 4x test baru lulus!
sorang kawan saya dpt jemputan utk buat satu slot rakaman utk tv oleh JAKIM. Yg melucukan tu, awal2 pihak JAKIM buat dress code tidak membenarkan berpakaian berwarna HIJAUUUUUUUUUUU.
heehe..kenapa? adakah krn hijau tu melambangkan warna PAS?
Pd saya, ini pemikiran org2 yg SINGKAT...ngan warna pun takut..
dalam banyak2 komen, komen syikin yang aku suka. Syikin dah buka pekong. Kalau betullah JAKIM kata macamtu...ish ish ish...memalukan!!
Looking for information and found it at this great site... Commercial insurance vehicles http://www.bextra-10-mg.info Beachside tennis club - hilton head island sc Search free roulette game Continuing dynamic education online didrex online cod inkjet catridges jeep dealer http://www.ice-cream-maker-machines-9.info Webcam contact Free bakersfield legal advice Pontiac gt37 Frontline death of a pornstar Vitamin b12 in what foods Best mortgage rate in california conference calling
Post a Comment