Jika kamu rajin membaca cerita ceriti para menteri Malaya semasa remaja, kamu akan dapati kebanyakkan mereka adalah anak-anak nakal. Dan kebanyakkan mereka juga adalah dari keluarga susah kecuali sesetengah mereka yang memang di lahirkan dalam keluarga politik. (Entah mengapa mereka yang di lahirkan dari keluarga politik kebanyakkan adalah kaya raya. Mungkin itu sumpahan malang bagi mereka. Terpaksa menjadi kaya)
Kamu akan membaca bagaimana mereka di denda akibat kenakalan mereka. Bagaimana mereka terpaksa menjual atau lebih tepat menjaja perbagai barang dagang. Goreng pisang, getah sekerap dan seribu macam barangan yang di bawa ke hulu ke hilir mengharap simpati dengan berjalan kaki.
Walau nakal dan susah, mereka akhirnya berjaya. (Menjadi menteri adalah satu kejayaan yang amat besar selepas menjadi penyanyi atau pelakon. Hanya kejayaan menjadi penyanyi atau pelakon dan kemudiannya bernikah dengan menteri dapat melebihi kejayaan menjadi menteri)
Menteri-menteri yang TERLAHIR dari keluarga politik biasanya merasa amat malang di lahirkan begitu kerana mereka tidak dapat merasakan jerih payah mendaki dari bawah. Mereka sesal di lahirkan senang. Kerana itulah para menteri yang lahir dari keluarga politik biasanya amat rapat dengan golongan bawahan. (haha)
Jarang benar kita terbaca bagaimana para menteri semasa remajanya sangat berdisplin (seperti saya) dan merupakan pelajar cemerlang (juga seperti saya) yang tidak pernah di denda akibat kenakalan (tentunya seperti saya) lalu tanpa perlu membasuh punggung sesiapa menjadi ahli politik yang amat berjaya.
Bertuah benar kamu yang sentiasa di denda semasa di sekolah kerana kamu adalah golongan yang mempunyai peluang yang amat cerah untuk menjadi ahli politik. Tahniah.
Menteri-menteri kini tidak lagi nakal. Mereka kini menjadi amat jahat.
p/s: Saya tidak menulis kerana bercuti di Paris. Maklumlah, tidak seperti kamu, saya hanya akan bercuti di tempat-tempat ternama kerana saya mampu. Kamu semua hanya layak bercuti di Kem Lambai Tangan. Bukan lah Kem Lambai Tangan itu tidak bagus (jangan pula tuan punya Kem Lambai Tangan marahkan saya) cuma itulah tempat paling sesuai bagi golongan kurang mampu seperti kamu semua. Lagi pun saya tidak biasa mandi di tasek yang keruh airnya. Gatal.
Merci.
Saturday, April 29, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
34 comments:
Aku org pertama dpt komen kat blog encik jones.. Muahaha...
Org lain masih tidur agaknya, apa nak jadi ngan org Melaya
AJ:
oleh kerna kali ini aku komenter pertama. aku tak tau nak tulis apa. la la la la la.
paris? tiap2 thn saya ke sana. ;)
kem lambai tangan.:)
org yg suka melambai tak respon pn lagi nih? :)
oh tgh mengumpul utk pergi haji ..duit tu tak leh usik kater mak..
politik? aku lebih gemar makan stik.
Salam,
Alangkah bertuahnya andai Malaya punya ramai kanak-kanak dan para remaja seperti pak dollahjones yang sangat berdisiplin, pelajar cemerlang, dan tidak pernah didenda akibat kenakalan. Pastinya Malaya yang gemilang ini menjadi lebih terbilang. Apa rahsia agaknya ya pak dollahjones? Kemahiran keibubapaan yang unggul atau keunggulan pemimpin Malaya?
Hakikatnya kebanyakan menteri-menteri Malaya masa kini tidak mempamerkan karektor model peranan yang unggul. Cakapnya ini, buatnya itu. Kepimpinan melalui teladan hanya mampu bersuara lantang di atas kertas.
Hari Pekerja nanti kembara saya di Parit. Cuti-cuti Malaysia sahaja :)
dalam
berahi
adalah
angin
jahat
yang
membawa
khabar
cinta
itu
dah lama saya tunggu utk lengkap. ini stanza pertama ke? ini karya yg dah publish ke?
mat jiwang ke?
pasal apa angin tu jahat? oh pasal ada bisikan2 ya?
i actually have more annoying questions....
Mantan Perdana Menteri saya pernah menjual goreng pisang.
mengapa kamu seperti anti saja dgn menteri2 di malaya?
"sapa saja jadi menteri. itu tanaa teeetap runtuu jugaaa.." (Samy Velu:2003)
eh, kita pun baru balik dari bercuti di paris, tak heboh pun!
Ermmmmm... Apa buah tangan (hadiah harijadi) yang kau belikan untuk aku?
~naga
cessez d'être une telle prétention d'ur d'Ass. est manière outre de la marque principal de MUSTAPHA MUHAMMAD d'exemple de prise de temps à double et à un enfant doué !
tapi mmg benar dalam erti kata lain. semua menteri tak pandai dan jahat. macam menteri pahang sorang tuh. mase pilihanraya tumjuk BUTOH kat orang. bestnye menteri kita. sangat merapati golongan bawahan sehingga perangai pun sama taraf dengan longkang ayaq kenciang!
saya ada beberapa rakan dari familipolitik. kesian juga kerana bila mahu kerja diluar politik orang kata
" abah kamu XXX senang dapat kontrak"
"kamu masuk uni abah kamu tolong?"
"kamu blaja di england abah kamu.."
repeat sehingga mual!
jadi jgn salahkan mereka. tertekan juga kan?
awak juga salah Jones. Jadi penyanyi+pelakon+host MTV+ endorse ALI CAFE + Man Laksa + Camera + menteri+ dato + kawin siti + baik dengan Abdulah Jones lebih tingi tahap berjayanya dari contoh yang anda bagi tadi...
merci pour lire ma écriture stupide !
ades...habisla..nampak gaya saya kena tukar cita2.baru ingat nak jadik menteri bile dh besar nanti...tapi..saya ni pelajar yang rajin,berdisiplin,berdedikasi dan sangat bijak dalam semua bidang..huhu.
Encik AJ,
tolong bagi cadangan.
pelajar cemerlang macam saya patut jadi apa dh besar nanti?
Dah rejeki Mr. AJ, terima jelah.....
hanya orang nakal jer boleh jadi menteri.. Tuhan tentukan , berikan mereka persediaan untuk menghadapi dunia politik yang 'kotor' dan ganas dan penuh tipu muslihat.. juga orang nakal jer punya idea kreatif untuk tipu putar belit dan perdayakan pengundi-pengundi.. yang bodoh (asyik mengundi juga menteri yang sama)... almaklum dah ter'ambil' kain pelikat, kain batik, kain sarung,, segala macam kain terlipat didalamnya not-not ringgit yang tidak berkat dan memperak-perandakan hidup mereka selepas itu lantas mereka terperangkap di dalam kesusahan hidup dan menunggu semula menteri ahli politik yang sama untuk menolong mereka lagi...
DAN mereka lupa bahawa kepada Tuhan sebenarnya tempat terbaik meminta tolong! bangang orang MALAYA!
- adib bukan anak menteri-
darah, keringat dan airmata pejuang bangsa bukan bermakna menentang penjajah buat digantikan dengan penguasa peribumi yang kejam dan tamak haloba -dsai
aku amat marah pada menteri itu kerana tiada projek mau diberi pada aku.
adib,
adib juga bermaksud yang beradab, bukan saya tak bersetuju dengan pandangan awak tu, saya setuju tapi saya tak setuju nama yang awak pakai tu adib sedangkan awak tu tak lah beradab sangat bila menulis. di sini say pertegaskan lagi, saya setuju apa yang awak cuba nak sampaikan.
editor nama-nama islam
hahaha!
hebat sungguh en jones.. dan kaya!
uuuuuuu...kaya dan pandai! aku tergoda!
erm..kalau kaya+pandai+nakal lagi saya tergoda...
encik AJ bukan saja kaya raya, malah kacak. jangan lupa tu kawan2.
tapi, saya lebih hebat. saya gendut. gendut = comel.
haha.
kecik2 dulu saya jual ikan di pasar. mungkin bila umur saya 55 tahun nanti (lepas pencen), anda boleh mula berlatih untuk mengundi saya. berkemungkinan besar cap dacing. sebab jual ikan.
eh, mcm mana tau air keruh itu blh menggatalkan badan?
Assalamualaikom
Berkali2 saya diajak dating ke Paris, tp xmo lah. Nak gi Switzerland. lengkali Mr Jones sila la ke sana plak yer.
Dari kecik, abah selalu cakap to respect people so that people will respect you. Sampai skang saya try to implement that nasehat. Thats why most likely I cant be a politician
muahahhaha
selalu pergi ke kem lambaitangan..tak mampu ke paris :-(
Pak Abdullah J,
saya nak kalau boleh di lahirkan dari org kaya..anak sultan, Raja, panglima, bendahara...tak yah noreh gotah nebang hutan tanam kelapa sawit...mencerut d paris
tapi pak ada anak miskin yang naik jadi pembesar..lebey hebat ampuh terbilang dari mereka itu.
Biarlah miskin di mata manusia tidak denganNya.
Cool blog, interesting information... Keep it UP » »
We provide all kinds of excessive quality s that go about a find in a difference of styles, colors and sizes at wholesale price.All [url=http://www.g-marrybridal.com/mother-of-the-bride-dresses/]Mother of the Bride Dresses[/url]
[url=http://www.g-marrybridal.com/cheap-prom-dresses/]prom dresses[/url]
[url=http://www.g-marrybridal.com/wedding-dresses/]wedding dresses[/url]
are second-rate with clothes-horse styles compound apparels including draughtsman combining tear someone off a strip, coast wedding dresses, marriage gowns, bridesmaids dresses, prom outfits, flower gal dresses & nurse dresses.Even we can accommodate the services of on the loose weight customization and loose extra measure Purchase affordable amazing wedding dresses minute!satisfaction in hot shopping, array perfectly for the big nuptials with the help of G-marry bridal.
http://www.g-marrybridal.com/
order an [URL=http://e--store.com/]lv online store[/URL] online shopping nDIOOOPd [URL=http://e--store.com/ ] http://e--store.com/ [/URL]
you will like [URL=http://jacket-dresses.net/ - moncler sale[/URL - with low price bAvSdhwT [URL=http://jacket-dresses.net/ - http://jacket-dresses.net/ [/URL -
They do this for reasons of diversity, to fill needs within important extra-curricular activities, to consider students who come from economically disadvantaged backgrounds, and even to admit non-traditional students who are applying to college after being out of school for several years.. http://www.verynorthface.com The classic Mid Metropolis tote is their greatest bag it is available in every color and pattern imaginable. ghd hair The button less keyboard deck is enabled with a multi touch track pad system having a glass surface. http://www.downuggboots.com Clothing and accessories are sold through parties, or themed feeds where people can submit their items for a certain amount of time.. http://www.wellnorthface.com since the shoes or boots merely permit that you perception an ideal offer a complete lot more female and so they are able to simply decorate your whole seem, this sort of season's Chanel shoes or boots can simply pleased every individual just one of those wants..
There are videos teaching you how to gain levels. north face coats She looked a bit like a well stuffed Christmas goose when she made her stage appearance on the warm spring night. north face outlet It ts essential that brands build relationships with the consumer and being part of events such as AFWL is an ideal way to do just that!. ugg canada The collection is a story of sustainable living, of thrift, of remaking, of patching the scraps to make a useful new.. ghd hair straightener The butterfly shape pin brooch makes it very special and beautiful when you wear it.
buy best OPdRKrKT [URL=http://www.ugg--outlet-online.blogspot.com/]genuine ugg boots uk[/URL] for more detail DmHvlDGH [URL=http://www.ugg--outlet-online.blogspot.com/ ] http://www.ugg--outlet-online.blogspot.com/ [/URL]
Post a Comment