Thursday, April 20, 2006

berahi

Semalam saya mencari blog sinaganaga dan tidak berjumpa. Sangka saya blogspot mempunyai masalah.Kemudian amir mukriz memberitahu saya yang sinaganaga menutup blognya. Terkejut juga saya. Menutup blog di hari lahir.

Kemudian lagi, melalui blog Tok Rimau saya dapat membaca komen-komen di forum Geng Jurnal mengenai mengapa blog itu ditutup.

Lalu saya mengambil keputusan untuk berhenti menulis sementara di blog ini sehingga sinaganaga membuka kembali blognya sebagai sokongan kepada sinaganaga. Malang bagi kamu semua, sinaganaga membuka blognya hari ini.

Tamat sinaganaga.

Kamu di Malaya memang satu kumpulan manusia yang memang di takdirkan di lahirkan sebagai pelawak. Tidak henti-henti membuatkan saya tertawa.

Bayangkan, budak darjah enam memukul cikgu. Dengan kayu penyodok! hahaha.

p/s: ps amir mukriz terpaksa di padam dan ya, dia masih kacak. harap maklum.

28 comments:

Anonymous said...

pak dollah jangan sesekali cuba menutup blog ini ya..satu2nya hiburan yang menceriakan pagi saya diwaktu kerja semasa boss hodoh tiada di depan mata..

nefertiti

sinaganaga said...

Jones,
Terima kasih kerana sokongan. :)

Jones,
Kalaulah. Perempuan-perempuan itu tahu. Betapa kacaknya Amir Mukhriz, melebihi kekacakkan aku kau jigo (sekadar menyebut beberapa nama), nescaya mereka tidak akan mengunjungi laman sawang kita lagi.

Aduhai, perempuan manalah yang tidak mahu rebah di pangkuannya, aduhai!

Unknown said...

pak dolah minat suka dgn amir mukhriz??? hmmm...

Roti Kacang Merah said...

aduh duuuh... lega teramat blog Abg Naga dah dibuka... kalau tak, merana saya kalau Tuan AJ juga mogok. Apa lah pagi-pagi dan petang-petang saya tanpa kalian semua. Alahaiiii...

phew.

BooK said...

suriaghandi:
mangga hanya aku baca di kedai gunting rambut.

naga:
apsal komen kau dah tutup?

jones:
rakyat malaya mmg begitu. tak seperti aku. penduduk negara maju. ahahahahaha (evil genius laugh. again)

Unknown said...

naga tu dalam proses nak kenakan bayaran kepada pengunjung blog dia.

tak berbaloi tulis di blog, dah lah baca free lepas tu kutuk pulak macam-macam..

Pegawai Khalwat said...

Budak darjah enam tu bapak dia kerja buruh kontrak kot. Sebab tu dia fluent ja pakai penyodok nak katok orang.

Naga? Aku nak komen apa lagi, dia dah bukak blog dia.

Sayuti said...

(gelak besar bersama carutan manja)

surat khabar percuma cap matahari hari ni juga buat saya ketawa hingga hampir tersadung di tangga ketika berjalan menuju ke ofis sambil membaca. kisah jambatan bengkok itulah.

ketua pembangkang sokong ketua kerajaan.

haha

bekas timbalan ketua kerajaan juga sokong seraya membidas ketua kerajaan yang lepas.

hahaha

tapi, berita semalam buat saya ngeri. wanita kena pancung. ngeri. rakyat malaya makin ganas.

ketuk dengan penyodok apalah sangat.

Confessions Of A Female Cryptic Mind said...

Assalamualaikom

keskeskes... dipukul dgn kayu peyodok.. ganeh seyy

Anonymous said...

amir mukhriz kena lebih berhati-hati dengan bung dollah lepas ni, sebab tanggapan dia sehari dua ni pada lelaki dah lain macam...

DewA LavaU said...

AJ ko gay ke kerana memuji2 kekacakan para lelaki?

gurau jer hihihihi :P

tuan tanah said...

Jones, terbukti kamu ini memang seorang yang bersifat setiakawan :)

kunci hilang said...

dulu ada seorang guru disiplin yang sangat garang teruk dikerjakan oleh seorang muridnya bersama kawan-kawan dari luar sekolah.
Dibelasah sehingga lebam, ditanggalkan pakaiannya sebelum diikat ke batang pokok dalam hutan sebelum ditinggalkan begitu saja.

Anonymous said...

saya sedih..

Sir Mute Key Chicks said...

saya.sedih juga..

Petiais said...

haha..

BooK said...

cikgu gitar:
selamat pengantin baru. aku cuba komen di blog kau. gagal pulak. kenape ntah. kau dah lock untuk orang dah kawen je ke?

Obefiend Weiland said...

lama tidak baca paper.tiada baget

links?

saya tidak pernah membalum guru saya kerana guru saya dulusemunay hot hot belaka. lagi -lagi cikgu ingeris . oh maybe keana itu saya sekarang dating dengan cikgu ingeris?

hahaha

Anonymous said...

cerita budak sekolah flying kick/juring cikgu disiplin ada terbaca tak?

Sir Mute Key Chicks said...

cerita bebudak kan?erm.itulah kelebihan ko-kurikulum *taekwando* di sekolah diadakan.memberi peluang kepada bebudak untuk mempraktikkannya kepada guru memasing.

Anonymous said...

Bukan apa remaja sekarang semakin suka dan rajin meniru gaya2 yang di paparkan oleh TV walaupun telah diberi amaran . Bila dilarang mereka berontak tapi bila dibiarkan macam2 yg jadi diluar jangkaan

ha..ha..ha..

Masa dulu2 emak hantar kita sekolah siap pesan dengan guru lagi
" ini anak saya ajarlah dia sampai pandai rotanlah dia kalau dia nakal"

Masa sekarang kalau ajar anak kita hanya boleh ajar mata pelajaran sahaja dah tak boleh tegur atau rotan kalau rotan silap2 guru tu kena rotan balik ngan emak-bapak pelajar

ha...ha...ha...

Sayuti said...

en AJ cuti rupanya... baru prasan.

Jannah said...

Satu kes. Daripada berjuta pelajar di Malaysia.

Satu kes dan saudara sudah buat satu generalisasi rakyat Malaysia ganas.

Bagaikan Amerika mengatakan Malaysia negara terrorist, apabila tak lebih dari 10 orang rakyat Malaysia terlibat dengan pengeboman di Bali.

Pulanglah AJ.

Balik ke asal. Lihat sendiri dengan mata kasar dan mata hati
Malaysiaku tempat tumpah darahmu.

Anonymous said...

encik AJ dh x berminat tulis blog lagi ke? huhu...

Anonymous said...

Tuan AJ bila lagi mahu bersatira?
Ramai yang rindu.
Haha.

Sayuti said...

kan ditulis di atas tu. Encik Dullah cuti.

Rie said...

aduh aku rindukan cerita-ceriti sinismu pak dullah. lagi dan lagi

dueng said...

huhu~~

bagi saya, dua2 pun bodoh. murid2 sekarang makin bodoh. apa gila memukul cikgu dgn penyodok, cubalah calarkan kereta cikgu itu, baru tidak dapat dikesan. aduh...budak2 sekarang mahu saja berbuat jahat tp bebalnya tak boleh diajar. saya dulu bukanlah budak baik tp mahu berbuat jahat, pandai2 lah kamu menyimpan. sudah dihalau masuk ke lokap dan dipandang ghairah oleh gay didalam lokap, baru kamu tahu langit tinggi ataupun rendah.

cikgu sekarang juga makin muak mahu mengajar. mengajar itu dijadikan satu profession, sekadar melepas batuk di tangga, bukan dilakukan dgn jiwa dan raga. mana mulianya kerjaaya sebagai pendidik kalau didalam hati pendidik sendiri tiada keinginan mahu menjalankan amanah mereka dgn sungguh2? bekerja kerana dibayar, bukan kerana mereka mahukan kerja berkenaan. psl itu ramai cikgu2 dimalaya sekarang ini kebanyakkan datang dari mereka yang tidak mendapat lain2 pekerjaan dan kerana terdesak mahu menjadi guru, mereka ambil sijil perguruan. melakukan dgn terpaksa...bukan kerana di dalam kepala sudah tersemat rasa cinta pada profesion/amanah yang diberi.

sekadar pandangan...