Thursday, March 16, 2006

tong

Menurut sumber-sumber yang rapat dengan Dullah yang satu lagi, sebab sebenar harga minyak naik adalah kerana kerajaan Malaya bimbang dengan budaya tunjuk perasaan yang semakin berkembang biak dengan amat cemerlang sekarang ini.

Pihak atasan bimbang jika harga minyak tidak di naikkan, para penunjuk perasaan akan mula menggunakan molotov cocktail sebagai jalan untuk melepaskan kemarahan. Jika ini berlaku, banyak kemalangan yang tidak di ingini akan bertambah. Keselesaan rakyat yang anti kepada tunjuk perasaan juga akan tergugat.

Jadi, pihak berwajib yakin jika harga minyak di naikkan, para penunjuk perasaan akan berfikir berkali-kali untuk membazir wang untuk membeli petrol dan di jadikan bom api.

Untuk pengetahuan semua, harga petrol di Malaya masih teramat murah jika di bandingkan dengan harga petrol di Ulam Batur.

Inilah yang di maksudkan dengan MENUKAR GAYA HIDUP. Gaya hidup penunjuk perasaan.

Seperti biasa, rakyat sentiasa tidak tahu atau mungkin memang tidak mahu tahu akan ke ikhlasan hati para pemimpin. Mereka gemar mencari kesalahan ahli-ahli politik yang berhati suci murni. Mereka mudah terpedaya dengan hasutan pembangkang. Hina sungguh rakyat Malaya.

Demi untuk mengimbangi kenaikkan harga minyak, pihak kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan gaji para pekerjanya pada hujung tahun ini sebanyak tiga puluh sen.

Bukan tiga puluh sen je, tapi TIGA PULUH SEN WOO!

Dan tunggakkan kenaikkan tersebut akan di kira bermula dari 1 April 2004.

Rugi sungguh sesiapa yang tidak berkerja dengan kerajaan.

18 comments:

Unknown said...

pak dolah,
kenapa kamu naikkan harga minyak?
tak baik taauuu....
I benci laa....benci...

cronoz said...

naik.. jangan tak naik..
naik minyak..
naik darah..
naik bosan..
naik harga..
naik giler...

Anonymous said...

hmm..
naik gaji kakitangan awam?

malaplah kalau aku tunggu.
tahun depan kena skor PTK lah.,

DewA LavaU said...

menyesal saya.nanti lah saya isi semula SPA Online.

Anonymous said...

kerja kerajaan ke, kerja kera jaan ke atau kena dikerjakan ke...naik tetap terasa.

yang kerja kerajaan lagi sian, gaji naik lambat, kerja banyakgak, tapi kena kutuk lagi macam lah swasta tu sempurna sangat.
ai nasib nasib.........

sinaganaga said...

Aku. Mantan kerajaan.

Wang pencen? Umur 50 nanti, alahai!

Anonymous said...

kepada semua penunjuk2 perasaan, jangan guna petrol lagi untuk membuat molotov cocktail, ubah cara hidup anda dengan memendam perasaan. nescaya kehidupan anda dan keluarga dalam aman, bahagia dan sentosa.

Anonymous said...

wah naik TIGA PULOH SEN gaji gomen, banyaknya, nanti bolehlah tukar kereta baru,

eh-eh apa aku merepek ni, aku bukannya kerjo Gomen
walaupon dok kat tempat semua org kerjo gomen

pak_daen

NORDIN ABD RASID said...

nasib baik aku naik moto je.. bukan.. MOTO OOO!

tuan tanah said...

naik tiga puluh sen jer?
beli minyak pun tak dapat.

Pegawai Khalwat said...

Kalau bukak site mengajar cara-cara membuat molotov cocktail menggunakan ekstrak minyak sawit, agak-agak dapat sambutan tak Mr. AJ?

Itu dah menggalakkan pengkomersialan sawit.

blackpurple @ jowopinter said...

...tiga puluh sen tu masa sekolah2 dulu beli gula2 hack dapat 9 biji...hari ni dapat 3 biji jer......... hehehe...

Sir Mute Key Chicks said...

naik jugak gaji aku.tiga posen pon tiga posen lah.

Obefiend Weiland said...

3o sen... saya dapatbeli keropk durian warna kuning tu ketika di sekolah. kalau beli keropok ikan pula dapat satu paket disaluti kuah cili yang sangat world. alangkah kesiannya kini adik saya jika ke sekolah harus membawa 5 ringgit. dia dihantar dan diambil ke sekolah dan masih perlukan 5 ringgit. di sekolah rendah dulu belanja harian saya haya 50 sen. sekolah menengah pula 3 ringgit. itupun masuk belanja naik bas awam ( 212 ke Holiday Plaza Johor Bahru)

ntah apa la harga tiket bas kelak. tarif masih belum dinaikkan. apapun bapa saya bekerja di Petronas. maka naiklah bonusnya tahun ini. 6 bulan bonus beb! boleh la tampung anak lelaki tunggal pengabis duit beras air dan rokoknya ini. yes.. saya seorang blogger yang useless. thanks for listening

Sayuti said...

petronas tak untung apa2 dengan kenaikan ni. makin kurang income adalah. minyak naik harga sebab orang control penggunaan minyak. maknanya, consumption akan kurang. maknanya, sales akan kurang.

walau berapa pon harga komersil di malaysia, petronas tetap dibayar untuk harga pasaran global berdasarkan jumlah penggunaan. itulah duit subsidi kerajaan.

tapi, nape lah BODOH sangat sesetengah orang yang berpiket depan twin towers dan menyalahkan petronas? nak tunjuk perasaan, pergi la putrajaya, atau parlimen. diorang yang kontrol subsidi. dekat twin towers, mengganggu ketenteraman orang nak bekerja! korang takpela takyah gi kerja sampai boleh tunjuk2 perasaan.

kalau boleh rakyat malaysia ni nak kerajaan suap nasik ke dalam mulut masing2. macam rakyat ireland yang diberi duit saku walaupon tak bekerja. tak gitu?

lagi satu, korang ingat harga akan maintain ke dari dulu sampai skang? korang tau perkataan 'inflasi'? harga barang tetap naik sebab manusia beranak pinak. libido rakyat malaysia ni tinggi. sebab tu banyak kes rogol. dek kerana libido yang tinggi ni, penduduk negara makin bertambah.

bila orang ramai, demand untuk barangan keperluan tinggi. supply tak bertambah2 jugak sebab semua orang nak ke bandar kerja ofis, dok dalam aircond atau jadi gro atau jadi model2 atau jadi penyanyi. pesawah? nelayan? penternak? tanak! nanti tangan kotor. tanam sayur kat rumah? takde tanah. kalau ada pon tanah nak guna tanam pokok orkid, atau pokok bunga raya.

p/s: komen ini ditulis dengan penuh emosi sebab lambat membaca post ini dan sebab tidak mahu memendam perasaan lama2.

Anonymous said...

susah tinggal kat mesia ni. kalau dapat peluang kerja gaji 5 angka, pegi afrika pun aku sanggup huhuhu

-basri

Ku Keng said...

Dik, bangun dik. Blog dah boleh bukak dah.

Jay said...

very totful jones.. i like the way u interpret it. mmg ketagih sial baca blog kamu...haish nasib baik aku dah habis spm *sigh*