Wednesday, March 22, 2006

ini

2003/4

'Teksi ni kongsi. Sapa ada free dia bawak.' kata Abang Teksi yang saya ambil dari Puduraya ke Pandan Indah.

Abang-abang teksi selalunya amat rajin berbual. Termasuk abang yang ini.

Dia mendakwa berkerja dengan Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya lupa namanya. Orang Terengganu atau Kelantan rasanya.

Bagus juga begitu. Berkongsi mencari pendapatan lebih.

Saya bertanyakan tentang sajak Wan Ismail Golok kepadanya kerana saya pernah terbaca di mana-mana yang beliau adalah pekerja Dewan Bahasa dan Pustaka. Kasut But Baju Kot rasanya judul sajak itu.

Saya mendengar Wan Ismail Golok membacanya di sebuah rancangan tivi. Rancangan sastera yang asal ada. Dengan prop pokok-pokok kering di pancar lampu warna warni, Wan ismail Golok membaca. Saya amat tertarik dengan sajak itu. Sangat menarik. Selesai bacaan sajak, muncul kumpulan Kopratasa menyanyi. Lagu isteri yang baik. Saya lupa judulnya. Permaisuri agaknya.

Ada di antara kamu yang tahu keseluruhan sajak itu? hantarkan kepada saya boleh?

Selang beberapa minggu kemudian, saya sekali lagi 'terduduk' di depan tivi semasa rancangan sastera yang sama. Dengan prop yang sama (mungkin di Malaya lampu warna warni dan pohon-pohon kering adalah seni) dan dengan lagu puisi yang sama. Kopratasa. Agaknya hanya Koptratasa yang puisi di Malaya sana.

Saya sukakan lagu-lagu dari album solo si Sudin. Malangnya Sudin tidak kacak. Jadi albumnya tidak laku.

Lagu itulah yang di ulang-ulang setiap kali Kumpulan Koptratasa di undang kemana-mana majlis. Sungguh malang. Saya suka Masihkah Kau Ingat.

Saya ingin juga berbual lama dengan Abang Teksi pekerja Dewan Bahasa dan Pustaka itu, sayang sedikit jarak dari Puduraya ke Pandan Indah amat dekat. Pebualan kami tersekat.

'Lapan ringgit' kata Abang Teksi bersastera. Saya membalas puisinya dengan note sepuluh ringgit. Di membalasnya dengan pantun dua ringgit. Lalu kami berpisah.

'Entah betul entahkan tidak pekerja Dewan Bahasa dan Pustaka berkongsi membawa teksi.' Kata saya di dalam hati.

Dalam perjalanan dari tempat yang sama ke tempat yang sama tetapi dengan abang teksi yang lain, saya di beri petua untuk mencari isteri. Mungkin kerana saya kelihatan seperti belum beristeri atau mungkin kelihatan terdesak. Tetapi itu cerita lain. Mungkin akan saya ceritakan di lain kali. Mungkin.

Apa makna tersirat entri ini? Tidak ada. Jika kamu bebas menghabiskan masa menulis beribu-ribu perkatan hanya untuk menceritakan perjalanan kamu mencari ubat lelah atau betapa selesemanya kucing kamu,apa salahnya saya menulis cerita abang teksi dan saya?


p/s: Kamu suka memancing? Saya suka dan cuba memancing . Ikan tak makan. haha. (saya mengenyit mata kepada ikan)

41 comments:

tuan tanah said...

Jones,
apa betul di eSastera ada sajak yang kamu tulis semasa di TCD? Kamu pernah ke dublin?
semasa saya mendapat berita daripada text itu, saya menjerit tahu? terlepas peluang saya untuk bertemu dengan AJ yang kacak, kaya raya dan handal bersajak ini.

abdullahjones said...
This comment has been removed by a blog administrator.
abdullahjones said...

tunggu saya juni ini. datang lagi. ;)

Leyla Shuri said...

So, you are into this "kata tersirat" thingy as well!
That "kata tersirat" is a real anti-climax, i could've give you a kick in the back!

Sir Mute Key Chicks said...

haha.bagus betul cerita kamu dengan abg teksi yang membawa kamu ke pandan indah itu.

nanti aku nak menulis tentang hikayat pemandu teksi lah..

haha

Anonymous said...

ye.. betul.. tak payah susah dan peningkan kepala.
saya pun suka album sani itu. dan entah ke mana hilangnya sekarang.

Korakora said...

gitar tong, ke mana hilangnya album atau hilangnya sani?

sani tak hilang. ada kadang2 terpancul di malam baca puisi. mengalunkan lagu puisi kalau dipinta. tanpa bayaran tentunya.

kerana orang kita akan berkira untuk membayar rm kepada pemuisi dan penyanyi lagu puisi.

tapi tak pernah berkira utk membayar syarikat telekomunikasi sebanyak 50 sen setiap sms masa mengundi penyanyi.

kau tahu, mereka membayar beribu2 ringgit utk penyanyi yg menang peraduan nyanyian dgn undian sms tapi kalau pembaca puisi utk mendapat rm200 itu sudah cukup baik.

lagi sekali aku mahu tanya, kau bertanya pasal album sani atau sani sendiri?

JBM8141 said...

bang, tak mustahil pekeje dbkl buat keje lain. ada sejumlah pekeje telekom turut sama bawak teksi kat kl tu.

props rancangan rtm sama mcm props tv bangla. tak berubah sejak zaman cumi dan ciki.

Rie said...

zaman cumi dan ciki

penerbitnya dah jd prof skarang.
dah 20 thn rancangan tu. tp prop/setting rancangan sastera tv skarang masih guna yg sama.

KLASIK agaknya.

Anonymous said...

AJ, kalau ko jadi artis tentu fofuler sebab kat ko, muka ko kacak. cuba la....

prop pokok kering? nak buat macam mana, idea tukang buat pun kering macam pokok itulah...

Sayuti said...

kamu salah umpan ketika memancing tu...

blackpurple @ jowopinter said...

"Mungkin kerana saya kelihatan seperti belum beristeri atau mungkin kelihatan terdesak". Kalaulah kata2 itu datangnya dari pemandu teksi tu..... banyak makna tu...

Anonymous said...

Teringat zaman selalu naik teksi (bukan loaded, tapi sebab pemalas).

Banyak cerita rakyat yang boleh digaul dalam teksi.

Suka kalau brader teksi ramah.

Anonymous said...

sajak sabri yunus dalam bahasa kelantan tu ker?

sinaganaga said...

Jones,
Aku kenal sangat abang-abang teksi dari DBP itu. 2 dari kalangan pengawal. Dan. 1 dari kalangan editor cum penulis cum aktivis sastera cum ahlil persatuan penulis cum pemandu teksi.

Sabri?
Baru semalam kami ngeteh bersama-sama sambil hu ha hu ha...

Sayuti said...

"ngeteh". saya belajar perkataan itu dengan keluarga mertua. awak orang johor ke sinaganaga?

zizie ali said...

jones:
aku tahu. abang teksi tu beri petua: tengok tumit! ha ha

JBM8141 said...

ralat: bukan dbkl, tapi dbp. ralat disebabkan hidung sumbat, kepala pening.

Sir Mute Key Chicks said...

Sayuti,
aku suka ngecoke

jiGOMorrison said...

Jones,
Saya rasa abang teksi itu memberi petua untuk mencari isteri kerana tuan terlalu kacak untuk mempunyai hanya seorang isteri. Mungkin? :)

Pegawai Khalwat said...

lagu tu Permata kot. J.M Aziz punya puisi. Tapi lagu tu lebih kurang 10 tahun dahulu saja. Mungkin saya salah.

Itulah, orang lebih suka artis yang popular, yang kononnya boleh jadi role-model pada mereka atau anak-anak.

tak kisahlah boleh nyanyi atau tidak, tak kisahlah lagu yang 3 saat boleh hafal atau tidak (tu pun ada yang tak terhafal).

Lagu puisi, sesetengah puak sajalah yang memperjuangkannya. Tahniah DBP kerana aku tahu DBP sentiasa memberi peluang kepada pemuisi dan penyanyi lagu puisi, tak kiralah baru atau lama, popular atau tidak.

Jannah said...

nak puisi pada siapa,
siapa lagi bisa mendengar,
semua sedang sibuk bercanda,
di bawah pohon kaca,
di celah hutan besi,
semua sedang busy,
dah tak peduli pada seni.

Anonymous said...

bukunota
hamba terkilan kerana hilangnya album si sani itu. album judul 'saya' itu. dulu album tu saya beli kat chow kit road. sekarang kedai kaset itu turut 'hilang'. turut terkilan..

Anonymous said...

betul betul ke terdesak ni AJ?

Anonymous said...

sebenarnya...dimana kamu berada sekarang??

Anonymous said...

kamu kata kamu kacak bukan..apa kata kamu dedahkan saja muka kamu..ingin juga saya lihat kekacakan kamu itu..

Anonymous said...

pelangi, apa, kamu terdesak?

zizie ali said...

pegawai khalwat:
'permata (untuk isteriku)' adalah puisi karya abdul aziz hm. bukan jm aziz. allahyarham abdul aziz hm adalah seorang penggiat teater. sangat rapat dengan a.samad said. pengalaman bersama abdul aziz hm dirakamkan oleh a.samad said dalam noveletnya 'cinta fansuri'.

Pegawai Khalwat said...

he he he.... terima kasih kerana betulkan aku.

Kalau tidak tentu aku ditahan kerana membuat ajaran sesat.

Anonymous said...

First time tinggal komen ni. Saya suka baca blog anda. Saya ada sedara belah suami yg keje di DBP & bawa teksi untuk tambah pendapatan dan dia dari Kelantan.
Agaknya En AJ jumpa sedara saya ni.

Sayuti said...

jannah, seni itu halus. ada di mana2. hatta pada manusia2 yang tersesat dalam kesibukan di tengah2 belantara besi ini sekalipon. hanya jauhari yang kenal manikam. saya kenal jauhari saja, satu kelas dulu. dia orang seremban.

encik zizie, cinta fansuri tu tentang apa ya? kenapa saya rasa saya pernah baca novelet tu. dan saya pasti saya tak terkeliru dengan lagu kias fansuri.

p/s: pelangi. saya kacak juga. tapi gendut. dan sudah berkahwin. haha.

eh, saya mengada2 lagi.

Anonymous said...

becks07:bagaimana kalau sy kata,ya,sy terdesak.sgt terdesak utk melihat muka kacal seperti yang digembar gemburkan itu..kalau betul,xsalah bukan..

Sya said...

Hanya satu lagu kopratasa yg saya ingat "Masihkah kau Ingat" walaupun seboleh mungkin ingin saya lupakannya.

Sekarang ini anak saya yang berusia 16 tahun jadi peminat puisi dan lagu Kopratasa kerana puisi dan lirik lagunya. Sedangkan saya meminati lagu Kenapa nyanyian Lah VE dan Shazzy.. dah terbalik pulak

zizie ali said...

sayuti:
protagonis menyertai sahabatnya, seorang penggiat teater yang dijemput mengendalikan bengkel teater di sarawak. mereka kemudian mengambil kesempatan menjelajah kawasan pedalaman di sana. hasil dari interaksi dengan beberapa watak, mereka ditemukan dengan pelbagai falsafah cinta.
itu kefahaman aku secara lapisan pertama. lapis-lapis berikutnya mungkin perlu kunyahan yang lebih lumat.

Sayuti said...

eff, aku memang jemput. confirm datang? nice...

owh. mungkin saya baca kulitnya saja. tapi rasanya betul lah novelet itu.

memandangkan kak sya sebut tentang kopratasa, saya suka lagu2 yang ada lirik2 berikut.

lagu tentang isteri.
"ku ingin kau jadi wanita mulia
yang tahu harga budi dan hati,
seorang lelaki, bernama suami..."

tentang keindahan malam (?) atau kasih ibu (?).
"aku tak tahu di mana letaknya,
keindahan malam gelap pekat ini,
kudengar suara halus manja,
membisik di telinga,
menyanyikan lagu rindu"

lagu tentang mukmin (?)
"..kubah langit lazuardi,
dan mengutip butir2 makna mukmin
dewasakan aku..."

saya ingat2 lupa liriknya. kadang2 terdengar lagu tu dalam otak. tajuk pon dah lupa. saya layan lagu2 tersebut kira2 9 tahun dulu, di rumah Paksu. waktu itu saya form 3.

Anonymous said...

pelangi,

:)

Anonymous said...

bahasa bagus, tersirat banyak dan terkadang 'terpening' nak fahamkan..saya suka ayat 'last' 2

kunci hilang said...

Anak jiran saya dulu namanya Danial Bustami.
Dia org jawa.

Anonymous said...

Looking for information and found it at this great site... cars for sale Bentley continental side panel

Anonymous said...

You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it Avg free web virus protection Boxster crash test porsche Bad bird talking toy prank Daimler chrysler credit rating Fioricet+contraindications chrysler Fitted pants thong chrysler viper audi dealer Buy didrex baikal guide shop Discount perfumes for men Order bianca bathroom cabinet door effexor xr receptor activity Results for bontril pdm Golf driving instruction chrysler lawsuit resold lemons north carolina Recruiters sa l ai bbjj3dtexq5cqjbkcaofh kcm3cbncefr96ib4y Circuit breaker tracer Zithromax dilution

Anonymous said...

Very cool design! Useful information. Go on! »