Tuesday, February 21, 2006

ping

Satu.

Di Austria dan German , adalah menjadi satu kesalahan yang akan mengakibatkan hukuman penjara jika kamu menafikan kebenaran kejadian pembunuhan beramai-ramai bangsa Yahudi oleh Hitler (holocaust) dan itulah yang terjadi kepada David Irving, seorang ahli sejarah.

Beliau di penjara selama 3 tahun kerana mengatakan holocaust adalah propaganda semata. Mahkamah Austria menjatuhan hukuman berkenaan keatas beliau hari ini atas 'kesalahan' yang di lakukannya 16 tahun lalu. Oleh sebuah negara yang satu masa dahulu (katanya) amat benci dengan bangsa ini!

Begitulah kuatnya pengaruh bangsa Yahudi hari ini.

Satu bangsa yang kecil jumlahnya menjadi suatu kuasa yang sangat di hormati. Bagaimana ini terjadi?

Dua.

Tidak tahu mengapa, saya merasa amat tidak selesa menulis cerita di atas. Hati saya bersungguh-sungguh menyuruh saya memadamkan tulisan di atas tetapi saya ingkar mengikut kehendaknya.

Tiga.

Airmas, rakan bual internet saya bersungguh-sungguh memarahi saya kerana menggunakan perkataan-perkataan yang kurang enak di blog ini. Katanya saya menjadikan bahasa kotor sebagai bahasa harian dan dia paling tidak senang apabila perkataan yang sama di gunakan kembali oleh pembaca wanita blog ini. Dia menyebut nama Jannah beberapa kali sebagai contoh.

Saya bersetuju dengan beliau dan mengakui kesalahan saya menyebarkan perkataan yang tidak senonoh sebagai kata bual manusia ramai.

Adakah saya akan menghentikan menggunakan perkataan-perkataan begitu?

Entah.

Empat.

Saya pening.

Lima.

Mat Jan kini adalah anggota esastera. Diatas sana, di bawah nama saya, adalah sebahagian dari sajak yang amat baik hasil tulisan beliau yang di hantar ke esastera. Jemput semua ke esastera dan mula menulis. Mengapa? Kerana esastera setiap tahun mengadakan majlis penyampian hadiah untuk penulis sajak, haiku, cerpen dan apa juga jenis penulisan. Dan esastera biasanya memberikan wang tunai yang lumayan sebagai hadiah, bukan plak cap kambing.

Oh! Bukunota juga telah menjadi anggota esastera.

Drirwan, pengasas esastera bercita-cita untuk mengumpulkan seramai 1,000 ahli esastera yang aktif menulis. Bukan ahli berdaftar tapi malas. Segeralah menjadi ahli yang cergas dan cerdas.

Setiap bulan pasti ada sahaja karya ahli-ahli esastera yang di siarkan di merata akhbar dan majalah. Bahkan kadangkala ada karya ahli esastera yang tidak di hantar kemana-mana pun di siarkan secara lanun oleh sebuah akhbar kecil. (haha)

Moto esastera : masa depan sastera anda adalah di esastera.

Enam.

Jangan mencarut.

Tujuh.

Saya tidak ada modal untuk menulis sebenarnya, tetapi kerana takut kamu akan lari ke blog lain (dan saya tidak lagi menjadi popular) maka saya gagahkan diri untuk menulis.

Lapan.

Perbahasan-perbahasan yang lepas amat menarik. Cuma jika boleh silalah berbahas tanpa emosi. Jangan mudah marah dan cuba berfikir sebelum kamu menegakkan pendapat kamu. Kita semuanya manusia yang boleh berfikir, jadi, berfikirlah.

Sembilan.

Apa ubatnya rindu?

Sepuluh.

sigh.

Sebelas.

Apabila menulis 'Nabi Sall Allahu alaihi wa Aalihi wa Sallam', marilah kita tuliskan sepenuhnya. Jangan tulis saw atau sebagainya. Janganlah kita kedekut untuk berselawat kepada Baginda Nabi Sall Allahu alaihi wa Aalihi wa Sallam.

Ikutlah kata saya yang ini, jangan ikut kata kotor yang rajin saya gunakan.

25 comments:

Puan Ainon Mohd. said...

Ya, dalam kosa kata surah Yusuf tidak ada kata-kata kotor.

Sayuti said...

satu:
no komen

dua:
berani kerana benar, takut kerana... (ramai!)

tiga:
kata2 kurang enak kan adalah lumrah dalam hidup? terpulang kepada orang yang mendengar utk mentafsir.

empat:
panadol?

lima:
saya juga dah menyertai esastera atas pelawaan anda tempoh hari, dan sedang membaca2 karya2 dan ulasan2 orang yang lebih berwibawa (seperti anda) dalam forum berkenaan. insyaAllah, saya akan mula berkarya (atau memindahkan karya) tidak lama lagi.

enam:
baiklah

tujuh:
kamu tetap popular. saya telah mempromosi blog kamu kepada kawan2 yang menyimpan blog dan yang tak baca blog pon.

lapan:
setuju! sangat setuju!

sembilan:
ubat rindu, pada pendapat saya, adalah kepala ikan, semut dan ubat tidur. kepala ikan dan semut dapat merangsang sindrom keterlupaan yang kronik yang mampu membuatkan rindu tersebut hilang. ubat tidur? rasanya tak perlu dihuraikan.

sepuluh:
yawn.

sebelas:
Allahumma solli 'ala sayidina wa maulana Muhammad. wa' ala alihi wa sohbihi wa barik wa sallim.

p/s: bil bagi tujuan publisiti akan sampai ke rumah anda dalam tempoh masa yang terdekat.

hana_kirana said...

Yahudi, sejak mereka tidak mempunyai negara dan macam-macam lagi lantaran enggan mengaku Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wassalam itu nabi dan rasul, mereka menjadi bangsa yang sungguh bersatu. Usaha mereka untuk menghancurkan goyim (manusia selain bangsa Yahudi) bukan alang-kepalang. Antara usaha mereka, mendalami ilmu pengetahuan dalam segenap bidang dan melakukan pelbagai kajian. 99% orang Yahudi mempunyai Phd. Bangsa-bangsa yang lain, banyak berpecah. Tak payah pergi jauh. Tengok sendiri umat Islam dan bangsa kita.

Ramai orang berpedomankan: Diri sendiri sahaja betul. Kau salah, dia salah. Tapi aku betul.

Unsunghero said...

...boleh pun AJ menulis tanpa sepatah pun perkataan kotor dan kesat. syabas!

sinaganaga said...

Jones,
SATU Sayang aku tidak dapat bersama-samamu di eSastera. Sebab aku tak reti tulis sajak, haiku, cerpen, apatah lagi novel.

DUA Ingat janji2 kau; mahu peluk aku apabila kau pulang ke Malaya nanti!

sinaganaga said...

Jones,
SATU Sayang aku tidak dapat bersama-samamu di eSastera. Sebab aku tak reti tulis sajak, haiku, cerpen, apatah lagi novel.

DUA Ingat janji2 kau; mahu peluk aku apabila kau pulang ke Malaya nanti!

dinoor said...

Jones, kalu rindu ubatnya sebut nama dia selalu, nak tidur tepuk bantal 3kali sebut nama orang di rindu, insyaAllah hang akan tak dapat tidur lepas tu.

Salina said...

"Dan esastera biasanya memberikan wang tunai yang lumayan sebagai hadiah, bukan plak cap kambing."

kecik hati. penat toreh gambar kambing untuk diletak atas plak tu.

Ron97 said...

Salina: tak perlu kecik hati.
ko terlalu kecik untuk dipandang

Pegawai Khalwat said...

Emm..... penulisan skrip teater sama ada monodrama, sketsa pendek, pentomin, dramatari, muzikal atau semimuzikal; tidak kiralah dalam apa ism sekalipun sama ada realism, naturalism, surrealism, absurdism, dadaism, brecth dan sebagainya........... adakah layak untuk ditayangkan di e-sastera?

Aku berminat nak join, tapi seni dalam teater pastinya tidak pada naskhah skrip kerana semiotik dan perbuatan yang tersirat harus terpancar semasa pementasan.

Macam mana tu? Layak ke aku?

Rie said...

akhirnya....

zizie ali said...

ya, ya..kita janji. jangan mencarut. Amat silap jika ada yang menganggap mencarut adalah salah satu cabang seni yang tertua.

Mat Jan said...

hahahaha :)

geng jurnal tersinggung dengan kenyataan "bukan sekadar plak cap kambing"

kita boikot jones!

Unknown said...

Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga;
Yang baik itu budi,
yang indah itu bahasa

Anonymous said...

pening eh...makanlah panadol soluble.

tuan tanah said...

saya akan ikut cakap Aj lepas ni. banyakkan selawat dan jangan guna perkataan kotor.
masuk e-sastera? menarik, tapi saya takut tidak aktif.
Insya Allah

Sayuti said...

cap kambing tu ada kaitan dengan sajak lembu AJ di esastera?

Anonymous said...

dua belas.

ikut suka kau lah Encik Abdullah.

yang pasti, aku akan ke mari lagi.

Sya said...

AJ.. kenapa anda ingin popular hanya di blog.. tidak kah anda ingin popular di luar cyber atau anda memang dah popular tapi kami tak mengenali. emmm???

Ubat rindu? dah jumpa ke? leh share...

Ron97 said...

ya ya. setuju.
boikot boikot.
selagi tak update.
hahaha

lutfi said...

a jones, jgn bimbang bercakap pasal yahudi, sebab, mereka tak tahu cakap Melayu (kalau ada pun, tak ramai). bercakap ttg yahudi, kadang-kadang buat kita kagum juga. mereka merupakan penduduk minoriti di u.s, tapi suara mereka berpengaruh dalam kongres, sebab, lebih separuh ahli kongres yahudi. jadi, kita jangan hairan kalau u.s tak pernah suka dekat palestin. selalunya, bila kita baca yahudi, banyak teori konspirasi dibuat ttg mereka, contohnya, ttg Illuminati. satu kekuatan yahudi, keghairahan mereka kepada ilmu sangat tinggi. tak silap aku, entah bila, seorang yahudi (zionis) claim, segala ilmu yang ada sekarang, semuanya berakar daripada yahudi (contoh, chomsky dalam bidang bahasa, einstein, fizik...dll). oleh itu, mereka menjajah kita dengan pemikiran mereka dahulu, menyerang kita dengan ilmu dahulu, kemudian akhir sekali dengan bom atom. dan satu fakta menarik, salah seorang doktor peribadi saladin (salehuddin al-ayyubi) ada seorang yahudi, namanya, musa maimon...kalau tak silap la.

June said...

my fav sub-entry = 7

Mama Pongkey said...

Saya suka nasihat nombor sebelas tu. :)

Jannah said...

Wah, AJ kena marah ek? Pasal saya bangkitkan isu porno melayu hari lepas? Tapi kalau kamu tak mencarut lagi, tak dapatlah aku menambahkan kosa kataku lagi.

Lagipun dimana lagi bisa mencarut kalau bukan didalam blog? Di luar kehidupan sebenar kalau sebut kongkek pasti akan dijeling oleh pensyarah.

Pegawai khalwat: UUM sudah diWiFikan. Seluruh daerah dalam kampus dipacakkan mesin penyebar WiFi.

Anonymous said...

Excellent, love it! nissan dispute Peoplesoft jobs Teeth+whitener+compare teen stationery Porsche and 928 and specifications united airline italy code printable wedding shower invitations Plastic surgeons of tulsa oklahoma Driveway paved Greeting cards business plan wedding invitations Actress name commercial levitra Fat woman in short skirt and suit jacket Liposuction neck facial surgery Ages software orion car amplifier Career training aus online auction vagina women big hairy pussy High school locker room pic Canon driver printer s400sp