ring! ring! ring!
Queen Elizabeth : Hello.
Prince Charles : Hello, Bonda?
Queen Elizabeth : Ya, anakanda.
Prince Charles : Bonda sihat?
Queen Elizabeth : Ya, Bonda sihat.
Prince Charles : (aiseyman)
Saya kasihan melihat para Tengku Mahkota. Mereka hanya akan sebenarnya-benarnya mula 'berkerja' setelah kemangkatan ayahanda mereka. (atau dalam kes Charles, Bondanya yang sangat panjang umur) Selama mana ayahanda mereka hidup, selama itulah mereka sebenarnya seorang penganggur. Dan tentu sekali mereka tidak mahu mendoakan supaya ayahanda mereka segera mangkat! Atau...
Kerana itu jugalah agaknya kebanyakkan para Tengku Mahkota menghabiskan masa mereka dengan kerja yang tidak mendatangkan apa-apa faedah.
p/s: Jika mengemail saya, setelah menaip jonesabdullah, tambah .co.uk selepas yahoo bukannya .com. Maklomlah, saya di England. Manja benar kamu semua ini, itu pun mahu di ajar.
Ralat: Ayat 'Pernah dengar lelaki simbah asid ke muka perempuan?' sepatutnya di baca sebagai 'Pernah dengar lelaki simbah asid ke muka lelaki?'. Segala kesulitan untuk berfikir secara jelas amatlah di kesali.
Plak cap kambing adalah... hmmm, Kita hentikan saja cerita plak cap kambing itu, maklomlah, saya bimbang di boo beramai-ramai di hari anugerah geng jurnal akan datang semasa saya naik ke pentas untuk menerima hadiah Blogger Benci Tapi Rindu nanti. Saya suka geng jurnal. Mereka baik.
Friday, February 24, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
30 comments:
apa pekerjaan sebenar tengku mahkota sebenarnya? (selepas kemangkatan ayahanda)
AJ, ada orang dari Geng Jurnal ugut mahu simbah asid di muka kamukah? :)
tengku.
do we still need a monarchy? itu la pertinent question from me the anti-monarch movement. i think the local royals can say thank you to the local press for not showing the yearly "waste" they incur on the local and federal government. having lived in the UK for 3 years, i remember not a day went by without a newspaper printing up details on how the royals waste the rakyat's money there. the backlash was so great that the royal Yatch Britannia was retired!the operating cost is bugging the public way to much. tapi di malaya kenapa kita tak diberitahu details of what the royals are doing with our money.
they dont really work. and they are paraded around town with escorts. cutting ribbons and give ugly speaches... dude! make me royal anyday!
let the backlash begin.memang aku derhaka pada Sultan bila aku kata sultan tak releven. tapi aku lagi suka derhaka kepada sultan dari derhaka kepada kepercayaan! hmmm.......
p/s: sorry tak tulis melayu. maklumlah saya macam AJ. duduk UK. lupa dah melayu.. sangat!
kamu tak boleh terima Anugerah Geng Jurnal sebab blog kamu tak ada link ke laman web Geng Jurnal.
kalaulah blog kamu ada link itu, nescaya kamu gondol habis plak cap kambing tahun lepas.
untuk kategori Catatan Mencuit Hati, aku akan pilih catatan kamu yang ini:
"Bagi orang Melayu malam Jumaat hanya untuk dua perkara. Baca Yasin dan ulit ko**. Itu saja. Malam lain Yasin tak boleh baca tapi ko** masih boleh diulit."
http://abdullahjones.blogspot.com/2005/07/malam-malam.html
untuk kategori Catatan Menyentuh Emosi pula, aku akan pilih entri kisah kamu dicabul itu:
http://abdullahjones.blogspot.com/2005/10/bangkai.html
sungguh menyayat hati kisah kamu dicabul itu. aku hampir menitiskan air mata membacanya.
bukan salah mereka. mereka hanya patuh kpda sistem yg kita pilih. memang kita tak mahu mereka terlibat dgn kerja-kerja yg penting. sejarah membuktikan bhw mereka lebih banyak merosak dr membaik.
p/s ..pastikan kantung e-mailmu tidak terburai. rajin-rajinlah delete.
Ralat: 'pernah dengar perempuan simbah asid ke muka perempuan?'
plak cap kambing: ..kau tulis dan kau lukis sesuka hatimu..ohh..bencinya hati ini padamu. bencinya hati ini..namun aku rindu..
Ralat: 'pernah dengar perempuan menarik rambut perempuan lain?'
itu saya pernah dgr. bahkan menjadi satu sinonim, perempuan kalau mahu bergaduh mesti menarik rambut. kenapa ya?
monarki? hapuskan jer. tp melayu ni mahu rasa selesa. yer la..dgn adanya sultan, tampak macam berkuasa, walaupun ekonomi sebenarnya bukan kita yang punya. tp jgn risau, kalau dihapuskan sistem sultan melayu, melayu tidak ingat lama mana. habis generasi yang ada, habislah sudah kisah2 berbangkit. melayu mudah lupa.
paling jeles tgk pangkat yang berjela-jela tu, tak buat apa pun sebenarnya tp diberi pangkat. dapat ijazah doktor kehormat lagi, walhal sumbangan pada negara hapah pun takde. mungkin disini byk cukai2 kerajaan dihabiskan..ibarat membela biawak hidup. biawak bukan boleh dimakan, tp lagi mahu dibela.
teringat kisah sebuah kilang udang harimau dgn kilang kertas di negeri pantai-timur-yang-bermula-dgn-huruf-p ditutup sebab kerap kali golongan diraja ni datang mengutip ufti. bukan sikit2, mahu byk jgk. akhirnya, ekonomi negeri tergadai.
entahlah..sudahlah menghabiskan duit rakyat, mahu dikikis lagi saki baki yang ada ni lagi. biarkanlah rakyat tenang merasa saki baki kekayaan negara ni...cukuplah dgn cukai dan rasuah yang berleluasa, usah ditambah lagi derita rakyat.
p/s: kesian pada rakyat malaya.
Jones,
Saja aku ingin memberitahu. Tengku Mahkota untuk negeri Selangor DE masih bersekolah. Lambat lagi dia nak menganggur.
Jones,
Aku ada satu piala cap biri-biri tu. :)
membaca entry lepas buat saya kata mesti jones berkenan plak kambing tu, dan entry kani ni sah jones mengaku..kah..kah..kah...jones ambil aje biri-2 yang berlambak kat UK tu...tak payah simpan plaknye...bawak balik biri-2 uk masa anugerah jurnal nanti...kah..kah..kah....
tumpang mencelah:
sebagai seorang rakyat negeri Perak, saya bangga dengan sultan dan raja mudanya yang bijak.
ada sultan-sultan negeri lain yang jadi hakim? hmm?
Saudarek AJ, manalah tau kan...kau dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang. Kalau kau tak suka apa boleh buat, tahi plak kambing bulat-bulat kan Naga?
Betul ker Tg mahkota semua tu tak ada kerje? :)
Assalamualaikum:
hahahahahaha...
Pengakuan Ikhlas:
aku dah terjatuh cinta dgn blog nie.
Best shiot amat sey... esp. when Charles said "aiseyman" Cian... hahahahahhaha.
mmg butul la wat Abdullah Jones speculates. Agaknya derang nie semua mmg sah menjadi pencucuk tanam anggur yang tersangat berjaya. Perghhh...
Good blogging. Four thumbs up (termasok ibu jari kaki)
Aiseyman. Dialog dah bertukar pulak dah.
Very inspiring and controvercial. good writing makes me come back.
Tuan Jones, kalau pompuan ke lelaki ke tak bahaya. Kalu bapok, bukan setakat dia baling kasut, tapi dia mencarut-carut dan tokak badan lawannya lagi. Ada yang teramat geram, dia selak kain. Itu yang bahaya. Teramat amat. Maaf ini tak ada kena mengena dengan Queen dan Putera Queen.
kembali ke topik. dari bacaan saya di Daily Mail dan Guardian saya rasa Charles takkan menjadi raja. he may abdicate the pose and letting his son William took over the throne thus continuing the house of windsor. dia pun dah 60. katalah elizabeth mangkat lagi 5 tahun.. dia dah dekat 70.so biar anak dia jadi raja terus.
ini bukan perkara baru. masa putera (saya lupa namanya - maybe edward) jadi raja dulu pun. dia kekal di takhta semalama kurang 3 tahun rasanya. kemudian dia turun takhta (abdicate) dan bagi King George jadi raja..
bet is 2/4 Charles akan abdicate. tak percaya pegilah ke Ladbrokes(kedai betting) dan letakkan betting 5 quid disana. dapat la 10 pound kalau menang! HAHAHA
POSE = pose
sesunggguhnya saya tak reti mengeja!MAAF
Yeop-Harley said...
Tuan Jones, kalau pompuan ke lelaki ke tak bahaya. Kalu bapok, bukan setakat dia baling kasut, tapi dia mencarut-carut dan tokak badan lawannya lagi. Ada yang teramat geram, dia selak kain. Itu yang bahaya. Teramat amat. Maaf ini tak ada kena mengena dengan Queen dan Putera Queen.
----------
Mak ey, pecah perut haku baca... hahahahahhaha... Writing from experience ker Yeop Harley? Hahahaha...*maaf gurau ja*
Sdr Jones, mana episod-episod seterusnya? Saya tunggu dah lama!
saya agak sedih bila membaca komen tentang gesaan utk menghapuskan sistem kesultanan.
dulu, ketika kabinet menarik balik kekebalan sultan, saya sudah terasa betapa generasi akan datang tidak lagi mendaulatkan sultan. ternyata apa yang saya khuatirkan itu mula bercambah.
bukankah kesultanan itu identiti yang membezakan kita dengan bangsa2 lain?
syabas penjajah! benih yang anda semai dulu kini sudah mula bercambah kerana penghuni bumi yang kamu jajah dulu yang menyiramnya.
pandai kamu (penjajah) mempengaruhi mereka.
nasib baik melaka takde tungku,eh silap,tengku mahkota.
che lah. saya tak mahu komen entri ini. nanti takut ditohmah menentang raja-raja melayu.
korang yang lain tak takut kah? che lah tak apa. dia kat england. yang queennya boleh disatira dalam kartun. atau wartawan menyusup masuk ke istana dan menyamar menjadi butler.
tidakkah kamu semua takut , kalau-kalau che lah ini , sebahagian dari penjajah yang cuba hendak mencemarkan kedaulatan bangsa melayu, sedangkan kita tak tahu siapa dia sebenarnya, melayukah matsalehkah ... sekarang yang membezakan melayu dengan bangsa lain di malaysia adalah kerana kita ada raja , kalau tak ada raya maka kita sama juga dengan bangsa (keturunan?) cina dan india yang ada di malaysia , mereka juga warganegara Malaysia , kerana ada institusi berajalah kita boleh mendaulatkan ketuanan melayu , apa apa hal kita boleh rujuk kepada raja-raja biarlah dia jadi simbol sahaja Raja Melayu membuktikan bangsa melayu adalah bangsa yang bertamadun ...kalau kita jadi republik kita tak ada raja kita tak ada bangsa melayu ... melayu akan hilang , semua sama rata
hhhmm.. sebuah blog yang berani, i must say.
kecik2 dulu, pernah gak cita2 nak jadik puteri. tapi hampa bila tau that you can only get the title by birth! sedey.. ye le, jadi puteri, dpt allowance maaaa.. tak nak duit free??? nak kan? lahir2 je, dah ada gaji. ok apa..
anon said, "...kalau kita jadi republik kita tak ada raja kita tak ada bangsa melayu ... melayu akan hilang, semua sama rata".
soalan saya, "iye ke?"
bukan ke hak istimewa orang melayu ujud dlm perlembagaan and perlembagaan tu, kabinet yg buat? apa2 pun, setahu saya le, kat malaya ni, perdana menteri yg berkuasa. tak eh?
Anonymous tak tunjuk diri?
Sayang Sultan bak sayang diri sendiri. Tapi sultan tak kenal saya pun. Tapi patuh sajalah, tak payah banyak tanya.
Tapi saya setuju dengan Eff dan Sayuti, dek kerna dah kurang kuasa terhadap rakyat (Sayuti kata), mereka mula berfoya-foya (Eff kata).
But we are all humans kan? Mereka pun manusia juga. Jadi bisa boleh berfikir, dari hidup sahaja berfoya-foya, lebih baik darjat dan pangkat digunakan untuk kebaikan sejagat. Sebagai wakil Unicef or UN ke, seperti the late Princess Diana.
Paling kurang pun rajin-rajinlah mencemar duli turun padang berjumpa rakyat. Sekarang bukan zaman fuedalism Kesultanan Melayu Melaka kan? Melaka pun dah takda Sultan sekarang.
Pasti anak-anak kecil tak kira di bandar atau di desa rasa seronok sebab dapat berjumpa tuan puteri yang sebenar!
kehadapan anakmalaya yang buduh dan buta dan tuli, perlembagaan kita adalah perlembagaan beraja, kalau tak ada raja kena modified balik perlembagaan tu , kalau dah di modified dengan keadaan kita ni sama-sama warganegara ko ingat ada lagikah hak istimewa itu ? fikir dengan otak jangan fikir dengan kepala lutut ... ikut cakap orang tanpa fikir panjang memang buduh .. jangan marah aku punya caci maki ... kalau aku rasa maruah bangsa aku tercabar aku memang terbakar ... kalau kau tidak macam tu aku tahu kau dah terperangkap dengan dakyah penjajah ...
anon,
hhhmm.. saya ada perasaan bercampur baur samada saya patut jawab ke tidak statement tu.
the thing is, refer balik statement saya.. saya "bertanya". tak perlu le nak marah-marah. malu bertanya sesat jalan. saya bertanya, nak tau jalan.. kalau marah dgn pertanyaan orang, macammana minda orang yang tak tau tu nak berkembang?
saya tak marah dgn caci maki awak, tapi saya kesian dgn awak yg melayu (saya assume le melayu) tapi lupa adab sopan berbicara.
tuan AJ - maaf sebab saya pulak buat laman tuan ini untuk saya tulis komen panjang2..
dalam berbicara kena berhati2. itu budaya kita. tapi, kadang2 melayu senang mengamuk apabila maruah bangsanya tercabar. sedangkan perkataan 'amuk' itu sendiri wujud dalam bahasa melayu.
tidakkah anda melihat bagaimana empayar turki uthmaniyah jatuh? apa yang kita boleh belajar daripadanya? kamal attaturk seorang hero?
mari kita fikir.
anakmalaya: dah lama saya buat begitu - tulis komen panjang2.
nota: komen saya sebelum ini tidak merefer AJ sebagai penjajah. harap tiada salah faham.
Keep up the good work free business cards lap dance for my boyfriend 1995 gmc truck high rpms service engine soon
Where did you find it? Interesting read internet software 28 internet explorer files deleted all financial planning for disabled children digital cameras Photos pictures of roses 1988 honda prelude si coupe review http://www.voip45.info Foreign currency trading forex traders foreign exchange Mercedes vacuum supply pump Printable check registrar craps Zoloft coffee mug Percocet withdrawel symtoms Ritalin+overdose Vitamin a information government celexa price Debt consolidation loan arranged by your
Post a Comment