Tuesday, February 07, 2006

jangan

Antara perkara yang saya impikan dan semestinya tidak dapat saya lakukan didalam hidup ini adalah mewarnakan rambut. Mewarnakan, bukan di inaikan. Saya terlalu bercita-cita untuk men-silver-warnakan rambut. Halangan ini membuatkan saya tidak sabar untuk menunggu semua rambut saya bertukar menjadi putih secara semulajadi.

Secara tidak langsung ianya membuatkan saya menjadi sangat bersedia untuk menjadi (lebih) tua. (setakat ini hanya SEHELAI rambut saya yang bertukar warna)

Begitulah semua kita, jika ada yang menunggu di hujung perjalanan, semua halangan diantaranya akan menjadi lebih mudah.

Bagaimana kamu? Apa yang kamu impikan?Apa yang membuatkan kamu mahu meneruskan kehidupan dalam suasana kelam kabut ini? Apa yang membuatkan kamu tidak membunuh diri? Filim terbaru Afdlin Shauki? Atau apa?

p/s: apabila menjawab soalan di perenggan akhir itu, bayangkan kamu tidak beragama.

11 comments:

Pegawai Khalwat said...

Aku ke?

Kalau aku apa lagi....

Perkara yang semestinya aku tak boleh lakukan ialah berkhalwat (baca: berduaan di tempat sunyi dengan perempuan bukan muhrim).

Mimpi?

Entahlah, aku selalu bermimpi, tapi kerap juga aku terjaga dari mimpi itu, lalu meneruskan sisa-sisa hidup aku (baca: sisa, bukan SISHA).

Bayangkan tidak beragama? Errkkk...
Karang kena mengucap balik tu.

Ku Keng said...

Ada 6 soalan. Kena jawap kesemua atau hanya satu. Tak ada soalan objektif ke?

sinaganaga said...

Jones,
Aku tidak mahu komen apa2 untuk entri kau kali ini. Cuma, ingin mengucapkan, “SELAMAT DATANG KE KELAB PESAKIT2 KEPUTIHAN” kepada kau! Tahniah!

Sya said...

siganaga "pesakit keputihan" .. kalau orang perempuan.. minta dijauhkan penyakit tuh. hish....

Apa yg diimpikan...emmm bila ditanya begini baru nak berfikir.

Nantilah kena fikir jap

Korakora said...

cik lah,

apakah boleh seseorang itu utk membayangkan dia tidak beragama?

bukankah seseorang itu boleh murtad melalui hati, lisan dan perbuatan?

bagaimana pula dengan perbuatan menyarankan orang lain utk membayangkan tidak beragama?

zizie ali said...

kalau diberi pilihan antara uban dengan botak, ramai yang memilih uban walaupun ada mazhab yang menyatakan botak itu sexy!

Sayuti said...

bukunota, en jones sekadar menyarankan anda menjawab soalan itu dari perspektif seorang yang tidak beragama. macam juga kalau berdebat, kita melihat dari perspektif seorang kristian, atau hindu, atau buddha. tidak menjadikan kita penganut agama tersebut.

untuk menjawab soalan en jones, impian saya adalah untuk terus kekal hidup dengan tenang walau apa cabaran atau keadaan kelam kabut sekalipon. hatta mengapa perlu saya bunuh diri? mengapa perlu utk siapa2 pon bunuh diri? bunuh diri tu hanya utk orang2 yang bacul yang tak dapat menerima kekalahan. saya tak pernah menyokong harakiri dan kamikaze serta skuad pengebom berani mati.

Mat Jan said...

1) Bagaimana kamu?

saya sihat.

2) Apa yang kamu impikan?

banyak. ijazah kedua. menerbitkan buku sendiri. kahwin dengan perempuan yang saya suka. perniagaan sendiri. pendapatan lima angka. melawat sekurang-kurangnya tujuh negara asing. mati tua.

3) Apa yang membuatkan kamu mahu meneruskan kehidupan dalam suasana kelam kabut ini?

ingin merasa apa yang belum saya rasa.

4) Apa yang membuatkan kamu tidak membunuh diri?

seperti kamu, saya kacak dan berasal dari keluarga kaya. hanya orang miskin hina seperti sinaganaga saja yang patut membunuh diri.

5) Filim terbaru Afdlin Shauki?

Buli Balik.

6) Atau apa?

atau adalah kata hubung yang digunakan untuk memberi pilihan.

mba2u said...

AJ;

Rambut saya hanya ada beberapa helai saja lagi yg belum bertukar warna. Walaupun saya tidak menantinya dan anggap ia datang terlalu awal, tapi dia datang juga.

Sekarang impian saya ialah nak jadi macam AJ, hanya sehelai sahaja yg dah warna silver ;-)

Jarri said...

mat jan menjawab soalan dengan baik rase nye.

supersomething said...

saya mempunyai harapan yang serupa, ingin menambah bilangan rambut silver yang semakin banyak. ingin saya nyatakan di sini (dengan bangganya) bahawasanya rambut2 silver saya sudah mencapai bilangan belasan helai... heheheh...

soalan-soalan lain, tak pulak rasa nak jawab...