Saturday, February 04, 2006

izinkan

Keputusan kerajaan untuk menghalang pengunaan nama yang di anggap pelik sebenarnya sedikit sebanyak telah mengambil kegembiraan banyak orang. Anak-anak kita nanti selain dari mempunyai nama seperti watak-watak dalam novel popular, mereka juga tidak lagi dapat duduk-duduk mentertawakan nama pelik kawan-kawan mereka.

Tidak akan ada lagi nama Pak Cik Jumaat siak masjid. Tak ada lagi Mak Cik Hitam bidan kampung. Cuba bayangkan Mak Cik bidan kampung dengan nama Wardina atau siak masjid yang bernama Eizlan. Ishhhh..pelik sungguh bunyinya.

Di kampung airmas, kawan saya ada lelaki bernama Ismail Bin Gandum. Tidakkah dengan membaca nama tersebut sahaja membuatkan kamu tertawa? Ketawa beginilah yang saya kata kegembiraan yang bakal tidak dapat di nikmati oleh genarasi akan datang.

Dalam keadaan serba murung dunia sekarang ini, sedikit kegembiraan adalah amat penting.

Saya setuju jika nama-nama yang berunsur lucah dan yang membawa makna tidak baik dilaranguna, tetapi nama-nama hari, warna, bunga dan sebagainya hatta nama-nama yang tidak mempunyai makna sekalipun patut di benarkan. Ia menambah seri kehidupan.

Berita yang kita baca dan dengar semua adalah yang telah di pilih. Ada satu kelompok manusia yang sangat arif tentang kehendak kita yang tahu apa yang baik atau buruk untuk kita. Jadilah kita manusia yang bodoh mengikut apa sahaja kehendak kelompok elit itu tanpa perlu berfikir. Dan kebebesan memberi nama kepada anak-anak juga di diktatikkan.

Isnin, Merah dan Kemboja. Semuanya tidak akan ada lagi. Malang sungguh.

24 comments:

Ku Keng said...

Ada orang yang bernama Zainal bin Keling, dan ada yang bernama Raheem bin Tambi. Sekiranya Tambi mendapat anak lelaki baru dan anak ini gelap sikit, apa tak boleh ke sekarang dia nak namakan bayi ini Keling bin Tambi? (Katanya, Keling itu kebetulan juga nama bapa mertua nenek sedara kepada isteri dia yang dah meninggal di India). Dulu ada pelakon terkenal yang bernama Aman bin Belon.

Ini kesemuanya heritage names yang perlu diperlindungi dibawah Heritage Act of Malaysia.

Jom kita demonstrasi.

Mat Jan said...

nama bunga pun tak boleh. isy, kan indah nama-nama bunga...

Bunga Rampai said...

Salam pak dan kalian.
Aduhai, dunia yang muram bertambah luka. Sudahlah kehijauan alam bertukar menjadi kelabu, takkan keindahan nama turut dikelabukan.

Ayu Cempaka ... indahnya nama. Yang melafaz berasa mesra, redup hati yang mendengar.

Keng, bila buat demonstrasi jangan lupa panggil saya ya!

zizie ali said...

saya pernah mencium belakang sebuah honda civic. Pemiliknya seorang lelaki. Nampak garang. Saya segera minta maaf dan memberinya jaminan bahawa akan memberi gantirugi. Bila ditanya namanya, dia tersenyum lebar terlebih dahulu sebelum menjawab. Tahu apa namanya?
Fatimah!
Sepanjang jalan pulang saya menyanyi lagu Oh! Fatimah.

tuan tanah said...

saya terlalu ingin menamakan nama anak-anak saya nanti Izhar Halqi atau Ikhfa' Haqiqi. tidak boleh jugakah?

abdullahjones said...

izhar boleh, halqi gelak dek arab.

Pegawai Khalwat said...

Tau tak apa yang lawak Mr. AJ, nanti yang menentukan nama boleh didaftarkan atau tak bukanlah golongan elit ni, tapi orang-orang kita yang jaga kaunter pendaftaran.

Maknyanya, orang yang jaga kaunter itulah golongan elit, yang menentukan masa depan nama anak-anak kita.

Bak kata M.Nasir,

"Selamatkah kita di tangan tukang karut itu?
Selamatkan kita di tangan doktor jiwa itu?
Selamatkah kita di tangan ahli korporat itu?
Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu?
Selamatkah kita di tangan tuhan-tuhan itu?"

; Anak-Anak Kita

Anonymous said...

masa saya sekolah menengah dulu ada seorang kawan bernama Melur Suraya. Tapi kami menukarkannya kepada nama Telur Sekaya...

sinaganaga said...

Kalau dibenarkan untuk menukar nama... Aku akan tukar nama aku kepada, “Rizal! Inspektor Rizal!”

Kau?

abdullahjones said...

aku? farouk.

Jay said...

this topic is super FUNNY yet meaningful. tergelak aku sorg2 dlm opis ni. thx mr AJ whoever u are.. hamper kantul aku melayari tp nasib baik maseh berjaya mengawal diri. Dulu aku pernah jaga daftar mengundi..mcm tpt kite cek kat mane kite akan mengundi mase pilihanraya 99 kalau tak silap. mmg byk betul name2 pelik yg boleh buat kite ketawe sampai menangis. Nama seperti Tarzan, roket... nama2 tak baik spt huduh,buruk, dan2 mcm2 lagiii u name it..kalau search mmg semua ada! mantap lah... I agree with u..malang juga generasi akan datang ni atas kehilangan heritage sebegini...*sigh*

atenah said...

sbg cikgu saya banyak bertemu pelajar yg bernama pelik2 eg Khatulistiwa Albert, Roypoly (bapanya minat Bob Tutopoly)dsb. yg membuatkan saya lega adalah apabila Roypoly memberitahu saya adiknya bernama Abdullah.

June said...

kalau dapat anak perempuan jangan risau...
SALEHA tak kena blacklisted rasanya.

keng, jom demo!

Sya said...

AJ.. Pak Cik saya bernama Sabtu sebab lahir pada hari Sabtu, Datok Sedara saya ada yg bernama Khamis sbb lahir hari Khamis dan ada juga bernama Ahad (tahu kan sebabnya). Kak Long saya dulu dipanggil Maah sebab lahir pd hari Jumaat.. manakala nama ayah saya hanya "tiga huruf"... kerana tidak ingat nama di sijil kelahiran semasa mendaftar utk kad pengenalan.

Saya ada seorang kawan wanita bernama Ridzuan dan kawan lelaki bernama Norizan dan Noraini. Dan paling menggelikan hati bila saya ada seorang kawan yg sentiasa keberatan memberi nama penuhnya.. bila ditanya katanya namanya adalah Mohammad... bila ditanya nama penuh.. beliau dgn muka kemerah-merahan memberitahu

"Nama saya adalah Mohammad Tegang"

Sya said...

AJ.. Pak Cik saya bernama Sabtu sebab lahir pada hari Sabtu, Datok Sedara saya ada yg bernama Khamis sbb lahir hari Khamis dan ada juga bernama Ahad (tahu kan sebabnya). Kak Long saya dulu dipanggil Maah sebab lahir pd hari Jumaat.. manakala nama ayah saya hanya "tiga huruf"... kerana tidak ingat nama di sijil kelahiran semasa mendaftar utk kad pengenalan.

Saya ada seorang kawan wanita bernama Ridzuan dan kawan lelaki bernama Norizan dan Noraini. Dan paling menggelikan hati bila saya ada seorang kawan yg sentiasa keberatan memberi nama penuhnya.. bila ditanya katanya namanya adalah Mohammad... bila ditanya nama penuh.. beliau dgn muka kemerah-merahan memberitahu

"Nama saya adalah Mohammad Tegang"

abdullahjones said...

inilah kegembiran-kegembiraan yang saya katakan. mabuk tanpa perlu arak.

dith said...

Saya ada kawan di sekolah dulu namanya Zakroyal (perempuan). Dia memang sungguh malu nak sebut namanya bila ditanya. Bila saya tanya siapa beri nama nya tu, jawabnya: Org di pendaftaran yg suka2 ubah nama sebenar yg dihajat oleh ayah nya. Maka lekatlah nama tu sampai sekarang. Kesian. Apa makna nama tu agaknya ye?

Sayuti said...

aku rasa aku dah terbaca artikel tentang halangan nama2 ni di akhbar yang dikeluarkan jabatan pendaftaran negara 2,3 minggu lepas. maka, waktu en jones tulis artikel nih, 'kick' nya kurang sikit. sebab kalau korang tgk list serta contoh2 nama yang disiarkan tu, mmg gelak guling2 dah. walau bagaimanapon, aku tetap bangga dengan nama aku, Mohammad Sayuti. Ada nama nabi dan nama seorang imam yang kerap digunakan oleh orang jawa walaupon hakikatnya aku langsung takde darah jawa. bini aku ye, jawa. nama bapaknya jopri.

loppiess said...

nyampok jugaklah nampaknya...dolu dolu lah nii..kawan aku namanya Oii Tiew Aik berbangsa hailam..tau orang panggil dia apa?...oii taik!

keng, kamu dah comment kan?..hah, tak payah lagi..hahaha.

mba2u said...

Fakrul .....

Dr. Zainuddin bin Jubuk tu lecturer UKMkan?. Rasa2nya saya kenal dia....

el-Maaniq said...

nama juga membawa peranan sebagai doa

aliss said...

semenjak Nenek Sejuk Binti Awan meninggal dunia.. kampung saya sentiasa panas. Panas kerana cuaca, panas kerana politik dan macam2 lagi penyebab panas. Tanpa sejuk.. kepanasanlah kami

Maryam said...

bab nama.. teringat kawan-kawan yang bapanya punya nama pelik dan kawan-kawan yang punya nama sama, berbeza nama ayah saja... kenapa? mereka tidak dikenali dengan namanya sendiri, kami panggil nama bapanya. Lama-lama, tersedar jugak tersalah panggil.. apehal panggil ayah dia? yang ada depan mata anaknya.. =D

Angah said...

ada sorang tu, aku tak kenal dia, tapi nama dia ada dlm cc list email dari customer aku.. aku andaikan dia orang iban sebab customer aku tu located kat sarawak. and nama orang tu ialah lanchap. kesian dia.