Friday, February 03, 2006

dia

Hari Raya lama dahulu adalah hari yang mengembirankan Mak. Dia yang di kenali garang, membuka pintu kepada kanak-kanak pada hari itu. Mak cukup senang melihat kanak-kanak merebut-rebut meminum oren botol dan kuih muih yang dia sendiri sediakan. Bersengkang mata dia memasak kuih-muih demi untuk melihat kegembiraan kanak-kanak yang bakal datang.Kepada kamu yang lahir sebelum oren botol di anggap barang mewah mungkin tidak akan faham perasaan kakan-kanak itu.

Seorang sebotol. Itu adalah simbol mutlak kegembiraan.

Yang paling di gemari adalah Fanta Hijau. Mak biasanya akan menempah beberapa dozen Fanta Hijau semata-mata untuk menjamu kanak-kanak. Saya sendiri sukakan oren Zapple. Semestinya sedozen khas disediakan untuk saya. Maklum, anak kesayangan.

Adik perempuan saya pula mengemari oren Fanta Merah. Tetapi Mak tidak sediakan apa-apa untuk dia. "kongsi dengan budak-budak, minum Fanta Hijau." kata Mak pada adik perempuan saya.Mak tidak berapa sayang pada dia. Dia hodoh.

Kegembiraan kanak-kanak yang datang berhari raya di rumah kami sampai ke kemuncak apabila mereka di berikan 20sen setiap seorang termasuk adik perempuan saya. Saya dapat 5 ringgit. Maklum, anak kesayangan.

Itulah Mak saya. Sehingga sekarang kanak-kanak masih gemar datang kerumah kami pada Hari Raya. Kanak-kanak yang dahulu, telah dewasa. Walaupun Mak telah jauh berpindah, mereka tetap datang. Mereka bawa anak-anak mereka untuk di perkenalkan kepada "chor", panggilan manja kanak-kanak kampung kepada Mak.

Dia sekarang adalah seorang nenek yang mengembara seluruh alam. Katanya pada kami suatu masa dulu, "nanti anak-anak kamu, kamu sendiri yang jaga. Jangan harapkan Mak. Mak nanti akan mengembara seluruh alam setelah kamu dewasa." Dan dia mengotakan katanya. Walaupun tinggal bersama adik perempuan saya, dia tidak selalu tinggal di suatu tempat. Merata alam di jelajahnya. Mengalahkan saya.

Saya sayang Mak saya. Lebih dari kamu menyayangi mak-mak kamu. Saya rindu Mak saya.

Mengasihi kanak-kanak adalah sesuatu yang sangat di anjurkan. Nabi kesayangan kita amat sukakan kanak-kanak.

Malangnya hari ini kita menghadapi banyak dugaan untuk menyayangi mereka. Pergi sahaja ber Jumaat di mana-mana masjid di mana-mana kawasan perumahan. (saya contohkan hari Jumaat dan masjid kerana memang hari itu sahajalah kamu semua rajin kemasjid, takut jadi kafir jika tiga kali tidak ber Jumaat). Bisingnya mereka mengalahkan keling mati laki.

Dalam suasana bising yang teramat sangat itu, kamu yang benar-benar ingin mendengar suara khatib akan di ganggu. Ditambah dengan panas tengahari, darah kamu akan naik kekepala dan saya terlalu ingin bangun dan menyepak semua kanak-kanak yang terlebuh rajin bercerita itu.

Saya dengan tidak merasa bersalah menfitnah yang ibubapa mereka jarang atau tidak langsung rajin ke masjid. Oleh sebab itulah bapa-bapa mereka merasa tidak bersalah apabila mendengar anak-anak mereka bercerita dengan lancarnya di dalam masjid takala khatib sedang sibuk membaca teks Jabatan Agama Islam Daerah yang di sediakan oleh Jabatan perdana Menteri mengenai betapa pentingnya mentaati pemerintah yang sedang memerintah.

Kemudian lihat pula kelakuan kanak-kanak sekarang. Kurang ajar mereka sudah tidak dapat di bendung. Ibubapa sibuk dengan bermacam kerja. Yang bapa mencari wang untuk menanggung keluarga, si ibu sibuk berkerja untuk membayar wang penjaga anak-anak sementara mereka berkerja. Jadilah anak-anak yang membesar tanpa pengawasan ibubapa. Membesar sendiri dengan undang-undang dan sopan-santun yang mereka pelajari dari kawan sebaya.

Dirumah saya tidak ada perabut atau apa juga yang saya sayang. Pecah saya beli lain. Hilang saya ganti. Jadi saya tidak peduli jika kanak-kanak datang dan pecahkan atau hilangkan apa-apa, tetapi hati saya menjadi terlalu panas jika anak-anak yang datang kerumah tidak tahu sopan. Menjerit tidak tentu hala. Minta perhatian. Anak yang meminta perhatian adalah anak yang tidak di pedulikan dirumah. Ibubapa hanya menunjukkan kasih kasih kepada anak-anak mereka hanya di depan manusia ramai.

Atau inilah anak-anak yang semasa dalam kandungan, ibunya sibuk menghantar SMS kepertandingan adu suara di tivi.

Atau inilah anak-anak yang semasa bayinya di usung oleh ibubapa ke merata pesta nyanyi.


Anak-anak ini apabila diberi kesempatan akan mula mencuri perhatian minta di tonton.Dan anak-anak ini adalah musuh utama saya. Jika di rumah saya mereka menjerit dan berbuat bising semasa saya sedang berbual-bual dengan ibubapa mereka, saya akan mencari peluang untuk menghentam mereka. Setelah di hentam, saya akan memberi amaran supaya perbuatan hitam saya tidak di hebahkan. Jika tidak, saya akan membunuh ibubapa mereka.

Sehingga hari ini taktik kotor saya berjaya nampaknya kerana tidak seorang pun kawan-kawan yang pernah datang kerumah memberikan pandangan berbeza. Cuma sekarang ini jika mereka menziarahi saya, mereka datang sepasang. Anak-anak mereka tinggalkan. Kenapa agaknya. Saya rindukan jerit pekik hiruk pikuk anak-anak mereka. (not)

Anak-anak mereka juga tidak kelihatan jika saya menziarahi mereka.

Saya merayu kepada ibubapa yang anak-anak mereka (dan mereka) yang rajin ber Jumaat di masjid, tolonglah ajar supaya mereka tidak bising. Manalah tahu saya ter Jumaat di tempat kamu dan anak kamu pula menjadi penghulu kaki bising. Takut-takut saya tersepak dengan amat kuat anak-anak kamu nanti.

Dan ajarkan sopan dirumah sendiri supaya anak kamu sopan di rumah orang lain jika tidak mahu mati di bunuh.

Ini rayuan yang sangat ikhlas dari saya. Sumpah!

25 comments:

anobody said...

therat.rasa nak buat rayuan yg sama jugak to the parents of spoilt brats.

zaman sekarang zaman materialistik. rather than discipline kids, they bribe kids with materials to make them behave.

zaman dulu, rotanlah ganjarannya for some. ha ha ha.

zaman sekarang, what do you want so you'll keep quiet?

-rafthah-

Unknown said...

Amaran kepada kanak-kanak..
Jangan hampiri PakCik Dolah. Beliau tidak mesra kanak-kanak.. ;)

Anonymous said...

kepada budak budak yang nak merasa alam barzakh, silalah buat bising dan menjerit jerit di rumah pakcik jones.

sinaganaga said...

Jones,
1. Setiap minggu aku menghadapi masalah yang serupa. Kanak-kanak berbuat bising ketika khatib sedang membaca khutbah.

2. Aku rujuk hal ini kepada seorang bekas graduan al-Azhar. Katanya, “...Kalau bercakap semasa khutbah sedang dibacakan - kau cuma tak dapat pahala saja, sembahyang jumaat kau pada hari itu tetap sah.”

3. Yalah, suka hati merekalah nak dapat pahala ke tidak... Tapi, mereka terlampau bising sehinggakan aku (dan bekas graduan al-Azhar itu) tak dapat nak melelapkan mata. Ha ha.

4. Pada whiteboard di Masjid al-Amru tertulis pesanan ini, “Budak-budak jangan bising! Siapa bising akan dipancut dengan air!” + getah paip panjang warna oren yang tergantung di sebelah whiteboard tersebut.

Seorang budak kecik tanya aku, “Kalau budak2 tu bising, siapa yang nak pancut mereka? Sebab masa tu semua orang dewasa tengah dengar khutbah (dan tidur)...”

Ye tak ye gak ehhh...

5. Aku rasa, khatib perlu juga menyentuh topik tertib bersembahyang jumaat dalam khutbah. Aku rasalah...

6. Ataupun, Majlis Agama Islam Malaya patut lantik aku dan kau untuk pergi sepak terajang budak2 yang buat bising tu. Tapi, MAIM kena bagi kita imuniti ler dude! Ha ha.

EXTRA: Yang paling bangsat - ada 4 orang lelaki lembut yang bersembahyang jumaat di masjid al-Amru ni suka tulis2 dengan jari pada kapet semasa khutbah sedang dibacakan.

Watta f***!

aeyjay said...

budak² skrg mmg sesetengah tu dah masuk kategori tak makan ajar.pukul hari ni esok buat lagi.salah sapa tu??? mak bapak ke yg tak ajar @ terlebih ajar???

loppiess said...

kat masjid aku tu kan, ada sorang yang aku kenal, kira penghulu budak jahat la kan, dia ni memang la, tengok muka dah tahu perangainya. Cubalah pandang pandang dia..dia pandang engkau balik..eeiii budak ni kang. jahat bukan main. Tengok dia je kita mula nak marah..eer maksud aku mukanya..hitam dan rambutnya tu terkelebet ke bawah, ada parut kat kening atas. Bibirnya terjuih selalu macam daging burger ( aku ni pulak macam melampau jee )...tapi iyelah kan, memang...memang sakit hati betul.

Encik Keng, kalaulah kau dapat pujuk bawak budak ni keluar tiga hari ke...mau amir saf lempang dia.

Tapi yelah kan, yg bagusnya dia mahu pulak ke masjid di bandingkan dengan sesetengah budak budak lain tu yang asyik dok bolonggok kat cc jante betino tak dok bezo!

Aku mahu, kalau dapat selepas jumaat jumpa budak tu..duduk ngan dia dan sembang sembang tapi bila beri salam kekiri kekanan, bayang dia pun tak nampak lagi!

eeer...panjang ke aku tulis ni,

atenah said...

incik jones,
saya sarankan semasa ibu2 keluar bekerja, kaum bapa tinggal di rumah untuk memberikan asuhan yg terbaik buat anak2.

i wonder if incik jones sendiri ada anak.

Maryam said...

macam tu serah encik AJ lah didik anak-anak... gerenti semua bersopan-santun... =D

Pegawai Khalwat said...

Anak menakan boleh masuk ke dalam hisab Mr. AJ?

zizie ali said...

masa dlm kandungan mereka diperdengarkan dengan lagu rock!
rock klasik:..bila mama pakai celana...

Ku Keng said...

Yang encik Jones sarankan adalah setiap budak yang ke masjid diberi Fanta hijau (eh, hijau tak boleh, itu sensitif, OK Fanta Merah) dan 20 sen sorang. Mereka akan senyap. Sebaliknya bapak-bapak budak akan bising pula kerana mereka pun nak juga. Paling baik khutbah buat dalam persembahan Power Point saja.

Lop, nanti saya bawa mereka keluar 3 hari untuk melawat bilik mayat NBB. Baru mereka insaf.

mba2u said...

Panjangnya entri.... penat-penat mata membaca, penat lagi tangan menaip.

Syabas AJ!.

dith said...

Hmmm...jadi di manakah letak dan releven nya hadith di mana meriwayatkan cucu Rasulullah, Hassan dan Hussain menunggang Rasulullah semasa baginda sujud semasa solat di masjid??

Mat Jan said...

kat masjid al-Ghufran, alor setar, time sembayang jumaat budak2 tak bising. tapi time sembayang terawih, tengah org sembayang tu depa menjerit-jerit main kejar2 dlm masjid dan luar masjid. siap main mercun lagi!

time aku kecik2 dulu, masa terawih, aku, err, maksud aku, kawan2 aku, lagi teruk.

"Allahummasolli’ala Muhammad!"

budak2: "sudah laaa jom balikkk!"

(ikut 'tune' "Sallallah wassalam mualaik!")

"Allahummasolli’ ala saidina wa habibi’ina wa nabi’ina wa syafi’ina wa zukrina wa maulana Muhammad!"

budak2: "sudah laaa jom balikkk!"

jahat sungguh kawan2 aku masa budak2 dulu.

aku baik.

Airmas sz said...

i wonder if incik jones sendiri ada anak ... saya pun tengah wonder ni ...

harapkan beras tapi tak keras ....hahhaha

abdullahjones said...
This comment has been removed by a blog administrator.
tuan tanah said...

jika ada saya ada anak, saya akan ajar anak2 saya cukup2 supaya mereka tidak kurang ajar.

Sayuti said...

aku kadang2 berbelah bagi perihal anak2 yang bising di masjid ni, terutama ketika bacaan khutbah. juga di tempat awam, spt 2 minggu lalu ketika menghantar wife aku. kami makan malam di restoran kfc depan puduraya. ingatkan nak menikmati 'saat2 istimewa kfc' sebelum berjauhan selama 5 hari. terganggu betul apabila ada dua orang kanak2 berlari2 dan terjerit2 dengan suara yang membingitkan. terus hilang mood. walhal, ibunya ada di situ, sedang sibuk membelek handphone tanpa sebarang usaha utk mendiamkan anaknya yang juga mengganggu pelanggan2 lain dan juga pekerja2 restoran berkenaan.

memang marah betul dan ikutkan hati, nak ditengking budak2 tu. jelingan tajam ke arah mak kanak2 tersebut tidak diendahkan. dalam hati aku menyumpah2: "moga2 terlanggar bucu meja la anak2 kamu tu".

tapi, inilah senario sekarang. terima kasih mr jones kerana penulisan anda tersebut.

p/s: masjid as-syakirin klcc stakat ini tiada kanak2 yang menjerit2 ketika sembahyang jumaat. tapi, sila datang awal atau bawa sejadah sendiri.

Bunga Rampai said...

Salam pak,

Apa lagi yang kita harapkan dari sistem pendidkan yang sudah dipolitikkan? Tanah air kita memerlukan reformasi pendidikan bermula dari pendidikan awal kanak-kanak.

Walau apa pun, segalanya terpulang kepada ibu bapa sebenarnya - apakah yang mereka mahu daripada anak-anak mereka?

Walaupun menjadi ibu bapa itu sesuatu yang natural - hukum alamiah, namun kemahiran keibubapaan itu sesuatu yang perlu diasah /digilap melalui pelbagai cara.

Mendidik anak-anak adalah satu tanggungjawab - tanggungjawab yang harus ditunaikan kerana Allah.

Jadi, kalau rasa-rasanya tak mampu bertanggungjawab, fikir-fikirkanlah seadanya.

Sayuti said...

ish... mmg la takde hades. takde sebut pon pasal hades aper2. skadar pendapat secara general tentang post en jones tadi.

reformasi pendidikan tak perlu mengharap politik. reformasi politik memerlukan pendidikan.

Angah said...

keling mati laki? hahaha.. harus bising yg amat.. pernah dengar perumpamaan keling dapat basikal?

hakim dirani said...

di tempat aku lak budak 2 semua sopan santon. yang jadi masalah nya bapak budak yang kasi bising kawasan masjid tu (bersedia utk jual buah-buahan)

Anonymous said...

phentermine phentermine
adipex adipex
xenical xenical
prozac
adipex
ambien ambien
ultram ultram
ambien
phentermine phentermine
tramadol tramadol
xanax xanax

Anonymous said...

Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. » »

Anonymous said...

Best regards from NY! Carolina cell charger phone south pregnant pussy Adipex 37.5mg tablet Fluoxetine tablet cheap moving companies pop up blocker Scrabble zip Asphalt driveway care Buick v6 problems