Friday, January 20, 2006

tidur

Saya tidak berniat untuk menulis hari ini, tetapi demi untuk mengekalkan populariti dan ditambah pula terlihat nama Jimadie Shah di papan nota, saya menjadi sangat teruja-( teruja, lama saya bercita-cita untuk menggunakkan ayat ini. hari ini syukur saya berjaya. -teruja- kali pertama saya mendengar (membaca sebenarnya) ayat ini adalah semasa menonton tivi di Malaya tahun lepas. berpeluh saya bertanyakan orang maknanya). (MAKNA.ha.)

Jimadie Shah adalah antara mereka yang saya sendiri mengelarkan sebagai kawan. Sama seperti MBA, Pak Latip, airmas, amir mukriz dan ramai lagi mereka-mereka di esastera. (untuk menampakkan yang saya ini ahli sastera, mari kita gelarkan kami sebagai Grup Pemuisi E)

Saya sangat mengemari tulisan beliau. Sangat. Dan jika kamu mengemari Faisal Tehrani kamu tidak akan menyukai tulisan beliau. (kesian penulis-penulis muda sekarang ini, semua menyimpan janggut jarang dan mula menulis dan bercita-cita menjadi Faisal Tehrani)

Jimadie Shah adalah penulis pertama (bersama-sama Lutfi Ishak) yang benar-benar menjaja tulisannya. Literally. Dia dan Lutfi Ishak menjual kumpulan sajak-sajak Sperma Amerika mereka kepada orang ramai. Ini adalah antara sebab mengapa saya mengemari mereka berdua.

Di Malaya, penulis sajak sama tarafnya dengan peminta sedekah. Perah idea, tulis dan hantarkan kepada akhbar atau majallah. Tunggu. Jika bernasib baik tulisan kamu akan di siarkan. Dan kamu sangat bernasib baik jika mendapat bayaran untuk tulisan itu dalam masa sebulan.Jika mendapat bayaran. Ramai penulis yang tulisannya di siarkan langsung tidak mendapat bayaran. Rasanya peminta sedekah lebih bernasib baik kerana tidak perlu menulis.

Saya tidak setuju dengan cara ini. Kerana itu juga saya tidak pernah menghantar tulisan saya kemana-mana penerbitan. Mungkin kamu editor akhbar atau majallah dan meng-elehhh-kan tulisan saya ini. Kamu mengatakan yang jika saya menghantar sekalipun, kamu tidak akan siarkan kerana tidak bermutu. Kepada kamu saya katakan- dalam telo British tulen- *kunt.

Kerna, ishhh..kerna, sastera betul saya. Kerana itulah saya amat sukakan cara menjual tulisan. Seperti lukisan, saya mahukan editor akhbar dan majallah membeli tulisan kemudian siarkan. Bukan siarkan dan tiga belas bulan kemudian di bayar. Jika bayar.

Menjadi kaya dengan menulis adalah impian murni setiap penulis. Di Malaya kamu hanya akan beroleh sedikit kemewahan dengan menulis jika baris pertama novel kamu berbunyi 'sephia edora sonya ellis memandang tepat ke mata hisyam dato rais...', dan ramai yang mengaku penulis memulakan novel mereka dengan ayat ini. Kak, boleh tidur malam ke tulis cerita-ceriti romen ni? Jika kamu menulis selain itu, bersedialah untuk hanya menjadi terkenal tanpa bayaran.

Hey Jimadie dan Lutfi, syabbas!


*tukarkan k kepada c.

p/s: zizie ali, saya sukakan sahabat lama kamu.

kepada yang bertanya itu ini maafkan saya kerana tidak menegur atau menjawab, saya sedang melatih diri untuk menjadi sombong kerana ini adalah syarat utama manusia popular seperti saya. tidak seperti kamu. hina.

ralat: ayat 'bakal bini' di bawah sepatutnya di baca sebagai 'bakal mak mertua'.dan tajuk 'meniduri' itu sepatutnya di baca ' bagaimana untuk mengetahui jumlah hantaran pernikah dengan melihat buah dada bakal ibu mertua',harap maklum.

29 comments:

tuan tanah said...

saya memang peminat Faisal Tehrani.

tapi Jimadie dan AJ juga masih ada dalam list saya.

:)

Anonymous said...

amboi...nak jadi sombong pun kena berlatih ke?

sinaganaga said...

Jones,
Satu2nya genre yang aku tak tahu nak buat - tulis SAJAK. Itu sebab aku jadi peminat2 sajak AJ nombor satu.

min,
jika putuslah katamu
ingin pergi,
bawalah matahari bersamamu,
aku tidak lagi memerlukan cahaya.

Perghhhhhh! Aku cemburu dengan kau. Sungguh!

jiGOMorrison said...

Keji sungguh orang sombong ini! Hei! Sudahkah kamu memindahkan telingamu ke tapak kaki?

Ku Keng said...

Patutlah saya susah untuk memahami karya-karya mereka. Yang pada saya dlm terjemahan bahasa Tamil, dapat atas ehsan MIC, kerana kata mereka kesian melihat budak-budak muda yang menjaja buku.

Orang Melayu suka menindas dengan tidak mau bayar hutang.

Unknown said...

Dollah,

Kamu perlu berusaha lebih lagi. tulisan kamu sudah menghampiri taraf janggut jarang Faisal Tehrani..

Pegawai Khalwat said...

Aku duduk, dia pun duduk.
Aku berdiri, dia pun berdiri.

Apa dia?

(oi... orang suruh tulis sajak bukan teka-teki!)

'desyum!' 'Arghhh'
'Dush! dush! desyum!' 'Aiyakkk!!'

1 said...

Saya suka ego. Saya menyarankan semua penulis jadi ego (saya bukan penulis). Saya membaca karya Faisal, walau tidak semua, walau ada yang tak terhabiskan. Bukan tak sedap, cuma saya malas (sebab itu saya bukan penulis). Saya menyimpan janggut, tapi sikit saja. Bila lebih setengah inci saya cukur. Dan saya tak suka simpan misai. Dan saya selalu kembang kalau orang puji. Saya baca Faisal bukan sebab janggut dia, sebab tulisan dia. Saya pun lama teringin nak sebut perkataan ini: Teruja! Ha, ha, ha! Rasa puas sangat. Dan abdullahjones, demi Allah saya anggap macam kawan baik, walau tak pernah, walau sekali pun saya jumpa dia.

Obefiend Weiland said...

great piece of writing. saya setuju dengan pandangan anda. seperti seorang peminta sedekah sahaja. setiap hari memerah medula oblongata dan kemudian hantarkan kepda sesiapa yang sudi. jika nasib oke ada la pembayarannya.. nice nice.. i'll definately link u up to my blog later. jarang ade blog BM yg menambat mata gua.. yes mata!

ayobkelubi said...

melainkan penulis sajak itu mempunyai hubungan rapat dengan pemegang-pemegang tampuk kuasa bermaharajalela sekarang ini mungkin dia tidak perlu memintak sedekah tapi akan mengetuai barisan paling hadapan mengambil dari peminta-pemintah sedekah yang lain utk disedekahkan kepada pemegang-pemegang tampuk kuasa bermaharalela sekarang ini.

ada bunyi macam orang sombong tak dolah?.

Rie said...

:-)

Kak Teh said...

AJ - saya nak sampaikan salam Art Fazil kepada AJ dan semua yang bertanya khabar.

hana_kirana said...

saya ini eksyen. tapi masih belum popular.

Mat Jan said...

simpan janggut jarang kalau nak jadi faisal tehrani...

apa yang perlu aku simpan kalau nak jadi abdullah jones?

dith said...

AJ saya minat lagi lukisan anda!
Awak dah baca challenge saya kepada awak di sana?

cik easy said...

Saya datang sebab semua pemuka blog kata "kalau kau mahu jadi ternama..tinggalkan komen sebanyak mungkin pada si Abdullah Jones.. Banjirkan dirinya dengan pujian dan komen membina sedangkan kau tak membaca sepenuhnya pun semua entry blog nya...Biarkan dia lemas dgn pujian moga nama kau akan tertulis walau secebis dalam salah satu entrynya...ahahaha kau akan jadi ternama..statistik blog kau akan meningkat..laksana talian celcom prepaid yg sibuk di malam hari..

atenah said...

maaf saya baru di sini. karya sastera anda di mana, supaya boleh saya membacanya? di sini?

zizie ali said...

Saya tidak berniat untuk komen hari ini, tetapi demi keterujaan yg teramat sangat sesudah membaca 'tidur', ditambah pula nasihat cik easy:" kalau kau ingin jadi ternama...", maka inilah komen saya:
saya pernah baca tulisan-tulisan faisal. bukan saja cerpen tetapi juga esei sasteranya. namun saya yakin, janggut jarang saya ini sudah tumbuh sebelum faisal menulis.
p/s kalau penulis muda yg mengaku zaharah nawawi sebagai sifunya, pasti dalam tulisan mereka ada guna perkataan 'metah'. Ex: metah bingung, metah sedih, metah riang, metah teruja etc..,

Airmas sz said...

Alamak zizie ada jangut ...

Jannah said...

Masih ada lagi pembeli buku cerita tulisan orang Malaysia di negara kita ni?

Anonymous said...

Good design!
[url=http://etxdzzhv.com/waaf/lkse.html]My homepage[/url] | [url=http://utsvfqrv.com/wkjj/xtgu.html]Cool site[/url]

Anonymous said...

Well done!
http://etxdzzhv.com/waaf/lkse.html | http://oxlgxwcs.com/ocrn/odja.html

Anonymous said...

Well done!
[url=http://hvxsaugg.com/rsvq/rmty.html]My homepage[/url] | [url=http://rezfxlig.com/baho/uiit.html]Cool site[/url]

Anonymous said...

Nice site!
http://hvxsaugg.com/rsvq/rmty.html | http://xegkbzbv.com/yflo/ellt.html

Anonymous said...

Thank you!
[url=http://dcmelvia.com/eaaw/eoev.html]My homepage[/url] | [url=http://xvgddfai.com/gnac/tblj.html]Cool site[/url]

Anonymous said...

Well done!
My homepage | Please visit

Anonymous said...

Well done!
http://dcmelvia.com/eaaw/eoev.html | http://pcghpuoy.com/srsq/phgb.html

Anonymous said...

Best regards from NY! Used flat screen tv Subaru forester foot pats

Anonymous said...

Cool blog, interesting information... Keep it UP »