Sunday, January 15, 2006

nanti

Saya bertanya Pardon Muquira samada beliau pernah ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bolasepak pasukan Chelsea, pasukan kegemarannya. Dia menjawap yang walaupun terlalu gemar dengan Chelsea dan bosasepak, beliau tidak pernah ada keinginan untuk menyaksikan aksi pasukan tersebut di stadium. Dia lebih gemar menonton di rumah. Lebih relak katanya.

Pada saya ini agak pelik.

Tetapi bila di fikirkan semula, saya bersetuju dengan beliau kerana ini tidak ada bezanya dengan kita yang amat meminati 'pasukan' Islam tetapi lebih rela melihat (dan menjerit-jerit) dari jauh tanpa melibatkan diri secara total.

Betul juga, dari ke masjid mendengar ceramah baik duduk di rumah depan tivi. Ada ceramah juga. Tiga ustad sekaligus. Di masjid seorang saja. Ustad PAS pulak tu.

10 comments:

dith said...

AJ ahli jemaah masjid mana?

Ku Keng said...

AJ:
Yang terbaiknya kita adakan TV di masjid-masjid dan lengkapkan juga dengan kerusi urut OGAWA yang lebih menyelesakan. Bukan setakat tiga ustad sekaligus, adakan dua imam sekaligus untuk mengepelai solat. Sah akan bertambah jemaah.

tuan tanah said...

say setuju dgn lentiform :)

Mat Jan said...

aduh, pedih pedihhh pedasss...

tapi jones, di tv ada ustad janggut oren.

zizie ali said...

kadang-kadang atau jarang-jarang kita perlu gunakan 'ilmu sekali-sekala', yaitu sekali sekala ke masjid, sekali sekala tengok ustaz janggut oren kat tv, sekali sekala tengok ustaz tadak janggut, sekali sekala...sekali sekala..Tak rugi. Dengar dari banyak jenis uztaz. tak kira apa kaler dan paten janggutnya.

Anonymous said...

saya suka m nasir tapi tak pulak sampai terjerit jerit nak pegi konsert m nasir

sinaganaga said...

Dulu. Aku tangkap Bukunota tidur. Minggu lepas dia tangkap aku tidur. Semasa khutbah sembahyang Jumaat. Khatib bukan PAS nor BN. Khatib DBP. Ha ha.

Sya said...

En. AJ.. saya melompat dr blog Tuan Keng.. salam kenal

Ku Keng said...

AJ:
Ada jemaah baru nampaknya. Kan dulu saya dah katakan, pompuan pun mesti dijadualkan menjadi imam juga di masjid-masjid, baru ramai yang datang.

Anonymous said...

Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. peep hole bra Sector watch 3253980015 allegra 180 mg side affects Black skin care information Multi trip long stay insurance us allegra irregular heartbeat Palazzo della allegra wine Phaser laser radar detector Johnson johnson 1 day acuvue high risk merchant account