Saya bermimpi.
Semasa hendak tidur, datang seorang perempuan yang ingin tidur bersama saya. Saya tanyakan adakah kami telah bernikah? Dia membenarkan lalu saya izinkan dia tidur bersama saya.
Selang beberapa minit, datang lagi seorang perempuan juga ingin tidur bersama saya, saya tanyakan soalan yang sama dan mendapat jawapan yang serupa.
Kemudian datang seorang lagi perempuan dan adegan seperti diatas berulang sehinggalah empat orang perempuan di beri izin untuk tidur bersama saya.
Kemudian datang Kenneth Lim.
Dia meminta izin untuk tidur bersama saya.
Saya terjaga.
Untuk pengetahuan semua, Kenneth Lim adalah lelaki yang paling lemah gemalai didalam kelas semasa saya di sekolah menengah dulu.
Untuk pemuda-pemudi yang sudah baligh dan belum bernikah, soalan yang saya tanyakan kepada perempuan-perempuan tadi adalah soalan yang wajib kamu tanya sebelum kamu tidur dengan sesiapa pun yang tidak sama jantina dengan kamu.Walau bagaimana pun, jika kamu mempunyai tabii seks luar biasa atau pun memang ahli sukan laga l...ng ken...g, soalan tersebut tidak membawa apa-apa makna. Buat lah apa yang kamu suka.
Saya tidak terperanjat dengan mimpi itu. Ianya hanya membenarkan apa yang telah lama saya sedari (yang kadangkala menjadi satu sumpahan). Saya memang menjadi kegilaan kebanyakkan perempuan (dan pondan).
p/s: naga, sudah tentu melanie lebih bagus nyanyianya kerana dia perempuan.(dengarkan seluruh album Desire dylan, sangat melankolik dan sangat melayu) nurelhuda,
perempuan yang tidak mahu mengadu kepada Polis akibat di dera adalah perempuan bodoh. kadijah, kamu perlu meminta maaf jika TIDAK melinkkan saya dan YA moluska tatami, saya menulis kerana nama dan glamor yang datang bersamanya.
Kita semua tahu yang tidur dengan lebih dari satu isteri didalam satu masa tidak di benarkan di dalam Islam, ianya hanya boleh berlaku didalam mimpi saya dan juga angan-angan kamu.
Tuesday, November 15, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
AJ, perempuan bodoh itu telah dididik oleh masyarakat kita yang tidak suka wanita menjawab
perempuan bodoh lahir dari didikan perempuan bodoh dan lelaki bodoh?
Jones,
Aku baru tahu. Dylan ada album baru. Nak beli - wang saku sudah habis. Sebabnya, aku dah beli. TRACY CHAPMAN yang terkini.
Jones,
Setakat digilai perempuans dan pondans - kau belum cukup hebat! Aku? Kucings pun suka bergesel2 di kaki aku. Ha ha.
kalau aku jadi kamu, aku akan kaji kenapa dalam mimpi itu ada lelaki lemah gemalai turut tidur bersama kamu. kemungkinan kamu ada tarikan sesama jantina tetapi kamu tidak sedar akannya.
Keep up the good work Studio surveillance abe lurie moving company Sally kingston divorce jason grubb
Post a Comment