Semua orang (dan haiwan dan jin dan pokok kayu) tahu yang dunia ini semakin tua. Semua tahu riwayat israq Nabi tercinta. Cuma kita tidak di beritahu bila akan matinya dunia ini. Walaupun demikian, kita di beritahu tentang tanda-tanda akan matinya dunia. Banyak tanda-tanda telah pun berlaku. Malang sedikit kita biasanya akan menafikan tanda-tanda tersebut. Kita sentiasa mencari alasan logik bagi menenangkan hati . Saya percaya nanti bila matahari terbit dari arah yang lain, akan ada manusia yang bermati-matian menerangkan secara falak tentang mengapa terjadi fenomena alam tersebut.
Bila saya katakan yang semua orang yang membaca tulisan saya ini akan mati, saya jamin ada yang mengatakan yang saya ini sebenarnya seorang dukun. Sentiasa menafikan kekuasaan Allah bukan hanya terjadi kepada mereka yang tidak percayakanNYA sahaja, kita yang amat yakin ini juga banyak kalanya menidakkan kekuasaanNYA.
Neraka bukan tempat orang kafir di siksa, neraka adalah tempat orang Islam yang tidak endahkan suruhan.Si kafir akan menjadi bahan bakar, kita ini yang akan di bakar! Tidak adakah langsung ketakutan kepada kemurkaan Allah sehingga kita menjadi si bangang yang tidak memikirkan kematian yang mesti datang? Sibuk benar kita dengan sejuta macam hiburan. Sebilion macam kerja. Tunggu mampus baru mahu bertaubat?
Mujur benar di Malaya ada siti (sopan), ada mawi (alim) ( yang sering mengingatkan kita tentang mati).
Tuesday, September 06, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
KL terlalu kejam kpd aku
Salam dari Ken :)
Wah, karya2nya bagus dan bermakna ..
Saya memang harus banyak belajar juga kata2 dalam bahasa Melayu :)
supaya tidak bingung jika menemui istilah Melayu :)
kalau dah ada siti dan mawi mesti ada jamal pastu campur sket anuar zain bahagikan dengan dayang tolak dengan ella sket kamirkan dengan misha omar!
hahahaha.
Kalau memang dah confirm masuk neraka why bother caring at all? Why not live life to the fullest..
Then suffer the wrath of God for eternity..with memories of the good life on earth..
ehh..! nama blog aku hampir sama dng ko nya lah!
lainnya cuma... jon nya di depan dan abdullah nya dibelakang
Best regards from NY! » »
Post a Comment