Wednesday, September 21, 2005

kemenangan

Biasanya yang terhegeh-hegeh mahu bermuhibbah adalah orang Melayu. Bangsa lain di Malaya seperti tidak hinggin bermuhibbah. Contoh terbaik adalah drama Kisah Benar di televisyen. Bila kisah benar yang dipaparkan berkisar tentang keluarga Cina, drama berkenaan seolah-olah di filimkan di Hong Kong. Tidak ada seekor pun muka Melayu. Drama Melayu sibuk memasukkan watak perbagai bangsa. Ayappan boleh cari makan dengan drama Melayu. Pernah tengok Salleh Yaakub berlakun drama Tamil?

Pernah tengok Cina buat filim cinta berlainan bangsa di Malaya?Pergi tengok semua filim indi buatan Malaya. Tengok berapa kerat yang memasukan muka Melayu dalam wayang mereka.

Terhegeh-hegeh! muka tak malu.

p/s: Tok Rimau dah bersara? sia-sia saya berbaik-baik dengan dia. Siapa ketua Geng Jurnal yang baru?

15 comments:

Brian Hunter said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Unsunghero said...

Orang Melayu buat semua itu (ajak bangsa lain berlakon dalam filem mereka) atas dasar tanggungjawab apatah lagi untuk memenuhi syarat untuk buat filem. walaupun barangkali mereka melakukan itu tidak ikhlas (sekadar memenuhi syarat) tapi paling tidak orang Melayu telah melakukannya walaupun ada orang melihat perbuatan itu sebagai 'muhibbah yang palsu'. yang hairannya mengapa apabila melayu melakukannya walaupun seperti terhegeh-hegeh ia dipandang negatif tetapi bangsa lain yang tidak melakukannya tidak dikecam dan tidak pula dipandang serong?

Jannah said...

Kenapa ni En Jones, mendelete pendapat orang lain? Bukankah tujuan penulisan selain mengejar glamour adalah untuk membuat orang ramai berfikir dan menjawab persoalan yang telah saudara kemukakan.

At least we are doing something. It's a start kan?

keep in touch of a Malaysian Chinese Movie, Third Generation, see if have Malay faces or not.

Unsunghero said...

...tanpa kita sedar, bangsa Melayu diserang dari segenap sudut dan dalam segala bentuk. serangan itu menelanjangi orang Melayu. ironinya di kalangan orang melayu sendiri bersorak dan ketawa melihat melayu diperlakukan begitu. dalam dunia ini, semua bangsa memiliki cacat celanya, tiada satu bangsa pun yang sempurna. tapi andai hanya cacat cela yang sering diperkata, sering dipertontonkan kepada umum, maka kecacatan itu akan mencacatkan seluruh bangsa tersebut di mata bangsa lain...

Mat Jan said...

unsunghero: abdullah jones ni pukul anak sindir menantulah. sila baca celah-celah garis.

jannah: aku agak, dia padam iklan tak diundang kot.

aj: sudah sembilan bulan tok rimau bersara. sekarang ketua GJ wak din. wak din pun nak bersara tiga bulan lagi. berbaik-baiklah dengan basri, dia bakal ketua GJ tahun depan (sekarang dia timbalan).

Unsunghero said...

mat jan : kau pun kena baca komen aku 'di celah-celah garis' jugak :)

spyz said...

org melayu pandai muhasabah diri. non-denial..

Unknown said...

Salam AJ,

Orang kata, Melayu bangsa yang toleran. Semua benda boleh terima. Sehingga bahasa & budaya sendiri pun jadi caca merba sebab nak sesuaikan keadaan zaman..

sinaganaga said...

MJ,
Aku ingat, aku nak bertanding jawatan presidenlah... muerekekekekekekekekekkekekekekeee...

Anonymous said...

Very cool design! Useful information. Go on! Asp pay per click script Mission helium 1500 junior hockey gloves Strap on images videos amw portable dvd player Access internet using local area connection 2 Ancient celtic furniture ge appliances replacement parts rotisserie ovens Hot tools skin care products 26 awning svc 9does practice work http://www.wedding-invitations-and-cheap.info/Car-dash-dvd-monitor.html http://www.play-for-free-double-diamond-slot-machine.info/Jeu-black-jack.html Hairy woman group Chevrolet car part car insurance quote Slant 6 dodge Fiorinol adderall Headphone crew-lost soul Reassure america life ins co filter samsung water

Anonymous said...

Cool blog, interesting information... Keep it UP » » »