Membelanjakan wang sebanyak rm5 juta bagi majlis persaraan kepada saya bukanlah masalah besar. Siasatan boleh di lakukan bagi mengetahui dari mana sumber kewangan itu di dapati. Ini semua boleh di bereskan dalam masa yang amat singkat.
Jika ada yang bersalah dalam hal ini. Tangkap dan hukum. Habis cerita.
Yang menjadi masalah kepada saya adalah antara aturcara majlis perpisahan itu. Karaoke dan majlis menghisap cerut. Ada dua lawak di sini.
Pertama adalah 'majlis menghisap cerut'. Kepada kita yang tidak berapa bertamadun ini, ianya satu kerja yang amat bodoh. Mengapa perlu ada acara khas untuk menghisap cerut? Tidak bolehkah menghisap cerut sambil berkaraoke? Semasa mengisap cerut, apa yang mereka buat? Tengok siapa yang keluar asap paling banyak? Atau lawan cerut siapa paling besar? Makluman: Sila membodohkan diri semasa membawa tulisan di atas.
Lawak yang ke dua pula adalah lawak yang sedih. Bayangkan bapak kamu yang berumur 55 atau 60 tahun terlalak-lalak berkaraoke di hari meraikan persaraan. Tidakkah kamu merasa gelihati dan dalam masa yang sama merasa sedih? Umur dah tinggal bahagian subsidi masih sibuk berparti. Esok lusa dah nak mampus masih sampai hati bernyanyi!
Mungkin kerana majlis yang ada kaitan dengan agama tidak akan mempopularkan bakal pesara kerana ianya akan menjadi penghalang kepada rancangan masadepan mereka selepas pencen. ( baca projek). Rancangan masadepan selepas pencen? Gila sungguh. Sayang sungguh kita kepada kehidupan ini.
p/s; tulisan di bawah bukanlah pembuka kepada debat gender seperti kata lope. Ianya hanyalah sumbangan saya kepada penghasilan buku Jiwa Kacau. Saya juga sedikit terkilan apabila dikatakan sebagai pakar provokasi sedangkan tujuan saya menulis hanyalah untuk menjadi popular.
Saturday, September 17, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Abdullah Jones sayang, nanti bila kita kahwin, I yakin you tak nak keluar bilik. Dua-dua akan sibuk berdebat tentang peranan lelaki dan perempuan dalam institusi perkahwinan, diselangi dengan sesi berdansa di atas katil.
Biar le orang tua tu nak berkaraoke sambil hisap curut. Menyusahkan hidup kamu ke?
Lagipun pakcik tu sudah give up life dia untuk berkhidmat kepada kerajaan malaysia kan?
Biarlah mereka dengan parti menyanyi dan kita dengan glamour blog..
Tok Rimau bersara dulu dari Kepresidenan Geng Jurnal, dia buat parti gudang garam. (Tok R)
Excellent, love it! Throat rhinoplasty
Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. Fluoxetine molecular weight Reformat hard drive and reinstall windows xp
Excellent, love it! Proactiv acne recipe http://www.satellite-phone-rental-9.info/mobile-phone-review-uk.html Incorporating since 1899 Find peoples cell phone numbers Retirement plans for the va wiring diagram for a 1999 mazda 626 Sacramento cellphones Top cosmetic surgeons south africa Predisone taking clomid
Post a Comment