Thursday, September 15, 2005

.

Biasanya saya hanya menerima satu atau dua surat-e dalam seminggu. Selalunya Abu Yusuf yang menghantar beritaniaga dengan diselang-seli cerita kawan-kawan. Satu lagi email dari Meor, penyanyi tepi jalan. Meor biasanya cuma bertanya khabar.

Tetapi semenjak dua menjak ini kotak surat-e saya di penuhi oleh surat-surat yang secara khususnya tidak di kirimkan kepada saya. Ianya adalah bual bicara kawan-kawan yang bertungkus-lumus mengusahakan buku Jiwa Kacau. (sila beli buku ini. buku ini sangat bagus)

Saya membaca dengan asyik cerita-cerita pengorbanan kawan-kawan yang mengusahakan buku tersebut. Satu cerita yang menarik perhatian saya adalah bagaimana sesetengah kawan-kawan yang bertungkus-lumus itu terpaksa berhadapan dengan kerenah isteri yang tidak memahami atau tidak mahu faham tentang pengorbanan suami. Mereka tidak (mahu) faham mengapa suami mereka perlu luangkan masa yang lebih untuk buku itu.

Perempuan memang begitu, mereka bodoh sikit. Pendek akal. Mereka jarang boleh berfikir jauh-jauh. Mereka mahu laki duapuluhempat jam mengulit mereka. Jika di beri peluang, perempuan mahu laki mereka membilang semua bulu ari-ari di tubuh mereka. Tidak perlu buat kerja lain.

Mereka juga tidak faham maksud berkahwin. Pada mereka berkahwin adalah lesen untuk mereka merengek walau pun tidak di masa yang betul. Semua lelaki sukakan perempuan yang merengek, tapi tengok masa jugak lah. Perempuan biasanya terlupa yang laki mereka hari ini adalah laki mereka lepas mati esok. Tidak akan berpisah mereka selama-lamanya . Tidak perlu cemburu, tidak perlu syak wasangka. Jangan cari pasal. Tidak perlu juga tarik muka. Lepas mati esok laki tak pergi mana-mana, tak buat buku Jiwa Kacau dah, masa tu kalau nak suruh bagi nama kepada setiap helai bulu ari-ari di tubuh kamu pun boleh. Lain lah jika hari ini kena cerai.

Sementara waktu ini, jangan ganggu laki kamu. Pergi jadi isteri yang taat, sambut kepulangan laki kamu walau selambat mana sekali pun dengan senyuman. Picit-picitkan tubuhnya yang keletihan. Laki kamu pasti akan bertambah sayang kepada kamu. Esok bila buku Jiwa Kacau terjual sampai 170,000 buah kamu juga yang kaya. (perempuan semua suka duit. Mana ada perempuan yang mahu kawin dengan lelaki miskin, lelaki sahaja yang mahu kawin dengan perempuan miskin). Keluar rumah nanti pakai stokin, kaki pun aurat juga.

p/s: terima kasih kak nong.

12 comments:

uipts said...

aku cuba mencari kaitannya tulisan ini dengan ilmu retorik.
aku tak reti.

nong said...

aku kah kak nong yang ko maksudkan?
hahahahahha.. maap terperah santan kejap!

ehh aku suka entri ini.

pada aku..
lelaki ibarat pasir dalam tangan...
kalau digengem kuat2...
mengalir lah pasir itu dari tangan.

wahhh aku sudah berbual bahasa aku.
maaf kan aku sekali lagi..
adik kembar ku.

loppiess said...

perempuan mahu lakinya 100%, malah di pandang perempuan lain pun dia consider lakinya luak.

aku tahu Aj, engkau cuba wujudkan debat gender di sini.

cuma aku tertunggu jannah..........
ohh (aku meletakan kedua tangan di belakang kepala ku).

lope.

teratak tintasukma said...

tinta setuju klu kata isteri2 para penulis jiwa kacau .. TAPI TAK SETUJU perempuan secara keseluruhannya dicop gitu ..

dalam setandan pisang, ada banyak pisang masak, ada jugak yang buruk. Dalam seumat perempuan, ada ramai yang baik-baik, ada jugak yang buruk feel ..

tak setuju kesimpulan global .. tak setuju .. tak setuju!

(pasnie nak merengek kat lakiku yang malam tadi baliknya jam 1 pagi demi mencari sesuap nasi)

;))

mat jan said...

hahahahaha...

lawak bulu ari-ari tu buat aku gelak luar hati (bukan dalam hati). gelak keluar suara. pedulikan org sekeliling. tak pernah tengok org gelak depan PC ke?

tapi perempuan memang bodoh sikit. pendek akal. jarang boleh berfikir jauh-jauh. aku boleh bagi lapan puluh lapan contoh (real-life).

dan stokin. bini aku nanti (jika ada), akan ku suruh pakai stokin bila keluar rumah.

dalam rumah pun pakai stokin. sahaja.

:)

mat jan said...

"dalam setandan pisang, ada banyak pisang masak, ada jugak yang buruk." -- teratak tinta sukma

ya ya betul tu. setuju. dalam setandan pisang, ada yang masak, ada yang buruk.

yang masak tu lelaki. yang buruk tu perempuan. lalala!

teratak tintasukma said...

mat jan

sampainya hatimu .. kalau 'perempuan'mu baca, tentu stokin digumpal jadi bola golf ..

AJ, artikel berat sebelah, berat sebelah AJ. berat sebelah, tak adil, tak patut, tak lut (AJ mmg suka bab provokasi nie .. hahahaha .. apa2pun, syukur lelaki itu suamiku, dan syukur perempuan ini isterinya)".

ahaks!

spyz said...

bini aku nanti (jika ada),..

matjan, hang beli stokin aje lah dulu matjan.. simpan..
:-)

jennifer said...

kenapa ya, seorang suami ayat-ayatnya begini..?

dijah said...

salam jon nes.sy nak beli buku jiwakacau kalau dh siap...

basridugongayu said...

Mat Jan, setokin aku belubang dihujung, tu pasal Aqilah dapat adik tu kot lalalala..

-basri

aslin said...

Perempuan yang kau kenali, begitu? kasihannya. kenapa agaknya kamu tak berjumpa dengan perempuan yang meletakkan perjuangan dihadapan. perempuan yang lebih rela suaminya keluar atas urusan agama daripada berada dicelah dua kakinya.