Sunday, August 28, 2005

tidur

Jika dari dulu Rancangan Buku Hijau diteruskan, saya percaya hari ini kita adalah diantara negara yang mempunyai teknologi pertanian yang amat maju. Malangnya setelah beberapa kali bertukar Perdana Menteri, kita kembali kebelakang.

Di zaman Tun Mahathir, Malaya di banjiri oleh ahli IT. Segala macam universiti dan kolej menawarkan kursus dalam bidang berkenaan. Beberapa tahun kemudian lahirlah ramai cerdik pandai dalam bidang IT. Dan hari ini kebanyakan mereka menjadi penganggur yang memajukan laman internet yang tidak berfaedah. Yang mempunyai sedikit modal pula akan cuba bersaing sesama sendiri dengan membuka syarikat IT. Setengah mati mereka berlawan untuk menjadi pembekal komputer dengan memasuki tender-tender kerajaan yang semua orang tahu akan diberikan kepada abang-adik- sedara-sepupu-adik tiri-mak sedara-kawan rapat- ahli politik pemerintah.

Malunya pemerintah ketika itu dengan usaha pertanian pemerintah yang lalu hingga nama Universiti Pertanian Malaysia di tukar kepada Universiti Putra Malaysia.

Hari ini kerajaan sibuk untuk kembali kepada pertanian. Mengapa? Entah, saya bukan ahli nujum yang tahu apa yang ada di dalam kepala para politikus tanah Malaya. Cuma saya amat hairan tentang pendirian pemerintah yang sentiasa beubah mengikut siapa yang menjadi kepala. Semua membuat pembaharuan dengan tujuan mengkayakan diri sendiri. Saya juga hairan mengapa ahli politik Malaya sangat tamak. Mungkin mereka tahu yang umur politik mereka tidak panjang dalam suasana berpolitik sekarang. Jadi mereka mesti mengaut semuanya sebelum mereka menjadi bangkai politik.

Amatlah menyedihkan apabila kepala apa juga persatuan hanya mementingkan diri sendiri. Saya cuma membaca dua mukasurat novel Shit karangan Pak Shanon Ahmad sebelum merasa amat loya, walaupun demikian saya dapat mengagak apa yang di rasakan oleh Pak Shahnon Ahmad ketika itu adalah sama seperti apa yang saya rasakan sekarang ini. (sayakan sastrawan merangkap pelukis terkenal maka selayaknyalah pemikiran saya sama dengan Pak Shahnon Ahmad)

Ahli politik di Malaya adalah manusia-manusia yang amat keji. Agenda utama mereka selepas dilantik dalam apa juga jawatan adalah untuk kekal didalam jawatan itu selama mungkin. Segala macam usaha di lakukan.Kepentingan rakyat di lupakan terus. Halal haram kepada mereka adalah untuk rakyat. Mereka akan menentukan kepada rakyat tentang amalan agama yang manakah yang elok di amalkan. Dari sini lahirlah segala macam maksiat yang di sucikan. Segala macam pesta di adakan atas nama perpaduan.

Rakyat Islam Malaya menjadi umat Islam yang paling keliru di dunia. Mereka tidak nampak mana yang betul mana yang salah. Dari bilal menjadi pelakon, di sanjung. Dari ustaz menjadi penyanyi, di agung-agung. Mereka membaca doa selamat sebelum segala macam majlis maksiat.

Semua kerana ahli politik Malaya sibuk mengira untung. Nanti jika bertukar Perdana Menteri lagi, saya percaya kerajaan juga akan menukar kepentingan. Dari pertanian kepada IT kemudian kembali kepada pertanian.Entah esok apa pula.

Hmmmm...kalaulah Kak Julie saya yang menjadi Perdana Menteri....

4 comments:

Anonymous said...

buka mata...politik sebegini ini bukan terjadi di malaya sahaja, di amerika syarikat keadaan lebih teruk lagi. Negara dunia ketiga yg lain... rasa aku lebih buruklaku politiknya. Negara Arab? Ahli Politik yg dilantik rakyat pun takde, cuma ada anak anak raja yang dicium bontotnya oleh 'rakyat@hamba'....

Rakyat Islam Malaya bukan yang terbodoh, bodoh dan dungu lagi saudara saudara lain di di merata rata tempat di dunia... paling bodoh sekali di Iraq sekarang ni.

Bukalah minda ..........

Anonymous said...

saya paling suca lagu cinta IT (tak kompem ah tajuk dia) nyanyian siti norhaliza. sayang IT... cinta IT... wah, besar sungguh cinta rakyat malaysia pada IT waktu itu. mungkin skang kena tukar lagu. Mgkin sy bleh rekomenkan Sdr AJ cipta liriknya pada Lah barangkali.

Anonymous said...

Tapi saya nak makan 20% dari bayaran ye.

Pa'chik said...

kan ke dunia ni penting kan it... ***IT, duIT...