Friday, August 12, 2005

tidak kena

Dia memang begitu. Setiap awal bulan dia akan datang ke rumah saya. Katanya untuk menziarah saya. Saya tahu sebenarnya dia ke rumah saya untuk makan percuma. Saya mengalu-alukan kedatangannya kerana setelah dijamu dengan masakan istimewa, sebagai tanda terima kasih dia akan memakan saya.

Dia seorang penulis agak terkenal disini. Dia telah menghasilkan lima buah novel cinta picisan. Cinta remaja. Saya selalu mentertawakan novelnya. Dia tahu saya tidak pernah membaca novelnya.

Sambil makan biasanya kami berbual mengenai penulisan. Sebagai tuan rumah saya cuba menjadi pendengar yang baik. Hari ini dia memulakan bicara mengenai nipisnya garisan pemisah antara tulisan kreatif dengan tulisan realiti. Dia memberi contoh mengenai novel da vinci code yang terlalu laris sekarang ini. Novel yang sedang hangat di filimkan itu menimbulkan huru-hara di dunia kristian. Dia hairan mengapa pembaca tidak boleh menerima sebuah karya kreatif seadanya. Dia memberi contoh kedua. Salman Rushdie. Dia tidak faham mengapa apabila ada penulis yang cuba berangan-angan tentang agama maka terus dikecam. John Lennon bebas dengan imaginenya yang berkumandang kemerata dunia hatta di negara-negara yang mengdakwa Islam.

Saya hanya diam kerana pandangan mata saya terus ke buah dadanya yang secara otomatis memekakkan indera pendengaran saya.

Dia menyambung terus dengan cerita mengenai rancangan realiti di televisyen. (disini rancangan realiti di televisyen bukan sahaja mengenai pertandingan nyanyi tetapi bermacam-macam. Dari siri tukar suami/isteri kepada tukar bentuk tubuh). Katanya semua rancangan realiti di televisyen sebenarnya diskripkan. Semua adalah rancangan penerbit bagi menarik minat penonton. Jika kehidupan sebenar manusia di filimkan katanya, maka rancangan televisyen akan menjadi sangat panjang dan menjemukan.

Saya terus diam sambil memerhatikan buah dadanya yang nampak lebih pejal dari biasa. Mungkinkah dia melakukan pembedahan membesarkannya? Di sini tidak menghairankan jika sesiapa sahaja melakukan pembedahan kosmetik. Ianya tidak terhad kepada selebriti.

Dia terus bercerita. Dia sukakan filim Thruman Show katanya. Cerita itu mengambarkan kehidupan sebenar manusia. Manusia sebenarnya memang diperhati. Katanya lagi. Semua manusia tahu hal itu tetapi sengaja tidak mahu mengaku adanya Tuhan. Dia berfalsafah.

Saya masih lagi memerhatikan buah dadanya yang ajaib itu. Cuma kali ini saya membayangkan kedua-duanya didalam gengaman saya.


Akhirnya dia berhenti bercerita dan bangun dari meja makan menuju ke dapur. Bila saya bertanya, dia menjawab mahu mengambil bir di dalam peti sejuk. 'we haven't had that spirit here since 1969' kata saya cuba berjenaka. Dia mencebikkan bibirnya tanda protes dan berahi saya sampai kekemuncak demi terlihat gincu merahnya.

'kamu sudah kenyang makan masakan saya, kini giliran saya pula dimakan oleh kamu', kata saya kepada Shamsiah. Dia tersenyum manja dan memimpin tangan saya menuju kamar tidur.

11 comments:

mba said...

wah hebat sungguh kau punya imaginasi AJ

Mat Jan said...

aku tak sabar menunggu komen pembaca-pembaca kau terhadap entry ini, untuk melihat bukti "nipisnya garisan pemisah antara tulisan kreatif dengan tulisan realiti".

uipts said...

aku sedang membaca blog realiti

Jannah said...

Sampai hati kau menduakan aku AJ. I thought things are going great between us. Aren't the pictures I've been sending you helping you cope with hidup membujang di tanah asing? Kau kejam..kejam..

Anonymous said...

sekali lagi tulisan ini bukan utk Aj, Jannah, apa nii? biarkan Aj nak buat apa pun tapi...kita?


lope.

Jannah said...

lope...
hati ini masih sakit nak menerima lelaki sebagai kekasih..
tapi kalau berkawan ok saja :)

Anonymous said...

waiyooo .. ini betul2 realiti. relaiti yang diimaginasi. FUH! - tinta

Tok Rimau said...

Aku tidak tahu bagaimana nak menulis biogeafi kau kau utk jiwa kacau setelah membaca entry ini.

Daya tumpuan kau kepada sesuatu subjek amat teguh.

jennifer said...

i read this twice, sbb macam konfius. ini memang betul ke atau berangan je..? kalau berangan, ape objektifnya? (heh mcm perlu ade objektif berangan). awak suka ke tak suka perempuan ni?
saya setuju dengan perempuan tu (i assumed)tentang realiti show. and do you really have bir in your freezer?
harap boleh jawab soklan saya. saya yakin awak dengar saya dengan clear sebab takde buah dada saya untuk distract awak.

abdullahjones said...

jennifer, katakuncinya ialah realiti television.

jamrihusen said...

jen, percayalah, "realiti"nya AJ lebih alim daripada mawi world.

objektif beliau saya rasa ialah : apa nerakanya "realiti" tu?

(Saya rasa juga realitinya Abdllh Jones tu pun bukan nama sebenar beliau, ntah-ntah dia sebenarnya bukan duduk kt England, tapi kt Ulu Dong, Raub barangkali. Ntah-ntah AJ tu barangkali orang yang sama bergelar JH itu.)
Ada apa dengan realiti, kalau sekadar istilah.