Friday, July 08, 2005

legam

'Biar padan muka diorang, biar dia rasa. ' kata kawan saya yang berjanggut lebat dan berkopiah semasa saya menumpang keretanya untuk ketempat kerja pagi tadi. Kata-kata itu adalah luahan perasaannya apabila kami berbual mengenai letupan bom di London pagi semalam. Walaupun agak terkejut dengan kata-katanya, saya cuma diam. Dia terus berkata-kata mengenai pembalasan keatas perang di Iraq, mengenai tahanan Guantamo yang dizalimi dan mengenai perbagai ketidakadilan yang dilakukan oleh kuasa-kuasa besar keatas umat Islam seluruh dunia.

Televisyen seharian memaparkan mengenai kejadian tersebut. Tony Blair walau menuduh kumpulan fanatik Islam sebagai bertanggung jawab masih lagi sempat 'memujuk' rakyatnya dengan mengatakan Islam adalah agama aman. Rakyat British digesa tidak melebelkan semua orang Islam sebagai pengganas. Juga disiarkan sedutan temuramah dengan Sheikh Yusuf Qardawi dimana beliau mengatakan betapa pentingnya serangan-serangan seperti ini dilakukan demi untuk mengerunkan para musuh Islam.

Adalah malang nasib yang dialami oleh sebahagian orang Islam yang memilih untuk tinggal dinegara-negara yang bukan majoritinya orang Islam. Mereka inilah akan menanggung segala kesan dari serangan-serangan sebegini.

Saya tidak faham dan sangat ingin tahu mengenai cabang agama Islam yang manakah yang membenarkan pembunuhan keatas orang-orang yang tidak terlibat didalam peperangan. Saya juga tidak faham mengapa kawan saya yang berkopiah dan berjanggut lebat tadi tidak ada sedikit pun rasa simpati kepada orang-orang yang ditimpa malang itu. Mungkin saya perlu belajar mengenai Islam dari dia.

p/s: walaupun belum ada pengumuman yang sah,ada diantara tigapuluh tujuh orang yang terkorban adalah orang Islam. Begitu juga yang cedera. Collateral damage?

No comments: