Melihat kanak-kanak yang berumur sembilan tahun kebawah disini selalu membuatkan saya sedikit kagum. Berdikari dan cekap memberi pendapat.
Dari mana datangnya sifat ini? Saya berpendapat ianya adalah hasil dari asuhan dan cara hidup disini. Bayi biasanya dibiarkan tidur sendirian dibilik masing-masing. Juga tidak akan kelihatan kanak-kanak duduk diribaan ibubapa didalam kenderaan. Apabila bersiar-siar, kebanyakkan kanak-kanak akan letakkan didalam kereta tolak.
Apabila ibubapa berbual dengan anak-anak, mereka biasanya akan bercakap seolah-olah anak mereka itu seorang yang dewasa.
Mungkin hasil dari cara hidup inilah yang melahirkan kanak-kanak yang kelihatan amat bebas. Bebas dalam ertikata yang baik. Bukan pergaulan bebas.
Tetapi, hasil dari didikan ini jugalah yang melahirkan anak-anak yang tidak lagi memperdulikan ibubapa apabila mereka meningkat dewasa. Setelah dewasa, mereka pula akan menggangap ibubapa mereka adalah seorang individu yang bebas. Segala kegembiraan dan kesusahan ibubapa mereka adalah tanggungjawap ibubapa mereka sendiri. Tidak ada kena mengena dengan mereka.
Kira orang Malaya berlainan pula. Anak 'ditatang bagai minyak yang penuh' kata perpatah. Tidur semasa bayi mereka bersama ibubapa. (kejadian yang paling tidak disenangi oleh bapa-bapa). Kemana saja didukung. Dan mereka duduk diriba apabila didalam kenderaan.
Seharusnya anak-anak yang dijaga sebegini rupa membesar sebagai anak yang baik. Malangnya anak-anak di Malaya membesar menjadi anak-anak orang disini. Kasar dan tidak menghormati orang tua. Hishamuddin Rais kata susah jadi remaja Malaya sebab semua kesalahan diletakkan dibahu mrereka. Mungkin kerana dia rapat dengan remaja Malaya, maka dia melihatnya dari pandangan remaja Malaya. Saya berpendapat kebanyakkan remaja Malaya memang bermasalah jika apa yang dikatakan masalah itu melibatkan kehidupan selepas mati.
Anak-anak remaja Malaya sangat bercita-cita untuk menjadi artis. Bukan, bukan menjadi pelukis yang hebat seperti saya, tetapi menjadi penyanyi dan pelakun.
Salah kerajaan dan televisyen yang sering memberi gambaran yang salah kepada kanak-kanak kah? Bukan, sebabnya adalah kerana ibubapa sibuk meriba dan mendukung anak-anak sambil menonton rancangan realiti tv yang terbaru.
Tidak adakah kebaikkan yang boleh dijadikan pengajaran dari semua rancangan lumba nyanyi di televisyen? Dengan gembiranya saya menyatakan, tidak ada!
p/s: kepada yang belum tahu kehebatan saya diarena senilukis, sila lawat saya di http://tareht.fotopages.com
Friday, June 24, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
tumpang tanya: the jihn, mana nak dapat lagu depa? baca lirik ja kat fotopages hang.
minta maaf mat jan, the jihn sebenarnya tak ujud. ia cuma private joke aku dengan kawan-kawan di malaya. sila beritahu jali hal yang sama. :)
Aj
Sebenarnya bukan semua remaja Malaya tidak menghormati org tua tapi dimana2 serata dunia juga terdapat masaalah yang sama selagi ia bernama manusia. Sebetulnya Hishamudin Rais itu bukanlah dibesarkan diMalaya sepenuhnya dia banyak menghabiskan masa / usia membesar diluar negara
"Saya berpendapat kebanyakkan remaja Malaya memang bermasalah jika apa yang dikatakan masalah itu melibatkan kehidupan selepas mati."
yeahyeahyeah.
Post a Comment