Tuesday, June 28, 2005

memang dilahirkan

tanpa tajuk # 313



aku ini manusia celaka,
yang mahu mati dicelah kangkang bini.

perangi aku, hai kafir
biar aku terus hidup.

Sunday, June 26, 2005

begitu

Didalam Islam, pemberi dan penerima rasuah adalah sama. Sama-sama berdosa. Begitu juga dalam undang-undang Tanah Malaya. Sesiapa yang memberi rasuah dan menerima rasuah boleh didakwa dimahkamah. Kecuali jika pemberi rasuah itu dengan sengaja memerangkap penerima rasuah tersebut. Kes dimana pemberi rasuah berkerjasama dengan BPR banyak kita baca diakhbar-akhbar. Tahniah akhbar Malaya. Cuma jika boleh berita Khalid Jefri akan dibicarakan itu dilamputinggikan sedikit. Al-maklum, kami ini rabun, kadang tidak terperasan berita yang kecil-kecil.

Berlainan dengan Partai Pemerintah Malaya. Partai pemerintah Malaya hanya mendakwa pemberi rasuah.

Saya berpendapat ini adalah kerana Partai Pemerintah Malaya mahu menjimatkan perbelanjaan dan masa kerana jika penerima rasuah didakwa sama, Partai Pemerintah Malaya mungkin terpaksa mengadakan satu 'rally' untuk mengrekrut ahli baru.

Kita harus bersyukur dengan kebijaksanaan Partai Pemerintah Malaya dalam hal ini. Wang perbelanjaan yang tidak dibazirkan itu sekurang-kurangnya boleh digunakan untuk membayar para artis luar negara yang bakal dijemput untuk memeriahkan sambutan ulangtahun kemerdekaan nanti. Kita semua tahu yang Partai Pemerintah Malaya amat peka dengan kehausan rakyat Malaya kepada hiburan. Inul juga tahu dan dia akan kembali lagi ke Malaya selepas kurang tiga bulan mengadakan persembahan di Malaya.

Masa yang dijimatkan pula boleh digunakkan untuk memasak lempeng kelapa terbesar didunia bagi menarik pelancung dari negara-negara Arab yang semakin galak berbelanja di Malaya.Mungkin perempuan-perempuan mereka boleh makan lempeng kelapa yang dicicah dengan kari semalam sambil berenang-renang dikolam-kolam mandi yang ditutup khas untuk mereka. Perempuan-perempuan Islam Malaya tidak dibenarkan kekolam tertutup ini kerana mereka tidak berbelanja sepertimana perempuan-perempuan Arab.

Boleh sungguh Malaya.




p/s: tajuk diatas tidak ada kena mengena dengan tulisan dibawah. Cuma saya teringatkan durian belanda, buah kegemaran saya.

Friday, June 24, 2005

.

Melihat kanak-kanak yang berumur sembilan tahun kebawah disini selalu membuatkan saya sedikit kagum. Berdikari dan cekap memberi pendapat.

Dari mana datangnya sifat ini? Saya berpendapat ianya adalah hasil dari asuhan dan cara hidup disini. Bayi biasanya dibiarkan tidur sendirian dibilik masing-masing. Juga tidak akan kelihatan kanak-kanak duduk diribaan ibubapa didalam kenderaan. Apabila bersiar-siar, kebanyakkan kanak-kanak akan letakkan didalam kereta tolak.

Apabila ibubapa berbual dengan anak-anak, mereka biasanya akan bercakap seolah-olah anak mereka itu seorang yang dewasa.

Mungkin hasil dari cara hidup inilah yang melahirkan kanak-kanak yang kelihatan amat bebas. Bebas dalam ertikata yang baik. Bukan pergaulan bebas.

Tetapi, hasil dari didikan ini jugalah yang melahirkan anak-anak yang tidak lagi memperdulikan ibubapa apabila mereka meningkat dewasa. Setelah dewasa, mereka pula akan menggangap ibubapa mereka adalah seorang individu yang bebas. Segala kegembiraan dan kesusahan ibubapa mereka adalah tanggungjawap ibubapa mereka sendiri. Tidak ada kena mengena dengan mereka.

Kira orang Malaya berlainan pula. Anak 'ditatang bagai minyak yang penuh' kata perpatah. Tidur semasa bayi mereka bersama ibubapa. (kejadian yang paling tidak disenangi oleh bapa-bapa). Kemana saja didukung. Dan mereka duduk diriba apabila didalam kenderaan.

Seharusnya anak-anak yang dijaga sebegini rupa membesar sebagai anak yang baik. Malangnya anak-anak di Malaya membesar menjadi anak-anak orang disini. Kasar dan tidak menghormati orang tua. Hishamuddin Rais kata susah jadi remaja Malaya sebab semua kesalahan diletakkan dibahu mrereka. Mungkin kerana dia rapat dengan remaja Malaya, maka dia melihatnya dari pandangan remaja Malaya. Saya berpendapat kebanyakkan remaja Malaya memang bermasalah jika apa yang dikatakan masalah itu melibatkan kehidupan selepas mati.

Anak-anak remaja Malaya sangat bercita-cita untuk menjadi artis. Bukan, bukan menjadi pelukis yang hebat seperti saya, tetapi menjadi penyanyi dan pelakun.

Salah kerajaan dan televisyen yang sering memberi gambaran yang salah kepada kanak-kanak kah? Bukan, sebabnya adalah kerana ibubapa sibuk meriba dan mendukung anak-anak sambil menonton rancangan realiti tv yang terbaru.

Tidak adakah kebaikkan yang boleh dijadikan pengajaran dari semua rancangan lumba nyanyi di televisyen? Dengan gembiranya saya menyatakan, tidak ada!


p/s: kepada yang belum tahu kehebatan saya diarena senilukis, sila lawat saya di http://tareht.fotopages.com

Tuesday, June 21, 2005

..

Misalkan:

Anak Jemah bermain sebatang mancis. Jemah tahu jika anaknya tersilap, rumah mereka akan terbakar. Walau bagaimana pun, Jemah juga tahu bagaimana caranya untuk memadamkan api jika anaknya menyalakan mancis tersebut. Dia cuma perlu meniup api tersebut.

Berita mengenai anak Jemah bermain sebatang mancis telah sampai kepada Penghulu kampung Jemah. Penghulu kampung telah melapurkan perkara tersebut kepada pihak bomba. Pihak bomba dengan segera menghantar lapan puluh sembilan buah kereta bomba bersama dengan sebuah helikopter yang dibekalkan dengan tiga puluh tan air bagi memadam api dari sebatang mancis yang mungkin dinyalakan oleh anak Jemah.

Apabila Jemah melihat kehadiran kereta dan helikopter bomba, dia menjadi begitu terkejut. Dia segera meluru kerumah Penghulu. Dia cuba menerangkan kepada Penghulu keadaan yang berlaku dirumahnya. Dia cuba juga memberitahu Penghulu yang anaknya belum lagi menyalakan mancis tersebut dan jika anaknya menyalakan juga sebatang mancis itu, dia tahu cara untuk memadamkannya.

Namun Penghulu berkeras mengatakan yang sebagai Penghulu dia lebih tahu dari Jemah. Penghulu juga menambah yang apa yang dilakukannya adalah untuk kebaikan Jemah dan juga seluruh penduduk kampung dibawah tanggungjawabnya.

Sekarang, misalkan pula Jemah sebagai rakyat dan Penghulu sebagai kerajaan, sebatang mancis sebagai masalah sosial yang diakibatkan oleh dadah, kereta dan helikopter bomba sebagai jarum dan kondom percuma.

Saturday, June 18, 2005

ahhh.

Masa berbual dengan kawan tadi saya dapat tahu yang setiap tulisan ie sajak, puisi atau yang seangkatan dengannya yang disiarkan di majalah atau akhbar dibayar diantara duapuluh hingga seratus ringgit. Ini amat memeranjatkan . Sangka saya setiap tulisan ie sajak, puisi dan yang seangkatan dengannya dibayar melebihi harga yang disebutkan.

Jadi untuk apa para penulis sajak dan puisi memerah fikiran hanya untuk disiarkan dan dibayar dengan satu penghinaan? Jika untuk merubah suasana sekeliling saya rasa ianya satu kerja sia-sia. Berapa ramaikah pembaca sajak dan puisi yang merasa insaf setelah membaca sajak puisi yang islamik? Berapa ramai pula ahli politik yang menukar cara berfikir setelah dikritik melalui sajak puisi? Jawapannya saya rasa tidak ada langsung.

Jadi untuk apa mereka menulis? jawapannya adalah untuk nama. Sama seperti ahli politik yang kaya raya memilih untuk bernikah dengan segala macam selibriti. Bezanya cuma penulis adalah manusia miskin yang bodoh.

Saya juga berpendapat para penulis (sajak dan puisi ) adalah manusia yang syok sendiri yang terlolong-lolong dipentas deklamasi.

Saya sukakan Salleh Ben Joned yang hanya menumpukan perhatian kepada menghasilkan tulisan kemudian dibukukan. Ini ada cara yang lebih berkesan dari berkumpul sesama ahli sastera sambil memuja memuji tulisan sesama kita.

Satu pertanyaan, mengapa hanya ahli politik lelaki yang sibuk mencari selibriti? Apakah ahli politik perempuan tidak terliur untuk meniduri para selibriti ? Lelaki atau perempuan.