Tuesday, September 28, 2010

radzuan yangku kenal


-kalau maghi nok duduk ssaje,baik dok payoh maghi- kata saya pada Radzuan seminggu selepas saya kenal dia. Dia datang ke Studio Rajawali setiap malam setelah kami berkenalan disatu seminar seni lukis.

Esoknya, dia datang dengan peralatan dan mula melukis. Radzuan adalah pelukis pertama yang menyertai saya di Studio Rajawali.

Dia kemudiannya dengan rajin datang hampir setiap malam untuk berkarya. Lama sebenarnya dia bercuti dari melukis sebelum adanya studio kami. Dibawanya karya-karya lama beliau untuk dipamerkan distudio kami dan semasa awal penubuhan studio ini,karya-karya beliau sangat mendapat perhatian dari pengumpul seni lukis.

Bertugas sebagai guru seni bagi murid tingkatan enam di salah sebuah sekolah di Kuantan,beliau banyak memberi sumbangan dalam melahirkan genarasi pelapis dalam bidang ini.

Akibat dari kesibukkan mejalankan tugas sebagai guru,akhir-akhir ini dia amat jarang datang kestudio lalu mesti-lah kami terperanjat apabila beliau mengumumkan untuk mengadatang pameran solo setelah berakhirnya pameran oleh Abu Yusof.

Rupanya,dalam sesibukkan itu, beliau masih sempat mencari waktu untuk menghasilkan karya-karya baru dan kerana itu, hujung minggu ini akan berlangsung-lah pameran solo beliau seperti tertera di poster dibawah ini.

Kami di Studio Rajawali dengan ini menjemput semua untuk hadir dan bersempena dengan itu,kami juga mengadakan sedikit jamuan hari raya.

Datang-lah beramai-ramai. Tidak cukup makanan,kita makan dikedai.

Friday, September 24, 2010

rupa-rupanya dia seorang yang LEMAH dan LEMBUT

Hari itu dia tidak ada dipejabat. Ke Rimba Kenong katanya.Maka saya terpaksa masuk kebilik dia untuk membuka suis internet.

Saya buka pintu dan masuk,mencari suis.

dan menghampiri suis.
Suis sudah kelihatan.

Tetapi,apa itu hampir dengan suis?

Saya perlahankan langkah.

Betulkah apa yang saya lihat?

Oh!

Li,maafkan kawan,kawan tak tahu. Ni sebab jatuh main futsal dulu ya?

Thursday, September 16, 2010

pelamin anganku senak

Seni (Art dalam bahasa Inggeris) merangkumi semua aktiviti dan hasil karya manusia yang indah dan berseni (kreatif) bagi semua kaum dan bangsa di dunia. Pada masa kini, seni merupakan luahan kreativiti manusia yang paling dikenali dan dianggap sebagai keunggulan daya cipta manusia-wikipidia-

-alah,anak aku boleh buat.kalau macam ni,nenek aku lukis sambil kencing pon boleh- itu antara kata-kata yang sering didengar apabila memperkatakan tentang lukisan yang kabur (kepada banyak orang),anstrak kata orang yang tahu sedikit.

Benar sungguh kata-kata mereka itu. Memang ada kanak-kanak dan nenek-nenek yang boleh melukis dengan baik namun mengatakan anak kamu atau nenek kamu boleh melukis sebaik pelukis Awang Damit misalnya adalah satu penyataan yang amat dengkal. Kalau dikampung saya,orang begini dipanggil biul batu sebutir.

Seni itu luas,apa sahaja yang kamu lihat ada seninya. Membuka mata untuk membaca tulisan ini juga adalah seni dan semua jenis seni ada harganya. Harga membuka mata untuk membaca tulisan ini adalah dengan rajin sembahyang.

Namun demikian,tinggi rendah harga sesebuah karya seni itu sangat terbuka untuk diperbincangkan.

Tetapi,TETAPI!apa yang kamu akan lihat dibawah ini adalah satu kerja gila yang disamarkan (baca seperti menyamar) sebagai sebuah hasil seni.

Dalam gambar pertama,kamu lihat ruang tamu sebuah rumah yang sisipandang utamanya menyerupai sebuah pelamin. Sayugia diingat,tidak berlaku sebarang majlis pernikah dirumah ini.Semua anak-anak tuan rumah sudah menikah. Cucu paling tuanya pula baru berusia 6 tahun.

Tuan rumah juga tidak menjalankan apa bentuk perniagaan yang berkaitan dengan upacara pernikahan.

Pelamin itu dijadikan titiktumpu sebagai tanda seni. Ini adalah keterlampauan yang sangat melampau dan sangat-sangat menggangu emosi siapa sahaja yang datang sebagai tamu,mentelah pula seorang ahli seni yang sangat hebat seperti saya.

Perhatikan pula lansirnya. Langsir panggung wayang. Bagi kamu yang sedang galak (baca sebagai muda dan teramat bodoh),kamu mungkin tidak pernah kepanggung wayang yang sebenar. Thearter kata orang dulu-dulu. Dan sebelum gambar dipancarkan kelayar,lansir akan diangkat terlebih dahulu. Lansir dirumah dalam gambar dibawah persis langsir dipanggung wayang satu masa dahulu.

Saya tahu,kamu yang seronok membaca novel cinta melayu adalah golongan yang bercita-cita untuk mempunyai lansir yang sedemikian tetapi dengar-lah kata saya, kamu adalah malapetaka jika melansirkan tingkap dan pintu rumah kamu sedemikian rupa.


Labu sayung tidak seni walau apapun yang dikatakan oleh kerajaan. Ianya hanya sebuah bejana untuk mengisi air. Sama seperti botol kicap yang sifat dan tugasnya adalah untuk mengisi kicap.

Lalu botol kicap itu kamu pakaikan dengan bunga dan diletakkan diatas meja yang beralas ropol sebagai hiasan. Seni? Bukan sayang,itu namanya biul batu sebutir.

Bulu merak sangat cantik semasa masih ada pada burung merak. Ianya satu pakej. Burung dan bulu. Dicabut atau tercabutnya bulu itu,kemudian diletakkan kedalam pasu yang dibeli di Air Hitam (jika kamu ada cita-cita untuk memiliki pasu Air Hitam,kamu adalah kemalangan dalam kehidupan manusia) sama seperti kamu menyimpan kulit lebihan semasa kamu berkhatan didalam botol lamu kamu pamerkan kepada umum.Isteri yang selalu membelai err..itu pun akan muntah melihatkan kulit itu apatah lagi orang banyak.

Apa sahaja yang plastik adalah dosa dizaman manusia semakin hijau ini. Banyak negeri kini menyambut hari tanpa plastik sabang bulan. Kita cuma menunggu masa hari berkenaan diistiharkan sebagai cuti umum sedikit masa lagi.

Maka,bunga plastik,pasu plastik dan kuda plastik bukan seni yang sunat dijadikan hiasan. Malah,entahkan haram menjadikan objek ini sebagai tontonan umum. Jika kamu menjemput Saudara Nasir Baharuddin kerumah ini,saya hampir pasti beliau akan memikirkan dengan serius untuk membunuh diri.

Jika kamu seorang pelukis dan kamu melukis sebuah gambaran tentang neraka lalu sesudah siap kamu akan mengatakan yang lukisan kamu itu cantik,maka kamu adalah pelukis yang perlu ikut jemaah tabligh.

Neraka tidak boleh cantik. Ianya tidak dijadikan untuk hiburan walaupun kamu pengikut aliran musik paling hitam atau pengamal foto infra-merah tegar (baca dR.Ali). Ianya tempat paling huduh,paling tidak mesra. Ianya dijadikan sebagai siksa. Melihatnya sahaja adalah siksa seperti mana kamu melihat gambar-gambar infra merah dR.Ali. Mana mungkin sesuatu yang sememangnya jahat (baca syaitan) digambarkan sebagai keindahan. Mungkin ada seninya disitu,tetapi memanggil neraka sebagai cantik adalah mutlak kesilapan.

Kemudian kamu pakaikan tong sampah dengan ropol dan anggap itu sebagai cantik.Aduh!

Mungkin kamu akan mengatakan yang keindahan itu tergantung siapa yang melihatnya dan kamu tentu akan silap disitu.

Yang indah tetap akan indah siapapun yang melihatnya (baca Nabi Yusuf alaihissalam) dan yang jelek tetap akan jelek siapapun melihatnya (baca neraka).Yang membezakannya adalah citarasa kamu.

Lalu jika kamu sama cita rasa dengan tuan rumah diatas (saya mahu menipu dengan mengatakan yang rumah berkenaan adalah rumah dR.Ali,namun dalam kezaliman,saya masih ada kasih sayang), kamu adalah punca kemusnahan tamadun manusia.

Monday, September 13, 2010

semoga aman


Dulu, tukang tuam bengkak dan benjol akibat bertumbuk adalah Makcik Ha. Saya jika kerumah Makcik Ha,wajip akan bertumbuk dengan Ra-e,sepupu saya dan makcik Ha akan mengambil abu dapur kayu,dibungkusnya dengan kain dan dituam ke lebam ditubuh saya. Ra-e dan saya kekal menjadi sepupu rapat sehingga hari ini. Bila difikirkan balik, kami sepupu-sepupu seperti adik beradik,amat rapat.

Untuk mendapatkan wang kocek yang lebih dari biasa,saya akan ke rumah Mak Teh,anak cina yang diangkat menjadi keluarga dan bernikah dengan Ateh,abang kepada Mok. Dalam keluarga kami ada dua anak cina yang dijadikan anak angkat.

Mok tidak akan berikan wang lebih dari yang saya perlukan jadi Mak Teh adalah tabung kecemasan yang langsung tidak ada kata tolak bila diminta.

Mok rajin menyediakan minum petang dengan bermacam jenis kuih-muih dan Mok memang sangat handal dalam hal masak memasak.Mak Cik Yee juga begitu. Keluarga kami memang terkenal sebagai satu keluarga yang handal dalam masakan. Aicik,suami Mak Cik Yee dan Anjang,abang Aicik adalah jurumasak terkenal dizaman mereka.Datok saya juga seorang jurumasak. Jadi saya mendakwa yang saya mempunyai hak untuk bercakap perhal makanan.

Salah satu kepandaian Mok adalah dalam menyediakan kuih bangkit. Rangup dan cair didalam mulut,namun Mak Cik Yee mempunyai satu senjata sulit dalam menyediakan kuih bangkit. Kuih bangkit Mak Cik Yee ditambah daun limau purut dan secara rahsia,saya lebih gemarkan kuih bangkit Mak Cik Yee.

Selain kuih bangkit,tomyam adalah rakan baik daun limau purut.Kari,asam pedas,kuih keria atau sagun atau apa sahaja makanan yang ditambah daun limau purut dalah kerja manusia sakit jiwa. daun limau purut juga amat baik dijadikan syampu rambut.

Entah kerana apa,selama Mok membuat kuih bangkit,tidak pernah sekali pun kuih bangkit Mok ditambah limau purut. Agak saya adalah ini lerana adanya 'mutual understanding' antara mereka. Mok Dan Mak Cik Yee memang rapat. Mak Cik Yee adalah kakak ipar Mok.


Saya merasa bertuah kerana mempunyai ramai emak. Semua ibu saudara saya adalah seperti ibu saya sendiri. Dan seperti yang saya katakan tadi,kami sepupu-sepupu adalah seperti adik beradik.

Mak Cik Ha sudah lama meninggalkan kami. Dia kakak Mok yang paling sulong. Mak Teh Masih ada. Kadang-kadang sihat,kadang-kadang tidak.

Mak Cik Yee diserang angin merah beberapa tahun dahulu. Saya ada menulis satu sajak mengenai peristiwa itu,namun setelah cuba,saya tidak dapat mengesan sajak berkenaan didunia siber ini. Judulnya saya lupa,yang saya ingat ada perkataan alias dan khairiah didalam judulnya itu.

Mak Cik Yee sangat cantik orangnya. Ratu kebaya tahun 1960. Menikah awal remaja kerana sangat menjadi rebutan. Pernah menjadi guru kelas dewasa seperti Mok.

Dari semua sepupu,saya paling rapat dengan anak-anak beliau. Semua anak-anak beliau pangkat adik dengan saya lalu sehingga hari ini semua anak-anak beliau memanggil saya dengan panggilan 'abang',satu panggilan yang hanya berlaku kepada adik-adik saya dan anak-anak beliau. Sepupu lain memanggil saya dengan gelaran JFK (uhuk!).

Setelah diserang angin merah,Mak Cik Yee agak terbatas pergerakannya. Hati menjadi hiba melihat satu susuk yang dulunya gagah perlu dibantu dalam banyak hal.

Petang hariraya pertama baru-baru ini, saya pergi menziarahi beliau. dari Cantik,anak perempuan beliau,saya diberitahu yang beliau tidak mahu makan dan bercakap sudah beberapa hari.Cuma minum. Beliau sihat seperti selalu.lenguh berbaring,beliau bangun.Puas duduk beliau baring. Sempat saya duduk bersama beliau untuk beberapa lama dan setelah itu,saya pulang.

Hari raya kedua,saya mendapat panggilan talifon dari adik saya mengatakan mak Cik Yee masuk hopital. Saya batalkan acara ziarah dan bersiap untuk kehospital.

Sebelum sempat saya sampai kehospital,adik saya menalifon lagi. Kali ini untuk memberitahu yang makcik saya sudah pulang kepada tuhan.

Jika kamu bukan dari keluarga saya, kamu memang tidak kenal akan makcik saya ini dan saya pula bukan seorang yang suka meminta-minta namun untuk kali ini saya memohon agar kamu sama mendoakan agar makcik saya ini dipermudahkan oleh tuhan segala jalan beliau untuk menuju kehidupan abadi.

Selamat jalan Makcik.

(Mak Cik Yee paling kanan dalam gambar diatas dan budak lelaki berkepala besar tidak muat songkok itu adalah saya. kepala besar itu menunjukkan yang saya memang dilahirkan cerdik)

Friday, September 03, 2010

krusus mengfoto gaya saya.



Satu gambar seribu makna,kata pepatah cina. Pepatah biasanya asal sudah lama. Zaman dahulu. Apa yang kamu belajar dari pepatah cina ini? Tentunya adalah betapa bangsa cina ada mempunyai pepatah mengenai kamera. Sudah maju benar mereka zaman dahulu.

Bandingkan pula dengan pepatah bangsa melayu yang semuanya berbunyi sangat kuno.Bagai aur dengan tebing misalnya. Tidakkah kamu merasa malu menyebutnya ditengah khalayak hari ini bagi menyatakan betapa kamu saling bantu membantu?
Melayu memang bangsa yang agak bodoh.

Apa pula yang kamu belajar dari sekeping gambar diatas? Tentunya dihari sukan sekolah, melayu akan menjadi athlitnya,apabila atau bagi mengelakkan melayu sakit,cina akan menjadi pemberi ubat dan india akan jadi pengipas menghilang panas atau menambah sejuk,pilih mana yang kamu suka.

Foto-foto begini jika menyertai apa-apa pertandingan ajuran kerajaan akan mendapat tempat pertama dengan beberapa hadiah sampingan yang amat tinggi nilainya dek kerana teramat bermaknanya gambar ini dalam mengambarkan kepelbagaian kaum di Malaya ini.

Untuk menjadi jurufoto yang baik,kamu wajip menjadi seperti saya.

Tidak ada bayaran yang saya kenakan untuk siri pertama dalam krusus bagaimana meng-foto manusia untuk kali ini. Dimasa-masa akan datang,mungkin akan saya kenakan bayaran,

Terima kasih dan jika saya tidak menulis sehingga hari raya, Selamat menyambut hari raya aidil fitri. Ampun maaf dipinta adatas segala dosa. saya mahu masuk sorga.

Monday, August 30, 2010

apa erti merdeka kepada saya

Tidak ada apa-apa .Peduli pun tidak. Saya tidak duduk dalam kenang-kenangan.

Yang penting adalah, apakah saya diperintah oleh kumpulan yang benar hari ini dan sebagai rakyat, hak saya wajip dibereskan oleh siapa juga yang turun bertanding dan dipilih menjadi pemerintah.

Kamu tipu saya, akan saya adukan kepada tuhan saya. Dan jika kamu belum tahu,tuhan saya sangat berkuasa.

Monday, August 23, 2010

peringatan buat diri yang lupa

Selain dari kaya,sombong,pakai kasut Warrior dan teramat handal dalam seni rupa,kadang rasa amat perlu saya mengingatkan kamu yang saya juga seorang penulis yang sangat hebat.

Untuk itu,saya hidangkan tulisan dibawah ini;

sajak merdeka tahun 2010

selamat datang dan salam 1satu
negeri ini negeri kami
bukan harta warisan
kami semua pendatang yang
duduk menumpang
namun kami akan kelahi habis-
habisan bila ditunding sebagai
bangsa dagang
anak siputum kekal bercawat

negara kami diperintah dewa-dewa
yang tinggal bersemayam disorga
hidung mereka diawan
kaki tidak berpijak dibumi nyata
mereka bersenang-senang
diam terawang-awang
tidak makan makanan kami
bahkan udara yang mereka hidu
juga bukan setara udara kami
tidak faham duduk perkara
yang ditanggung rakyat jelata

kepala dewa yang terdahulu
mahukan rakyat jumlah 70juta
kami pula ada idea lain
anak yang kami lahirkan
kami jadikan makanan anjing

kami disuruh menjadi satu bangsa
tiada rupa tiada harga
biar saksama kata para dewa
sedang mereka tarinya lain irama
gendang kosong kuat bunyi
sorot panjang seperti babi

selamat datang kenegeri kami
tanah janji tanah tidak tepati
sisokong itu buta
sibangkang itu tuli
keduanya aktif mengisi
temolok sendiri
sambil terjerit-jerit
mengaku pembela itu ini

kami tidak pernah peduli
darah mana asal para dewa
pesan murni dari kami;
makan-lah sepuasnya wahai dewa
serta dewi pemerintah negeri
cuma,jangan curi hak kami!


Sekian,terima kasih.

Wednesday, August 18, 2010

amalan berbuka puasa yang mulia

Biasanya, sebagai satu kumpulan yang mengambil islam untuk dijadikan panduan hidup,kami di Studio Rajawali akan berbuka puasa secara ala-kadar. 6 biji karipap,sedikit anggur dan kurma serta pulut panggang. Murtabak jarang-jarang kami beli cuma ada kalanya kawan yang datang membawa hadiah. Dan juga sekotak rokok yang kami kongsi 5 orang.

Semua ini adalah sumbangan kami dalam menyahut seruan untuk bersederhana dalam berbuka puasa.

Tetapi ,setelah berbuka,sembahyang maghrib,sembahyang isya serta sembahyang terawaih,maka itu cerita lain. Sila lihat foto-foto dibawah untuk mengetahui aktiviti kami sesudah amalan ibadah harian yang biasa dibulan mulia ini.












Acara makan besar begini kami lakukan setiap malam. Bagaimana kami boleh melakukan ini semua? tanya kamu. Kerana kami adalah kumpulan pelukis paling kaya dibandar ini,jawab kami.

Monday, August 02, 2010

melancong ke kuala terengganu;sebuah nota kembara yang sangat menarik dan sangat panjang

Setelah selesai acara Pembukaan Pameran Solo Abu Yusof,keesokkan harinya,kami yakni,Dr.Ali,pengfoto dan jurukrusus keselamat dalam kilang yang kini hidup dalam bimbang akan hilang lelaki akibat jatuh terhentak tulang punggung ketika bermain futsal, engku kamalul kholid,keturunan raja indera mahkota yang tidak ada langsung kelebihan selain dari janggut berwarna perangnya dan saya, well, kamu semua kenal saya,pun bersiapa sedia untuk memulakan perjalanan ke Kuala Terengganu.

Tiada yang istimewa perjalanan itu selain dari pergi untuk memeriahkan Pertandingan Melukis Citra Terengganu,pertandingan lukisan yang semakin menampakkan momentum untuk menjadi suatu acara seni tampak yang berprestig jika semua perserta datang dengan jatidiri yang tinggi dan penganjur pula mahu membuka ruang yang lebih luas dalam menentukan genre lukisan yang mahu dkiterima. Setakat hari ini, pihak penganjur lebih menjuruskan kepada lukisan-lukisan yang sesuai untuk dipamerkan didalam sebuah musium.

Dengan skop yang lebih luas, pihak penganjur mampu mendekatkan pelukis-pelukis dari berbagai genre untuk turut serta dan ini akan memungkinkan pihak penganjur memiliki lebih banyak koleksi lukisan lalu setelah sesuai masanya,sebuah galeri yang teramat bagus akan dibina di Terengganu. Namun,sayugia diingatkan, pilihan pembina galeri itu nanti harus dibuat dengan saringan yang teramat rapi. Kita semua tahu masalah yang dihadapi oleh bangunan-bangunan yang dibina di Terengganu.

Kami mula selesaikan urusan yang perlu diselesaikan hari itu dan mula merencana untuk bergerak. Engku Kamalul Kholid pulang kerumah dan menunggu disana. Rancanganya adalah saya akan mengambil beliau dirumah bersama Dr.Ali dan terus berangkat.

Kita merancang,tuhan juga merancang dan sudah barang tentu rancang tuhan adalah terlalu benar. Saya bersiap dan menunggu Dr.Ali yang sedang meng-up-date-status-facebook-nya. Saya menunggu dan menunggu dan menunggu dan menunggu dan menunggu dan menunggu dan menunggu dan menunggu.

Ada masanya si genuis seperti saya juga akan mengalami masa bodohnya dan hari itu adalah satu masa darinya.

Dr. Ali mempunyai 13juta friends dalam akaun facebooknya dan beliau perlu memberitahu (secara peribadi) setiap satu dari teman-temannya itu mengenai rencana beliau untuk memulakan perjalan ke Kuala Terengganu. Selain dari itu, beliau juga perlu membaca setiap satu dari 13juta pages teman-teman beliau.

Sepatutnya,sebagai seorang cerdik, saya juga perlu menjadi seorang yang sabar,namun seperti yang saya katakan tadi,hari itu hari bodoh saya. Menunggu dan menunggu-lah saya.

Setelah diperiksa dan mendapat tahu yang Dr. Ali telah sampai kepada friend yang ke 12 999 999,saya mengambil keputusan untuk pergi kerumah Engku kamalul Kholid dahulu dan dalam congkakan saya, mungkin setelah selesai urusan mengambil Engku,Dr.Ali sudah bersedia untuk bertolak.

Mujur benar kira-kira saya itu tepat dan kami pun mulakan perjalanan ke Kuala Terengganu.


marang/matahari terbit

Kami tiba di Kuala Terengganu selepas waktu maghrib dan terus ke Musium Losong,tempat berlangsungnya pertandingan yang disebut tadi. Kami sebenarnya telah merancang untuk bermalam di surau musium tersebut,untuk menemani pelukis Osman Limat yang terlebih dahulu tiba.

Setelah sembahyang dan berehat,kami keluar makan dan setelah itu pulang semula ke surau. Pak Osman mengambil keputusan untuk tidak bermalam di situ.Beliau telah menyewa sebuah bilik bersama Alif,penuntut Sekolah Menengah Vokaysional Bentong dan juga penuntut senilukis paling setia di studio kami.- sana ada tibi,aku nak tengok tilawah-kata beliau. Tinggal kami bertiga dan juga pelukis terkenal Zaharuddin Sarbini yang datang dari Kuala Lumpur bagi menyertai pertandingan itu.

Esoknya,sesudah subuh,kami bergegas ke Marang bagi mengejar matahari terbit buat difoto. Hasinya adalah foto diatas.

Selesai menfoto,Dr.Ali mengajak kami makan pagi disebuah kedai yang sering beliau berbelanja ketika selalu berulang-alik ke Kuala Terengganu.-sana ada telor ayam kampong-kata beliau dan kita semua faham mengapa beliau bersungguh-sungguh mahukan telur ayam kampung pada waktu dan ketika ini. Untuk mengingatkan kembali,saya ulang secara ringkas; Dr.Ali main futsal.Jatuh terhentak tulang pinggul.Bimbang tidak menjadi lelaki.

Kami pun ke Jalan Siakap dan memang benar disana ada sebuah warung kayu seperti yang diceritakan beliau.-dulu kecik je,sekarang dah besar- kata beliau. Tidak faham hukum alam agaknya beliau ini. Yang kecil biasanya akan menjadi besar kemudian akan mati. Itu biasa,semua orang pun tahu.Kecil menjadi besar kemudian menjadi kecil juga banyak yang tahu. Yang mengejutkan adalah,kecil menjadi besar main futsal jatuh terhentak tulang pinggul dan mati. Ini adalah kejadian. Boleh menjadi berita atau sekurang-kurangnya menjadi bahan simpati kawan-kawan. Bawa berjumpa bomoh misalnya atau jika kamu Dr. Jamal Rahman, memberikan nota kebenaran membeli pil biru terkenal itu misalnya.

Sebelum sampai ke warung di jalan Siakap, Dr. Ali telah membuat panggilan talifon kepada rakan lama beliau,Dr.Shamsuddin jika tidak silap saya.Sangat baik orangnya. Kami hairan bagaimana beliau boleh kerkawan dengan Dr. Ali,bahkan kami sangat hairan bagaimana Dr. Ali ada kawan langsung!Main futsal jatuh terhentak tulang pinggul mati dan menjadi murung. Satu ciri-ciri yang amat menjengkalkan untuk dibuat teman berbual apatah lagi teman tidur.

Kuih-muih dan lauk-pauk dari Terengganu amat menepati selera saya. Dan pagi itu saya makan pulut lepe dua ute,roti poung su te dan donak kampong su te. Minumnya adalah kopi-o-ais.

Engku Kamalul Kholid pula memesan roti canai banjir dan nescafe panas.

8biji telor ayam kampung! Satu kedai jadi heboh apabila Dr. Ali membuat pesanan.-mari duane ni.nye bahang lapang ute skali rak- tanya pacik disebelah saya.-kite dok kena dia. kite jupe tepi jalang sakni.ssiang tengok mmepeh,kite wi tupan,kite ajok gi makang. kite dok kena ia-jawab saya. Sengaja menggunakan slang tempatan untuk menutup malu berkawan dengan beliau.

-ade masaloh hok bbawoh bakali-duga pakcik itu. -ho,bakali-jawab saya.

Selesai minum,yang dibayar oleh Dr.Shamsuddin,kami pun bergerak ke musium dan acara melukis telah mula untuk hari keduanya. Dibawah adalah sebahagian peserta yang datang dari UiTM Machang,Kelantan.

takingat nama/uyu/amah/uitm machang/kelantan

-Kalu dok jadi,putuh kawang-kata sms dari Ustaz Azhar Idrus,pendakwah dan penceramah terkenal yang juga kawan baik Dr.Ali. Sekali lagi kami tinggal berfikir. Mengapa seorang seperti Ustaz Azhar Idrus mahu berkawan dengan beliau? Dan kami pun mendapat jawapannya, Ustaz adalah insan yang menerima siapa sahaja sebagai kawan selama mana dinamakan manusia. Sifat begini sepatutnya ada kepada kami,namun permasalahan yang sering ditimbulkan oleh Dr. Ali (ditimbulkan.dr.ali. hahahahaha.main futsal.jatuh. tak bangun.hahahha) menjadikan kami manusia yang memasuki jalan payah untuk menuju keredhaan tuhan yang maha segala. Kami mohon doa dari Ustaz Azhar agar kami diberi laluan yang penuh limpah rahmat dalam mencari ketenanan abadi.

Sebenarnya tengahari itu,ustaz telah berjanji untuk menjamu kami dan seperti janji seorang islam,ustaz pun menunaikanya.

Kami dibawa ke Lapar-Lapar Kopitiam yang terletak di perkarangan kilang dan juga pusat jualan batik yang terbesar yang pernah saya lihat iatu Pusat Komersial Noor Arfa batik di Cendering.

Bimbang juga apabila melihat perkataan kopitian itu,maklum-lah dengan isu 'belum halal' banyaknya kopitiam yang menjadi budaya hari ini. Namun yang membawa kami adalah Ustaz Azhar dan sudah tentunya beliau akan membawa kami kejalan yang benar.

Kami dijamu dengan menu,kari hijau,udang lada hitam,tomyam makanan laut,sambal dan juga ulam raja yang dipetik dilaman hadapan kami! whoooo,kalau ini tidak segar,kami tidak kenal siapa Dr.Ali.

Tomyam yang dihidangkan adalah seperti mana-mana tomyan yang sedap. Cukup semua rempah-ratusnya dan tidak kedekut dengan isinya. Udang lada hitamnya pula pada pendapat saya agak mengecewakan atau mungkin udang pada saya hanya sesuai digoreng kunyit sahaja.Namun kari hujaunya adalah sesuatu yang luarbiasa. Lemak berkrim dan itu bukan kerana saya sengaja mahu mensabitkan perkataan itu. Ianya memang lemak dan sangat berkrim. Ada rasa yang sangat nyaman ketika ianya duduk diatas lidah dan suatu perasaan bangkit (mungkin Dr.Ali tidak merasainya,kamu tahu bukan? futsal,jatuh,mati) bilamana ianya lalu ditekak. Tidak ada perkataan yang sesuai dapat saya nyatakan disini bagaimana nikmatnya kari hijau itu. Kudos kepada juru masaknya.


engku/ustaz azhar idrus/dr.ali

Selesai mengharungi pengalaman menyegarkan itu,kami pun berpisah dengan janji untuk bertemu petang nanti untuk sesi kenal-mengenal dengan ahli-ahli digitalmukmin.com,satu komuniti foto yang juga dianggotai oleh Ustaz Azhar. Ustaz Azhar adalah seorang jurufoto amatur yang sangat profesional. Pergi kesana dan lihat foto-foto beliau dan kamu akan setuju bahaya beliau adalah seorang jurufoto yang bagus.

Kami pulang sementara dan berehat. Petang itu seperti yang dijanjikan,kami ke Masjid Putih di Kuala Ibai. Di kedai kopi bersebelahan,telah menunggu anggota komuniti tersebut dan kami pun berkenal-kenal. Malang sedikit saya tidak mengfoto keadaan waktu itu. Kebanyakan mereka adalah muda remaja. Dan kelihat amat tertib.

Sepatutnya selesai acara kenal, kami akan mengfoto tenggelam malatahari, alhamdulillah hari itu cuaca sedikt mendung dan matahari tidak kelihatan.Lalu sesi itu ditukar kepa sesi mengfoto anak-anak Ustaz Azhar. Saya lupa nama mereka.


anak-anak ustaz azhar idrus

Waktu bertemu Ustaz Azhar tengahari kari hijau,kami diperkenalkan kepada Tengku Badruddin,anak muda yang menganggotai kumpulan musik yang menggelar diri mereka 'dendang anak' .Pertemuan itu terlalu sekejap untuk menjadi lebih akrab. Beliau perlu bergegas ke kolej. namun petang itu,beliau telah meluangkan masa bersama kami di kawasan Masjid Putih,sangka saya beliau juga mengfoto,namun tiada kamera yang dibawanya. Datang meraikan agaknya.


tengku badruddin raja bahrain

Saya sering melihat foto-foto yang dihasilkan oleh Ustaz Azhar dan saya amat tertarik dengan gambar-gambar yang melibatkan 'muse' beliau iaitu,Pok Mang. Hari itu saya berpeluang mengfoto Pok Mang dan saya pun gembira.


pok mang/masjid putih

Selesai sesi mengfoto dan waktu pun maghrib-lah,maka kami pun meyelesaikan urusan dan mula bergerak kehaluan masing-masing tetapi tidak sebelum berjanji untuk makan malam bersama.

jomla join dendang anak training malam ini jam 10- kata sms Tengku Badruddin kepada saya.-dah janji dengan geng DM balas saya. -Ambe sudah ejas dengan Ustaz,dia kata ok. balas sms beliau. Maka kami pun berjanji-temu.Kami dibawa kesebuah rumah dalam kawasan istana ditengah bandar Terengganu dan disana telah menunggu ahli kumpulan 'dendang anak'. Setelah berkenalan maka mereka pun memulakan latihan. Saya dapati kumpulan ini amat mengasyikkan, dalam maksud yang lebih besar.

Disini,selain dari penyanyi utama, seluruh penonton adalah digalakkan untuk turut serta melagukan naynyian dengan setiap anggota dibekalkan sebuah buku yang mengandungi semua lirik yang dihasilkan oleh amir kumpulan mereka. Saya dan Engku Kamalul Kholid tidak biasa bernyanyi lalu kami diam sambil menderap-derapkan jari tangan kelantai.

Dr. Ali kami lihat sudah mula mahu mengeluarkan suara lalu kami tutup mulut beliau dengan kedua tangan kami. Suara beliau tidak sedap,berdepe,kata orang Pahang,kami malu. Beliau marah-marah dan diam.

Oh! sebelum lupa, Zaharuddin sarbini juga ada bersama kami waktu ini.

Beliau lapar dan kami lebih lapar kerana belum makan menunggu tunai janji bersama anggota DM. Jam hampir 1130malam dana Dr.Ali mendapat panggilan dari anggota DM bertanyakan janji kami. kami terangkan keadaan dan setelah berbincang,kami dengan berat hati terpaksa meninggalkan majlis yang nampak seperti menuju puncak itu.

jika rajin,saya sambung kemudian.Dibawah adalah gambar kumpulan 'dendang anak' beraksi.

kumpulan dendang anak

Wednesday, July 28, 2010

abu

-meh aku kenalkan. ikut aku. geng yang sama macam engkau.kata kepok kepada saya.ini cerita zaman blues.dia membawa saya berjumpa,untuk pertama kali,dengan abu yusof. bersama abu hari itu ada azlan shah. dari hari itu kami berkawan.Azlan Shah sekarang di tinggal ditengah laut di Sabah sana. Menternak rumpai laut.

Mungkin abu ada versi lain bagaimana kami berkenalan,diatas adalah versi yang saya ingat.

Saya tidak pernah tahu yang abu juga melukis sehingga saya kerumahnya. tepi laut. Saya lihat didinding bilik beliau ada lukisan. Saya tanya lukisan siapa. Dia menjawab lukisan dia.

Setelah tamat belajar di ITM dalam jurusan Pengurusan Ladang,abu ke Mesir dan kemudian Jordan bagi melanjutkan pelajaran. Beliau pulang sehari sebelum meletusnya Perang Teluk yang pertama. Kerajaan suruh balik,kata dia.

Setelah itu,beliau melakukan berbagai kerja sehingga-lah beliau mengambil keputusan untuk menjadi pelukis sepenuh masa. Beliau adalah antara anggota awal Studio Rajawali.

Untuk pertama kalinya,kami di Studio Rajawali mengambil keputusan untuk mengadakan pameran, dan kami memilih abu sebagai pelukisnya. Mungkin dengan izin tuhan,kami akan lebih kerap mengadakan pameran distudio kami dimasa-masa akan datang.

Tanpa selindung dan dengan bangganya,kami mengatakan yang ini adalah pameran solo pertama diKuantan,bandar seribu ke'embong.Memang telah ada beberapa pameran lukisan sebelum ini,tetapi,untuk pameran solo,kami adalah pencetusnya.

Jadi,kamu sepatutnya mewajipkan diri kamu untuk hadir dan boleh mendabik dada kemudian hari sebagai tergolongan dari kalangan manusia yang ada pada majlis penuh sejarah ini.

Maka,kami menjemput siapa sahaja untuk hadir pada sesi pembukaan pameran ini pada tarikh dan waktu yang dipaparkan pada poster diatas.

Studio Rajawali mengucapkan ribuan terima kasih kepada Balai Seni Lukis Negara,terutama kepada En.Hanep Masjak yang telah memungkinkan berlangsungnya pameran ini.

Terima kasih juga kepada semua yang terlibat.

(poster direka oleh abdullah 'acai' hamdan)


Sunday, July 25, 2010

pesta haram kuantan

osman limat baca sajak/big aka rejim main gitar (gambar ini oleh nurhasanah mazalan)

marsli n.o bersajak sambil memetik gitar.whoooooo!

Idea untuk pesta ini sebenarnya sudah lama kami pendamkan. Ianya dibangkitkan kembali khamis lepas apabila dr.ali bertanya bila mahu diadakan dan kemudiannya saya melihat video amir zainorin mempersembah satu seni persembahan yang amat menarik.(sila cari video berjudul stamp over - public art performance diinternet.saya malas mencari linknya)


penyokong dan penonton


Asalnya, saya ingin mengumpul seberapa ramai pengerak semua jenis seni untuk datang ke tapak acara dan melakukan apa sahaja. Yang bernyanyi,bernaynyi,yang berpuisi,berpuisi dan sebagainya di sepanjang laluan orang ramai disitu. Dalam kepala,saya mengambarkan betapa tempat berkenaan akan bising dek aktiviti.

Namun cuaca tidak mengizinkan dan sementara menunggu hujan reda (yang akhirnya tidak),kami membuat keputusan untuk meneruskan acara berkenaan mengikut situasi yang ada.


engku amir melukis

Selesainya acara ini membuktikan yang mob sebenarnya rules!

Acara yang tidak memerlukan satu sen,ok,ok, lima sen pun akan dapat dijalankan sekiranya semua orang mahu campurtangan. Semua sedia menyumbangkan tenaga dan idea. Bergerak tanpa disuruh dan tanpa perlu menjadi hero.

Untuk peribadi, acara ini meyakinkan saya yang kita tidak mungkin boleh hidup sendiri-sendiri. Semua orang pelukan semua orang.Kera sumbang memang selalu menyusahkan (diri sendiri).

Jika ada edisi kedua, hendaknya ada wakil dari mereka-mereka yang mengeluarkan produk sendiri seperti kemeja t dan momento-momento buatan sendiri yang sudi.

Alangkah indahnya jika acara seperti ini diperpanjangkan oleh khalayak lain ditempat yang lain.Pesta Haram Ipoh misalnya.

sukairi shari dan kote-nya

Terima kasih kepada yang hadir. Sila tepuk bahu sendiri. Kamu semua meme beh!

Tuesday, July 13, 2010

kasih sayang sesama insan

Manusia dilahirkan untuk berkerjasama. Kita hidup saling memerlu. Jarang kedapatan ada insan yang boleh hidup berseorangan dan menjadi jaya dari sebab duduk sendiri-sendiri.

Menyedari hakikat ini dan walau sombong,saya kadangkala terpaksa mengaku akan putaran kehidupan yang perlu berbuat baik sesama insan. Lalu saya buatkan sebuah poster bagi meraikan pesta filim pendek paling mesra insan di tanah malaya ini.Hasilnya boleh kamu lihat dibawah.

Kemudian dari itu,si Meor nun di Ipoh sana pula merasa apa yang saya rasa.Mungkin kami ini sebenarnya brader-brader yang pernah bersumpah semasa dialam roh untuk sama saling bantu membantu,telah meng-tee-shirt-kan poster itu. Mengalir airmata sayu saya apabila diberitau. Ini agaknya yang telah lama hilang dalam diri banyak insan. Sifat hormat menghormati. Sayang menyangi. Saling perlu. Saling bantu. Perasaan hormar yang mutual.Dan hasilnya boleh kamu lihat dibawah.

Benar,kami tidak memberikan tee-shirt ini secara percuma.Namun cuba bayangkan keuntungan yang kami terima setelah ditolak harga kos kemudian untung yang tak seberapa itu dibahagi tiga pula.Airmata saya semakin banyak membasahi papan kekunci. Tidak tahu bagaimana mahu diluahkan perasaan ini. Terharu,sayu dan pilu silih berganti. Ini kerja gila. Berniaga cara brader-brader.

Untuk itu,dibawah ini ada saya paparkan saiz tee-shirt berkenaan. Jika kamu ada hati,ada perasaan. Ada keinginan untuk menjadi manusia yang insan,tidak dapat tidak,kamu pasti,PASTI akan menyertai kami.

Untuk keterangan lanjut,boleh-lah kami hantarkan email ke :Emailkan ke lanterajiwa@gmail.com atas nama T-SHIRT MASKARA TAK KODI. Butiran mengenai tee-shirt ini boleh juga didapati di facebook saya,sinaga-naga dan meor lantera.

ps: pesanan khas tentang tulisan diatas ditujukan kepada hisyam rahman.sukairi shari dan dr.jamal rahman. tak lupa juga dr. roza dan suami serta mohd. shareen dan emran tamil.

Wednesday, July 07, 2010

ted adnan kawan saya.whoooo!


Lama sebelum saya menulis diblog,saya rajin melukis di fotopages. Fotopages tempat foto,namun waktu itu saya masih belum rajin mengfoto. Lalu saya gunakan perisian MS Paint untuk melakar dan hasilnya saya paparkan di fotopages. Lihat disini jika kamu belum pernah kesana.
Lakaran yang mengambarkan perasaan ketika itu. Sebagai hiburan diri sendiri.

Ada juga kawan-kawan yang datang menjengok dan antara mereka adalah Ted Adnan. Sumpah,waktu itu saya tidak kenal siapa itu Ted Adnan.Yang saya tahu,foto-foto di-pages beliau amat bagus.


Sebagaimana disini,di-pages juga saya agak malas membalas komen-komen,namun saya ingat kebanyakkan nama-nama yang rajin meninggalkan pesan. Mungkin kerana yang datang tidak ramai.

Tadi, sedang saya leka distudio, kereta Rejim aka Big berhenti dihadapan. Rejim memang kerap kestudio kami semenjak dua menjak ini. Kami ada rancangan yang nampaknya bergerak terlalu perlahan.

Keluar dari kereta Rejim dua lelaki yang tidak saya kenali. Lelaki pertama menghulur tangan.Saya sambut. 'abdullahjones ada?' tanya dia. 'dia keluar' jawab saya.

'dia keluar' kata lelaki itu kepada Rejim. Rejim senyum dan berkata,kepada saya,'ini Ted Adnan'. Saya pun terkesima. Kami bersalam-salaman sekali lagi dan saya pun memperkenalkan diri.

Dunia ini kecil sebenarnya.Dan bertambah kecil dengan adanya internet.Berhati-hati.
Terima kasih Ted Adnan kerana sudi singgah ke studio kami. Terima kasih banyak.
(Ted adalah penyokong Pasukan bolasepak Belanda. disebelah beliau adalah Bakhtiar-sila rujuk gambar diatas.rejim aka big juga jurufoto.sila kesini untuk melihat hasil kerja beliau).
ps:
1.studio kami terbuka untuk siapa sahaja. datang dan belanja kami minum kerana kami amat pakar dalam memainkan peranan sebagaimana dimahukan oleh masyarakat tentang sengsaranya hidup sebagai pelukis.
2. jika kamu pernah meninggalkan pesan disini atau di mana-mana untuk saya,apa salahnya kita berkenal-kenal.jemput datang ke studio kami, terutama jika kamu bernama roza,antara pembaca awal blog ini. apa sangat jauhnya alor akar dan cenderawasih.


Sunday, June 27, 2010

ulamaya karin

Dek kerana terpanggil dengan berita beberapa orang pandai agama yang menyertai partai politik, saya keluar sebentar dari percutian menulis.

Molek sebenarnya apabila golongan tahu tentang agama menyertai sebuah partai politik yang selama ini duduk dalam kabur tentang pegangan agama mereka. Dengan peryertaan mereka-mereka yang faham, sudah tentu partai politik yang disertai akan lebih berdayamaju untuk mengamalkan apajuga yang diperintah tuhan.

Tahniah juga diucapkan kepada mereka diatas keputusan yang mereka buat. Semoga tuhan mengampunkan (jika ada) dosa mereka.

Menyebut mengenai pandai agama menyertai partai politik demi untuk kebaikkan sesebuah organisasi yang kuat membela hak rakyat, sayugia saya sarankan agar lebih ramai mereka-mereka yang tahu dan faham agama ini turun kedalam kancah kehidupan para marhain. Jangan kami dibiarkan terumbang-ambing tanpa tahu. Berkahwin dengan penyanyi atau pelakon misalnya. Dengan cara ini kita berharap semua pogram untuk rakyat akan menjadi lebih islami.Dengan adanya mereka-mereka ini dalam apa jua persatuan sekurang-kurangnya kami tidak menjadi kambing tak bergembala.

Untuk itu, saya adalah dengan ini menyarankan agar yang mulia dr.muhammad asri zainal abidin,yang katanya tidak akan menyertai mana-mana partai politik untuk segera menikahi mana-mana penyanyi atau pelakon. Dan jika benar berita akan berlakunya perceraian pelakon maya karin, maka adalah teramat cocok jika mereka disatukan.

Cuba kamu bayangkan betapa pendokong hiburan yang selama ini dituduh jahat akan merasa kembali aman. Tidak menghairankan jika ramai diantara mereka (penyanyi,pelakon dan penulis berita hiburan) merasa berhak untuk menduduki sorga paling atas apabila salah seorang dari anggota kumpulan mereka diterimapakai oleh seorang ulama. Jika saya disuruh berpuisi untuk kejadian diatas,maka ini hasilnya;bertudung litup aku/kala kemahkamah shariah aku/waktu sementara itu/ini lubang berahiku buat tatapanmu.

Lalu bayangkan pula betapa meriahnya pernikahan itu dengan seribu-ribu berita dan acara bagi menyaksikan pernikahan dua cabang kehidupan yang selama ini hanya nyaris-nyaris bersatu. Boleh jom kepoh disana.Boleh sure roboh disini. Seminggu adalah terlalu singkat masa bagi meraikan kebaikkan itu. Lalu kita buat sambutannya selama setahun dan kemudian diulang lagi sehingga kiamat. Tuhan itu maha segala dan niat baik kita tentu membawa redhanya.

Terima kasih kerana membaca. Izinkan saya kembali interval.

Saturday, June 19, 2010

interval

Monday, June 14, 2010

bangsa-bangsa bodoh seMalaya


Di Malaya,seni (lukis) terbahagi kepada dua kelompok khalayak. Kelompok satu,yakni kelompok bodoh ,adalah kelompok yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai pengantara. Kelompok ini adalah hina dimata banyak pengemar seni.Kelompok ini dianggotai oleh manusia marah. Kepada mereka,mereka adalah insan yang sentiasa malang,sentiasa ditindas kerana tidak mendapat bantuan (dari kerajaan) dalam membangunkan seni kecintaan mereka.

Mereka teramat gemar berkelahi dan mencari salah sesama mereka. Tidak melihat seni(lukis) dalam cabang yang banyak. Tidak mengiktarf mereka yang tidak dalam aliran mereka.Kelompok ini ada sesekali akan kelihatan diacara yang dianjurkan oleh kelompok kedua.Lebih masanya mereka berkumpul sesama mereka dan meratapi malang yang menimpa mereka.

Ruang akhbar Bahasa Melayu pula hanya menjadi pembawa khabar. Yang diceritakan hanya bila dan dimana sesuatu acara seni diadakan dan selagi pengiatnya belum ditangkap berkhalwat,maka tinggal disitu sahaja berita mengenai seni (lukis).

Kelompok satu adalah kelompok terhegeh-hegeh mahu diterima.

Kelompok kedua dan teramat cerdik pula adalah bagi mereka-mereka yang menggunakan Bahasa Inggeris. Dalam kelompok ini,jika satu diantara saudara mereka mengikat dua biji telor kote dan dipertontonkan kepada umum,ianya akan diangkat sebagai suatu kerja seni maha agung dan adalah kejayaan dalam hidup seniman yang mengusahakannya.

Kelompok ini akan berusaha sendiri untuk maju dan demi pohon beringin yang tumbuh liar,mereka tidak akan samasekali masuk atau dilihat bergaul dengan kelompok pertama.

Ruang akhbar kelompok ini pula akan menyiarkan berita mereka-mereka yang terpilih.Yang memang dikelompok mereka atau yang hampir-hampir masuk kedalam arena elit yang mereka bentuk sendiri.

Gejala diatas berlaku dalam semua cabang seni di Malaya.ie,jika kelompok satu mempersenikan makyong,maka seni itu seni kelas dua,pariah. Jika kelompok dua yang mengusahakannya,maka ianya adalah prestige.

Racism bukan hanya apabila kamu melihat pada warna kulit.Ianya juga berlaku apabila kamu memejamkan mata kepada apa sahaja yang tidak duduk dalam kelompok kamu.

1Malaya?
hhharkkkkkkkkkkkhh! ptuiii!

Wednesday, June 02, 2010

buaya-buaya tersangkut

Semasa datang bersama rombongan GAPs (Gabungan Pelukis Se Malaya) tempoh hari, saya cuma sampai ke Kuala Jasin. dR.ali mengajak saya menyambung perjalanan terus ke Buaya Sangkut dan saya memandang beliau dengan pandangan paling koman. Gila adalah perkataan paling tepat ditujukan kepada dR.ali, midon,amin,amir,ifamuddin dan jika tidak silap saya,raduan nurudin. Waktu itu,kami diberitahu yang perjalanan dari Kuala Jasin ke Buaya Sangkut mengambil masa lebih kurang 6jam,berjalan kaki.Tidak ada manusia yang waras akan menghambakan diri berjalan kaki sejauh itu hanya untuk melihat sebuah air terjun.dR.dan kumpulannya adalah tidak waras.

Dan seperti semua maklum, grombolan yang mengelar diri mereka Kumpulan Gajah,mengambil sempena berat badan dR. ali dan hamidon barangkali,gagal sampai ke Buaya Sangkut. Dari sini,sifat dendam kesumat dR.ali telah mula menunjukkan sisi hitamnya.

Ditambah pula,En.Bakar,Tuan Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor adalah rakan baiknya.Maka sejak kembali dari misi gagal Kumpulan Gajah,mengambil sempena berat badan dR. ali dan hamidon barangkali,dR.ali tidak putus-putus berusaha untuk mengulangbalik misi tersebut.

Insaf dengan Kumpulan gajah,mengambil sempena berat badan dR.ali dan hamidon barangkali,beliau kini membentuk kumpulan baru. Mereka-mereka yang terlibat terdiri dari ahli kumpulan Jurufoto Luarbiasa. Mereka adalah,selain dR.ali,Jasni Muda dan Ali Tukimin serta Shahreen dari Muar dan Batu Pahat. Emran Mohd Tamil dan Bakhtiar@pahat dari kuala lumpur. Dr.Jamal Rahman,Hisyam Rahman dan Abang Naim dari Kuantan. Saya juga turut serta. Kecuali Abang Naim,kamu boleh googlekan nama-nama diatas untuk melihat hasil kerja mereka. Selain dR.ali,hasil kerja mereka amat cemerlang.




Sebahagian besar peserta rombongan ini terdiri dari mereka-mereka yang telah banyak menakluki banjaran dan gunung. Hutan dan belantara. Pendekata,jika berselisih dengan mereka,kamu akan merasa gerun dek bengisnya pengalaman mereka dalam acara hutan dan belantara.Banjaran dan gunung.Kali terakhir saya berjalan kaki jauh ialah takala saya turun dari kereta untuk kekedai membeli rokok.

Tiba di bandar Kahang di Johor, kami pun mendaftarkan diri di Pejabat Taman Negara dan terus ke Balai Polis Kahang untuk menyimpan kenderaan dan menaiki pacuan empat roda yang sedia menunggu.

Pejalanan dengan pacuan empat roda mengambil masa selama 2jam dan kami selamat sampai ke pinggir hutan. Hampir dengan Kuala Marong sebenarnya. Saya rasa ini adalah klimaks perjalanan Kumpulan Gajah,sempena berat badan dR.ali dan hamidon barangkali, dalam misi pertama ke Buaya Sangkut tempohari.

Kami bermalam di Kuala Marong.

Kuala Marong adalah kawasan santuari pemeliharaan ikan kelah,satu spesis ikan yang dilindungi. Disini kamu boleh mandi-manda dan berenang dengan ikan-ikan yang katanya antara ikan yang paling lazat didunia. 'sisek dia pon boleh makan! kata dR.ali separuh menjerit. Dalam hati saya,saya menangis. Lapar benar kawan saya ini,bisik hati hiba saya.

Tasek Air Biru,tempat mandi-manda paling romantis itu juga hanya 50meter dari Kuala Marong. Jika tiada hujan dihari kamu tiba disana,maka airnya teramat jernih.Lihat gambar Shahreen di Tasek Air Biru dibawah sebagai bukti jernihnya.Disebelah beliau adalah dR.ali.Lihat betapa gebunya tubuh beliau.

Mungkin,nanti jika ada kesempatan,akan saya ceritakan lagi pengalaman saya ke Buaya Sangkut.Mungkin juga tidak. Adapun begitu,intipati dari perjalanan ini saya dapati,dR.ali adalah seperti kanak-kanak hyper-active yang mendapat terlalu banyak bekalan gula. Kita tidak tahu dimana bekalan gula yang beliau dapati dizaman payah gula ini,mungkin ada saudara maranya yang berkepentingan lalu bekalan yang sepatutnya dijual bukan kepada rakyat untuk mendapat keuntungan lebih besar itu diberikan kepada beliau.

Setelah semua letih,saya kata letih,tetapi ayat yang lebih tepat adalah hampir mati,dan selamat sampai ke destinasi terakhir sebelum naik ke Air Terjun Buaya Sangkut,iaitu Takah Kunyit,maka kami pun berehat. Tidak dR.ali,beliau terlompat-lompat,terkinja-kinja kegembiraan. 'kita dah sampai!kita dah sampai! jeritnya lagak seperti politikus menang kerusi. Malah lebih dari itu. Saya amat cenderung untuk mengatakan yang lagak beliau seolah-olah budak lelaki yang pertama kali merasa keluarnya mani,namun sebagai menghormati songkok beliau, saya hanya sanggup mengatakan yang beliau adalah gila.

Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada Encik Fakrul dan Encik Herman,dua kakitangan Perbadanan Taman Negara Johor yang bersama dengan kami dari mula hingga akhir acara. Juga kepada Nin dan Amira,dua pelajar Universiti Putra Malaya yang sedang menjalani latihan amali di Taman Negara Endau-Rompin.

Terima kasih juga kepada Encik Bakar,Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor yang memungkinkan pengalaman kami ini.

Kepada porter rasanya tidak payah saya berterima kasih kerana beliau hanya memandang ketika saya hampir pengsan mengalas beg sandang. Namun jika kamu perlukan porter,saya cadangkan kami memilih Arul. Remaja kurus kering ini mengamalkan ilmu hitam bagi memudahkan beliau memikul beg galas yang jika diangkat dua lelaki dewasa pun memerlukan terlalu banyak tenaga.

Terima kasih juga kepada Farid dan Fahmi,dua jurupandu pacuan empat roda kami. Jika panjang umur dan ada rejeki kami di Taman Negara Endau-Rompin Johor,kita akan bertemu lagi.

ps:semua gambar air terjun di ambil di Air Terjun Upeh Guling)