Friday, October 24, 2008

camy store


the STATE we're in.*



membenarkan kebodohan
lagu : meor
sajak : yours truly


gezichtsbedrog

apa khabar agaknya
gadis-gadis yang patah hati
di tahun-tahun 60an dan 70an dan 80an dahulu
adakah sudah menikah dan beranak-pinak atau mati atau
menjadi penghuni rumah-rumah sundal, menjual cinta dan
kasih dengan sedikit harga sebagai membalas dendam sebagai
pemberontakan terhadap berahi yang terhalang

apa khabar agaknya
lelaki-lelaki yang galak berzina
di tahun-tahun 60an dan 70an dan 80an dahulu
adakah sedang disiksa malaikat atau menjadi kepala keluarga
yang senang hati melihat anak menjadi ranggi dan tersenyum
apabila peroleh cucu haram atau barangkali sedang aktif
dalam partai sambil mengintai posisi utama pegangan negeri

sengaja aku bertanya khabar
kerana ghairah cinta remaja kala ini dijual di novel-novel di-
layar perak dan di muka peti tivi seolah-olah sangat penting
dan akan mampus segala kehidupan jika sekiranya tidak digembar-
gemburkan akan hilang tamadun jika sekiranya tidak
di-lamputinggi-kan dan terjerit-jerit mempertahankan
konon itu suci, konon ini suci dan konon inilah sumbangan kepada
perjuangan walhal semuanya adalah untuk untung,
untuk uang

dan lelaki-lelaki yang berzina dahulu adalah berkat usahamu
menanam cinta dalam benak remaja kerana kamu lupa yang mereka
cuma perlukan sedikit agama.

Sunday, 10 June 2007


*maaf, saya terlalu inggeris untuk me-melayu-kan tajuk gambar diatas.

Saturday, October 18, 2008

restoran zaman

Jika kamu berniat mahu menubuhkan kumpulan musik, maka bersedialah untuk menamakan kumpulan kamu dengan nama-nama Inggeris atau kamu akan menanggung risiko tidak popular.

Hal ini tidak terikat kepada satu genre musik. Semua pun terlibat. Gabungan artis nasyid seMalaya atau rengkasnya GAY juga demikian.

Bukanlah kerana saya ini seorang pencinta bahasa melayu atau kerana sangat sastera, cuma gunakanlah ayat yang betul dalam apa bahasa sekali pun.Saya melihat banyak kesilapan yang dilakukan dalam menamakan kumpulan nyanyi khususnya kumpulan nasyid. Oleh yang demikian, di bawah ini saya nukilkan kesilapan dan saranan saya kepada kumpulan nasyid berkenaan.

Mari kita mula dengan permilihan nama kumpulan nasyid.

'NOW SEE HEART'. Ayat berkenaan adalah ayat selepas sesuatu ayat, tetapi mereka memilih untuk menyuruh kita terus 'SEE HEART'. Apakah yang kita lihat atau buat sebelum 'SEE HEART' tidak dinyatakan? Ini menjadikan nama itu amat mengelirukan.

Lalu saya mencadangkan agar kumpulan ini menukar nama kepada 'YOU'VE SEEN MY COCK, NOW SEE (MY) HEART. Ianya bukan sahaja lebih jelas dan sanggat Inggeris,bahkan ianya seakan sama dengan nama-nama kumpulan musik Inggeris generasi baru dan amat terkini. Seangkatan dengan 'MEET UNCLE HUSAIN'.Jelas dan tepat.

Ianya juga menjadi menjadi satu saranan yang amat baik di mana setelah mengetahui saiz anu,tengok pula hati pemunya anu kerana hati adalah lebih penting dari anu.

Atau jika mereka mahu, boleh sahaja di tukarkan nama mereka kepada NASIHAT jika tidak NAK SEHAT. NAK SEHAT amat sesuai untuk nama kumpulan yang menyanyikan lagu-lagu berunsur mendidik kerana kita semua sedia maklum betapa ramainya manusia seluruh alam menjadi amat insaf setelah mendengar lagu-lagu nasyid terutama yang di usahakan oleh kumpulan KRU yang sungguh up-beat itu.

Satu lagi, 'IN TEAM'. In wot freaking team? Kenapa mesti menggunakan perkataan Inggeris jika INTIM yang dimaksudkan? Atau untuk lebih semasa,kenapa tidak dinamakan 'PERHUBUNGAN INTIM'? Ianya bukan sahaja indah dan harmoni bahkan amat akrab bunyinya. Tambahan pula jika kumpulan itu dianggotai oleh pemuda dan pemudi.

Dan akhir sekali kumpulan nasyid 'Bar2Play'. Apa? Tak ada kumpulan nasyid dengan nama itu? hmmm... patutnya ada.

Friday, October 10, 2008

benteng



Malam itu saya sibuk menjawab sms dari Ipi. Dia mahu mengikut saya ke studio. Lama sebelom dia tahu saya melukis pun, Ipi amat minat melukis. Tetapi hari esoknya adalah hari persekolahan, jadi saya tidak mahu membawa dia kestudio.

Namun dia berkeras menghantar sms meminta saya mengambilnya pagi esok. Saya katakan yang jika dia sanggup datang seawal jam 7 pagi, saya sedia membawa dia. Akhirnya setelah tawar menawar, saya setuju untuk mengambil dia jam 8 pagi di pejabat emaknya.

Didalam kereta pagi itu saya bertanya mengapa dia tidak mahu kesekolah. Dia menjawab yang hari itu kelasnya akan mengadakan perlawanan futsal dan oleh sebab-sebab yang sangat diketahui, dia yakin yang tiada rakan sekelasnya akan memilih dia untuk pasukan mereka.

Saya katakan mengapa tidak dia menjadi penjaga gol. Dia tidak perlu bergerak dan jika dia baring sahaja, akan tertutuplah pintu gol. "pak longggg ni!" kata dia.

Dibawah adalah petikan perbualan kami sepanjang berduaan.

Ipi : bila pak long tahu pok long ada bakat melukis?

Saya : masa tu pak long dalam perut tok. satu hari, masuk satu berus lukisan dalam perut tok. rupanya tok tertelan berus lukisan. pak long pon ambik. tiba-tiba pak long rasa pak long ni rupanya memang terror melukis.masa tok beranakkan pak long, keluar sekali dengabn berus lukisan tu. jadi pak long ni kembar berus lukisan. jadi mesti la terror melukis.

Ipi : orang kembar ular, pak long kembar berus lukisan.hihi..pak long jual lukisan pak long berapa?

Saya : biasanya pak long jual dalam 3 juta sekeping. tapi kalau orang tu miskin, pak long jual mahal sikit, 18 juta.

Ipi : kenapa?

Saya : pak long kesian orang miskin. pada dia beli lukisan pak long, baik dia beli baju anak dia.

Ipi : baiknya pak long.

Saya : memang la.

Ipi : masa pak long duduk luar negeri dulu, pak long duduk dengan sapa?

Saya : dengan mak angkat pak long.

Ipi : nama dia sapa?

Saya : elisebeth.

Ipi : dia ada anak?

Saya : ada, charles.

Ipi : kecik ke besar?

Saya : tua pada pak long tapi charles ada anak kecik, will dan henry.

Ipi : dah tu pak long makan khinzir la masa duduk sana?

Saya : ho la, kadang goreng, kadang panggang. tapi pak long paling suka khinzir mentah. makan gitu je.

Ipi : ya allah, kenapa la Ipi dapat pak long macam ni...




ps: Pn.Ainon, terbitkanlah kumpulan tulisan blog ini jika 'ada brani' kerana untuk menulis buku entah bila bolehnya saya ini.

Saturday, October 04, 2008

kedai songkok haji gundal

Mulanya saya ingin menulis tentang betapa rancangan menerapkan nilai-nilai islam yang sekian lama di usahakan oleh kerajaan akhirnya semakin menampakkan kejayaannya. Dari penubuhan bank-bank yang menjalankan sistem perbankan islam kepada penubuhan beberapa universiti yang menjadikan islam sebagai sebahagian namanya.

Akhirnya-akhir ini pula kita dapati bagaimana masyarakat marhain mula menggunakan perkataan-perkataan yang agak islamik dalam perbualan seharian dan yang paling babinya adalah apabila skop sedekah makin diperluaskan maksudnya.

Kita sebenarnya tidak mahu peduli apa dosa yang mereka lalukan selagi ianya tidak melibatkan kita. Dosa dia dengan tuhan biar dia yang selesaikan dan kita berdoa hendaknya janganlah kita di duga begitu.

Namun apabila dosa yang sebegitu dihebohkan dan kita sering-sering ditanya oleh anak-anak kecil maksudnya, kita menjadi sangat jengkel.Tambahn pula apabila dengan bodohnya mengaku dilemahkan iman oleh orang lain.

Dosa yang dilakukan dengan sembunyi adalah lebih baik dari dosa yang dilakukan terangan dan dihebahkan. Tak payah tanya Dr. Asri atau Ustaz Zaharuddin,mamak malbari nasi kandar pun tahu.Kalau tanya saya, lagilah saya tahu sebab saya pandai. Dan jika kamu ingin saya memberi ceramah di radio atau televisyen, sila hubungi syarikat saya, KAYA MELALUI AGAMA SDN.BHD.

Namun kerana kita masih dibulan yang mulia dan masih dalam suasana bergembira, maka tidaklah jadi saya menulis tentang itu semua.

kemudian terbaca tentang aturcara rumah terbuka menteri perdana diakhbar dan datang keinginan untuk menulis betapa jemputan dibahagi kepada dua kelompok. Kelompok pertama ialah untuk dif-dif terhormat dan kenamaan. Kemudian dari itu baru dibenarkan orang kebanyakkan.

Ini mana punya hadhari da? Islam tidak benarkan kita bezakan kaya dan miskin dalam majlis kenduri kendara.Bukan mamak malbari nasi kandar saja yang tahu,cucu dia yang cacat akal pun tahu.

Patut la bergaduh sesama sendiri dan kalah pilihanraya, bodoh macam kote.

Namun sekali lagi saya terpaksa menghalang diri dari bercakap kotor bila mengenangkan kita masih berada di bulan yang mulia dan masih bergembira dalam suasana hari raya.

Jadi untuk tulisan kali ini, saya khaskan kepada kawan-kawan yang membaca secara senyap,yakni tidak pernah meletakkan apa-apa komen disini. Kepada mereka saya ucapkan terima kasih dan selamat hari raya.

Kepada kawan kepada Abid Kamal di Putrajaya yang katanya rajin membaca tulisan saya,(saya lupa nama beliau) saya ucapkan terima kasih dan pesan saya kepada beliau adalah, apa-apa yang dikatakan oleh Abid Kamal tentang saya adalah tidak benar.

Kepada Abid Kamal sendiri pesan saya adalah, biar pecah di perut, jangan pecah di mulut. hahaha.

Sunday, September 28, 2008

estet kuala reman

Selamat hari raya untuk kamu dan keluarga dan saya maafkan semua dosa-dosa kamu (kepada saya).

Tuesday, September 23, 2008

sima book store



tajuk: khabar dari angin;taufan 16 september 2008(1 dari 3 panel)
media: arkrilik atas kanvas
saiz : 3'x4'
harga: rm2500
*setiap panel dijual berasingan.


Sebagai seniman yang sangat hebat, saya selalunya akan muntah apabila melihat terjemahan apa yang di katakan muhibbah oleh sesetengah pihak atau dalam bahasa yang mudah di fahami, orang yang kerja bahagian kreatif dalam kerajaan.

Kepada 'sesetengah pihak', muhibbah biasanya di gambarkan dengan meletakkan beberapa ekor wakil dari perbagai bangsa dengan pakaian kebangsaan mereka duduk bersama. Untuk apa juga upacara.Di tivi, radio atau apa juga.

Punyalah keliru pihak kerajaan hari ini, di satu pihak mereka mahukan muhibbah, diwaktu yang lain mereka melaungkan konsep bangsa malaya.

Tidak ada negara di dunia ini yang menegarakan bangsa mereka kecuali komunis dan Indonesia. Kita semua tahu betapa gagalnya komunis dan kita tidak nampak apa baiknya apabila Sukarno menegarakan bangsa di Indonesia.

Apa yang kita nampak adalah kaum cina Indonesia dipaksa meninggalkan amalan tradisi mereka dan mengambil tradisi 'bangsa indonesia' sebagai budaya. Ini tidak lebih dari satu bentuk penjajahan. Sama seperti; suruh cina malaya yang masuk islam pakai baju melayu, tukar nama melayu.

Apabila ini berlaku, maka akan hilang budaya bangsa tertentu. Bayangkan jika semua kaum cina malaya memeluk agama islam dan mereka di asuh supaya meninggalkan apa juga budaya mereka dan mengambil budaya melayu sebagai ganti. Kesian kaum cina malaya nantinya terpaksa menyukai hiburan bodoh-bodoh.

Saya pernah tinggal di satu kawasan yang majoritinya orang melayu dengan sedikit taburan bangsa cina. Setiap pagi muazin di kawasan itu akan memulakan membaca tarhim dengan kuatnya sepuluh atau limabelas minit sebelum azan. Ini pada saya adalah mengganggu penduduk yang tidak islam. Kita perlu berfikiran jauh. Mungkin ada diantara kita yang berkerja sepanjang malam dam waktu tersebut adalah waktu rehatnya dan sudah barang tentu mereka akan marah jika di ganggu.Mana baiknya islam jika saban hari di marah dan di benci orang?

Kamu sering berbangga berbuat entah dianjurkan islam atau tidak kerana merasakan yang tuhan di pihak kamu tanpa menyedari kadangkala kamu lebih banyak membawa buruk dari baik kedalam agama suci islam.Dan kamu biasanya lebih melayu dari islam.

Hari ini kebanyakan bangsa di malaya merasa kurang senang dengan banysa melayu kerana sikap bangsa melayu itu sendiri.

Kemudiannya dilaung-laungkan betapa kaum lain tidak berminat untuk berkhidmat didalam kerajaan.

Ini adalah dusta. Jika kamu duduk didalam mana-mana institusi yang di kuasai oleh bangsa melayu, kamu akan dapati seakan ada pakatan rahsia yang mahu menghadkan penyertaan kaum lain didalam organisasi mereka. Kononya untuk melindungi kepentingan bangsa melayu.Tidak dapat tidak, sifat ini perlu kita kreditkan kepada puak amnu yang saban hari melaungkan betapa pentingnya memperjuangkan bangsa istemewa yang di panggil melayu.

Betapa ruginya negara apabila ada pihak yang menutup peluang kepada bangsa lain selain melayu untuk berkhidmat didalam kerajaan.

Aiseyman.. nok gi bazar ramadan.. nantilah saya sambung mantra-mantra sakti saya. nok gi cari rojok betek kuoh ikang.lambat takut habis. daa.

kemaskini;

Saya terlupa, sebenarnya kita perlu simpati kepada BEKAS PENULIS BLOG yang itu. Dek kerana tidak lagi menulis blog, beliau lupa cara-cara untuk mengomen. Sampai tiga kali ditekannya butang komen untuk satu komen yang sama.Mungkin beliau terlalu sibuk menulis duapuluh patah perkataan di kulit belakang buku-buku PTS maka terlupa dia akan cara benar. Kepada Puan Ainon kita minta BEKAS PENULIS BLOG itu di beri sedikit ruang untuk mempelajari kembali apa yang di panggil menulis dan mengomen blog. Kita tidak mahu kehilangan seorang yang di anggap pelopor penulisan blog.

Dan saya juga sangat hairan mengapa Tok Rimau menghadkan pembacanya. Jika tidak mahu tulisan dibaca orang, tulis diari.



tajuk : khabar dari angin;jalan ke putrajaya (2 dari 3 panel)
media : arkrilik atas kanvas
saiz : 3'x4'
harga : rm2500
*setiap panel dijual berasingan.

Sunday, September 14, 2008

leng adek beradek bahan besi

Sesuatu harus di lakukan kepada kaum india di Malaya. Dan ianya harus di lakukan segera.

Betapa hari ini kita dapati kaum india Malaya berada di tahap kemiskinan yang teramat sangat dan ini membawa kepada mudarat yang amat besar terhadap kumpulan mereka dan juga masyarakat Malaya.

Bukan sedikit berita yang kita baca melibatkan budaya jahat yang di lakukan oleh kaum india dan lebih malangnya pembunuhan-pembunuhan kejam di lakukan oleh kaum india keatas kaum india sendiri!

Bukanlah maksudnya kaum lain di malaya terselamat dari bahaya jahatnya sesuatu kumpulan itu apabila terdesak. Kita tahu kejahatan ada di dalam semua kaum, di malaya atau di mana jua.

Kaum cina sebagai contohnya bermula dengan berbagai kejahatan dan akhir-akhir ini seakan telah berjaya keluar dari budaya jahat sesama kaum.Kejahatan mereka kini lebih terancang dan kadangkala langsung tidak di lihat sebagai jahat bilamana mereka dengan jayanya membeli perbagai lesen untuk perbagai kejahatan.

Kaum melayu malaya pula seperti yang di ketahui tidak begitu berani dalam kejahatan yang nyata. Menipu memang 'terror',bunuh orang jarang-jarang. Rogol kekasih biasa.Kekasih yang sama pulak tu, setiap hari pulak tu.Namun disebabkan Kaum Melayu kini lebih tertumpu kepada hiburan, maka mereka melupakan kemiskinan. Lalu terselamatlah mereka dari kesesatan.

Tambahan pula kononya mereka mempunyai tempat berlindung yang katanya di panggil PEKIMAK.Tetapi kita semua tahu yang melayu begitulah, sekadar tampal logo di kereta tanda ahli.Kemudian hangguk-hangguk,kenyit-kenyit, kod rahsia konon, konon tanda tahu polan itu anggota kumpulan mereka. Merompak dan membunuh mereka tidak. Mencuri hak dan membahagi kekayaan sesama sendiri adalah kegiatan utama mereka. Dan sehabis jahatnya kumpulan samseng mereka ada memukul orang mengacau adik perempuan mereka atau sahabat mereka. Kebanyakkan mereka adalah amat bodoh, ayahanda dan bondanya.

Pemerintah perlu mengambil serius kejatuhan akhlak kalangan belia india Malaya. Jangan harapkan Abang Mie Sungei Siput. Semasa menjadi menteri pun tidak dilakukan apa-apa inikan pula kembali kembali menjadi mandur partai.

Walaupun sistem kasta tidak berapa nampak diamalkan di Malaya, hakikatnya ia tetap berlaku di kalangan kaum india. Dan ini adalah antara masalah besar dalam usaha untuk mengeluarkan mereka dari kemiskinan. Golongan kaya dari mereka, sebahagiannya mahu golongan miskin antara mereka terus ujud.

Pemerintah perlu melupakan genarasi sekarang ini dan berusaha meujudkan suatu genarasi baru kaum india. Biarkan jika ianya mengambil masa bertahun-tahun, lakukan juga. Sepertimana yang di lakukan oleh kaum cina satu masa dahulu yakni genarasi ini berkorban untuk genarasi akan datang.

Ujudkan sekolah-sekolah khas disetiap daerah untuk mendidik hanya kaum india yang di ambil dari kumpulan miskin dan berusaha sungguh-sungguh untuk menjadikan mereka berjaya dalam segala segi.

Lantik guru-guru yang benar-benar komited untuk berkhidmat, jika perlu panggil guru-guru dari luar kerana kita tahu sebahagian besar guru-guru kita amat sibuk (menjual dan membeli itu ini di waktu persekolahan).

Sediakan satu sistem di mana kaum india diberi keutamaan lebih sedikit dari kaum lain bagi satu jangkamasa bagi membantu mereka bangun.

Jika kaum melayu marah, buat konsert heboh-heboh di kampung-kampung mereka.Tentu mereka tenteram.

Kita malu kerana setelah 51 tahun merdeka, masih ada kaum yang teruk di tindas dan dilupakan.Pergilah ke este-estet dan lihat bagaimana mereka hidup. Kamu tuduh mereka kaki mabuk. Kamu sendiri juga akan jadi sedemikian sekiranya di beri peluang hidup seperti mereka.

Rasis? Pale otokmu.

Tuesday, September 09, 2008

meng heng bakery

Mengapa ramai pekerja apa jua rajin makan suap? Seperti biasalah, saya yang serba-serbi pintar ini akan menjawab soalan-soalan yang saya kemukakan.Kamu semua bengap.Sebabnya adalah kerana kebanyakkan kamu tidak menganggap perkerjaan kamu sebagai ibadah.

Kamu semua beranggapan kerja kamu adalah satu anugerah. Kamu mendapat apa juga perkerjaan kerana kamu pandai sekolah.Kerana mak bapak kamu kenal wakil itu ini.Semua orang yang berurusan dengan kamu perlu menyembah kamu atau jika tidak mahu, bayar apa juga kerja kamu. Gaji bulanan kamu sentiasa tidak setimpal dengan jasa kamu yang maha banyak itu.

Kamu tidak mahu mengira yang sepuluh sen yang kamu dapat dan belanjakan kepada anak-anak kamu adalah ibadah.

Kamu sentiasa mahu lebih tanpa mengira apa juga caranya.Dan cara paling mudah adalah makan suap.

Kerana itu kamu akan dapati apa jua jawatan yang kamu pegang, kamu akan berusaha untuk makan suap.PAR dengan cara PAR,pegawai besar dengan cara pegawai besar.

Yang sedihnya ada berita tempoh hari bagaimana seorang pegawai yang meminta bapanya dijadikan pengarah sebuah syarikat sebagai suapan. Makan seorang sudahlah, mak-bapak kamu dah tinggal berapa hari lagi janganlah kamu libatkan.

Jika kamu menganggap kerja kamu adalah ibadah,maka kamu sentiasa akan merasa cukup. Alah, seperti mana kamu merasakan cukup sekadar sembahyang wajip lima kali sehari, atau jika kamu pandai syiah, maka tiga kali sehari sudah cukup untuk kamu.

Itu jika kamu kaki sembahyang hari-hari. Yang jenis jumaat sahaja pun ramai merasa cukup dengan jumaat.

Sembahyang sunat hanya untuk mamak malbari.Sebab dia keling,islam dia kelas kedua. Kerana itu mereka perlu sembahyang lebih dari kamu.

Cubalah belajar untuk merasa cukup.

Akhir sekali, jika kamu lihat mana-mana jiran kamu yang banyak menerima bungkusan hadiah menjelang hari raya ini, baling rumah mereka dengan taik.



ps: saya baru selesai mengadakan pameran dan nasihat tulus ikhlas dari saya adalah; belilah lukisan saya sekarang kerana kamu tidak akan mampu membelinya di kemudian hari (jika kamu tidak makan suap).

Monday, September 01, 2008

hamid bros.

SELAMAT BERIBADAT dengan jaya SEMUA. Tolong doakan saya dan keluarga.

Monday, August 25, 2008

mohamed store

-rambut orang lagi berkilat, kata gadis cantik bersuara manja yang tidak dibuat-buat kepada kakaknya. Aku yang minum di meja hadapan mereka cuba mendengar suara siadik ketika disetubuhi.

Suasana tiba-tiba menjadi amat tegang.



ps: basri, inul sudah dijual.

Tuesday, August 19, 2008

KA Mohammad Shariff

Bila melihatkan ramai orang kuantan terasa bila saya mengatakan kuantan bandar paling bodoh dalam dunia, takut juga. Tetapi disebabkan ada bukti sohih bukan sahaja bandarnya bodoh, orangnya juga,terkecuali saya dan Mok saya,sangat-sangat bodoh, saya jadi amat berani.

Lagipun apa yang mahu di takutkan dengan orang kuantan,dia marah kita bagi festa-festa bersama penyanyi dan pelakon redalah marah mereka.

Maafkan saya pegawai khalwat, saya tak minat teater. Terasa para pelakonnya seperti kumpulan manusia yang syok sendiri nombor wahid. Mind you, semua orang seni adalah syok sendiri.

Namun kerana ada khalid salleh datang bermonolog di kuantan tempoh hari, saya beranikan diri meredah kebodohan orang kuantan menyambut pesta heboh-heboh. Disebabkan saya kenal jalan-jalan di kuantan seperti saya kenal kepala botak saya, maka tidak ada masalah untuk saya sampai cepat di panggung.

Dan di sinilah saya lihat bukti kebodohan orang kuantan yang saya sebutkan tadi.

Untuk pengetahuan ibubapa sekelian, kanak-kanak yang belum putus susu tidak perlu diajar untuk mencintai teater.Begitu juga dengan budak berusia kurang tiga tahun. Mereka ini jika di bawa juga kedalam panggung hanya layak ditendang-tendang dan di henyak perut mereka.

Setelah menghenyak dan menghencang perut kanak-kanak yang di bawa ke panggung teater, ibubapa mereka hendaklah digantung dari susunya, jika perempuan,dan dari telornya, jika lelaki, dan hayunkan tubuh mereka sehingga susu dan telor mereka terpisah dari tubuh.

Sumpah! kerajaan tidak marah jika kamu tidak menanamkan kecintaan terhadap seni teater kepada anak-anak kecil kamu. Bersumpah laknat pun saya sanggup.

Dan orang kuantan juga terperanjat jika di beritahu kuantan ada balai seni lukis. Hah! ada ke? dah lama ke? tanya mereka. Kenapa mereka tidak tahu? Selain kerana tidak mahu ambil tahu, orang kuantan juga di masa lapangnya gemar mengentel kote,lelaki dan perempuan,berdua atau berseorangan.

Bodo.


ps; pi baca blog mamasita dan komen-komen. dia orang kuantan.

Wednesday, August 13, 2008

kampong tuan

Hari ini kita baca dua buah sajak tulisan rakan rapat saya, abu yusof. Seperti saya, abu juga seorang yang hebat,seni dan kayaraya.Malang sedikit dia tidak sombong . Ia lah,bukan semua orang bernasib baik seperti saya.

Oh! Saya juga hanya bersahabat dengan manusia-manusia yang hebat,seni dan kayaraya sahaja. Gila apa mahu bersahabat sama kamu semua yang seperti sakai mendapat kereta. Gantung segala macam patung didalamnya. Tampal segala macam pelekat dicermin dan dindingnya. Sekotak kertas tisu diapit oleh dua bantal kecil comel dilantai cermin belakangnya.

Kertas tisu dan bantal kecil didalam kereta? Main dalam kereta?


bukan di sini

di sini hanya ada kepanasan
di sini hanya ada kelajuan
di sini hanya ada ketangkasan
di sini hanya ada kebijaksanaan
di sini hanya perlukan pembaziran
di sini hanya perlukan keangkuhan
di sini hanya mencari kematian
di sini hanya mencari kegilaan
di sini kau bertemu seteru
di sini kau tiada masa
di sini apa yang kau cari
tak mungkin akan kau jumpa

di sini tiada santun
tiada budi di kenang

di sini di jalanraya
di semenanjung
tanah melayu

01:45 150308


apa yang di bayar

nasi lemak daun pisang
teh tarik halia gelas besar
roti telor bawang
nescafe ais
char kueh teow
kopi o ais
mee goreng mamak
tongkat ali tambah susu

apa yang di bayar?
kelaparan
atau
kematian

00:18 130308

Tuesday, August 05, 2008

aziz cafe

Saya bercita-cita untuk menjadi seperti A. Samad Said. Bukan, bukan menjadi sasterawan negara dan kemudian buku-bukunya dipinggirkan. Saya mahu menjadi seperti beliau yang rajin menggunakan pengangkutan awam.

Malangnya saya mencari makan di bandar yang bukan bandaraya tetapi 97% penduduknya adalah jutawan. Selebihnya pula adalah ahli politik, eh silap! selebihnya pula adalah bilionwan.

Jualan kereta Mercedes Benz dan BMW, mengikut kajian antarabangsa, adalah paling banyak terjual di bandar ini. Kereta-kereta buatan Malaya biasanya hanya digunakan oleh anak-anak sekolah untuk melanggar cikgu.

Kerana itu,kamu akan mati dan mati kemudian mati lagi jika kamu sampai hati mahu menggunakan bas awam jika kamu di Kuantan.Tandas awam banyak kerana orang Kuantan kaki berak.

Orang Kuantan juga telah sekian lama berdisplin dan tidak berebut-rebut ketika menaiki bas. Bas tarak! berebut ke babi mende!

Boleh jadi, mungkin, agaknya ini adalah disengajakan kerana kita tahu pendapatan paling besar bagi kerajaan tempatan disini adalah sewa dan saman letak kereta. Jika disediakan bas awam, maka, umat akan kurang mengunakan kereta sendiri. Jika umat kurang mengunakan kereta sendiri, maka sewa dan saman letak kereta akan berkurangan. Jika ini berlaku, Pahang akan bangkrup dan bangunan Wisma Persekutuan akan disita.

Itu satu lagi bodohnya. Bangunan kerajan mahu disita.Jual saja bangunan tersebut sepertimana yang terjadi kepada segala mercutanda dan tanah ditenggah-tengah bandar Kuantan atau jadikan tapak tetap pesta hebohheboh.

Bangang, kawasan begitu besar dipinggir bandar, dibawanya pesta bodoh tersebut ketenggah-tengah bandar. Jika tidak menyusahkan hidup orang tidak sah hidup mereka.

Kuantan adalah bandar paling bodoh dalam dunia. Pegawai pemerintahnya cerdik, cuma bandarnya yang bodoh.

Kepada Tok Nan, bila aok doh tok bizi maki hamun kawan tu kawan ni, cuma tengok sikit bas taun. Kalu ada bas taun, senang sikit orang jengke ke, orang jabor ke nok gi pesta hebohheboh yang menjane ekonomi kuantan ni (kawan dengo kerajan negeri untung 18 trilion juta ringgit asil pesta tu). aok jugok yang untung. esok orang undi aok lagi.

Friday, August 01, 2008

wall street

Memang kita marah bila barangan yang dibekalkan kepada sheriff-sheriff kita adalah barangan kelas kedua. Kita sayang sheriff. Sheriff kita wibawa. Cepat dan betul.

Tetapi, apalah yang di harapkan sangat kepada kumpulan manusia yang membuat lapurkan kepada sheriff lain apabila mendapat bahagian suap yang kurang dari rakan mereka.

Main bola pun makan suap inikan pula kontrak seratus juta.
Almari buruk lagikan mereka jual inikan pula kontrak seratus juta.
Perempuan ketuk ketampi pun dijual videonya inikan pula kontrak seratus juta.
and the list goes on and on and on and on..

Thursday, July 24, 2008

lim hoe lek

Sebelum mula tulisan baru, sila ke
  • sini
  • untuk tujuan berbangga-bangga dan menunjuk-nunjuk sambil mahu menambah penyesalan kamu kerana dilahirkan serba-serbi kurang atau tiada langsung.

    ok. Assalamualaikoum. Kita bertemu lagi. Semoga kamu semua sihat walafiat.

    -hati adalah raja kepada kerajaan diri manusia, kata ustad di masjid semalam.

    Ya, saya memang kaki masjid kerana saya ini apa yang disebut dalam quran, lebih kurang maksud, lelaki yang tidak dilalaikan oleh hartabendanya dari mengingati tuhan.

    Kamu jangan bimbang kerana kamu juga disebut. Terjemahan ayat yang lebih kurang berbunyi, orang miskin yang tidak ingat tuhan maka samalah tempatnya dengan firaun,haman dan ubai bin khalaf adalah ditujukan khas buat kamu semua.

    Miskin, hutang kad kredit banyak, nak ulang alik ketempat kerja pun payah,ansuran kereta selalu tertangguh,bil utiliti sering tertunggak,sibok memikirkan masalah buah dada dan kote para penyanyi dan pelakon, hari-hari bergaduh dengan bini sebab duit,ke masjid seminggu sekali dan ingat tuhan kadang-kadang. Kira ok la kamu semua,masuk quran juga.

    Berbalik kepada kata ustad tadi, apabila hati yakni raja kepada kerajaan tubuh badan manusia mahu atau tidak mahu kepada sesuatu, maka tidak ada kuasa yang boleh menghalangnya.

    Maka apabila raja (kerajaan diri) mahukan dangdut dan rock, maka terpaksalah diri akur walaupun diri seringkali terjerit-jerit memprotes itu ini.

    Maka saya pun malas menulis. Maka kita jumpa di kesempatan lain. Maka wassalam.


    artist: abdullahjones
    title : inul/unfinished
    size : 3'x4'
    media : acrylic on canvas
    price : SOLD

    Wednesday, July 16, 2008

    haji joned

    Kuantan adalah sebuah bandar hampir pupus pengemis. Tempat mereka kini di ganti oleh pelukis.

    Saya tidak tahu tentang daerah lain, namun dari pengamatan, saya dapati Kuantan adalah sebuah daerah yang amat menghina pelukis. Mereka hanya di benarkan beroperasi di tepi-tepi jalan.

    Untuk menyewa bangunan kedai mungkin mereka tidak mampu, namun jika dibina bangunan dikawasan khas dengan sewa minima untuk mereka, rasanya ia bukan hanya membantu pelukis, ianya juga boleh menjadi suatu tarikan. Bandar Kuantan tiada apa yang istimewa kecuali saman letak keretanya. Jadi, mengapa tidak jadikan medan seni sebagai satu lagi tarikan? Sambil menunggu untuk membayar saman letak kereta, pelancong atau orang tempatan bolehlah sekurang-kurangnya menjamu mata dengan hasil seni jika tidak pon membelinya.

    Ada dua tempat yang mana pelukis 'bebas' melakukan aktiviti mereka.

    1. Telok Chempedak

    Pelukis di sini tertumpu kepada kumpulan yang menjadikan potret dan karikatur sebagai sumber pendapatan. Seperti nelayan, mereka hanya dapat kelaut apabila cuaca mengizinkan. Tidak sekali sedang mereka asyik melukis, angin badai taufan melanda. Terpaksalah mereka mengejar rejeki yang berterbangan bersama peralatan melukis.

    Suatu ketika dahulu, terdapat sebuah kompleks seni yang teramat cantik di sini, namun keuntungan yang di bawa oleh kompleks ini tidaklah seberapa jika di bandingkan jika ianya disewakan kepada kumpulan Mc Donalds misalnya. Maka disewakan kawasan itu kepada Kumpulan Mc Donalds. Betuah benar orang Kuantan kerana dapat makan Mc Donalds di Telok Chempedak.

    Tidak lama kemudian, agensi terbabit merasakan yang Telok Chempedak memerlukan sebuah lagi kumpulan makanan segera bagi menampung keperluan makanan manusia yang datang ke sini, lalu dibenarbinakan sebuah lagi restoran makanan segera. Menjilat jari rasanya para pegawai yang meluluskan binaan tersebut. Maklomlah, banyak fadilatnya jika berurusan dengan syarikat-syarikat mega antarabangsa.

    Saya tidak tahu siapa yang terlibat meluluskan kedua-dua restoran makanan segera ini, namun saya mengatakan kamu sangat tonggong kerana membenarkan syarikat tersebut beroprasi di situ.

    Saya mencadangkan supaya sebuah pasaraya, Tunas manja misalnya, dibina di kawasan letak kereta di Telok Chempedak kerana Kuantan tidak cukup pasaraya.

    2. Taman Kerang

    Semenjak lebih 20 tahun dahulu, terdapat seorang pelukis yang sangat tekun melukis di situ dan beliau juga mengalami nasib yang sama dimana terpaksa bergantung pada faktor cuaca untuk melukis dan menjual karya.

    Tidak terlintas di kepala pegawai yang bertanggungjawab untuk membina sebuah pondok dan kemudian disewakan kepada beliau atau bina beberapa pondok dan disewakan kepada mereka yang berminat (untuk melukis) disitu.

    Namun saya tidak hairan jika kawasan ini juga nantinya dibina sebuah restoran rangkaian kerana seperti saya katakan tadi, kebanyakkan pihak yang bertanggungjawab dalam hal ini semuanya sangat tonggong.

    Selain disini, pelukis juga dibenarkan melukis di belakang Bangunan Pelancungan berhadapan Balai Polis. Namun demikian, pelukis tidak dibenarkan bina-membina. Mereka hanya dibenarkan melukis di bawah langit. Alam adalah sumber ilham para seni dan pihak berwajip tahu akan hal ini.

    Tidak ada pelukis yang melukis disitu. Jadi bolehlah pihak berwajip meluluskan pembinaan sebuah lagi pasaraya Tunas Manja disitu.

    Begitu juga dengan Balai Seni Lukis Negeri Pahang, setelah lebih setahun beroperasi, tanyakan siapa pun, kamu akan dapati mereka tidak tahu dimana letaknya bangunan gelari lukisan tersebut. Tempatnya di tengah-tengah bandar Kuantan, namun tidak ada satu pun papan tanda yang menjuruskan ketempat itu.

    Ini adalah sebuah bangunan yang terlebih tingkap. Galeri lukisan memerlukan dinding, namun apabila urusan bina-membina diserahkan kepada yang bukan ahli, maka ianya menjadi kacau.Sejak diubahsuai, hanya ada satu pameran di sana. Setahun lebih SATU PAMERAN!

    Aktiviti yang sering berlaku di sini adalah merangcang dan menghisap rokok. Jika ada waktu senggang dari itu, maka aktiviti melihat rumput dan lalang dijadikan sebagai satu lagi usaha mengerakkan seni di Kuantan.

    Makcik Maz yang diamanahkan menguruskannya lebih asyik berkaraoke.Maklomlah, suaranya boleh tahan.

    Thursday, July 10, 2008

    wong ah jang

    "kalau tak buat gitu tok pang. pang mesti ganas. ludoh-ludoh masa nyanyi. kena brutel. baru pang.cakap mesti gualu-gualu bior beranok,sekoloh, beso di lepeh pon. tekemut-kemut jubo bangga bila orang cerita pasal siti sebab rumoh mok dekat dengan rumoh ayoh dia. pagi raya awok la orang memula tunggu depan pago rumoh ayoh siti.tu bukan pang, tu kampang, err.. apa barang"

    -Azhan Bin Jalalludin-

    "takde ke kumpulan pang pempuan? kalu ada, aku nokgi tengok. tak bukok seluo, bukok baju pon ok"

    -Mohd Norbi Bin Abu Bakar-

    "alaa..esok luse masuk akademi fantasi la budok tu, bagi la dia peluang untuk insaf (dengan masuk akademi fantasi)"

    -Ahmad Nazri Bin Jimmy-

    "mok dia tok malu ke? sian yek dapat anok lagu tu"

    -Wan Kamarudin Bin Wan Farid-

    "ajis, ada nusantara?"

    -abdullahjones-

    Friday, July 04, 2008

    taman kerang

    Tertengok rancangan majalah di tv3 sabtu lepas dan seperti selalunya, saya akan merasa hiba apabila terapa-apa tentang Mokhtar Dahari.

    Saya berhenti mengikuti perkembangan bolasepak Malaya selepas kumpulan Azizul Abu Hanipah tertangkap makan suap. Kamu harus faham yang makan suap dalam bola sepak telah lama berlaku cuma agak malang bagi bolasepak Malaya, ketika kita mempunyai satu pasukkan yang agak baik selepas kumpulan Mokhtar Dahari, ada yang merasa perlu mengeluarkan berita dan perlu menunjuk contoh teladan. Saya mahu mengatakan kumpulan Azizul Abu Hanipah adalah mangsa, tetapi mereka mungkin makan suap jadi apapun selayaknyalah mereka di buang.

    Terbaru dengarnya pasukkan para sheriff kita di dakwa makan suap. Apalah mahu jadi dengan para Sheriff kita. Disuruh jaga itu, dimakansuapnya.Disuruh jaga ini, dimakansuapnya. Disuruh main bola juga dimakansuapnya! Tanya sikit,Tuan Sheriff Besar, diPELEPOL ada modul latihan makansuap ke?

    Kepada yang tidak tahu kehebatan Mokhtar Dahari, saya katakan kamu telah rugi satu kegembiraan. Pada saya, beliau adalah pemain bolasepak yang sempurna. Baik dari permainannya atau pun susuk tubuhnya.Kesungguhannya dalam permainan adalah legenda. Bermain untuk pasukkan negara adalah tanggunjawab bagi Mokhtar Dahari dan rakan-rakan. Saya rindukan sebuah pasukan bosasepak sedemikian di Malaya.

    Saya tidak pandai menulis memuji beliau, tetapi saya ulangi sekali lagi, seingat saya, Mokhtar Dahari adalah pemain bolasepak terbaik yang pernah saya lihat.Dan saya bukanlah peminat sukan bolasepak!

    Terima Kasih SuperMokh. Semoga rohmu baik dalam pelukan tuhan atas kegembiraan yang kamu berikan kepada kami. Al-fatehah untuk kamu.



    ps: "memang sini bebas ganja,rileks undang-undangnya. kerajaan suka rakyat lupa. mereka angkat bolasepak dan rilekskan undang-undang ganja supaya rakyat lupa masalah dalam negara"- Shamil (bekas pemain bolasepak Maghrib).

    Saya mencuba pendekatan kerajaan Maghrib yakni kala sibuk orang itu-ini membuat surat akuan berkanun,kita hiburkan diri dengan bolasepak dan maafkan saya sementara saya keluar mencari dapur lama.Hubungi saya jika kamu ada menjual ganja.

    Monday, June 30, 2008

    galing beso

    Boleh saja jika mahu menuduh orang (datang) lewat. Namun berjaya sekali tidak bermakna kamu bakal untung berkali-kali.

    Boleh saja jika mahu (datang) lewat. Tapi sorokkan dari kami bahkan sorokkan dari tuhan. Dosa sekali mungkin di maafkan, namun jika di ulang bimbang mengundang benci tuhan.

    Dalam kami sibuk mengira untung rugi hidup, kamu dodoikan dengan cerita kote. Itu sahajakah yang kamu fikirkan saban hari? Kami asyik memikirkan bagaimana mengisi tengkolok, sedang kamu meneliti dengan tekun apa yang keluar (atau masuk) dari dubur.

    Engkau yang duduk atau mahu duduk di atas, berhati-hatilah. Tidak selamanya tuhan menaruh belas keatas kamu bahkan keatas kami.Izinkan kami di timpa bala yang kami sendiri cari,bukan hasil dari kerja-kerja gila kamu.




    ps; 'e' dalam lewat harus di baca dengan 'e' tanda dan datang dalam kurungan tidak perlu dibaca.

    Tuesday, June 17, 2008

    galing kem

    Ini iklan berbayar. Iaitu, saya beli dvd di bawah. Tok Rimau tidak rasuah saya untuk mengiklan.

    Namun jika kamu mahu saya memperkatakan yang baik-baik tentang PDA keluaran syarikat kamu,misalnya, saya sanggup jika upahnya lumayan. Sila hubungi saya untuk keterangan lanjut. Kita semua tahu sekarang ini pendapat penulis blog adalah titah raja.

    BUMBUNG AKU LANTAI ORANG

    Saya mula menonton filim ini dengan penuh prasangka jahat. Saya mahu filim ini menjadi sebuah filim yang Usop Aslam, yang Ajis Em Seman pasca Fantasia.

    Malangnya saya silap.

    Filim ini dalam semua ketidaksempurnaannya menjadi sebuah karya sangat menghiburkan. Malah kelemahan lakonan, kesan bunyi dan berbagai kelemahan dalam filim ini menjadi kekuatan kepada Bumbung Aku Lantai Orang.

    Filim-filim tempatan menghadapi masalah rakambunyi. Kita selalu dapati emosi pelakon tidak sama dengan suara yang mereka lontarkan kerana suara biasanya di masukkan kemudian. Kita tidak mempunyai kemudahan studio seperti zaman Jakan Ampas barangkali.Saya cuma mengagak yang sebahagian filim ini menggunakan rakaman bunyi terus dan ini pada saya adalah baik. Ini menolong menjadikan kerja pengarah lebih senang kerana perlu mengarah sekali sahaja yakni di masa pengambaraan.

    Namun begitu, ada juga kesan bunyi yang tidak menarik. Bunyi tumbukkan ala hindustan itu misalnya. Tetapi, jika kesan bunyi yang sebegitu memang disengajakan sebagai satu jenaka dalaman, maka saya menerimanya dengan amat terbuka. Musik latar juga agak menganggu. Musik pembukaan filim ini juga sedikit celaru. Teknik mengalih-alihkan stesyen radio adalah kuno. Cari cara baru untuk filim berikutnya.. Jangan malas.

    Saya sukakan adegan Sompek di pukul oleh sekumpulan lelaki dan watak lelaki berbaju biru yang beria-ia menendang adalah yang terbaik. Beliau adalah contoh pelakon. Walau wataknya kecil, dia melakukan bersungguh-sungguh. Jika Tok Rimau kenal akan beliau, sila berikan tahniah dari saya.

    Adegan dimana watak utama menghukum Sompek dan An supaya menulis karangan juga mempunyai ciri terperanjat yang kuat. Namun saya dapati ada sedikit kekurangan dalam penyampaiannya. Saya tidak pasti apa dia, tetapi seperti ada yang boleh di lakukan supaya adegan itu menjadi lebih baik.

    Banyak sebenarnya mahu saya tulis tentang filim ini, malangnya saya hanya menulis berdasarkan sekali tengok dan ingatan saya pula kurang baik hari ini. Banyak menengok perempuan cantik barangkali.

    Jika kamu tanya, saya akan katakan yang Bumbung Aku Lantai Orang arahan Dean Sham adalah sebuah filim yang baik. Saya suka filim ini dan ia menghapuskan kelemahan-kelemahan yang ada pada KIRI.

    Tahniah Dean Sham dan Tok Rimau.

    MENGAIT BINTANG

    Mat Sentul adalah pelawak yang mendahului zamannya.
    Mat Nabil adalah Mat Sentul di zaman prime-nya.

    Mengait Bintang tidak bagus.

    Tamat ulasan.

    Berikut adalah komen balik pada komen-komen yang terpilih.


    1.Pn. Ainon Mohd;
    Barang siapa merendah-rendahkan tugas rasmi Tuan Mat Jan, maka beliau itu merendah-rendahkan saya!


    -Fuh! Barang siapa..! Macam ayat al-quran! Ni teknik menulis komen ala Surah Yusof ke Pn. Ainon?

    (abislah.. takde chan la buku-buku saya di terbitkan oleh PTS)

    2.Anonymous;
    SAYA JAUTH CINTA DENGAN SAUDARA ABDULLAH.


    -Sila ambil nombor dan beratur.

    Sekian.