Sunday, August 21, 2005

bukan

Saya tidak pernah rindu untuk pulang ke Malaya.
Tidak seperti rindunya saya hari ini.
Semuanya kerana saya diperdengarkan
lagu 'Panorama Jingga' nyanyian M.Nasir.
Saya tidak pernah membenci M.Nasir.
Tidak seperti saya membencinya hari ini.

mok,
jangan lupakan
aku.

mok,
aku rindu
padamu,
padamu-mu.

Friday, August 19, 2005

cinta yang

Bangkok Hilton adalah nama kepada penjara pusat Thailand. Setiap bulan (atau enam bulan sekali, saya lupa) akan di adakan hari terbuka. Hari terbuka ini berlainan dari hari terbuka yang kita faham. Pada hari terbuka ini, sesiapa sahaja dibenarkan untuk melawat para banduan. Tidak kira sama ada kita kenal atau tidak akan banduan-banduan tersebut.

Hari ini telah menjadi satu tarikan secara tidak langsung kepada para pelancong yang datang ke Bangkok untuk melawat para banduan pada hari terbuka tersebut. Banduan dan sesiapa yang datang berkunjung di hari terbuka tersebut bebas bebual. Tetapi mereka di pisahkan oleh pagar. Jarak diantara banduan dan tetamu adalah lebih kurang sepuluh kaki. Jadi untuk bebual mesra sambil berpegang tangan mungkin tidak boleh. Pelawat dan banduan terpaksa bebual secara menjerit. (' i'm from Penang, malayasia! tell my wife i'm here! she dosen't know i'm here!' jerit budak seorang budak melayu adalah antara suara yang didengar)

Ramai diantara tetamu yang datang adalah mat salleh yang memang kerjanya melawat banduan. Mereka bukannya mubaligh atau ahli persatuan mana-mana. Mereka datang cuma untuk melawat banduan. Mereka akan duduk berbual. Mereka adalah pendengar yang amat baik. Ceritalah apa saja, mereka akan mendengar dengan tekun. Mereka rajin memberi semangat kepada para banduan. Dan kita boleh lihat kegembiraan yang terpancar dari wajah banduan-banduan ini. Mungkin setelah di kurung sekian lama, tiba-tiba dapat meluahkan perasaan tentu akan mengurangkan sedikit tekanan.

Sifat melawat orang yang tidak dikenali ini mungkin tidak ada pada orang Melayu. Saya bukanlah mencadangkan supaya kamu pergi ke Bangkok Hilton untuk melawat para banduan ini. Dan saya juga tidak mahu mencadangkan supaya kamu ke penjara Kajang. Cuma saya tahu banyak diantara kamu yang rajin menganjurkan bermacam acara. Apa salahnya dalam aturcara tahunan apa juga persatuan yang kamu anggotai, cuba masukkan satu upacara melawat para pesakit di hospital yang berhampiran. Tidak perlu meminta kebenarkan pihak hospital kerana terlalu banyak tape merahnya. Kamu semua tahu waktu melawat di hospital. Tidak akan ada orang yang akan menahan kamu jika datang pada masa yang dibenarkan melawat.

Sampai disana cubalah cari pesakit yang tidak dilawati keluarganya, cuba berbual dengan mereka. Saya percaya ianya akan sedikit sebanyak mengubat apa juga penyakit mereka. Banyak pesakit, terutama yang tua, menjadi bertambah parah adalah kerana tidak adanya semangat untuk terus hidup. Mereka seperti orang putus asa. Kesepian juga adalah racun kepada apa juga penyakit. Mungkin jika ada orang seperti kamu yang rajin melawat dan berbual dengan mereka, penyakit mereka akan berkurangan.

Kamu setiap hari bising mengenai para mubaligh yang mendakyah di merata hospital, sedangkan kamu sendiri tidak pernah menziarah sesiapa pun. Cubalah mulakan sesuatu yang baru dalam masyarakat kita. Melawat hospital, percuma. Percayalah, akan datang satu kepuasan yang melebihi dari kepuasan melihat ramainya orang membaca blog kamu. Saya jamin.

Wednesday, August 17, 2005

dicarinya

sarah,
didalam dompetku ada uang,
ambil dan tolong belikan
baju buat lembu-lembu.

mereka sedang lapar.



.............................................







p/s: 1. mat jan adalah seorang yang amat peka.
(mat jan, tulisan itu bertajuk ' sajak masjid
rusila', kerana ianya sebuah tulisan yang
mungkin tidak akan siap').
2. tulisan di atas membawa maksud seperti apa
yang dibaca. Tiada maksud tersirat.

Sunday, August 14, 2005

tidur bangun

Di sini saya ingin menyatakan yang saya memohon maaf daripada Pak Abdul Latip, seorang penulis terkenal yang banyak menghasilkan drama radio dan televisyen di Malaya kerana sering menggangu di blog beliau. Apa yang beliau katakan adalah benar. Itu blog beliau dan saya tidak ada hak untuk mempersoalkan apa sahaja yang di tulisnya.

Kepada Pak Abdul Latip saya sekali lagi memohon maaf diatas kesalahan saya.

Berikut adalah alamat blog Pak Abdul Latip:
http://www.latiptalib.blogspot.com


Pak Abdul Latip seperti MbA, adalah kawan saya di esastera.

Friday, August 12, 2005

tidak kena

Dia memang begitu. Setiap awal bulan dia akan datang ke rumah saya. Katanya untuk menziarah saya. Saya tahu sebenarnya dia ke rumah saya untuk makan percuma. Saya mengalu-alukan kedatangannya kerana setelah dijamu dengan masakan istimewa, sebagai tanda terima kasih dia akan memakan saya.

Dia seorang penulis agak terkenal disini. Dia telah menghasilkan lima buah novel cinta picisan. Cinta remaja. Saya selalu mentertawakan novelnya. Dia tahu saya tidak pernah membaca novelnya.

Sambil makan biasanya kami berbual mengenai penulisan. Sebagai tuan rumah saya cuba menjadi pendengar yang baik. Hari ini dia memulakan bicara mengenai nipisnya garisan pemisah antara tulisan kreatif dengan tulisan realiti. Dia memberi contoh mengenai novel da vinci code yang terlalu laris sekarang ini. Novel yang sedang hangat di filimkan itu menimbulkan huru-hara di dunia kristian. Dia hairan mengapa pembaca tidak boleh menerima sebuah karya kreatif seadanya. Dia memberi contoh kedua. Salman Rushdie. Dia tidak faham mengapa apabila ada penulis yang cuba berangan-angan tentang agama maka terus dikecam. John Lennon bebas dengan imaginenya yang berkumandang kemerata dunia hatta di negara-negara yang mengdakwa Islam.

Saya hanya diam kerana pandangan mata saya terus ke buah dadanya yang secara otomatis memekakkan indera pendengaran saya.

Dia menyambung terus dengan cerita mengenai rancangan realiti di televisyen. (disini rancangan realiti di televisyen bukan sahaja mengenai pertandingan nyanyi tetapi bermacam-macam. Dari siri tukar suami/isteri kepada tukar bentuk tubuh). Katanya semua rancangan realiti di televisyen sebenarnya diskripkan. Semua adalah rancangan penerbit bagi menarik minat penonton. Jika kehidupan sebenar manusia di filimkan katanya, maka rancangan televisyen akan menjadi sangat panjang dan menjemukan.

Saya terus diam sambil memerhatikan buah dadanya yang nampak lebih pejal dari biasa. Mungkinkah dia melakukan pembedahan membesarkannya? Di sini tidak menghairankan jika sesiapa sahaja melakukan pembedahan kosmetik. Ianya tidak terhad kepada selebriti.

Dia terus bercerita. Dia sukakan filim Thruman Show katanya. Cerita itu mengambarkan kehidupan sebenar manusia. Manusia sebenarnya memang diperhati. Katanya lagi. Semua manusia tahu hal itu tetapi sengaja tidak mahu mengaku adanya Tuhan. Dia berfalsafah.

Saya masih lagi memerhatikan buah dadanya yang ajaib itu. Cuma kali ini saya membayangkan kedua-duanya didalam gengaman saya.


Akhirnya dia berhenti bercerita dan bangun dari meja makan menuju ke dapur. Bila saya bertanya, dia menjawab mahu mengambil bir di dalam peti sejuk. 'we haven't had that spirit here since 1969' kata saya cuba berjenaka. Dia mencebikkan bibirnya tanda protes dan berahi saya sampai kekemuncak demi terlihat gincu merahnya.

'kamu sudah kenyang makan masakan saya, kini giliran saya pula dimakan oleh kamu', kata saya kepada Shamsiah. Dia tersenyum manja dan memimpin tangan saya menuju kamar tidur.

Wednesday, August 10, 2005

duduk

Saya cukup anti orang minta derma atas nama agama. Buat masjid, buat sekolah agama, minta derma untuk pergi belajar agama. Dan terlebih anti jika yang meminta derma tersebut adalah ahli agama. Ustaz contohnya.

Habis segala fadilat memberi derma dikhabarkan kepada yang diminta derma. Kita yang mahukan jalan pintas ke sorga dengan segera memberi derma. (biasanya dua ringgit sebab itulah harga sorga bagi kita) Dia lupa fadilat itu adalah untuk yang memberi derma bukannya yang meminta derma. Jarang sangat mereka-mereka yang meminta derma membacakan hadis 'tangan yang memberi lebih mulia dari tangan yang meminta' kepada yang diminta derma.

Ramai yang menepuk dada menghebahkan kepada dunia yang masjid mereka adalah hasil derma orang ramai. Bangga menjadi peminta-minta.

Minta derma mahu belajar di Mesir. Jika belum cukup duit untuk pergi belajar ke Mesir atau kemana sekali pun, pergi kerja. Kumpul duit. Bila cukup pergi belajar. Mesti ada tekad mahu kumpul duit untuk belajar.Bila cukup duit nanti jangan beli motor walaupun ramai anak dara suka naik motor. Atau pun jika berani, kumpul duit tambang dan sedikit belanja untuk beberapa bulan dan pergi. Kemudian kerja sambil belajar. Berhentilah menjadi bangsa yang tak habis-habis hidup dengan simpati. Belajar agama buka hanya untuk pelajar lepas SPM, umur lapanpuluh pun masih boleh belajar agama.

Sekolah agama swasta sekarang ini kebanyakanya bersifat perniagaan. Kamu mahu berniaga dan minta orang lain keluarkan modal, untung kamu makan seorang.manyak cantik! Ini juga adalah impian kebanyakan para ustaz muda. Buka sekolah agama untuk cari keuntungan. Kepada para ustaz yang mahu membuka sekolah agama sila kaji sejarah Pondok Pak Ya di Padang Lumat, kedah. Tengok berapa sen duit derma yang dia kumpul untuk membuka sekolah agamanya.

Satu hal lagi para ustaz sekarang ini amat jarang yang menulis buku. Ramai ustaz yang mengeluarkan kaset dan cd. Walau ini ada baiknya, saya berpendapat penulisan buku adalah lebih berkesan. Ustaz-ustaz boleh melantik seorang seperti setiausaha yang akan mencatatkan semua ceramahnya atau apa juga soal-jawab agama kemudia dibukukan. Jangan fikirkan sangat mengenai keuntungan segera. Buku agama tidak ada tarikh lupus selagi belum kiamat. Tulis hari ini mungkin sepuluh duapuluh tahun akan datang ianya memberi pengajaran kepada orang. Satu perniagaan yang amat menguntungkan.

Malang sungguh dalam negara yang mendakwa mengeluarkan beribu ulama setiap tahun tidak langsung menghasilkan buku-buku agama. Mungkin juga kerana kebanyakan lulusan agama hari ini tidak mempunyai falsafah hidup. Yang mereka nampak hanya duit. Masa musim ayam sembelihan dikuatiri tidak halal, ramailah ustaz bercita-cita untuk menjual ayam kerana merasa yakin orang ramai akan membeli ayam sembelihannya kerana dia ustaz. Begitu juga bila kegusaran tentang tauhu atau mee kuning. Sibuk para ustaz menjual air tauhu dan mee kuning. Ustaz-ustaz ini lupa yang orang Islam Malaya hanya akan meninggalkan memakan mee kuning cina bila surat khabar yang kehabisan cerita hiburan melapurkan tentang kotornya kilang mee kuning cina. Ustaz juga ramai yang sibuk menjadi kontraktor kelas F. Ustaz, di Malaya jika tak rasuah, payah nak dapat projek ustaz, tak payah lah.

Berilah derma, bermurah hatilah memberi derma. Jangan minta derma.


p/s: saya menarik balik perkataan taksub beragama setelah ditegur oleh buku nota dan juga oleh budak gemok. Saya bersetuju yang perkataan taksub bermaksud nagatif.

Saturday, August 06, 2005

berdiri juga

Heboh benar di Malaya sekarang ini dengan berita ajaran sesat. Dari cerita majis tentang Ayah Pin hinggalah kepada cerita timbul balik ajaran Mirza Gulam Ahmad. Saya sendiri juga ada mengenali beberapa orang kawan yang sejak berzaman mengikut ajaran yang tidak betul ini. Ada yang sembahyang cukup dengan niat dan ada juga yang sedikit pelik dimana jika isteri bersalin di bulan Ramadhan dan tidak boleh berpuasa maka ganti puasanya nanti perlu dikongsi dengan suami. (yang akhir ini berakhir dengan penceraian kerana suami tidak mahu berkongsi membayar puasa. Bukan isterinya yang mengamalkan ajaran pelik tersebut tetapi bapa isterinya yang demikian).

Sebenarnya di Malaya bukan susah sangat jika mahu dikatakan mengikut ajaran sesat. Cuba duduk lama sedikit di masjid dan rajin-rajin sembahyang sunat atau membaca al-Quran, gerenti kamu dituduh sesat.

Atau lebih mudah lagi cuba kamu ikut kawan-kawan yang rajin pergi ziarah dari rumah kerumah selepas asar. Nescaya heboh satu kampung tentang kamu. 'Dah tak betul dah dia tu, pikul periuk kehulu-kehilir', kata mereka kepada kamu.

Kita seolah-olah tidak boleh menerima seseorang jika mereka berubah. Jika tiba-tiba kawan yang selama ini kita kenal yengki mengambil keputusan untuk berserban dan berjubah, dengan serta-merta kita menuduh mereka sesat. Fikiran kita tidak sampai untuk memikirkan yang manusia ini ada masanya dia akan berubah terutama yang Islam dan yang mahu berfikir.

Memang menjadi pelik apabila seseorang yang selama ini tidak mengambil berat tentang agama tiba-tiba menjadi fanatik kepada Tuhannya. Salahkah menjadi fanatik kepada ajaran agama? Tentu sekali tidak kerana fanatik beragama adalah suruhan agama. Jika kamu mengandaikan fanatik seperti mana yang kamu faham dari segala macam media, sudah tentu fanatik beragama adalah salah. Tetapi cuba faham fanatik dari sudut yang disyorkan. Kita disuruh mendahulukan agama dalam segala hal. Jika orang yahudi boleh kenapa tidak kita?

Apabila Mat Yengki kampung kita berubah menjadi Mat Lebai, dengan janggut dan jubah serta serban, biarkan saja dia selagi dia tidak mengamalkan perkara-perkara karut. Dia sebenarnya berada dalam proses pemulihan. Lama kelamaan dia akan meninggalkan (mungkin) jubah dan mula menjaga janggutnya. Dan yang lebih pentingnya, selepas proses pemulihan tersebut dia akan menjadi orang agama. Beri dia sokongan.

Yang tidak sesat di Malaya adalah mereka-mereka yang tidak sembahyang. Walau seluruh kampung tahu kamu orang Islam dan tidak pernah sembahyang seumur hidup, tidak akan ada siapa pun yang mengatakan kamu sesat. Perempuan tidak menutup aurat (bukan bertudung) tidak dikatakan sesat.

Malaya adalah negara keliru. Kerajaan menghabiskan berjuta ringgit untuk kempen anti rokok, malangnya tidak ada apa pun yang dilakukan untuk menghalang zina.

p/s; Penafian tentang rogol disebabkan 'kuasa' bukannya nafsu adalah pandangan ahli psikologi.
Mungkin ada sedikit kebenarannya tetapi kita harus faham mengapa rogol berlaku. Cuba selidik mengenai cara untuk mengelakkan zina dan mungkin kamu akan bertemu sebab mengapa rogol berlaku.

Thursday, August 04, 2005

salah

Ada beberapa cara untuk mengambil anak angkat tanpa perlu merisikokan diri dalam hal mahram.

Jika mahukan anak angkat perempuan, anak saudara sebelah suami adalah pilihan yang baik. Jika anak lelaki yang diimpikan maka anak saudara isteri adalah pilihan yang tepat.

Hari ini telah ada sejenis ubat (bukan jualan langsung atau dijual dikedai sinseh atau kaki lima) yang boleh didapati melalui klinik atau hospital berdaftar yang membolehkan wanita yang tidak hamil menghasilkan susu. Dengan adanya ubat ini, sesiapa yang mahu mengambil anak angkat bolehlah menyusu bayi angkatnya dan menjadikan bayi tersebut sebagai anak susunya.

Cara yang agak popular disini adalah dengan menaja anak-anak miskin dimana-mana negara. Walaupun anak tersebut tidak tinggal dengan ibubapa angkat mereka, sekurang-kurangnya ibubapa angkat boleh berbangga mempunyai anak dan dimasa yang sama membantu kanak-kanak miskin.

Jika masih memilih untuk mempunyai anak sendiri, bersabarlah. Tuhan amat tahu. Berbagai sebab yang kamu tidak faham menjadi alasan tidak dikurniakan anak kepada kamu. Mungkin juga kerana kamu ini memang ada harapan untuk menjadi perogol anak sendiri. (tak salahkan kamu juga, tengok saja budak-budak perempuan Melayu sekarang, sungguh berani! dan setiap kali aku di Malaya memang terbit keinginan untuk merogol mereka).

Wednesday, August 03, 2005

entah apa yang

Hari ini saya sedikit romantis jadi saya tidak akan mencarut.

koleksi surat-surat cinta abdullahjones (untuk min)

seribu keping
kertas tulis
merah jambu
bersama haruman bau
tersusun rapi
dihatiku.

menunggu untuk dibaca
olehmu,
cintaku.


tajuk 'koleksi surat-surat cinta abdullahjones' ini datang dari uipts yang katanya ingin membaca buku saya dengan judul yang sama. http://www.danchan.com/weblog/uipts
uipts, saya akan usahakan supaya kamu dapat membaca buku tersebut dalam masa terdekat ini.

Sunday, July 31, 2005

difikirkan

Kawan saya, abdul Jalil namanya dah berbelas tahun kawin. Dia belum lagi dikurniakan anak. Apabila berbual dengan dia adalah menjadi pantang bertanyakan soalan mengenai anak. Dia seolah-olah tidak sukakan kanak-kanak. Mungkin kerana kecewa atau mungkin kerana merasa rendah diri.

Ini satu lagi masalah orang melayu. Asal menikah saja mesti tak sabar-sabar hendakkan anak. Macamlah anak itu dia yang buat. Saya kadang-kadang mahu bertanyakan orang-orang yang pandai tentang Islam mengenai perkataan 'buat anak'. Tidakkah perkataan ini mendatangkan syirik?

Kepada lelaki, anak adalah lambang kepada suburnya mereka dan pada perempuan ianya konon adalah buah atau hadiah atau lambang cinta mereka kepada suami. Ada juga yang menyatakan anak adalah ikatan kasih sayang suami dan isteri. Atau kata lain, kalau tak ada anak cerahlah masa depan untuk diceraikan atau pun dimadukan. (pantang tok nenek perempuan melayu dimadukan: sila rujuk majalah mingguan tentang wanita yang 130 mukasuratnya adalah iklan dan berwarna merah yang berukuran duabelas inci kali enam inci)

Orang-orang tua pula asal dapat menantu saja terus tanya bila nak beranak. Itulah sebabnya ramai anak muda melayu hamil sebelum nikah. Untuk mengembirakan mak bapak mereka.(tau pula malu bila anak belum nikah hamil. Tak ke pening budak-budak muda melayu sekarang. Sekejap nak cucu, bila dapat cucu malu pula. Kesian remaja melayu)

Betul, anak adalah penyeri rumahtangga. Anak juga kepada sesetengah orang merupakan ubat kepada kepenatan seharian berkerja. Tetapi dalam kehidupan semuaduit sekarang ini berapa jam sangatkah masa yang diberikan kepada mereka. Pagi mereka dihantar kesekolah. Petangnya kekelas agama dan malamnya kekelas tambahan. Semua aktiviti anak itu pula bukan untuk anak-anak tetapi untuk ibubapa. Jika anak-anak cemerlang dalam matapelajaran dan mendapat hadiah dihari sambutan disekolah, maka ibubapa akan berpakaian paling cantik dan duduk dibangku paling depan dalam dewan untuk tujuan mengambil gambar (selain untuk menayang kamera digital terbaru) anak mereka. Gambar itu kemudian dibesarkan dan digantung diruang tamu.

Ibubapa yang mempunyai anak yang kurang cemerlang dalam matapelajaran pula seperti pengidap sakit untut. Kalau boleh anak-anak mereka mahu disorok. Macam orang untut sorok kaki gajah mereka. Ada yang sampai hati mengata anak-anak sendiri. 'entahlah, dia tu bodoh sikit. keturunan sapa tah. ikut ayah dia gamaknya.' Dengan anak dengan laki sekali kena umpat.Dengan laki derhaka dengan anak pun dia derhaka sekali.

Pelajaran sekolah menjadi amat penting sekali. Cuba tengok dekat-dekat periksa, ibubapalah orang paling sibuk. Jika diadakan sembahyang hajat untuk lulus periksa, penuh surau. Hatta untuk periksa Tahun Tiga sekalipun. Untuk pengetahuan ibubapa sekalian, kalau tak lulus periksa Tahun Tiga, anak-anak tuan-puan tidak akan dipenjarakan. Sumpah! Hishamuddin Hussien belum lagi mengezetkan undang-undang sedemikian.

Tidak lama lagi rakyat Malaya akan jadi seperti rakyat Korea, Jepun atau China dimana akan ada ibubapa yang membunuh anak-anak atau membunuh diri sendiri apabila anak-anak gagal didalam persekolahan. Sekarang ini pun telah ada kanak-kanak di Malaya yang membunuh diri kerana gagal dalam peperiksaan. Cuma saya kurang pasti bilangan orang melayu yang berbuat demikian.

Kesian anak-anak. Cuba beri mereka peluang untuk menjadi kanak-kanak. Beri mereka ruang untuk bernafas tanpa perlu menjadi kebanggaan keluarga. Sampai masanya nanti tahulah mereka untuk membina hidup mereka. Mereka bukan anak kera. Mereka ada otak. Macam kamu. Kamu dulu pun bukannya cerdik sangat.

Anak adalah kurniaan Tuhan. Kamu tidak ada campurtangan dalam hal ini. Yang kamu main siang malam itu adalah kerana kamu memang kaki main. Jangan tipu saya dengan mengatakan yang ini adalah usaha.

Wednesday, July 27, 2005

malam-malam

Saya rasa, dalam dunia ini orang Melayu adalah manusia pilihan. Kerana apa? Kerana mereka adalah manusia yang mempunyai kote yang paling keras di dunia. Tak percaya? Cuba curi-curi dengar perbualan lelaki-lelaki Melayu dimana-mana. Nescaya kamu akan terdengar mereka bercerita sama ada secara berbisik atau secara melaung tentang seks.

Bagi orang Melayu, madu adalah makanan untuk seks. Jangan peduli tentang hadis Nabi yang mengatakan madu adalah penghalang penyakit jika diamalkan berterusan. Jangan juga peduli ayat Al-Quran mengenai madu kerana yang lebih penting bagi orang Melayu adalah bagaimana madu lebah yang dimakan bersama telur ayam kampung akan mampu membuatkan kote mereka segagah Menara Kembar Petronas. Jangan cari orang Melayu makan madu bersama anak-anak kerana mereka pemalu. Ini adalah kerana madu adalah makanan orang yang telah bernikah atau kata yang lebih sopan, madu adalah makanan untuk orang yang telah dan akan bersenggama.Orang Melayu juga akan menyorok botol madu jika mereka membelinya dari lelaki-lelaki Melayu yang selalu kita lihat mundar-mandir menggalas beberapa botol berisi madu. Lelaki-lelaki Melayu yang menjual madu ini juga amat pakar tentang kote dan madu. Tanya apa saja tentang kelebihan madu jualan mereka, pasti mula-mula sekali dia akan menerangkan mengenai kehebatan tenaga seksnya kerana memakan madu jualannya. Kemudian dia akan bercerita tentang lebah yang mana yang makan bunga yang mana dan bersarang dipohon Tualang yang mana dan akhir sekali dia akan menceritakan kembali betapa gagahnya dia takala berasmara.

Orang Melayu juga akan makan apa saja demi untuk kekuatan kote mereka. Jika dikatakan dengan memakan bangkai tikus sekalipun mereka akan memakannya.Semuanya adalah seks. Jadi ahli MLM juga kerana antara ubat yang dijual adalah ubat bagi menambah kekuatan kote mereka.

Kehidupan orang Melayu duapuluhempat jam berkisar tentang kekuatan kote mereka. Mereka bercakap mengenai seks dimana saja. Tempat yang paling baik adalah dipejabat-pejabat dimana majoritinya adalah orang Melayu. Mesti, saya kata mesti disetiap pejabat yang majoritinya adalah Melayu setiap hari akan ada yang bercerita tentang seks. Yang jantannya akan bercerita atau berbuat jenaka (satu, dua, tiga atau lapan makna) tentang seks. Yang betinanya juga tidak tahu malu menceritakan kehebatan laki masing-masing diranjang (atau mungkin disofa dan sinki dapur) kepada kawan betina yang lain dengan berbisik-bisik dan bergelak-gelak.

Orang Melayu inilah juga yang pertama menggeleng kepala apabila tersiar berita mengenai gadis tujuhbelas tahun dirogol. Geleng kepala kerana bukan mereka merogolnya. Rugi benar kata mereka kerana gadis itu tidak merasa kekuasaan kote mereka.

Bila disebut malam Jumaat, mulalah yang jantan tertawa terbahak teringatkan jenaka lucah yang terbaru dan yang betina tersenyum simpul (teringatkan kote lakinya agaknya) pura-pura malu.Bagi orang Melayu malam Jumaat hanya untuk dua perkara. Baca Yasin dan ulit kote. Itu saja. Malam lain Yasin tak boleh baca tapi kote masih boleh diulit.

Sebagai lelaki Melayu yang mempunyai kote yang sangat keras saya rasa saya perlu menulis tentang perkara mahapenting dalam masyarakat saya ini. Jika kamu tidak suka membaca tulisan ini sahlah kamu buka Melayu.

Saturday, July 23, 2005

begini

Ketidakfahaman mengenai Islam biasanya datang dari orang Islam sendiri. Mereka-mereka yang bukan Islam biasanya melihat Islam dari penghayatan umat Islam sendiri. Apabila orang Islam bercerita tentang agungnya Islam, tentang cantiknya Islam sambil bercekak pinggang, maka sudah barang tentu mereka-mereka yang tidak tahu (juga yang tidak mahu tahu) mengenal pasti Islam sebagai agama yang kasar.

Bercerita tentang Islam adalah satu perkara yang amat payah. Saya disini setiap hari perlu menerangkan mengapa saya mesti tunaikan apa yang diperintahkan oleh Tuhan saya kepada kawan-kawan yang tidak Islam. Sembahyang tonggang tongek dilihat sebagai satu bahan jenaka yang perlu dikongsi beramai-ramai. Tidak menerima pelawaan untuk keluar minum arak dilihat sebagai suatu dosa yang tidak dapat dimaafkan.

Walaupun begitu, tidak pernah sekalipun selama saya disini ada yang sampai hati untuk memperkecilkan kepercayaan dan juga Tuhan pilihan saya.Saya juga tidak pernah terlintas untuk memperkecilkan apa juga fahaman mereka. Hal sebegini hanya berlaku kepada rakan senegara saya.

Di Malaya, atau lebih tepat diruang-ruang forum diinternet yang berpusat di Malaya telah menjadi kemestian bagi sesetengah ahli forum untuk mengutuk dan mencabar orang Islam. Ini semua berlaku akibat bodohnya orang Islam diseluruh dunia.

Saya mendoakan apa saja yang diminta oleh mereka-mereka yang mencabar Tuhan saya diperkenankan. Amin.

Tuesday, July 19, 2005

akibat tangis

Melacur dibolehkan apabila terdesak.
Mewarnakan rambut boleh untuk suami.
Mencabut bulu kening boleh juga untuk suami.
Sila beli busana muslimah yang benar-benar
mengikuti syariat Islam dari Butik DMI.

Monday, July 18, 2005

hatinya

Berhutang sejuta pound kerana berjudi? tergamak sungguh. sampai hati sungguh.

Saturday, July 16, 2005

hitam

aku ini sasterawan angkasa
yang terbang melayang di atas angin.

nyaris sumbing hidungku
dilanggar angin puji amat deras.

aku hanya turun ke bumi
untuk berak,
kerana di surga tiada tempat
untukku buang najisku.




untuk meor.

Wednesday, July 13, 2005

kelopak matanya

'streams of tears, innocent tears, rivers of blood, innocent blood. Whose cause is being served? Not God's cause. Not Allah's.'

Demikian kata Marie Fatayi-Williams, seorang ibu yang datang dari Lagos, Nigeria dalam ucapannya dihadapan orang ramai di kota London. Sambil berucap sambil menangis ibu yang kehilangan anak lelakinya, 'my son, my first son, my only son' katanya, merayu kepada orang ramai untuk mencari anaknya yang mungkin menjadi mangsa letupan bom di London tempohari. Sehingga aku menulis ini, nasib anak lelakinya masih belum diketahui. Marie tidak beragama Islam.

Tentu kamu mengatakan, bagaimana pula nasib para ibu di Palestine, di Afghan, di iraq dan dimerata lain tempat didunia ini yang kehilangan anak atau suami atau saudara-mara akibat dari kezaliman yang dilepaskan keatas umat Islam?

Saya tidak ada jawapannya, cuma yang saya tahu kezaliman tidak patut dibalas dengan kezaliman. Mungkin kamu lupa yang Nabi yang dizalimi tidak pernah mengzalimi.


Selepas nyanyian yang amat sedih yang diringi oleh alat-alat bunyian , Jack Straw telah memohon maaf kepada para hadiran diupacara pengkebumian lebih lapan ribu mayat mangsa keganasan perang Bosnia dulu. 'it is to the shame of the international community this evil took place under or noses and we did nothing like enough to stop it. I bitterly regret this and am deeply sorry for it'. Demikian kata Jack Straw. Setelah selesai ucapan meminta maaf itu, nyanyian diteruskan.

Juga diadakan upacara mendoakan mereka-mereka yang meninggal dunia itu kerana semua lapan ribu yang dibunuh itu adalah orang Islam.

Friday, July 08, 2005

legam

'Biar padan muka diorang, biar dia rasa. ' kata kawan saya yang berjanggut lebat dan berkopiah semasa saya menumpang keretanya untuk ketempat kerja pagi tadi. Kata-kata itu adalah luahan perasaannya apabila kami berbual mengenai letupan bom di London pagi semalam. Walaupun agak terkejut dengan kata-katanya, saya cuma diam. Dia terus berkata-kata mengenai pembalasan keatas perang di Iraq, mengenai tahanan Guantamo yang dizalimi dan mengenai perbagai ketidakadilan yang dilakukan oleh kuasa-kuasa besar keatas umat Islam seluruh dunia.

Televisyen seharian memaparkan mengenai kejadian tersebut. Tony Blair walau menuduh kumpulan fanatik Islam sebagai bertanggung jawab masih lagi sempat 'memujuk' rakyatnya dengan mengatakan Islam adalah agama aman. Rakyat British digesa tidak melebelkan semua orang Islam sebagai pengganas. Juga disiarkan sedutan temuramah dengan Sheikh Yusuf Qardawi dimana beliau mengatakan betapa pentingnya serangan-serangan seperti ini dilakukan demi untuk mengerunkan para musuh Islam.

Adalah malang nasib yang dialami oleh sebahagian orang Islam yang memilih untuk tinggal dinegara-negara yang bukan majoritinya orang Islam. Mereka inilah akan menanggung segala kesan dari serangan-serangan sebegini.

Saya tidak faham dan sangat ingin tahu mengenai cabang agama Islam yang manakah yang membenarkan pembunuhan keatas orang-orang yang tidak terlibat didalam peperangan. Saya juga tidak faham mengapa kawan saya yang berkopiah dan berjanggut lebat tadi tidak ada sedikit pun rasa simpati kepada orang-orang yang ditimpa malang itu. Mungkin saya perlu belajar mengenai Islam dari dia.

p/s: walaupun belum ada pengumuman yang sah,ada diantara tigapuluh tujuh orang yang terkorban adalah orang Islam. Begitu juga yang cedera. Collateral damage?

Thursday, July 07, 2005

bukan kerana cinta

+ kamu percaya unicorn ujud?
- tak.
+ ikan duyung?
- tak dan aku juga tak percaya naga ujud.
+ aku pernah jumpa ikan duyung.
- hah?

Kawan saya Pardon Maguira kadangkala amat memeranjatkan saya. Dari cerita bagaimana dia terpaksa melarikan diri kesini kerana takut dibunuh oleh konco-konco Mugabe sehinggalah kepada cerita bagaimana dia terserempak dengan ikan duyung.

Mengiakan cerita kawan hanya untuk mengelakkan perbalahan adalah satu kerja payah. Saya cuma mampu menganggukkan kepala apabila Pardon dengan seriusnya bercerita bagaimana rakan sekampungnya dibawa lari oleh seekor (?) ikan duyung dan menjadi bomoh terkenal setelah dilepaskan oleh ikan duyung tersebut.

Dalam nada separuh bergurau saya bertanya samada ikan duyung tersebut putih atau hitam. (mat salleh atau orang kulit hitam) Dengan serius dia menjawab yang dia belum pernah berjumpa dengan ikan duyung hitam. Ikan duyung tersebut juga bukan datang dari laut tetapi dari sungai yang mengalir melalui kampung Pardon. Ikan duyung air tawar agaknya. Apabila saya tanya ikan duyung air tawar itu bercakap dalam bahasa apa, dia terdiam sebentar dan kemudian dengan perlahan menjawab yang dia belum pernah mendengar ikan duyung air tawar itu bercakap.

Mengapa agaknya ikan duyung mesti berwajah mat salleh? Agaknya mat salleh adalah gambaran kecantikkan. Biasanya wanita dari kisah-kisah misteri digambarkan amat cantik. Mereka akan kekal cantik kecuali jika kisah yang hendak disampaikan itu berunsur seram. Mereka-mereka yang 'diculik' oleh orang bunian juga sering menceritakan betapa cantiknya manusia-manusia bunian ini. Saya agak la, jika saya boleh menculik orang bunian dan membawa mereka tinggal bersama saya, orang bunian berkenaan akan bercerita betapa perbagainya rupa manusia kepada kawan-kawan sekampungnya setelah dibebaskan dari culikkan saya itu.

Apa kena mengena tulisan ini dengan politik Malaya? Senang, kebanyakkan ahli politik Malaya pernah tinggal sekampung dengan Pardon Maguira dan pernah dilarikan oleh ikan duyung air tawar. Oleh yang demikian mereka memiliki satu kuasa ajaib yang mampu mengadakan apa yang tiada dan menghilangkan apa yang ada.Mereka juga memiliki ilmu mantik. Sebagai contoh, apabila ramai mangsa tsunami mengadu tidak mendapat bantuan dari kerajaan, kerajaan mengatakan yang mangsa tsunami tidak membuat tuntutan.

Walau apa pun kata Pardon Maguira, saya menghormatinya kerana dia adalah seorang pekerja yang amat rajin dan cekap. Saya bangga apabila dia memperkenalkan saya sebagai kawannya kepada rakan-rakan senegaranya. Cuma kalau boleh, saya juga ingin kekampungnya dan mahu diculik oleh ikan duyung air tawar. Mana tahu saya mungkin boleh menjadi ahli politik yang berjaya.

Monday, July 04, 2005

bukan kerana rindu

'Jika mahu mudah membuat panggilan talipon, buatlah panggilan diwaktu luar sibuk, waktu malam mislanya.' kata Borhan kepada bapa mertuanya. Borhan menyatakan demikian setelah ditegur oleh mertuanya yang menasihatkannya supaya hanya bersembahyang diwaktu siang atau awal malam. Dia berkata demikian kepada Borhan setelah terserempak Borhan bersembahyang tahajjud.

Bapa mertua Borhan lelaki Inggeris. Borhan berasal dari Indonesia. Dia bertemu dengan isterinya waktu 'menyupir' di Bali.

Walaupun gajinya hanya sama jumlahnya dengan wang bantuan jika tidak berkerja, Borhan memilih untuk berkerja.Katanya dia tidak mahu memalukan orang Islam lain dengan memilih untuk memanjakan diri dengan wang bantuan kerajaan Inggeris.

Menerangkan pentingnya amalan Islam dengan berhikmah memerlukan kesabaran. Saya lihat kesabaran ini dimiliki oleh Borhan. Adalah kita mempunyai kesabaran untuk berbuat demikian atau adakah kita memiliki kesabaran untuk terus-menerus berbuat amalan baik yang keuntungannya tidak mungkin kita lihat dimasa hayat kita?

Friday, July 01, 2005

tapi kerana dia

Apabila diadakan perlawanan kriket diantara England dan India atau Pakistan, remaja India/Pakistan yang juga rakyat British akan menyokong pasukan India/Pakistan. Hal ini membuatkan seorang ahli parlimen British menyuarakan bantahan. Beliau berkata yang remaja India/Pakistan sepatutnya menyokong pasukan England.

Saya juga tidak suka kerana jika pasukan India/Pakistan menang, seluruh kawasan kediaman saya akan menjadi hingar-bingar dengan bunyi hon kereta. Perkara yang sama juga akan berlaku jika perlawanan kriket tersebut hanya melibatkan pasukan India dan Pakistan.

Generasi kedua hasil dari penghijrahan ibubapa kemana-mana negara kebanyakannya adalah genarasi yang keliru identiti kerakyatan.

Walaupun remaja India/Pakistan disini sangat cenderong meniru gaya bintang bollywood, dimasa yang sama mereka juga menyerapkan budaya Inggeris didalam kehidupan seharian mereka. Rakyat British (mat salleh) sentiasa curiga akan ketaatan genasi kedua ini. Mereka (generasi kedua) selamanya tidak akan dianggap sebagai rakyat oleh sebahagian masyarakat Inggeris. Hal ini sering menimbulkan rasa tidak puas hati. Hasilnya berlakulah perbagai perdebatan mengenai siapakah lebih Inggeris. Genarasi kedua mahukan hak-hak yang sama seperti yang dinikmati oleh mereka-mereka yang mempunyai taraf kerakyatan. Cuma yang menjadi bonus kepada siapa sahaja disini adalah undang-undang hak asasi manusia.

Undang-undang ini memberikan memudahkan kehidupan sesiapa saja yang bernaung dibawah Union Jack.

Tetapi undang-undang ini meliputi semua dan ini sedikit sebanyak menyebabkan genarasi kedua tidak merasakan keistimewaan sebagai rakyat.

Di Malaya, genarasi kedua kaum Cina dan India juga merasakan hal yang sama. Mereka merasa dipinggirkan dengan adanya kouta di universiti-universiti,harga istimewa membeli rumah atau kedai kepada bumiputra dan perbagai lagi apa yang kepada kaum Cina dan India di Malaya adalah penafiaan hak mereka sebagai rakyat.

Kaum Cina, walaupun adalah tunggak kepada ekonomi Malaya masih juga tidak berpuas hati dengan kerajaan pemerintah (yang mereka sendiri pilih). Kaum Cina di Malaya hanya akan berpuas hati jika tampuk pimpinan negara diserahkan kepada mereka. Nasihat saya kepada kaum Cina di Malaya, pilihanraya akan datang sila mohon bertanding. Mungkin jika kaum Cina Malaya ada ong, mereka boleh memerintah Malaya dan saya tidak mempunyai sedikit pun bantahan jika hal ini benar-benar berlaku. Cuma kaum Cina di Malaya perlu faham, jika terpilih untuk memerintah Malaya, mereka perlu menjauhkan diri dari menganggu-gugat hal ehwal agama Islam kerana bangsa Melayu dan agama Islam adalah dua hal yang amat berlainan.

Satu nasihat saya kepada kaum Cina di Malaya yang rajin menulis dimana-mana ruang pojok diinternet, berhentilah menghina agama saya. Saya tidak pernah dan insyallah tidak akan menghina kepercayaan kamu. Agama saya mengajar saya supaya membiarkan 'kamu dengan agama kamu dan saya dengan agama saya'. Jangan perdulikan tulisan-tulisan kawan seagama saya yang lancang, mereka hanya berbuat demikian disebabkan kemarahan. Bagi pihak mereka saya memohon maaf.

Segala kemuskilan kaum India di Malaya harus dirujuk kepada menteri kesayangan saya, Datuk Seri Samy Vellu.