Wednesday, April 08, 2009

Jurnal lelaki tewas

Oleh: Razaisyam
http://iamstradust.blogspot.com

Hari ni 14 Januari 2008 (tarikh sudah betul), dan banyak kerja yang perlu aku bereskan, sama ada hal ehwal pembelajaran dan keseronokan. Semua menjadi satu. Dan akhirnya ia membuatkan aku semakin ketidaktentuan.
"Mungkin ini juga adalah satu skrip", kata kawan aku disebelah.
"Tengkorak lu!".

Entah kenapa, aku hari ini bangun terlalu awal. Jam lima pagi, biasa kalau terjaga sekali pun aku pasti mampu untuk tidur semula seperti kitaran waktu tidur asal. Kerana terjaga pagi, aku tak boleh melelapkan mata. Hanyut memerhatikan kipas berputar.

Rasa lambat sangat nak jam 7 ni, aku mahu ke kuliah pula. Tak lama kedengaran seorang sedang mandi di tandas. Gila awal orang “rumah gila Gombak” bangun rupanya.
Kebiasaannya semua pergi kerja, baru aku membuka mata. Kali ini mata sudah terbuka. Bunyi kelam kabut, kadang-kadang terdengar "mana sterika, mana sterika". Pekerja pejabat memang membosankan. 

Semua sudah selesai. Suasana kembali menyepi. Aku kemudian bangun dari atas katil dan memasang tivi dan juga radio klasik F.M.
Mandi dipagi hari memang tidak menyelesakan. Jam 7.30 pagi. Ia adalah masa yang sesuai untuk aku bertolak ke kuliah. Biasanya dari Gombak ke Universiti Malaya(UM) agak jauh dan terpaksa menempuhi traffic jam yang pelbagai hala. Ya, seperti aku kata jalan memang sesak seperti hari-hari biasa.
Aku start enjin kereta. Duduk sambil menghisap rokok. Kemudian aku pasang cd Sex Pistol, God Save The Queen membuatkan aku rindu tentang memori silam. Barulah aku mula mengerakkan kereta. Bersemangat hari ini sambil mendengar lagu punk rock pagi-pagi. Membuatkan aku segar.

Kemudian!. Traffic jam. Anarchy in the UK membuatkan aku tidak selesa. Bingit kepala disekeliling kenderaan tak tentu hala. Muka Sid Vicious membuatkan aku tidak tenang. Lantas aku mengambil cd JJ72 dan semua kembali perlahan seperti JJ72.
Jam 9 pagi. Tepat aku sampai di UM. Baru sahaja aku keluar dari kereta ada seorang kawan aku menyapa. 

"kuliah cancel la, entah mana pergi orang tua tu"
Babi! (dalam keadaan yang paling tak sengaja). Kalau aku tahu awal-awal mesti aku tengah bermimpi indah-indah lagi ni. So aku amik kesempatan di atas masa yang terluang untuk pergi ke cafe. Mungkin ada teman-teman yang boleh diajak lepak bersama. Sampai sahaja di cafe tak ada seorang pun yang aku boleh duduk semeja. Semua awek-awek comel. Malu la pula nak duduk. 

Aku memang membenci keadaan semacam ini. Macam mana boleh tak ada orang nak lepak ni. Biasanya ada sahaja ahli cafe kat sana. Tetiba aku disapa oleh satu couple yang sedang hangat bercinta. Mereka ajak aku duduk bersama.
"pasni kita nak buat pe sayang?" suara si gadis bertanya kepada kekasih hatinya
"abis kelas kita pergi midvalley mahu?
"boleh juga"
"semalam nape tak call i sayang"
"my credit running out la dear"
"i miss u a lot"
"i pun"
dan bla bla bla bla.

Aku menjadi tunggul di situ menyaksikan percintaan tahap dewa dewi. Tak malu kah mereka berkelakuan romantis sedemikian depan aku?. Meluat aku tengok, atau ini mungkin perasaan yang cemburu.
Jam 11 pagi. Aku harus menghadirkan diri ke kelas wajib universiti. Lagi pun aku sudah bosan mendengar perkataan hiperbola daripada “mamat taicho” tadi. Berbicara tentang kekayaan depan girlfriendnya. Mungkin akan menjadikan perempuan itu lebih setia. 

Lantak la. Aku perlu masuk kuliah. Cepat-cepat  drive ke satu bangunan yang terletak atas bukit. Sampai sahaja di parkir, aku terlanggar satu bonggol besar. Kemek kereta!.

Aku keluar dari kereta dan tergaru-garu kepala yang tak seberapa gatal. Malang betol hari ini. Tiba-tiba seorang kenalan aku berbaju sendat berseluar yankee datang.

"apasal?" tanya si lelaki ini.
"gua langgar benda ni la bos" aku jawab sambil memegang muka.
"rilek la dude, baru hippies skit kereta hang"
"ha ah ek, bagus gak idea bos tu. Pasni gua buat logo flower power kat kereta gua. Lagi hippies kan?" aku jawab sambil menghentak kepala lelaki bangang itu.
Aku masuk terus masuk ke dewan kuliah. Nasib baik kuliah belum bermula, lecturer pun belum masuk. Aku masih mamai dan mengantuk mula datang secara mendadak. 
"Assamualaikum, apa kabar semua?" sahut si lecturer yang sudah tua tapi masih belum botak.
"Waalaikumusalam" jawab semua pelajar termasuk aku.
"Today, i nak discuss about pop culture. Before we pergi jauh to the pop culture, you must understand what the culture, and how it be a phemonenan in the society or sub of society. So in this case, it emphasis for the field study bla bla bla bla..."

Kemudian aku mula hanyut. Mata mula dipejamkan. Suara lecture itu semakin tidak kedengaran dan aku mula lena. Di dalam seramai 200 orang pelajar tak kan la lecturer akan nampak aku. Aku yakin, sebab aku sudah tidur dan bermimpi kini. 
"ok, i gonna stop this class. We meet up next week" suara orang tua tu kembali kedengaran.

Aku cepat-cepat bangun. Menengok di jam. Gila!. Dua jam aku tidur dalam kelas. Hebat betol lecturer ni. Tapi aku belum tulis attendant. Kena tulis kat depan la pula, sebab orang dah pass kat belakang aku aja yang tidur tak ingat dunia.
Dalam keadaan mamai aku bangun. Semua orang belum bergerak lagi. Hanya aku seorang yang sudah bangun. Dewan kuliah tu seperti auditorium, macam nak tengok wayang. So aku kat belakang ni terpaksa la menurun tangga. Dalam perjalanan menurun tangga tu, aku masih mamai dan tersepak kaki aku sendiri lalu terjatuh tergolek terlanjang sampai la kat bawah sekali. Semua orang terdiam. Keadaan sunyi. Kemudian aku terdengar tawa hilai di belakang. Suara lelaki yang tak berhati perut. Seluar aku dah koyak di lutut (pasti berdarah), tangan aku mengeluarkan darah. Semua gadis-gadis mengasihani aku. Bunyinya;
awwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww

Lecturer masih tergamak dengan aksi aku tadi. Bayangkan jika anda tergolek jatuh didepan 200 orang. Ini jatuh dari tangga beb. Tergolek sampai ke bawah. Malu bagai nak mampus!. Tapi aku bangun. Mengorekkan seluar koyak dan berkata: 
"adoi, jatuh la plak, nasib baik tak sakit"

Kemudian seorang gadis manis di depan aku tersenyum sinis. Tapi aku masih cool. Nasib baik dalam poket seluar aku tak de sikat rambut. Jika tak aku pasti akan keluarkan sikat dan menyikat rambut aku seperti adengan dalam iklan minyak rambut. Mesti bergaya habis. Tapi suara lelaki-lelaki kejam di belakang dewan kuliah masih kedengaran. Mereka sudah keluar. Masih kuat bunyi dekah ketawa mereka. Sungguh babi dan aku membabikan hari ni.

Lekas-lekas aku keluar dari dewan kuliah dan pergi ke cafe. Nasib baik ahli-ahli cafe sudah ada menunggu aku. Tapi aku hanya buat-buat tidak berlaku apa-apa. Kalau aku bagitau si jahanam itu semua. Lagi teruk aku kena. So bagi menghilangkan rasa bengang aku lepak sambil mengacau gadis-gadis comel di situ. Ada yang sudah meluat melihat wajah aku yang tetiba mengatal hari ini.
 
Dalam ramai aku tertarik pada seorang gadis berbadan gempal memakai kasut tertulis "adibas", kemudian aku menyapanya.
"kenapa ya kasut awak tu tulis adibas?. New brand shoes ek?" kemudian diikuti helaian ketawa ahli cafe. Muka perempuan tu merah padam. Kesian!.
Maaf aku tak sengaja, tapi mungkin depresi buat aku jadi macam ni. Aku minta maaf banyak-banyak pada perempuan tu. Aku tak sengaja memalukan kamu.
Jam 2 petang.

Malas la aku nak melayan ahli cafe lama-lama. Baik aku balik “rumah gila gombak” dan tidur.

Sampai sahaja di parkir kereta, kemudian aku menghidupkan enjin, balasan Tuhan sudah mengena. Enjin kereta tak boleh dihidupkan. Hari pula panas bersuhukan padang pasir. Basah kuyup aku bermandi penuh. 
Tetiba gadis berkasut "adibas" tadi muncul dan berkata:
"kereta rosak ke bang?. Meh saya tolakkan".
Pengajaran paling menyakitkan untuk hari ini. Perit lebih dipanggang. Memang gua terbakar dol!

Monday, April 06, 2009

kubang buaya dalam

Hari itu kami,Pa,Iji,Kodik,Seli,Mezoh dan saya,amat bosan. Tidak ada aktiviti. Mahu menebang kelapa Cikgu Konet bimbang ditembak lagi seperti minggu lalu.Lalu kami duduk berbual-bual di hadapan kedai runcit cina Joe.Cina Joe meninggal dunia dilanggar-lari beberapa tahun kemudian. Mayatnya hancur. Kami amat sedih.

Sambil berbual,tangan Pa mengusap sebiji kentang. Iji,adik Pa mengenyit mata kepada abangnya.Mereka amat rapat. Amat malang jika ada diantara kami yang bermain terup dengan dua beradik ini. Mereka kuat berpakat.

Seperti ada kuasa psikik,Pa faham maksud adiknya itu. Perlahan-lahan kentang berpindah tangan sebiji demi sebiji.

Kemudian mata Iji berpindah ke peti ais-krim. Pa faham.

Petang itu kami kenduri kentang rebus dan dicuci mulut dengan ais-krim. Hmmmm...patut-lah perut saya amat buncit sekarang ini.

Pa kini keluar masuk pusat serenti. Iji ada di Kuantan tapi setelah setahun disini saya masih belum berpeluang berjumpa beliau. Mezoh meninggal dunia akibat diracun angin. Bukan, bukan kena tuju-tuju tetapi tercium terlalu banyak racun rumpai ketika meracun ladang. Berhati-hatilah jika meracun ladang. Tutup mulut.Seli bertugas sebagai angota tentera udara. Lebih 30 tahun rasanya tidak bertemu dia.Kodik taukeh tong ikan. Dia menukar nama menjadi Ali Botak. Dia tidak botak dan dari mana datangnya ali itu tidak lah saya ketahui. Terakhir,yakni tahun lepas,saya mendengar dari Mok, dia terkena serangan jantung. Entah apa khabar dia sekarang.

ps: jika kami di pantai timur,selatan dan sabah dan serawak. sila beli the star esok. agaknya rajawali akan difokuskan.agaknya.dan untuk semasa,perlukan saya menukar nama kepada JIBJONES?

Thursday, April 02, 2009

tanjong mas

Suatu masa dahulu saya pernah berkerja. Saya tahu ianya membawa satu keaiban yang tidak terhingga kepada keturunan kami,sekurang-kurangnya ia menjadi sebahagian pengalaman yang mendewasakan saya. Ok-lah, saya mengaku saya masih tidak begitu dewasa dalam banyak hal,namun pengalaman berkerja menjadi sebahagian dari apa saya hari ini.Sementelah pula saya perlu menunjukkan contoh teladan kepada kamu semua yang tidak seberapa.

Semasa berkerja ini juga, saya amat ahli menengok wayang. Setiap selepas waktu pejabat,saya akan kepangung. Tidak kira apa yang ditayangkan,saya wajip kesana. Walau bagaimana pun, saya tidak mempunyai minat menonton apa juga gambar yang sama lebih dari sekali. Tanpa mengira bagaimana baiknya gambar itu.

Sehingga-lah satu hari dimana saya merasa tabiat menonton wayang gambar itu sebagai suatu yang membebankan dan saya mencari helah untuk menipu diri sendiri supaya tidak menonton wayang.

Lalu saya mengamil keputusan untuk memakai songkok. Ya, songkok sama seperti yang dipindahmilik sebagai hak peribadi mereka yang kuat berpartai itu. Nah! seperti yang kamu semua sangkakan, tentu sekali saya kelihatan amat segak.

Dengan memakai songkok setiap masa, saya berharap saya akan malu untuk kepanggung dan ianya berjaya. Saya berhenti kepanggung bertahun-tahun lamanya.Dan yang majisnya saya tidak merasa rugi tidak menonton wayang gambar.

Suatu hari yang tenang, saya menaiki bas dan duduk ditepi tingkap. Ya anak-anak, suatu masa dahulu bas bertingkap bukan bercermin seperti hari ini. (rindu juga untuk menolak tingkap kayu keatas untuk menutupnya)Dan disuatu jalan lurus,pemandu memecut deras. Angin yang datang membawa bersama songkok dari kepala saya. Saya cuma duduk diam sambil penumpang sekeliling memandang tersenyum.

Maka tamat-lah zaman bersongkok saya.Dan saya kekal tidak kepanggung hinggalah akhir-akhir ini.Dem!

Hari ini kadang-kadang saya bertopi untuk menutup botak dan juga untuk kelihatan amat sastera.

Ini hanyalah cerita saya mengimbau suatu masa. Orang yang seusia saya memang begitu. Sering teringat dan merindui suatu masa yang telah lalu. Kamu juga nanti akan begitu.


ps-siapa di Tasek Kenyer,Terengganu, sila angkat tangan.

Wednesday, April 01, 2009

ketapang

Sebenarnya saya tidak perlu menulis tentang dia. Namun seperti ada sesuatu yang mahukan saya berbuat demikian. Mungkin boleh jadi barangkali agaknya-lah, dia memelihara hantu dan hantunya-lah yang menggesa saya menulis mengenai dia. Dan jika kamu nampak,samada kamu kenal atau tidak, kamu wajip setuju dengan saya yang dia ada kemungkinan memelihara hantu.

-siapa dia? tanya saya kepada si Samsul Zakaria melalui sistem pesanan ringkas talipon. -budak tak mandi,jawab pesanan ringkas si Samsul Zakaria.Saya lupa mengapa saya bertanya tentang dia kepada Samsul Zakaria, namun itu-lah pertayaan pertama saya mengenai beliau.

Lalu dimalam penyiaran filim-filim pendek anjuran Sindikit Sol-jah tempoh hari, saya berjanji untuk bertemu Meor,penyanyi yang katanya Bob Dylan Malaya yang pada saya lebih kepada Mawi dunia indi,saya menyarankan agar Meor membawa bersama buku tulisan dia.

Setelah membaca tulisan dia, saya merasa sangat mulia! Kerana carutannya jauh lebih hebat dari saya.

Lupa pula bagaimana saya dan dia boleh berjanji untuk bertemu di hari pembukaan pameran lukisannya. Mungkin Syed,suami si Hanim,kurator YKP, boleh ingat dan direngkaskan cerita,bertemulah saya dan dia sambil ditemani si Syed.

-aduh! kata dia mengeliat apabila saya menepuk belakangnya dengan tangan kiri sambil tangan kanan kami berjabat. Ini pertemuan pertama kami.Hairan juga saya, dengan sapaan selembut bayu senja takala laut bergelora dari jejaka paling romantis di asia tenggara boleh mengakibatkan kesakitan yang melampau pada dia.

Sekonyang-konyang wajah arwah datuk saya datang melayang tersenyum seolah-olah berkata-hari ini ilmu tangan berapi yang tok ajarkan padamu telah sampai ke puncaknya,hati-hatilah kamu menggunakannya dan utamakan pengunaannya untuk keamanan umat manusia sejagat.

-dia baru buat tatu,kata Syed mematikan impian keamanan dunia sejagat.

-kamu dah mandi? soalan pertama saya kepada dia. Dia tersenyum dan saya lihat dihadapan saya seorang lelaki yang sebenarnya sangat pemalu. Saya dengki kerana saya sepatutnya lebih pemalu dari dia kerana saya kacak, dia tidak.Sumpah!

Kami ke warung berhampiran. Sambil minum sambil berbual.Lama.Banyak yang diceritakan. Dua kali kami membuat pesanan minuman.Sehingga larut,kami pun berpisah.


Mudah untuk kita menuduh bermacam kepada semua orang tanpa mahu selidik. Kita mudah membuat andaian. Kita di Malaya belum dewasa untuk menerima manusia sebagai manusia. Yang dimata pada kita adalah yang dihati. Malang sungguh.

Walaupun berkali beliau mengaku 'poser', saya percaya beliau adalah sebenar.Lupakan rambut bersalut tahi lembunya. Lupakan semua cacah yang ada ditubuhnya.Dan harum kasturi semulajadi yang keluar dari celah kelenjarnya. Jika kamu hampiri dan cuba selami, kamu akan dapati dia adalah seorang manusia yang berfikir dan inilah yang jarang ada pada kamu.

Rahmat Haron,aku cinta kamu.

p/s..mat,pi mandi. bil air dan sabun aku bayar.
(sila beli buku beliau)

-si Meor sedang mengumpul dana untuk menerbit album musik terbarunya. kamu berpeluang untuk terlibat dalam sejarah. album ini dinamakan 'dari rakyat untuk rakyat'. wang yang biasanya kamu gunakan untuk perkara tidak senonoh itu bolehlah kamu salurkan kepada projek ini. lagi pun, sindikit sol-jah tidak ada buku baru,jadi wang yang biasa kamu simpan untuk membeli buku-buku mereka bolehlah disalurkan kepada projek si Meor.keterangan lanjut boleh diperolehi dari blog Meor.

Tuesday, March 31, 2009

kecanduan

oleh: Shaira Amira
(www.legasisembilanbelas.blogspot.com)


Khairul berjalan terhuyung-hayang ke arah komputer ribanya yang terletak atas meja. Dengan mata yang masih terpejam, jemarinya yang kurus panjang menekan punat kecil pada komputer riba itu. Khairul menoleh ke belakang, melihatkan Melur yang sedang tidur mengiring atas katilnya yang bersaiz Super Single.


'Kalau nak beli katil jangan yang besar-besar, baru perempuan tak boleh nak lari jauh-jauh.', sengih Khairul dalam mamai.


Sambil menunggu sambungan internet untuk stabil, Khairul berjalan perlahan dan berpada-pada ke arah bilik air, takut-takut sebarang pergerakan yang biasa akan mengejutkan Melur yang sedang nyenyak tidur. Setelah menutup pintu, Khairul melunaskan segala hajat, mencuci apa yang patut dan menyegarkan nafasnya- sebagai langkah berjaga-jaga apabila kembali ke katil untuk berbaring bersama gadis tinggi lampai itu.


Melur..bukan saja tinggi lampai,tapi juga memiliki tubuh yang selalu diimpikan oleh Khairul , potongannya yang sempurna, dengan rambut yang ikal mengurai. Pendek kata, bukan jenis perempuan yang akan mengecewakan atau memalukan air muka seorang lelaki tatkala dibawa berjalan keluar.


Selesai urusan dalam kamar mandi, Khairul duduk di atas bangku rotan yang dimilikinya sejak awal tahun persekolahan menengah, hasil daripada duit upah memotong rumput yang melata tumbuh di perkarangan rumah jirannya, Cik Suhana yang janda lagi bergetah itu. Jemarinya mengetik-ngetik papan kekunci yang ada di atas komputer ribanya, sehingga tertulis perkataan 'sharpnyaaku' - nama blog Khairul yang pada masanya banyak dihabiskan untuk menulis-menulis nukilan yang berbaur urban dan narisistik. Bagus, banyak ulasan yang telah diberikan tentang nukilan terbarunya yang berkisar tentang acara Sunburst.


Ya, menulis blog. Kalau tidak penyanyi bawah tanah yang digilai ramai itu menulis blog, Khairul pun takkan mahu menulis, takut-takut dianggap sebagai seorang pemuda yang berjiwa romantis oleh kawan-kawannya.


Tapi setelah diangkat menjadi satu budaya, apa salahnya, Khairul fikir, boleh juga dia berkenal-kenalan dengan ramai lagi gadis yang cantik dan intelektuil. Gadis-gadis yang serupa Melur, lena dibuai mimpi, wajahnya tenang dek tidur yang tidak terganggu.


Ah, ternyata, bunga bukan sekuntum untuk kumbang mengadu untung.

Friday, March 27, 2009

kampong melayu sungei lembing

oleh: abdullahjones
http://www.abdullahjones.blogspot.com (hahaha)

Jika ditakdirkan, malam ini tsunami melanda dan tempat yang paling selamat adalah masjid-masjid,maka esok pagi akan bergelimpanganlah mayat-mayat melayu islam Malaya.

Betapa tidak,sebaik selesai sembahyang isya,maka bergegaslah petugas mengunci masjid. Di buka balik sekonyang-konyang sembahyang subuh. Itu pun jika ada jemaah. Lalu sebelum sempat isyark atau duha masjid dikunci kembali.

Namun apa mahu dihairankan,kebanyakkan masjid adalah milik peribadi ajk nya.Bukan hanya pintu masjid yang dikunci,tandas masjid juga. Jangankan mahu beriktikaf,mahu berak juga adalah masalah.

Banyak juta agaknya harta yang tersimpan didalam masjid milik melayu islam Malaya ini.

Maka sayugia saya mensyorkan agar kamu berdoa jika sekiranya tsunami melanda Malaya ini,mohon agar yang kuasa menyelamatkan juga kuil dan tokong.Kuil sikh misalnya,bukan hanya terbuka,bahkan ada makanan percuma tanpa mengira ramadhan sudah sampai kah atau belum.Syaratnya kamu cuma perlu menutup kepala apabila berada didalamnya.

Bukan seperti kamu yang berebut bubur lambuk sekali setahun kemudian bangga mengaku pengikut agama suci.

Bodoh.

Tuesday, March 24, 2009

Hari ini aku berbahasa Melayu

oleh: hani momo
http://hanimomo.tumblr.com/

Aku rasa semenjak lima tahun yang lepas, aku kerap berbahasa Inggeris dalam penulisan dan perbualan aku. Ok, aku tak mempraktikkan bahasa Inggeris dalam keseluruhan perbualan aku, tapi when it comes to conveying my message, or when I am in the middle of presenting my thoughts or ideas, I usually use English as my main language.
Seperti apa yang aku tulis di atas, itulah maksud aku.

Dan aku baru sahaja perasan yang aku sudah hampir lupa segala nahu, tatabahasa dan aku turut menghadapi kesukaran dalam ejaan aku. Nak eja keseluruhan pun terpaksa diperbetulkan beberapa kali. Perkara ini sedikit sebanyak merungsingkan aku, sebab masa SPM dulu aku dapat satu dalam Bahasa Melayu.

Kenapa tiba-tiba tergerak hati aku nak menulis dalam Bahasa Melayu?

Sebab utama, aku rasa aku hendak cuba melatih diri menjadi multilinguist. Aku terbaca tulisan Datuk Johan Jaafar berbunyi, bahasa dan pemikiran seseorang itu haruslah selari, barulah segala idea dapat direalisasi.

Mengambil contoh, orang Jepun berfikir menggunakan bahasa dan budaya mereka, maka mereka mencari idea untuk memperbaiki kehidupan mereka, tanpa dipengaruhi orang lain.

Lebih kurang macam tulah. Dan beliau turut menulis beberapa rangkap ulasan beliau dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bunyinya sama, maknanya berbeza.

Jadi aku rasa aku ingin mencuba berfikir dan menulis dalam bahasa Melayu dan dalam pada masa yang sama aku akan meneruskan usaha aku untuk memperbaiki, menulis dan berfikir didalam bahasa Inggeris.

Sebab kedua, aku cuma nak membuktikan diri aku bahawa aku bukan orang yang lupa diri dengan bangsa dan bahasa aku sendiri.

Dari dulu lagi, aku dituduh oleh beberapa kenalan yang aku berpotensi menjadi pengkhianat bangsa, pertama, sebab keluarga nenek aku berasal dari Singapura dan disebabkan aku mempunyai minat yang mendalam terhadap Jepun dan budayanya, serta sikap keterujaan aku terhadap sub-budaya British dan fesyen serta karya-karya mereka.

Kesimpulan kenalan aku, aku takkan sayang bangsa dan negara aku sendiri seperti mana mereka mampu.

Aku sebenarnya malas nak beritahu mereka supaya Fuck Off and Die sebab aku tau manusia suka menilai daripada apa yang mereka lihat. Bukan daripada apa yang mereka tahu.

Aku rasa tidak perlu bagi aku mendengar lagu-lagu patriotik, berdiri dan melaung-laungkan sajak, berdemonstrasi untuk melaungkan betapa Melayunya aku kalau dalam hati sendiri aku tidak tau erti maksud menjadi Melayu itu sendiri.

Dan aku rasa tak semestinya aku kena berbuat semua itu untuk membuktikan keMelayuan aku.

Dan aku sebenarnya malas nak jadi trying too hard untuk beritahu semua orang yang aku tau siapa aku, dan apa yang sedang aku lakukan.

Sebabnya, sejauh mana aku sayang dan hargai bangsa dan negara aku sendiri, (walaupun mungkin bangsa dan negara aku tak akan sayang kepada aku) biarlah aku seorang yang tahu.




ps: yop, emailkan tulisan kamu kepada saya-jones

Monday, March 23, 2009

indera mahkota dua

suara dari radio disuatu tengah malam..

(bunyi seruling) papa, walau pun kote papa kecil sahaja, (bunyi seruling) mama redha. (bunyi seruling) mama terima papa seadanya.(bunyi seruling) tidak ada apa yang dapat memisahkan kita.(bunyi seruling) mama tidak sabar menanti masa (bunyi seruling)kita disatukan sebagai (bunyi seruling) isteri dan suami yang sah. (bunyi seruling)

Saya berpendapat, selain drama melayu di tivi,rancangan luahan perasan di radio adalah penyumbang terbesar kejahatan yang berlaku dalam masyarakat melayu hari ini.Dan seperti biasa, pendapat saya selalunya amat bernas.Saya sendiri pun mengatakan begitu.

Dan, papa? mama? Macam bodoh benar bunyinya. Eh! silap. Bodoh benar bunyinya. Yang papa mama inilah esok yang akan berusaha sungguh-sungguh membeli perabot jati dan langsir dari Nilai 3 sambil mengharapkan sebuah air terjun buatan dihalaman rumah mereka. Kemudian mama akan menjadi sangat gemok. Hutang kad kredit mereka banyak.

Sepatutnya ada undang-undang yang menghalang perempuan menjadi sangat gemuk setelah bernikah. Hukum bunuh misalnya.

Friday, March 20, 2009

fear not these fears (A sonnet)

by: mohd faiez bin mohd ali
http://www.reveriemalaya.blogspot.com/

Fear not of the three same number
It's just a symbol and just a sign
For those without faith and in deep slumber
Or fake faith as what they find
It's them who'll give the ending words
That their faiths are fake and how fake their faiths are

Fear not the say of other man
Nor the slander nor the curse
For no harm can be fan
As their blood is never redder than us
And to Him will then they go
Never different than thee

Fear not of the great Kings
If their words are not holy sword
Swallow not and listen not to what they brings
When the ancestors had written it broad
That every great kings shall die
And lie beneath the same soil as you

But Fear the One from where you came
As it's to Him thee shall bow
Pronto thee and the greatest kings are just the same
Then we will know the secret now
That the greatest
Is just greater than dust

Reference: Fear No More by William Shakespeare

Wednesday, March 18, 2009

estate

Oleh: Ubilepih
Dari: Ceritawayang.blogspot.com

Harga getah semakin menurun,itu merungsingkan hatinya,tetapi dia mengharapkan
lelehan susu getah itu menurun dengan tepat.Lelehan itu jika tak turun tak masuk
ke mangkuk bermakna rezeki daifnya tak masuk.Sakuntala a/p Annadarajah pewaris
ke 3 menekuni kerja menoreh getah di perladangan ini.Sumber dari cecair putih likat
itu menjadi sumber mendenyutkan nadi dia dan 8 orang anak2nya termasuk
yang di dalam kandungan,kini berusia hampir 3 bulan.

Sakuntala tidak tahu dan tak mahu ambil tahu bahawa dari hasil torehan beliau itu sebenarnya telah menghasilkan alat pencegah hamil.Tidak pernah sampai ke benaknya tentang betapa mewahnya hidup sang kapitalis tokey2 kilang kondom.Yang mana barangkali salah satu kondom itu terhasil dari getah torehan dia.Khabarnya terkini sudah ada stoking anu itu yg beperisa strawberi…ohhh…untuk penjelasan kena lah bertanyakan kepada anak2 sekolah menengah yang selalu berkunjung ke kedai 7sebelas.

Sebelum masuk penjara akibat merogol dan membunuh kanak2 bawah umur Raman
sempat memancut kan getah likatnya ke mangkuk Sakuntala.Kelikat getah itulah
yang menghasilkan benih ke8 di dalam kandungan rahimnya kini.Raman jantan manco
ala Sivaji itu tidak pernah mampu untuk Sakutala menolak kehendak birahinya. Tengik peluh masam beraroma todi Raman selalu membius Sakuntala Meski mangkuk Sakuntala
sudah sedikit usang dan ayun nya pun tidak sekencang dan sepanas dulu tetapi suaminya itu tetap beselera.Lebih2 lagi sewaktu air sarat di kepala.

Raman sememang lelaki panas.Sengsara Sakuntala ialah panas baran si Raman.
Ransangan dari kegemaran memakan kari Biawak air gamaknya membuatkan
kepanasan di dalam diri Raman sentiasa begelora.Todi dan sex ketagihan Raman
paling tegar,sehingga hilang kawalan langsung membuat onar.Sakuntala tidak
menyesali nasibnya yang kehilangan suami,malah di bermohon kepada lord Siva
agar Raman mati secara mistri di penjara.Paling manis lagi jika Raman terpilih
menjadi dummy kepada salah seorang peledak bom itu.Sekurang2 nya
dipenghujung nyawa Raman dia berbuat jasa kepada pemerintah.

Anak2, dia sanggup membesarkan mereka secara besendirian biar pun bejerih payah.
Sakuntala menyimpan agan-agan agar salah seorang dari anaknya kelak bakal
mendapat 20 A dalam peperiksaan,sekarang ini jika ada anak cemerlang orang akan
pandang, secara langsung dapat menaikan mertabat hidup.Dia akan cuba bertanya atau
minta kawan2 nya dari kalangan orang melayu macamana nak jampi agar anak2 cemerlang peperiksaan.Orang2 melayu memang handal dalam bab jampi2.(end)

P/s: Ada sesiapa yang sanggup bikin pilem Estate versi ini..ha..ha-ubilepih-

Sunday, March 15, 2009

minyak dan air

oleh;
hannah sullivan


Aku rasa kadang-kala pemikiran masyarakat zaman sekarang ini tidak adil. Minda tertutup; senang citer. Ini aku dapat lihat sendiri tentang apa yang terjadi kat opis aku; secara khususnya di department aku.Sejak lebih 3 bulan ditukar disini, disamping dapat boss yang banyak songel; aku dapat saksikan perbedaan taraf kumpulan hidup berdasarkan jawatan dan pangkat yang disandang seseorang. Racists??

Aku tidak boleh mengatakan begitu kerana kami masih lagi boleh bekerja dibawah satu bumbung. Aku lebih senang untuk katakan perbezaan kasta dan pangkat. Aku metaforakan keadaan ini sebagai ‘minyak dan air’. Minyak aku kategorikan untuk kumpulan eksekutif keatas yang berperangai macam bagus dan berlagak yang kadang-kala lebih dari boss aku secara tidak tentu pasal. Mungkin dengan memegang segulung ijazah, mereka sudah rasa bagus lebih dari orang lain dan memandang rendah diatas kemampuan orang bawahan mereka. They look down on people!! Sad but true my dear.

Bagi air pula, aku kategorikan mereka yang berada didalam kelompok pembantu tadbir ke bawah hinggalah ke tea-lady. Pada aku mereka nih lah yang paling banyak buat kerja dan bertungkus lumus menolong orang-orang yang berada dalam kelompok ‘minyak’ dalam menjalankan tugas mereka.

Secara dasarnya, kita boleh melihat 2 golongan atau kelompok ini boleh bersama dalam membuat kerja, tapi itu hanya krana tanggungjawab yang diamanahkan. Aku pernah juga alami dimana ada manager ini punya tunjuk lagak sambil mengarahkan membuat kerja dia. Apa hal pulak?? Aku buat bodoh jer. Aku tak buat pun. Pedulik apa aku dengan dia. Kalau nak minta tolong pun, biarlah minta baik-baik. Ini main mengarah jer macam arahkan kambing masuk kandang; apa kes?? My blood pun boleh go upstairs.

Pada aku senang, aku hanya repoting kat boss aku. So orang lain yang tiada kena mengena dengan aku jangan haraplah aku nak tolong lebih-lebih lagik orang berlagak nak mampus. Memang orang macam tuh boleh pergi mampus pun. Aku bukan tak nak tolong, tapi kalau kena dengan nilai dan etikanya. Aku nak jugak tolong. Inilah golongan ‘minyak’ yang aku katakan itu. Pathetic. Again, they look down on people memandangkan pangkat yang dijawat oleh mereka yang tak seberapa itu.

Perkara itu sering terjadi especially kat golongan ‘air’. Since mereka ini golongan support staff, aku kadang-kala kesian tengok mereka dimarahi dimaki berdasarkan perkara yang bukan salah mereka pun. Golongan ‘minyak’ ini pun satu; kalau nak berikan arahan itu biarlah terang dan jelas supaya tidak timbul misunderstanding dikemudian hari. Ini tidak, semua anggap golongan ‘air’ macam faham apa yang mereka nak. Bila dah salah, booomm.. bom pun meletup lah. Oh..

Itu dalam bab kerja; semua tuh biasa terjadi. Bila masuk bab bersosial pula, golongan ‘minyak’ ini akan membuat border dimana aktiviti yang mereka anjurkan tidak boleh join dengan golongan ‘air’ ini. Mungkin golongan ‘minyak’ ini rasa tak sama standard; so apa hal nak join-join aktiviti beriadah ini bersama-sama. Jadi golongan ’air’ ini akan rasa terpinggir bila ada aktiviti social yang dianjurkan. Pity them.

Bagi aku kalau nak bersosial dengan golongan opis ini. Minta maaflah. Aku tak minat Aku ada kawan-kawan bersosial diluar. Apa hal, dah lah kerja bersama, takkanlah lepas kerja pun nak jumpa muka yang sama jugak. Boring..

Pada pemikiran aku; golongan ‘air’ ini walaupun dipandang kelas bawahan tapi golongan macam nihlah penting. Bayangkanlah, hidup korang tak ada air..dahlah kecut, kering, dahaga, busuk dan gersang. Mesti pada akhirnya korang still memerlukan golongan ‘air’ ini. Walaupun ‘minyak’ ini harga mahal, tapi takkan lah kita asyik nak menadah air jer untuk minum. Kalau semua orang nak jadi boss, sapa pulak nak jadi kuli. Lu pikirlah sendiri..

Adakah ini scenario yang aku dapat lihat bila bekerja di MNC?? Dulu time aku kerja dengan GLC, tidak pula aku berjumpa dengan scenario seperti ini. Pada mulanya aku agak terkejut dengan budaya seperti ini. Tapi lama-kelamaan, aku dah boleh terima keadaan ini. Aku lebih bersikap neutral. Aku tidak masuk mana-mana pihak. I just keep my ass done. Aku lebih senang untuk berbaik dengan dua-dua golongan ini kerana motif aku satu; ini akan memudahkan kerja aku. Aku malaslah nak jaga-jaga hati orang ini. Kalau aku jaga hati orang ini, siapa nak jaga hati aku?

p/s : aku harap jangan ada orang pulak yang terasa. Ini apa yang aku rasa jer daripada apa yang aku lihat kat opis aku ini. Bak kata Kak Ogy dan raja Azura; kalau tak suka, tikamlah diri sendiri. Auuw..


-kepada penulis jemputan, elak gunakan bahasa slanga dan jika masih merasakan perlu,sila bezakan. mencampurkan dua bahasa atau lebih dibenarkan,tetapi sila bezakan juga. bukan soal memperjuangkan bahasa, tetapi sebagai pelukis hebat, saya melihatnya sebagai tidak cantik dan untuk perkara lain, saya berdoa agar pokok hujan itu tidak ditebang kerana perbuatan itu akan kelihatan sangat bodoh dan juga kerana saya suka pokok dan lagi, saya juga mencari penulis yang makcik untuk menulis disini supaya kita dapat menyelami isi hati para makcik.dith, ada berani?-jones

Thursday, March 12, 2009

novel cinta dan aku

Oleh: Razaisyam
http://www.iamstradust.blogspot.com/



“The End of History and The Last Man”

Aku terpegang buku tersebut pada tahun pertama pengajian hasil daripada pergeledehan di perpustakaan.

Pengarangnya bernama Francis Fukuyama.

Mata aku memandang buku itu atas dua faktor; pertama, buku lain berhabuk serta kulitnya tidak pernah menarik untuk dibaca; kedua, tajuknya seperti catchy untuk diselidiki.

Lagi pun, tahun berkenaan aku memerlukan sesuatu bacaan yang bersifat inspirasional [?]. Lelaki lemah seperti aku perlukan satu tiang yang boleh menahan semangat ini dari roboh. Jika ada awek, mungkin mereka boleh memberi sedikit sokongan. Istilah “mereka” kerana aku suka mempunyai ramai kekasih. Tapi sayang, seorang pun aku belum punya lagi. Tak mengapa, nanti sampai waktunya. Oh… ayat seperti mahu menyedapkan hati sendiri.

Berbalik kepada cerita buku.

Aku terus ambil di rak dan ke kaunter pinjaman, kerana masa mengejar aku untuk ke kuliah lain. Biasalah, pelajar tahun pertama tak berani lagi mahu ponteng kelas. Rambut masih lagi disikat tepi. Jiwa masih bersih dari serangan anasir kota. Itulah anak kampung yang baru ke Kuala Lumpur.

Sesudah tamat kuliah.

Aku pulang ke hostel. Hanya berjalan kaki sambil menghayun beg galas berwarna merah darah ikan.

Masuk dalam bilik, aku baring-baring atas katil, kemudian ambil beg gelas warna merah darah ikan tu.

Terus aku belek muka surat pertama buku yang dipinjam dari pustakaan tadi. Isi dalamnya banyak tulis pasal kapitalisme, komunisme, globalisme, feudalisme, merkantalisme, liberal demokrasi, blok ekonomi dunia, Perang Dingin, dan bla-bla-bla-bla-bla.

Dushhhhhhhhhhhh.

Aku baling buku itu ke atas meja. Buku gila!. Tak faham apa-apa pun. Tajuk aja indah, tapi isinya tak romantik sedikit pun.

Kemudian aku sambung semula novel melodrama, “Kemana Hatimu”. Sampai menagis-nagis aku baca novel tu.

Generasi mahasiswa macam aku tak suka lagi membaca benda yang ada “ism-ism” ni. Susah nak paham. Sebab tu lah aku ni bodoh!.

Monday, March 09, 2009

wong pe kan

satira
oleh: shaira amira


Di gedung beli-belah ibu kota, berjalanlah sepasang kekasih, berbaju sedondon ungu berbelang coklat. Maka berhentilah sang perempuan di suatu gedung menjual tudung, dan berkatalah ia kepada sang lelaki:

Perempuan: Abang, awak tengoklah sini..

Lelaki: Mana, Ayang?

Perempuan: Ni,lah. (bibir menjuih ke arah tudung-tudung yang dipamer) Cantik kan?

Lelaki: Em,cantik (sambil jari kemas memegang akhbar KOSMO!).

Perempuan: Abang, kalau Ayang beli yang ni, nak pakai dengan kebaya yang beli dekat The Mall haritu, mesti ok kan? Sebab sekarang, Ayang tgk dah ramai orang pakai, tudung Ikin ni.

Lelaki: Oh,mana? Ikin? Ikin Mawi ke Ayang?

Perempuan: Ha'ah. Dia lah yang start Abang. Ayang nak beli lah.


Lelaki: Beli lah, kalau dah berkenan.


Perempuan: Saaaayyaaannnggg Abang!


Lelaki: Cepat, pilih. Abang nak balik awal ni. Ada lawan bola Kelantan dengan Selangor ni. Dah janji dengan Atoi.


Perempuan: (muncung) alah, tak bagitau Ayang pun!


Lelaki: Inilah, nak bagitahu ni. Eh, cepat!


Perempuan:Ya, ya.. Terima kasih, Abang.


Tudung dibayar dan berlalulah pergi dua orang kekasih itu ke parkir kereta. Mereka langsung menaiki kereta wira yang diubahsuai menyerupai kereta Evo, berwarna hitam. Dari dalam kereta itu, terdengarlah kuat lagu 'Lagu Untukmu'. Kereta tersebut menderam kuat dan pergi meninggalkan bangunan pusat beli-belah tersebut.

Friday, March 06, 2009

wong beng tong


Are you special for not being 'special?'
by:reverie malaya
http://www.reveriemalaya.blogspot.com/


I was sitting at one side of the cafeteria when the bell rang. It was recess time for the upper secondary school students. For 20 minutes the cafeteria was in havoc. Pupils were screaming everywhere. There were plates of food being thrown. Most of them were not queuing to buy food. They were more like pushing and ‘himpit’ing. (Haih. Mengeluh. Ini pelajar2 yang berusia 16 tahun ke atas kah?) There were also some teachers (mostly females) struggling and trying to book their ‘lauk-pauk’ because they were afraid the dishes will finish soon.

After the 20 minutes the bell rang again. It was a sudden peace in the area. I continued my work there. I concentrated until I heard some noise which were the noise of people chattering. These were the pupils from special education classes. I began to observe. They were queuing to buy food. Eating their meals properly and quietly. Some of them were even helping each other out to buy food. They gave way to some of their friends who were really ‘special’.

Then I said quietly to myself. When will we began to learn from these special children?

(Haih. Mengeluh)

*gambar yang sertakan ini merupakan salah seorang pelajar pendidikan khas.

Wednesday, March 04, 2009

777,jalan bentong

Ayat-ayat Cinta.
oleh: ubilepih

Gemersik alunan azan magrib masjid Putrajaya mengakibatkan sang syaitan becempera lari menyembunyikan diri ketakutan.Menyelinap mereka bersembunyi di celahan rongga kelangkang pasangan2 anak adam yang lagi asyik bercengkerama di pingiran tasik.Tasik yang damai dan permai.

Celahan rongga kelangkang merpati remaja ini merupakan benteng ampuh buat syaitan berlindung diri.

Serabut bulu ari-ari yang barangkali telah diwarnakan merah,biru atau anika warna2 punk menjadi sarang sejahtera untuk syaitan berteduh.

Elusan angin birahi semakin mendingin,dakapan semakin erat...ketenangan tasik mula terusik.Sang syaitan megalunkan lagu lena di persembunyian mereka mengakibatkan seruan azan tidak sampai ke telinga para kekasih.

Tuli lah mereka leka dalam mahsyuk.

Dan pusat pun berlaga,jongkang-jongkit pun berayun seirama dengan tinkah ketawa sang syaitan.

Episod jahanam anak adam pun berulang.(end)

Sekiranya suara saya bisa menembusi dindin pejal tingkat 4,ingin saya merayu kepada pembesar-pembesar disana sudi apalah kiranya keluarkan sedikit peruntukan,pacakkan lah papan2 tanda di segenap penjuru Putrajaya dengan kata2 amaran seperti berikut:

ZINA ADALAH DOSA-DOSA BESAR atau barangkali untuk lebih liberal kerana kita negara Hadari tuliskan saja ayat yang sebegini
DI LARANG BERZINA DI KAWASAN INI.(tender kerja itu bagi pada saya...sebagai bumiputra saya juga ingin merasa duit kerajaan...he..hee..ee)




ps: harap maaf, saya tersilap nama pengarang. penulis artikel diatas adalah ubilepih,bukannya benludin. benludin juga dijemput untuk menulis disini.ada berani ben?

Monday, March 02, 2009

jalan dato rusmadi

Banyak perkara menarik yang saya temui sepanjang zoom malaya ini. Namun melihat dan mendengar sendiri kanak-kanak kecil bercakap loghat utara adalah perkara yang amat pelik bagi saya.Ralit saya dibuatnya.

Memang saya biasa melihat dan mendengar orang dewasa berlohgat utara, namun melihat anak kecil bercakap sesama mereka menggunakan loghat utara adalah sesuatu yang baru dan saya sangat hairan melihat keletah mereka. Macam tengok boria kanak-kanak.

Dan satu lagi pelik utara adalah, mereka makan nasi sebagai sarapan dengan segala macam lauk-pauk. Gila! hahaha.

Maka tamatlah jelajah semenanjung saya. Terima kasih syed omar,hanim,rahmat haron,samsul,azalan,haji halim,bri,fazalah dan semua yang saya temui sepanjang perjalanan.

Minggu depan akan bermula pula zoom borneo. Jumpa di sana.

Friday, February 27, 2009

Mulai hari ini beberapa penulis yang kacak dan cantik akan mula menulis di blog ini.Tulisan mereka akan saya siarkan tanpa sebarang pembetulan. Berilah mereka sokongan sepertimana kamu memberi saya sokongan. Terima kasih.

Bahasa Melayu; the national language of Malaysia?
by:reveriemalaya

Lately some ideas came up saying that the standard of our national language is deteriorating. Looking at various aspects of the efficiency of this language, many groups of 'so-called' experts like Gapena and GMP decided to put the blame on one particular subject which is 'PPSMI'. Some of them are even bold but stupid enough to lodge police report because of PPSMI. Haih(Mengeluh).

Well, before putting the blame on any subject. Let's put our thoughts together and think. I mean, some real thinking. What was actually the main purpose of introducing BM into our society again? All I can say is that BM was enforced by our former leaders in order to give Malaysians a language as our own identity. In other words, BM is supposed to be a symbol of Malaysia. This also means that BM symbolises unity among Malaysians. Unity? Look around us. Biar betul? do you really think that this language is serving it's purpose now? My answer is a plain 'no'.

My reasons for saying that the language is not serving it's purpose are as such:
1- Malaysians nowadays are not only divided into 3 major races but also 3 major languages(BM, Tamil, and Chinese languages; Mandarin, Hokkien etc)
2- Malaysians can survive living in Malaysia without being fluent in the language. Take example of a Chinese malaysian.

This is probably the life circle of the Chinese Malaysian:
- Learn to understand Mandarin before entering Chinese-based kindergarten.
- go to SJK(c)
- go to SMJK(c)
- Enter private universities(national or international). Here they will need to learn English language but still mingle around Chinese friends.
- Work for organizations.(Mingle around Chinese colleagues)
- Shopping (Speak Chinese to the promoters because most of them are Chinese. They go to Jaya Jusco, boutiques and chinese grocery shop).
- Go out holiday inside or outside the country. (di mana BM tidak diperlukan sangat)
- Get married(to chinese partner, obviously)
- Read Chinese newspapers or Chinese based materials.
- Have children and teach them Mandarin since they're going to use the language widely.

Now,now. On the instances above, can you tell me when will they need fluent BM? They may need to use basic BM like:
Chinese Malaysian: Saya mau itu/ Ya, kasi dua/ Tidak. Bukan itu/ Apa khabar?.

However, they will never need fluent BM although the language is our 'beloved' national language.
Hence, ask ourselves again. Is BM serving it's original purpose or is it just a requirement for the students to pass SPM? Even then, getting credit for BM in SPM does not mean good command of BM.
Haih.(Yet, the 'experts' are still looking on to the 'minor' PPSMI to be blamed on. It's very pathetic.)

Wednesday, February 25, 2009

simpang dato abu samah

Dalam menangani kelembaban ekonomi dunia hari ini, penjimatan kos adalah satu langkah yang mana boleh menyelamatkan syarikat-syarikat yang bermodal besar. Oleh itu syarikat-syarikat automobil sila ambil perhatian.

Saya baru kembali dari terengganu dan mendapati syarikat-syarikat pengeluar automobil boleh menjimatkan kos pengeluaran mereka sekiranya semua kereta yang akan dipasarkan ke terengganu tidak dibekalkan dengan lampu isyarat membelok.

Dari pemerhatian, saya dapati 90 peratus penguna kenderaan bermotor di terengganu tidak gemar memberi isyarat ketika mahu membelok. Mungkin memberi isyarat untuk membelok adalah perbuatan kodi atau jika ada yang berani memberi isyarat ketika mahu membelok dianggap perbuatan komang spana dan bengong,maka mereka yakni penguna kenderaan bermotor di terengganu akan membelok bila-bila masa sahaja tanpa peduli.Atau mungkin ada kajian yang dilakukan di sana yang menyatakan jika diberi isyarat membelok akan menakibatkan lebih ramai rakyat terengganu menderitai penyakit buasir. Kita tidak tahu dan mungkin tidak akan tahu. 10 peratus yang memberi isyarat membelok pula adalah orang luar.

Jika kos sebatang gear untuk isyarat membelok adalah rm1 dan terdapat sejuta kenderaan diseluruh terengganu,maka syarikat automobil akan menjimatkan sejuta ringgit. Itu belum dikira lampu dan mentol yang tidak diperlukan.

Namun saya bimbang kos mentiadakan isyarat membelok akan dilenyapkan pula oleh kos mengadakan sistem 'auto cruise' disemua kenderaan di terengganu kerana selain tidak gemar memberi isyarat membelok, rakyat terengganu amat gemar memandu leka. Dengan sebelah tayar di lorong kecemasan dan sebelah lagi dikiri lebuhraya, mereka akan memandu dari dungung ke rhu muda lalu terus ke bandar kuala terengganu seolah sedang mencari saudara yang hilang.Dengan itu sistem 'auto cruise'adalah keperluan bagi semua kenderaan bermotor di terengganu.

Setelah terengganu, pulau pinang pula adalah destinasi zoom malaya saya. Ada pemandu pelancong pulau pinang yang sudi?

ps; yop, saya tidak jadi ke melaka,jika tidak nescaya kamu saya hubungi kerana tidak seperti orang terengganu,kamu nampaknya bersungguh-sungguh mahu menghargai sahabat.

Saturday, February 21, 2009

selamat jalan ib

-ib meninggal,orang kaya bertambah kaya,orang biasa tak tahu apa-apa- kata pesanan ringkas dari Abu.

Jika kamu lihat lukisan awal Abu, kamu akan dapati pengaruh yang kuat dari karya-karya Ibrahim Hoesin dan rasanya saya lebih mengenali karya Ibrahim Hosein melalui Abu. Dan berita kematian beliau menjadi hari yang muram bagi kami. Lama kami merancang mahu ke Langkawi, ke galeri Ibrahim Hoesin,namun kerana jauhnya dan masa yang amat terbatas,kami masih belum berpeluang kesana.

-kena gi langkawi jugok kita,kata sms Abu lagi.

-apa pendapat encik abdullah mengenai cadangan membawa lukisan Mona Lisa untuk tatapan penduduk Malaya yang tidak berpeluang ke Paris? tanya wartawan itu kepada saya entah tiga empat minggu yang sudah.

Begitulah kita, berapa kerat dari kamu yang pernah menatap 13 may,ayahku dan angkasawan atau politikus sakit? Mendengar judulnya sahaja mungkin baru hari ini. Lalu kamu berusaha keras untuk membawa karya luar kemari.

Berhentilah memikirkan cara untuk mengaut untung atas nama membina seni negara.

Seni apa juga di Malaya ini tidak penting sehinggalah pengiatnya mampos.

-kawan tunggu dan paksa dia tandatangan, semua! kata Hatta Ismail sambil menunjukkan sejumlah salinan lukisan yang dibelinya dari galeri Ibrahim Hoesin lama dulu. Tidak salah saya lebih dari duabelas keping salinan itu ada dalam simpanan beliau.

-kaya la aok bila dia mati esok,kata saya .

ib, terima kasih atas segala dan semoga engkau tenang disana. al-fatehah.

Sunday, February 15, 2009

kampong pandan dua

-orang yang duduk rumah bersambung bumbung rumah dia dengan bumbung masjid pon belom tentu datang semayang. datang masjid ni hidayah bai, hadiah dari tuhan. tanda dia sayang kita,kata kawan saya yang tabligh. Gigi beliau lebih mancung dari hidung saya.

Di masjid tempat saya sembahyang isya dan kadang-kadang jumaat(saya sembahyang dibanyak masjid supaya senang masuk sorga),bilalnya datang untuk azan kemudian berdiri di saf dan iqamah kemudian balik ke rumah tidak berjemaah.

Setelah lebih dua bulan dan setelah ditanya beliau memberi alasan sakit kaki.

Selang beberapa lama, datang pula seorang lelaki yang juga sakit kaki. Dia berjalan menggunakan tongkat di ketiak dan sembahyang diatas kerusi. Bilal pujaan kita ini seperti juga kebanyakkan kamu masih tidak nampak betapa tuhan menghantar alasan supaya dia turut serta dalam jemaah yang di panggil.

Dia kekal azan,iqamah dan pulang kerumah sehingga semalam.

Demikian selingkar kisah dari dalam masjid untuk hiburan ringan kamu. Sengaja saya ceritakan sebagai laporan kerana saya tahu kamu terlalu sibuk. Mana mahu marahkan sultan, mana mahu marahkan yahudi.Belum lagi dicampur masa mengauli isteri.

Banyak para isteri gemar suaminya sentiasa dirumah kerana dengan yang demikian dia sumpah pasti suaminya hanya milik dia abadi.Gila apa galakkan suami ke masjid. Orang masjid biasanya sibuk tambah isteri. Buatnya dia terpengaruh.

Gila apa kongsi kote.

ps:

floy,tulisan kamu yang itu rasanya sudah dibaca banyak orang. jadi hantarkan satu tulisan yang belum disiarkan kepada saya.

saya lupa siapa yang minta alamat email saya untuk bertanya tentang lukisan. walaupun terluka kerana kamu tidak tahu alamat email seorang yang amat hebat seperti saya,saya berikankan juga disini; jonesabdullah yahoo co uk.

sebenarnya saya mencari rakan duet untuk menulis disini,berminat sila email saya.

lukisan abu yusof,radzuan dan saya sedang di pamerkan bersama pelukis lain di balai senilukis negara. Pergi beli jika mampu atau jika tidak,pergi tengok-tengok. jangan duduk kekal bodoh seni.

saya cuti sehingga minggu depan. siapa di melaka dan terengganu angkat tangan.

Friday, February 13, 2009

kampong mpk

Berkawan ini ada adapnya. Jangan dibuka aib sahabat dan bantu masa dia kesusahan. Jika tidak ada perkara yang baik untuk diucapkan mengenai sahabat kamu, maka, diam adalah lebih baik.Tidak perlu membuka mulut hanya untuk popular.



http://masauntukdiam.blogspot.com/
aku dan timun berasmara bersama.

this is written specially for you, longlegs. as you may stalk my blog.
i know you and your friends do.

yet i know, you are nothing more than a whore, because you are so cheap, making nonsense about others to cover up your own humiliating story.

it's a good step though, to tell my long lost friends such a story, because one of them is generous enough to tell me what you've told them, a complete untrue-and-you-trapped-yourself-in-your-own-trouble story.

i am sorry i so know this would happenned because you wont stop yourself and be so passive. you are not that kind of bitch i knew. i wonder why you did that before, and i know, things happened for a reason and you got yourself one.

dont even try to be blair warldof because you are so damn uglier than her, and you cant afford yourself to buy expensive things and steal others' belonging and you ate at TGI Friday because you have their coupons.

and dont make such a stupid story, find a realistic one. BECAUSE I DONT DO SEX WITH CUCUMBER. BECAUSE I'LL PUT A REAL PENIS IN MY VAGINA IF I WANT ONE.

what is on earth you think cucumber'll turn me on? this thing made me and my friend laugh all day long because as we thought you only have your legs and drag-queen figure to depend on, not your brain.

so, try again to humiliate me, fugly slut. wait till i see you in front of my face. nah, it's not a threat, because you knew me well.

Wednesday, February 11, 2009

jalan tengku mahmud

Ini tulisan yang saya ambil dari siribercakapdenganwawa.blogspot. Saya suka judul blog ini dan saya suka para remaja.

Jika kamu remaja dan mahu siarkan tulisan kamu disini,beritahu saya.



Marry Me

Baru pulang dari menonton 'Bride Wars.' Cerita yang singkat [ tak sampai 1 jam 1/2 ].

Terbayang akan adegan proposal antara Emma [ Anne Hathway ] dan boyfriendnya. Bubuh cincin dalam fortune cookie. Sweet. Romantik.

Proposal yang romantik tu macam mana?

Adakah meletakkan cincin dalam kek tiramisu yang sedang dimakan oleh awek? [ada kemungkinan tercekik dan mati kempunan tak dapat kahwin ] Apa romantik itu adalah dengan menyewa billboard yang menulis kalimat ' Will you marry me?' dengan font yang besar gedabak dan warna yang terang-benderang? [ boleh menyebabkan eksiden sebab silau ] Atau berlutut di tengah-tengah restoran?

Definisi proposal yang romantik bagi aku : buat treasure hunt / peta harta karun kasi aku pulun sikit cari. Tau-tau titik peluh aku menghasilkan buah yang amat manis.

Bagaimana dengan anda? [ kalau anda cowok, cara mempropose ya. ]

By the way aku selalu tertanya-tanya, macamana si boyfriend tau size jari girlfriend dia? Dalam tv asal nak sarung cincin je, sure muat-muat. Tak pernahnya longgar / tak muat. Ajaib.

Oh,
Tadi baru renew pasport di embassy. Sepanjang proses renew tu, aku cuma mengangguk dan tersenyum je bila immigration officer tu ajak bersembang. Kalau jawab pun suara perlahan je. Sepoi-sepoi bahasa.

Aku bukan sombong. Aku cuma tak sempat breakfast pagi tadi.

Takut mulut bau busuk.

Monday, February 09, 2009

jalan kampong jawa

Lama dulu, jika ada gambar Shiela Majid di akhbar atau majalah, Mok Tun akan gunting dan simpan. Bila saya ke rumahnya, dia akan berikan kepada saya. Mungkin dia pernah dengar yang saya sukakan penyanyi itu. hanya gambar yang digunting tanpa berita. Mok Tun buta huruf.

Rasanya tidak ramai yang mempunyai sejarah hidup seperti beliau.Suaminya rebel awal politik melayu. Di buang oleh arwah Tun Razak kerana politiknya. Menderitai penyakit yang sama dengan arwah Tun. Tiada akhbar bahasa melayu yang sanggup menyiarkan rayuan mengutip derma bagi menampung perbelanjaan perjalanan ke negeri China bagi mengubati penyakitnya. Rayuan itu hanya disiarkan diakhbar berbahasa China. (saya cuba mencari keratan akhbar itu,tetapi tidak ditemui)

Suami Mok Tun akhirnya meninggal dunia sebelum sempat kutipan derma membuahkan hasil. Rasanya ketika itu saya dalam darjah 4 atau 5.

Rumah Mok Tun adalah rumah saya dan anak-anak Mok Tun juga adalah seperti adik-beradik saya terutama si Nor. Kami satu sekolah dari rendah hingga menengah. Selepas menengah kami berpisah dan bertemu sekali setahun jika ada rezeki.

Penyanyi Seha adalah anak perempuan Mok Tun.

Khamis lepas Nor datang ke galeri dan mengajak saya keluar menemani beliau dalam urusan kerjanya di sini. Saya bertanya khabar Mok Tun. Kata Nor,Mok Tun kurang sihat,tidak lalu makan. Mok Tun tinggal bersama Nor di Kuala Lumpur. Saya berazam untuk ke Kuala Lumpur minggu ini menziarahi beliau.

Kira-kira jam 11:30malam Sabtu lepas, Nor menalipon saya, Mok dah takde,katanya.

Mok Tun meninggal dunia setelah sembilan tahun sakit.

Jadi juga saya menziarahi beliau.

Friday, February 06, 2009

bandar damansara*

*bukti kekreatifan orang kuantan menamakan tempat.


Mulanya saya masih mahu bercuti dari menulis. Namun setelah melayari banyak blog untuk mengambil tanpa izin tulisan mereka dan diletakkan disini,saya dapati tidak ada yang sehandal saya menulis.

Sementara menunggu kamu yang tidak bertelor dan kelangkang hancing menghantar tulisan kepada saya, molek rasanya saya menulis sedikit.

Tambahan pula setelah terlihat iklan rayuan derma felestin ditivi oleh makcik yang berselirat rantai dan gelang,anting-anting dan subang yang jika itu sahaja,yakni,rantai dan gelang,anting-anting dan subangnya,didermakan,maka rasanya selesai sebahagian masalah pembetongan najis di gaza sana.

Kasihan benar saya kepada beliau kerana sedaya upaya bercakap dengan nada hiba dengan airmuka yang cuba disedihkan lalu mencuba meraih simpati umat agar menderma
sedangkan wajahnya kekal terkejut.

Sedikit yang ingin saya tulis adalah betapa malangnya politik Malaya Megah ini. Dan betapa bodohnya kamu dalam hal memilih pemimpin.

Dibawah ini adalah puisi hiba yang mungkin ada kena-mengena dengan keadaan politik semasa atau juga mungkin tidak. Namun saya menulisnya hanya untuk meningatkan kamu tentang betapa handalnya saya.

perjuangan kini
dibayar cuma
dengan mungil
beberapa amoi china

melihatkan mulus
gebu kulitnya
senapang dibidik
tersasar
pejuang melangkah
memijak jerangkap samar
dalam sadar

ps:wann,idea menulis sentiasa ada,cuma malas. lily,tulisan kamu itu tidak sesuai disini lalu saya letakkan diblog tribut sebelom mati saya.dan ubi, saya bukan rajin untuk memilih tulisan kamu,cari dan hantarkan kepada saya linknya.

kemaskini:
'lupa nak tanya, pipiyapong boleh tulis sajak? mana boleh,dia orang lipis' sepatutnya ditulis selepas sajak.harap maklom.

Tuesday, February 03, 2009

bekelah

Yang jantan tak ada telor, yang betina kencing tak basuh adalah anggapan saya terhadap kamu apabila tidak ada yang mahu tulisan mereka disiarkan disini.

Berikut adalah tulisan yang saya ambil tanpa izin dari blog si Meor. Saya tahu dia tidak akan marah kerana seperti kamu, dia juga sayangkan saya.

GILA MUSIK-PART 12
Posted by meor in Catatan on 01 28th, 2009 |

Itulah…itulah dan itulah yang aku tahu dan faham..Jadinya juga,aku pun selalulah melepak di Luncai Emas studio…mencuba untuk menjadi artis rakaman yang ha ha ha..Dari situ aku pun kenallah pemusik-pemusik Nasir..Firdaus,Nan,Rafi.Diorang ni lah yang selalu buat arrangement untuk album Nasir dan artis-artis lain.Actually untuk album aku,sepatutnya simple..tapi nak di Pop kan untuk mengikut citarasa masyarakat.Zahid,Opie Bloodshed,Nan,Rafi,Jay Jay…diorang ni session untuk album aku.

Yang jaga vocal aku Usop,dan aku memang rapat dengan dia.ada lepak tidur rumah dia juga yang masa tu tinggal di area situ..Keon pun aku rapat juga..dia ni biras Nasir..masa aku join Luncai,dia pun baru join juga.

Proses rakaman yang panjang dan tersangkut-sangkut buat aku bosan sebenarnya…Duit pun makin tak ada..yang jadi sangkutnya sebab Luncai,yang mana Bosnya arwah Nana,suami Nasir..Nana ni business minded.

pernah Firdaus merungut masa dia back up show Nasir.Canggung Mendonan di Stadium Negara,payment rm 800..entah apa yang ditolak…at the end dapat rm 40 je hahahaha…….ambik advance banyak sangat kot.Nana pun pernah bergaduh dengan Nasir sebab aku nak mintak advance duit.6 bulan album tak siap lagi…Nasir ni dia tak kesah juga..Cuma Nana very straight.hehe..

Ada satu part yang aku tak boleh lupa,Nasir ada kata.Hidup ni macam permainan Chess,ada Askar,kuda,king,queen.but king tu tetap king la,penggerak ni askar.So Askar-askar yang dibawah kena move untuk menghidupkan King dan Queen.haha..

Lebih malang lagi kalau duduk bawah shadow Nasir…sebab aku sign juga as a Composer..Orang datang mintak lagu,diorang cari lagu Nasir je.Dan Nasir ni kalau tak ada kepentingan pada dia,pergi mampus la orang lain..sebab dia memang selfish.dan itu yang membezakan sikap dia dengan Iwan Fals.

Pernah sekali tu beberapa tahun selepas aku jadi artis diorang,si Opie datang dengan aku ke Luncai Emas,nak lagu Nasir..so dengarlah demo dia dalam kereta aku,hancuss..just la la la,lepas tu..ada sikit melodi..aku pun cakap..lagu apa macam ni?hahaha…lepas tu Opie kata..nanti aku sambung-sambungkan la..nak pakai nama dia je…hahahhahahaha….Bodoh betul kau ni………….Inilah sebabnya masyarakat kita selalu dibodohkan,dalam musik ke,dalam politik ke..sama je..Nasir ni dia peduli apa..janji dia boleh buat duit dan makin kaya,dan aku nak tergelak la kalau orang kataNasir ni Sufi..hahahahaha…..sebab lagu-lagu dia konsepnya kesufian……hahaha..ok le tu..

Bagi aku personally,Nasir ni tak ada Telor..itu saja…haha…

Bodoh pun ia juga,sebab lu sudah ada Production,lu sudah aada duit,lu sudah ada nama besar..distribute la sendiri,macam album aku…not more than rm 10000 ringgit pun..just release la buat cara indie..ni sebab nak kan untung lebih dan terlalu memikirkan keuntungan…gagal..

Aku half-way aku bilang..aku give-up nak continue recording…lepas tu dia cakap..duit aku dah habis rm 40,000 kau tak tau..hahaha..

Aku pun blah dari Luncai..album masa tu dah 70%siap…pergi mampus la,apa ada hal pun..hehe…

Aku jadi pemusik sepenuh masa..masa tu pertengahan tahun 1994 kalau tak silap…aku join member,Phillip dan James,kitorang main di PJ dan area-area KL..main di Pub ni..pun leceh juga..siang dok praktis..praktis dan praktis………..aku tinggal dirumah James masa tu di Gombak..ada anjing 2 ekor kat rumah dia,.hahaha……….tak la senang pun..biasa je..Phillip ni aku dah anggap macam abang aku la..kitorang rapat..dan aku respek dia as a friend..until now..dia banyak tolong aku..

Friday, January 30, 2009

kubang ikan

Jika kamu rasa tulisan kamu bagus (macam tulisan saya) dan mahu ianya disiarkan disini, hantar kepada saya. Dibawah ini saya siarkan tulisan Drirwan yang saya petik dari blog beliau. Link ke blog beliau ada dalam senarai sebelah kanan sana.

Rabu, 28 Januari 2009
2006.7 Pengetahuan Am

Aku ialah salah seorang pensyarah yang dikehendaki mengajarkan isu-isu semasa kepada pelajar Jabatanku. Maka aku sangat kecewa pada minggu lepas apabila menemu duga pelajar yang mahu dihantar ke Korea untuk program pertukaran pelajar kerana aku dapati pengetahuan am pelajar amatlah sedikit.

Dalam konteks temu duga yang tersebut, pengetahuan am yang ditanya berkisar sekitar negara Malaysia dan UM, serta sedikit tentang negara Korea.

Lupakan tentang Korea.

Merujuk kepada pengetahuan am pelajar (Tahun 3), amatlah tidak munasabah kedangkalannya.

Ada pelajar yang tidak dapat menyebutkan nama Perdana Menteri Malaysia, apa lagi Meneri Pendidikan Tinggi! Ramai yang tidak tahu siapa Menteri Besar (atau Ketua Menteri) negeri asalnya. Ada yang tak boleh sebutkan walau satu pun nama Menteri Besar (atau Ketua Menteri) di Malaysia.

Ada yang kata, penduduk Malaysia masa kini ialah 200,000. Apabila diberitahu penduduk KL sahaja sudah 4 juta, mereka terperanjat!

Tanya siapa Naib Canselor UM, pun tak tahu. Nama Dekan Fakultinya sendiri pun tak tahu. Jangan kata nak tanya Timbalan NC atau Timbalan Dekan!

Apabila budak-budak universiti tak tahu semua hal ini, siapakah yang salah, mereka sendiri (kerana tak mahu ambil tahu hal sekeliling) atau personaliti-personaliti yang berkenaan (kerana gagal menonjolkan diri masing-masing)?

Dalam kekecewaan aku semasa temu duga itu, ada juga jawapan yang aku anggap menyeronokkan:

Kenapa orang bukan Melayu tak boleh jadi PM Malaysia? Boleh, untuk 22 tahun, PM Malaysia adalah dari kaum India!

Siapa yang mentadbir Malaysia? Datin Seri Rosmah!

Hahaha...

Friday, January 23, 2009

hutan setali

Kerana masih bergenjat maka saya ulang siar tulisan lama ini. Agak panjang kerana saya menyiarkan empat tulisan sekaligus.

Friday, December 02, 2005
sayang

' bang, Jah ingat nak buat kenduri kesyukuran sikit la ujung minggu ni '. kata Kak Jah pada Abang Man semasa siaran iklan takala mereka menonton rancangan kegemaran mereka, al-Kuliyyah. Perbincangan al-Kuliyyah hari ini bertajuk ' Betapa Pentingnya Sumbangan Besar Proton Wira Terbaru Didalam Pembebasan Masjid al-Aqsa '. Bersemangat sungguh ustad janggut oren memberi hujah membenarkan tajuk itu tadi.

' kenduri kesyukuran? anak kita yang mana lulus perisa? ' tanya Abang Man. Ada rasa terkilan di hatinya kerana tidak di beritahu tentang kejayaan anaknya di peperiksaan.

' ishh abang ni, abang ingat kene nanti anak lulus periksa je baru boleh buat kenduri? Kita ni orang Islam bang, mesti sentiasa bersyukur. Banyak nikmat-nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. ' Kata Kak Jah. Abang Man terharu. Memang tepat pilihannya dulu walau di tentang hebat oleh ibunya sendiri. Inilah dia isteri mithali, katanya di dalam hati.

' Habis tu nikmat yang mana kita nak bersyukur hujung minggu ni? ' tanya Abang Man.

' alah, kan kad kredit abang yang baru dah di luluskan, lagi pun kan Kak Cik dah ada boifren, kene la kita buat majlis sikit, bersyukur. ' jawab Kak Jah.

' boifren? sapa? ' tanya Abang Man sedikit terkejut dalam gembira.

' tu yang datang hari raya dulu tu, ' terang Kak Jah.

' yang bawak kereta makan tanah tu? ' tanya Abang Man minta kepastian.

' bukan makan tanah la bang, lo-werd la, looo-werd. ada ke makan tanah, apa la abang ni ' jawab Kak Jah. Tersenyum-senyum dia melihatkan kebodohan suaminya itu. ' makan tanah, ishh, hubby aku ni, jahil merokap ' katanya di dalam hati. Geli hati benar dia.



Demikian tadi FAJAR DI BUMI PERMATA (suara Nuri Angkasa) ...eh silap. Demikian tadi gema Jumaat untuk kali ini. Majlis menjemput kumpulan KEMPUNAN* untuk menyampaikan senamrobik.


* Kumpulan Para Datin Yang Suami Mereka Kalah Pilihanraya (kecil atau umum).

Friday, December 09, 2005
kasih

-bunyi talipon bimbit dengan nada dering lagu Rabbani-

Kak Jah: Assalamualaikom, Kak Jah bercakap, siapa disana tu?
Kak Cik: Mak, orang ni.
Kak Jah: Tau, mak saja je gurau,hehehe... (Kak Jah memang begitu, suka bergurau)
Kak Cik: Mak, orang tak balik malam ni.
Kak Jah: Kenapa?
Kak Cik: Ada JPJ buat road-block, kawan orang takut nak hantar. Kereta dia cermin gelap.
Kak Jah: Habis tu kamu nak tidur dimana?
Kak Cik: Bilik kawan orang la.
Kak Jah: ishhh kamu ni. Kamu mana ada bawak berus gigi. Malu kat orang gigi tak gosok.
Kak Cik: alaa mak ni, nanti orang beli la. Orang memang nak pi seven-e pun, nak beli barang sikit.
Kak Jah: ia la, ia la, duduk elok-elok rumah orang tu. Esok pagi jangan tak suboh pulak.
Kak Cik: Orang tau la. Ok mak, esok petang orang balik.
Kak Jah: Ok, assalamualaikom.
Kak Cik: (yahoo!)

Friday, December 16, 2005
lagi

i

seperti yang di jangka, Kak Cik mengandung tanpa nikah.

Kak Jah di tikar sembahyang dan memakai telekung yang di beli di Indonesia. Dia baru sudah sembahyang Maghrib (yang semalam tertinggal sebab sibuk ke pasar malam)

Kak Jah: Mengapa ya Allah? Mengapa Engkau uji hambaMu ini dengan begitu berat ya Allah? Tidak tertanggung rasanya ya Allah akan ujian ini. Mengapa Ya Allah, mengapa Engkau izinkan Kak Cik mengandung? Mengapa ya Allah.

Kak Jah bangun sambil mengesat air mata dan air hidung menuju ruang depan. Kelihatan Abang Man dan Kak Cik sedang asyik menonton tv siri Kisah Benar.

Kak Jah membuka telekung, dan teresak-esak.

Kak Jah: Kenapa Kak Cik? Kenapa buat macamni? Kak Cik tak sedih ke tengok mak sedih?
kenapa Kak Cik? Kenapa? Kenapa Kak Cik? Kenapa? (sambil mengoyang-goyangkan tubuh Kak Cik)

Kak Jah: Kenapa Kak Cik? Kenapa? Kenapa Kak Cik? Kenapa Kak Cik tak suruh dia pakai kondom? Kenapa Kak Cik?

ii.

Kak Cik : Memang selalu dia pakai pun, tapi ada sekali tu, bocor. Kak Cik dah suruh dia berenti, tapi dia tanak. Kak Cik biarkan aje la. Kak Cik takut dia marah. Kak Cik sayang dia.

iii.

Kak Jah: Kenapa Kak Cik? Kenapa? kenapa Kak Cik? Kenapa? (memegang kedua-dua bahu Kak Cik dan mengoyang-goyangkannya)

Kak Jah: Kenapa Kak Cik? kenapa? Kenapa Kak Cik? kenapa? Kenapa Kak Cik? Kenapa kak Cik tak suruh dia pakai kondom mahal? Kenapa Kak Cik? Kenapa?

Abang Man bangun perlahan-lahan sambil mendengus lalu keluar dari rumah. Dia memang begitu, tidak suka rumahnya bising-bising. Dia orang seni, sukakan kedamaian.

Kesian benar saya melihatkan Kak Jah, menangis dia tak henti-henti. Menarik-narik rambut dan memukul dadanya sendiri. Sedih benar saya melihat Kak Jah. Saya yang menulis kisah ini pun hampir menangis.


Demikian tadi gema Jumaat untuk minggu ini. disebabkan minggu ini kita semua sedih dengan malang yang menimpa Kak Jah, maka majlis tidak menjemput sebarang selebriti. Mari lah kita sama-sama membaca al-Fatihah buat di hadiahkan kepada ibu-bapa, anak-anak,adik-beradik,saudara-mara, jiran tetangga dan seluruh umat Islam yang telah meninggal dunia. al-Fatihah.

Friday, December 23, 2005
malang

Kak Jah duduk di almari solek. Dari jauh kedengaran suara dari radio..,'kau kunciiiiii (lip.lap.lip.lap) cintakuuuuu (lip.lap.lip.lap.) didalammm hatimuuuu..'(lip.lap.lip.lap) .Dia mencalit sedikit gincu kebibirnya. Sedikit bedak ke pipinya. 'Untuk suami' katanya didalam hati.

Kak Jah bingkas bangun sesudah bersolek dan keluar dari bilik. Di ruang tengah Kak Cik sedang menunggu. 'Lama sangat la mak ni bersolek, letih orang tunggu'. Kak Jah cuma diam. Dia tahu Kak Cik masih belum faham bagaimana untuk mengembirakan suami.

Mereka berjalan keluar dari rumah.

Jiran : Eh! Kak Jah, nak kemana lawa-lawa nih?
Kak Jah: Nak pi Balai Polis sat.
Jiran : Balai? Nak buat apa? ic hilang ke?
Kak Jah: Dak. (sambil berjalan merapati jiran dan berbisik kepada Jiran) Kak Cik kena rogol. Dah empat bulan mengandung.
Jiran : (terkejut) Hah! Sapa buat?
Kak Jah : Kamu ingat budak yang bawak kereta kuning yang selalu datang ambil Kak Cik tu? Dia la. Tak sangka ye, baik je muka dia.
Jiran : a ah.
Kak Jah: Kamu jangan bising-bising, malu Kak Jah.
Jiran : a ah. ( tidak semena-mena muka Makcik Gemok hujung jalan melintas di fikirannya).

Jiran : Habis tu Kak Jah tak pi la undi kutu tengahari nanti?
Kak Jah : Tengok la, kalau sempat Kak Jah datang la, kalau tak sempat kamu tolong la cabut undi Kak Jah.
Jiran: ok.

Kak Jah dan Kak Cik meneruskan perjalanan.

tamat.

Drama itu tadi di bintangi oleh:

Asmahani Husain sabagai Kak Jah
Kiera Knightley sebagai Kak Cik
Azizah Mahzan sebagai Jiran
Musthapa Kamal sebagai Abang Man
Afdlin Shauki (tanpa solekan) sebagai Makcik Gemok

Thursday, January 15, 2009

tanjong lumpor

Saya ikut Pyan Habib, gencatan memblog.
.
.
.
.
Saya ingkari gencatan ini sekadar untuk menyatakan kesedihan atas perilaku cemar keatas rumah tuhan saya. Saya teramat sedih.Saya harap mereka yang melakukannya,jika muslim,segera meminta ampun kerana tuhan saya amat berat hukumannya.

Yang patut di-babi-kan adalah politik. Bukan rumah tuhan saya.

Friday, January 09, 2009

jabor

Jika kamu berusia 23 tahun dan keatas dan di takdirkan memiliki kereta buatan Malaya, yang jika di perhatikan betul-betul,seakan-akan muka beruk,(bahkan jika kamu dalam lingkungan usia tersebut dan memiliki sebarang kereta) maka tidak perlulah kamu meletak pelbagai pelekat yang menyatakan kamu ini milik kelab kereta itu-ini.

Kamu juga tidak perlu menukar warna lampu tingi dan rendah kepada warna yang menyilaukan mereka yang datang dari hadapan.Juga, jangan menukar warna lampu isyarat belok dari jingga kepada putih atau menghitamkan terus warna merah pada mana-mana lampu. Jangan melekatkan pita hitam pada mana-mana bahagian cermin kereta kamu itu.

Patung-patung kapas yang comel juga kotak kertas tisu berwarna-warni juga wajip kamu hindari dan apa juga warna lampu dasar kereta samada biru,samar atau pun kelabu janganlah kamu jadikan hiasan.

Kerana, walaupun kamu berkemeja sendat di pinggang dengan rambut terpacak berminyak. Walau kaca-mata penghadang cahaya matahari kamu berbingkai putih dan sepatu kulit berkilat memancar. Hatta jika jam tangang kamu sebesar penumbuk sekalipun dan kereta kamu di lengkapi sistem bunyi yang paling canggih yang pernah di lihat manusia, kamu akan tetap tidak akan sebergaya saya dan yang paling penting adalah kamu tidak akan dapat menyembunyikan hakikat betapa bodohnya kamu.

Oh! Kebodohan kamu akan lebih terserlah jika kamu calitkan mana-mana bahagian kereta kamu dengan tiga warna.

Terlanjur bercakap mengenai kereta, 'AWAS KAWASAN KEMALANGAN' adalah kata pada papantanda yang tidak sepatutnya ujud. Jika di ketahui jalan berkenaan bahaya, perbetulkan. Jangan tunggu anak menteri mati di kawasan berkenaan baru mahu di perbaiki kerana anak-anak kami juga ada perasaan.

Saturday, January 03, 2009

semambu

Bila saja Islam atau umatnya diperbudak, kamu akan segera hantar memo,berpiket,marah,berforum,bakar bendera,merancang untuk memboikot itu ini atau jika kamu dari Indonesia,kamu akan bersumpah untuk menghantar pejuang syahid segera ketanah malang itu. (Seribu kali bersumpah oleh sejuta umat Indonesia,namun belum pernah seorang pun yang kita dengar syahid dimana-mana) Namun setelah selesai segala tindakan yang pada zahirnya nampak amat berani,kamu pulang dan tidur selesa dirumah.

Lalu orang seperti saya akan mula menulis perihal tidak puashatinya saya tentang segala pembunuhan dan tindak jahat yang menimpa Islam. Selesai menulis, saya akan keluar minum bersama kawan-kawan,bergelak ketawa dan berpuas hati kerana saya nampak amat perihatin kepada umat dan agama saya.

Maka,layaklah kamu dan saya kekal duduk dalam murka MAHA KUASA.

Tuesday, December 30, 2008

telok mahang

Setelah semua setuju yang malam Jumaat adalah MALAM KONGKEK KEBANGSAAN atau lebih dekenali sebagai Malam Kok, maka saya sarankan siang harinya di istiharkan sebagai HARI MEMBERI SAKIT HATI KEPADA SIAPA SAHAJA DENGAN MELETAKKAN KERETA IKUT SUKA HATI APABILA KE MASJID BERSEMBAHYANG JUMAAT atau untuk memudahkan sebutan,saya sarankan MENCALAT sebagai kependekkannya.

Hanya kerana kamu ke masjid untuk bersembahyang Jumaat,kamu merasakan yang kamu bebas semua undang-undang. Kamu meletak kereta berlapis-lapis di tebing jalanraya kerana kamu sedang berhubung dengan Yang Maha Besar.

Kamu beruntung kerana jika kamu bersalah dengan Yang Maha Besar, jika kamu bertaubat,insya allah,kamu akan di ampun. Namun jika kamu menghalang kereta saya hanya kerana kamu bersembahyang Jumaat dan MENCALAT, maka bersedialah untuk melutut di depan saya di akhirat nanti. Dan percayalah, saya yang sangat penuh dengan kasih sayang ini, diakhirat nanti akan hanya mementingkan kesejahteraan akhir diri saya sendiri sahaja.

Kamu juga berpendapat semua kafir yang melalui jalan sekitar masjid langsung tidak mempunyai hak hanya kerana kamu perlu sembahyang Jumaat. Mereka ahli neraka, sedang kamu adalah tunangan sorga firdausi. Maka kamu dengan sombong menghalang semua lalu lintas kerana selain kamu adalah pendosa. Kemudian kamu marah apabila Islam kamu di hina.

Kemudian dari itu kamu benarkan anak-anak kecil, anak-anak kamu yang masih di sekolah rendah menunggang motosikal sesuka hati di hari Jumaat.Melatih supaya mereka rajin kemasjid,kata kamu. kepala hotak kamu,kata saya.

Cuba buka mata dan lihat apa yang dibuat oleh kanak-kanak ini. Mereka ke hulu-ke hilir berlumba sesama sendiri bahkan ramai yang langsung tidak bersembahyang melainkan berbuat bingit di hadapan masjid.

Anak-anak kamu inilah yang kamu latih untuk menjadi kumpulan remaja bodoh yang berbondong-bondong memandu tanpa tujuan.

Namun, apa yang mahu kita hairankan jika pak menteri ketua agama juga ahli kumpulan menunggang membuang masa.

Apakah salah seorang ketua agama negara menjadi penunggang motosikal tegar? Ianya adalah kesalah besar apabila apa juga kegiatan yang dilakukannya disertai dengan kebodohan. Dan menunggang motosikal tanpa tujuan adalah kebodohan mutlak.

Adakah semua ketua agama mesti berjubah dan duduk di masjid? Jangan tanya soalan bodoh.Pergi tengok drama tivi, banyak pengajaran disana.

Dan hari Jumaat juga adalah hari bebas toli keledar. Apa, kepala orang Islam menjadi kebalkah di hari Jumaat?

Monday, December 22, 2008

bukit ubi

Setelah difikir dan dikaji, (ya, kamu boleh menambah perihal kehebatan saya kepada dua lagi iaitu pemikir dan penkaji kedalam senarai yang sedia ada, saya izinkan. Dan saya juga dengan ini mengistiharkan diri saya sama taraf hebatnya dengan P. Ramlee. Pada 02.04.2009 nanti saya akan istiharkan diri lebih jauh hebatnya dari beliau.Pada tarikh itu nanti,jika saya lupa,tolong ingatkan).

Bebalik kepada pemikiran dan kajian saya tadi, setelah mengambil kira kecerunan bukit-bukit di Malaya dibandingkan pula dengan segala bukit yang ada di merata alam. Ditambah pula dengan kajian taburan hujan dan suhu purata tanah Malaya. Lalu di bahagi dengan kepadatan penduduk yang mendiami lereng,cerun dan puncak bukit-bukau sama ada secara memang hak atau secara merompak hak.

Di tambah pula dengan luas lebarnya tanah sekeliling lalu lelaki dan perempuan yang tidak mahu menutup aurat kerana berpendapat YANG MAHA KUASA tidak memandang luaran seseorang dan yakin mereka bebas memasuki sorga yang mana disukai kerana keyakinan itu, yang ditugaskan untuk membuat bancian membawa pulang hasil yang mengatakan..

Oh!kajian ini juga membawa saya kepada peristiwa air besar di tanah Atjeh dan peristiwa gempa di Parsi tidak lama dahulu. Semua peristiwa besar ini memberi sumbangan yang bukan sedikit kepada kajian ini.

Malang sedikit kerana terdapat bahagian-bahagian dalam kajian ini didapati melalui pembacaan,(ya,saya memang ahli membaca walau tidak berkaca mata. Mungkin kerana saya memilih bacaan yang halal maka rezeki mata saya masih tidak memerlukan bantuan. Bukan seperti kamu. Bermata jahat.

Konklusi dari kajian saya mengatakan yang semua bukit bukau di Malaya adalah selamat, jika sekiranya di bina masjid di mana-mana puncak yang mahu di tarah.

Gunung Kinabalu dan Gunung Tahan juga adalah bebas dari risiko keruntuhan jika sekiranya dibina masjid diatasnya.Segala kayu-kayan boleh di tebang, hatta jika bukit bukau dan gunung-ganang itu di gondolkan sekalipun,ianya masih selamat jika kamu sudi mempraktikkan hasil kajian saya ini.

Apakah kami perlu sembahyang di masjid-masjid yang kami bina itu? Kamu bertanya dengan teramat cemas. Tidak perlu, jawab saya dengan teramat yakin.

Seperti mana kamu hanya perlu membayar premium insuran sekali sebulan, kamu juga hanya perlu ke masjid di hari-hari yang dikhaskan sahaja yakni, hari jumaat, dua hari raya, hari menikah kamu atau anak kamu dan hari mamposnya kamu.

Percayalah, kajian ini dilakukan dengan penuh kasih sayang dan tidak sesekali saya mahu mengambil untung darinya.

Mentelah pula saya tahu yang kamu memilih untuk mendiami bukit dan hutan itu hanya sanya kerana kamu ingat dekat dengan Maha Pencipta dan juga mahu mencium bau-bau yang datangnya dari sorga di atas sana.

Kamu langsung tidak berniat untuk mengambil hak kera dan segala haiwan yang mendiami kawasan berkenaan. Kamu juga tidak sangka yang kera dan haiwan itu juga mempunyai hak dalam kumpulan doa makbul kumpulan teraniaya.

Doa saya muga nanti kamu tidak perlu meminta ampunan kera dan haiwan lain di akhirat.

Cuma saya amat terkilan kerana lambat melakukan kajian ini,jika tidak necscaya ratus ribu nyawa yang katanya tidak berdosa akan terselamat dari musibah mati.


Nota kajian; Jika sekiranya kawasan bukit-bukau yang diduduki itu di huni oleh manusia bukan seagama saya, maka disyorkan agar mereka membina apa juga rumah kepercayaan mereka. Walau kajian ini tidak membawa bukti sohih selamatnya rumah kepercayaan lain bila berlaku gempa dan runtuh, dalam negara multi segala ini apa salah kita mencuba.

Tuesday, December 16, 2008

kampong tengah

Mengapa,perempuan-perempuan gemok,apabila berjaya mengikuti program kurus badan,wajip pakai kebaya dan bergaya tonggek buntut diakhbar-akhbar?Apakah maksudnya,mereka kini sedia err.. dituruti dari belakang?

Yang lelakinya pula akan bergaya memakai seluar semasa gemok sambil tersenyum. Apakah maksudnya,setelah melihat kedalam seluar semasa gemok itu dan mendapati apa yang didalam seluar itu tidak ikut kurus lalu mereka gembira?

Mungkinkah ustazah cap obat gigi ada jawapannya?




ps:tiada lagi gaambar diblog ini kerana pertunjukkan kehebatan saya terhad kepada satu dua gambar sahaja.saya tidak selesa pabila kehebatan saya dikongkong jadi sila ke blog TENGOK untuk melihat gambar.

Monday, December 08, 2008

cchabang tige


Berikut adalah sepuluh perkara yang di benci oleh EN.AZMIL MUSTAFA (bukan,bukan pelakon itu. Yang ini jauh lebih kacak) dan isterinya DR.MUNA SABRI;

1. TABUNG HAJI kerana para bakal haji perlu membayar rm90 yuran pendaftaran untuk menunaikan haji walaupun mereka mempunyai setengah juta simpanan di tabung haji.

2. MAJLIS PERBANDARAN KUANTAN kerana tidak meluluskan permohonan PERSATUAN SENI LUKIS DAN SENI REKA KUANTAN agar di bina suatu tempat khas di Telok Chempedak dan di Taman Kerang supaya para pelukis dapat berlindung dari panas dan hujan demi mencari rezeki untuk menanggung keluarga. MAJLIS PERBANDARAN KUANTAN lebih cenderung meluluskan tempat makan kerana orang Kuantan semuanya kebulur.

3. Datuk Shafiq Fauzan kerana sering memberi ceramah agama dalam mesyuarat/forum/dialog untuk menyelesaikan masalah yang di hadapi pelukis. -Kalau setakat sebut duatiga potong ayat quran,hafal duatiga potong hadis, tak payah mesyuarat/forum/dialog Long,kawan pon boleh... Baik kita buat sembahyang hajat. Buat makan-makan,borak-borak kemudian balik. Tunggu MAHA KUASA hantar atap dan simen buat tempat pelukis berteduh.

4. PUSAT KUTIPAN ZAKAT kerana menyerahkan tugas membantu golongan miskin kepada BERSAMAMU. Sementara duit zakat semua diniagakan dengan harapan ianya akan bertambah sedangkan MAHA TAMBAH telah berjanji jika duit itu di bahagi kepada yang berhak, dia yang akan menambahnya.

5. SEMUA STESYEN TELEVISYEN kerana tidak mengulang tayang rancangan WKRP IN CINCINNATI. Dia rindukan LONI ANDERSON.

6. CAKAP-CAKAP UNTUK MENGHENTIKAN PEMBANGUNAN DI CERUN BUKIT kerana ianya akan hanya tinggal cakap-cakap.Sama seperti semua kemalangan. Dia juga tertanya-tanya bagaimana mereka-mereka yang meluluskan pembangunan sebegitu sebagai imbuhan makan suap tidur di malam hari.

7. MAT AKAR KAYU DAN CINCIN BATU AKED ATAU DALAM BAHASA LEMBUTNYA MAT SILAT kerana mereka bodoh.

Ayat dalam huruf besar harus di baca sebagai MAT SILAT SEMUATNYA LEMBUT atau dalam kata lain semua mereka adalah pondan jesteru mereka perlu belajar silat untuk mempertahankan diri dan bangsa.

8. LEBUH RAYA PANTAI TIMUR kerana sejak menggunakannya dari tahun 2007 sehingga kini tidak siap-siap dibaiki.

9. MASJID YANG TIDAK MEMBENARKAN MUSAFIR TIDUR DIDALAMNYA kerana bagi kebanyakkan AJK MASJID, bangunan itu adalah milik peribadi datuk nenek mereka.

10.MAKAN NASI LEMAK DI KUALA LUMPUR kerana semuanya tidak sedap.

Demikian sepuluh perkara yang di benci oleh EN.AZMIL MUSTAFA (bukan,bukan pelakon itu,yang ini jauh lebih kacak) dan isterinya DR. MUNA SABRI.

Di lain masa kita akan membaca pula sepuluh perkara yang dibenci oleh En. QAIRE BIN MAMAT yang jika di kampungnya di panggil YIE,namun apabila ke KUALA LUMPUR dia akan memperkenalkan dirinya sebagai KEW,macang QUE HAIDAR dan isterinya DR.AZLINA ABDUL AZIZ (bukan,bukan penyanyi itu, yang ini jauh lebih kuat menangis dari yang itu).

-Gambar diatas adalah ikhsan ;
  • galeri abid
  • -

    Wednesday, December 03, 2008

    cik pa, ustazah bahasa inggeris al-ihsan


    -kepala paip pon curi? kata Haji Mat Nor Bin Rahmat, imam lulusan empat senawi surau Taman Guru,Jalan Gambang, Kuantan. Dia pencen Jabatan Pertanian dan berasal dari Melaka.

    Satu kepala paip disurau pimpinannya dicuri orang.

    Diwaktu yang sama di tempat berlainan, Mahaguru Datuk Sir Tuan Muser (ACCA),seorang guru silat melayu merangkap doktor peribadi kebanyakkan orang melayu,eh!! silap!silap!, orang cina, tersenyum-senyum memegang kepala paip surau,kepala paip suci.Dia yakin nanti bila perempaun itu datang kepadanya,wajip sembuh.

    Tidak seperti bomoh yang menggunakan biji tasbih itu.Dia dan anak muridnya yakin dia lebih hebat.

    Dia cuma ralat sedikit kerana silap memberi arahan. Anak muridnya hanya mengambil kepala paip sahaja. Batang paip yang panjang sekaki setengah itu mereka tinggalkan.

    -pendek sangat,katanya dalam hati.

    Lalu kamu pun terbayang macam-macam.

    Wednesday, November 26, 2008

    kassim dispensary



    Ada yang berpendapat, antara punca besar masalah makan suap dikalangan ahli pemerintah adalah kerana kurang atau kecilnya pendapatan mereka-mereka yang berkhidmat. Kerja yang dibebankan tidak setimpal dengan khidmat yang diberikan. (Walau pun boleh ketawa dengan kenyataan kerja banyak itu, namun kita hadkan diri dari melakukannya.)

    Jika kita mahu mengikut kata pandai agama yang ketahanan kepercayaan adalah penghalang utama makan suap, maka kita akan memperlekehkan kenyataan gaji kecil sebagai punca makan suap. Namun kita tidak mahu lakukan itu kerana para pandai agama adalah musuh utama kita selama mana apa juga hukum dan panduan tidak termasuk dalam selesa temolok kita.

    Maka mari kita katakan yang punca utama makan suap adalah kerana kita mahu hidup melebihi kemampuan.

    Kita mahu segalanya melebihi kawan terdekat dan membuat kejutan kepada mereka-mereka yang baru dikenali. Kita mahu kembang hidung dikatakan mampu mengadakan segalanya kepada sesiapa yang tertakluk dibawah telunjuk kita.

    Hidup kita menjadi tidak aman apabila kita perlu makan tiga ringgit kerana mulut dan mata mahu makan tigabelas ringgit.

    Ini semua kerana kita yakin yang tigabelas ringgit itu bukan sahaja akan mengenyangkan bahkan akan mengangkat martabat kita kepuncak yang teramat tinggi.

    Lihat sahaja perbelanjaan untuk memilih ketua yang sedang asyik sekarang ini. Ini rahsia umum yang diketahui ramai bahkan tanpa silu ada yang tahu siapa dan siapa makan dan siapa dan siapa disuap. Bahkan dengan beraninya mereka memberi ancaman jika amalan itu diteruskan,maka kehidupan politik anu-ani akan di matikan. Malangnya mereka tidak mahu menghapuskannya kerana apa? Kerana mereka ada tiga ringgit dan bila nanti mereka mempunyai tigabelas ringgit, mereka akan diam. Mereka juga nanti akan menjadi anu-ani yang diancam itu.

    Lalu kitaran itu akan selamanya.

    Maka jadilah anak-anak kita diasuh untuk memiliki segala-galanya yang benda tanpa ada sedikit pun keinginan untuk sekadar hidup tenang tanpa bebanan. Kita tusuk kepala mereka impian untuk menjadi raja dan jalan yang kita buka adalah melalui permilikkan harta dan benda.

    Kemudian kamu marah kerana saya menjadi diri sendiri. Kamu tinggikan carut-maki kerana kamu lahir dari keluarga suci.Di depan maha kuasa nanti,kamu tunding jari dan katakan, itu!itu! kaki caci maki! humbam dia ke neraka! kerana sorga itu milik ibu dan bapa kamu.


    p/s: ada waktunya saya mahu mengangkat tabik hormat kepada kumpulan sol-jah yang ber-maskara yang sekadar untuk hepi. sekarang, berapa ramai diantara kamu yang sanggup begitu tanpa ada imbuhan yang khas? walau bagaimana pun, saya percaya mereka akan tetap mendapat imbuhan secara kemalangan dan mereka memang berhak terhadapnya.
    -sila dengarkan juga lagu terbaru oleh meor di sudut kanan blog ini.







    eh! hampir saja ku terlupa..
    melayu... harrkkkkhhhh! ptuiii!!


    -nasib baik ingat.

    eh! lupa lagi!
    kote.

    Friday, November 21, 2008

    indera mahkota

    Begitulah, kamu akan marah-marah apabila nabi alaihissalam di kartunkan. Mata merah menyala. Mahu rasanya pekartun itu kamu bunuh jika berada didepan mata kamu.Kerana dia menghina agama kamu,biar dia segera ke neraka dan jika perlu kamu rela segera syahid.Biar payah untuk menjaga sembahyang waktu,bahkan adakalanya kamu terus kekal tidak bersembahyang, kamu tetap pendekar agama.Kamu yakin maha kuasa akan memberi kemenangan hanya kerana kamu marah kepada sesiapa sahaja yang merendahkan agama kamu. Marah kamu penting sebagai perlambangan keislaman kamu.

    Tetapi kita tidak mahu bercakap pasal agama kerana kamu melayu, bangsa istimewa yang di lahirkan untuk manusia.

    Kamu adalah bangsa yang berhak atas segalanya. Segala india adalah pariah dan segala cina adalah penipu.

    Kamu melayu yang mempertahankan bangsa dan budaya walau di hanfon kamu penuh wayang kongkek. Bangsamu sendiri. Kamu tetap istimewa.

    Orang asli pada kamu adalah sumber bahan lawak. Kamu rampas tanahnya, Kamu gelakkan mereka.Kerana apa? Kerana kamu melayu, bangsa pilihan yang bebas lepas untuk mencerca ibu siapa sahaja.

    Biar pun bangsa kamu saban hari membantai anak perempuan sendiri,kamu tetap istimewa kerana kamu melayu, bangsa yang bermertabat tinggi.Dengan budaya yang kaya. Dengan sopan yang terpuji.

    Kamu berbangga menjadi melayu hanya kerana kamu lahir dari rahim perempuan melayu. Penanda kamu gemar sesuatu yang percuma dan akan bermati-matian mempertahankannya.Gemarkan sesuatu tanpa usaha.

    Segalanya perlu dipersembahkan di depan mata hanya kerana kamu terlahir melayu dan kamu bangga begitu.

    Begitulah kamu dengan sopan dan segala santunnya memperkosa hak siapa sahaja yang tidak sebangsa.

    Pemimpin-pemimpin kamu juga serupa.Melayu!Melayu!Melayu! Kata mereka sambil membaham apa sahaja.Sambil tersenyum,sambil memperdaya.

    Melayu dengan melayunya.Cina mempertahankan cina. Yang india bergitu juga.Semua sibuk menjadi bangsa malaysia sehingga kamu lupa untuk menjadi bangsa manusia.

    melayu...harkkhhhhhh! ptuiii!!

    Friday, November 14, 2008

    jalan lebai ali


    -hari anak saya ambik periksa upsr, saya dan isteri saya ambik cuti. kami gi sekolah. masa anak kami tengah buat periksa, kami duduk di kantin sekolah dan membaca surah yassin sampai la dia habis jawab soalan. kami buat macam tu selama dia periksa,so, alhamdulillah dia dapat 5a.Kata rahimi hassan kepada saya,sambil dianggukkan oleh isterinya, paridah husain yang masih bergenang airmata gembira-

    Kalau dulu surah yasin di bacakan kepada air dan air itu kemudiannya diberi minum kepada banyak orang jika berlaku kecurian. Besarlah harapan pembaca surah yassin itu agar sipencuri akan meminum air tersebut dan kemudian akan buncitlah perut si pencuri.Boleh jadi pencuri zaman itu sama bodohnya dengan mat-mat batu delima dan akar kayu lilit di lengan gamaknya.

    Namun zaman berubah. Amalan itu tidak lagi dilakukan. Ianya di tukarkan kepada amalan khas malam jumaat, sebagai pembuka acara setubuh apabila malam sedikit larut.

    Dengan penambahan iman kebanyakkan umat islam malaya hari ini, maka amalan membaca surah yassin juga kini bertambah masa.Ianya dijadikan senjata untuk melawan kebodohan anak-anak mereka menjawab soalan-soalan periksa.

    Selain memaksa seluruh kampung meminum air yassin bagi mengesan pencuri,sembahyang hajat juga di gunakan untuk tujuan sama suatu masa dahulu. Amalan ini juga telah di-highjack- oleh genrasi iman bertambah masakini.

    Penuh masjid seluruh negara menjelang apa-apa peperiksaan sekolah. Boleh jadi saya terlepas hadis atau ayat quran yang mengatakan -barang siapa yang mempunyai anak,lelaki atau perempuan, dan anak itu tidak mendapat 5a dalam peperiksaan, nescaya ibubapanya tidak akan mencium bau sorga sehingga bila-bila-.Maafkan ke alpaan saya.

    Habis periksa, sama ada anak-anak mereka lulus atau tidak, menjeritlah bilal masjid sehingga pecah anak tekak sekalipun, mereka akan telentang di depan telivisyen menunggu kalau-kalau memey tertanggal baju dalam secara tidak sengaja.

    Aiseyman, malas pula hendak menulis tentang bodohnya amalan islam orang melayu. Tambahan pula bimbang juga di yassin dan sembahyangkan hajatkan oleh mereka. Maklomlah, yassin dan sembahyang hajat mereka semua berkesan, lihat sahaja betapa berjayanya anak-anak mereka sekarang ini.

    Oh! hampir saja ku telupa...cheyyy.. ada macam gaya rosam nor dalam kala malam bulan mengambang?

    Sebelum saya lupa, ingin saya katakan kepada pemarah-pemarah di dalam tulisan yang lepas; Dengan kedua tangan di letakkan di celah kelangkang. Dengan kepala menunduk.Dengan dagu mencecah dada. Dengan suara yang sehabis perlahan dan dalam telo kuala lipis, kerana orang kuala lipis sangat -in- sekarang ini, saya melafazkan; palat aok.

    Kepada akira pula, gambar itu tidak di-edit. memang kanak-kanak itu dua orang. anak-anak kepada UDA,separuh dari dua jurugambar yang sangat handal.




    kemaskini; saya terpaksa menambah perkataan 'kata' sebelum 'rahimi hassan' kerana ada yang membaca perenggan diatas sebagai pengistiharaan bahawa anak saya mendapat 5a. Itu adalah satu fitnah yang amat besar.

    Monday, November 10, 2008

    zinza



    Hairan juga apabila memikirkan mengapa majlis fatwa sibuk mengkaji perihal senaman kuno hindu itu.Sedangkan yang paling patut dikaji adalah perihal silat milat dunia melayu yang mahakarut.

    Rasa saya silat milat inilah yang lebih banyak membawa kesesatan dari senaman itu. Sebab utamanya adalah, hampir pasti 99% pengamalnya adalah orang melayu islam.Dan untuk sesat, pra syarat utamanya adalah itu, melayu dan islam.

    Kita tidak risau jika yang sesat itu melayu kerana melayu lama dah sesat dan bodohnya tambahan pula jika melayu sesat melayu, maha besar tidak peduli. Yang kita bimbang adalah islam yang sesat.

    Tapi biasalah, kita suka,gemar,berahi masuk ke rumah orang lain mencari taik dari mencuci jamban rumah sendiri.

    Cuba buka mata lihat bagaimana ahli silat milat ini amat cenderung kepada amalan kurafat. Sangat gemar bercerita tentang tuah dan ledang. Tentang jin dan jembalang. Hidupan harian mereka di pengaruhi oleh amalan-amalan jahat yang kununnya untuk mempertahankan budaya bangsa. Segala penyakit adalah tuju-tuju pada mereka. Yang jahat adalah saka kata mereka.Asal pening kepala, musti dicengkam bapak jinlah kepala mereka.Kote tak keras sebab ada makhluk halus bergayut padanya. Walhal kote mereka yang halus.

    Kemudian untuk mengislamkan silat mahakarut ini mereka masukkan zikir-zikir yang kununnya datang dari para nabi dan rasul.Nasamandilah,tapak sulaiman sucilah,cekik musanglah.Tak kreatif langsung. Cuba fikirkan nama generasi baru untuk pertubuhan silat,biar nampak matang dan moden.THE DOWNLOAD ATOMIC MP4 SILAT misalnya. Misalnya saya kata, faham? Tidak sedikit yang mengaku salsilah keturunan mereka sampai terus kepada nabi alaihissalam. Walau pun mereka jawa klang piau.

    Yang mengaku silat mereka itu diamalkan oleh para nabi juga tidak kurang banyaknya.Betullah gamaknya sebab banyak hadis yang kita baca menceritakan betapa nabi-nabi dan para sahabah memakai selempang kuning setiap kali pergi berperang.

    Tuan guru silat pula mengatasi imam masjid makamnya pada mata mat-mat silat.Cium tangan cium pipi tok guru. Imam masjid tidak di hormati langsung. Tidak hairanlah bila ramai (lelaki dan perempuan, tua dan muda) yang dikongkek tok-tok guru silat.Kemudian masuk surat kabar mengadu dianiaya. Bodoh macam mak bapak mat-mat rempit yang menangis bila anak mati digelek lori. "anak saya baik walau pun selalu keluar makan-makan dengan kawan-kawan pukul 4 pagi".Makan pukul 4 pagi? Lembu pun tahu tidur jam itu.Dan mat-mat silat ini kebanyakkannya sama seperti kamu semua, malas ke masjid.

    Kalau pergi pun kerana mahukan air tujuh masjid untuk mandi supaya kebal. Tak lut senjata kerana kerja mereka adalah berkelahi setiap hari. Bodoh macam batu pelir. Zakar yang ralit membantai, dia setakat berhayun ke depan ke belakang menghempas err..dingding.Itu pun dah gembira teramat.

    Silat melayu adalah sama bodoh dengan orang melayu itu sendiri. Muktamad.

    Tapikan, jika kamu handal tuju-tuju, janganlah pula kamu tujukan tuju-tuju (haha) itu kepada saya. Nun, pi tuju ke musuh agama. Ada juga pekdahnya.

    Friday, November 07, 2008

    hotel tong nam ah

    teet!teet!

    - plong.bleh blja ipi PSP?
    + tak faham,tulis elok-elok.
    - Pak long boleh belanja ipi PSP?
    + boleeehhhh..
    - tq
    + tapi dengan syarat..
    - apa dia?
    + ipi kena cabut bulu ketiak pak long.
    - alaaa...ok la.
    + dengan gigi.
    - eeeeee...pak long pengotor
    + lepas pak long gi jogging.
    - uweeeekkk..

    ....

    teett! teett!
    - mama dengan babah kata pak long sewel.
    + mama dengan babah memang padan. dua-dua tak hensem.