Wednesday, July 16, 2008

haji joned

Kuantan adalah sebuah bandar hampir pupus pengemis. Tempat mereka kini di ganti oleh pelukis.

Saya tidak tahu tentang daerah lain, namun dari pengamatan, saya dapati Kuantan adalah sebuah daerah yang amat menghina pelukis. Mereka hanya di benarkan beroperasi di tepi-tepi jalan.

Untuk menyewa bangunan kedai mungkin mereka tidak mampu, namun jika dibina bangunan dikawasan khas dengan sewa minima untuk mereka, rasanya ia bukan hanya membantu pelukis, ianya juga boleh menjadi suatu tarikan. Bandar Kuantan tiada apa yang istimewa kecuali saman letak keretanya. Jadi, mengapa tidak jadikan medan seni sebagai satu lagi tarikan? Sambil menunggu untuk membayar saman letak kereta, pelancong atau orang tempatan bolehlah sekurang-kurangnya menjamu mata dengan hasil seni jika tidak pon membelinya.

Ada dua tempat yang mana pelukis 'bebas' melakukan aktiviti mereka.

1. Telok Chempedak

Pelukis di sini tertumpu kepada kumpulan yang menjadikan potret dan karikatur sebagai sumber pendapatan. Seperti nelayan, mereka hanya dapat kelaut apabila cuaca mengizinkan. Tidak sekali sedang mereka asyik melukis, angin badai taufan melanda. Terpaksalah mereka mengejar rejeki yang berterbangan bersama peralatan melukis.

Suatu ketika dahulu, terdapat sebuah kompleks seni yang teramat cantik di sini, namun keuntungan yang di bawa oleh kompleks ini tidaklah seberapa jika di bandingkan jika ianya disewakan kepada kumpulan Mc Donalds misalnya. Maka disewakan kawasan itu kepada Kumpulan Mc Donalds. Betuah benar orang Kuantan kerana dapat makan Mc Donalds di Telok Chempedak.

Tidak lama kemudian, agensi terbabit merasakan yang Telok Chempedak memerlukan sebuah lagi kumpulan makanan segera bagi menampung keperluan makanan manusia yang datang ke sini, lalu dibenarbinakan sebuah lagi restoran makanan segera. Menjilat jari rasanya para pegawai yang meluluskan binaan tersebut. Maklomlah, banyak fadilatnya jika berurusan dengan syarikat-syarikat mega antarabangsa.

Saya tidak tahu siapa yang terlibat meluluskan kedua-dua restoran makanan segera ini, namun saya mengatakan kamu sangat tonggong kerana membenarkan syarikat tersebut beroprasi di situ.

Saya mencadangkan supaya sebuah pasaraya, Tunas manja misalnya, dibina di kawasan letak kereta di Telok Chempedak kerana Kuantan tidak cukup pasaraya.

2. Taman Kerang

Semenjak lebih 20 tahun dahulu, terdapat seorang pelukis yang sangat tekun melukis di situ dan beliau juga mengalami nasib yang sama dimana terpaksa bergantung pada faktor cuaca untuk melukis dan menjual karya.

Tidak terlintas di kepala pegawai yang bertanggungjawab untuk membina sebuah pondok dan kemudian disewakan kepada beliau atau bina beberapa pondok dan disewakan kepada mereka yang berminat (untuk melukis) disitu.

Namun saya tidak hairan jika kawasan ini juga nantinya dibina sebuah restoran rangkaian kerana seperti saya katakan tadi, kebanyakkan pihak yang bertanggungjawab dalam hal ini semuanya sangat tonggong.

Selain disini, pelukis juga dibenarkan melukis di belakang Bangunan Pelancungan berhadapan Balai Polis. Namun demikian, pelukis tidak dibenarkan bina-membina. Mereka hanya dibenarkan melukis di bawah langit. Alam adalah sumber ilham para seni dan pihak berwajip tahu akan hal ini.

Tidak ada pelukis yang melukis disitu. Jadi bolehlah pihak berwajip meluluskan pembinaan sebuah lagi pasaraya Tunas Manja disitu.

Begitu juga dengan Balai Seni Lukis Negeri Pahang, setelah lebih setahun beroperasi, tanyakan siapa pun, kamu akan dapati mereka tidak tahu dimana letaknya bangunan gelari lukisan tersebut. Tempatnya di tengah-tengah bandar Kuantan, namun tidak ada satu pun papan tanda yang menjuruskan ketempat itu.

Ini adalah sebuah bangunan yang terlebih tingkap. Galeri lukisan memerlukan dinding, namun apabila urusan bina-membina diserahkan kepada yang bukan ahli, maka ianya menjadi kacau.Sejak diubahsuai, hanya ada satu pameran di sana. Setahun lebih SATU PAMERAN!

Aktiviti yang sering berlaku di sini adalah merangcang dan menghisap rokok. Jika ada waktu senggang dari itu, maka aktiviti melihat rumput dan lalang dijadikan sebagai satu lagi usaha mengerakkan seni di Kuantan.

Makcik Maz yang diamanahkan menguruskannya lebih asyik berkaraoke.Maklomlah, suaranya boleh tahan.

Thursday, July 10, 2008

wong ah jang

"kalau tak buat gitu tok pang. pang mesti ganas. ludoh-ludoh masa nyanyi. kena brutel. baru pang.cakap mesti gualu-gualu bior beranok,sekoloh, beso di lepeh pon. tekemut-kemut jubo bangga bila orang cerita pasal siti sebab rumoh mok dekat dengan rumoh ayoh dia. pagi raya awok la orang memula tunggu depan pago rumoh ayoh siti.tu bukan pang, tu kampang, err.. apa barang"

-Azhan Bin Jalalludin-

"takde ke kumpulan pang pempuan? kalu ada, aku nokgi tengok. tak bukok seluo, bukok baju pon ok"

-Mohd Norbi Bin Abu Bakar-

"alaa..esok luse masuk akademi fantasi la budok tu, bagi la dia peluang untuk insaf (dengan masuk akademi fantasi)"

-Ahmad Nazri Bin Jimmy-

"mok dia tok malu ke? sian yek dapat anok lagu tu"

-Wan Kamarudin Bin Wan Farid-

"ajis, ada nusantara?"

-abdullahjones-

Friday, July 04, 2008

taman kerang

Tertengok rancangan majalah di tv3 sabtu lepas dan seperti selalunya, saya akan merasa hiba apabila terapa-apa tentang Mokhtar Dahari.

Saya berhenti mengikuti perkembangan bolasepak Malaya selepas kumpulan Azizul Abu Hanipah tertangkap makan suap. Kamu harus faham yang makan suap dalam bola sepak telah lama berlaku cuma agak malang bagi bolasepak Malaya, ketika kita mempunyai satu pasukkan yang agak baik selepas kumpulan Mokhtar Dahari, ada yang merasa perlu mengeluarkan berita dan perlu menunjuk contoh teladan. Saya mahu mengatakan kumpulan Azizul Abu Hanipah adalah mangsa, tetapi mereka mungkin makan suap jadi apapun selayaknyalah mereka di buang.

Terbaru dengarnya pasukkan para sheriff kita di dakwa makan suap. Apalah mahu jadi dengan para Sheriff kita. Disuruh jaga itu, dimakansuapnya.Disuruh jaga ini, dimakansuapnya. Disuruh main bola juga dimakansuapnya! Tanya sikit,Tuan Sheriff Besar, diPELEPOL ada modul latihan makansuap ke?

Kepada yang tidak tahu kehebatan Mokhtar Dahari, saya katakan kamu telah rugi satu kegembiraan. Pada saya, beliau adalah pemain bolasepak yang sempurna. Baik dari permainannya atau pun susuk tubuhnya.Kesungguhannya dalam permainan adalah legenda. Bermain untuk pasukkan negara adalah tanggunjawab bagi Mokhtar Dahari dan rakan-rakan. Saya rindukan sebuah pasukan bosasepak sedemikian di Malaya.

Saya tidak pandai menulis memuji beliau, tetapi saya ulangi sekali lagi, seingat saya, Mokhtar Dahari adalah pemain bolasepak terbaik yang pernah saya lihat.Dan saya bukanlah peminat sukan bolasepak!

Terima Kasih SuperMokh. Semoga rohmu baik dalam pelukan tuhan atas kegembiraan yang kamu berikan kepada kami. Al-fatehah untuk kamu.



ps: "memang sini bebas ganja,rileks undang-undangnya. kerajaan suka rakyat lupa. mereka angkat bolasepak dan rilekskan undang-undang ganja supaya rakyat lupa masalah dalam negara"- Shamil (bekas pemain bolasepak Maghrib).

Saya mencuba pendekatan kerajaan Maghrib yakni kala sibuk orang itu-ini membuat surat akuan berkanun,kita hiburkan diri dengan bolasepak dan maafkan saya sementara saya keluar mencari dapur lama.Hubungi saya jika kamu ada menjual ganja.

Monday, June 30, 2008

galing beso

Boleh saja jika mahu menuduh orang (datang) lewat. Namun berjaya sekali tidak bermakna kamu bakal untung berkali-kali.

Boleh saja jika mahu (datang) lewat. Tapi sorokkan dari kami bahkan sorokkan dari tuhan. Dosa sekali mungkin di maafkan, namun jika di ulang bimbang mengundang benci tuhan.

Dalam kami sibuk mengira untung rugi hidup, kamu dodoikan dengan cerita kote. Itu sahajakah yang kamu fikirkan saban hari? Kami asyik memikirkan bagaimana mengisi tengkolok, sedang kamu meneliti dengan tekun apa yang keluar (atau masuk) dari dubur.

Engkau yang duduk atau mahu duduk di atas, berhati-hatilah. Tidak selamanya tuhan menaruh belas keatas kamu bahkan keatas kami.Izinkan kami di timpa bala yang kami sendiri cari,bukan hasil dari kerja-kerja gila kamu.




ps; 'e' dalam lewat harus di baca dengan 'e' tanda dan datang dalam kurungan tidak perlu dibaca.

Tuesday, June 17, 2008

galing kem

Ini iklan berbayar. Iaitu, saya beli dvd di bawah. Tok Rimau tidak rasuah saya untuk mengiklan.

Namun jika kamu mahu saya memperkatakan yang baik-baik tentang PDA keluaran syarikat kamu,misalnya, saya sanggup jika upahnya lumayan. Sila hubungi saya untuk keterangan lanjut. Kita semua tahu sekarang ini pendapat penulis blog adalah titah raja.

BUMBUNG AKU LANTAI ORANG

Saya mula menonton filim ini dengan penuh prasangka jahat. Saya mahu filim ini menjadi sebuah filim yang Usop Aslam, yang Ajis Em Seman pasca Fantasia.

Malangnya saya silap.

Filim ini dalam semua ketidaksempurnaannya menjadi sebuah karya sangat menghiburkan. Malah kelemahan lakonan, kesan bunyi dan berbagai kelemahan dalam filim ini menjadi kekuatan kepada Bumbung Aku Lantai Orang.

Filim-filim tempatan menghadapi masalah rakambunyi. Kita selalu dapati emosi pelakon tidak sama dengan suara yang mereka lontarkan kerana suara biasanya di masukkan kemudian. Kita tidak mempunyai kemudahan studio seperti zaman Jakan Ampas barangkali.Saya cuma mengagak yang sebahagian filim ini menggunakan rakaman bunyi terus dan ini pada saya adalah baik. Ini menolong menjadikan kerja pengarah lebih senang kerana perlu mengarah sekali sahaja yakni di masa pengambaraan.

Namun begitu, ada juga kesan bunyi yang tidak menarik. Bunyi tumbukkan ala hindustan itu misalnya. Tetapi, jika kesan bunyi yang sebegitu memang disengajakan sebagai satu jenaka dalaman, maka saya menerimanya dengan amat terbuka. Musik latar juga agak menganggu. Musik pembukaan filim ini juga sedikit celaru. Teknik mengalih-alihkan stesyen radio adalah kuno. Cari cara baru untuk filim berikutnya.. Jangan malas.

Saya sukakan adegan Sompek di pukul oleh sekumpulan lelaki dan watak lelaki berbaju biru yang beria-ia menendang adalah yang terbaik. Beliau adalah contoh pelakon. Walau wataknya kecil, dia melakukan bersungguh-sungguh. Jika Tok Rimau kenal akan beliau, sila berikan tahniah dari saya.

Adegan dimana watak utama menghukum Sompek dan An supaya menulis karangan juga mempunyai ciri terperanjat yang kuat. Namun saya dapati ada sedikit kekurangan dalam penyampaiannya. Saya tidak pasti apa dia, tetapi seperti ada yang boleh di lakukan supaya adegan itu menjadi lebih baik.

Banyak sebenarnya mahu saya tulis tentang filim ini, malangnya saya hanya menulis berdasarkan sekali tengok dan ingatan saya pula kurang baik hari ini. Banyak menengok perempuan cantik barangkali.

Jika kamu tanya, saya akan katakan yang Bumbung Aku Lantai Orang arahan Dean Sham adalah sebuah filim yang baik. Saya suka filim ini dan ia menghapuskan kelemahan-kelemahan yang ada pada KIRI.

Tahniah Dean Sham dan Tok Rimau.

MENGAIT BINTANG

Mat Sentul adalah pelawak yang mendahului zamannya.
Mat Nabil adalah Mat Sentul di zaman prime-nya.

Mengait Bintang tidak bagus.

Tamat ulasan.

Berikut adalah komen balik pada komen-komen yang terpilih.


1.Pn. Ainon Mohd;
Barang siapa merendah-rendahkan tugas rasmi Tuan Mat Jan, maka beliau itu merendah-rendahkan saya!


-Fuh! Barang siapa..! Macam ayat al-quran! Ni teknik menulis komen ala Surah Yusof ke Pn. Ainon?

(abislah.. takde chan la buku-buku saya di terbitkan oleh PTS)

2.Anonymous;
SAYA JAUTH CINTA DENGAN SAUDARA ABDULLAH.


-Sila ambil nombor dan beratur.

Sekian.

Tuesday, June 10, 2008

gambang

Antara sebab yang menguatkan untuk saya berkerja dengan amat rajin selain dari cintakasihsayang saya kepada Mok, kerana mahu berbakti kepada raja dan negara,juga untuk mengawal keruntuhan akhlak remaja Malaya sambil mengekang penyebaran porno buatan sendiri rakyat Malaya dan menjaga keamanan dunia, adalah kerana saya memang sangat rajin.

Di tambah pula bila baru-baru ini apabila seorang kawan memberitahu yang kita ini semuanya dilahirkan dengan satu kerja. Jika kita setuju untuk mengambil kerja itu, maka dari kerja itulah nanti akan lahir sumbangan yang baik kita kepada agama.

Saya tahu kamu tidak faham kerana kamu semua benak, jadi mari saya terangkan.

Kamu ini misalnya di lahirkan untuk menjadi seorang tukang kebun sekolah dan walau pergi kelas tambahan siang dan malam, kamu tetap akan gagal dan akhirnya kamu di tawarkan jawatan tukang kebun sekolah oleh guru besar sekolah tempat kamu ulangi mengambil SRP dan gagal itu.

Cuba lihat susunan peristiwa diatas. Kamu akan dapati yang kamu mendapat kerja tersebut kerana guru besar kenal akan kamu yang berkali mengambil peperiksaan. Rentetan peristiwa itu sendiri adalah rancangan supaya kamu dapat bertugas sebagai tukang kebun sekolah tersebut.

Namun, jika kamu ingar dan enggan menerima jawatan tersebut atas apa juga alasan, maka peristiwa susulan dari jawatan tadi akan batal.

Misal kata kamu ini sebenarnya jika menerima jawatan tersebut akan nantinya berjodoh dengan pembantu makmal sekolah tersebut dan dari zuriat kamu berdua akan lahir seorang pegawai undang-undang yang kemudiannya akan menikahi seorang perempuan anak hakim mahhkamah syarie dan dari mereka akan lahir seorang ahli agama yang hebat.

Malangnya kamu memilih untuk menjadi penulis blurp novel.Penulis KULIT BELAKANG novel.Berbagai cara sebenarnya kita ini berusaha untuk menghina diri sendiri.Lainlah jika kamu ini pereka KULIT DEPAN novel, itu kerja mulia. (wink)

Lalu kamu menjadi penconteng arang kemuka seluruh pelajar-pelajar jurusan undang-undang diseluruh dunia walau pun kamu pernah mendapat markah tertinggi dalam mata pelajaran Bahasa Peranchis di sekolah dahulu.Dunia kerugian seorang ahli agama yang hebat.Blog kamu pula tidak ber-up-date.

Ini adalah tragedi kerana kamu memang telah ditakdirkan lahir dari kalangan agama dan sepatutnya kamu kekal menjadi sekurang-kurangnya pegawai nikah-kawin khairiah kamu. Namun kamu berusaha dan berjaya menjadi menteri perdana.

Dari situ juga telah kita lihat akan rosaknya sistem susunan yang baik akibat dari kengganan kita menurut apa yang sepatutnya kita lakukan.Minyak kamu naikkan harga dulu dan berjanji mahu membaiki sistem pengangkutan awam. Kali ini dunia memaksa kamu menaikkan harga minyak dan kamu berjanji untuk membaiki sistem pengangkutan awam.

Rakyat jadi kelam kabut. Mahu pulang kekampung melawat ibubapa pun mereka harus berfikir banyak kali. Hidup mereka menjadi kira-kira.Samdol-samdol keliling kamu juga hanya menanti masa untuk menjatuhkan kamu.Kamu tidak di senangi kerana kamu ingkar. Manusia tidak suka, tuhan pula benci.

Hidup manusia akan menjadi sangat aman jika kita setuju dengan tujuan kejadian kita. Kamu di lahirkan sebagai apa jua dan lakukannya dengan sangat baik,tidak rasuah dalam apa juga keadaan, maka hidup saya dan kamu akan tenteram.

Jadikanlah saya contoh yang baik, lelaki yang redho sepenuhnya ditakdirkan menjadi seorang yang sangat hebat.

Wednesday, June 04, 2008

bukit ubi

Biasanya jika mahu makan angin di kuala lumpur, saya akan menalipon
  • penulis blog nombor dua paling agung
  • untuk menemani saya. Saya sukakan err..company-nya dan juga kerana banyak pengetahuan baru yang akan saya dapat darinya.Saya sukakan cakap-cakapnya yang bergitu yakin walaupun kadang-kadang terlalu maju. Tidak hairanlah mengapa dia disukai orang terutama perempuan. Kita sedia maklum yang perempuan memang gemar di cakap-cakapkan.Di cakap-cakapkan mamat nigeria pun di percayainya, inikan pula oleh kembar seiras Tom Selek.

    Namun begitu,jika ke Johor, tidaklah pula saya teringin ditemani oleh pengarah filim, eh! silap, penulis skrip eh! silap lagi,
  • penulis blog tidak agung
  • kerana saya tidak sukakan dia. Orang buat filim, dia kaji gezek.Dr.Zali Gezek, jijik benar bunyi perkataan itu. menyebutnya sahaja sudah terasa perlu menyamak seluruh anggota. Najis benar rasanya.Hina sungguh dia.

    Namun kerana di-pundek-kan banyak kali oleh penulis blog nombor dua paling agung baru-baru ini, saya jadi takut untuk mengajak beliau keluar ke kuala lumpur.Rasanya dosa saya tidaklah besar sangat. Hanya layak di-pundek-kan sekali sahaja, bukannya banyak kali. Dosa tak berani masuk MASKARA je. Lagi pun, siapalah yang nak tengok saya baca sajak di MASKARA. Saya sendiri pun tidak mahu!

    Lalu berjalan sendirianlah saya (sigh) ke pameran senilukis di sebelah pasar seni sambil memujuk diri sendiri. Sambil memandang awan yang semakin kelam dek terhiba di-pundek-kan banyak kali. Saya terbaca iklan mengenai pameran itu di blog
  • saharil

  • .

    Disini saya mengucapkan tahniah kepada Saharil yang berjaya menjual banyak lukisan di pameran tersebut. Dan jika ada lagi pameran lukisan, ajaklah saya, walau pun saya seorang penulis yang sangat hebat, saya juga seorang pelukis yang sangat hebat.

    Oh! Sementara menunggu Saharil menjemput saya sekali pameran dengan beliau, jika kamu mahu membeli lukisan saya dan rakan-rakan, sila ke
  • Rajawali art gallery
  • . Sekian, Terima kasih.(haha)


    ps: jika kamu perasan, saya sekarang sudah celik IT. Sudah pandai meletak link kamu semua di sebelah sana. Pandai meletakkan klikteruspegisana. semakin handal rupanya saya ini.saya mahu meletakkan semua link kamu-kamu disini, tetapi masa belum ada, jadi jika link blog kamu belom ada, harap bersabar.

    Wednesday, May 28, 2008

    jaya gading

    Depang skoloh SABS, circa 1973.


    Mohd Norbi Abu Bakar - hok tu separoh cawang,ssembo keluo,baporrkkk!
    Ahmad nadzri bin Johnny - tu,tu, paka hok nipihhhh je. napok itang ttopok.
    Esang anok Using Atah - Mana gok, dok napok lasung aku.
    Mohd Norbi Abu Bakar - Mu memang bute. Dok napok blake. Gi balik siung keris tokmu.

    Esang anok Using Atah memang lagu tuh,doh la bute,bodo pulok.

    Ahmad Nadzri bin Johnny - babi, hok tu baporrkk beso, tapi nye paka cawang penoh.
    Mohd Norbi Abu Bakar - Sang, aku rase ok, hok jadi beso baporrkk blake ni kang sebab baca buku saing dengang isak base ingris..

    update 30/05/08

    Bagi mengelak fitnah dan salah faham, di bawah ini saya sertakan terjemahan entri di atas;

    Islam yang datang ke Tanah Melayu dalam kurun-kurun terdahulu membawa bersama mereka amalan-amalan bangsa tertentu. Arab dan jubah dan pakaian perempuannya misalnya, yang lansung menutup keindahan bentuk badan ciptaan tuhan. Ini amat malang dan tidak sesuai dengan amalan Islam Tanah Melayu yang berbilang bangsa.

    Oleh yang demikian, Setelah sekian lama 'terpaksa' mengamalkan Islam yang tidak cocok dengan muhibbah Malaya, pemerintah telah menjenamasemula Islam Malaya.

    Ianya di gelar Hari Hari Islam, yakni, setiap hari adalah hari Islam kecuali hari dimana kita memilih untuk tidak mengamalkannya. Sebagai contoh, di hari kita memilih untuk makan suap atau berpesta apa jua, maka hari itu tidak termasuk dalam lingkaran Islam baru ini.

    Dengan adanya sistem baru dalam mengamalkan agama, maka tercapailah cita-cita pemerintah untuk menjadikan rakyat Malaya lebih Islamik.Rakyat kini lebih faham tentang Islam dan tahu membahagikan masa untuk mengamalkannya. Misalnya,menteri dan isteri menutup aurat bila kemajlis baca doa dan telanjang dan berpeluk jika ke majlis yang membutuhkannya.

    Base bodo.

    p/s: maaf, saya tidak dapat mencari makna 'base bodo' dalam bahasa melayu standard.

    Thursday, May 22, 2008

    ayer puteh

    Tidakkah terfikir oleh penyanyi dan pelakon tanah Malaya yang di dibayar untuk menjadi jurucakap pewangi ketiak dan ubat celah kangkang lelaki dan perempuan merasa hina dan diperguna?

    Ops! maaf, tak sengaja. Gila apa menyuruh penyanyi dan pelakon tanah Malaya berfikir! Bodoh sungguh saya ini.

    Tapikan, kita ini kadang-kadang tidak perasan yang kita ini sedang di hina tuhan. Kita merasa apa yang kita buat adalah benar.

    Menjadi model iklan pewangi ketiak dan ubat celah kangkang sebenarnya adalah satu bentuk penghinaan yang tidak di sedari.

    Alah, macam kamu yang lebih gemar berbedung dari bertelekung .Ke masjid cuma sekali seminggu.Buat kenduri besar-besaran walau anak kawin orang tak sembahyang. Atau kamu sendiri gembira benar berkahwin walau dengan orang tak sembahyang. Kena hina dek tuhan juga lah tu.

    Tapikan, kadang-kadang tulis blog hina orang kena hina pon hina jugak... (aiseyman)


    ps: ada lukisan baru di
  • sini
  • Friday, May 16, 2008

    pantai zig-zag

    Untuk menjadi alternatif atau mungkin juga untuk menjadi penimbal harga, kerajaan telah membuka kedai-kedai JIMAT suatu masa dahulu. Biar pun kedai-kedai ini biasanya menjadi seperti kebanyakkan kedai runcit milik melayu, ianya tetap di kekalkan kerana ianya adalah sebagai khidmat kepada rakyat.

    Kemudian kerajaan mendapat idea yang sangat BERNAS.

    Kedai JIMAT di tutup dan kerajaan telah berkongsi dengan beberapa anak syarikat dengan sifat 51%-49%. Kerajaan memegang saham yang lebih besar demi untuk menjadi kuasa yang menentukan harga.

    Lalu lahir-lah HERA,YASMIN dan YATI dan beberapa lagi anak syarikat. Kerajaan meletakkan anggotanya didalam syarikat sebagai mata. Anggota ini di bayar gaji yang lebih besar dari apa yang mereka dapat semasa berkhidmat dalam kerajaan. Dan lagi, mereka mendapat bonus yang sangar-sangat besar jika sekiranya syarikat-syarikat ini mendapat keuntungan.

    Seperti mana-mana anak hari ini, apabila kaya,syarikat-syarikat ini menjadi amat berkuasa. Mereka berkuasa membeli dan membeli. Dan mereka-lah yang menentukan harga jual.Syarikat ini adalah anak derhaka.Bapa mereka menjadi lembu kasi.

    Syarikat-syarikat ini juga menjadi amat penting kerana ada masa-masanya 'pinjaman' mereka amat diperlukan terutama menjelang satu-satu pesta. Pesta pilihanraya misalnya. Setelah selesai pesta, barang yang di pinjam perlu di kembalikan.

    Pegawai yang di letakkan di dalam syarikat semestinya akan berdiam diri kerana gaji mereka di bayar oleh syarikat di tambah pula dengan keinginan untuk mendapat bonus tahunan yang sangat-sangat besar. Mata mereka di cucuk jadi buta.Perut mereka menjadi buncit.

    Kemudian, 15% hancur adalah dalam harga kawalan. Sekarang, siapa diantara kamu yang tahu jika yang 15% hancur itu saya bangkus kembali dan letakkan kedalam guni 10% atau 5% hancur dan saya jual semula dengan harga yang lebih tinggi?

    Pandaikah kamu, yakni pengguna membezakan peratusan hancur? Adakah mesin pengayak yang boleh memberi kata putus tentang benarnya label pada guni?

    Kamu tahu berapa harga borong sebenar? Potong sebijik telor saya jika harganya bukan sekitar rm1.60-rm1.90 sekilo. Dan potong telor saya yang satu lagi jika benar bekelan berkurangan sekarang ini. Konek saya, mohon jangan dipotong,nak guna untuk kencing.

    Oh! jika kamu belum tahu apa yang saya perkatakan di atas, saya sebenarnya menceritakan tentang harga pasir kerana makanan ruji rakyat Malaya adalah pasir.

    Thursday, May 08, 2008

    tok keramat


    -Paladin koboi paling cool- kata saya. Abu membantah, katanya 'rifleman' lebih cool. Stone hanya ketawa kecil. Untuk pengetahuan semua, Stone akan ketawa kecil pada masa dan suasana yang dia suka. Samada sambil berbual dengan kami atau dengan dirinya sendiri.

    Kami duduk berbual tengah malam. Kadang setuju, kadang tidak. Semua berkisar tentang filim dan tivi. Kami setuju 'police academy' adalah filim paling lucu di zaman kami. Stone sukakan Jerry Lewis dan Dean Martin. -Charles Bronson is over rated, kata Abu. Kami setuju.


    Kami ketawakan Stone apabila dia sibuk dengan Mary dari 'little house on the prairie'. Kami, saya dan abu lebih sukakan laura. Dan kami berbelah bahagi tentang John Boy dari 'the waltons'.

    Stone percaya tabiat dan perilaku kami hari ini adalah hasil pembentukkan dari filim dan tivi. Kami setuju dan tidak.

    Banyak perkara yang kami bualkan, semua berkisar tentang filim dan tivi. Banyak perkara yang kami setuju dan tidak. Namun di akhir perbualan sebelum keluar minum-minum, kami setuju yang semua imformasi yang ada dalam otak kami tentang filim dan tivi, tidak berguna setengah sen pon di akhirat nanti.

    Saturday, May 03, 2008

    kampong melati

    Majestrit Nurdiana Abd. Aziz. ahhh.. menyebut namanya sahaja sudah mendatang berahi. Menyebabkan hidup saya tidak tentu arah tujuan. Alam menjadi biru. Atma saya mula merindu. Saya ingin segera terbang dan duduk lena dalam pangkuan Majestrit Nurdiana Abd. Aziz. Saya terlalu ingin di belai oleh Majestrit Nurdiana Abd. Aziz.Ingin di manja dan bermanja. Saling pandang memandang. Kau renung mata cantikku, ku renung mata kuyumu.Saya rela menjadi dungu kerana dia.

    Saya rela menjadi apa sahaja yang dia mahu saya jadi. Rela saya hadiahkan diri saya kepada dia untuk dia perlakukan bagaimana sahaja.Hatta, jika dia mahu saya berhenti menulis blog ini dan menjadi tidak terkenal seperti dulu-dulu, saya rela.Kamu semua tahu betapa blog ini dan menjadi terkenal amat penting bagi saya, namun saya rela.

    Walaupun sedikit kecewa kerana dia tidak menjatuhkan hukuman gantung sampai mati dan di gantung sekali lagi selepas mati dan mayat mereka kemudian dibuat makanan burung hering kepada mat-mat rempit yang di tangkap shefiff di Kuantan, saya tetap jatuh cinta kepada pada dia. Saya maafkan kesilapandang dia. Saya lupakan apa sahaja kekurangan diri dia kerana dia kini pil biru kecil saya.

    Majestrit Nurdiana Abd. Aziz, aku cinta padamu.

    Sunday, April 27, 2008

    berek nyamok

    Jika ada yang patut di persalahkan, maka menteri yang dulu sibuk berkempen tentang kitar semula adalah yang bertanggungjawab atas gelapnya Sabah tempoh hari. Sekurang-kurangnya sehingga lelaki atau perempuan yang mencuri besi sehingga menyebabkan robohnya kota melaka eh, robohnya tiang pencawang eletrik itu di tangkap.

    Dari sudut lain, kempen guna semula yang di mulakan oleh kerajaan bien itu sebenarnya berjaya. Kita maafkan sahaja juak-juak mereka yang menerima kontrak membekal tong-tong sampah yakni satu untuk plastik, satu untuk kertas dan satu lagi untuk kaca itu. Dosa kecil jika kita bandingankan dengan jasa mereka terhadap alam semesta. Gunasemula oooo.. besar jasanya. Berapa banyak pohon balak yang terselamat.

    Kereta nasional kita juga banyak menggunakan bahan guna semula. Lihat sahaja kualitinya.

    Plastik dan besi. Aluminium dan kertas. Semuanya jadi amat berharga. Tidak lagi kita temui plastik dan besi,alminium dan kertas yang bebas. Semuanya di kumpul dan menjadi wang. Rakyat yang miskin dan teramat miskin boleh berdikari mencari makan sementara menunggu nasib mereka di bela oleh bersamamu.

    Pagar besi rumah orang, dawai eletrik rumah yang belum siap. Penutup lubang pili bomba.Besi penutup longkang. Dan seribu macam besi dan kertas,aluminum dan plastik kini adalah wang.Termasuk jugalah piring besi penutup jamban rumah saya juga diterambil orang untuk diguna semula.

    Maka secara tidak sengaja alam setikar kita (sepatutnya) menjadi lebih bersih. Tiada lagi bimbang malang anak-anak dicucuk besi. Tidak juga ada bimbang isteri dan ibu mertua terpijak kaca. Semuanya molek belaka.


    Tun yang sepasang itu juga ahli kitar semula. Maklomlah, dia suka pandang ke timur.Mat rahmat seribu nikmat di guna semula setelah lama terbiar. Dan dollah yang satu lagi juga melakukannya dalam kabinet barunya. Mujurlah datuk seri kaki gesel itu tidak di lantik semula. Jika tidak, nescaya lebih cepatlah bekas timbalan menteri perdana itu di guna semula.

    Terlanjur menyebut, baik benarlah kiranya perempuan yang digesel secara tidak sengaja itu menarik semula laporan kepada shefiff. Perempuan memang begitu, mood mereka selalunya tidak berapa stabil. Hari ini janji setia, esok lari ikut herman. Saya tahu kerana saya yang tampan dan setia ini banyak kali di kecewakan. sigh.. (cue rasa simpati gadis-gadis cantik.Ulangan, GADIS-GADIS CANTIK,bukan perempuan-perempuan cantik)

    Hendaknya jangan lah kita menuduh bukan-bukan.

    Penguasa sekarang ini telah banyak yang insaf.TER biasanya tidak di ambil sebagai dosa, lalu tercium keris, tergesel perempuan hotel, tersilap memberi kontrak kepada kaum kerabat dan termasukkan duit derma untuk makan angin isteri-isteri wakil kerajaan keakaun ahli sesama partai adalah TER yang patut kita maafkan.Kita lupakan dan kita mula kumpul derma baru atas nama kumpulan baru,BERDURI misalnya. Negara kita kaya. Jangan risau. Belom ada rakyat Malaya yang mati kebulur. Yang nyaris-nyaris ramai, yang betul-betul tak ada lagi.

    Balik kepada guna semula. Nanti jika tertangkaplah lelaki atau perempuan yang menyebabkan Sabah bergelap tempoh hari, jangan penjarakan. Panggil sekalian rakyat Sabah, cubit dia seorang sekali.

    Monday, April 21, 2008

    transit quaters

    Pernah kamu menggunakan Lebuhraya Pantai Timur? Jika pernah, kamu akan tahu itulah lebuhraya yang pembinaannya paling buruk dalam sejarah Malaya. Saya tahu kerana saya memandu kereta mewah. Bagi kamu biasa sahaja walau memandu di udara kerana kereta kamu murah.

    Penguasa selalunya menyalahkan pemandu jika berlaku kemalangan. Samada mereka sengaja melakukan ini untuk menghalang pengguna dari tahu kesalahan dalam membina lebuhraya atau mereka sendiri tidak sedar yang lebuhraya itu dibina dalam seribu macam kejahatan.

    Tidak di nafikan yang ada pemandu menyumbang kepada kemalangan. Namun jika sering berlaku kemalangan, kesilapan lebuhraya itu sendiri perlu juga di cari.

    Saya suka melihat sudut rohani sesuatu pembinaan. Dan saya selalunya menyalahkan faktor ketidakikhlasan pembinaan.

    Biar saya beri satu contoh.

    Katakan kamu ini seorang polis trafik yang menerima rasuah dari seorang pemandu motosikal yang sepatutnya dipenjara atas kesalahannya itu. Dan pemandu motosikal itu kemudiannya pergi menculik budak perempuan yang telah lama hilang itu.

    Jika kamu yakni polis trafik tadi tidak kebulur sepuluh ringgit, mungkin tidak akan ada lapuran kanak-kanak hilang untuk hari itu.

    Begitu juga dengan pembinaan lebuhraya. Jika semua orang yang terlibat dengan pembinaannya tidak jahat, nescaya tidak akan ada kemalangan yang berlaku di sebabkan kesalahan lebuhraya. Maka bolehlah kita menyalahkan seratus peratus kemalangan kepada pemandu.

    Akibat dari jahat, maka lebuhraya dibina dengan rasuah dan sambil lewa. Jika kadar sebenar batu dan tar adalah sepuluh kilogram di perlukan untuk membina satu kaki persegi jalan raya, namun kerana jahat, hanya 1.5 kilogram sahaja di gunakan. Selebihnya adalah untuk membina laluan kerumah menteri itu, jurutera ini dan peon itu. Sepuluh kilogram itu contoh, faham? contoh. Manalah saya tahu cara membina jalanraya.

    Mungkin kamu pernah mendengar mitos mengenai bagaimana seorang jurutera dari jepun yang membunuh diri setelah jambatan yang dibinanya runtuh atau retak setelah di hentak dengan tongkat seorang sultan Malaya.

    Sultan Malaya kebanyakkannya majis. Malam hari kala semua rakyat tidur, mereka berterbangan di udara. Bergelak ketawa sesama mereka dan pulang sebelum terbit matahari. kata orang lah, saya mana tahu. Orang kata ya, ya lah kata saya.

    Entah benar entahkan tidak cerita jurutera jepun dan tongkat raja itu, namun yang pentingnya adalah sikap bertanggungjawap jurutera tersebut. Kita bukan mahu melihat menteri kerjaraya membunuh diri apabila berlaku kemalangan, tetapi silalah bertanggungjawab atas pembinaannya.

    Namun tidaklah salah jika mereka berkeras mahu membunuh diri atas rasa tanggungjawab berlaku kemalangan. Dari hidup menyusahkan rakyat, baik mati di bantai malaikat.Dia sendiri sahaja yang menanggung azabnya. Mungkin malaikat akan kasihan dan belas atas keinsafan mereka yang membunuh diri kerana rasa tanggungjawab atas kemalangan lalu dia di lepaskan dan di tempatkan ke sorga. Mana tahu boleh runding macam selalu-selalu? Mungkin. Kita mana tahu.Alam akhirat bukan nampak depan mata.

    Lihat bagaimana seorang wakil kerajaan yang kemalangan di lebuhraya tempoh hari. Dia sendiri berkata yang lebuhraya berkenaan tidak dibina dengan benar dan akan berjumpa dengan menteri kerjaraya untuk berbincang. Cerita itu kemudiannya senyap begitu sahaja. Kalah pilihanraya agaknya dia dan menteri kerjaraya.Agak saya lah, politik molitik ni saya kurang tahu.

    Tidak ada tanggungjawab semuanya. Mahu kenyang sendiri. Biar mampos segala rakyat diatas jalanraya.Nanti jika anak/ibu/isteri/bapa mereka di henyak bas ekspress baru padan dengan muka mereka.

    Walau bagaimana pun, kesilapan jalanraya menjadi void apabila kes kemalangan jalanraya melibatkan mat-mat rempit. Ini adalah kerana ada sebuah neraka khas yang di khususkan kepada mat-mat rempit. Mereka semua akan di humban kesana kecualilah ketua pemuda biro mat rempit dalam amnu dapat berunding dengan penjaga neraka. Mana tahu, sebagai ganti ke neraka panas, mereka boleh di bawa memanjat gunung bersalji di neraka sejuk. Neraka sejuk? Ada. Kamu sahaja yang bodoh tidak tahu.

    Akhirkata, jika kamu mat rempit, jadilah ahli amnu. Jangan jadi ahli adil kerana ketua nya sibuk mahu menjadi ketua Malaya. Nasib kamu tidak terbela jadinya nanti.

    ps: ada lukisan baru di
  • sini
  • Tuesday, April 15, 2008

    serandu

    sebuah bungkah kayu
    ditengah jalan
    ditolak ketepi
    menjadi iman.

    abdullahjones.


    Mungkin tak perasan atau mungkin terlepas pandang atau mungkin juga hanya kerana sombong, maka kita hanya mahu tahu yang dosa-dosa yang di pertanggungjawabkan kepada kita nanti hanyalah zina,arak judi, rasuah dan yang selalu-selalu di sebut ustaz di masjid-masjid atau surau-surau. Itu pun jika kita ada masa untuk bertamu ke rumah tuhan. Maklomlah, dalam seribu kesibukkan hidup sekarang, membuat masa untuk menjadi tamu tuhan yang agung adalah sesuatu yamh agak mustahil di lakukan.

    Mana mahu memujuk lawan parti meyertai kamu agar kamu jadi menteri perdana. Mana mahu gulingkan ketua kamu agar kamu jadi menteri perdana. Mana mahu meluangkan masa bersama keluarga yang bakal mengali kubur kita nanti. Biarlah di kubur keseorangan, di dunia wajip berpegang-pegang tangan atau bahagian lain sama perempuan atau lelaki yang belom kita nikahi. Hatta untuk menziarahi ibubapa sendiri pon kadang tidak ada masa apatah lagi pergi mencari guru-guru agama. Mentelah pula sekarang ini (mengikut pendapat yang banyak) guru-guru agama adalah jahat.

    Antara perkara yang mengambil masa sedikit untuk saya agar menjadi biasa di sini adalah memandu kereta. Kebanyakkan pemandu-pemadu Malaya keracunan makanan. Mungkin mereka guru-guru yang makan di kantin kotor. Atau ada anak mereka yang memandu itu duduk di sekolah yang sama dengan guru-guru yang keracunan makanan dan makan makanan yang sama. Jadi, semua pemandu Malaya perlu tergesa-gesa ke hospital atau jika tidak pon ke tandas di rumah sendiri. Kita tahu selain dari tandas sebilangan kecil rakyat Malaya, tandas-tandas kegunaan ramai di Malaya adalah samada kotor atau tidak menyediakan pili untuk mambasuh. Atau mungkin kedua-duanya sekali. Bukan kerana rakyat malaya pengotor,selisih malaikat empatpuluhempay! tetapi kerajaan tidak menjaganya dengan betul.

    Kerana itulah mereka yakni pemandu Malaya selalu tergesa-gesa dan cepat marah. Mereka samada bimbang termuntah atau terkincit didalam kereta, maklomlah, kereta adalah harta yang paling di sayangi mereka. Anak yang mereka kandung jika sengaja atau tidak sengaja mencalarkan kereta, maka bersedialah untuk bercalar badan atau muka.

    Apa yang tidak mahu atau tidak tahu atau tidak kita perasan adalah, perbuatan kita memotong di lorong kecemasan,meletakkan kenderaan hingga menyusahkan orang. Berlumba dan menggangu ketenteraman manusia lain, khususnya saya,memotong sesuka hati dan berbagai lagi seribu macam perangai seakan monyet dan babi selangor ketika memandu adalah dosa yang akan tuhan persoalkan.

    Alangkah malunya nanti jika kamu dihumban keneraka kerana memandu peroton gen2 bersayap hingga menganggu lalulintas.Sudahlah malu dihumban keneraka, malu kedua pula kerana dihumban keneraka kerana kesalahan lalulintas. Seperti lelaki yang dipenjara kerana merogol diri sendiri.

    Jika benar mahu ke neraka, pilihlah dosa yang ada kelas, zina misalnya, makan duit rakyat misalnya.

    ps: pemandu lelaki yang memandu proton gen2 berwarna unggu juga agaknya berdosa. haha.

    Friday, April 04, 2008

    pasir kubur







    Mengapa kita gemar menggangu dan mengotorkan?

    Friday, March 28, 2008

    kampong derhaka

    Cerita benar (sebelum pilihanraya).

    Anak Kak Jerah kena tebuk. Bukan, bukan tebuk yang tu, tapi leher dia kena tebuk, pinggang dia kena tebuk. Dah dua tahun tinggal di hospital. Kesian budak tu.Saya tak pasti sakit apa, tetapi Kak Jerah memerlukan belanja yang banyak jika mahu membawa anaknya keluar dari hospital.

    Pernah cuba buat temujanji berjumpa dengan MB, tetapi setelah berbulan menunggu, bukan sahaja dia tidak dapat membuat temujanji untuk bertemu MB, untuk membuat temujanji untuk membuat temujanji bertemu MB pon dia gagal.

    Orang dekat-dekat rumah suruh Kak Jerah pergi ke baitulmal, mana tahu dapat bantuan zakat.

    Kak Jerah pon pergilah ke Baitulmail Selangor.Selepas di periksa kad pengenalan, Kak Jerah di dapati tidak layak menerima wang zakat. Bukan, bukan sebab Kak Jerah keluar agama Islam, tapi sebab Kak Jerah orang Islam Johor. Jadi terpaksalah Kak Jerah balik ke Johor.

    Sampai ke pejabat Baitulmal Johor, Kak Jerah pon menceritakan masaalahnya kepada pegawai bertugas. Malangnya Kak Jerah tidak layak menerima wang zakat orang Johor kerana Kak Jerah telah lama bermastautin di Selangor.

    Kak Jerah pon balik ke Selangor. Pilihanraya pon habis. Maka dilantiklah MB baru.

    Cerita benar (selepas pilihanraya).

    Anak Kak Jerah masih sakit. lehernya berlubang, pinggangnya berlubang. Dia susah hati.

    Dia ke pejabat MB sekali lagi, untuk buat temujanji. Jumpa setiausaha MB. Setiausaha MB bawa jumpa MB.

    Selepas mendengar cerita Kak Jerah, MB kata; ok, tunggu 2-3 hari lagi. kita akan cuba selesaikan.

    Selepas 2-3 hari, MB dan mak cik ketua pembangkang dewan parlimen yang baru datang ke hospital. Jumpa Kak Jerah. MB sedia memberi semua peralatan yang di perlukan oleh anak Kak Jerah tinggal di rumah dan elaun jagaan sebanyak rm500 sebulan dan Kak Jerah pon dapat juga elaun iaitu rm400 sebulan.

    Selesailah masalah Kak Jerah.

    Lepastu, MB pi pulak siasat kes mak janda yang dapat elaun mMB lama bagi. Pakai bimmer tapi tadak kerja, anak tak sakit pulak tu..


    Habis lah cerita benar. Moralnya bukan kata MB baru baik, tapi kalau sebenarnya nak tolong, mudah. Yang payahnya kalau tak mahu tolong.

    Dan untuk membeli lukisan saya dan kawan-kawan saya, sila ke
  • galeri ini
  • Monday, March 17, 2008

    anok ayer





    Demokrasi dalam enam perkataan;

    Ini bukan budaya kita!, itu dulu.

    Monday, March 10, 2008

    lapang besar

    Jika kamu salah seorang yang turun mengundi tempoh hari, sila tepok bahu sendiri. Saya sendiri mengucapkan tahniah kepada kamu semua tanpa mengira apa atau siapa yang kamu pilih.

    Jangan dengar cakap-cakap yang mengatakan yang Penang akan menjadi Singapura kedua. Ini adalah cakap-cakap orang-orang yang terlalu lama dicuciotak oleh amnu. Apa sahaja yang tidak melayu pada mereka adalah jahat,nah! lihat apa yang jadi?

    Saya melihat apa yang berlaku tempoh hari sebagai satu permulaan yang amat bagus. Permulaan dimana rakyat menjadi manusia yang perlu diambilkira hati dan perasaan mereka. Bukan sekadar statistik. Bukan sekadar nombor. Dan yang lebih penting bukannya sibodoh yang mengikut dan menerima apa saja putusan pemerintah.Walaupun kumpulan sibodoh ini masa ada, seperti yang saya lihat di kaca tivi tempoh hari. Seorang lelaki melayu dengan sebak dan kesal atas kekurangan kuasa amnu.

    Hari ini kita boleh berharap untuk menjadi lebih penting dari wakil kerajaan dan konco-konco mereka. Kita juga boleh mengharap yang bangsa adalah perkara kedua, yang pentingnya adalah seluruh mereka yang mengaku rakyat Malaya. Tanpa mengira apa bangsa adalah mempunyai hak yang sama. Saya adalah berhak untuk mengamalkan agama saya tanpa perlu memperlekehkan agama lain. Kira-kira siapa yang ke sorga dan neraka bukan hak saya atau kamu.

    Diharapkan juga, mereka-mereka yang di terima menjadi wakil rakyat benar-benar menjadi wakil rakyat. Jika kamu sanggup bersusah payah meminta di undi, maka bersedialah untuk bersusah payah menolong dan membantu kawasan yang kamu wakili. Kita tidak mahu melihat ada wakil rakyat yang baru ini nantinya juga serupa dengan yang terdahulu. Janganlah hendaknya satu atau dua tahun dari sekarang timbul pula video-video tidak senonoh wakil-wakil yang baru di lantik ini. Jangan pula sibuk untuk berkereta besar kesana kemari kerana kami sudah jelak dengan wakil kerajaan terdahulu yang sombong dengan kereta dan lori besar naik seorang.

    Gaji wakil rakyat katanya kurang dari lima ribu ringgit dengan elaun mesyuarat kurang dari seratus ringgit. Kamu meminta menjadi wakil, kami terima kamu menjadi wakil, hiduplah dengan wang itu dan jika perlu, gunakan wang kamu sendiri untuk membantu apa-apa yang kamu rasakan perlu. Jangan kerana kamu menjadi kepala menteri di Selangor, maka yang pertama kamu lakukan adalah membuka lebih banyak kilang tempe yang kemudiannya kamu mendapat sekian peratusan keuntungannya demi untuk mempunyai wajah yang lebih muda dari usia. Lupakan projek itu ini. Berikan kepada yang benar-benar berhak. Bukan sedara mara atau juak-juak kamu. Utamakan kepentingan negara dan rakyat.

    Ahh, saya menulis seolah-olah wakil rakyat baru membaca tulisan ini. :)


    Sebenarnya, banyak-banyaklah beriftighfar atas kemenangan jika kamu muslim kerana kamu adalah bertanggungjawab di hadapan Tuhan diatas kebaikkan dan kemaksiatan kawasan kamu.

    Jika kamu tidak bertuhan, maka hormatilah hak asasi setiap manusia.

    Tuesday, March 04, 2008

    jabor

    Friday, February 29, 2008

    medan tok sera



    Sejak kebelakangan ini, saya banyak di landa berita kematian. Saya melihat anak yang kematian ibu,kawan yang kehilangan kawan. Adik kematian kakak atau abang yang kematian adik. semua ini membawa kesedihan kepada banyak orang.

    Namun semua kesedihan itu tidak dapat menandingi kesedihan yang saya lihat kepada ibu dan bapa yang kehilangan anak.



    Sibapa saya lihat masih mahu menjadi lelaki. Masih mahu tersenyum-senyum dalam kesedihan. Walau bagaimana pun, di waktu-waktu senggang yakni di masa mana dia tidak sibuk melayani ucapan takziah dari kawan yang datang, saya lihat dia mengalirkan airmata dan belas sungguh hati sesiapa melihatnya.

    Melihat ibu kepada anak yang pergi itu pula adalah amat memilukan. Walau tidak meraung-raung, kesedihan yang teramat sangat dapat di lihat pada wajah siibu. Sudah habis daya untuk berbicaranya. Airmatanya juga saya kira telah kering.


    Kemudian datang pula berita mengenai seorang anak perempuan yang berusia 16 tahun keluar dari rumah setelah di tegur oleh ibunya. Dia keluar kerana merasakan ibunya tidak lagi menyayangi.

    Ditengah-tengah orang yang datang membantu, ibu dan bapa itu hanya kelihatan amat murung, namun apabila di dalam kereta bersama saya pergi mencari, kedua-duanya menangis seperti anak-anak.

    Bapanya yang selalu tidak apa itu antara dengar dan tidak mengatakan,' mana anak aku jones? mana anak aku tidur malam ni jones?'

    Ibunya pula memanggil-manggil nama anaknya dengan kuat.

    Semalaman kami mencari. Semalaman kami tidak tidur.



    Melihat keadaan itu, saya yang selama ini tidak faham mengapa masih ada manusia yang percaya kepada ajaran-ajaran karut mengerti yang manusia akan melakukan apa sahaja bila terdesak. Atau sekurang-kurangnya apabila mahu kembalikan apa-apa yang di sayang tetapi hilang. Anak misalnya. atau mungkin juga kerusi parlimen misalnya. Misalnya saya kata.

    Kerana itu juga, mahaguru-mahaguru sakti merata alam ini masih mampu hidup dengan menipu.

    Kita semua adalah anak. Cuba berusaha untuk mengembirakan ibubapa semasa mereka hidup dan cuba pula berusaha menerangi kubur mereka setelah mereka tiada. Jika terlintas di hati mahu berzina, minum arak,tinggalkan sembahyang atau apa juga maksiat, bayangkanlah mereka yang membesarkan kita.

    ps:dalam zaman serba cepat ini, mewajipkan laporang orang hilang hanya boleh di buat setelah 24jam rasanya perlu di tukar. undang-undang sivil mengikut peredaran masa, jadi tidak ada masalah disana. Lainlah undang-undang tuhan. eh! bunyi macam orang PIS pulak. EH! orang PIS pon dah tak cakap pasal undang-undang tuhan.

    Thursday, February 21, 2008

    alor akar

    -pakai ni, kata Mok menghulurkan lencana kapal layar kepada saya. Saya ambil dan pakai di baju dan bermulalah obsesi saya kepada lencana besi.

    Lencana-lencana yang di kumpul akan saya pin-kan ke topi.Dan saya pakai pada hari-hari perayaan sekolah. Itulah kebangaan.Setelah itu saya simpan dengan cermat sambil menanti musim perayaan datang lagi.


    Dan itu jugalah satu-satunya kenangan saya tentang pilihanraya kerana itulah pilihanraya pertama dan terakhir saya (setakat ini).

    Semua lencana itu di beli dengan wang Mok.Saya tidak berjimat untuk membeli kerana tahu Mok kayaraya.

    Ada juga kawan-kawan yang mahu berlumba mengumpul lencana, malang sedikit ibubapa mereka tidak sekaya atau mungkin tidak mahu melayan minat anak-anak mereka seperti Mok, jadi tentu saja saya menang kerana punya wang untuk berbelanja membeli lencana dan kasih sayang yang melimpahruah.



    Pilihanraya adalah hari lencana. Kumpul dan lekat di topi kemudian pamerkan kepada sekelian manusia tanda sokong.Kemudian simpan dan tunggu perayaan datang lagi.

    Yang memang nanti adalah kerana punya banyak wang untuk mempamerkan lencana. Bukan kerana khidmat kepada penduduk.

    Dan tidak seperti saya, ibubapa yang punya banyak wang biasanya merosakkan anak-anak dengan hartabenda kononnya tanda cinta.

    Thursday, February 14, 2008

    galing besar



    -first crush aku cyndi lauper, kata stone tanpa sebarang provokasi. Saya gelak kecil mulanya, kemudian gelaka besar membayangkan stone dan cyndi lauper. Tapi bila di fikirkan semula, mereka memang cocok. haha.

    Mungking kerana mabuk sebelom tidur maka dia berkata begitu gamaknya. Kita semua tahu apabila kita menahan diri dari tidur, maka kita akan mula bercerita yang bukan-bukan. Membuka rahasia hati dan mencurahkan apa yang tidak berfaedah kepada siapa yang paling dekat ketika itu. Kerena itu juga saya lebih rela tidur dari membebel mabuk kantuk.

    Berhati-hatilah apabila mendengar janji itu ini menjelang pilihanraya ini.Kita tahu kebanyakkan wakil kerajaan sekarang sangat letih dan mengantuk akibat sibuk berkempen lama sebelum pembubaran parlimen. Bila tarikh pilihanraya di umumkan nanti, pastinya mereka lebih letih dan mengantuk.

    Kasihan mereka, menahan diri dari rehat demi rakyat.

    Cerita pembangunan itu ini, mulia budi, bantuan kerajaan dan berbagai istilah murni yang dicipta adalah umpan untuk menundukkan pemilih.Pendedahan rasuah si fulan dan si folan adalah isu basi. Bosan mendengar jika saya terpilih akan saya buat itu ini sebenarnya.

    Fikir dengan otak jika kamu pasti yang kamu perlu pergi memilih.




    Malangnya, saya tahu, lama sebelom tarikh pemilihan di umumkan, kamu semua sudah putus fikiran untuk memilih partai yang mana. Ditambah pula dengan keasyikkan kamu mentelaah cerita dalam kain para penyanyi dan pelakon (dan kadang-kadang menteri dan jiran sebelah rumah),kamu sedari tadi hanya mahu tahu siapa pula first crush saya.

    Dengan pantas saya menjawab,tiada.

    -mengapa? kamu bertanya dalam nada penyibuk kelas satu.

    -kerana saya adalah first crush kebanyakkan gadis dan wanita pada zaman itu, bahkan juga di waktu ini,jawab saya.

    Wednesday, February 06, 2008

    galing kecil





    bangunan makin tinggi mengawan
    rakyat makin terpelesok kedalam bumi
    selamat jalan kemanusiaan
    hello kejahatan,
    rasanya engkau akan lama di sini.

    Tuesday, January 29, 2008

    taman guru



    -pakai enjin lama lagi ke kereta ni Pak Teh?
    +ho, dari mula beli dulu. enjin orijinal. baru sekali je oberhol.
    -tahan ye kereta ni.
    +ho.
    -boleh bawok gi jauh?
    + bakpe tok boleh nye? ari tu kawan gi kota baru, lepas tu terus masuk lebuhraya timur barat, gi sampai penang nu.
    -kereta ni?
    +ho.kawan beli 8000.bren niew. tahun 74.
    -kalau nok jual berapa ni Pak Teh?
    +hari tu ada orang mintak 5000. tapi kawan tak moh jual sebab bila kawan gi kedai kancil, dia kata kawan tak layak sebab umor dah banyok. (Pak Teh berusia dalam 70 lebih)
    -gi kota baru lepas tu gi penang dengan kereta ni?
    +ho. tahan ni kereta ni. besi betol. bukan macam kereta sekarang, macam buat dengan damar, langgo dek burung je hancor bersepai.
    -bila pak teh gi kota baru lepas tu gi penang dengan kereta ni?
    +hari bulan kawan tak ingat, tapi yang kawan ingat sangat tahun dia sebab masa tu mak teh mengandung anok nombor dua kawan, tahun 1976.













    alahai...

    Saturday, January 19, 2008

    mee sop pak ali pasar sekarang di cenderawasih

    Pada tahun 2001 dulu...
    aiseyman, lupa pula apa yang hendak di tulis.
    harap kamu maafkan kelupaan saya.












    not.

    Tuesday, January 15, 2008

    taman gelora

    dalam komuter semalam.

    -my lecturer asked me when am i gonna take politics? i told him, not until the perdana menteri.. (tengok keliling dan berbisik kepada rakan wanitanya) not until the pm is a chinese.

    Inilah padahnya apabila kamu sibuk ke hulu ke hilir mencium keris. Sibuk dengan ketuanan itu ketuanan ini. Si politikus melayu menipu rakyat melayu. Si politikus cina menipu kaum cina dan politikus india err..kaum india memang sudah lama di tipu pemimpin mereka. Baik yang di sini atau di benua Kalinga sana.

    Yang melayu di tipu pemimpin kerana bodoh. Si cina di tipu kerana sibuk mahu kaya. Kaum india di tipu kerana err.. itu memang budaya mereka.

    Memperjuangkan bangsa melalui politik adalah mudharat. Kes rujukan; bangsa yahudi.

    -excuse me sir. i hope you have a thick and hard 12in. cock.

    -hah!?? what!?? why!??

    -so you can go home,have a nice bath, lie in bed, spread you legs and fuck yourfuckingself sir.

    -chee sin.








    idiot.

    Saturday, January 12, 2008

    tanjong api

    -sapa agaknya owner francais masjid as-siddiq, al-fatah,umar al-khattab ni semua? mesti kaya ni. kata badrul bergurau.

    Saya jadi terfikir, mengapa kebanyakkan masjid mempunyai nama-nama yang sama? Seluruh dunia, atau sekurang-kurangnya beberapa negara yang pernah saya lawati, akan di temui masjid-masjid yang di gelar sedemikian.

    Rasanya di kampung atau bandar kamu sahaja juga ada satu atau dua atau tiga masjid yang mempunyai nama yang sama.

    Alangkah peningnya mereka-mereka yang membina banyak masjid di kelantan sana untuk menamakan masjid-masjid yang seperti yang kita tahu hari ini merupakan mercu tanda kejayaan Islam di Malaya.

    Orang datang atau tidak ke masjid-masjid adalah perkara lain,esok jika di tanya Tuhan, jawab yang kita hanya membina masjid kerana kita berkuasa membinanya. Membawa diri kepada masjid adalah tugas individu.

    -Lu punya kubur lu sendiri jaga.tugas kerajaan kasi lu maju.

    Peduliakan kajian Dr.F.Kamsah yang mendapati hanya 18-20 peratus lelaki dewasa Islam Malaya yang bersembahyang lengkap lima waktu sehari semalam. Dia jawa, mana dia tahu.

    Maka, adalah lebih mulia sekiranya banyak masjid yang di bina itu di beri nama baru. Misalnya, al-najeeb,al-nazzeridol,al-hishambudusmuddeen atau al-sammy. Jika kita sanggup lupakan kesalahan Dr. Chua (dan kita memang selalu memaafkan kumpulan penjahat-penjahat itu) boleh saja kita namakan mana-mana masjid sebagai al-chua wal-katerina.

    Al-samy dan al chua wal-katerina adalah penting untuk perpaduan kaum.

    Jasa-jasa meneteri dan bekas menteri yang lalu juga kita kenang dan paparkan di nama-nama masjid. At-thamby chik,al-vijandran dan banyak lagi.

    Nama-nama isteri menteri juga boleh di pertimbangkan atas jasa-jasa mereka mewarnakan rambut dan membelekbedah muka dan tubuh.

    Al-badawi tidak perlu lagi rasanya kerana yang punya batang tubuh sudah banyak pahala.

    Monday, January 07, 2008

    kubang buaya

    ring.ring.

    - assalamualaikoum.

    + wa alai kumus salam Mok.

    - Mok sihat. Mu?

    + err..alhamdulillah sihat.

    - ni, Mok nok suruh mu tolong beli minyak makan dengan Din (pemborong tepong, gula, minyak masak dan penyeludup beras tegar) 2 kotak.

    + baru semalam dia kata dia tak ada stok. banyak orang sorok dan sebab panic buying.

    - mu kabo ke dia Mok kata jangan jadi bodo. lam soon, guthrie, felda gi jual luar negara. untung banyok. jual dalam negeri bulih berapa sen je. penik baing kkorok kering dia.

    + ooo.

    - assalamualaikoum.

    + wa alai kumus salam.



    issh, Mok saya pon tahu.

    Wednesday, January 02, 2008

    shell jalan gambut

    -babi! babi! ini mesti melayu punya kerja! Marah benar Siong kerana dvd lucahnya.. eh! silap. Siong marah kerana kepala paip dan besi penutup kamera litar..eh! silap lagi. Kepala paip dan besi penutup tangki tandas di bengkel tempat dia berkerja di curi orang. Bersembur-sembur air dari paip yang tak berkepala itu membasahi lantai bengkel.

    -babi betol Siong, tak muhibbah langsung, sikit-sikit melayu, sikit-sikit melayu. cina takde jahat ke? india takde jahat ke? marah benar Zaha bila mendengar tuduhan melulu Siong.

    Siong silap sebab tak periksa bilik hotel eh! silap. Siong jerit kuat sangat. Zaha dengar dan marah. Muhibbah kita sedikit tercalar gara-gara gatalnya kote eh! silap. Gara-gara celupar mulut Siong.

    Saya dan rakan peribadi saya senyum-senyum sambil berharap keluarga kami juga sepemaaf seluruh rakyat politik Malaya.

    Wednesday, December 19, 2007

    bisa ikan adalah madu para pemancing-tamat-

    Horeey! yahoooooo! bravo! bravo! yes! vel! vel!*

    Baru-baru ini saya memandu (dengan amat perlahan) dari Batu Caves ke Sungai Besar. Disepanjang perjalanan, saya dapati terdapat banyak kuil-kuil yang di dirikan. Dari yang paling gah di Batu Caves hingga ke beberapa kuil kecil di merata ladang sawit.

    Maka dari situ saya dapati inilah punya sebenar tidak majunya kaum india di Malaya. Mereka terlalu sibuk beribadat dan menghias kuil.

    Seperti yang di ketahui umum, semua binaan untuk mencantikkan kuil adalah menggunakan tenaga import. Para pengukir di bawa datang terus dari India sana.Di sini sahaja telah merugikan kepada kaum india di malaya yang mahir mengukir. Khidmatnya di pinggirkan.

    Di tambah pula dengan obsesi kaum india terhadap patung-patung dan ritual agama yang mana menguasai segala aspek kehidupan mereka. Sehingga para sami menduduki peringkat yang tinggi dalam hairaki masyarakat mereka.

    Untuk maju, manusia perlu pinggirkan agama atau dalam kes orang melayu malaya, cipta satu agama baru. Kita masih boleh mengamalkan agama lama, tetapi pembaharuan yang drastik adalah perlu sesuai dengan tuntutan kehidupan masakini.

    Kaun cina malaya adalah satu contoh menarik untuk di jadikan suri teladan. Walaupun tidak ramai antara mereka yang tidak mempercayai tuhan, kebanyakkan mereka menganggap agama adalah lorong untuk menuju kekayaan. Apa sahaja dalam agama yang menganggu jalan besar kepada kekayaan, kita toleransikan. Jika kerana saban hari memberi limau mandarin kepada tokong menyekat kekayaan, maka cuba-cubalah berikan limau inggeris atau jika perlu berikan limau arab.

    Perlunya perubahan atau kata manisnya, pembaharuan dalam faham dan tatacara amal agama mengikut arus perdana demi untuk membangunkan bangsa dan negara adalah sama perlunya manusia kepada materil. Tidak ada manusia yang bisa hidup tanpa materil dalam era yang menuntut kepada penjauhan agama dalam merebut materil.**

    Agama adalah penghalang kepada majunya apa juga bangsa manusia di bumi mana sekalipon. Buka semua buku sejarah dan kamu akan setuju.Dan perjuangan bangsa juga adalah mudarat paling besar atas sesebuah negara.

    Kaum india malaya punya dua pilihan, tinggalkan agama dan maju atau teruslah dalam mundur jika tetap berkeras dengan cara hidup sekarang. ATAU, berusahalalah untuk menukar bangsa dan masuk amnu.

    Ambillah contoh dari masyarakat melayu dan cina malaya yang terlalu deras maju sehingga tidak ada langsung bangsa melayu dan cina yang kebulur di malaya tercinta ini.



    ** bahagian ini sengaja di belit-belitkan untuk mengambarkan betapa kompleksnya penerangan yang cuba di berikan.

    * sorak-sorai di atas adalah mengambarkan betapa gembiranya saya apabila kerajaan memutuskan untuk membebaskan dari pertuduhan cubaan membunuh anggota keselamatan oleh kumpulan pembela kaum india malaya. Al-maklumlah, mereka tidak bertindak ganas dengan membakar bendera malaya.

    Selamat Hari Raya Korban semua.

    Thursday, November 29, 2007

    ngak! ngak!

    Di suatu kedai buku mamak.

    Mamak : Apa buku cari abang?

    abang : Hmmmm...

    Mamak : RRotiiidabelliew ka abang?

    abang : Hah?

    Mamak hulur majallah RRotiiidabelliew , abang ambil dan belek. Penuh gambar gitar dan gitar.Selang-seli gambar kumpulan rambut panjang.

    Yepp, I'm indeed one rockin' old man.Mamak pun tahu.




    Jika sekiranya Si Nombor Tiga pun kami pandang hina dan jijik,apakah kamu mahu nombor berikutnya Mat Jan?

    Saturday, November 24, 2007

    bisa ngak? bisa ngak?

    nyanyian sepi some crazy old man



    anak-anak hari ini telah hilang innocent
    kerana terlalu mengikut aliran fashion
    susah di beza mana twelve years old
    yang mana legal enough to hold
    tidak boleh simply-simply touch
    silap-silap kita kena charged
    mak dan ayah don't really care
    sebab ramai dengan anak mereka scared

    o anak
    jangan selalu mahu everything new
    banyak perkara lama yang good for you
    jangan terlalu mengikut trend
    nanti jadi gadis cinta for rent

    bangkit bangun o my sons
    jangan biarkan dirimu di jual for a song

    mungkin bagi kamu ini adalah
    nyanyian sepi some crazy old man
    tapi ingatlah anak-anakku,
    something which is not broken
    doesn't need to be mend.



    kadang-kala saya rasa perlu menulis sesuatu untuk mengingatkan kamu. Mengingatkan kamu* mengapa saya ini penulis blog nombor satu negara.


    *kamu di sini bermaksud penulis blog nombor dua negara. penulis blog nombor tiga negara tidak kami pedulikan kerana tiada keyakinan diri untuk mengarah filim-filim tulisannya.

    Monday, November 19, 2007

    cinta tak bisa

    Saya jatuh cinta dengan Dr. Khir Toyo.

    Bukan, bukan sebab mukanya makin cantik. Bukan sebab tulang pipinya makin tinggi. Bukan juga kerana anak matanya sedikit hazel sekarang ini.

    Tetapi kerana dua perkara dan ini adalah kejatuhan cinta yang benar-benar suci.

    Pertama kerana dia membeli sampah dari penduduk jajahannya.

    Rakyat Malaya memang pengotor. Pergi saja di mana-mana gerai makan (waktu siang) dan kamu akan faham maksud saya. Yang lebih menekankan betapa pengotornya rakyat Malaya, mereka berkerumun makan di tempat yang kotor dan berbau busuk.

    Jika sekiranya majlis perbandaran tidak mengutip sampah, di panggilnya singh yang terangkat tangan apabila bercakap itu untuk siaran tivi.(Bila di fikirkan balik, rasanya tv3 patut masuk bertanding dalam pilihanraya akan datang kerana apa saja masalah yang tersiar di rangkaian tivi tersebut, pasti akan segera di selesaikan) Nama untuk berfikir cara bagaimana untuk membuang sampah tidak sama sekali. Pantang tok nenek dia. Tok nenek saya bersih.

    Bilik air di rumah sendiri pon kadangkala lebih kotor dari tandas awam. Tapi cerita tandas awam sudah lama basi.Sama basinya dengan cerita-cerita perkelahian keluarga melayu dalam wayang malaya.Kita mahu cerita baru, babak dalam filim yang baru. Ciuman mulut ke mulut yang pertama misalnya. (Saya yakin dalam masa kurang lima tahun kita akan dapat menyaksikan babak tersebut dalam filim buatan malaya)


    Jadi dengan membeli sampah, beliau sedikit sebanyak telah membersihkan malaya dan ini pada saya adalah usaha yang murni.

    Syabbas Khir!

    Keduanya adalah kerana anugerah penyapu itu. Jika sekiranya, penyapu yang di berikan itu di perbuat dari tembaga mahal, rasa saya ianya tidak akan menjadi perbualan hangat. Jadi, kekalkan saja anugerah tersebut tetapi salutkan atau buat penyapu dari emas nescaya tidak akan menjadi isu yang perlu di campurtangan oleh menteri perdana yang maha sibuk merancang yang meresmikan segala macam pintukori itu.

    Melayu memang begitu, asal penyapu rasa hina. Seperti melayu yang minum arak tetapi amat benci dengan babi. Dapat hamper hari raya senyum,bangga. Jiran-jiran sebelah rumah cemburu kerana tidak di suap,tetapi(kononnya) benci kepada rasuah seperti bencinya melayu kepada bekas isteri. kemudian mereka jemput jaguh tenis dunia untuk menghiburkan kita. Orang miskin di Baling sana pasti gembira, eh! tu cerita lain. Sorry.

    kalaulah Khir sedia merobohkan mahligai bekas ahli majlis yang terkenal itu, saya akan menghantar wakil untuk melamar beliau. Jangan hairan, di malaya semuanya boleh.

    Nama saya Rain.

    Wednesday, November 14, 2007

    is juga menangis, airmata juga jatuh ke misainya-tamat-

    -kawan tak pernah ngenterk.biar orang nak kata apa,kawan tak pernah buat kerja tak senonoh, kata Jack lama dulu.Umurnya 42 tahun ketika itu.

    Jack kawan lama saya. Kawan yang mengajar saya baca al-quran.Kawan yang mengajar saya supaya kekal dalam sembahyang.Bahkan dialah yang mengajar kami, saya dan kawan-kawan saya untuk kekal bersembahyang dalam apa juga keadaan.

    Bahkan lagi, jika kamu ke kampong saya dan tanyakan siapakah yang banyak berjasa membawa budak-budak muda (masa itu) kepada agama, tidak syak lagi mereka akan memberitahu kamu yang Jacklah orangnya.

    Jack lambat menikah, itu saja kemalangan dalam hidupnya. Lain semua cukup. Rupa iras Freddy Mercury dan tidak pernah kekurangan wang.

    Bermacam orang cuba mencarikan jodoh untuk dia, tetapi seperti yang saya katakan tadi, dia memang malang dalam hal nikah kawin ini. Pernah mahu menikah dengan adik saya sendiri, tetapi seperti yang kamu semu tahu, dia cepat menyedari kekurangan diri adik saya. Dia juga satu-satunya kawan yang datang melawat semasa saya di luar negara.

    Cuma yang membuatkan saya sedikit terkilan adalah kerana semasa melawat, dia membawa sekian banyak petai segar UNTUK DIRINYA SENDIRI. Bertahun tidak memakan petai, ingatkan di bawanya untuk saya, rupanya tidak, di bantainya makan seorang. Cerita itu menjadi lawak kami dan kawan-kawan.

    Tadi saya mendapat panggilan talipon dari dia,bunyinya lebih kurang begini;

    -macam tak percaya, macam mimpi! sebelah kawan tido ada orang. kalau kawan rasa nak pelok, kawan boleh pelok, kalau kawan rasa nak pegang kopek, kawan boleh pegang. macam mimpi!

    Saya ketawa kuat. Jack menikah 11/11 yang lepas. Hujung minggu ini majlis sambut menantu, Tumbang 3 ekor lembu.Raja pun khabarnya akan datang. Perkahwinan paling bersejarah di kampungnya.

    Adillah rasa saya.

    Dia menahan dirinya dari zina sekian lama. Lalu ALLAH berikan kepada dia nikmat yang besar.Nikmat pertama kali melakukan persetubuhan halal adalah jauh lebih baik dari perzinaan pertama dan yang paling bagus ianya tidak di murkai ALLAH.

    Jika ada yang mahu saya anjurkan kepada kamu semua adalah, jangan berzina. Bukan sahaja ianya berdosa, kamu juga merosakkan banyak perkara. Kamu juga mencuri hak orang.Dan yang paling penting, cuba fikirkan jika yang dizina itu adik-kakak kamu.Issshhh..rasa macam ustaz pulok doh. Sebenarnya kamu lebih tahu.

    SELAMAT PENGANTIN BARU JACK.


    ps: kepada al-maniq yang mengundang saya tempoh hari, terima kasih. saya cuba hadir di Paya Bungor, malangnya saya tiba terlalu lewat. Selamat pengantin baru juga untuk kamu dan isteri.

    Saturday, November 10, 2007

    mar menangis, airmata jatuh ke misainya

    Saya suka membaca komik Gila-Gila musim baru. Saya katakan musim baru, sebenarnya saya lama tidak membelinya.

    Selama di sini, saya banyak membeli majalah dan komik. Kebanyakkan komik mengecewakan kerana terlalu mahu menjadi seperti komik Jepun atau Korea atau apa juga kecuali menjadi komik Malaya.

    Di sini komik Gila-Gila menjadi hero saya kerana masih mengekalkan bentuk lukisan dan cerita yang berpengkalan di Malaya. Cabai masih dengan Tiga Daranya. Aloy dengan mistiknya dan beberapa tulisan yang rasanya di ulang tayang. From Taiping With Love juga masih di tayangkan. Mungkin untuk membantu keluarga arwah Rasyid Asmawi.

    Komik ini juga sesuai di baca oleh semua. Tidak seperti komik lain yang saya anggap mengarut. Dengan gaya bahasa yang pening dan lukisan yang banyak menganjurkan kejahatan. Cuma yang sedikit merungsingkan saya di komik Gila-Gila adalah kartun Shah-Shahwati, cerita budak perempuan yang lelaki. Rasanya walaupun banyak pondan di Malaya, cerita begitu tidak perlu. Janganlah kita menjadi penyumbang kepada kebangkitan golongan jahat.

    Saya masih memasang angan-angan untuk melihat pelukis musim pertama komik Gila-Gila menghasilkan (walau) sebuah keluaran yang bumper-mumper. Yang tebal dan tidak habis di baca 3 hari. Kami mahu Don! Kami mahu Kerengge!

    Off The Edge pada saya adalah majalah terbaik keluaran Malaya. Yang lain semuanya karut terutama majalah berbahasa Melayu. Cuma keluaran terbaru Off The Edge sedikit mengecewakan kerana menjadikan gambar budak Kuala Lipis yang paling terkenal itu sebagai penghias muka depan. Dan dengan rencana wawancara yang amat err.. tidak cerdik. Rasanya apa saja mengenai beliau sudah banyak di ketahui umum, cuba-cubalah Off The Edge mencari tokoh selain beliau untuk kami baca, penulis blog misalnya, err..saya misalnya.



    Oh, jika kamu di Gila-Gila, tolong sampaikan assalamualaikoum saya kepada Aloy.

    Monday, November 05, 2007

    isssssss

    Mungkin saya pernah ceritakan, tapi saya ceritakan sekali lagi.

    -Mok buat jerok maman,kata adik saya, tersenyum. Bukan kerana dia atau saya mengemari makanan tersebut, tetapi dia tahu saya amat susah hati jika Mok mula menjerok daun maman.

    Bau dari proses menjerok itu terlalu memeningkan kepala saya dan inilah yang membuatkan adik saya gembira. Apa saja bentuk penyiksaan yang jatuh kepada saya adalah hiburan pada dia. Lebih-lebih lagi bila penyiksaan itu datang dari Mok saya.Walaupun secara tidak langsung. Seperti yang di ketahui umum, hanya saya anak yang di sayangi Mok saya.

    Beberapa tahun setelah dewasa,saya jadi ingin tahu mengapa Mok begitu mengemari jerok maman. Saya cuba sekali dan tidak suka. Kemudian dari itu, saya mencuba lagi berkali-kali dan akhirnya saya dapat menghargai keenakkannya. Hari ini walaupun bukan makanan kegemaran saya, namun saya tidak akan menolak jika di hidangkan dengan jerok maman.

    Alah, macam makan suap. Kali pertama rasa berdosa, buat banyak kali, seronok pula.

    Cuma saya mahu nasehatkan kepada para pemakan suap; Makanlah suap dalam jumlah yang sangat besar supaya jika di tangkap boleh upah peguam handal. Kita semua tahu kalah menang kebanyakkan kes-kes yang di bicarakan di mahkamah bergantung kepada banyak sedikitnya uang di kantong mereka yang kena dakwa.

    Apabila sudah bersedia dengan penguam handal (usaha) dan sementara menunggu kes dibicarakan, kita ke Mekah berdoa (harap). Orang Islam lah katakan.

    Kata Periwira Mat Gila, ada uang semua boleh jadi.

    Monday, October 29, 2007

    musim kemarau cinta kita bermula mar,selamat tinggal




    ini cerpen.

    -Bakpe mung dok ngaroh ddiri filing mung!

    Kesihan penulis blog yang ketiga terkenal itu di marahi berkali-kali oleh penulis blog kedua terkenal itu.Dia (penulis blog kedua terkenal) sengaja mengaku gay kerana mahukan gadis duduk di ribanya.Murah.

    Dari kerana tidak mengarahkan sendiri filimnya hinggalah pada dosa yang tidak di sabitkan kepada dia.

    -hoh! macang bah mini kete mung!

    Dia bukan pereka kereta.Dia pembuat filim.


    Terkebil-kebil penulis blog ketiga terkenal. Mahu mempertahankan diri takut. Mahu mengaku kalah malu,agak aku,penulis blog yang paling terkenal antara mereka.

    Thursday, October 25, 2007

    tapi is

    Memandu merupakan satu seni beladiri di Malaya. Dan kebanyakkan pemandu di malaya adalah pemegang 3 atau lebih tali pinggang hitam. Bagi saya yang sangat tidak pandai dalam apa juga seni beladiri atau memandu, adalah menjadi satu masalah besar apabila terpaksa memandu.

    Amat mengejutkan apabila sedang memandu kamu tiba-tiba di lintas dari kiri dan kanan tanpa sebarang isyarat dan dengan tiada langsung timbang rasa.Memaki hamun adalah pilihan yang paling tepat kerana jika tidak kamu akan mengumpul segala macam kemarahan dan kemudian di lepaskan kepada anak dan isteri.

    Pemandu motosikal adalah penjahat yang d lindungi di malaya. Hairan sungguh apabila ada ibubapa nampak akan kepentingan membenarkan anak-anak yang baru lulus PMR dibelikan motosikal. Apa perlunya mereka yang masih dalam tanggungan menonggang motosikal? Mereka tidak perlu berkerja. Tugas berat meraka hanya belajar dan kadang-kadang pukul rakan sebaya atau mungkin dalam kes-kes yang terpinggir, memukul dan memaki-hamun para cikgu.

    Dan budak perempuan yang bercita-cita menjadi ketua pergerakan wanita berjambul itu pula menggalakan mereka dengan cadangan untuk membuka gelanggang lumba. Inilah penyakit besar pemerintah. Apabila feri terbakar, menteri memberi NASIHAT kepada pengusaha supaya berhati-hati. Tepung gandum naik harga,AFDAL lah rakyat memakan tepung jagung atau sekoi.

    Apa guna jadi pemerintah jika sekadar menjadi pemberi nasihat?

    Mari saya ajarkan bagaimana membenteras pemandu motosikal muda sebelum saya ke kedai membeli lori dan menjadikan perbuatan melanggar mereka setiap hujung minggu sebagai hobi. Percayalah, saya sangat teringin melakukannya!

    Had kan umur pemandu motosikal dari 16 tahun ke 18 atau 20 tahun. Mungkin ini tidak akan segera menhapuskan mereka tetapi sekurang-kurangnya kita tahu dalam masa 3-4 tahun akan datang mereka akan berkurang dan mungkin akan terus di hapuskan.

    Kita semua tahu yang budak lelaki(melayu) 16 tahun semuanya bodoh. Masih belum boleh berfikir. Beri mereka motosikal, mereka merempit,beri mereka perempuan, mereka buncitkan. Yang sama bodohnya adalah ibubapa yang membelikan motosikal kepada mereka.
    Budak perempuan (melayu) pula, belikan mereka pre-paid, mereka buncit. Jadi cegah benda-benda ini dari berlaku. Tidak ada pentingnya budak lelaki 16-17 tahun bermotosikal.

    Lupakanlah sekejap tentang untungnya menjual banyak motosikal keluaran tempatan kerana mereka inilah taukeh yang kamu jeritkan sebagai mempunyai modal insan.

    Dalam perkara lain, kenapa sheriff tidak boleh berkerja sama dengan syarikat telekomunikasi untuk menjuruskan dengan tepat masa,hari dan kepada siapa panggilan telefon yang di buat oleh lelaki di dalam gambar cctv kes kanak-kanak yang di zalimi itu?
    Bukan kah kita negara serba canggih?

    Wednesday, October 17, 2007

    sudahlah mar, aku bosan dengan seribu kalimat cintamu

    Serunding ikan dan rendang daging serta ketupat yang (seperti selalunya) enak, yang di masak oleh Mok saya menjadi sedikit kurang ummphh! tahun ini akibat dari tindakan tidak waras dua adik perempuan saya. Sudahlah tidak cantik, pemalas pula. (Hairan benar saya bagaimana mereka boleh menikah dan beranak-pinak)

    Tahun ini semua tetamu, termasuk saya yang istimewa ini di jamu menggunakan pinggan dan cawan kertas. Jika kamu mengupah Chef Ismail memasak untuk jamuan hari raya kamu sekalipun, makanan yang di hidangkan di dalam pinggan dan cawan kertas akan menyerap sebahagian kelazatan yang ada.

    Saya rasa ini adalah budaya yang di paksakan di Malaya. Segera dan pakaibuang. Semua pun mahu di segerakan. Tidak ada lagi pencegahan. Yang tinggal juga cara mengubatnya.

    Apabila berlaku banjir, jabatan sungai dan longkang negara akan segera menghantar jengkaut untuk mendalamkan sungai. Maka segeralah kering banjir walhal jika sebelum jika setiap hari di bersihkan sungai dan longkang, insya Allah tidak akan berlaku limpahan air.

    Pepatah Sausenia yang sangat sesuai untuk semua ini adalah;sudah berak baru sibuk mengali lubang.

    Begitu juga dengan kes penyiksaan gadis kecil itu. Sheriff kita sibuk mengistiharkan menangkap orang itu dan orang ini yang kemudiannya di bebaskan.Kerana orangramai mahukan keputusan segera dan sheriff pula terpak segera membuktikan kecekapan seperti yang sering di war-warkan.

    Sudah menjadi pengetahuan umum yang jabatan sheriff hanya akan menamakan seseorang itu serbagai suspek apabila ada lebih kurang 50% kebarangkalian yang mereka melakukannya dan mendakwa mereka apabila ada 75% keyakinan yang munasabah bahawa merekalah penjenayahnya. Ini tidak, nampak muka dalam cctv terus di namakan suspek.Tidak salah mereka di bawa untuk di soalsiasat tetapi janganlah menamakan mereka sebagai suspek kerana ini sedikit sebanyak menghancurkan hati banyak orang apabila mereka di bebaskan.

    Sheriff kita sebenarnya tidak cekap. 90% atau lebih kes yang di selesaikan adalah dengan maklumat orangramai.Bukanlah menjadi masalah apabila sheriff kita dapat menyelesaikan apa jua jenayah dengan cara itu tetapi yang menjadi salahnya adalah apabila kita mendakwa bahawa sheriff kita sangat cekap dan mendapat pujian sheriff-sheriff err..Bukina Faso misalnya.

    Dalam perkara yang lain, rakyat Malaya ini obses sungguh dengan makan rupanya. Menteri Perdana dan isteri serta ketua sains dan teknologi semuanya bertanya perkara yang sama kepada pelancong ops! angkasawan pertamanya, -do you miss malaysian food?-
    Kawan tu duduk di angkasa, kot nak tanya nampak makhluk asing kah? Kemudian di jamunya rendang dan sate kepada bebudak Russia, buatnya kena cirit-birit di ISS tidak ke masalah.

    Juga hanya di Malaya bagaimana seorang ahli majlis bandaran masih boleh berbangga dengan mahligainya dengan menjamu media dan anak yatim walau di ketahui umum yang setiap bata yang di gunakan dalam pembinaan bangunan itu bersalah dan layak di saman dan bangunan itu sepatutnya dirobohkan kerana di bina dan di duduki tanpa mengikut undang-undang yang sah.

    Ops, saya terpaksa pergi, lampin pakaibuang saya sudah penuh.

    Monday, October 08, 2007

    alihkan matamu, engkau ada dihatiku is, sungguh!

    Selamat menyambut hari raya untuk kawan-kawan semua. Harap di maafkan semua kesalahan saya.Sama-sama kita berdoa agar bertemu lagi Ramadan dan sama-sama kita berazam untuk
    menjadi lebih baik dari selepas hari raya tahun lalu.

    Wassalam.

    Friday, September 28, 2007

    atma rindu fatamorgana sepi

    Antara sms terawal saya terima setelah mendaftar sebagai pelanggan talipon di sini adalah mengenai betapa akan berlaku rusuhan kaum di Malaya dalam jangkamasa terdekat ini.

    Saya bukanlah peminat kerajaan, namun dalam hal yang menyentuh kesatuan manusia, saya amat tidak gemar bila mana-mana pihak menceritakan keburukkan kaum yang lain tanpa sebarang bukti.

    Biasanya, mereka yang gemar bercerita tentang pergaduhan kaum ini adalah mamat-mamat kaki silat. Sikit-sikit parang terbang, sikit-sikit selepang merah. Saya rasa ini adalah konspirasi mahaguru-mahaguru silat se Malaya untuk menambah ahli persatuan masing-masing.

    Saya juga berpendapat jika benar berlaku pergaduhan antara kaum di Malaya, berita kematian yang banyak itu pasti akan di laporkan di apa juga media dengan sedikit atau banyak manipulasi.Di laporkan sebagai peperangan antara kumpulan samseng misalnya. maklumlah, kita di Malaya ini terkebawah sedikit sahaja dari Mafia Itali Dan Yakuza Jepun dalam hal-hal kumpulan samseng. Budak sekolah rendah kita sahaja (jika kita percaya media) kebanyakkannya adalah anggota kumpulan samseng.

    Jadi, jangan lah hanya kerana kita pandai hikmat api dalam sekam maka kita sibuk mmenjadi war-monger.

    Perjuangan kononnya untuk memajukan satu-satu kaum juga mesti di hapuskan jika kita serius mahu hidup sebagai bangsa Malaya. Harapnya di perhimpunan tahunan partai Melayu maha agung itu nanti, tidak akan ada menteri, timbalannya atau juak-juak mereka yang bodoh,dengan bangangnya berdiri menjulang dan mencium keris terhunus sebagai apa jua simbol. Apa perasaan kamu jika sekiranya Abang Mee bangun dan menjulang belantan kalari payat di perhimpunan kongres kaum India?

    Dulu, kita tidak memerlukan kerajaan untuk hidup aman muhibbah.Semua orang tahu tugas dan saling menghormati. Lama sebelum munculnya iklan perpaduan tajaan Petronas, Timothy Kumar dengan bangganya mengaku saya sebagai rakan paling akrab.Setiap aidil fitri tanpa perlu dorongan untuk kongsi raya oleh kerajaan. dia kerumah saya demi persahabatan. Pasukkan bolasepak negara di wakili semua bangsa. Bukan sebab kerajaan suruh,tetapi sebab kita bebas bergaul tanpa syak dan dengki.

    Malang sungguh hari ini apabila muhibbah hanya berlaku dalam pekongsian niaga yang tidak sihat. Polis melayu tolong halalkan duit maksiat towkey cina yang jahat misalnya.

    Jika kamu tanya saya mengapa hubungan antara kaum kini penuh syak dan dengki, tanpa rasa berdosa saya akan menyalahkan ahli politik yang bahlol. Yang bercakap hanya untuk mencapai batuan dalam politik tanpa mahu nmemikirkan akibatnya. Kaki dam aji di kampung saya ada satu perumpamaan yang sangat tepat dan amat sesuai untuk mereka ini iaitu; bodo macang batu pele.

    "Esok anok bini mu rrogo kkeling baru mu tahhu!" kata kawan yang marah apabila saya tidak mempercayai teori kerajaan sengaja menutup cerita rusuhan itu.

    Adilkah mendoakan keburukkan hanya kerana saya mahukan bukti yang sah sebelom menpercayai khabar angin? Jika ramai yang rajin menyebarkan berita dan gambar artis (bercium kerana suasana romantis yang jahat atau tidak), saya percaya jika benar berlaku keganasan kaum di Malaya, pasti ada yang menyebarkan berita dan gambar kejadian tersebut.

    Sehingga itu berlaku, marilah kita doakan agar ramai lagi pengiat seni lakon dan nyanyi tanahair kita tampil mengaku dosa-dosa mereka agar dapat mereka kita maafkan.

    Tuesday, September 25, 2007

    bukan sms dari sinaganaga

    sms:

    -Datang awal ke masjid kerana pakir biasanya penuh di awal ramadhan-

    dari:
    Lelaki-yang-baru-nikah-yang-dahulunya-mahu-jadi-faisal tehrani-tapi-sekarang-mahu-jadi-yassin-kerana-lebih-hip-dan-hop-
    dan-boleh-rap-dan-nama-betulnya-
    bukan-amir-mukhriz-

    Kadang-kadang peringatan dan hiburan datang dalam satu masa dan dalam keadaan ringkas.
    Lalu saya perpanjangkan pesanan Lelaki-yang-baru-nikah-yang-dahulunya-mahu-jadi-
    faisal-tehrani-tapi-sekarang-mahu-jadi-yassin-kerana-lebih-hip-dan-hop-dan-
    boleh-rap-dan-nama-betulnya-bukan-amir-mukhriz-supaya saya ,dia dan kamu sama-
    sama mendapat menafaatnya.

    Selamat Puasa Lan. Yang kamu pi menikah dekat puasa kenapa?
    Selamat Hari Raya semua. Maafkan dosa-dosa saya.

    Wednesday, September 12, 2007

    malu

    Ada dua kemungkinan mengapa kerajaan payah mengeluarkan permit ceramah politik untuk partai selain kerajaan di Malaya.

    Pertamanya adalah mungkin kerana pemerintah sedang menuju kearah pemerintah diktator dan keduanya mungkin kerana pemerintah menganggap sekalian rakyat Malaya adalah bodoh.Tiada upaya memikir untuk memilih apa partaikah yang patut memerintah negara makmur ini. Jadi mereka (pemerintah) berusaha mengembala kita agar masuk ke kandang yang mereka (pemerintah) rasakan sangat betul.

    Saya sangat suka sebab yang kedua dan sangat yakin itulah sebab yang benar.

    Pembangkang adalah musuh, muktamat. Negara dan segala isinya adalah milik peribadi mutlak pemerintah, muktamad.

    Jika kamu dari partai selain pemerintah, secara otomatis kamu menjadi ingkar dan jika masih berusaha untuk bangun, layaklah kamu di tembak seperti babi. Ops! Babi pun adakalanya lebih beruntung dari kamu. (sabit yang di sengajakan)

    Ini ada satu cerita dongen antah-berantah yang berlaku di negara atas angin. Sepertimana cerita dongen yang lain, ianya adalah cerita yang tidak mungkin berlaku di alam nyata atau sekurang-kurangnya di negara Malaya tercinta ini.

    Di Jerman atau Australia, saya malas membelek mencari balik faktanya,Apabila sesuatu projek mahu di laksanakan, membina jambatan panjang misalnya, kerajaan akan memanggil semua pihak yang terlibat dalam politik untuk sama-sama ikut serta dalam mesyuarat.

    Ini adalaj kerana, kerajaan bimbang jika sekiranya sedang projek ini masih berjalan dan belum siap, mereka tewas dan tampok pemerintah akan bertukar, (seperti saya katakan tadi, ini dongeng, tidak mungkin akan berlaku di Malaya) maka, partai yang menggantikan kerajaan akan tahu untuk menyambung kerja-kerja pembinaan tersebut. Tanpa perlu membasuh taik sesiapa.

    Pelajar-pelajar tajaan kerajaan juga tidak perlu bimbang tentang tumbangnya mana-mana kerajaan kerana siapa pun yang memerintah, kebajikkan rakyat pasti di jamin. Bukannya bila kerajaan bulan bintang di terengganu tewas maka kerajaan cap kapal(layar atau berinjin atau kedua-duanya sekali) akan membiarkan pelajar-pelajar tajaan bulan bintang mampus kesejukkan di Wales sana.

    Ini cerita dongeng, faham? Yang di atas semua contoh. Bukan fitnah dan khabar angin. Faham? Tak payah pi jaja merata.

    Takut kalah pilihanraya tidak akan berlaku sekiranya apa yang kita perjuangkan adalah negara dan rakyat. Siapa pun yang menang, sepatutnya negara dan rakyatlah menjadi tumpuan, utama dan terakhir. Makanya, takut tewas pilihanraya berkemungkinan ada perkara yang mahu di selindung.

    Alangkah moleknya jika seluruh rakyat Malaya cerdik politik. Meletakkan negara dan hak sebagai rakyat lebih hadapan dari kepentingan peribadi. Agaknya pada masa itu tidak akan berlaku perbuatan jahat membakar bendera sendiri. Bakar bendera orang lain kerana sangat marah mungkin di maafkan, tetapi membakar bendera negara, milik saya yang tidak menyokong apa-apa partai adalah perbuatan yang sangat melukakan.

    Friday, June 01, 2007

    .

    Sila ke sini jika kamu masih mahu membaca tulisan saya kerana saya sedang berusaha untuk tidak menulis lagi di sini.

    Jika kamu mahu membaca tentang puji-pujian terhadap saya,
    sila ke sini

    Jemputlah berhibur dengan sajak-sajak dan puji-pujian kerana itulah yang kita suka. Hiburan dan puji-pujian.

    Sunday, May 13, 2007

    hey!

    Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang membaca disini. Mahu disebutkan satu persatu rasanya tidak mampu, maklomlah selain terlalu ramai, saya juga amat sombong untuk melakukannya.

    Nasihat dan anjuran yang baik akan saya jadikan tauladan dan mana-mana tulisan di sini yang buruk jadikanlah sempadan.

    Saya akan berpergian* dalam masa satu atau dua minggu dari sekarang.

    Akhir kata, jangan menjadi harimau yang membuang anak atau jangan percaya sangat berita akhbar (mengenai harimau membuang anak).Dan bercanggah dengan kata abdullah yang lagi satu, perjuangan untuk memajukan satu-satu bangsa adalah salah.

    Dengan ini saya akhiri penulisan blog ini buat sementara waktu. Doakan saya.

    Assalamualaikoum.


    ps: berpergian adalah kata yang disarankan oleh Cikgu Rimanilzah bagi menggantikan kata berpergi-pergian yang selalu saya gunakan.

    Wednesday, May 09, 2007

    mari

    -awok ingat lulus phd je otomatik jadi cerdik? kalau doh memang kaki tarik duit,kaki skim cepat kaya, dapat lapan kali phd pon bodo serupa tu la jugok- dr abdul razak.


    -ye,ye..- abdullah (atendan hospital yang akan naik gaji tidak lama lagi dan gaji barunya nanti tidak akan nampak langsung jurangnya dengan gaji para doktor, maka akan lebih mudahlah kehidupan hariannya. atau itulah sekurang-kurangnya kata abdullah yang satu lagi) jones.

    Friday, May 04, 2007

    bersama






    sudah terbit! sila dapatkan dari amirmukhriz@gmail.com

    Posted by Picasa


    sajak-sajak abdullahjones ini seronok dibaca, kesannya langsung dirasai. selain berjenaka secara bawah tanah untuk orang-orang di atas tanah, abdullahjones menulis sesuatu yang hilang daripadanya, katanya: di ruang yang terluang, aku terkenang kasihnya orang.
    -pyan habib-

    Sdr Abdullah, entah mengapa membaca karya-karya anda saya begitu berkenan sekali. Ada daya penariknya. Ada banyak kelainanannya.
    -hb johar, penulis veteran singapura-

    Kemaskini:

    Tulisan yang satu lagi terpaksa dipadamkan.

    Tuesday, May 01, 2007

    kita

    "Kita tengok wayang" kata Mok. Ini sesuatu yang baru. Mok bukan kaki wayang. Dan seingat saya, itulah kali pertama dan terakhir dia ke panggung (setakat ini). Agak saya mungkin semasa mudanya dia pernah menonton wayang di panggung, agak saya.

    Beberapa minggu sebelum itu, telah pecah khabar yang saban hari panggung REX penuh dengan manusia. Ada yang sampai bertumbuk berebutkan tikit. Dan pihak hospital menyediakan sebuah ambulan khas yang sedia menunggu dekat panggung. Yang membawa khabar ini adalah Enon Tan, wakil Bollywood di kampung kami. Jika salah tanggapan, kita sangka yang Enon Tan ini ada kongsi dalam mana-mana saham pembikin wayang hindustani.


    Kami biasanya mendapat tahu filim apa yang ditayangkan di panggung melalui sebuah kereta yang berpembesar suara di bumbungnya yang akan datang mengumumkan apa-apa filim yang baru di panggung.Sambil menjeritkan judul filim sambil membaling kepingan kertas iklan.

    Kami yang kanak-kanak akan berebut-rebut mengambil kertas iklan dan berlari balik memberitahu ibubapa masing-masing.Biasanya Mok tidak akan memberi apa pun tindakbalas bila saya suakan kertas iklan wayang.

    Mungkin kerana ingin tahu apa yang dihebohkan orang atau mungkin kerana waktu itu saya sudah sedikit remaja, maka Mok mengambil keputusan untuk ke bandar menonton wayang.

    Saya berdebar-debar menunggu Mok bersiap kerana saya bimbang Mok akan bersolek seperti mana Enon Tan ke pawagam. Merah sana-sini, sanggul palsu dan kebaya ketat yang terbelah tinggi.

    Mujurlah Mok keluar dari bilik dengan baju kurung dan hanya berbedak Yardley nipis tanpa gincu dan pembayang mata. Cuma celaknya sedikit tebal dari biasa. Saya protes, Mok cuma tersenyum.

    bersambung...