Wednesday, December 28, 2005

semuanya

Jeremy Clarkson adalah satu figura yang amat di hormati didalam bidang permotoran kereta. Dan banyangkan kegembiraan wakil jualan di bilik pameran Perodua Kelisa apabila beliau datang dan membeli sebuah kereta kebanggaan rakyat Malaya itu.

Setelah selesai segala urusan jual beli, beliau memandu kereta itu keluar dari bilik pameran tersebut dan berhenti diseberang jalan betul- betul di hadapan bilik pameran tersebut. Beliau keluar dari kereta. Ditangannya kelihatan sebuah (?) tukul besi. Dengan tenang beliau menghentak seluruh tubuh kereta tersebut dengan tukul berkenaan. Ternganga mulut wakil jualan Perodua Kelisa.

Setelah berpuas hati, beliau memandu kereta tersebut ke suatu tempat yang agak sunyi.

Beliau kemudiannya meletupkan kereta tersebut.

Semua ini boleh kamu lihat jika kamu membeli dvd Heaven And Hell Jeremy Clarkson kerana saya jamin siri Top Gear yang ini tidak akan ditayangkan di Malaya. (saya akan hubungi Jeremy Clarkson untuk bayaran mempromosi)

Jeremy Clarkson amat membenci Perodua Kelisa kerana katanya ini adalah kereta yang paling tidak berguna di dunia.

Bagaimana Jeremy Clarrkson boleh berbuat demikian?

Top Gear disiarkan melalui saluran BBC Satu. Semua saluran BBC adalah bebas dari iklan. Jeremy Clarkson tidak perlu mencium bontot sesiapa untuk sirinya. Jadi beliau bebas untuk menyatakan apa yang beliau rasakan benar menurut pengalaman beliau. Ianya tidak semestinya benar, tetapi beliau bebas. (siri Top Gear tidak begitu popular di Amerika kerana seperti Malaya, semua rancangan tivinya di taja).

Kebanyakkan penguasa-penguasa dan pemuka-pemuka yang duduk didalam kerajaan Malaya adalah manusia tidak bebas. Mereka adalah manusia-manusia yang di taja. Mereka perlu mengiklankan barangan yang menaja mereka demi untuk menyambung tajaan tersebut sehingga (jika boleh) ke lubang kubur. Ini perlu kerana cacing dan malaikat kubur juga perlu tahu kehebatan barangan tajaan mereka.

Jika dengan menolak segala yang di benarkan oleh Tuhan akan memastikan kontrak tajaan mereka disambung, mereka akan lakukan.

Kepada mereka saya ucapkan Selamat Berkumpul Di Dataran Merdeka Di Malam Tahun Baru kerana ini amat penting untuk kebangkitan semula Islam di Malaya.

Merdeka! eh silap...(nyanyi) bertemu dan berpisah adat manusia bla..bla.

Sunday, December 25, 2005

menjadi

Puan dr in the house bertanya pendapat saya mengenai Rang Undang-Undang Keluarga Islam yang baru saya perasan sedang menjadi isu hangat di perbincangkan.

Seingat saya, lama dahulu ada seorang perempuan yang membawa keputusan mahkamah syariah ke mahkamah sivil kerana tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah syariah. Saya lupa nama perempuan itu tapi namanya berbunyi bagai nama orang-orang popular dan jika saya tidak silap, beliau telah memenangi kes tersebut.

Mula-mula sebelum hal harta benda suami-isteri di perbincangkan, saya berpendapat perihal nafkah anak perlu di selesaikan. Di Malaya, walau sesudah mahkamah syariah memutuskan yang suami perlu membayar nafkah anak-anak, tidak ada sebarang tindakan di lakukan jika suami memutuskan untuk tidak membayar. Keputusan mahkamah syariah biasanya dianggap sebagai pengadilan kelas dua.

Berapa banyak perempuan (tidak berkerja) yang di ceraikan hidup dalam kesusahan dan tidak kurang juga yang tidak berapa kuat imannya terjun ke dunia maksiat. Kita selalu melihat ini sebagai alasan kebanyakkan perempuan untuk membuat kerja tidak senonoh tetapi didalam kehidupan yang semuaduit ini ditambah dengan sifat tidak peduli kita, apakah lagi pilihan yang ada kepada mereka?

Masyarakat Inggeris yang kita tohmahkan sebagai penzina dan kaki arak ini mempunyai satu sistem yang amat bagus. Bapa-bapa (anak halal atau haram) yang meninggalkan keluarga mereka wajib membayar sara hidup anak yang di tinggalkan dan mereka akan segera di penjarakan jika gagal berbuat demikian.

Seorang kawan saya yang menceraikan isterinya telah dengan relahatinya membenarkan wang gaji bulanannya dipotong dan dimasukkan terus ke akaun bekas isterinya. Beliau hanya berpendapatan sekitar RM1000 sebulan. RM400 di peruntukan untuk dua anaknya. Beliau telah bernikah dan mempunyai dua anak ditambah dengan tiga anak yang sedia ada isteri barunya. Dengan baki RM600 itulah dia menanggung keluarga barunya. Yang menjadi bonusnya adalah kawan saya ini amat rajin. Suruhlah lakukan apa kerja sekalipun akan dia lakukan. Dari membuat kimpalan kepada pergi mengail ikan keli untuk dijual, semuanya dia lakukan.

Berapa banyak lelaki yang sanggup berbuat demikian? Kebanyakkan lelaki akan 'melupakan' keluarga lama untuk membesarkan keluarga baru. Dan saya berpendapat lelaki yang melupakan keluarga lama ini perlu di err.. penjarakan. (saya ingin menulis 'perlu di kerat-kerat anunya dan di berikan makan kepada anjing tetapi saya berjanji kepada diri sendiri untuk tidak lagi menggunakan kata-kata kurang ajar disini).

Di Malaya juga kes-kes keluarga ini mengambil masa yang terlalu lama. Bertahun-tahun. Saya rasa mahkamah syariah menunggu perempuan atau anak-anak yang ditinggalkan mampus baru mereka akan selesaikan kes mereka. Ke Islaman mahkamah syariah di Malaya berada di tahap yang amat miskin. Mereka cuma gembira apabila ada selebriti bercerai-berai atau di tangkap khalwat.

Saya tidak faham bagaimana seorang lelaki yang bercerai sanggup membenarkan anak-anak ini hidup didalam kesusahan. Mungkin cinta kepada isterinya telah pupus,tetapi bolehkan kasih sayang seorang bapa terputus begitu saja hanya kerana dia mempunyai isteri baru?

p/s: 31 dis. tengok anak bulan? raya haji bila? raya haji tengok anak bulan?

cerita

Kamu tidak akan boleh menjadi pencinta sejati dan berpijak di bumi nyata didalam masa yang sama. Itu kata Bob Dylan dan itulah yang saya rasa apabila membaca berita tentang seorang perempuan yang sanggup bersanding sendirian kerana tunangnya maut didalam kemalangan jalanraya.

Cinta (uda dan dara) adalah penutup mata kepada kehidupan dialam nyata. Mestinya mahu yang indah dan biasanya yang indah itu datangnya dari apa yang ditusuk ke kepala dari awal membuka mata.

Saya mahu mengatakan apa yang akan/telah dibuat oleh perempuan itu sebagai satu kerja bodoh tetapi dalam masa yang sama saya merasa simpati dengan ke bendulan gadis tersebut.

Yang malang sedikit adalah tanda mata yang menjadi lambang kesetiaan perempuan tersebut adalah perbuatan yang dipersetujui oleh semua pandai hukum sebagai dilarang.

p/s: saya mempelajari ucapan baru hari ini. 'Have a merry non-christmas' adalah ucapan yang di tulis diatas kad dari Lucy kepada saya. Seperti biasa, hanya para gadis yang memahami saya.

Friday, December 23, 2005

malang

Kak Jah duduk di almari solek. Dari jauh kedengaran suara dari radio..,'kau kunciiiiii (lip.lap.lip.lap) cintakuuuuu (lip.lap.lip.lap.) didalammm hatimuuuu..'(lip.lap.lip.lap) .Dia mencalit sedikit gincu kebibirnya. Sedikit bedak ke pipinya. 'Untuk suami' katanya didalam hati.

Kak Jah bingkas bangun sesudah bersolek dan keluar dari bilik. Di ruang tengah Kak Cik sedang menunggu. 'Lama sangat la mak ni bersolek, letih orang tunggu'. Kak Jah cuma diam. Dia tahu Kak Cik masih belum faham bagaimana untuk mengembirakan suami.

Mereka berjalan keluar dari rumah.

Jiran : Eh! Kak Jah, nak kemana lawa-lawa nih?
Kak Jah: Nak pi Balai Polis sat.
Jiran : Balai? Nak buat apa? ic hilang ke?
Kak Jah: Dak. (sambil berjalan merapati jiran dan berbisik kepada Jiran) Kak Cik kena rogol. Dah empat bulan mengandung.
Jiran : (terkejut) Hah! Sapa buat?
Kak Jah : Kamu ingat budak yang bawak kereta kuning yang selalu datang ambil Kak Cik tu? Dia la. Tak sangka ye, baik je muka dia.
Jiran : a ah.
Kak Jah: Kamu jangan bising-bising, malu Kak Jah.
Jiran : a ah. ( tidak semena-mena muka Makcik Gemok hujung jalan melintas di fikirannya).

Jiran : Habis tu Kak Jah tak pi la undi kutu tengahari nanti?
Kak Jah : Tengok la, kalau sempat Kak Jah datang la, kalau tak sempat kamu tolong la cabut undi Kak Jah.
Jiran: ok.

Kak Jah dan Kak Cik meneruskan perjalanan.

tamat.

Drama itu tadi di bintangi oleh:

Asmahani Husain sabagai Kak Jah
Kiera Knightley sebagai Kak Cik
Azizah Mahzan sebagai Jiran
Musthapa Kamal sebagai Abang Man
Afdlin Shauki (tanpa solekan) sebagai Makcik Gemok


Demikian sahaja gema Jumaat untuk tahun ini. Kami akhiri gema Jumaat tahun ini dengan tiga pertanyaan.

Pertama: Semenjak Jumaat terakhir tahun 1996 sehingga Jumaat terakhir tahun 2005, berapa kalikah kita membaca al-Quran?

Kedua: Semenjak Jumaat 1984 sehingga Jumaat terakhir tahun 2005, berapa kalikah kita makan biskut tawar cicah kopi-o?

Ketiga: tidakkah kita teringin melakukan kedua-duanya?

selamat menyambut apa-apa yang tuan-tuan suka.


p/s: saya malu dengan unsunghero.

Thursday, December 22, 2005

sungguh

Saya dapati ada persamaan pemikiran seorang jururawat di klinik desa Malaya dengan orang-orang Inggeris. Mereka sama-sama memandang rendah terhadap sesiapa yang mempunyai anak lebih dari dua orang.

Tanyalah kakak-kakak yang sedang mengandungkan anak ketiga atau lebih apakah yang paling di takuti oleh mereka,nescaya mereka akan mengatakan yang mereka amat tidak senang apabila tiba masanya untuk menghadiri hari pemeriksaan kandungan.

Jururawat desa akan mengeluarkan bermacam kata yang sedikit menghina jika kakak-kakak kita ini datang untuk pemeriksaan kandungan yang ke tiga atau lebih.

Masyarakat Inggeris juga akan memandang rendah terhadap sesiapa yang mempunyai anak lebih dari dua. Ini di anggap sebagai penanda kemunduran.

Mengapa?

Di Malaya saya boleh faham kerana jururawat-jururawat desa biasanya di tempatkan di suatu daerah bagi jangka masa yang panjang, dalam sesetangah kes sehingga pencen. Jadi mereka mengenali hampir semua pelanggan mereka. Apabila terlebih mesra, mereka jadi bebas untuk memberi kata perangsang untuk tidak melahirkan anak kepada pelanggan mereka. Saya juga beranggapan mereka (jururawat desa) mempunyai konspirasi sesama mereka untuk menahan kelahiran demi untuk meringankan beban kerja mereka. Maklumlah, mereka teramat sibuk. Dan berkerja adalah suatu dosa kepada kebanyakkan pekerja di jabatan kerajaan. Kebanyakkan saya kata.

Ini juga satu persamaan dengan masyarakat Inggeris. Mereka juga kurang anak kerana mereka adalah masyarakat yang amat sibuk. Anak yang ramai di lihat sebagai penghalang kemajuan.

Melahirkan anak di usia tigapuluhan? Kamu secara otomatik di masukan di dalam golongan manusia kaki main oleh jururawat desa. Empatpuluhan? Sah kamu memang gila s*ks.

Jururawat desa dan masyarakat Inggeris sama-sama beranggapan Tuhan tidak ada campurtangan didalam memberi rezeki. Baik kepada ibubapa atau pun kepada anak-anak. Mereka juga beranggapan anak-anak adalah pembawa kemiskinan.

Oleh itu, untuk mengembirakan jururawat desa dan masyarakat Inggeris marilah kita sama-sama pakai 'stokin'. Saya cadangkan yang berperisa.

Wednesday, December 21, 2005

tidak

Di saluran tivi BBC Dua ada sebuah hahahhahahahahahahhahahahahhahahahahhahahahhahahahhaha
hahahhahahahhahahahhahahahahahhahahahahhaahahhahhahahhahah
hahahahahha rancangan lawak jenaka yang sangat hahahahahahhahahahahahahahhahahhahahahhahahahah
hahahhahahahahhahahhahahahahhahhahahhaha lucu berjudul
The Catherine Tate Show dan hahahahahahahahahahhahahahahahaha
hhahahhahahahahhaha dan
hahahahahhahahahhahahahhahahhahahahhaahhahahhahhahahha
diantara watak yang paling saya suka adalah hahahahahahahahahahahahahhaahahahahhahahhahahaha
hhahhahahhahahhahahahhahahhahahhaahhahahahhahahahahahahha
hahahahahhah
watak seorang perempuan tua yang bermulut sangat celupar.

Tetapi hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahha
hahahahahahahahahhahahahhahahhahahahhaahhahahahhahahahahah
semua lawak jenaka didalam siri tersebut hahahahahhahahahahahhahahahahahahahahahahahahahahahahaha
hahahahahahhahahahahahahahahahahahahahahahhahahahahahhaahha
hahahahahahahha tidak dapat menandingi gelak ketawa saya hahahahahahahahahahahahahahahahahhahahahhahahahahahaha
hhahahahahahahhahahahahhaahahahhaahahahahahahahahaha
hahahahah hahahahahahahahhahahahahhaha demi terlihat hahhahahahahahahahahhahahhahahahahhahahahahhahahhahha
hahhahhahahahahhahahahhahahahahhahaahha hahahahhahahahahahhahahahahahahhahahahahhahahaha gambar hahhahahahahhahahahahahahahhaha
hahhahahahahah terbaru Kak Syarifah Aini saya hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahah
ahahhahahahahahahahahahahahhahahahahahahahahahahahahahahaha
hahahahahahahahahahahhahahahha.

hahahahahahahahahhahahahahahahahahahahahahahahahahahha
hahahhahahahhahhahahahha.

haha.
ha.
ha.
hahahahahahahahahahahhaha.

Friday, December 16, 2005

lagi

i

seperti yang di jangka, Kak Cik mengandung tanpa nikah.

Kak Jah di tikar sembahyang dan memakai telekung yang di beli di Indonesia. Dia baru sudah sembahyang Maghrib (yang semalam tertinggal sebab sibuk ke pasar malam)

Kak Jah: Mengapa ya Allah? Mengapa Engkau uji hambaMu ini dengan begitu berat ya Allah? Tidak tertanggung rasanya ya Allah akan ujian ini. Mengapa Ya Allah, mengapa Engkau izinkan Kak Cik mengandung? Mengapa ya Allah.

Kak Jah bangun sambil mengesat air mata dan air hidung menuju ruang depan. Kelihatan Abang Man dan Kak Cik sedang asyik menonton tv siri Kisah Benar.

Kak Jah membuka telekung, dan teresak-esak.

Kak Jah: Kenapa Kak Cik? Kenapa buat macamni? Kak Cik tak sedih ke tengok mak sedih?
kenapa Kak Cik? Kenapa? Kenapa Kak Cik? Kenapa? (sambil mengoyang-goyangkan tubuh Kak Cik)

Kak Jah: Kenapa Kak Cik? Kenapa? Kenapa Kak Cik? Kenapa Kak Cik tak suruh dia pakai kondom? Kenapa Kak Cik?

ii.

Kak Cik : Memang selalu dia pakai pun, tapi ada sekali tu, bocor. Kak Cik dah suruh dia berenti, tapi dia tanak. Kak Cik biarkan aje la. Kak Cik takut dia marah. Kak Cik sayang dia.

iii.

Kak Jah: Kenapa Kak Cik? Kenapa? kenapa Kak Cik? Kenapa? (memegang kedua-dua bahu Kak Cik dan mengoyang-goyangkannya)

Kak Jah: Kenapa Kak Cik? kenapa? Kenapa Kak Cik? kenapa? Kenapa Kak Cik? Kenapa kak Cik tak suruh dia pakai kondom mahal? Kenapa Kak Cik? Kenapa?

Abang Man bangun perlahan-lahan sambil mendengus lalu keluar dari rumah. Dia memang begitu, tidak suka rumahnya bising-bising. Dia orang seni, sukakan kedamaian.

Kesian benar saya melihatkan Kak Jah, menangis dia tak henti-henti. Menarik-narik rambut dan memukul dadanya sendiri. Sedih benar saya melihat Kak Jah. Saya yang menulis kisah ini pun hampir menangis.


Demikian tadi gema Jumaat untuk minggu ini. disebabkan minggu ini kita semua sedih dengan malang yang menimpa Kak Jah, maka majlis tidak menjemput sebarang selebriti. Mari lah kita sama-sama membaca al-Fatihah buat di hadiahkan kepada ibu-bapa, anak-anak,adik-beradik,saudara-mara, jiran tetangga dan seluruh umat Islam yang telah meninggal dunia. al-Fatihah.


p/s: naga, lagu one more cup of coffee dan maggie's farm.

ku

Spencer - Aku belikan hadiah Hari natal untuk kamu.
Jones - Oh! terima kasih.
Spencer - Kamu ada belikan hadiah untuk aku?
Jones - Tidak.
Spencer - Mengapa?
Jones - Aku tidak menyambut Hari Natal.
Spencer - Mengapa?
Jones - Kerana aku bukan beragama Kristian.
Spencer - Jadi?
Jones - Jadi aku tidak menyambut Hari Natal.
Spencer - Hari Natal bukan perayaan agama Kristian. Aku juga tidak beragama Kristian.
Jones - Jadi perayaan apa?
Spencer - Perayaan Hari Natal.

diam.

Spencer - Mak kamu menyambut Hari Natal?
Jones - Tidak.
Spencer - Mengapa?
Jones - Kerana dia tidak beragama Kristian.
Spencer - Jadi?
Jones - Jadi dia tidak menyambut Hari Natal.
Spencer - Hari Natal bukan perayaan agama Kristian. Aku juga tidak beragama Kristian.
Jones - Jadi perayaan apa?
Spencer - Perayaan Hari Natal.

diam.

Spencer - Mengapa kamu tidak belikan hadiah Hari Natal untuk aku?
Jones - Kerana aku tidak menyambut Hari Natal.
Spencer - Mengapa?
Jones - (arghhhhhhhhhh!)

diam.

Spencer - Kamu tidak ada duit untuk belikan hadiah Hari Natal untuk aku?
Jones - Ada.
Spencer - Jadi mengapa kamu tidak belikan hadiah Hari Natal untuk aku?
Jones - SEBAB AKU TIDAK MENYAMBUT HARI NATAL!
Spencer - Mengapa?
Jones -( arghhhhhhhhhhh! arghhhhhhhh!)

diam.

Spencer - Mak kamu juga tidak menyambut Hari Natal?
Jones - Tidak.
Spencer - Mengapa?
Jones - arghhhhhhhhhhhhhhh!

diam.

Spencer - Mengapa kamu tidak beli hadiah Hari Natal untuk aku?




Esok aku akan belikan hadiah Hari Natal untuk Spencer.

p/s: di blog nizam zakaria ada sebuah lagu dari bob dylan, like a rolling stone, pergilah kesana jika kamu belum pernah mendengar lagu tersebut.

Tuesday, December 13, 2005

seru

Kebanyakkan persatuan yang berteraskan agama gemar menarik figura-figura terkenal untuk menganggotai pertubuhan mereka. Kaballah misalnya mempunyai Madonna sebagai dutanya. Berlumba-lumba peminat Madonna menyerbu untuk menjadi ahli Kaballah.

Brgitu juga dengan Richard Gere yang menjadi duta kepada pertubuhan yang berteraskan ajaran Buddha.

Agak malang apabila budaya ini berjangkit kepada pertubuhan yang berteraskan ajaran Islam. Kumpulan al-Arqam dulu misalnya amat gembira sekiranya ada penyanyi yang menjadi ahli kumpulan mereka. Mereka juga menjaja gambar-gambar pertemuan (sengaja atau tidak) pemimpin mereka dengan pemimpin negara.


Mengapa ini berlaku?

Adakah kerana figura-figura terkenal ini jika menjadi ahli mana-mana pertubuhan akan menjadikan pertubuhan tersebut terkenal dan dengan itu akan menarik lebih ramai ahli?
Atau adakah ini hanya sebagai satu tanda yang persatuan tersebut berada di landasan yang benar?

Ahli-ahli pertubuhan yang berlandaskan ajaran Islam seolah-olah lupa yang kerja mereka adalah menyeru manusia kepada Tuhan, samada ajakan mereka di endahkan atau tidak bukanlah menjadi masalah kepada mereka.

Setiap bakal mubaligh yang akan di hantar untuk mendakyah mestilah menghantar laporan aktiviti dakyah mereka kepada pemimpin gereja mereka. Berapa banyak manusia yang di dakyah, apa yang di dakyah dan berbagai lapuran semasa latihan hendaklah di rekodkan.

Agak malang juga apabila hal ini berlaku kepada kebanyakkan pertubuhan agama Islam. Menjadi sangat penting untuk mengiklankan kejayaan pertubuhan mereka.

Yang memberi hidayah adalah Tuhan, kita cuma perlu berkerja. Dan kerja kita sebenarnya tidak memberi kesan apa-apa kepada kembalinya manusia kepada perintah Tuhan. Kita yang sibuk dengan kerja agama lupa yang apa yang kita lakukan adalah untuk menyelamatkan diri kita dari kemurkaan Tuhan.

Penyanyi, pelakon atau ahli politik tidak menjadikan Islam lebih sempurna.

Dan yang lebih malang adalah kita yang tidak pernah menyeru sesiapapun untuk mentaati perintah Tuhan. Kita yang takut kepada apa sahaja yang di namakan pertubuhan Islam. Kita lebih rela di kenali sebagai ahli apa juga persatuan selama mana ianya tiada kaitan dengan Islam. Kita juga amat gembira sekiranya pertubuhan yang kita anggotai mengalakkan pergaulan secara sangat bebas lelaki dan wanita.

Tapi kita sebenarnya tidak boleh menyalahkan sesiapa kerana kita ini jika tidak di wajibkan bersembahyang Jumaat rasanya tidak akan menjenguk langsung ke masjid yang bersambung bumbungnya dengan rumah kita. Kita sebenarnya memang tidak berminat dengan Islam. Kita menjadi Islam pun hanya kerana di lahirkan dari ibu bapa yang Islam.

Cuba fikirkan, jika kita ini di lahirkan dari rahim yang bukan Islam, Islamkah kita?

Kepada kita yang takut untuk beradvancer dengan apa juga pertubuhan Islam saya ucapkan 'Selamat Masuk Sorga'.

Sunday, December 11, 2005

merayu

Aladin dan lampu ajaibnya.


Anak Siapa

anak siapa agaknya mereka
berbaju membuka aurat
celana terlalu ketat
mati akalkah keluarga mereka
mati hati agaknya kita

anak siapa agaknya mereka
buktikan cinta di merata tangga
sorga mereka penuh dosa
yatim agaknya mereka
atau kita yang kurang peka.

abdullahjones
melayu.com 07/12/1999


Anak Siapa

Entah anak siapa
gerangan dia
entah agama apa
anutan dia
bertudung kepala
berbaju sendat
nampak pusat.

Aladin Mohamad
Serambi Puisi (Air Molek, Melaka)
Berita Minggu 11/12/05


p/s: amacam Mat Jan, boleh saman? :)

Friday, December 09, 2005

kasih

-bunyi talipon bimbit dengan nada dering lagu Rabbani-

Kak Jah: Assalamualaikom, Kak Jah bercakap, siapa disana tu?
Kak Cik: Mak, orang ni.
Kak Jah: Tau, mak saja je gurau,hehehe... (Kak Jah memang begitu, suka bergurau)
Kak Cik: Mak, orang tak balik malam ni.
Kak Jah: Kenapa?
Kak Cik: Ada JPJ buat road-block, kawan orang takut nak hantar. Kereta dia cermin gelap.
Kak Jah: Habis tu kamu nak tidur dimana?
Kak Cik: Bilik kawan orang la.
Kak Jah: ishhh kamu ni. Kamu mana ada bawak berus gigi. Malu kat orang gigi tak gosok.
Kak Cik: alaa mak ni, nanti orang beli la. Orang memang nak pi seven-e pun, nak beli barang sikit.
Kak Jah: ia la, ia la, duduk elok-elok rumah orang tu. Esok pagi jangan tak suboh pulak.
Kak Cik: Orang tau la. Ok mak, esok petang orang balik.
Kak Jah: Ok, assalamualaikom.
Kak Cik: (yahoo!)


Demikian tadi gema Jumaat untuk kali ini. Majlis menjemput Erra Fazira untuk menceritakan persiapannya dalam menghadapi kemungkinan menjadi janda.

p/s: double you dan pak idrus, terima kasih kerana sudi membaca ke sewelism saya. Saya amat suka jika para pakcik datang kemari. Maklum, sesama pakcik.

Thursday, December 08, 2005

seperti

hey!
ambil gambar (telanjang)ku
dengan kamera digitalmu
buat pelepas rindu
simpan di talipon bimbitmu.



setan baru,
st.alban,
london.

Tuesday, December 06, 2005

saya

email : pertanyaan.

asm,

saya dapati tulisan-tulisan di blog tuan mengandungi unsur-unsur sufism. Adakah tuan menganuti fahaman tersebut?



email : jawapan.

assalamualaikoum,

Saya dapati tulisan kamu menpunyai unsur-unsur sewelism. Adakah kamu sewel?

wassalam.

Friday, December 02, 2005

sayang

' bang, Jah ingat nak buat kenduri kesyukuran sikit la ujung minggu ni '. kata Kak Jah pada Abang Man semasa siaran iklan takala mereka menonton rancangan kegemaran mereka, al-Kuliyyah. Perbincangan al-Kuliyyah hari ini bertajuk ' Betapa Pentingnya Sumbangan Besar Proton Wira Terbaru Didalam Pembebasan Masjid al-Aqsa '. Bersemangat sungguh ustad janggut oren memberi hujah membenarkan tajuk itu tadi.

' kenduri kesyukuran? anak kita yang mana lulus perisa? ' tanya Abang Man. Ada rasa terkilan di hatinya kerana tidak di beritahu tentang kejayaan anaknya di peperiksaan.

' ishh abang ni, abang ingat kene nanti anak lulus periksa je baru boleh buat kenduri? Kita ni orang Islam bang, mesti sentiasa bersyukur. Banyak nikmat-nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. ' Kata Kak Jah. Abang Man terharu. Memang tepat pilihannya dulu walau di tentang hebat oleh ibunya sendiri. Inilah dia isteri mithali, katanya di dalam hati.

' Habis tu nikmat yang mana kita nak bersyukur hujung minggu ni? ' tanya Abang Man.

' alah, kan kad kredit abang yang baru dah di luluskan, lagi pun kan Kak Cik dah ada boifren, kene la kita buat majlis sikit, bersyukur. ' jawab Kak Jah.

' boifren? sapa? ' tanya Abang Man sedikit terkejut dalam gembira.

' tu yang datang hari raya dulu tu, ' terang Kak Jah.

' yang bawak kereta makan tanah tu? ' tanya Abang Man minta kepastian.

' bukan makan tanah la bang, lo-werd la, looo-werd. ada ke makan tanah, apa la abang ni ' jawab Kak Jah. Tersenyum-senyum dia melihatkan kebodohan suaminya itu. ' makan tanah, ishh, hubby aku ni, jahil merokap ' katanya di dalam hati. Geli hati benar dia.



Demikian tadi FAJAR DI BUMI PERMATA (suara Nuri Angkasa) ...eh silap. Demikian tadi gema Jumaat untuk kali ini. Majlis menjemput kumpulan KEMPUNAN* untuk menyampaikan senamrobik.


* Kumpulan Para Datin Yang Suami Mereka Kalah Pilihanraya (kecil atau umum).

Thursday, December 01, 2005

awok

Catatan tentang ibubapa.

Manakan sama kesedihan seorang anak yang kematian ibu dengan kesedihan seorang ibu yang kematian anak.

Ibubapa bukan Zoo Negara yang hanya di jenguk setelah puas dan letih melawat segala macam tempat.

Wang yang kamu hantar setiap bulan bukan ansuran membeli tiket ke sorga.

Kepada ibubapa, anak mereka adalah manusia paling sempurna. Kacak dan bergaya. Walau kamu sehodoh mana sekalipun. (kecuali ibu saya yang beruntung mempunyai anak lelaki yang berlebih-lebihan kacaknya. Malang sedikit adik perempuan saya tidak mewarisi kecantikan saya dan ibu. Tidak percaya sila ke Sekolah Menengah Kebangsaan Jinjang dan cari guru yang bertahi lalat ala Latifah Omar. Nescaya kamu akan bersetuju yang tahi lalat itu sahajalah yang cantik. Kemudian dia mengambil keputusan untuk bernikah dengan seorang budak lelaki yang amat tidak kacak. Tidak percaya sila ke Muzium Isl.. ish, jadi kisah lain pulak. Sikit lagi. Keputusan mereka (adik dan ipar) untuk bersama mengakibatkan musnah terus ciri-ciri kekacakan yang lama di pertahankan oleh keluarga kami).

Meminta wang daripada ibubapa semasa kanak-kanak atau remaja adalah lumrah. Meminta pinjam wang dari ibubapa setelah berkeluarga walau pun tidak haram adalah muka tidak tahu malu.

Tidak membayar wang pinjaman dari ibubapa juga muka tidak tahu malu.

Ibubapa mencium kamu semasa kecil. Bila kali terakhir kamu mencium mereka? (perhatian penting: jangan cium bibir ke bibir ibu atau bapa kamu sekiranya kamu telah dewasa kerana di khuatiri akan menimbulkan rasa kurang enak terutama jika kamu atau bapa kamu bermisai. Memasukkan lidah ke mulut ibubapa semasa bercium adalah di larang sama sekali. Memadai hanya mencium pipi mereka sahaja).

Kamu di bolehkan mencium bibir anak kecil. Pergi belajar doanya. ( Walau bagaimana pun, adalah di galakan untuk mencium bibir anak sendiri kerana jika mencium bibir anak orang lain di khuatiri di tangkap polis)

Mencium isteri juga di galakan, di pipi atau di bibir. Memasukan lidah ke mulut isteri juga tidak di larang. Isteri, bukan kawan perempuan, bakal tunang atau tunang.

Jangan membenci ibubapa, seburuk mana sekalipun mereka, agama apa sekalipun mereka.

Masakan ibu biasanya adalah masakan yang paling lazat. (Mungkin kerana kamu memakannya sedari kecil). Masakan isteri biasanya tidak.

Menghantar ibubapa kerumah orang-orang tua hanya boleh di lakukan dalam keadaan terpaksa. iaitu apabila kamu adik beradik semuanya meninggal dunia.

Mak saya sangat cantik. Adik perempuan saya tidak.

Wednesday, November 30, 2005

jauh

Lama dulu. Zaman belanja sekolah duapuluh sen sehari. Di hadapan sekolah saya ada sebuah gerai berbasikal kepunyaan seorang lelaki cina. Dia menjual air tahu, tahu cucuk dan sesuatu yang pada masa itu saya anggap sebagai bubur babi.

Saya gemar membeli tahu cucuk dan air tahu. Walau pun saya sering terliur untuk merasa bubur babi, walau pun akal saya mengatakan yang bubur babi itu amat lazat dan entah dari akal sebelah mana, ianya sangat manis, saya menahan diri saya dari membelinya.

Berzaman-zaman kemudian saya melihat bubur babi itu di jual oleh ahli kumpulan al-Arqam. Walaupun masih yakin ianya adalah bubur babi, saya memberanikan diri membelinya hanya kerana abang yang menjual bubur babi itu berjubah, bercelak, berserban dan kelihatan sangat baik. Dan juga kerana di waktu itu ramai sepupu-sepupu saya yang menganggotai kumpulan al-Arqam.

Telahan saya berzaman dulu memang tepat! Ianya amat lazat dan amat manis. Saya di ketawakan oleh abang al-Arqam tadi apabila saya menceritakan kisah diatas kepadanya.

Apa yang saya sangkakan bubur babi sebenarnya adalah taufu-fa.

Saya tercari-cari sebab mengapa saya menggangap taufu-fa sebagai bubur babi. Saya rasa mungkin kerana waktu itu taufu-fa di jual di dalam mangkuk. Cina + mangkuk= cina makan babi.

(jika ada kawan-kawan cina yang membaca, saya tidak berniat curang dengan ayat diatas)


p/s: dr in the house, tekaan anda silap. puan doktor pernah lihat siri House? jika saya menjadi doktor, saya akan menjadi seperti dr. House.
-makluman: cerita Kak Jah ada enam siri semuanya. semuanya akan di siarkan setiap Jumaat insyaallah.
-ada sesiapa tahu apa yang terjadi kepada kawan saya, uipts?

Saturday, November 26, 2005

di negeri

hari raya yang lalu:

' nampak dak kereta kancil warna kuning yang ada kepak kat belakang yang datang rumah saya semalam? itu la kereta kawan lelaki kak cik.' kata kak Jah sambil tersenyum-senyum kepada jiran sebelah rumah. Bangga sungguh dia kerana teman lelaki anak bungsunya datang kerumah pada hari raya. Gembira dia melebihi anak bungsunya.

Jiran sebelah rumahnya hanya diam. Dia terkilan kerana anak perempuannya masih bersekolah rendah. Namun dia berjanji pada diri sendiri apabila anaknya itu memasuki sekolah menengah dia akan memastikan anaknya mempunyai teman lelaki.

Demikian sahaja gema (ma ma ma ma ) Jumaat (at at at at at) untuk kali ini. Majlis menjemput Kumpulan Berzanji Parit Baru untuk menghiburkan para hadirin.

Friday, November 25, 2005

orang,

Untuk membaca lawak orang perak, pergi ke sini:

http://www.airmas.blogspot.com

Untuk melihat mengapa perempuan bertudung, pergi ke sini:

http://www.youtube.com/watch.php?v=2b6sFriariDY

terima kasih.

Monday, November 21, 2005

berhati-hati di

Jika kamu seorang gadis yang suka benar menyebut perkataan whatever dalam nada yang sangat meluat kepada pendengaran kebanyakan manusia dan tiba-tiba di tempeleng dengan sangat kuat sehingga muka kamu terpaling oleh seorang lelaki yang agak berumur dan sangat kacak, bersaksilah yang kamu sebenarnya manusia terpilih yang di beri kesempatan mengenali abdullahjones.

p/s: bonus akan di berikan kepada gadis whatever yang meminati drama komidi friends dan gemar atau bercita-cita untuk duduk minum-minum di starbucks. (menutup aurat atau tidak).
ops! saya terlupa, bonus juga akan di berikan kepada para gadis yang mengulung 'r' nya.

Friday, November 18, 2005

jalanraya

Menjerit di kala kesakitan adalah sebahagian dari pelepas kesakitan itu sendiri.

Tampal pita pelekat di mulut kamu, ambil sebuah (?) tukul dan hentakkan ke ibujari
kaki kamu. Kesakitan yang kamu alami akan berganda hanya kerana kamu tidak dapat menjerit kesakitan.

Cuba bayangkan, sakit dengan mulut terkunci. Cuba bersungguh-sungguh.

Di akhirat nanti, sebagai bonus kepada sakitnya siksaan, mulut dan suara kamu akan di kunci
dari mengeluarkan bunyi.

Cuba bayangkan, dipukul bertalu-talu tanpa henti walau sesaat untuk selama-lamanya dengan mulut terkunci. Cuba bersungguh-sungguh.

Walau bagaimana pun, siksaan ini tidak akan kamu lalui jika kamu sudi menerima pelawaan Tuhan untuk kekal beriman didalam apa juga keadaan.

Jika sudah selesai membaca tulisan diatas, ambil al-Quran dimeja sana dan bacalah walau sebaris ayat.



Sekian sahaja gema Jumaat kali ini. Majlis menjemput Mawi untuk membacakan apa-apa yang beliau suka kerana beliau baik.

takut

' i'm sorry i'm late, i've been hunting for coconuts to feed my wife and children.' kata Menteri Perlancongan Pulau Nauru.

Bolehkah kamu bayangkan Menteri Perlancongan Malaya berkata demikian?

Tentu tidak boleh kerana kelapa bukan makanan ruji rakyat Malaya.

Tuesday, November 15, 2005

terlanggar

Saya bermimpi.

Semasa hendak tidur, datang seorang perempuan yang ingin tidur bersama saya. Saya tanyakan adakah kami telah bernikah? Dia membenarkan lalu saya izinkan dia tidur bersama saya.

Selang beberapa minit, datang lagi seorang perempuan juga ingin tidur bersama saya, saya tanyakan soalan yang sama dan mendapat jawapan yang serupa.

Kemudian datang seorang lagi perempuan dan adegan seperti diatas berulang sehinggalah empat orang perempuan di beri izin untuk tidur bersama saya.

Kemudian datang Kenneth Lim.

Dia meminta izin untuk tidur bersama saya.

Saya terjaga.

Untuk pengetahuan semua, Kenneth Lim adalah lelaki yang paling lemah gemalai didalam kelas semasa saya di sekolah menengah dulu.



Untuk pemuda-pemudi yang sudah baligh dan belum bernikah, soalan yang saya tanyakan kepada perempuan-perempuan tadi adalah soalan yang wajib kamu tanya sebelum kamu tidur dengan sesiapa pun yang tidak sama jantina dengan kamu.Walau bagaimana pun, jika kamu mempunyai tabii seks luar biasa atau pun memang ahli sukan laga l...ng ken...g, soalan tersebut tidak membawa apa-apa makna. Buat lah apa yang kamu suka.

Saya tidak terperanjat dengan mimpi itu. Ianya hanya membenarkan apa yang telah lama saya sedari (yang kadangkala menjadi satu sumpahan). Saya memang menjadi kegilaan kebanyakkan perempuan (dan pondan).

p/s: naga, sudah tentu melanie lebih bagus nyanyianya kerana dia perempuan.(dengarkan seluruh album Desire dylan, sangat melankolik dan sangat melayu) nurelhuda,
perempuan yang tidak mahu mengadu kepada Polis akibat di dera adalah perempuan bodoh. kadijah, kamu perlu meminta maaf jika TIDAK melinkkan saya dan YA moluska tatami, saya menulis kerana nama dan glamor yang datang bersamanya.

Kita semua tahu yang tidur dengan lebih dari satu isteri didalam satu masa tidak di benarkan di dalam Islam, ianya hanya boleh berlaku didalam mimpi saya dan juga angan-angan kamu.

Friday, November 11, 2005

lembu mati

Seluruh dunia hari ini penuh dengan penderitaan. Samada musibah yang melanda negara-negara yang penduduknya adalah manusia Islam atau pun tidak, rata-rata seluruh penduduknya berada didalam situasi yang amat menyedihkan.

Mangsa tsunami tempoh hari masih ramai yang tidak punya apa-apa. Tidak punya harta tidak punya keluarga. Mangsa gempabumi Pakistan ramai yang akan mati kerana kesejukkan dan juga perbagai jenis penyakit. Di Jordan hari ini berpuluh manusia mati di bunuh. Di Indonesia juga khabarnya telah mati beberapa orang yang diantaranya adalah Dr. Azahari.

Di negara-negara bekas blok kominis dulu ramai yang kebulur. Ramai yang menjual anak samada untuk dijadikan anak angkat atau pun dijadikan perempuan lacur.

Dalam kelam kabut kehidupan hari ini, apa yang kita fikirkan?

Sebenarnya kita tidak memikirkan apa-apa. Kita biarkan kehidupan di keliling kita terus beredar tanpa kita pedulikan. Apa yang penting adalah rutin harian kita tidak di ganggu.

Kita masih terus menulis blog. Dan dalam suasana masih raya ini kita wajip sedang sibuk mengatur acara makan-makan. Kita masih sibuk menunggu kawan 'chatting'.

'Chatting', ini satu lagi hamjadahnya. Jika suami atau isteri kamu membuang masa lebih dari setengah jam sehari dengan ber'chatting', wasapadalah kerana, 'Rin Tin Tin/ kerja Polis tapi anjing/mula-mula 'chatting' lepas tu laga lubang kencing.'

Jika ada suami/isteri kamu yang buang masa macam saya katakan tadi, ambil pantun diatas tulis besar-besar, letak depan komputer.

Berapa banyak suami/isteri yang makan hati kerana suami/isteri sibuk berbual dengan kawan entah betul entah tidak. Habis semua rahsia di hebahkan kepada dunia.

Yang suami menceritakan keburukan isteri kepada orang. Yang isteri juga begitu. Semua cari pasal, cari dosa.

Jika tidak puas hati dengan suami/isteri, cakap, bincang. Bukan pergi mengadu dengan Joe Kasanova. Kamu kangkang Joe Kasanova kenyang. Jika suami kaki wrastle mania, repot polis. Tak Bekenan sangat kepada suami/isteri minta cerai. Habis cerita. Apa ke bodohnya sampai bende kecil seperti ini pun nak tunggu pemikir agung seperti saya menulisnya. Buang masa saya!

Kebaikan suami/isteri kamu juga jangan ceritakan kepada orang lain, muntah hijau kawan-kawan yang mendengarnya nanti. ( 'you tau, husband i kan...' ish nak terberak saya mendengarnya) Jika suami/isteri kamu baik, ceritakan kepada mereka. Mereka gembira kamu bahagia.

Berbalik kepada penulisan blog. Jemputlah kawan-kawan kamu datang ke
blog hebat saya ini kerana ramainya pembaca blog saya ini amat penting bagi saya.

Wednesday, November 09, 2005

tak

sarah : kenapa suka sangat Bob Dylan?
abdullah : Oh! kerana kehebatan lagu-lagunya. Kata puisinya amat hebat.
Suara nyanyinya amat unik. Boleh jadi juga kerana mahu kembali
ke zaman remaja.
sarah : dan semua itu akan di tanya di dalam kubur?
abdullah : gulp.


Kadang-kadang kita tidak perlu mendengar ceramah hebat dari para pandai agama untuk berfikir. (kadang-kadang kata saya, kadang-kadang).


p/s: sarah genap sepuluh tahun Ramadan lepas.

Sunday, November 06, 2005

sembelih

Salah satu cara Islam berkembang adalah dengan cara mengambil budaya tempatan lalu di 'islamkan'. Hal ini boleh di lihat di dalam banyak perkara. Ilmu kaji bintang misalnya. Bangsa Arab yang hidup nomad berpandukan bintang untuk tujuan pengembaraan. Ilmu ini di ambil oleh Islam lalu di kembangkan. Apabila umat Islam berpindah ke merata dunia, mereka memerlukan satu cara untuk memudahkan mereka bersembahyang dengan mengadap ke Mekah. Dari sinilah ilmu kajibintang berkembang.

Begitu juga dengan kertas yang berasal dari China yang di majukan oleh umat Islam demi kerana pentingnya ilmu didalam Islam.

Atau bagaimana seorang doktor dari Kelantan yang berpindah ke Kuantan pergi ke Beserah dan mencuba Mee Chalong lalu membawa balik resepi makanan tersebut ke kampungnya.

Semua ini walau bagaimana kecil sekalipun akan menyumbang kepada perkembangan Islam.

Agak malang apabila umat Islam hari ini rata-rata lebih gembira mengamalkan budaya sendiri walau di mana mereka berada.

Saya agak sedih apabila saban tahun menerima jemputan dari kawan-kawan Melayu di sini untuk bersembahyang jemaah hari raya di rumah yang di gazetkan sementara sebagai balasoh sembahyang raya.

Gemar benar melayu di sini berkumpul sambil bertakbir sesama sendiri. Hilang rasanya perpaduan yang tidak mengira warna kulit yang sangat-sangat di galakan di dalam Islam.

Saya lebih gemar bersembahyang di tengah-tengah padang seperti tahun-tahun sudah. Tahun ini dijemput dua orang paderi dari gereja berhampiran untuk menyampaikan sepatah dua kata. Ada yang bersetuju ada juga yang tidak. Saya cuma berpendapat jika hal ini tidak di halang di dalam Islam, maka lakukanlah.

Didalam hal yang lain pula saya merasa amat marah apabila seorang kawan memberitahu yang beliau tidak ada 'mood' untuk berhari raya. Berhari raya adalah perintah Tuhan. Menyambutnya menjadi ibadat. Bagaimana mungkin kita mengatakan tidak mahu bergembira di hari yang di wartakan oleh Tuhan!

Setiap tahun di hari raya saya akan kembali menjadi kanak-kanak. Saya akan memakai baju baru.(tahun ini tema saya adalah Reservoir Dogs, jadi saya memakai kot dan bertali leher hitam. Kekacakkan saya berganda hari ini). Saya akan memakai air bau. Rambut (yang tinggal beberapa helai) akan saya minyakkan dan sisir rapi.

Setelah ke masjid saya akan menziarahi kawan-kawan dan tentu sekali saya akan menjadi amat marah apabila rumah yang saya kunjungi tidak menghidangkan juadah hari raya kerana mereka tidak ada mood . Dapatkah kamu bayangkan kekecewaan yang saya alami kerana tidak dapat menikmati makanan percuma di pagi raya?

Saya dilanda perasaan ingin memotong telinga kawan saya itu. Sedikit demi sedikit sehingga putus.

Wednesday, November 02, 2005

jadi

Dulu-dulu di dalam banyak acara besar yang di adakan di stadium-stadium (sambutan merdeka misalnya) akan ada upacara melepaskan burung merpati.

Saya selalu terfikir betapa beruntungnya para peniaga burung merpati tersebut. Kita semua tahu burung merpati yang di kurung beberapa lama akan pulang ke 'rumah' setelah di bebaskan. Para peniaga burung merpati akan mendapat balik barang dagangnya yang telah di jual. Ini amat menguntungkan.

Burung merpati juga di jadikan simbol kebebasan. Di mana bebasnya burung merpati ini? Mula-mula mereka di kurung. Kemudian di bebaskan hanya untuk kembali kepada tuannya.

Saya berpendapat orang yang mencadangkan supaya merpati di jadikan sebagai simbol kebebasan sebenarnya mentertawakan kita.

Kebebasan burung merpati juga sebenarnya seperti kebebasan kita. Merdeka yang hamba.

Sunday, October 30, 2005

bangkai

Demi untuk menyambut Hari Raya dengan gembira, kita di Malaya biasanya akan bersedih. Dengarkan takbir Raya versi Malaya, kita ke kubur di pagi Raya dan perhatikan bait-bait puisi di dalam kebanyakkan lagu Raya. Semuanya bertemakan kesedihan. Kita bersedih untuk bergembira. Hal ini yang unik untuk rakyar Malaya atau mungkin juga untuk Malaya dan Indonesia.

Jadi untuk itu, saya akan menceritakan kisah sedih bagaimana kehormatan saya di cabul satu masa dulu.

Kisah hitam di dalam kehidupan saya bermula satu pagi yang aman. Saya masih ingat pagi itu di masa burung-burung riang bernyanyi, matahari pagi sedang rancak menyuluh vitamin tetapi saya merasakan sedikit tekanan di dalam perut sebelah kiri.

Saya membuat panggilan kepada Dr. Mahmood kawan saya. Saya menceritakan tentang kesakitan tersebut. Dia menggesa saya supaya segera ke kliniknya.

Kesakitan yang saya alami semakin teruk, saya memandu di dalam keadaan separuh sedar. Mujur benar klinik Dr. Mahmood cuma kira-kira limabelas minit perjalanan.

Sampai di klinik, saya di baringkan. Dr. mahmood menekan-nekan keseluruhan perut saya, apabila sampai kebahagian yang berpenyakit, saya terlompat dari katil sambil sedikit menjerit kesakitan.

Dr. Mahmood berpendapat yang saya perlu segera di hantar ke hospital. Mulanya dia hanya menulis sedikit nota untuk saya bawa ke hospital, tetapi akhirnya beliau mengambil keputusan untuk menghantar sendiri saya ke hospital. (begitulah pentingnya saya kepada Dr. Mahmood)

Tiba di hospital saya di berikan keutamaan oleh para petugas mungkin kerana saya di bawa terus oleh Dr. Mahmood yang pernah bertugas di hospital berkenaan. Dan bermulalah pencabulan terhadap saya. (sigh)

Saya di masukan ke wad.

Yang mula-mula mencabul saya adalah seorang petugas hospital. Wanita. Mungkin kerana tidak dapat mengawal perasaan setelah melihat kekacakan saya, beliau lantas mengarahkan supaya saya mencukur err.. (saya sedang mencari perkataan yang tidak lucah di sini) rambut di sekeliling alat pembuang sisa toksik saya. ( saya yakin beliau mempunyai minat yang pelik terhadap hubungan intim)

Saya kemudian di bawa ke sebuah bilik yang di lengkapi dengan bermacam-macam alatan teknologi tinggi. Saya di baringkan dan beliau mula melumurkan kawasan bawah pusat saya dengan sejenis gel. Dia kelihatan amat gembira. Dengan menggunakan sejenis kanta terus dia mula meraba-raba keseluruh kawan bawah pusat saya dengan alat tersebut. Alangkah terkejutnya saya apabila saya dapati semua perlakuan ini di rakam! Sumpah! saya melihat sendiri gambar-gambar yang disiarkan secara langsung ke kaca televisyen di depan saya. Saya berdoa agar rakaman itu tidak sampai kepada tokey wayang kongkek atau lebih teruk lagi kepada Polis! (dan saya bersyukur kerana sampai hari ini rakaman tersebut masih belum tersebar)

Setelah beberapa lama (saya tidak ingat kerana saya cuba memperdayakan diri sendiri dengan mengatakan ini semua tidak berlaku), beliau mengarahkan supaya saya membersihkan diri dan pulang ke wad. Saya angguk dan seperti di pukau mengikut semua arahannya. (saya yakin saya sebenarnya telah di berikan ubat khayal di dalam minuman saya)

Sangka saya semuanya telah berakhir, rupa-rupanya tidak. Esoknya seorang pemuda yang agak comel datang berjumpa saya. Dia memperkenalnya dirinya sebagai doktor. (saya tahu dia cuba menipu saya kerana dia cuma seorang pelajar perubatan bukannya doktor betul).

Dia juga mengambil kesempatan ke atas diri saya. Yang paling memalukan adalah ianya berlaku di khalayak ramai. Saya di cabul di tengah-tengah wad. Walaupun dia cuba melindungi perbuatan perbuatan terkutuknya dengan langsir senipis kulit bawang, saya yakin semua mangsa lain di sekeliling saya tahu apa yang berlaku.

Saya tidak mahu menceritakan apa yang berlaku kerana ianya amat memalukan saya. Cukuplah sekadar saya mengatakan yang pemuda comel itu menggunakan sarung tangan getah.

Setelah selesai, beliau mengatakan yang beliau masih belum puas dan berjanji akan datang lagi esoknya. Saya memberanikan diri bertanya apakah yang akan dilakukan esok. Beliau dengan senyuman mengatakan yang beliau perlu memasukan kamera melalui jalan depan setelah apa yang beliau lakukan melalui jalan belakang tadi tidak memuaskan nafsunya.

Saya terdiam.

Malam itu saya mengambil keputusan untuk melarikan diri dari neraka ini. Saya kumpulkan semangat saya dan ketika semua mangsa lain sedang tidur dan para pencabul sedang ralit dengan tugas masing-masing, saya melarikan diri.

Saya bebas. Tetapi merasakan diri saya sangat kotor setelah di perlakukan begitu. Saya merasakan diri saya hanya sebagai alat pemuas nafsu. Saya mandi berkali-kali.

Setelah beberapa tahun peristiwa hitam itu berlaku, Saya masih di ingati oleh semua penjahat-penjahat tersebut kerana setiap kali ada sahabat-sahabat saya yang terpaksa ke hospital itu, nama saya akan di sebut. Saya menjadi lagenda sebagai satu-satunya mangsa cabul yang berani melarikan diri. Lagenda kerana di cabul! hina sungguh saya ini...

Sekarang saya boleh berhari raya dengan gembira kerana saya telah bersedih dengan mengingati peristiwa hitam tersebut.

(Peristiwa hita ini berlaku sama tarikhnya dengan pemecatan Anwar Ibrahim. Saya mendapat tahu mengenainya apabila mangsa di katil sebelah bertanya benarkah Anwar Ibrahim di pecat).

EID MUBARAK SEMUA.

p/s: oleh kerana ada yang tidak senang dengan ayat-ayat yang saya gunakan di bawah, di sini saya masukan perkatan lain sebagai ganti.

anak haram- anak tunastatus
kote - alat kelamin lelaki
zina - laga lubang kencing

jika masih ada perkatan yang menggangu emosi kalian sila beritahu saya, saya akan tukar.

Thursday, October 27, 2005

ayam

Maafkan saya kerana semakin rajin menulis. Kali ini sebenarnya saya terpaksa menulis kerana dada saya sebak setelah membaca berita bagaimana beberapa orang kanak-kanak yang menangis apabila mengetahui yang mereka adalah anak hasil dari hubungan haram 'ibu-bapa' mereka.

Bapa mereka telah mengumpulkan dua adik beradik perempuan menjadi isterinya dalam satu masa.( dia bernikah dengan salah satu dari adik beradik itu dan dalam masa yang sama bantai free yang seorang lagi) Dalam bahasa sekarang ini di panggil sumbang mahram.

Bayangkan perasaan anak-anak ini. Dapatkah kita merasakan kesedihan mereka? Cuba bayangkan kita berada di tempat mereka. Cuba bayangkan jika hari ini ada bukti yang mengatakan yang kita ini adalah anak hasil hubungan haram.

Kita boleh memujuk diri dengan mengatakan anak-anak ini tidak berdosa, tetapi dapatkah kata-kata ini membebaskan anak-anak ini dari kesedihan yang pada saya melebihi kebanyakkan kesedihan yang kita alami. (ie: tidak sempat bersalam dengan mawi, kekalahan Liverpool semalam, atau kesedihan kad raya yang kita hantar kepada nasya aziz tidak di balas).

Saranan saya kepada sesiapa saya yang mahu berzina ialah pastikan kamu tidak melahirkan anak. Bantai lah siapa saja yang kamu mahu jika memang kamu jenis yang suka berzina. Lupakan balasan Tuhan, tetapi tolonglah pastikan yang dosa kamu itu tidak akan membawa kesedihan kepada ibu kamu. Pastikan juga yang dosa kamu itu nanti tidak akan membawa kesedihan kepada anak-anak haram hasil kerasnya kote kamu.

Tergamak sungguh lelaki itu kekal di dalam dosa untuk jangka masa begitu lama.

Saya juga banyak berdosa dan saya berdoa semoga Tuhan segera kembalikan saya kepada kebaikan setiap kali saya berbuat dosa.

nb: berita baik untuk para penzina yang mahu memastikan mereka boleh bantai ikut lubang mana sekalipun tanpa perlu risau mengenai melahirkan anak haram. kini telah ada satu suntikan yang dijamin akan memastikan tidak berlaku kehamilan yang tidak diingini untuk jangka masa tiga tahun (sekurang-kurangnya). hubungi saya jika berminat.

Tuesday, October 25, 2005

semuanya

Semua manusia mempunyai keyakinan yang mereka adalah istimewa. Ada yang duduk diam dengan keyakinan itu dan tidak kurang pula yang berkongsi dengan manusia lain.

Dari sifat keyakinan tentang istimewanya diri inilah lahirnya manusia-manusia seperti Ayah Pin, Sir Prof. Al-Haj Al Hafez Mohd. Arief dan juga err..penulis blog. Ramai juga manusia yang memikirkan yang mereka adalah anugerah kepada kemanusiaan, lalu mereka bersusah payah membuat perbagai dosa untuk menjadi ahli politik (yang korap).

Istimewakah setiap individu? Saya merasakan tidak tetapi apa yang berlaku sebenarnya adalah setiap manusia mempunyai identiti tersendiri. Masing-masing mempunyai keunikan yang memisahkan satu manusia dengan manusia yang lain


Saya kehabisan modal, cuma saya mulakan tulisan ini setelah membaca mengenai bomoh yang mengaku mendapat perbagai gelaran. Bukan susah untuk mengesahkan samada gelaran-gelaran itu benar atau tidak. Sebagai contoh jika beliau mengaku sebagai al-hafez, suruh saja beliau membaca beberapa surah dari al-quran. Atau minta saja alamat sekolah dimana beliau mendakwa mendapat gelaran Sir Prof. dan hubungi sekolah berkenaan untuk membuat pengesahan.

Sebenarnya yang paling malang adalah mereka-mereka yang sibuk mencari bomoh untuk apa juga tujuan. Saya rasa mereka memang layak di tipu.

Laki kawin lain, jumpa bomoh. Bomoh suruh kangkang, dia kangkang. Lambat kawin, jumpa bomoh. Bomoh suruh tonggeng, dia tonggeng. Ketiak tumbuh ketuat, jumpa bomoh. Bomoh ajak main , no problem. Janji dapat balik laki. Janji dapat laki. Janji ketuat hilang.

Tahukah anda yang kebanyakan ahli politik (yang korap) adalah pelanggan tetap para bomoh?
Dan tahukah anda yang Sir Prof. itu sebelum mendapat ilmu sakti adalah penjual roti bermotosikal?

mengarut sungguh tulisan ini.

Sunday, October 23, 2005

mati

+ Suara perempuan aurat kah?
- Ya.
+ Apakah hukum para perempuan yang membuka aurat?
- Haram.

+ Katakanlah yang tokey judi di Genting sana seorang Islam. Sampai masanya dia ingin membayar zakat hartanya. Bolehkah JAIS atau mana-mana pusat zakat menerimanya?
- Tidak boleh kerana hartanya datang hasil yang haram.

+ Jika seorang penyanyi perempuan yang membuka aurat datang untuk membayar zakat hartanya, bolehkah JAIS atau mana-mana pusat zakat menerimanya?
- Erm...


- Jika sepasang suami isteri bersenggama di siang hari di bulan Ramadhan, apakah kedua-duanya wajib berpuasa selama tiga bulan berterusan?
+ Tidak, hanya suami yang wajib berpuasa selama tiga bulan berterusan.
- Mengapa?
+ Kamu pernah jumpa perempuan yang boleh berpuasa selama tiga bulan secara marathon?
- Jadi perempuan boleh bersenggama di siang hari di bulan Ramadhan tetapi lelaki tidak boleh?
+ Erm.. ya.


ps: saya sengaja mengambil cuti dari duduk didepan komputer untuk beberapa hari Puan Dr. (saya suka membaca mengenai ais krim cold storage di papanota blog kamu). saya masih di sini halela, tidak di Malaya. kita bila agaknya bukan kita bila lagi Tok Rimau. kita bila lagi seperti mengesa untuk segera.

Friday, October 21, 2005

hati

min/ini hatiku/ambil dan simpan didalam hatimu/min/bosan nanti/kembalikan hati itu/kepadaku/min/hidup ini amat mudah/tidak perlu susah hati/tidak perlu bunuh diri.

Ingatan awal saya terhadap musik biasanya akan membawa saya ke rumah makcik Enon Tan. Hanya di rumah ini sajalah yang ada pemain piring hitam di kampung saya. Apa yang saya ingat tentang alat pemain piring hitam ini adalah ianya berwarna merah di bawah dan putih di atas dan berukuran satu kaki kali satu kaki.

Himpunan piring hitam milik makcik Enon Tan terdiri dari sembilan puluh sembilan peratus lagu-lagu hindustan dan selebihnya adalah musik melayu masa itu. Makcik Enon Tan adalah peminat hindustan sejati. Setiap kali ada tayangan filim hindustan di panggung, makcik Enon Tan akan bercuti dari mengambil upah mencuci pakaian di rumah-rumah orang. Saya pasti kamu semua tidak akan percaya jika saya katakan yang makcik Enon Tan akan mengenakan pakaian yang paling cantik didalam simpanannya, dia juga akan mengerintingkan rambutnya dan awal-awal pagi lagi dia akan ke perhentian bas untuk menuju ke bandar. Melihat makcik Enon Tan bersiap dan berjalan menuju ke perhentian bas adalah satu wayang yang akan sentiasa bermain di kepala saya setiap kali saya terserempak dengan apa-apa hindustan.

Lagu hindustan yang paling saya kenali adalah sebuah lagu yang di selang-seli dengan bunyi gajah. Hati mere sati atau apa tajuknya saya lupa. Dari lagu inilah Syd Barret dan rakan-rakannya mendapat ilham untuk memasukkan berbagai bunyi di dalam kebanyakan musik Pink Floyd. (ha.ha.)

Makcik Enon Tan ada empat orang anak. Harun, Musa, Hamzah dan Mariana. Dan seperti yang di jangka, Mariana kami gelarkan sebagai Ana bolo-bolo.

Harun sebagai anak yang sulong adalah seorang anak yang sangat bertanggungjawab. Itu saja yang boleh saya katakan mengenai beliau.

Musa pula adalah seorang budak yang mendahului zamannya. Dia adalah Mc Gyver zaman kami. Segala macam rekaan di ciptanya. Pedang yang di sorok didalam payung buluh (payung kubur kata setengah orang).Panggung wayang kulit mini dibawah rumah. Musa juga adalah ketua pasukan Pengakap di kampung kami. Kampung kamu ada pasukan Pengakap?

Hari ini Musa katanya bertugas sebagai Pegawai Tentera di Sungai Besi . Sudah bertahun saya tidak berjumpa dengan beliau.

Hamzah adalah ahli seni didalam keluarga Makcik Enon Tan. Dia amat mahir bermain gitar dan mempunyai suara yang amat baik. Tapi dia juga seorang yang sangat pendiam dan pemalu. Didalam dirinya juga tidak ada keinginan untuk menjadi penyanyi. Dia hanya bernyanyi untuk hiburan diri sendiri.

Kerja terakhir Hamzah yang saya tahu adalah sebagai pemotong rumput di bawah majlis perbandaran tempat tinggal beliau. Saya juga telah lama tidak berjumpa dengan Hamzah, lebih duapuluh tahun rasa saya. Pagi Ahad yang lalu emak saya memberitahu yang Hamzah telah meninggal dunia pada Selasa awal puasa.Dia muntah berdarah pagi sebelum ke tempat kerja dan meninggal pada petangnya. Dia merupakan kawan rapat saya dari kampung. Semasa di kampung saya ada empat kawan rapat, Pa,Iji,Kodik dan Mezah. Tolonglah hadiahkan fatehah untuk kawan rapat saya ini. Nama penuhnya adalah Hamzah Mohd. Noor.


nb: malu benar apabila udika mengatakan saya ini ada di mana-mana. dahulu kami mengelarkan mereka-mereka yang begini sebagai 'scorpion'. (always somewhere)

tulisan paling atas tidak ada kena mengena dengan tulisan di bawahnya.

saya merasakan buku Jiwa Kacau amat sesuai dijadikan majallah bulanan. di keluarkan setiap bulan atau pun setiap dua bulan. (majallah + blog = jalog)

Monday, October 10, 2005

................

Tidakkah kamu merasa takut apabila membaca/melihat berita bagaimana hari ini Tuhan seakan-akan mahu menghapuskan bangsa manusia yang hari ini dengan besar-besaran? Segala macam ombak besar dan segala macam gempa yang berlaku hari ini membawa balik beribu-ribu nyawa kembali kepada Tuhannya.

Tidak adakah ketakutan didalam diri kamu apabila membaca ayat-ayat Tuhan bagaimana Tuhan akan menukar bangsa manusia yang hari ini dengan bangsa yang lain apabila bangsa yang ini tidak endah akan larangan dan mengabaikan perintahNya?

Atau kamu masih sibuk dengan mawi?

Saya amat takut.

Saturday, October 08, 2005

roboh synagogue

Abdullah Jones @ Tareht @ OsmanTikus berasal dari Malaya. Mungkin beliau menggunakan komputer yang bersambung dengan mesin masa melalui pacuan USB bagi membolehkan rakyat Malaysia membaca tulisannya. Sekarang beliau merantau di negeri penjajah. Pada masa lapangnya dia melukis kartun yang hodoh tapi sarat dengan makna dan nasihat. Biasanya nasihat ini disampaikan oleh hidupan asing dari Planet Marikh.

Demikianlah bunyi pengenalan saya (saya mensyaki Tok Rimau yang menulis pengenalan ini) di dalam buku Jiwa Kacau. Selain dari ayat diatas yang mengatakan saya seorang lelaki yang sangat kacak, saya langsung tidak bersetuju dengan pengenalan yang di tulis di dalam buku berkenaan.

Saya bersetuju dengan sinaganaga yang kulit buku itu sangat cantik.

Perlukah kamu membeli buku ini? Perlu jika kamu mempunyai banyak masa untuk membaca kata pengantar buku ini dengan menggunakan kanta pembesar dan juga rela di advancerkan oleh perbagai macam stail penulisan.

Adakah harga buku tersebut berpatutan? Sangat patut jika selama ini kamu memperuntuk jumlah yang sama untuk membeli karya-karya agung mama Juwie dan rakan-rakan.

Adakah susunatur buku ini menarik? Tidak.

Adakah siri kedua Jiwa kacau perlu di terbitkan segera? Tidak.

Adakah buku ini perlu dimiliki hanya kerana ianya di tulis oleh orang-orang yang kamu kenali (rapat)? Ya jika kamu memang mengamalkan kronism.

Dimanakah boleh kamu mendapatkan buku ini? Baca blog Tok Rimau atau googlekan perkataan Jiwa Kacau.

Terima Kasih Basri kerana segera menghantar buku ini kepada saya.

Wednesday, October 05, 2005

di Tebing Gaza

Extra-unggu:Bukan Cinta Biasa

Danial Ezry Iskandar Hakim cemas. Sudah banyak kali peristiwa begini berlaku kepadanya. Dan biasanya berita yang sampai kepadanya pada hari pertama Ramadhan adalah berita buruk.

Dia menerima panggilan talipon dari kekasihnya ( Erra Emilia Emeralda Sophia Nathasa) kira-kira jam sembilan pagi tadi. Gadis yang bertubuh luarbiasa gemuknya itu kedengaran seperti hampir menangis apabila mengesa Danial Ezry Iskandar Halim supaya segera datang kerumahnya.

Ramai yang mempertikaikan pilihanya ketika dia mula-mula merapati Erra Emilia Emeralda Sophia Nathasa dulu. Mereka, terutama teman-teman se esekutifnya membantah. Mereka tidak faham mengapa Danial Ezry Iskandar Hakim memilih gadis yang walau agak manis tetapi mempunyai tubuh yang amat luarbiasa gemuknya. Danial Ezry Iskandar Hakim cuba tersenyum setiap kali teman-temannya cuba mempengaruhinya untuk meninggalkan Erra Emilia Emeralda Sophia Nathasa. Dia tahu mereka semua tidak faham erti sebenar cinta.

Danial Ezry Iskandar Hakim mempercepatkan laju Prtoton Wajanya. Dia semakin cemas, lebih-lebih lagi bila teringatkan nada suara Erra Emilia Emeralda Sophia Nathasa. Dia dapat merasakan pasti ada berita buruk yang akan di sampaikan oleh Erra Emeralda Sophia Nathasa. Seperti berita buruk yang di sampaikan oleh ibunya, Datin Manja Maria Mulia Dato Abu Mansur.

Dia masih ingat pagi itu. Pagi yang seperti ini juga, Ramadhan yang pertama. Masih terngiang-ngiang suara ibunya, Datin Manja Maria Mulia Dato Abu Mansur di hujung talipon menyuruh dia pulang segera kerana bapanya, Dato Addul Manaf Bin Amran di timpa kemalangan. Setiba dia di rumah, Danial Ezry Iskandar Hakim di beritahu yang bapanya telah meninggal dunia akibat serangan jantung ketika bermain golf.

Begitu juga pagi Ramadhan dua musim lepas. Dia menerima berita pemergian adiknya yang sedang menuntut di Australia akibat kemalangan jalanraya.

Semua kesedihan ini berlaku di hari pertama Ramadhan. Dia amat gelisah. Kenderan di jalanraya hari ini seperti berpakat untuk memperlahankan lajunya. Dia menoleh ke kiri dan kanan. Pemandu-pemandu kenderaan yang lain seperti sedang mentertawakan dirinya.

Akhirnya setelah setengah jam memandu, dia sampai ke kaki apartment tempat tinggal Erra Emilia Emeralda Sophia Nathasa. Bergegas dia berlari ke block Anggerik setelah meletaknya Proton Waja warna peraknya di tempat letak kereta. Sampai di pintu norbor 1403 dia segera mengeluarkan kunci pendua dan membukanya.

Di sofa kelihatan Erra Emilia Emeralda Sophia Nathasa sedang menangis teresak-esak. Jam dingding menunjukkan pukul 9:30 pagi. Dia merapati kekasihnya dan bertanya:

'mengapa Erra Emilia Emeralda Sophia Nathasa? Apakah gerangannya yang berlaku?'

Demi terlihatkan Danial Ezry Iskandar Hakim, tangisan Erra Emeralda Sophia Nathasa seperti tidak dapat di bendung lagi. Dia (Erra Emeralda Sophia Natshasa) menangis.

Danial Ezry Iskandar Hakim mengusap rambut kekasihnya itu dengan penuh kasih sayang. Dia sebak melihatkan kekasihnya dalam kesedihan. Dia mengulangi soalan tadi:

'mengapa Erra Emilia Emeralda Sophia Natshasa? Apakah gerangannya yang berlaku?'

Erra Emilia Emeralda Sophia Nathasa mengangkat kepalanya dan memandang tepat kemuka Danial Ezry Iskandar Hakim, dengan bibir yang terketar-ketar dia seperti cuba untuk memberitahu sesuatu. Danial Ezry Iskandar Hakim makin cemas. Seribu persoalan menerpa ke kepalanya.

Erra Emilia Emeralda Sophia Nathasa mengagahkan diri dan menelan liur melalui tekaknya yang terasa amat kering itu. Dengan suara yang hampir tidak kedengaran dia berkata: 'i...i... i lapar.'

Sunday, October 02, 2005

adalah ingkar

Amat mudah untuk membuat bubur kacang. Ambil kacang hijau, santan kelapa, gula merah dan air.Tambahkan daun pandan untuk aroma. Ringkas dan amat lazat. Boleh makan begitu sahaja atau di cicah dengan roti. (pun intended)

Tetapi di sebabkan kita ini diresapi cara hidup yang korap, bubur kacang hari ini di campur dengan bermacam-macam bendasing. Ada yang tambah jagung, kacang merah, biji selasih, telur katak dan juga kacang bendi. Ini kononnya apa yang di panggil menambah nilai.

Saya amat benci apabila makanan saya di tambah nilai. Apabila saya mahukan bubur kacang, saya mahukan bubur kacang yang betul. Kamu tidak perlu membeli jiwa saya dengan bubur kacang yang di tambah nilai. Saya hanya mahu deria rasa saya di hiburkan dengan kacang hijau, santan kelapa dan gula merah. Saya tidak mahu deria rasa saya di tipu oleh kacang merah,jagung,biji selasih, telur katak dan lebih-lebih lagi kacang bendi.

Budak-budak yang berumur di bawah duapuluh lima tahun tentu akan terkejut apabila mengetahui yang datuk-nenek-pakcik-makcik-mak-bapak mereka memakan bubur kacang yang tidak di tambah nilai. Bagi mereka ini adalah cara yang salah untuk menyediakan bubur kacang.Bagi mereka memberi rasuah adalah wajip. Membayar saman adalah haram. Kepala mereka sudah menghalalkan bubur kacang di tambah nilai.

Mereka juga dengan senang hati memakan nasi lemak dengan kang kong goreng seperti mana mereka merasa selesa memakai kemeja t yang di perbuat dari bahan plastik di tengah panas matahari tanah Malaya.

Dan kari ayam yang di campur daun limau purut. bah! Mahu saja saya lemparkan mangkuk kari ayam limau purut ke muka mereka.


p/s: siapa mat jan? kamu telah melakukan satu dosa yang tidak terampun kepada lagenda hidup dunia blog. pergi ke alamat ini dan minta ampun kepada mat jan: http://www.kroni.biz/jj/

Selamat berpuasa semua. Jangan habiskan puasa kamu di pasar Ramadhan. Dan kepada peniaga pasar Ramadhan, kamu tidak perlu menghantar baki jualan kamu ke masjid-masjid kerana kami bukan rakyat kelas dua.

Sama pemikiran dengan Dato Rais Yatim? umno-s46-umno. Tak apalah. Lain kalilah.
Dan ya, Dato Rais memang membaca blog saya. Begitu juga dengan Dato K, Dato S. Apabila tidak sibuk, Dato Sri Abdullah Badawi juga selalu kemari.

Friday, September 30, 2005

perintah Tuhan.

ain nombor empatpuluh lapan

aku
adalah daun
yang paling akhir
di pohon
yang paling kering
di musim
yang paling luruh.


engkau
adalah tanah
yang enggan
di airi.

oh ain.


Di esastera.com kami sedang dalam err...pembuatan sajak-sajak ain. Kami bercadang untuk mencukupkan siri sajak ain kepada jumlah seribu. Ain nombor empat puluh lapan ini adalah sumbangan saya yang entah yang keberapa.

Ianya juga merupakan cara saya menarik ahli-ahli esastera untuk datang membaca blog saya ini. Kepada ahli esastera yang membaca tulisan ini, sila iklankan kepada semua ahli esastera untuk kemari.

Saya juga menjemput siapa sahaja yang bukan ahli esastera untuk kesana (esastera) dan menyumbangkan seberapa banyak sajak dengan judul ain supaya saya dan esastera menjadi lebih terkenal.


p/s: malu saya dengan keberanian para penulis buku Wilayah Kutu. Saya seperti budak yang baru belajar mencarut jika di bandingkan dengan para penulis buku itu. (dari apa yang saya baca di blog Mat Jan) . Saya hormati keberanian mereka. Cuma saya nak tanya sikit, mak kamu tak marah ke kamu tulis macam tu?

Tuesday, September 27, 2005

aduh,

Jamrihusen bukanlah orang pertama yang menulis sajak setelah membaca tulisan saya. Loppiess juga menulis sebuah puisi setelah membaca tulisan saya.

Kadang-kadang saya tidak sedar yang saya sebenarnya adalah seorang sasterawan yang mahahebat. Seperti Mirza Ghulam Ahmad yang pada mulanya tidak sedar beliau sebenarnya adalah Imam Mahadi kemudian Nabi Isa dan akhirnya dia sebenarnya adalah tuhan. Mujurlah ada yang mengingatkan saya mengenai betapa hebatnya bakat sastera yang saya sendiri kurniakan kepada diri saya.

Kemudian saya baca pula bagaimana saya membuka minda ramai pembaca blog hebat saya ini. Dan dengan kuasa majik yang ada pada saya, saya mampu menumpahkan teh susu di tangan Halela nun di Jepun sana.

Dan Jannah.

Sekarang cuba beritahu saya siapa penulis blog yang mempunyai kuasa sakti seperti saya?
(hmmm..siapa ada alamat rumah Ayah Pin?)

Sunday, September 25, 2005

sakit

Sudah lama saya teringin untuk menari di khalayak ramai.Bukan di disko atau rumah menari yang khas, tetapi menari di tepi-tepi jalan seperti yang selalu saya lihat dilakukan di kebanyakan negara-negara Afrika.

Mungkin kerana terhidu bau ganja yang ber..er..selerakkan atau mungkin kerana terlalu ingin untuk memalukan diri sendiri, semasa pesta African-Caribbean tempoh hari, saya menari bersama-sama penari-penari yang berarak dengan pakaian yang sangat minimal. (bayangkan pesta Mardi Gras yang sering kamu lihat di televisyen dan bayangkan saya ditengah-tengah perempuan separa bogel).

Hasilnya amat memeranjatkan! Saya benar-benar terhibur! Tahulah saya kini mengapa ramai bangsa di dunia ini yang berhibur dengan menari. (walau bagaimana pun, saya yakin bau ganja memainkan peranan yang lebih penting dalam mengembirakan saya)


Saya cuma berhenti menari apabila salah seorang perempuan yang tidak memakai baju luar yang sama menari dengan saya tiba-tiba cuba mengeselkan tubuhnya kepada anggota aurat saya. Saya tidak biasa anggota aurat saya digesel oleh perempuan yang belum menjadi isteri saya.

Cuba bangun dan menari, seorang diri atau bersama isteri atau bersama anak-anak, saya percaya kamu semua akan bersetuju.

p/s: arigato halela. unsunghero, saya suka bila kamu bersuara. dan saya terlupa untuk berterima kasih kepada ustad ramy yang mengirimkan cd halim yazid kepada saya. terima kasih ustad. dr in the house, jika saya memakan french fries adakah saya akan menjadi french atau fries?

Friday, September 23, 2005

benar

Didalam dunia ini, hanya dua jenis manusia yang tidak di benarkan memakan daging babi, Islam dan Yahudi. Mengapa? Siapa tahu sebab sebenar larangan memakan daging babi kepada umat Islam?

Jika di lihat dari mulanya, larangan memakan babi ini ada kena mengena dengan peristiwa yang berlaku di atas bahtera Nabi Noh. Semua binatang yang ada di dalam bahtera tersebut di larang dari melakukan hubungan jenis. Larangan ini tidak di endahkan oleh sang babi dan juga sang anjing. Adakah ini punca larangan tersebut?

Semua orang tahu tentang bagaimana daging babi di penuhi oleh kuman-kuman yang walau di masak selama mana sekali pun tidak akan mati. Tetapi apakah musibah yang di bawa oleh kuman-kuman ini? Mengapa tidak ada keputusan tentang penyakit yang di akibatkan oleh kuman-kuman yang terdapat di dalam daging babi?

Apakah larangan memakan daging babi ini hanya sebagai penanda ketaatan? Mungkin benar kata mereka-mereka yang melantak daging babi iaitu ianya adalah daging yang paling lazat di dunia. Kita di larang dari memakannya hanya kerana Tuhan mahu menguji kita.

Ustad-ustad selalu bercerita tentang bagaiman nanti di sorga kita di bolehkan meminum arak setelah di larang berbuat demikian di dunia ini, pernah dengar ustad-ustad bercerita tentang jamuan babi panggang di sorga nanti?

Dan akhir sekali mengapa orang (yang mengaku) Islam yang meminum arak merasa amat jijik untuk memakan babi?

babi oh babi,
mengapa engkau babi?

Wednesday, September 21, 2005

kemenangan

Biasanya yang terhegeh-hegeh mahu bermuhibbah adalah orang Melayu. Bangsa lain di Malaya seperti tidak hinggin bermuhibbah. Contoh terbaik adalah drama Kisah Benar di televisyen. Bila kisah benar yang dipaparkan berkisar tentang keluarga Cina, drama berkenaan seolah-olah di filimkan di Hong Kong. Tidak ada seekor pun muka Melayu. Drama Melayu sibuk memasukkan watak perbagai bangsa. Ayappan boleh cari makan dengan drama Melayu. Pernah tengok Salleh Yaakub berlakun drama Tamil?

Pernah tengok Cina buat filim cinta berlainan bangsa di Malaya?Pergi tengok semua filim indi buatan Malaya. Tengok berapa kerat yang memasukan muka Melayu dalam wayang mereka.

Terhegeh-hegeh! muka tak malu.

p/s: Tok Rimau dah bersara? sia-sia saya berbaik-baik dengan dia. Siapa ketua Geng Jurnal yang baru?

Saturday, September 17, 2005

ini

Membelanjakan wang sebanyak rm5 juta bagi majlis persaraan kepada saya bukanlah masalah besar. Siasatan boleh di lakukan bagi mengetahui dari mana sumber kewangan itu di dapati. Ini semua boleh di bereskan dalam masa yang amat singkat.

Jika ada yang bersalah dalam hal ini. Tangkap dan hukum. Habis cerita.

Yang menjadi masalah kepada saya adalah antara aturcara majlis perpisahan itu. Karaoke dan majlis menghisap cerut. Ada dua lawak di sini.

Pertama adalah 'majlis menghisap cerut'. Kepada kita yang tidak berapa bertamadun ini, ianya satu kerja yang amat bodoh. Mengapa perlu ada acara khas untuk menghisap cerut? Tidak bolehkah menghisap cerut sambil berkaraoke? Semasa mengisap cerut, apa yang mereka buat? Tengok siapa yang keluar asap paling banyak? Atau lawan cerut siapa paling besar? Makluman: Sila membodohkan diri semasa membawa tulisan di atas.

Lawak yang ke dua pula adalah lawak yang sedih. Bayangkan bapak kamu yang berumur 55 atau 60 tahun terlalak-lalak berkaraoke di hari meraikan persaraan. Tidakkah kamu merasa gelihati dan dalam masa yang sama merasa sedih? Umur dah tinggal bahagian subsidi masih sibuk berparti. Esok lusa dah nak mampus masih sampai hati bernyanyi!

Mungkin kerana majlis yang ada kaitan dengan agama tidak akan mempopularkan bakal pesara kerana ianya akan menjadi penghalang kepada rancangan masadepan mereka selepas pencen. ( baca projek). Rancangan masadepan selepas pencen? Gila sungguh. Sayang sungguh kita kepada kehidupan ini.

p/s; tulisan di bawah bukanlah pembuka kepada debat gender seperti kata lope. Ianya hanyalah sumbangan saya kepada penghasilan buku Jiwa Kacau. Saya juga sedikit terkilan apabila dikatakan sebagai pakar provokasi sedangkan tujuan saya menulis hanyalah untuk menjadi popular.

Thursday, September 15, 2005

.

Biasanya saya hanya menerima satu atau dua surat-e dalam seminggu. Selalunya Abu Yusuf yang menghantar beritaniaga dengan diselang-seli cerita kawan-kawan. Satu lagi email dari Meor, penyanyi tepi jalan. Meor biasanya cuma bertanya khabar.

Tetapi semenjak dua menjak ini kotak surat-e saya di penuhi oleh surat-surat yang secara khususnya tidak di kirimkan kepada saya. Ianya adalah bual bicara kawan-kawan yang bertungkus-lumus mengusahakan buku Jiwa Kacau. (sila beli buku ini. buku ini sangat bagus)

Saya membaca dengan asyik cerita-cerita pengorbanan kawan-kawan yang mengusahakan buku tersebut. Satu cerita yang menarik perhatian saya adalah bagaimana sesetengah kawan-kawan yang bertungkus-lumus itu terpaksa berhadapan dengan kerenah isteri yang tidak memahami atau tidak mahu faham tentang pengorbanan suami. Mereka tidak (mahu) faham mengapa suami mereka perlu luangkan masa yang lebih untuk buku itu.

Perempuan memang begitu, mereka bodoh sikit. Pendek akal. Mereka jarang boleh berfikir jauh-jauh. Mereka mahu laki duapuluhempat jam mengulit mereka. Jika di beri peluang, perempuan mahu laki mereka membilang semua bulu ari-ari di tubuh mereka. Tidak perlu buat kerja lain.

Mereka juga tidak faham maksud berkahwin. Pada mereka berkahwin adalah lesen untuk mereka merengek walau pun tidak di masa yang betul. Semua lelaki sukakan perempuan yang merengek, tapi tengok masa jugak lah. Perempuan biasanya terlupa yang laki mereka hari ini adalah laki mereka lepas mati esok. Tidak akan berpisah mereka selama-lamanya . Tidak perlu cemburu, tidak perlu syak wasangka. Jangan cari pasal. Tidak perlu juga tarik muka. Lepas mati esok laki tak pergi mana-mana, tak buat buku Jiwa Kacau dah, masa tu kalau nak suruh bagi nama kepada setiap helai bulu ari-ari di tubuh kamu pun boleh. Lain lah jika hari ini kena cerai.

Sementara waktu ini, jangan ganggu laki kamu. Pergi jadi isteri yang taat, sambut kepulangan laki kamu walau selambat mana sekali pun dengan senyuman. Picit-picitkan tubuhnya yang keletihan. Laki kamu pasti akan bertambah sayang kepada kamu. Esok bila buku Jiwa Kacau terjual sampai 170,000 buah kamu juga yang kaya. (perempuan semua suka duit. Mana ada perempuan yang mahu kawin dengan lelaki miskin, lelaki sahaja yang mahu kawin dengan perempuan miskin). Keluar rumah nanti pakai stokin, kaki pun aurat juga.

p/s: terima kasih kak nong.

Tuesday, September 13, 2005

dia

Setiap kali saya mendengar lagu (saya kata lagu tapi sebenarnya dikir barat) nyanyian Halim Yazid, air mata saya akan mengalir. Lagu tersebut menceritakan kesusahan beliau semasa kecil. Mungkin ianya cerita sebenar . Mungkin juga hanya rekaan beliau. Saya mengambilnya sebagai kisah benar. Tajuk lagu tersebut ialah 'diri ambo' (diri saya).

Airmata saya mengalir bukan kerana saya mengalami nasib yang sama dengan beliau ( saya anak orang yang sangat kaya) tetapi kerana saya amat sedih kisah bergini masih terjadi di dalam keadaan kita yang berbangga-bangga dengan kekayaan negara. Kita tidak pernah mahu mengambil tahu tentang kesusahan ramai anak-anak Melayu yang mahu ke sekolah. Kita lebih rela menghabiskan wang ringgit membeli apa yang kita rasa perlu ada. Jarang sangat ada di antara kita yang mahu memperuntukan wang ringgit buat membantu anak-anak miskin. Ramai juga antara kita yang langsung tidak merasa berdosa menghabiskan wang untuk mengundi calon pertandingan nyanyian di tv.

Banyak orang berkata yang orang Melayu ini malas membaca. Saya kurang setuju. Sebenarnya ramai orang Melayu yang rajin membaca. Kita ini cuma malas membeli bahan bacaan kerana kebanyakan kita ( yang betul-betul mahu membaca) tidak berkempauan membeli buku. Kebanyakan buku yang baik harganya agak mahal. (kerana itu jugalah ramai antara kita memilih untuk membaca majalah hiburan kerana ianya sedikit murah, bukan kerana mahu tahu saiz terbaru buah dada pelakon/penyanyi perempuan tanah Malaya ). Penerbit majalah hiburan juga perlu di terima kasihkan kerana memberi altenatif yang murah kepada pendahaga-pendahaga bahan-bahan bacaan. Terima kasih Karangkraf.

Saya melalut. Dari cerita anak Melayu miskin pergi kepada cerita Melayu malas membaca.
Saya tamatkan tulisan ini di sini.

Saya sedikit kecewa kerana cubaan saya untuk berjenaka (tulisan di bawah) tidak di fahami. :)

p/s; untuk memahami senikata lagu Halim Yazid mungkin akan mendatangkan sedikit masalah bagi mereka-mereka yang kurang arif dengan loghat Kelantan jadi minta lah pertolongan mereka-mereka yang faham. Rudy rasa saya tidak akan ada masalah ini.

Friday, September 09, 2005

berdengkur

Saya percaya semua kutu akan bersetuju yang sesiapa yang pernah memakai jeans berwarna unggu adalah bukan kutu . Mereka adalah wannabe's. Atau dalam bahasa Melayunya, beliaempatbees.

Tuesday, September 06, 2005

tetapi

Semua orang (dan haiwan dan jin dan pokok kayu) tahu yang dunia ini semakin tua. Semua tahu riwayat israq Nabi tercinta. Cuma kita tidak di beritahu bila akan matinya dunia ini. Walaupun demikian, kita di beritahu tentang tanda-tanda akan matinya dunia. Banyak tanda-tanda telah pun berlaku. Malang sedikit kita biasanya akan menafikan tanda-tanda tersebut. Kita sentiasa mencari alasan logik bagi menenangkan hati . Saya percaya nanti bila matahari terbit dari arah yang lain, akan ada manusia yang bermati-matian menerangkan secara falak tentang mengapa terjadi fenomena alam tersebut.

Bila saya katakan yang semua orang yang membaca tulisan saya ini akan mati, saya jamin ada yang mengatakan yang saya ini sebenarnya seorang dukun. Sentiasa menafikan kekuasaan Allah bukan hanya terjadi kepada mereka yang tidak percayakanNYA sahaja, kita yang amat yakin ini juga banyak kalanya menidakkan kekuasaanNYA.

Neraka bukan tempat orang kafir di siksa, neraka adalah tempat orang Islam yang tidak endahkan suruhan.Si kafir akan menjadi bahan bakar, kita ini yang akan di bakar! Tidak adakah langsung ketakutan kepada kemurkaan Allah sehingga kita menjadi si bangang yang tidak memikirkan kematian yang mesti datang? Sibuk benar kita dengan sejuta macam hiburan. Sebilion macam kerja. Tunggu mampus baru mahu bertaubat?

Mujur benar di Malaya ada siti (sopan), ada mawi (alim) ( yang sering mengingatkan kita tentang mati).

Thursday, September 01, 2005

tidak

Kepada kebanyakan ibubapa, remaja yang minum arak, yang berzina, yang tidak menutup aurat,yang tidak sembahyang dan yang terlibat dengan apa juga masalah moral adalah anak orang lain. Cuba tanya pakcik sebelah kamu nanti didalam LRT. Nescaya dia akan menceritakan kebaikan anak sendiri sambil mencemuh kelakuan buruk anak orang lain.

Begitu juga dengan anak-anak, ibubapa mereka tidak pernah melakukan kesalahan. Tak percaya tanya anak polis trafik yang kamu kenal samada bapa/ibu mereka makan rasuah.

Maka layaklah Malaya di gelar negara Islam kerana tidak ada siapa pun sebenarnya yang berdosa jika kita menerima pandangan ibubapa dan anak-anak kebanyakan penduduk Malaya.

Sunday, August 28, 2005

tidur

Jika dari dulu Rancangan Buku Hijau diteruskan, saya percaya hari ini kita adalah diantara negara yang mempunyai teknologi pertanian yang amat maju. Malangnya setelah beberapa kali bertukar Perdana Menteri, kita kembali kebelakang.

Di zaman Tun Mahathir, Malaya di banjiri oleh ahli IT. Segala macam universiti dan kolej menawarkan kursus dalam bidang berkenaan. Beberapa tahun kemudian lahirlah ramai cerdik pandai dalam bidang IT. Dan hari ini kebanyakan mereka menjadi penganggur yang memajukan laman internet yang tidak berfaedah. Yang mempunyai sedikit modal pula akan cuba bersaing sesama sendiri dengan membuka syarikat IT. Setengah mati mereka berlawan untuk menjadi pembekal komputer dengan memasuki tender-tender kerajaan yang semua orang tahu akan diberikan kepada abang-adik- sedara-sepupu-adik tiri-mak sedara-kawan rapat- ahli politik pemerintah.

Malunya pemerintah ketika itu dengan usaha pertanian pemerintah yang lalu hingga nama Universiti Pertanian Malaysia di tukar kepada Universiti Putra Malaysia.

Hari ini kerajaan sibuk untuk kembali kepada pertanian. Mengapa? Entah, saya bukan ahli nujum yang tahu apa yang ada di dalam kepala para politikus tanah Malaya. Cuma saya amat hairan tentang pendirian pemerintah yang sentiasa beubah mengikut siapa yang menjadi kepala. Semua membuat pembaharuan dengan tujuan mengkayakan diri sendiri. Saya juga hairan mengapa ahli politik Malaya sangat tamak. Mungkin mereka tahu yang umur politik mereka tidak panjang dalam suasana berpolitik sekarang. Jadi mereka mesti mengaut semuanya sebelum mereka menjadi bangkai politik.

Amatlah menyedihkan apabila kepala apa juga persatuan hanya mementingkan diri sendiri. Saya cuma membaca dua mukasurat novel Shit karangan Pak Shanon Ahmad sebelum merasa amat loya, walaupun demikian saya dapat mengagak apa yang di rasakan oleh Pak Shahnon Ahmad ketika itu adalah sama seperti apa yang saya rasakan sekarang ini. (sayakan sastrawan merangkap pelukis terkenal maka selayaknyalah pemikiran saya sama dengan Pak Shahnon Ahmad)

Ahli politik di Malaya adalah manusia-manusia yang amat keji. Agenda utama mereka selepas dilantik dalam apa juga jawatan adalah untuk kekal didalam jawatan itu selama mungkin. Segala macam usaha di lakukan.Kepentingan rakyat di lupakan terus. Halal haram kepada mereka adalah untuk rakyat. Mereka akan menentukan kepada rakyat tentang amalan agama yang manakah yang elok di amalkan. Dari sini lahirlah segala macam maksiat yang di sucikan. Segala macam pesta di adakan atas nama perpaduan.

Rakyat Islam Malaya menjadi umat Islam yang paling keliru di dunia. Mereka tidak nampak mana yang betul mana yang salah. Dari bilal menjadi pelakon, di sanjung. Dari ustaz menjadi penyanyi, di agung-agung. Mereka membaca doa selamat sebelum segala macam majlis maksiat.

Semua kerana ahli politik Malaya sibuk mengira untung. Nanti jika bertukar Perdana Menteri lagi, saya percaya kerajaan juga akan menukar kepentingan. Dari pertanian kepada IT kemudian kembali kepada pertanian.Entah esok apa pula.

Hmmmm...kalaulah Kak Julie saya yang menjadi Perdana Menteri....

Tuesday, August 23, 2005

.

Kata budak gemuk:

Wakil rakyat ni semuanya bodoh. Tak pandai marketing. Pergi kampung naik mercedes besar-besar. Tunjuk kat orang kampung. Naik la kapcai ke, baru orang kampung kata berjiwa rakyat. Ini tidak, menjalar naik kereta besar-besar, pakai driver. Padan la ada wakil rakyat yang menang satu term je.

(budak gemuk duduk england, jadi dia perlu memasukkan satu dua perkataan inggeris dalam setiap perbualannya untuk menglamputinggikan hal itu)

Saya kata:

Rakyat Malaya bodoh. Mereka yang pilih wakil rakyat tu.

Sunday, August 21, 2005

bukan

Saya tidak pernah rindu untuk pulang ke Malaya.
Tidak seperti rindunya saya hari ini.
Semuanya kerana saya diperdengarkan
lagu 'Panorama Jingga' nyanyian M.Nasir.
Saya tidak pernah membenci M.Nasir.
Tidak seperti saya membencinya hari ini.

mok,
jangan lupakan
aku.

mok,
aku rindu
padamu,
padamu-mu.

Friday, August 19, 2005

cinta yang

Bangkok Hilton adalah nama kepada penjara pusat Thailand. Setiap bulan (atau enam bulan sekali, saya lupa) akan di adakan hari terbuka. Hari terbuka ini berlainan dari hari terbuka yang kita faham. Pada hari terbuka ini, sesiapa sahaja dibenarkan untuk melawat para banduan. Tidak kira sama ada kita kenal atau tidak akan banduan-banduan tersebut.

Hari ini telah menjadi satu tarikan secara tidak langsung kepada para pelancong yang datang ke Bangkok untuk melawat para banduan pada hari terbuka tersebut. Banduan dan sesiapa yang datang berkunjung di hari terbuka tersebut bebas bebual. Tetapi mereka di pisahkan oleh pagar. Jarak diantara banduan dan tetamu adalah lebih kurang sepuluh kaki. Jadi untuk bebual mesra sambil berpegang tangan mungkin tidak boleh. Pelawat dan banduan terpaksa bebual secara menjerit. (' i'm from Penang, malayasia! tell my wife i'm here! she dosen't know i'm here!' jerit budak seorang budak melayu adalah antara suara yang didengar)

Ramai diantara tetamu yang datang adalah mat salleh yang memang kerjanya melawat banduan. Mereka bukannya mubaligh atau ahli persatuan mana-mana. Mereka datang cuma untuk melawat banduan. Mereka akan duduk berbual. Mereka adalah pendengar yang amat baik. Ceritalah apa saja, mereka akan mendengar dengan tekun. Mereka rajin memberi semangat kepada para banduan. Dan kita boleh lihat kegembiraan yang terpancar dari wajah banduan-banduan ini. Mungkin setelah di kurung sekian lama, tiba-tiba dapat meluahkan perasaan tentu akan mengurangkan sedikit tekanan.

Sifat melawat orang yang tidak dikenali ini mungkin tidak ada pada orang Melayu. Saya bukanlah mencadangkan supaya kamu pergi ke Bangkok Hilton untuk melawat para banduan ini. Dan saya juga tidak mahu mencadangkan supaya kamu ke penjara Kajang. Cuma saya tahu banyak diantara kamu yang rajin menganjurkan bermacam acara. Apa salahnya dalam aturcara tahunan apa juga persatuan yang kamu anggotai, cuba masukkan satu upacara melawat para pesakit di hospital yang berhampiran. Tidak perlu meminta kebenarkan pihak hospital kerana terlalu banyak tape merahnya. Kamu semua tahu waktu melawat di hospital. Tidak akan ada orang yang akan menahan kamu jika datang pada masa yang dibenarkan melawat.

Sampai disana cubalah cari pesakit yang tidak dilawati keluarganya, cuba berbual dengan mereka. Saya percaya ianya akan sedikit sebanyak mengubat apa juga penyakit mereka. Banyak pesakit, terutama yang tua, menjadi bertambah parah adalah kerana tidak adanya semangat untuk terus hidup. Mereka seperti orang putus asa. Kesepian juga adalah racun kepada apa juga penyakit. Mungkin jika ada orang seperti kamu yang rajin melawat dan berbual dengan mereka, penyakit mereka akan berkurangan.

Kamu setiap hari bising mengenai para mubaligh yang mendakyah di merata hospital, sedangkan kamu sendiri tidak pernah menziarah sesiapa pun. Cubalah mulakan sesuatu yang baru dalam masyarakat kita. Melawat hospital, percuma. Percayalah, akan datang satu kepuasan yang melebihi dari kepuasan melihat ramainya orang membaca blog kamu. Saya jamin.

Wednesday, August 17, 2005

dicarinya

sarah,
didalam dompetku ada uang,
ambil dan tolong belikan
baju buat lembu-lembu.

mereka sedang lapar.



.............................................







p/s: 1. mat jan adalah seorang yang amat peka.
(mat jan, tulisan itu bertajuk ' sajak masjid
rusila', kerana ianya sebuah tulisan yang
mungkin tidak akan siap').
2. tulisan di atas membawa maksud seperti apa
yang dibaca. Tiada maksud tersirat.

Sunday, August 14, 2005

tidur bangun

Di sini saya ingin menyatakan yang saya memohon maaf daripada Pak Abdul Latip, seorang penulis terkenal yang banyak menghasilkan drama radio dan televisyen di Malaya kerana sering menggangu di blog beliau. Apa yang beliau katakan adalah benar. Itu blog beliau dan saya tidak ada hak untuk mempersoalkan apa sahaja yang di tulisnya.

Kepada Pak Abdul Latip saya sekali lagi memohon maaf diatas kesalahan saya.

Berikut adalah alamat blog Pak Abdul Latip:
http://www.latiptalib.blogspot.com


Pak Abdul Latip seperti MbA, adalah kawan saya di esastera.

Friday, August 12, 2005

tidak kena

Dia memang begitu. Setiap awal bulan dia akan datang ke rumah saya. Katanya untuk menziarah saya. Saya tahu sebenarnya dia ke rumah saya untuk makan percuma. Saya mengalu-alukan kedatangannya kerana setelah dijamu dengan masakan istimewa, sebagai tanda terima kasih dia akan memakan saya.

Dia seorang penulis agak terkenal disini. Dia telah menghasilkan lima buah novel cinta picisan. Cinta remaja. Saya selalu mentertawakan novelnya. Dia tahu saya tidak pernah membaca novelnya.

Sambil makan biasanya kami berbual mengenai penulisan. Sebagai tuan rumah saya cuba menjadi pendengar yang baik. Hari ini dia memulakan bicara mengenai nipisnya garisan pemisah antara tulisan kreatif dengan tulisan realiti. Dia memberi contoh mengenai novel da vinci code yang terlalu laris sekarang ini. Novel yang sedang hangat di filimkan itu menimbulkan huru-hara di dunia kristian. Dia hairan mengapa pembaca tidak boleh menerima sebuah karya kreatif seadanya. Dia memberi contoh kedua. Salman Rushdie. Dia tidak faham mengapa apabila ada penulis yang cuba berangan-angan tentang agama maka terus dikecam. John Lennon bebas dengan imaginenya yang berkumandang kemerata dunia hatta di negara-negara yang mengdakwa Islam.

Saya hanya diam kerana pandangan mata saya terus ke buah dadanya yang secara otomatis memekakkan indera pendengaran saya.

Dia menyambung terus dengan cerita mengenai rancangan realiti di televisyen. (disini rancangan realiti di televisyen bukan sahaja mengenai pertandingan nyanyi tetapi bermacam-macam. Dari siri tukar suami/isteri kepada tukar bentuk tubuh). Katanya semua rancangan realiti di televisyen sebenarnya diskripkan. Semua adalah rancangan penerbit bagi menarik minat penonton. Jika kehidupan sebenar manusia di filimkan katanya, maka rancangan televisyen akan menjadi sangat panjang dan menjemukan.

Saya terus diam sambil memerhatikan buah dadanya yang nampak lebih pejal dari biasa. Mungkinkah dia melakukan pembedahan membesarkannya? Di sini tidak menghairankan jika sesiapa sahaja melakukan pembedahan kosmetik. Ianya tidak terhad kepada selebriti.

Dia terus bercerita. Dia sukakan filim Thruman Show katanya. Cerita itu mengambarkan kehidupan sebenar manusia. Manusia sebenarnya memang diperhati. Katanya lagi. Semua manusia tahu hal itu tetapi sengaja tidak mahu mengaku adanya Tuhan. Dia berfalsafah.

Saya masih lagi memerhatikan buah dadanya yang ajaib itu. Cuma kali ini saya membayangkan kedua-duanya didalam gengaman saya.


Akhirnya dia berhenti bercerita dan bangun dari meja makan menuju ke dapur. Bila saya bertanya, dia menjawab mahu mengambil bir di dalam peti sejuk. 'we haven't had that spirit here since 1969' kata saya cuba berjenaka. Dia mencebikkan bibirnya tanda protes dan berahi saya sampai kekemuncak demi terlihat gincu merahnya.

'kamu sudah kenyang makan masakan saya, kini giliran saya pula dimakan oleh kamu', kata saya kepada Shamsiah. Dia tersenyum manja dan memimpin tangan saya menuju kamar tidur.

Wednesday, August 10, 2005

duduk

Saya cukup anti orang minta derma atas nama agama. Buat masjid, buat sekolah agama, minta derma untuk pergi belajar agama. Dan terlebih anti jika yang meminta derma tersebut adalah ahli agama. Ustaz contohnya.

Habis segala fadilat memberi derma dikhabarkan kepada yang diminta derma. Kita yang mahukan jalan pintas ke sorga dengan segera memberi derma. (biasanya dua ringgit sebab itulah harga sorga bagi kita) Dia lupa fadilat itu adalah untuk yang memberi derma bukannya yang meminta derma. Jarang sangat mereka-mereka yang meminta derma membacakan hadis 'tangan yang memberi lebih mulia dari tangan yang meminta' kepada yang diminta derma.

Ramai yang menepuk dada menghebahkan kepada dunia yang masjid mereka adalah hasil derma orang ramai. Bangga menjadi peminta-minta.

Minta derma mahu belajar di Mesir. Jika belum cukup duit untuk pergi belajar ke Mesir atau kemana sekali pun, pergi kerja. Kumpul duit. Bila cukup pergi belajar. Mesti ada tekad mahu kumpul duit untuk belajar.Bila cukup duit nanti jangan beli motor walaupun ramai anak dara suka naik motor. Atau pun jika berani, kumpul duit tambang dan sedikit belanja untuk beberapa bulan dan pergi. Kemudian kerja sambil belajar. Berhentilah menjadi bangsa yang tak habis-habis hidup dengan simpati. Belajar agama buka hanya untuk pelajar lepas SPM, umur lapanpuluh pun masih boleh belajar agama.

Sekolah agama swasta sekarang ini kebanyakanya bersifat perniagaan. Kamu mahu berniaga dan minta orang lain keluarkan modal, untung kamu makan seorang.manyak cantik! Ini juga adalah impian kebanyakan para ustaz muda. Buka sekolah agama untuk cari keuntungan. Kepada para ustaz yang mahu membuka sekolah agama sila kaji sejarah Pondok Pak Ya di Padang Lumat, kedah. Tengok berapa sen duit derma yang dia kumpul untuk membuka sekolah agamanya.

Satu hal lagi para ustaz sekarang ini amat jarang yang menulis buku. Ramai ustaz yang mengeluarkan kaset dan cd. Walau ini ada baiknya, saya berpendapat penulisan buku adalah lebih berkesan. Ustaz-ustaz boleh melantik seorang seperti setiausaha yang akan mencatatkan semua ceramahnya atau apa juga soal-jawab agama kemudia dibukukan. Jangan fikirkan sangat mengenai keuntungan segera. Buku agama tidak ada tarikh lupus selagi belum kiamat. Tulis hari ini mungkin sepuluh duapuluh tahun akan datang ianya memberi pengajaran kepada orang. Satu perniagaan yang amat menguntungkan.

Malang sungguh dalam negara yang mendakwa mengeluarkan beribu ulama setiap tahun tidak langsung menghasilkan buku-buku agama. Mungkin juga kerana kebanyakan lulusan agama hari ini tidak mempunyai falsafah hidup. Yang mereka nampak hanya duit. Masa musim ayam sembelihan dikuatiri tidak halal, ramailah ustaz bercita-cita untuk menjual ayam kerana merasa yakin orang ramai akan membeli ayam sembelihannya kerana dia ustaz. Begitu juga bila kegusaran tentang tauhu atau mee kuning. Sibuk para ustaz menjual air tauhu dan mee kuning. Ustaz-ustaz ini lupa yang orang Islam Malaya hanya akan meninggalkan memakan mee kuning cina bila surat khabar yang kehabisan cerita hiburan melapurkan tentang kotornya kilang mee kuning cina. Ustaz juga ramai yang sibuk menjadi kontraktor kelas F. Ustaz, di Malaya jika tak rasuah, payah nak dapat projek ustaz, tak payah lah.

Berilah derma, bermurah hatilah memberi derma. Jangan minta derma.


p/s: saya menarik balik perkataan taksub beragama setelah ditegur oleh buku nota dan juga oleh budak gemok. Saya bersetuju yang perkataan taksub bermaksud nagatif.

Saturday, August 06, 2005

berdiri juga

Heboh benar di Malaya sekarang ini dengan berita ajaran sesat. Dari cerita majis tentang Ayah Pin hinggalah kepada cerita timbul balik ajaran Mirza Gulam Ahmad. Saya sendiri juga ada mengenali beberapa orang kawan yang sejak berzaman mengikut ajaran yang tidak betul ini. Ada yang sembahyang cukup dengan niat dan ada juga yang sedikit pelik dimana jika isteri bersalin di bulan Ramadhan dan tidak boleh berpuasa maka ganti puasanya nanti perlu dikongsi dengan suami. (yang akhir ini berakhir dengan penceraian kerana suami tidak mahu berkongsi membayar puasa. Bukan isterinya yang mengamalkan ajaran pelik tersebut tetapi bapa isterinya yang demikian).

Sebenarnya di Malaya bukan susah sangat jika mahu dikatakan mengikut ajaran sesat. Cuba duduk lama sedikit di masjid dan rajin-rajin sembahyang sunat atau membaca al-Quran, gerenti kamu dituduh sesat.

Atau lebih mudah lagi cuba kamu ikut kawan-kawan yang rajin pergi ziarah dari rumah kerumah selepas asar. Nescaya heboh satu kampung tentang kamu. 'Dah tak betul dah dia tu, pikul periuk kehulu-kehilir', kata mereka kepada kamu.

Kita seolah-olah tidak boleh menerima seseorang jika mereka berubah. Jika tiba-tiba kawan yang selama ini kita kenal yengki mengambil keputusan untuk berserban dan berjubah, dengan serta-merta kita menuduh mereka sesat. Fikiran kita tidak sampai untuk memikirkan yang manusia ini ada masanya dia akan berubah terutama yang Islam dan yang mahu berfikir.

Memang menjadi pelik apabila seseorang yang selama ini tidak mengambil berat tentang agama tiba-tiba menjadi fanatik kepada Tuhannya. Salahkah menjadi fanatik kepada ajaran agama? Tentu sekali tidak kerana fanatik beragama adalah suruhan agama. Jika kamu mengandaikan fanatik seperti mana yang kamu faham dari segala macam media, sudah tentu fanatik beragama adalah salah. Tetapi cuba faham fanatik dari sudut yang disyorkan. Kita disuruh mendahulukan agama dalam segala hal. Jika orang yahudi boleh kenapa tidak kita?

Apabila Mat Yengki kampung kita berubah menjadi Mat Lebai, dengan janggut dan jubah serta serban, biarkan saja dia selagi dia tidak mengamalkan perkara-perkara karut. Dia sebenarnya berada dalam proses pemulihan. Lama kelamaan dia akan meninggalkan (mungkin) jubah dan mula menjaga janggutnya. Dan yang lebih pentingnya, selepas proses pemulihan tersebut dia akan menjadi orang agama. Beri dia sokongan.

Yang tidak sesat di Malaya adalah mereka-mereka yang tidak sembahyang. Walau seluruh kampung tahu kamu orang Islam dan tidak pernah sembahyang seumur hidup, tidak akan ada siapa pun yang mengatakan kamu sesat. Perempuan tidak menutup aurat (bukan bertudung) tidak dikatakan sesat.

Malaya adalah negara keliru. Kerajaan menghabiskan berjuta ringgit untuk kempen anti rokok, malangnya tidak ada apa pun yang dilakukan untuk menghalang zina.

p/s; Penafian tentang rogol disebabkan 'kuasa' bukannya nafsu adalah pandangan ahli psikologi.
Mungkin ada sedikit kebenarannya tetapi kita harus faham mengapa rogol berlaku. Cuba selidik mengenai cara untuk mengelakkan zina dan mungkin kamu akan bertemu sebab mengapa rogol berlaku.

Thursday, August 04, 2005

salah

Ada beberapa cara untuk mengambil anak angkat tanpa perlu merisikokan diri dalam hal mahram.

Jika mahukan anak angkat perempuan, anak saudara sebelah suami adalah pilihan yang baik. Jika anak lelaki yang diimpikan maka anak saudara isteri adalah pilihan yang tepat.

Hari ini telah ada sejenis ubat (bukan jualan langsung atau dijual dikedai sinseh atau kaki lima) yang boleh didapati melalui klinik atau hospital berdaftar yang membolehkan wanita yang tidak hamil menghasilkan susu. Dengan adanya ubat ini, sesiapa yang mahu mengambil anak angkat bolehlah menyusu bayi angkatnya dan menjadikan bayi tersebut sebagai anak susunya.

Cara yang agak popular disini adalah dengan menaja anak-anak miskin dimana-mana negara. Walaupun anak tersebut tidak tinggal dengan ibubapa angkat mereka, sekurang-kurangnya ibubapa angkat boleh berbangga mempunyai anak dan dimasa yang sama membantu kanak-kanak miskin.

Jika masih memilih untuk mempunyai anak sendiri, bersabarlah. Tuhan amat tahu. Berbagai sebab yang kamu tidak faham menjadi alasan tidak dikurniakan anak kepada kamu. Mungkin juga kerana kamu ini memang ada harapan untuk menjadi perogol anak sendiri. (tak salahkan kamu juga, tengok saja budak-budak perempuan Melayu sekarang, sungguh berani! dan setiap kali aku di Malaya memang terbit keinginan untuk merogol mereka).

Wednesday, August 03, 2005

entah apa yang

Hari ini saya sedikit romantis jadi saya tidak akan mencarut.

koleksi surat-surat cinta abdullahjones (untuk min)

seribu keping
kertas tulis
merah jambu
bersama haruman bau
tersusun rapi
dihatiku.

menunggu untuk dibaca
olehmu,
cintaku.


tajuk 'koleksi surat-surat cinta abdullahjones' ini datang dari uipts yang katanya ingin membaca buku saya dengan judul yang sama. http://www.danchan.com/weblog/uipts
uipts, saya akan usahakan supaya kamu dapat membaca buku tersebut dalam masa terdekat ini.