Thursday, October 13, 2011

penyataan

assalamualaikoum.

mungkin ini tulisan terakhir saya disini untuk tahun ini. insya ALLAH saya akan berehat dari menulis sehingga hujung tahun.

tadi saya membaca kembali beberapa tulisan lama dan saya dapati terdapat banyak tulisan saya selama ini tidak menyenangkan banyak orang.

oleh yang demikian, dengan rasa rendah diri saya memohon keampunan kepada sesiapa sahaja yang pernah disakiti oleh tulisan saya disini atau dimana pun.

atau jika kamu kenal saya secara personal dan saya ada berbuat apa juga dosa dengan kamu, ampunkan saya.

jika saya ada berhutang apa sahaja dengan kamu,minta beritahu saya. kadang saya lupa. penyakit orang berhutang yang diterima internasional.

tolong doakan perjalanan saya dan jika ada umur panjang,kita bertemu lagi disini tahun hadapan.

wassalam.

Wednesday, September 28, 2011

citra-cita dan saya

zahidi dan saya


Apabila munif meletak-kan foto-foto Galeri Citra-Cita di facebooknya,saya menjadi sedikit sedih kerana ia membawa saya kepada satu masa lampau yang banyak cerita.

Galeri Citra-Cita ditubuhkan oleh arwah kawan rapat saya, Zahidi. Jika kamu biasa di Kuantan.kamu pasti akan tahu mengenai ED Caterer,pembekal makanan untuk kenduri-kendara yang terkenal itu.

ED Caterer adalah hasil kerja Zahidi atau Eddie pada kami. Asalnya,ED Caterer adalah sebuah perniagaan yang membekal makanan dari rumah kerumah. Makanan diisi kedalam mangkuk tingkat dan dihantar waktu tengahari atau petang,mengikut pesanan pelanggan.

Setelah ED Caterer sudah agak maju,Eddie meninggalkan perniagaan tersebut kepada keluarganya untuk bergerak sendiri. Beliau yang amat minat dengan apa juga tentang seni ini pun membuka sebuah kedai bingkai gambar tanpa sebarang kepandaian dalam bidang ini.Jika kamu ada waktu beliau mula-mula menerima tempahan bingkai,kamu pasti ketawa dan sedih dalam waktu yang sama.

Bayangkan,tanpa tahu,beliau berani membuat kerja. Berlajar sambil salah dan hasilnya beliau menjadi antara tukan bingkai yang terbaik dibandar ini. Beliau juga seorang jurugambar yang bagus. Beliau meninggal sebelum kenal apa itu kamera digital. Ini juga sumbersedih kepada saya bila teringat akan minat mendalam beliau dalam fotografi.

Kedai pertama beliau berkongsi dengan sebuah kedai judi nombor,lawak waktu itu adalah-kalau tak laku,kita beli nombor- walaubagaimana-pun,eddie bukan-lah kaki nombor.Beliau tidak pernah melanggan.

Kemudian,beliau pindah ke lokasi sekarang dan ketika itu,boleh-lah dikatakan yang,walaupun sebelum ini ada terdapat beberapa galeri yang muncul dibandar ini, CITRA-CITA menjadi pelopor kepada galeri senilukis bumiputra yang lebih dekat dengan masyarakat. Mungkin kerana peranan utamanya adalah sebuah kedai bingkai gambar.

Galeri beliau menjadi tumpuan dan perniagaan beliau amat maju waktu itu.

Saya sendiri mula serius melukis di Galeri Citra Cita selang beberapa bulan galeri tersebut berpindah kelokasi baru. Disitu,saya banyak tertumpu kepada menghasilkan lukisan batek.

Agak lama saya digaleri tersebut sehingga-lah saya mengambil keputusan untuk berhijrah dan sewaktu dalam penghijrahan ini-lah Eddie meninggal dunia.

Setelah beliau meninggal,isterinya mengambil alih perniagaan tersebut namun ianya tidak seperti apa yang diusahakan oleh Eddie. Cinta dan tekun dalam berkasih sayang adalah punca kejayaan dalam satu-satu percintaan. Ini tidak dapat dilakukan bila terdapat komitmen lain.

Kemudian,dari jauh,saya pula mengambil-alih perniagaan tersebut dengan niat untuk pulang dan meneruskan usaha itu atas dasar nostalgia. Saya juga gagal.

Lama setelah itu,saya pun pulang dan galeri tersebut telah diambil-alih oleh peniaga lain,kontraktor letrik katanya.Juga menemui jalan buntu sehingga-lah diambil oleh Roy,seorang teman kami sehingga sekarang.

mohd. hatta.pemilik DIA.juga rakan rapat Eddie
di restoran ED Caterer bersebelah Galeri Citra Cita
yang juga merupakan jurugambar untuk foto diatas sana.foto ini diambil oleh eddie.

Hari ini Galeri Citra Cita berdiri megah sebagai sebuah galeri yang mengeluarkan bingkai gambar dengan hasil kerja yang amat saya suka. Kemas dan berkualiti. Pembuat bingkainya,Zaki,adalah pekerja dizaman saya masih disana.

Ada beberapa keping lukisan kami (rajawali) didinding galeri tersebut.

Semoga Eddie aman. Kami merindui dia. Hadiahkan al-fatehah buat sahabat rapat dan teman bertekak saya ini.

Sehingga hari ini, saya belum pernah kemakam beliau...


Saturday, September 24, 2011

saksikan bahawa sepi (atau diam) adalah lebih bererti (dari keriuhan)


rasanya,ini kenyataan yang amat bahaya.

Friday, September 09, 2011

apa itu rajawali art studio

Mari saya terangkan apa itu Rajawali Art Studio.

Rajawali Art Studio adalah sebuah studio lukisan yang secara bebasnya menjemput siapa sahaja yang berminat dalam apa juga jurusan seni untuk datang dan berkarya dipremisnya.

Rajawali Art Studio hanya menyediakan tempat.Segala keperluan untuk berkarya adalah tanggungan sipengkarya sendiri.

Rajawali Art Studio tidak mengenakan apa-apa bayaran ie yuran ahli dan sebagainya.
Rajawali Art Studio juga tidak mengambil sebarang peratusan dalam sebarang karya yang terjual.

Rajawali Art Studio adalah bebas dari membuat sebarang keuntungan.

Segala tanggungan,bil air,bil letrik,bil internet juga sewa premis adalah tanggungan Rajawali Art Studio. Pengkarya bebas dari tanggungjawab ini.

Sedapat mungkin,Rajawali Art Studio akan mengadakan pameran lukisan dipremisnya setiap bulan. Siapa sahaja boleh berpameran dipremis Rajawali Art Studio dengan terlebih dahulu menghubungi kami sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum pameran.

Buat masa ini studio Rajawali sudah ditempah sehingga Januari 2012.
Tiada sebarang peratusan yang akan dipotong bagi jualan dipameran.

Rajawali Art Studio diuruskan oleh Acai,Abu Yusof,Abdul Malik Maliki dan Nur Najihah Lee Abdullah.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada mereka. Nombor talifon mereka boleh didapati di sini

ps-

-ok. lain kali kalau jumpa saya,jangan tanya lagi. naik bebuih mulut menjawabnya.

-rajawali art studio tidak pernah menerima apa-apa bantuan kewangan dari mana-mana ,kerajaan atau swasta pihak kecuali sekali dari Balai Seni Lukis Negara.

* juga jangan tanya bagaimana kami membiayai semua ini. kami semua anak orang kaya.datuk nenek kami tinggal banyak harta.

Thursday, August 18, 2011

mari bersalam


kami nak tunjuk cara-bersalam









ps:



Monday, August 15, 2011

mu payoh sangat nok tulun,dia gi mitok tulun ke ore lain. tuhan nok wi malu muko mu---Mok

Lama dulu.

Selepas solat maghrib,iman bangun dan iklankan;

ini ada kawan kita ,mualaf,nak pergi kelantan,takde duit.dia nak pi belajar pondok.sapa-sapa yang nak bantu,boleh jumpa dia.

Mustaffa,kawan saya dari Palestine menyeluk saku dan segera pergi ke mualaf tersebut.Dihulurnya rm50 ringgit.

Saya tanya kenapa banyak dan mungkin cerita mualaf itu boleh diragui.

Mustaffa kata:

tugas aku bantu dia bila dia kata dia susah. selesai urusan aku dengan tuhan. dia tipu dia tak betul,biar dia selesai dengan tuhan nanti.

Merah padam muka sawo matang saya kena lempang.

Tuesday, August 09, 2011

mengajar hasnul jamal saidon bagaimana untuk memblog.ahaks.

jika bergambar bergini bukan dikatakan poyo,maka saya tidak tahu apa itu poyo


Kamu pernah baca blog Hasnul J Saidon? Maaf,sepatutnya saya berkata,gila agaknya siapa yang boleh membaca hingga habis satu-satu pos oleh Hasnul J Saidon. panjang gila!

Saya tidak kenal Hasnul, pertama kali mendengar nama beliau adalah bila beliau menulis mengenai karya saya di SENIKINI,komentar beliau mengenai pertandingan Terbuka Johor suatu masa dahulu. Saya dapat saguhati.

Itu kali pertama dan terakhir saya bertemu beliau setakat ini.

Kemudian, semasa di Balai Seni Lukis Negara,ada siapa entah,saya lupa,memberitahu -itu Hasnul J Saidon-lalu saya pun dengan tidak malu memperkenalkan diri kepada beliau.

Beliau pun memperkatakan sedikit mengenai karya saya itu. Katanya,saya sepatutnya menang hadiah utama,hahahah.Saya tipu sebenarnya.

Hasnul yang saya lihat dari jauh,yang sepenuhnya saya lihat dari facebook dan blog,adalah seorang yang amat passionate terhadap apa yang dilakukannya. Ada juga saya kenal beberapa pensyarah seni halus, namun jarang ditemui seorang yang seperti menyerahkan seluruh tenaga dalam membentuk cinta kepada seni seperti beliau.

Harus diingat,apa yang saya tulis ini adalah hasil dari pemerhatian saya secara jauh dan tentu sekali tulisan berbentuk bodek ini tidak ada kemahuan selain dari memperlihatkan ke-awe-an saya terhadap beliau.

Dari apa yang saya baca dan dari gambar yang saya lihat,beliau melakukan apa sahaja dengan sangat poyo dan ini adalah baik kerana poyo yang biasanya dilihat sebagai negetif sebenarnya dituntut dalam segala hal. Kita lakukan kerja seperti ini-lah kerja yang paling baik kita lalu tidak ambil pusing apa kata orang.

Pelik sebenarnya apabila seorang seniman sudi me-rebonding rambutnya,kelihatan amat tidak seniman namun Hasnul berjaya menutup kesilapan itu dengan bertegas mahu berkerja untuk seni.

Apabila melihat foto beliau dan anak didiknya,saya merasa amat cemburu kerana seperti ada hubungan terlarang yang dibenarkan. Lihat sahaja betapa murid beliau berkerja dengan gembira dan penuh rela melakukan apa yang direncana. Ini adalah penting bila kamu duduk dalam kumpulan. Lihat bagaimana Tun Mahathir suatu masa dahulu berjaya melakukan apa yang diimpikannya dengan mempunyai kumpulan yang mahu berkerja. Lupakan sebentar akibat dari apa yang beliau lakukan,Cuba ambil sisi baik usaha beliau itu dan kamu akan setuju yang bersama menjayakan apa jua wawasan adalah kerja yang berat namun perlu.

Saya amat ingin membawa projek Latalilat-nya kemerata-rata. Projek ini sangat-sangat menarik tumpuan saya. Mungkin jika ada kemampuan nanti,Studio Rajawali akan dapat berkerjasama dengan kumpulan itu.

Namun semua tulisan diatas adalah tidak penting bila kamu pergi keblog beliau kerana demi membaca baris pertama dan memandang kebawah,kamu akan segera mahu pitam. Panjang gila satu-satu entri beliau. Agaknya Hasnul ini pendiam orangnya lalu segala yang terbuku dihati diluahkan pada tulisan.

Encik Hasnul, tolong saya,sila tulis pendek sikit.Kadang tiga hari baru habis saya baca tulisan kamu.Kasihani-lah saya.ahaks.

Friday, July 29, 2011

kelab bini-jadi hamba (sek) laki semalaya

Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam :

1." Seorang perempuan yang menyakiti suaminya dengan perkataan akan dikeluarkan lidahnya pada hari kiamat daripada belakangnya. Kemudian digantung lidahnya dan ditambat tangan dan kakinya dengan rantai. Di padang Mahsyar diseru kepada perempuan ini; Inilah balasan bagi orang yang derhakakan suaminya. Kemudian dihumban malaikat Zabaniah ke dalam Neraka sambil berkata lagi; Nah...rasailah olehmu akan seksaan yang amat pedih kerana kau telah menyakiti hati suamimu di dunia dahulu."

2."Setiap isteri yang sabar atas akhlak suaminya, maka Allah akan memberi ganjaran pahala sepertimana pahala yang diberikan kepada Asiah, isteri Firaun".


Datin Paduka Marina Mahathir dan saya lebih kurang sama pengetahuan agamanya,agak saya.Beliau tidak kesekolah agama,saya juga. Namun,ada perkara-perkara yang beliau faham berbeza dari apa yang saya faham.

Bila kamu terima Islam,selain dari taat kepada suruhan fizikal,kamu juga wajip patuh kepada apa sahaja yang ghaib (mengikut kamu) dan ya, banyak perkara yang kamu perlu buat hanya kerana tuhan perintahkan begitu. Ini dinamakan taat. Sama seperti bila pekerja Datin Paduka Marina mahathir perlu buat bila mana menerima arahan dari beliau.

Mengapa pekerja beliau setuju berbuat apa sahaja arahan beliau? Kerana pekerja adalah hamba dan Datin Paduka Marina Mahathir adalah 'tuhan' mereka. Lalu dalam perjanjian antara pekerja dan majikan,ada dijanjikan habuan disetiap akhir bulan atau paling akhir 7haribulan jika mengikut undang-undang gaji.

Tetapi,tidak ada apa yang menghalang majikan untuk menipu pekerja dan bukan sedikit majikan yang tidak membayar gaji pekerja. Undang-undang yang ada hari ini juga tidak mampu menahan ini dari berlaku.

Berbeza dengan janji Tuhan,apa sahaja yang dijanjikan,maka pasti akan ditunaikan.Maka disini timbul masalah bilamana kita tidak mempunyai kekuatan yang diperlukan untuk menerima bulat-bulat janji ini kerana selain dari ayatayat Al Quran serta sabda Nabi sallallahu alaihi wasallam,kamu tidak akan dapat bukti jelas apakah janji-janji ini akan ditepati. Maka disini,iman diperlukan. Menjadi masalah pula bila kamu bertanyakan tentang iman kerana ianya perlukan ketaatan yang buta. Percaya dan percaya.

Tentu sahaja menjadi satu kemusykilan bilamana seorang isteri perlu melayan kehendak sek suaminya walaupun dalam keadaan tidak sihat dan jika kamu ini seorang yang berpegang teguh kepada kepercayaan yang semua manusia,lelaki dan perempuan mempunyai hak yang sama,kamu akan memandang ini sebagai satu penindasan.

Pertama, apabila kamu memilih untuk taat kepada tuhan dan kamu lakukan apa sahaja demi tuhan,hatta bersenggama dalam keadaan sakit (dalam temubual diatas Datin Paduka marina Mahathir menekankan kepada pening kepala sebagai alasan menolak),dan kamu yakin tuhan akan suka kerana seluruh hidup kamuadalah bertujuan untuk mengembirakan tuhan,maka tentu sahaja tidak timbul sebarang masalah disini.

Ini apa yang saya katakan awal tadi, bila kamu memilih islam sebagai agama,maka kamu tertakluk kepada undang-undang hidup sebagai seorang muslim.

Kedua, lelaki islam bukan semuanya gila sek seperti yang sering digambarkan oleh Harian Metro dan juga Mingguan Wanita. keinginan sek mereka tidak lebih juga tidak kurang dari apa yang dialami oleh kebanyakan manusia lelaki dari apa agama sekalipun.

Mereka juga ada pertimbangan rasional. Tidak ada lelaki yang siuman yang akan bertegas mahukan sek bilamana melihat ibu kepada anak-anaknya sedang sakit. Percaya-lah,lelaki islam juga begitu.

Lagipun,cuba fikirkan mengapa ramai lelaki menghabiskan masa hingga awal pagi dikedai kopi. berbual sama sendiri. Bini pening kepala-lah tu.

Islam bukan zalim seperti yang disangka-kan. Belum pernah didengar dari mana-mana alim pun yang mengatakan yang isteri wajip bersama suami dalam apa keadaan sekalipun.Betul,ada hadith mengenai bagaimana isteri perlu taat suami hatta dibelakang unta,namun hanya lelaki yang benar-benar gila sahaja yang mahukan sek diatas belakang unta. Bayangkan betapa tidak selesanya. Seementara itu,cuba cari pula hadith mengenai betapa perlunya suami menghargai isteri.Jika suami itu pengidap sakit kelamin misalnya,maka adalah menjadi hak isteri untuk keluar dari hubungan tersebut.

Melihat video diatas,saya ingin mensyorkan kepada Datin Paduka Marina Mahathir supaya belajar ilmu berbincang. Undang-undang bincang paling mudah ialah membiarkan satu pihak menghabiskan perbahasan-nya sebelum menjawab. Bukan datang dengan fikiran sehala dan menyerang atau meyampuk.
Datang-lah dengan keinginan mahu belajar,bukan mahu menang.

Saya mungkin tidak setuju dengan pegangan Dr.Azlina Dato Jamaludin dalam beberapa perkara,satunya ialah bila beliau mengatakan (dalam satu temuramah lain diradio yang sama) yang beliau menemui apa yang dicarinya setelah bertemu Abuya,sepatutnya,beliau terus mencari jika kamu tanya saya,namun kerana pertahanan beliau mengenai apa yang beliau lakukan-bersama suami walaupun sedang sakit kepala- adalah kerana kasih beliau kepada tuhan maka saya disebelah beliau.

Tetapi menyamakan isteri dengan pelacur,secara methapor atau tidak adalah kata paling bodoh. Jika benar mahu berbuat demikian,ajarkan dengan pintu tertutup,bukan hebahkan kepada dunia fetish kamu itu. Aurat bukan sekadar tutup rambut dan berjubah. Malu juga iman.

Hadith diawal tulisan ini adalah pemberitahuan yang kita semua,lelaki dan perempuan yang mahu beriman perlu patuh bila kita mahu hidup bertuhan. Seperti yang dikatakan tadi,terlalu banyak perkara yang kita lakukan belum dapat kita fahami mengapa tetapi kita lakukan juga kerana kita ini jenis mahu beriman dan menjadi bodoh adalah kecemerlangan dari merasa pandai tidak tidak lagi mahu belajar.

Hadith diatas menjadi masalah bila apa yang ada dalam kepala kamu ada-lah memperjuangkan hak wanita tanpa ada rasa mahu faham apa yang dikatakan hak (kepada seorang wanita) pada pandangan tuhan.

Sekian gema jumaat untuk kali ini.Selamat berpuasa dan melakukan ibadat dengan lebih galak. Akhirkata,moga ramadhan kali ini adalah lebih baik dari ramadhan kita yang telah lepas. cewaaahhhhhhhh...




Monday, July 25, 2011

MASKARA 29

Mari kita cari kelemahan MASKARA 29.

Rupa-rupanya sudah 29 MASKARA. Seingat saya,pernah pergi 3-4empat MASKARA sahaja. Tahniah kepada pengiatnya.


-nak baca sajak cinta malam ni-kata Rahimidin Zahari kepada saya semasa kami berbual sementara menunggu masuk waktu berpentas.

Seperti biasa beliau mulakan dengan mentera buka panggungnya yang bercampur-baur bahasa kelantan+terengganu+bahasa melayu atau mungkin memang begitu pengucapan yang seharusnya mentera tersebut.Entah,saya kurang arif perihal alam sebelah hitam ini.

Tidak seperti biasa dimana mentera itu selalunya dibaca dengan kawalan nafas yang menjadi dengki para perokok,saya dapati Rahimidin sedikit semput,mungkin keletihan pulang dari Palembang sehari sebelum masih ada.

-baju basah yang melekat ditubuh gadis-kata satu dari banyak bait yang dibaca oleh beliau. Mungkin melihat yang datang kebanyakannya muda-mudi,maka Rahimidin merasa terdorong untuk meraikan cinta malam itu. Saya kurang dengan bait lain dari dua puisi cinta yang dibacakan maka tidak-lah dapat saya ulas sepenuhnya puisi beliau.

Satu yang saya dapati, pemuisi seperti beliau juga seakan gemuruh walau setelah beratus kali naik kepentas,maka tidak-lah salah apabila saya gemuruh suatu masa dahulu bila dipaksa naik kepentas.

Kemudian naik pula Khalilah Ismail. Beliau membaca dua puisi hasil tulisan arwah bapanya. Satu dari tulisan berkenaan baru setahun dijumpai. Ianya ditulis ketika Khalilah berusia 2tahun,-sekarang saya berusia 24tahun dan masih single-kata beliau semasa menceritakan kisah puisi berkenaan. Sinaga-naga kelihatan mengosok tangan sendiri semasa mendengar kenyataan akhir dari Khalilah Ismail.

Masalah kepada Khalilah Ismail adalah beliau datang dan membaca tulisan orang lain,walau bapa sendiri,sudah tentu beliau tidak akan dapat menyelami kelurah paling dalam apa yang mahu disampaikan oleh penulis puisi yang dibacanya.

Ini adalah malang yang menimpa banyak PEMBACA puisi. Mereka seperti mana juga penyanyi yang seperti belatuk yang menyampai hasrat nurani penulis lirik. Pura-pura bagaimana-pun,wajip akan berlaku ketidakfahaman dalam penyampaian.

Sepatutnya MASKARA mewajipkan semua yang mahu terlibat dalam acaranya memberikan sesuatu yang original datang dari pemberisembahan itu. Bukan membaca tulisan orang lain. Lihat sahaja apa jadi dimalam-malam atau siang,baca puisi.Penyanyi,pelakon dijemput untuk membaca tulisan orang lain ,makannya mereka jadi penyampai yang pura-pura. Datang kerana dibayar lalu merintih kononnya sedih dengan penderitaan atau gembira dengan habuan yang datang dari jiwa orang lain.

Serius membaca puisi,maka Khalilah Ismail tidak ada pilihan selain menulis.

Masalah penyair perempuan adalah mereka memilih untuk selamanya kekal dalam melankoli. Merintih sepanjang zaman. Noraida Daud juga duduk dalam kelompok mahu menangis setiap kali berpuisi dan beliau juga mengharapkan penonton sama menangis.

Noraida Daud membacakan dua puisi,satu nya berkenaan MAMA beliau dan berbunyi sangat tipikal. -aku sayang mama.mama ratu aku-memuji mama bukan begini caranya,bukan dengan dipuisikan.Jadi anak yang baik maka mama bahagia selamanya.Saya tidak tahu samada puisi ini ditulis oleh beliau sendiri atau tidak namun tidak ada pembaharuan dalam puisi yang dibacakan.

Masalah kita adalah bila melakukan sesuatu,kita tidak serius.Kita ambil mudah.Kitan anggap MASKARA adalah pentas uji-air.Sedang jika kita datang dengan persiapan yang cemerlang,kita membuat penonton rasa jerih mereka datang berbayar.

Kumpulan TERKUKUR adalah kumpulan yang mempersembahkan musik yang baik malam itu. Malangnya mereka memilih untuk melagukan ciptaan orang lain. Seperti yang saya katakan tadi,MASKARA perlu mewajipkan sesiapa yang datang untuk naik kepentas menjual karya sendiri,baik musik,puisi atau apa sahaja. Jika datang untuk mendengar lagu yang biasa kita dengar diradio,maka adalah lebih molek kita duduk dirumah telentang sambil mengulit anu sambil mendengar lagu dari meredah sesak lalulintas kerumah PENA.

Syed Munawar,vokalis TERKUKUR mempunyai suara yang baik.

Sebelum TERKUKUR,band dalam rumah MASKARA yang dianggotai oleh Zam,Pipiyapong,Man dan Dean Sham membuat persembahan. Disini saya akan terlalu bias.

Band yang mengelar diri mereka sebagai BESLINE mempersembahkan 2lagu tanpa vokal, rasanya.Mereka sepenuhnya menggunakan gitar bass.

Walaupun memainkan lagu popular,mereka melagukannya dengan gaya mereka sendiri seperti mana yang dilakukan oleh kumpulan Apocalyptica terhadap lagu-lagu kumpulan Metallica. Tidak-lah saya sampai hati untuk menyamakan Beslina dengan Apocalyptica tetapi kamu mungkin faham apa yang hendak saya sampaikan.

Pembaharuan gaya dalam sesuatu yang lama memberi suatu nafas yang lain kepada persembahan Besline walau mereka juga jatuh dalam kumpulan manusia yang tidak serius bila melakukan kerja.

Kemudian datang Najwa Latif,satu dari sejuta gadis dan gitar. Budak ini mahu kote dan dia tanpa malu menyatakannya kepada semua yang hadir.

Semua lagu-lagunya berkisar tentang betapa beliau teramat ingin bersenggama tapi ditopengkan dengan kata-kata cinta.

Beliau menyampaikan 5buah lagi yang jika boleh saya simpolkan liriknya sebagai begini-aku cinta padamu. engkauku harap cinta padaku.agar nanti kita boleh senggama.

Beliau katanya amat terkenal diinternet.

Kita boleh rumuskan yang remaja kita sangat asyik mahu mengulit kemaluan bila sahaja kita teliti lirik lagu,puisi atau apa sahaja yang tercapai dek tangan kita bila melibatkan remaja. Tidak terdapat langsung remaja yang berfikir selain itu.

Boleh sahaja kita salahkan kakak Najwa Latif kerana semua lirik beliau ditulis oleh kakaknya itu,namun sebagai penyampai,Najwa latif berhak menyuarakan jika sekiranya beliau tidak setuju dengan kakaknya. Tentu sekali beliau juga seperti kakaknya yang mendambakan cinta sebening sorga entah bagaimana bagai fatamorgana yang tidak kunjung tiba.

Mungkin Najwa latif akan terkenal tetapi apa yang beliau dapat selain dari itu? Selang 2hari setelah beliau,akan datang pula sejuta lagi gadis dan gitar minta jadi terkenal. 3minggu setelah popular,beliau akan jadi satu dari sejuta nama yang pernah kita dengar.

Cuba berfikir sejenak sebelum menulis lirik lagu untuk adik kamu wahai kakak Najwa Latif,jangan jadikan dia kuda tunggangan demi melepaskan cinta tidak kesampaikan kamu itu. err..kamu andartu ek?

Apabila melihat Rahmat Haron berpersembah,semua orang pun sangka mereka boleh buat apa yang Rahmat buat lalu datang dua budak lelaki,Shyrudin dan Nik Adam berpersembah. Seorang memecahkan sedozen telor,-babi-bagi ke keh pon takpe,keh belum makan lagi ni- bisik Pipiyapong kepada saya melihat begitu banyak telor ayam yang dibazirkan.

Telor dipecahkan sebijik demi sebijik dengan muka terperanjat setiap kali telor pecah dilantai. Bapok le lamanya-kata Pipiyapong lain bila melihat deretan telor yang belum dipecahkan.

Shy, apabila kamu tahu yang kamu akan pecahkan telor kelantai maka unsur terkejut sudah hilang lalu muka terperanjat itu lupus sebaik telor pertama kamu lepaskan.

Jika telor kamu yang pecah,maka bukan sahaja kamu yang terkejut,kami,penonton juga demikian.

Persembahan Shyrudin berjudul Titik Ke Titik atau apasahaja yang dimahu. Telorku Tidak Pecah adalah judul yang lebih sesuai rasanya.


Nik Adam pula sibuk membelit kaki dan tangan dengan tali rafia sedang Shyrudin memecahkan telor.

Dibelitnya kaki dan tangan dengan tali faria yang dipasang keliling pentas. Tak original Nik. Diakhir persembahan,Nik Adam menjerit. Bosan.

Persembahan Nik Adam tidak akan menjadi bosan bilamana jika beliau mengikat tali rafia kepada kedua telornya dan ditarik kuat. Jika mahu lebih persembahan,suruh penonton yang menarik tali yang diikat pada telor beliau itu atau jika sudi,suruh saya sendiri yang menarik tali berkenaan.

Saya gerenti,jeritan yang keluar adalah lebih tulen dari jeritan kamu malam itu.

Untuk pengetahuan Shyrudin dan Nik Adam,seluruh kehidupan Rahmat Haron adalah persembahan. Tidur bangunnya,jalan berlarinya,makan beraknya adalah pertunjukan.

Tok Rimau menjadi juru-umum malam itu dan beliau juga melancarkan buku baru Sendikit Sol-Jah berjudul Gangguan. Kumpulan cerita-cerita seram atau dalam bahasa manisnya,MASTIKA versi altenatif.

Tok Rimau ini ada fetish kepada perkataan GANGGUAN rasanya. Cuka kamu siasat berapa banyak buku-zine beliau yang menggunakan perkataan demikian.

Beliau melakukan tugas beliau sebagai mana Tok Rimau melakukan tugasnya. Santai dan pura-pura.

Dan tentunya star malam MASKARA 29 adalah Mail, efek yang beliau keluarkan membuatkan saya merasa seperti berada dikonsert Uriap Heep! beliau dan kumpulannya,yang saya tidak tahu nama-nama mereka,bertanggungjawab terhadap sistem bunyi malam itu.

Rupa-rupanya,MASKARA tidak ada kelemahan,yang lemah adalah mereka yang naik kepentas.

Salut kepada semua yang hadir naik ke pentas juga yang hadir sebagai penonton MASKARA 29.

Saturday, July 09, 2011

surat terbuka untuk sebuah musium

Assalamualaikoum.

Semoga tuan dalam keadaan yang amat diberkati.

1.Pertama-tama,kami ingin mengucapkan sejuta tahniah diatas berlakunya pameran yang kedua anjuran pihak tuan.

Awal penubuhan tuan setelah bertukar fungsi,tuan telah mengadakan sebuah pameran yang amat baik dimana tuan telah menjemput penari dan aktivis seni terkenal tanah air . Kami amat gembira dengan adanya pameran tersebut. Setidak-tidaknya,pameran itu mula membuka mata khalayak tempatan untuk mula dekat dengan kegiatan kreatif yang mana selama ini dipandang sebagai kerja para elitis.

Selepas dari itu,kami sendiri pula yang mengadakan pameran. Dengan penuh rendah diri kami mengatakan yang pameran kami juga adalah satu pameran yang berjaya dimana kami telah mengumpul lebih dari 300 keping lukisan yang datangnya dari pelukis seluruh negara.

Namun pameran yang kami anjurkan itu tidak dapat kami kreditkan kepada pihak tuan atas sebab yang malang.

Pihak tuan hanya menyediakan tempat tanpa sebarang kerjasama.

Kami mengandaikan yang pihak tuan merasa terpaksa melakukannya. Harus diingat yang kami tidak meminta untuk berpameran disitu tetapi kami dianjurkan supaya membawa pameran yang sepatutnya berlaku ditempat kami berpindah di premis tuan. Sumpah kami bukan kroni sesiapa dan tidak pernah meminta pertolongan mana-mana ahli politik.

Maka pameran kami itu tidak kami masukkan dalam senarai pameran yang telah tuan jalankan.

Kemudian dari itu, tuan mengadakan pula satu pameran seni menghukum manusia. Katanya ia dibawa dari Andalusia sana.

Pameran ini juga kami padamkan dari ingatan kerana sebagai sebuah badan yang mewakili pekerja seni, tidak manis untuk tuan membawa acara fun-fair ke premis yang berprestig ini.

Lalu,acara mensucikan seni pantai timur yang sedang berlangsung sekarang ini boleh-lah dianggap sebagai acara baik dalam kerja-kerja seni dari pihak tuan.

Sekali lagi kami mengucapkan syabbas!

2. Kami merasa hairan apabila semua (2 ) yang tuan jalankan perlu dipertontonkan sehingga enam bulan. Mengapa perlu terlalu lama untuk satu-satu pameran. Masa yang dicadangkan,bagi satu badan yang tidak mencari keuntungan adalah satu bulan.

Pihak tuan perlu tahu yang pengunjung premis tuan terdiri dari kelompok yang sama. Mereka akan datang bila sahaja ada acara baru dijalankan. Maka, jika enam bulan diperuntukan untuk satu-satu pameran.Kami amat yakin yang pameran tersebut hanya akan berpengunjung pada minggu pertama. Lima bulan 3 minggu seterusnya bahan pameran akan melihat sesama sendiri. Atau jika tuan memang bercadang untuk mengadakan pameran seram selepas setiap pameran,maka bertuah benar kerana selepas minggu pertama,hanya hantu yang akan bergentayangan di premis tuan.

Apa alasan tuan mengadakan pameran setiap enam bulan? Kurang kakitangan? Tidak cukup acara? Malas berkerja? Atau tuan ini memang jenis sombong bodoh yang tidak mahu berkerjasama dengan siapa sahaja yang tidak duduk dalam kelompok tuan?

2.5. Kami tidak peduli siapa pun yang tuan jemput untuk memeriahkan premis tuan dan kami sedapat mungkin akan memberi sokongan kepada mereka.

3. Dalam zaman susah wang ini, pihak tuan tidak sepatutnya membelanjakan tiga ratus ribu ringgit untuk acara pembukaan satu-satu majlis. Mentelah pula acara yang dilaksana itu tidak segah yang tuan harapkan.

Bersilat dua minit.Menari dua minit.Berfesyen tradisional 2 minit dan berfesyen masakini 2 minit. Melepas batuk ditangga pun mengambil lebih masa.

Ianya tidak lebih adalah satu suapan kepada ego tuan.

Apa-kah sumbangan majlis itu kepada rakyat? Majlis terbuka yang tuan adakan seolah suatu majlis tertutup. Tanpa penghebahan.Seperti sebuah majlis rahsia.Bimbang datang sikurap yang bakal memalukan majlis tuan barangkali. Mungkin tuan lupa siapa yang membayar untuk majlis satu malam tiga ratus ribu ringgit itu. Mari kami ingatkan,WANG RAKYAT.

Tahukan tuan apa yang boleh dilakukan dengan wang sebanyak itu atas nama seni? Jika diadakan satu pertandingan melukis misalnya,ianya akan menjadi satu pertandingan melukis paling gah dinegara ini.

Dengan pertandingan tersebut,tuan akan dapat mengumpul berpuluh-puluh karya rakyat negara ini dan suatu masa nanti ianya akan menjadi khazanah negara.

Atau jika tuan memang tidak suka akan lukisan,adakan apa sahaja acara yang dapat membawa pulangan kepada negeri atau negara.Pertanding menari misalnya jika tuan memang suka akan tari-menari. Kita tidak lagi mahu majlis huhahuha yang diadakan hanya untuk memuaskan hati segelintir.



3.Tuan memegang amanah yang besar dan kami tahu ianya satu amanah yang teramat berat. Tetapi tuan menjadi sebuah musium yang bodoh apabila tuan hanya mementingkan diri.

4. Akhir kata,kami mendoakan agar tuan sentiasa benar dalam apa sahaja tindakan dan semoga tuan menjadi sebuah premis yang teduh buat siapa sahaja. Jadikan ia suatu temat yang teramat mesra tidak tinggi hidung.


Wassalam.

abdullahjones


ps: kakitangan tuan akan kelihatan lebih manis jika sedikit lebih ramah.


Wednesday, July 06, 2011

tentang nun,harimau dan tweet-tweet



"semalam nikah.first-time tengok kote abang zam.besar gile!!!" tweet kamu .

Kita tidak faham mengapa kamu rasa perlu memberitahu seluruh dunia tentang apa-apa mengenai kamu. Mungkin kamu ini mangsa dera semasa kecil lalu kamu perlu perhatian yang lebih atau kamu ini sebenarnya adalah bekas penagih dadah kerana seperti yang kita tahu,bekas penagih dadah senantiasa merasakan yang dunia terhutang budi kepada mereka kerana berhenti mendadah. Lalu mereka selamanya mahukan perhatian.

Dan dalam meraih perhatian,kamu tentu sahaja mahukan pujian serta-merta.

-tahniah!, enjoy! bertuah you!-balas rakan tweet kamu dan selepas dari senyum memanjang,tidak ada lain yang kamu dapat namun kamu berpuashati. Kini seluruh dunia tahu betapa betuahnya kamu mempunyai suami yang perkasa.

Kemudian apa?

Kemudian kita kutuk karya dibawah ini.

Dua lukisan dibawah ini adalah karya Abang Hashim Torisgad, bujang yang menunggu pinangan.

Lukisan satu berjudul, BUKAN MUDAH NAK JUMPA RIMAU dan yang kedua pula dijudulkan sebagai NUN.

Dalam berkarya,kita wajip ada kesinambungan. Lalu,apabila melihat dua karya oleh satu artis yang sama,kita jadi bertanya,kemana sebenarnya pelukis ini mahu pergi? Pelukis wajip menentukan halatuju genre dalam berkarya jika sekiranya beliau mahu serius dalam kerja ini.

Jangan sekejap abstrak sekejap realis. Dalam apa kerja sekalipun,ambil dan gigit dengan garham.Jangan lepaskan sehingga kamu berjaya atau mati mencuba.Jadikan kaki MLM sebagai contoh. Walau ditipu sejuta kali,kamu wajip yakin yang akan ada waktunya giliran kamu pula untuk menipu atau berjaya,tergantung bagaimana kamu melihatnya.

Dalam karya pertama,kita melihat gambaran seekor harimau sedang menguap. Mengantuk barangkali. harimau dilukis dengan nyata sedangkan judulnya berbunyi,BUKAN MUDAH NAK JUMPA RIMAU. Disini pelukis telah dengan jayanya menipu diri sendiri.

Jika TIDAK MUDAH,mengapa pula harimau itu dilukis dengan sangat nyata? Tentu adalah lebih baik sekiranya harimau berkenaan dilindungi. Dilukis belangnya sahaja dicelah-celah pepohonan nan menghijau. Misalnya.

Ini akan menjadikan karya diatas sebuah karya yang bercerita . Penonton akan mencari-cari sang harimau dan karya ini menjadi sangat exciting.

Mungkin kesalahan besar dalam karya pertama ini cuma dalam memberi judul namun kita harus faham yang memberi judul pada karya adalah seperti memberi nama kepada anak.

Jika karya ini dijudulkan sebagai HARIMAU MENGANTUK,maka ianya akan menjadi sedikit menarik. Mengapa harimau mengantuk? Tanya penonton.Barangkali kerana dia semalaman tidak tidur,eh,bodoh sungguh saya ini. Tentu kerana tidak tidur semalaman-lah maka harimau itu mengantuk.

Karya ini juga akan menjadi lebih menarik sekiranya hanya harimau menguap yang dilukis tanpa disusah-hatikan dengan pokok-pokok dibelakang. Namun itu cuma jika saya yang melukisnya. Saya sukakan karya yang pop.


Kemudian kita lihat pula karya berjudul NUN. Saya mengandaikan yang lukisan ini mahu bercerita tentang kisah ikan NUN.

Abang Hashim Torisgad nampaknya mula mahu melalui jalan-jalan yang diambil oleh kebanyakan pelukis ditanah seribu korap ini. Jalan sufi.

Ramai pelukis kita mahu menjadi orang agama. Mereka cari dan cari dan cari lalu dipertengahan jalan mereka temui sesuatu yang mereka rasakan sebagai kebenaran dan mereka berpuashati lalu berhenti. Tentu sekali tempah rehat mereka adalah apa sahaja fahaman yang tidak memerlukan mereka beragama dan berkerja dalam masa yang sama.. Maksudnya,mereka gemar duduk berlonggok berkisah mengenai kehebatan batu itu ini,kayu ini itu.

Dari awal pagi hingga awal pagi,mereka rela duduk membicarakan betapa agungnya tuhan dan betapa tempat mereka tentu sahaja sangat istimewa.

Biasanya,mereka tidak sembahyang kerana sembahyang adalah kerja mereka-mereka yang belum sampai makamnya. Kerja lekeh. Ini kerja yang saya maksudkan diperenggan diatas.

Karya NUN sedikit keliru,sekurang-kurangnya pada saya,kerana,sedari lama dahulu,saya yakin yang ikan NUN yang dikisahkan adalah sejenis dari kumpulan ikan paus,namun pelukis melukisnya sebagai ikan lumba-lumba. Jika memang tujuan pelukis untuk meng-konfius-kan saya,dan penonton,maka beliau telah berjaya.


Secara peribadi,saya lebih gemar jika Abang Hashim Torisgad menumpukan perhatian dalam menghasilkan karya seperti diatas. Masuk-kan warna yang sama diatas warna yang sama berkali-kali sehingga semua garis nampak tepat. Jangan takut untuk berujikaji dengan warna. Bentuk menjadi sesuatu yang duduk ditahap dua bilamana warna dapat mengungguli kanvas.

Apa yang penting dalam karya adalah memperlihatkan pelukis tidak diikat oleh tata-tertib namun dalam masa yang sama kekal dalam undang-undang berkarya. Perumpamaan terbaik adalah seperti Meor Yusof Aziddin,walau selekeh tetapi tidak busuk.

Cari muse dalam berkarya.Pilih sesuatu yang dekat dengan jiwa kamu. Abang Hashim Torisgad gemar hutan misalnya,maka lukis-lah mengenai hutan. Atau jika Abang Hashim Torisgad suka makan sate ampai-ampai,maka jadikan sate ampai-ampai sebagai subjek utama.

Cari sejarah sate ampai-ampai. Baca dan faham. Masuk-kan kedalam kepala dan bercakap mengenainya sehingga satu hari nanti semua orang akan tahu bila disebut Hashim Torisgad Sate Ampai-Ampai,maka kenal-lah mereka akan dikau.uhuk!

Saya hanya memperkatakan tentang gambar karya ini.Teknikalitinya tidak dapat saya perkatakan dengan hanya melihat foto.

Apakah susah menjadi seorang pelukis? Tentu sekali tidak. Seperti apa sahaja yang kamu laku-kan,halal atau berdosa,kerjakan dengan sepenuh hati dan kami bakal menikmati hasilnya.

Dalam seribu yang berzina,cuma mereka yang melakukannya dicelah semak dan hotel murah yang ditangkap.Itu pun bila JAWI atau JAWA ada masa lebih untuk mengendap.Maka kamu wajip berzina dihotel atau tempat yang mewah.Begitu juga dalam berkarya,jangan kedekut untuk membelanjakan wang mencari bahan yang betul. Benar,harga barang mentah untuk berkarya adalah mahal namun seperti kata orang pandai orang putih, bayar kacang dapat monyet.

Untuk Abang Hashim Torisgad,buat keputusan,mahu sungguh melukis atau tidak. Dan pegang dengan keputusan itu walau seribu badai melanda.

Tuesday, June 28, 2011

saya mahu jadi komunis



Kesian Pak Samad,dalam usia setua itu masih dianggap ancaman.Disesetengah tempat,banduan yang setua itu mungkin diampunkan kesalahannya lalu dibebaskan.Tidak kita kerana kita ada bangsa materil yang akan lakukan apa sahaja demi kuasa.

Bukan sedikit suara-suara yang didengar mengatakan betapa Pak Samad seharusnya terus berkarya tanpa tunduk kepada meyentuh soal politik. Malah ada yang hingga mengatakan yang Pak Samad digunakan oleh pihak yang tidak menang-menang itu. Pak Samad pada pendapat mereka hanya perlu hanyutkan pembaca dengan cinta-lara,atau momokkan mereka dengan hantu siang-malam.

Kemudian tidur. Beliau sudah tua,perlu rehat,kata mereka berjenaka,bodoh.

Ini-lah penyakit negara ini.Siapa sahaja yang mengkritik adalah pembangkang.Sifir penduduk negara bodoh.

Suatu waktu dahulu,jika kamu memang dilahirkan dan dibesarkan di Tanah Besar China,kamu adalah manusia yang perlu tunduk bila 'melihat'maharaja kerana pada pendapat mereka maharaja adalah jelmaan tuhan.Tidak ada langsung suara yang membantah kerana sejak lahir itu-lah yang diasuk kedalam kepala.

Tidak ramai yang nampak permainan politik orang-orang yang dekat dengan maharaja.Mereka yang duduk atau berdiri disamping maharaja perlu mengekalkan maharaja ditakhta demi kepentingan suvival mereka. Dan tentunya mereka-mereka ini walau telah terlalu kaya adalah tamak.

Kemudian dari itu setelah berlaku revolusi,China diperintah pula orang kerajaan komunis. Ini adalah kerajaan kebajikan dalam erti kata yang sebenar jika ianya dilaksanakan dengan benar.Jika tidak kerana adanya Islam yang terbaik ini,maka saya sendiri aku mahu menjadi komunis.

Komunis kononya adalah suatu kerajaan yang milik rakyatkan segalanya. Jika kamu masih ingat,suatu masa dahulu,segala barang buatan negara China akan dilebelkan sebagai 'buatan rakyat republik china'.

Dalam negara komunis China,rakyat wajip menerima dengan taat apa sahaja yang diperintahkan oleh abang besar. Rakyat tidak dibenarkan mengkritik kerajaan. Yang perlu rakyat lakukan adalah berkerja untuk negara.Jangan persoal upah dan jangan persoal untung.

Lihat siapa yang kaya hari ini dinegara China kalau bukan bekas genaral itu ini dizaman tertutupnya dahulu.

'jangan tanya apa yang negara boleh buat untuk kamu tetapi tanya apa yang kamu boleh buat untuk negara' kata Kennedy,ini yang dipakai oleh politikus konon sebagai mantra wajip kepada rakyat mana negara sekalipun.

Lalu kita pun bertanya kepada politikus mana negara sekalipun,apa pula sumbangan politikus kepada rakyat? Selain bantuan kecil-kecilan kepada orang tempat mereka menjadi wakilnya,beri beg sekolah,melawat orang kampung tempat mereka meninggal dunia dan sebagainya,apa yang mereka lakukan selain berlawan sesama mereka untuk merebut atau kekal berkuasa?

Hari ini kita adalah rakyat negara China dizaman maharaja dan komunis dicantum.

Langsung tidak boleh bersuara.Langsung tidak boleh mengkritik.Kita cuma perlu angguk setuju apa sahaja yang dilakukan oleh pemerintah tanpa perlu berfikir kerana berfikir adalah pembangkang,berfikir adalah kerja setan.

Lalu semua orang otomatis menjadi musuh negara sehingga mereka menyokong kerajaan. Sifir siapa yang mereka gunakan jika tidak sifir para diktator.

Maka tidak hairan nanti disuatu masa,pembunuhan seperti yang berlaku di Filipina tempoh hari akan berlaku disini kerana memegang kuasa adalah matlamat hidup politikus dari mana parti pun,kerajaan atau pembangkang.

Pak Samad saya percaya bukan mewakili mana-mana parti. Beliau pada saya adalah orang yang mahu bertanggungjawab. Mahu melihat kebaikkan.

Boleh sahaja beliau diam dan terus-terusan menjadi simbol kepada keagungan sastera negara tetapi bukan semua sasterawan negara dilahirkan untuk jadi tukang angguk. Ada diantara mereka yang tidak senang diam bila buruk berlaku didepan mata.

Menegur, selama mana ianya adalah untuk baik,maka datang dari siapa pun ianya wajip diterima.

Mentaliti berpuak yang ada hari ini amat jauh lagi waktunya akan terhapus tetapi sesuatu harus dilakukan sebagai langkah mula.Tanpa langkah ini maka kita akan jadi seperti apa yang berlaku di negara-negara dimana satu puak membunuh satu puak lain kerana beza bangsa misalnya. Disini mungkin semangat bangsa sedikit longgar (walaupun dalam kepura-puraan) tetapi semangat bunuh lawan politik adalah terlalu kuat. Kita jadi bangsa yang bodoh.Bangga menaikkan siapa sahaja tanpa mengira buruk baiknya mereka demi memenangkan parti.

Contoh paling mudah,kita tidak lagi memilih agama sebagai menantu tetapi menjadikan harta sebagai calon pilihan suami kepada anak-anak gadis kita.Kita nampak jika bermenantukan orang kaya,jika tidak dapat wangnya sekalipun,kita akan dihormati dek kerana gahnya harta kekayaan dia.

Malang sebenarnya hidup kita hari ini dimana kebebesan untuk berkarya disekat. Kita tidak lagi melahirkan manusia kreatif. Yang ada hari ini cuma kakitiru yang tidak beridentiti. Semua mahu selamat lalu kita juga melahirkan insan penakut yang tahunya hanya ampu dan ampu.

Politikus pula terdiri dari mereka-mereka yang yatim barangkali,dahagakan kasih-sayang dan kata puja-puji.Tidak lagi turun melihat malang yang menimpa rakyat.Dan jika turun sekalipun,dengan agenda untuk berkempen. Dibunuh-mati sekalipun,tidak akan ada politikus,kerajaan atau pembangkang yang bertemu rakyat hanya dengan niat sepertimana anak datang menziarahi ibunya.Semua datang dengan tujuan menang hati untuk menang undi.

Dan kita yang bodoh ini pun berkelahi sesama kita,menegakkan politikus kesayangan kita yang semua sedia maklum adalah benang yang teramat basah.

Kita tidak mahu jadi seperti rakyat negara-negara arab yang setelah sekian lama dihanyutkan dengan ganja dan bolasepak tiba-tiba sedar ditipu pemimpin mereka dan bangun melawan.Negara ini masih boleh diselamatkan jika sekira kita mahu kerana kemarahan kita masih lagi bukan marah yang lapar darah.

Wednesday, June 22, 2011

cerita tentang mengapa perut saya jadi apa yang dia jadi hari ini

telor belachan-kata Kak Ainon yang jika arwah Haji Salim tidak memberikan didikan agama yang betul satu masa dahulu,harus menjadi juara ratu cantik mana-mana yang dia ikut bertanding.

Kami berbual ditangga surau peninggalan Haji Salim,ayah Kak Ainon,sepupu saya. Kami bercerita tentang masakan.Kak Ainon sedang mengupas kelapa waktu saya tiba.Saya kesana kerana berjanji untuk minum dengan Ra-E,adik Kak Ainon.Anak Makcik Ha,ibu saudara saya.Sudahnya kami berbual dan berbual hingga zohor dan berpisah.

dua ringgit setengah sebijik dah leni-kata Kak Ainon.Dia tahu saya tidak tahu tentang harga barang-barang keperluan harian,maka kerana itu agaknya dia memberitahu tanpa ditanya. Betul kelapa sekarang dua ringgit setengah sebiji? Mana-lah perlu saya ambil tahu tentang harga barang kegunaan harian kerana seperti orang-orang atas yang melampau kaya itu,kami tidak kepasar membeli-belah.Yang kami tahu cuma makan.

Saya bertanya tentang masakan kegemaran yang tidak saya ketahui namanya. Jarang saya makan bertambah kecuali jika telor itek masak belachan. Jika itu lauknya,maka saya akan makan sebagaimana kaki rasuah makan suap. Tidak puas-puas cuma bezanya,saya akan terpaksa berhenti dek kerana sudah sesak nafas.


resepi Tok Munah tu,turun temurun
-tambah Kak Chik,kakak kepada Kak Ainon yang juga sepupu saya uang paling tua. Sudah sama tua dengan Mok saya sendiri.Tok Munah nenek kami,Mok adik beradik dengan ibu Kak Cik,Kak Ainon juga Ra-E.

Saya rindu benar dengan Tok Munah.

Ada orang kata saya ini seperti Tok Rani,suami Tok Munah yang juga datuk saya yang kami panggil "ayoh",perengus,tegas dan pemarah tapi saya suka mengatakan yang saya sebenarnya lebih mirip Tok Munah,cantik dan sangat baik hati.

Yang pernah masak untuk saya telor belachan itu cuma Mok,Makcik Ha serta Indah,adik perempuan saya. Masakan Indah semestinya tidak dapat menandingi masakan Mok dan Makcik Ha.

Jika kamu pernah makan nasi kerabu,tentu kamu tahu akan sambalnya.Maka telor belachan mirip kepada sambal nasi kerabu itu.Santan dan cili kering yang ditumpuk dimasak sehingga pecah minyak lalu dibiarkan sehingga hampir kering lalu dimasukkan telor itek.

titik serai sikit-kata Kak Cik dan biar saya beritahu kamu,tidak ada masakan yang lebih enak dari telor belachan kecuali telor ikan tengiri digorengan dengan garam dan kunyit.

Friday, June 17, 2011

kota menipulitan

1.Lama dahulu,bahkan sangat lama sebenarnya;

-aku bergaduh dengan m.nasir,aku maki dia cukup-cukup-
kata kawan kami yang berkerja di Kuala Lumpur kala pulang kekampung,bercuti. Kami yang ulu ini pun ternganga,tercengang serta kagum.

Dia bukan sahaja berkawan dengan M.Nasir,bahkan sudah sampai bergaduh maki-maki dan tidak hairan melakukannya.

Indah sebenarnya bila kenangan zaman bodoh datang kembali.

2.Baru-baru ini,bahkan teramat baru seperti semalam;

Ismadi Sallehuddin,anggota Studio Rajawali yang tidak pernah kami iktiraf walau berpuluh kali merayu agar disebut sebagai ahli serta Engku Kamalul Kholid,seorang lagi ahli Studio Rajawali yang juga seorang guru silat gred 3 berhijrah ke Kuala Lumpur,konon mencari intan yang katanya memang ditakdirkan hak mereka berdua. Kita semua sedia maklum betapa fatamorgana sering memperdaya sipengembara. Mentelah pula mereka adalah pengembara yang seorang kudung serta seorang lagi buta kedua mata.

Kami ziarah mereka di kota impian tersebut beberapa hari yang lepas. Mereka gembira melihat kami. Ismadi gagahkan diri yang demam dan Engku pula cuti dari kerja. Semua dilakukan untuk kami dan wajip-lah kami terharu.

Kami ketawa bercerita gembira.

Namun dari ekor mata,bila tidak berbicara,kami lihat ada duka diwajah mereka. Ketawa mereka pura-pura. Ada nestapa yang sarat dalam jiwa mereka. Kami amat tahu akan permainan manusia kota. Tunjuk gembira agar tidak ternampak akan jalan terang yang sedang mereka tempuhi itu kian suram dan menghampiri kegelapan.

3.Begitu-lah orang Pahang,bila di Kuala Lumpur,mereka mula jadi penipu diri sendiri dan kadang-kala orang lain. Bagi kami tidak mengapa kerana dari di tipu orang negeri lain,baik ditipu anak negeri sendiri.

4.Desakkan hidup barangkali yang membuatkan Ismadi Sallehuddin serta Engku Kamalul Kholid jadi manusia paling plastik pernah kami gelar sebagai sahabat.

Selamat mengalami sesak jalanraya serta degup jantung yang berdegup deras kami ucapankan kepada mereka. Dan jika mahu pulang kepangkal jalan,telefon kami. Walau sedang kenduri anak sendiri pun kami akan segera kekota membawa kalian pulang.

Tuesday, June 14, 2011

mengapa kita bising


Bila semua mula bising tentang terbinanya sebuah kilang yang menghasilkan buangan radiasi di bandar serba suram ini,saya pun tenggelam sama menyokong penentangan itu.

Harus diketahui yang penentangan saya bukan kerana politik. Ada kawan mengatakan yang saya ini kerjanya menghentam kerajaan. Maka cari-lah dalam tulisan saya yang manakan yang dikatakan menghentam itu.

Kita harus tahu bezakan kritik dan apa yang dikatakan hentam itu. Saya akan setuju jika dikatakan saya sering mengkritik politikus (yang jahat), lalu bila kita sayang,kita jadi peduli.

Kritik adalah penting.Menerima kritikan juga adalah penting.Kita tidak mahu negara ini dibina oleh pembawa berita gembira sentiasa tanpa ada hati untuk melihat lebih dalam. Puja-puji akan sentiasa membawa mati,diri,hati juga negara. Kita juga tidak mahu pemimpin negara ini terbuai dengan tipu daya manusia yang menumpang tuah tanpa ada rasa kasih kepada negara (dengan kata sebenar) kecuali mahu mencari laba.

Negara dibentuk bukan untuk untuk satu orang.Negara adalah hak semua.Maka menjadi kewajipan semua untuk membina-nya menjadi sebuah penempatan yang sejahtera.

Kasih itu adalah apa yang dikatakan ambil tahu,peduli dan mahu maju.

Kita juga harus faham apa yang dikatakan sebagai humor lalu tanpa prasangka rela mentertawakan diri sendiri dalam semua hal.

Secara peribadi,saya menentang perjalanan kilang yang disebut atas dasar mengenal cara kita berkerja.Kita tidak serius dalam semua hal dan kita adalah satu negara yang korup dalam melaksanakan tugas.Kita sering merasakan yang manusia banyak terhutang budi kepada kita kerana rela berkerja. Upah yang kita dapat sentiasa bukan nilai sebenar khidmat yang kita berikan,rasa kita.Kerana itu juga kita sering meminta upah dengan cara tidak sah. Untuk mengeluarkan satu fail,kita mahu upah sampingan.

Lihat sahaja bagaimana bangunan yang dibina runtuh sebelum dapat dimanafaatkan. Lihat pula kemalangan demi kemalangan dalam banyak usaha yang kita namakan sebagai kemajuan.Keretapi panjat bukit yang sering rosak,jalan bertingkat yang pecah jatuh menghempap dan seribu satu macam lagi malang yang kita cipta dek kerana tidak cakna kita dalam menjalankan tugas.

Korup bukan sahaja bererti makan suap.

Lalu mari kita bayangkan kemalangan hidup yang bakal menimpa jika sekira tidak indah menjadi lumrah dalam perjalanan kilang tersebut.

Benar,radiasi yang dihasilkan amat kecil. Bahkan ada yang mengatakan rokok lebih menghasilkan kejahatan dari buangan kilang tersebut. Dan seperti rokok,ianya menjadi teramat berbahaya jika lebih.Jika rokok membunuh pengamalnya maka radiasi dari kilang tersebut (jika tidak dijalankan dengan benar dan dalam jangkamasa lama) bakal merosakkan sistem kehidupan banyak genarasi mendatang.

Jika pun kita tidak peduli akan kesihatan hidup kita hari ini,cuba warisan anak cucu kita dengan satu bumi yang mesra.

Kita jangan tipu diri sendiri dengan mengatakan yang kita mempunyai mentaliti besar sama seperti yang dimiliki oleh mereka dinegara maju kerana jauh disudut hati kita tahu yang kita tidak pernah mahu mengambil tahu apa yang berlaku kepada orang lain kerana yang penting adalah kita.

Dalam membentuk negara,kita kini dengan jayanya melahirkan satu bangsa yang hipokrit.

Seperti yang saya katakan,jika pemimpin negara ini sudah memutuskan sesuatu perkara,maka hanya kuasa tuhan sahaja-lah mampu menolaknya,namun,sesekali cuba fikirkan kesejahteraan semua kerana hari ini kita mungkin memimpin negara,esok lusa mungkin anak cucu kita pula yang terhegeh-hegeh memegang sepanduk,mengutuk kita.

Ini putaran hidup. Bukan sentiasa kita menang.

Kita ini jenis sentiasa baru. Jadi,cuba sedaya upaya tidak sombong. Mungkin dengan itu,akhir kita nanti bukan jadi sumber kegembiraan ramai.

Cuba dengar lagu diatas,nyanyian Meor,lirik saya. Tentu kamu setuju yang saya sangat pandai menulis. :)



Wednesday, June 08, 2011

catatan kejadian

1. Kita gemar duduk dalam zon selesa kerana kita rasa itu-lah yang terbaik untuk kita. Tidak mahu langsung kita cuba keluar dan mencuba sesuatu yang baru. Entah-entah yang tidak kita suka itu sebenarnya-lah kesukaan kita.

2.cukur misai? macam orang tabligh!-kata sinaga-naga bila kami bertemu untuk membincangkan samada untuk terus bersahabat atau kekal tidak.

Oleh kerana kami mahu masuk sorga,kami memutuskan untuk tidak meleraikan silatulrahim. Persahabatan rupanya lebih berharga dari wang ringgit.Untuk usaha masok sorga,kami berjanji untuk menjadi lebih muslim.

Tambahan pula kami profesional dalam bersahabat. Ada kemuskilan,kami akan duduk berbincang.Lawan fakta lawan bukti. Tidak bertindak mengikut untung kantung.Lagipun Sinaga-naga ini jika kamu tidak kenal akan dia nescaya kamu akan yakin bahawa dia adalah askar yang berpengkalan di Kem Terendak yang saban hujung minggu akan melepak mengurat cikgu Maktab Perguruan Durian Daun di Melaka Sentral itu sedang patah hati maka kami pun berbincang sambil memberi kata nasihat kepada diri masing-masing bagaimana untuk tabah mengharungi kemelut cinta diusia senja.

Orang tabligh baik.
3. Penerapan nilai-nilai islam sudah mula menampakkan hasil yang memberangsangkan.

3.5. Dizaman Nazi,siapa melawak tentang Hitler,dihukum mati.

4. Ada orang pernah cakap muka lu macam muka Ujang?-kata Rafi dari NSTP kali pertama kami diperkenalkan.

Sekali jumpa dan menjadi sahabat,perkara yang amat bagus. Mungkin kami akan bergaduh setelah sedikit lama berkawan.

Kami berbincang mengenai takdir baik takdir buruk dari waktu asar hingga hampir isya.Lagaknya seperti pandai agama kami ini. Berlawan cakap,menegakkan yang kendur. Lalu kami setuju untuk sesi itu digelar sebagai Sesi Sufi Merungut.Kami memang deep.

Meor Pestajiwa cuma diam dan tersenyum mendengar kami membuktikan betapa bodohnya kami. Kami tahu dia lagi deep.

Kawan yang seorang lain cuma tersenyum. Dia tidak boleh disebut namanya disini binbang akan membuka cacing yang tersimpan dalam tin.

Saya lebih kacak dari Ujang.

5.Mintak rokok sebatang bang. Nak sedut semangat seniman hebat abang-kata Fathul Rahman didalam Peti Seni. Saya izinkan dan kami pun mula merokok dalam ruang tertutup itu.Pengorbanan kami yang sedikit buat manusia. Biar kami sendiri yang menyedut asap tahap satu dan tahap dua yang dikatakan amat berbahaya itu.

Ini yang tidak diketahui banyak bukan perokok. Relanya kami menyeksa diri demi pembangunan negara.

Jika kamu baru mahu mengumpul lukisan, saya cadangkan kamu berjumpa Fathul. Karyanya teramat bagus dan harganya adalah harga menyiksa diri sendiri,maksud saya,harga yang beliau tawarkan adalah harga yang tidak masuk akal murahnya. Saya rasa Fathul harus mengkaji semula harga beliau dan sementara beliau melakukannya,saya sarankan kamu segera ke Peti Seni dihadapan Balai Seni Lukis Negara untuk mendapatkan karya-karya beliau.

6.Mohamad Farez Abdul Karim aka Anak Bumi suka senyum dan tidak merokok. Beliau menjadi mangsa asap tahap dua Fathul dan saya. Beliau juga suka sembahyang. Kami suka orang yang suka sembahyang. Sembahyang tiang agama. Tidak sembahyang meruntuhkan agama. Ingat tu,bukan zionis bukan Obama yang meruntuh.

7.Man yang duduk bersama Fathul dan Farez tidak bercakap. Seniman tulin.Man juga suka sembahyang.

Dato KP juga kebetulan turun melihat Fathul berkerja.

7.5. Isteri jangan disamakan dengan pelacur. Jaga malu,hal bilik tidur jangan keluar dari pintu kamar.

8.Pakcik dah kawin? tanya budak perempuan penjaga tol Bentong. Saya bayar 3ringgit dan berlalu.

9.kita set bulan oktober-kata tuan punya galeri masa berbincang pameran solo saya. Insya Allah kata saya sambil terbayang akan kekayaan yang bakal bertambah .

Kamu semua boleh mula mengumpul wang kerana tidak seperti Fathul,lukisan saya amat mahal. Lupakan tabung pelajaran anak-anak,berhenti mengirim wang kekampung untuk ibubapa yang teramat tua,memiliki lukisan saya sepatutnya menjadi matlamat lahirnya kamu kedunia sementara ini.

Seperti semua yang ada harga di Malaya ini, harga lukisan saya akan sentiasa menaik dan menaik.

Dan jika kamu percaya,boleh sahaja minta saya doakan wang yang kamu belanjakan untuk memiliki karya agung saya itu diletakkan dineraca timbangan baik kamu.Jika kamu percaya.

9.5. Kemana agaknya hilang Amir Mukriz?

10.kodi! bungkus dalam kotak rokok je!-kata sms Al-Abror Yusof bila cd profil Gerup Rajawali sampai ketangan beliau. Saya mendesah dan berkata-kesepontanan sudah mati.

Tuesday, May 31, 2011

perjalanan keutara bagi menyatupadukan rakyat dan mengajar pelukis disana bagaimana cara melukis dengan betul serta memberi sedikit tips menanam padi

Bukan mudah sebenarnya menjadi kami,Gerup Pelukis Rajawali.Selain sangat handal, kaya-raya,sombong-bongkak serta diminati ramai,kami juga adalah gabungan manusia anugerah kepada tanggungjawab.

Atas dasar itu-lah,maka kami pun berangkat keutara kerana sepertimana yang diketahui umum,mereka-mereka yang menjadikan nasi dengan seribu jenis lauk pauk sebagai sarapan pagi ada-lah mereka-mereka yang suka tidur di tengahari hingga ke senja.

Saya menjangkakan yang tulisan ini akan menjadi sedikit panjang jadi jika kamu membaca tulisan ini waktu berkerja,jangan kerana amanah kamu ialah bertugas. Cari masa lapang dirumah walaupun kamu merasa rugi lambat membaca tulisan yang penuh hikmah kehidupan ini dan baca. Sabar itu iman.

hangpa dah pi musium padi ka? tanya 11 dari 12orang yang kami temui di utara.Entah apa yang dibanggakan mereka dengan musium tersebut tidak-lah kami ketahui kerana kami bukan jenis berziarah kemusium-musium.Lagipun tujuan kami adalah untuk membentuk penduduk utara yang kami temui menjadi insan mulia berjiwa kental maka tidak-lah kami peduli sangat dengan pertanyaan berbau perkauman itu.

Menyebut perkauman,hentian pertama kami di utara adalah di Auditorium Sultan Abdul Halim di Alor Setar atau juga di sebut sebagai RTM Alor Setar.

Tujuannya adalah bagi menjayakan Karnival Komuniti Satu Malaya disana.Kami dipertanggungjawabkan untuk menganjurkan satu pertandingan foto. Kami tahu kamu menggaru kepala mengapa kami yang pelukis ini mengganjurkan pertandingan foto dan sudah tentu jawapan paling tepatnya adalah kami sangat serbaserbi pandai. Bukan seperti kebanyakan kamu yang dilahirkan sebagai daki dunia yang sepatutnya lama dulu disagat dengan daun gelengang.

Disampingitu, kami juga mengadakan sedikit aktivi kecil seperti melukis dijalanraya menggunakan batu yang kami jumpa ditapa karnival serta pertandingan bermain teng-teng atau jengkit kata orang utara.

Diatas sedikit gambar mengenai aktiviti tersebut namun kami tidak dapat menyiarkan sebarang gambar pertandingan teng-teng kerana para makcik yang bertanding telah menyelak kain keperingkat membuka aurat selain histeria bila tewas. Fai Zakaria maklum apa yang saya maksudkan.

Oh! selain pelukis utara,kami juga menjemput Fai Zakaria untuk turut serta dalam acara ini dan beliau telah sudi dan datang bersama Sya,kawan beliau namun setelah disiasat,jurugambar kami tidak merakam sebarang foto mereka! Menunggu dimaki sahaja layaknya jurugambar kami itu. Maafkan kami Fai Zakaria dan Sya.
Dihari pertama, kami dikunjungi oleh penyair Puzi Hadi,penyair Brirasa juga Zack Uzaini dari kumpulan Dikala Jingga.Kami tidak-lah sampai menyalahkan mereka datang awal untuk bertamu kerana kami tahu kedudukan kami yang memang menjadi impian setiap insan bernama seniman untuk memasukan kami dalam senarai apa yang mereka panggil sebagai teman.

Walau bagaimana pun,kami ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka,terutama Pak Puzi Hadi yang sudi minum-minum bersama kami. Brirasa menang hadiah saguhati pertandingan foto yang kami anjur atas dasar kawan-kawan. Zack pula bersama kami sehingga hari kedua dengan membawa beberapa murid belaiu untuk sama memeriahkan acara tersebut.

Salah seorang muridnya menang hadiah utama bukan atas dasar kawan-kawan. Foto yang menang tersebut memang dipersetujui layak.



Demi terpecah berita yang kami akan keutara,yang pertama menghubungi kami adalah pelukis Anassuwandi Ahmad.

aku mintak sangat-sangat hangpa datang studio aku no.aku nak sangat blajaq dengan hampa,aku rasa hangpa la artis paling kojaq dalam malaya-kata dia kepada kami.

Walau-pun tidak berapa faham bahasa kaum yang makan laksa pagi laksa petang ini,kami tahu ianya adalah satu permintaan yang tidak dapat kami tolak.Apatah lagi apabila melihat fotorupa beliau di facebook. Persis ultimate warrior. Bukan takut cuma kami rasa jika tidak bergaduh dengan beliau adalah lebih bijak.

Setiap lima kilometer perjalanan,kami mendapat pesanan ringkas dari beliau,hangpa dah sampai ka?hangpa sampai call aku.aku belanja laksa no-kata pesanan ringkas beliau.

Saya rasa orang utara adalah manusia paling negatif didunia,NO?

Malam kedua,sedang tidur,saya dikejut-kan oleh Abu Yusof. Dan bertemu-lah saya dengan Anassuwandi buat pertama kalinya. Tidak belajar adab sungguh orang utara yang satu ini. Abdullahjones yang hebat ini,sedang tidur,lalu dikejutnya! Sang harimau jangan diganggu lalu setelah bangun,saya terus mengajar beliau bagaimana menjadi separuh hebat dari saya. Ia-lah,mana mungkin siapa pun menjadi seperti saya.

Dan disudut mata pelukis Anassuwandi saya lihat ada titik-titk air yang mengalir lesu. Dadanya turun-naik,deras.Saya tahu dia teruja serta terkasima. Abu Yussof yang sudah biasa melihat aksi siapa sahaja pertama kali bertemu saya itu pun senyum. Dia faham benar lalu dipimpinnya Anas keluar bagi menenangkan.

hangpa mai umah aku ahad no.kita bakaq kambin-

ajak Anassuwandi pada pertemuan itu,hari khamis.ekali lagi Abu Yussof tersenyum kerana beliau faham benar.Tidak mungkin akan terjadi peristiwa tersebut. Dan benar seperti yang dijangka,Esoknya Anas telah menalifon kami

-hangpa mai malam ni no.aku takboleh tunggu sampai ahad.aku tak sabaq nak blajaq lagi. hangpa mai no.tak kita pukui brapa.satu dua tiga pagi pun aku tunggu. hangpa mai no.-

rayu beliau.nada suara beliau sudah mula retak dan kami yakin jika kati menolak,Malaya bakal kehilangan seorang pelukis dan Harian Metro pun mendapat headline paling sensasi abad ini;pelukis mati makan berus.
Lalu setelah selesai tugas di RTM Alor Setar,kami pun kerumah beliau. Beliau bertegas memanggilnya sebagai studio,namun kami lebih tahu.

Anas lalu dengan tangan memegang telor (beliau) dan kepala sedikit menunduk menjemput kami masuk. Demi terlihat karya beliau,hati kami berdetik; ada potensi,kata kami serentak,didalam hati.


Anas yang menjadikan perangkap ikan sebagai subjek telah dengan jayanya mempersembahkan karya-karya yang ternyata hebat. Pengunaan bahan yang baru (dalam seni tampak) juga menampakan kematangan yang bukan sedikit. Abu,Acai dan saya pun berbual secara telepati dan bersetuju untuk mengatakan Anas adalah seorang pengkarya yang sepatutnya telah lama menjadi ikon jika sekiranya beliau tidak membuang masa menjadi gurubesar sekolah.

Namun,tidak-lah terlambat bagi beliau untuk duduk serius dalam suasana untuk lebih dikenali. Kami yakin pertunjukan solo beliau yang akan diadakan di Galeri Matahati pada setember ini akan sangat mendapat sambutan.

Kami sepakat yang karya beliau adalah karya yang mesti dimiliki oleh nereka-mereka yang serius mahu kepada seni.

macam mana?boleh ka? tanya beliau mengharap pengiktirafan. Kami sebagai satu kumpulan yang bertanggungjawab membimbing tentu tidak mahu beliau berhenti dari mencari lalu kami serentak meludah karya-karya beliau dan keluar dari rumah beliau tanpa menunggu dihidang minum.

Cara kami memberi tunjukajar walau tidak konvensional sifatnya tetapi terbukti mujarap kepada satu bangsa yang saban hari mengharap pujian.

Kami tinggalkan Anassuwandi dalam keadaan terbaring,menangis. Kucing-kucing peliharaan beliau yang banyak itu menjilat airmata beliau,memujuk barangkali atau mungkin juga kerana lapar.

Sebelum lupa,kami juga diziarahi oleh pelukis Zamanhuri yang pendiam itu. Beliau datang dihari pertama dan kedua.

Selesai tugas di RTM,kami pun ke Pulau Langkawi. Setiba di pulau,kami disambut oleh O-lee,satu dari dua pelukis batek yang mengelar diri mereka Melle Batek,seorang pemuda yang amat kacak bergaya. Acai yang selama ini merasa kacak mula serba tidak kena.Bimbang para gadis akan ber-magnet-kan O-lee lebih dari beliau.

Kami dibawa ke studio batek Pak Salleh Dawam dan brader Sham,juga pelukis batek. Saya sendiri amat teruja bila melihat beberapa keping batek yang dihasilkan oleh Brader Sham. Disana kami juga diperkenalkan kepada Abang Lan,entah pelukis entah guru silat.

Setelah berbual,kami dijemput pula oleh Azizi dan Din,dua lelaki kuat pesatuan seni visual Pulau Langkawi atau ringkasnya LAVAA dan kami pun dibawa ke residensi Beranda.
Kami ter-humbled disini. Selama ini kami merasakan yang studio kami adalah studio paling gah disebelah sini dunia,namun demi melangkah ke residensi ini serta diberi penerangan tentang perjalanannya,kami angkat tabik kepada mereka.
Oh! sebelum lupa, ini Abang Ramli,beliau juga menyertai kami di RTM dan menjadi pemandu arah selama kami di utara. Beliau juga orang yang bertanggungjawab memberi kami makan ratu anai-anai. Awas,kami kini bertambah kuat.

Dibawah adalah foto apa yang dipanggil pongsu anai-anai yang digali Abang Ramli.Didalamnya-lah istana dimana ratu anai-anai bertakhta. Kami gagal mengfoto ratu anai-anai tersebut kerana sibuk berebutkannya.
LAVAA dianggotai oleh lebih empatpuluh pelukis dari pelbagai bangsa dan merupakan satu pergerakan yang amat berpengaruh. Atas usaha LAVAA,mana-mana artis yang berdaftar dibawahnya adalah bebas untuk melukis DIMANA SAHAJA di Pulau Langkawi. Satu pencapaian yang rasanya belum pernah dicapai oleh mana-mana persatuan seni mana-mana negeri di Malaya. Tahniah kami ucapkan kepada LAVAA.

Di Residensi Beranda kami diperkenalkan kepada Mel,separuh lagi dari Melle Batek,Rosli juga Rashid, disana juga kami bertemu rakan lama kami,Mail Pasir. Pak Salleh yang kami temui awal tadi rupanya adalah tok penghulu kepada kumpulan ini.

Apa yang beliau lakukan kepada LAVAA seperti mempunyai persamaan dengan apa yang kami juangkan dalam Rajawali. Lalu kami yang semuanya baru pertama kali bertemu menjadi seperti sahabat lama yang baru berjumpa.



Kami tidak ada apa yang mahu diperkatakan mengenai LAVAA selain dari penghormatan. Usaha yang sebegini sepatutnya ada dalam diri semua. Melakukan kerja kerana mahu bekerja tanpa ada kecewa sekiranya kerja yang dilakukan belum mendatangkan hasil yang lumayan.

Kepada anggota LAVAA kami dari Rajawali ingin mungucapkan selamat maju yang teramat dan semoga perkumpulan ini kekal tanpa selisih.

Juga,siapa sahaja adalah dialu-alukan untuk bertandang ke residensi Beranda. Bayaran jika tidak silap saya ialah 15ringgit untuk satu malam atau jika kamu pelukis,sekeping lukisan adalah diminta sebagai bayaran selama kamu tinggal disana.


Aiseyman,malas pulak menulis.Banyak sebenarnya mahu dikisahkan,namun letih perjalanan seribuenamratus kilometer masih terasa. Nanti jika saya sudah hilang letih,akan disambung.dengan izin tuhan.

Untuk pengetahuan,semasa di Langkawi,kami disaman kerana menaiki kereta tanpa cukai jalan.Akibat terkejut disaman,kereta yang kami naiki tidak boleh dihidupkan lalu kami terpaksa mencari kenderaan lain sebagai tunggangan.

Rasanya telah saya sebut semua nama teman-teman yang ditemui sepanjang perjalanan kami,jika nama kamu tiada,maafkan saya.

Dalam foto dibawah dari kiri adalah Mail Pasir,O-lee,Acai,Din,Abu Yussof,Pak Salleh,Abang Lan,Nur Najihah Lee,Abang Ramlee dan
Aiseyman,macamana boleh lupa. Kami juga dikunjungi oleh Meor Lantera yang datang jauh dari Telok Intan. Ini agaknya yang dipanggil sahabat. Terima kasih yop. Meor datang bersama ibu dan adiknya.Dibawah adalah foto Meor.