Tuesday, August 09, 2011

mengajar hasnul jamal saidon bagaimana untuk memblog.ahaks.

jika bergambar bergini bukan dikatakan poyo,maka saya tidak tahu apa itu poyo


Kamu pernah baca blog Hasnul J Saidon? Maaf,sepatutnya saya berkata,gila agaknya siapa yang boleh membaca hingga habis satu-satu pos oleh Hasnul J Saidon. panjang gila!

Saya tidak kenal Hasnul, pertama kali mendengar nama beliau adalah bila beliau menulis mengenai karya saya di SENIKINI,komentar beliau mengenai pertandingan Terbuka Johor suatu masa dahulu. Saya dapat saguhati.

Itu kali pertama dan terakhir saya bertemu beliau setakat ini.

Kemudian, semasa di Balai Seni Lukis Negara,ada siapa entah,saya lupa,memberitahu -itu Hasnul J Saidon-lalu saya pun dengan tidak malu memperkenalkan diri kepada beliau.

Beliau pun memperkatakan sedikit mengenai karya saya itu. Katanya,saya sepatutnya menang hadiah utama,hahahah.Saya tipu sebenarnya.

Hasnul yang saya lihat dari jauh,yang sepenuhnya saya lihat dari facebook dan blog,adalah seorang yang amat passionate terhadap apa yang dilakukannya. Ada juga saya kenal beberapa pensyarah seni halus, namun jarang ditemui seorang yang seperti menyerahkan seluruh tenaga dalam membentuk cinta kepada seni seperti beliau.

Harus diingat,apa yang saya tulis ini adalah hasil dari pemerhatian saya secara jauh dan tentu sekali tulisan berbentuk bodek ini tidak ada kemahuan selain dari memperlihatkan ke-awe-an saya terhadap beliau.

Dari apa yang saya baca dan dari gambar yang saya lihat,beliau melakukan apa sahaja dengan sangat poyo dan ini adalah baik kerana poyo yang biasanya dilihat sebagai negetif sebenarnya dituntut dalam segala hal. Kita lakukan kerja seperti ini-lah kerja yang paling baik kita lalu tidak ambil pusing apa kata orang.

Pelik sebenarnya apabila seorang seniman sudi me-rebonding rambutnya,kelihatan amat tidak seniman namun Hasnul berjaya menutup kesilapan itu dengan bertegas mahu berkerja untuk seni.

Apabila melihat foto beliau dan anak didiknya,saya merasa amat cemburu kerana seperti ada hubungan terlarang yang dibenarkan. Lihat sahaja betapa murid beliau berkerja dengan gembira dan penuh rela melakukan apa yang direncana. Ini adalah penting bila kamu duduk dalam kumpulan. Lihat bagaimana Tun Mahathir suatu masa dahulu berjaya melakukan apa yang diimpikannya dengan mempunyai kumpulan yang mahu berkerja. Lupakan sebentar akibat dari apa yang beliau lakukan,Cuba ambil sisi baik usaha beliau itu dan kamu akan setuju yang bersama menjayakan apa jua wawasan adalah kerja yang berat namun perlu.

Saya amat ingin membawa projek Latalilat-nya kemerata-rata. Projek ini sangat-sangat menarik tumpuan saya. Mungkin jika ada kemampuan nanti,Studio Rajawali akan dapat berkerjasama dengan kumpulan itu.

Namun semua tulisan diatas adalah tidak penting bila kamu pergi keblog beliau kerana demi membaca baris pertama dan memandang kebawah,kamu akan segera mahu pitam. Panjang gila satu-satu entri beliau. Agaknya Hasnul ini pendiam orangnya lalu segala yang terbuku dihati diluahkan pada tulisan.

Encik Hasnul, tolong saya,sila tulis pendek sikit.Kadang tiga hari baru habis saya baca tulisan kamu.Kasihani-lah saya.ahaks.

5 comments:

muaz zulkeflee said...

Salam..
Cik hasnol pendiam....kehkehkehkeh
sape yg pendiam lg dipaksanya bercakap...
dgn die mesti ade aura yg sihat..xde sila kluar...
die ckp memang jnis trus trang org kata...
pepahal mmg ade satu prsaan yg amat istimewa sewaktu dlm kelas beliau.

A.R said...

Cik hasnul pendiam...oh tidak...saya sudah berguru dengan dia sejah 1996...seorang pensyarah yang amat amat menyeronokkan, dan segala ilmu yang diberikan serta cara penyampaian beliau amatlah berbeza dengan semua pensyarah yang saya kenali...amat amat kreatif dan mempunyai ekspressi yang sangat mendalam tentang apa yang disampaikan..the best lecturer ever....sekarang biliau seorang profesor di USM, dulu beliau pernah mengajar di UiTM, UniMas..USM...cara beliau menulis adalah haknya...bukan hak kita untuk mengajar bagaimana beliau menulis...cuba dalami setiap ayat yang di tulis..sangat mendalam dan bermakna..

Jijah Bandung said...

fuh...macam mat metal..

...............
OH! AURAT WANITA
BEBELAN 1/BEBELAN 2

Anonymous said...

En. Hasnul mmg superb.. :)

Unknown said...

Lecturer saya di USM. Sampai hari ni saya masih mencerna apa yang beliau cuba sampaikan..