-aku bergaduh dengan m.nasir,aku maki dia cukup-cukup-
kata kawan kami yang berkerja di Kuala Lumpur kala pulang kekampung,bercuti. Kami yang ulu ini pun ternganga,tercengang serta kagum.
Dia bukan sahaja berkawan dengan M.Nasir,bahkan sudah sampai bergaduh maki-maki dan tidak hairan melakukannya.
Indah sebenarnya bila kenangan zaman bodoh datang kembali.
2.Baru-baru ini,bahkan teramat baru seperti semalam;
Ismadi Sallehuddin,anggota Studio Rajawali yang tidak pernah kami iktiraf walau berpuluh kali merayu agar disebut sebagai ahli serta Engku Kamalul Kholid,seorang lagi ahli Studio Rajawali yang juga seorang guru silat gred 3 berhijrah ke Kuala Lumpur,konon mencari intan yang katanya memang ditakdirkan hak mereka berdua. Kita semua sedia maklum betapa fatamorgana sering memperdaya sipengembara. Mentelah pula mereka adalah pengembara yang seorang kudung serta seorang lagi buta kedua mata.
Kami ziarah mereka di kota impian tersebut beberapa hari yang lepas. Mereka gembira melihat kami. Ismadi gagahkan diri yang demam dan Engku pula cuti dari kerja. Semua dilakukan untuk kami dan wajip-lah kami terharu.
Kami ketawa bercerita gembira.
Namun dari ekor mata,bila tidak berbicara,kami lihat ada duka diwajah mereka. Ketawa mereka pura-pura. Ada nestapa yang sarat dalam jiwa mereka. Kami amat tahu akan permainan manusia kota. Tunjuk gembira agar tidak ternampak akan jalan terang yang sedang mereka tempuhi itu kian suram dan menghampiri kegelapan.
3.Begitu-lah orang Pahang,bila di Kuala Lumpur,mereka mula jadi penipu diri sendiri dan kadang-kala orang lain. Bagi kami tidak mengapa kerana dari di tipu orang negeri lain,baik ditipu anak negeri sendiri.
4.Desakkan hidup barangkali yang membuatkan Ismadi Sallehuddin serta Engku Kamalul Kholid jadi manusia paling plastik pernah kami gelar sebagai sahabat.
Selamat mengalami sesak jalanraya serta degup jantung yang berdegup deras kami ucapankan kepada mereka. Dan jika mahu pulang kepangkal jalan,telefon kami. Walau sedang kenduri anak sendiri pun kami akan segera kekota membawa kalian pulang.
6 comments:
Tetap tidak dapat menipu diri sendiri
AJ,
kuat kepahangan awok.
hasrat untuk menyelamatkan rodong di tempat yang terkejar-kejar setiap hari untuk balik ke pangkal jalan, supaya menerima ketenangan yang datang dari hidup tidak terkejar2 dan bersesak-sesak setiap hari.
Walaupun mungkin tangkapan yang diperolehi mungkin tidak segah mereka di kota yang sibuk dengan pelbagai peluang2, tetapi cerminan yang awok berikan itu menampakkan
tidak mudah untuk bersaing merebut peluang yang dikatakan banyak itu.
Sebenarnya, kalau kawan nak bertanya, berapa orang yang karyanya dibeli oleh maybank, petronas dan korporat2 lain yang dengan satu belian mereka cukup untuk pendapatan selama setahun?.
tetapi kawan percaya di kuantanpun, tidak kurang hebatnya. kelau semua agensi kerajaan di ajar untuk mempamerkan semua kerya seni dalam pejabat mereka atau di semua sekolah kene beli karya seni, supaya orang di pejabat dan di sekolah tidak terlalu stress dalam kerja mereka, akan tentunya merupakan peluang untuk semua karya seni dibeli oleh banyak pihak dan merupakan peluang untuk mereka tak kira di kota besar atau kecil.
Mungkin jabatan penjara atau hospital boleh memulakan, mereka yang sakit jiwa atau fizikal jika melihat karya2 seni satu masa akan tenang dan beransur pulih.
Kawan sekadar bercerita dalam dunia awok.
Sedang kawan masih bersesak2 dan terkejar2 di jalanraya setiap hari.
Tak tahu bila dapat lari dari kesesakan kota, dan kembali menikmati bunyi2 burung merbah kapor, melihat pipit uban bergayut pada sarang dipucuk pokok nyor, anak ikan ruan (haruan) yang berwarna merah berkerumun di atas air dan makan mempelam muda cicah kicap dengan gula.
Kawan masih cuba melihat peluang-peluang itu.
uipts.
pande deme tu....koi kabo daa
Siapalah agaknya yang berani amat memaki-maki M. Nasir tu ye? Nak tau jugak M. Nasir macamana masa kena maki tu?
hah maki m nasir? hahahah lawok kamu ni...
Post a Comment