Wednesday, June 22, 2011

cerita tentang mengapa perut saya jadi apa yang dia jadi hari ini

telor belachan-kata Kak Ainon yang jika arwah Haji Salim tidak memberikan didikan agama yang betul satu masa dahulu,harus menjadi juara ratu cantik mana-mana yang dia ikut bertanding.

Kami berbual ditangga surau peninggalan Haji Salim,ayah Kak Ainon,sepupu saya. Kami bercerita tentang masakan.Kak Ainon sedang mengupas kelapa waktu saya tiba.Saya kesana kerana berjanji untuk minum dengan Ra-E,adik Kak Ainon.Anak Makcik Ha,ibu saudara saya.Sudahnya kami berbual dan berbual hingga zohor dan berpisah.

dua ringgit setengah sebijik dah leni-kata Kak Ainon.Dia tahu saya tidak tahu tentang harga barang-barang keperluan harian,maka kerana itu agaknya dia memberitahu tanpa ditanya. Betul kelapa sekarang dua ringgit setengah sebiji? Mana-lah perlu saya ambil tahu tentang harga barang kegunaan harian kerana seperti orang-orang atas yang melampau kaya itu,kami tidak kepasar membeli-belah.Yang kami tahu cuma makan.

Saya bertanya tentang masakan kegemaran yang tidak saya ketahui namanya. Jarang saya makan bertambah kecuali jika telor itek masak belachan. Jika itu lauknya,maka saya akan makan sebagaimana kaki rasuah makan suap. Tidak puas-puas cuma bezanya,saya akan terpaksa berhenti dek kerana sudah sesak nafas.


resepi Tok Munah tu,turun temurun
-tambah Kak Chik,kakak kepada Kak Ainon yang juga sepupu saya uang paling tua. Sudah sama tua dengan Mok saya sendiri.Tok Munah nenek kami,Mok adik beradik dengan ibu Kak Cik,Kak Ainon juga Ra-E.

Saya rindu benar dengan Tok Munah.

Ada orang kata saya ini seperti Tok Rani,suami Tok Munah yang juga datuk saya yang kami panggil "ayoh",perengus,tegas dan pemarah tapi saya suka mengatakan yang saya sebenarnya lebih mirip Tok Munah,cantik dan sangat baik hati.

Yang pernah masak untuk saya telor belachan itu cuma Mok,Makcik Ha serta Indah,adik perempuan saya. Masakan Indah semestinya tidak dapat menandingi masakan Mok dan Makcik Ha.

Jika kamu pernah makan nasi kerabu,tentu kamu tahu akan sambalnya.Maka telor belachan mirip kepada sambal nasi kerabu itu.Santan dan cili kering yang ditumpuk dimasak sehingga pecah minyak lalu dibiarkan sehingga hampir kering lalu dimasukkan telor itek.

titik serai sikit-kata Kak Cik dan biar saya beritahu kamu,tidak ada masakan yang lebih enak dari telor belachan kecuali telor ikan tengiri digorengan dengan garam dan kunyit.

8 comments:

Anonymous said...

loh perot gitu ngidam penyer.
paham.. paham.. LOL

Amanda said...

peh, sedap gila.

Airmas sz said...

alasan

Anonymous said...

tetiba rasa lapar :)

Anonymous said...

Saya sangkal Encik Jones, pada saya paling sedap sambal tempoyak mak saya, segala ulam: pucuk kadok, pucuk ubi, pucuk labu, daun kunyit, serai, petai, asam belimbing, dll dimasukkan ke dalam periuk besama tempoyak, santan, lada giling, bawang. Sungguh syurga rasanya. Tidak ada kedai sanggup menjual lauk ini.

abdullahjones said...

betul,masakan mak siapa pun wajip lebih sedap dari masakan orang lain.

tapi,nampak sangat pemalasnya jika main campak segala mak nenek dalam satu belanga.

benludin azhar said...

peh..keh ingat tersalah masuk blog tadi. dah ada cerita resepi masakan plak dah..haha!

Hashim Zabidi said...

penyaer, kalau makan sambal belacan pedas lada burung, suara nya pecah jadi lebih mersik. Orang mendengar pun asyik!