Saya masuk kekereta Abang Ta, menantu Ateh yang kadang-kadang teramat kaya,kadang-kadang sederhana sahaja dan kadang-kadang agak miskin. Realiti hidup peniaga waktu itu. Sekarang ini Abang Ta sederhana dan selesa.
Didalam kereta Abang Ta-lah saya temui Bob Dylan. Dalam sebuah mixed-tape. Lagu pertama yang saya dengar setelah kaset tersebut saya hulurkan ke pemainnya adalah Maggie's Farm dan saya rasa abdullahjones pun lahir.
Gila! pertama kali mendengar suara Bob Dylan dan jika kamu biasa mendengar suaranya kamu akan tahu maksud saya,terus saya jadi suka. Bayangkan, suara yang keluar terus dari hidung dan entah apa yang disebutnya tetapi seakan ada majis yang menarik kamu untuk terus mendengar.
Kemudian saya amati lirik lagu tersebut dan itu-lah saat eureka bagi saya. Lirik lagu tersebut menceritakan mengenai bagaimana penyanyi tidak lagi mahu berkerja di ladang Maggie. Tidak pernah ada lagu yang saya dengar (waktu itu) menceritakan hal begini. Ada humor dalam liriknya dan saya pun terus terpikat.
Humor adalah sesuatu yang tidak ada dalam kebanyakan kita bilamana kita pegang yang wang adalah segala. Semua pun jadi enau, melepaskan kawan demi untuk maju diri sendiri.
Sebelum dari Bob Dylan,saya asyik dengan Ebiet G Ade yang diperkenalkan kepada saya oleh Usop Makcik Senah, abang kepada Pa,kawan rapat saya di kampung.
Protes gaya Ebiet G Ade serupa Usman Awang. Lembut dan mengasyikan. Walaupun gemar pada Ebiet,saya (waktu itu) amat bosan dengan tulisan Usman Awang,terlalu pakcik-pakcik pada saya. 17tahun itu umur rebel kata orang dan lama selepas 40 baru saya faham betapa indahnya tulisan Usman Awang.
Namun,meskipun selalu mencuba, tulisan saya sendiri tidak boleh pergi ke gaya Usman Awang kecuali dalam siri puisi untuk Min.
Selepas lama dibuai Ebiet dan terjumpa Bob Dylan,dunia baru musik saya pun terbuka. Saban minggu dengan elaun yang ada saya belanjakan hanya untuk mencari kaset-kaset beliau. Saya beli semua album nyanyian beliau.
-you ingat dia hari-hari bikin kaset ka?-kata tuan punya kedai kaset yang selalu saya kunjungi bila saban minggu saya mencari kaset Bob Dylan bila saya desak beliau untuk mencari didalam setor kedainya kalau-kalau masih ada yang tersimpan dan belum saya miliki.
Apa yang jadi kepada saya hari ini sebahagiannya adalah hasil dari penelitian terhadap lagu-lagu beliau dan saya terpaksa akui yang ini bukan-lah sesuatu yang baik. Mungkin saya ini akan menjadi lebih baik sekiranya saya kekal mendengar duet Uji Rashid dan Hail Amir. Kerajaan pun tentu suka. Seperti anak-anak hari ini yang ralit didendang oleh musik dan lirik yang menceritakan cara bagaimana kamu boleh masuk kedalam kain atau seluar pasangan kamu dan apa yang akan dan telah lakukan kepada kehendak kamu itu.
-find a really nice girl.gonna have a really nice sex.and she's gonna scream out.this is great-
Untuk itu,nasihat saya adalah,berhati-hati memilih minat kerana ia akan kekal untuk masa yang sangat lama dengan kamu.
Hari ini ulangtahun kelahiran Bob Dylan. Jika saya ucapkan selamat hari jadi kepada beliau pun,bukannya beliau tahu atau peduli cuma saya ingin menulis sesuatu tentang beliau pada hari ulangtahun ini.
Cuma,saya rasa perlu juga berterima kasih kepada yahudi yang seorang ini dalam memberi sumbangan walau banyak walau sedikit dalam membentuk pemikiran senteng saya. Tabik!
12 comments:
wa tak tahu nak minat apa...
oh. bukan zaman saya dengar dia ni.
tapi, lepas baca tadi saya search di youtube.
agak memberangsangkan.
bob dylan the figura influence :)
mereka ARTis yang sebenar...
She's sixty-eight, but she says she's fifty-four!!
first time dengar bob dylan pun dalam kereta jugak(1979) dari cartridge various artiste.. blowin' in the wind.. tak tahu siapa yang nyanyi masa tu.. 3 tahun lepas tu baru kenal bob..
Kesukaan ibu saya itu
Saya kenal bob dylan hanya setelah di perkenalkan oleh Jones
yang benar
Airmas
:) antara yahudi kegemaran saya juga
abdullah jones saya suka kenyataan ini;
saya (waktu itu) amat bosan dengan tulisan Usman Awang,terlalu pakcik-pakcik pada saya. 17tahun itu umur rebel kata orang dan lama selepas 40 baru saya faham betapa indahnya tulisan Usman Awang.
aku datang balik semula bro.
uipts
Post a Comment