Monday, May 16, 2011

batek dan saya


Semasa masih remaja,saya selalu tersua dengan lelaki ini. Dia dan mini moke-nya kelihatan amat cool.

Kemudian,saya diberitahu yang beliau adalah Ramli Malek,pelukis batek yang amat berjaya pernah dilahirkan oleh Kuantan. Jika kamu pernah ke Club Mediterranean di Cherating,kamu tentu akan perasan yang batek yang digunakan sebagai uniform pekerja juga alas meja dan sebagainya ada sedikit kelainan dari batek yang biasa dihasilkan oleh pembatik tempatan.

Batek Club Med. tersebut adalah rekaan Ramli Malek. Diatas adalah mini moke jika kamu belum tahu.Saya ambil dari internet melalui ini. Batek rekaan beliau menjadi amat berjaya semasa hayatnya. Beberapa pereka fasyen terkemuka dunia juga menggunakan rekaan beliau. Cuma saya lupa pereka yang mana satu. Jelajah internet saya juga tidak menghasilkan maklumat mengenai beliau.

Ramli Malek meninggal dunia lemas ketika memancing. Ada cerita yang mengatakan yang beliau lemas ketika cuba menyelamatkan seorang rakan. Saya tidak tahu sama-ada cerita itu benar atau sebaliknya.

RM Batek yang terkenal di bandar Kuantan ini pula adalah perniagaan peninggal beliau yang diuruskan oleh keluarganya. Anak perempuan beliau katanya adalah hantu perempuan yang terapung di penghujung filim Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Itu pengenalan awal saya dengan batek.

Di Telok Chempedak,tapak McDonald sekarang ini sebetulnya adalah tempat medan kraf. Bangunan yang dibina cantik dari kayu sepenuhnya itu dirobohkan kerana tidak mendatangkan untung.

Selain dari pemusnahan Masjid Tempurung di Kuantan ini,robohnya bangunan kraf di Telok Chempedak ini juga adalah antara sumber kesedihan dalam hidup saya.

Di arwah medan kraf Telok Chempedak inilah saya menempah sehelai kemeja t batek dari Roslina Abu Bakar,bekas pelajar ITM yang berbakat besar dalam seni lukis dan tidak lagi berkarya. Seperti juga nasib kebanyakan pelukis wanita diMalaya ini setelah mereka sadar betapa enaknya ditiduri dengan halal.Dibateknya oleh beliau gambar penyu PATA yang sedang panas waktu itu pada kemeja t berkenaan,jika kamu satu musin dengan saya,kamu tentu ingat akan penyu yang berkacamata hitam itu.

Malang sedikit, Roslina mewarnakan seluruh kameja t tersebut dengar warna merah jambu dan walaupun saya sendiri teramat jambu waktu itu,saya tidak-lah sanggup memakainya melainkan sekali.

Setelah dari itu, lama kemudian,Abu Yusof serta Azlan Shah memperkenalkan saya kepada Atip dan Kuda, dua dari tiga orang penyusaha batek di sebuah studio di Cherating. Saya lupa nama studio mereka. Saya juga lupa nama seorang lagi rakan mereka.Maklumlah,saya kaya,mereka miskin,mudah sebenarnya lupa melupa. Jika ada diantara kamu yang mengenali Atip dan Kuda,mungkin kamu boleh bertanya dengan mereka.

Studio mereka-lah sebenarnya yang membuatkan saya jatuh cinta dengan batek. Saya akan berulang-ulang ke studio mereka dari Kuantan untuk mempelajari seni batek. Atip yang saya kenal waktu itu adalah kanak-kanak nakal yang jika lihat jauh kedalam matanya kamu akan lihat rancangan-rancangan jahatnya. Dia adalah jiwa bebas dalam kumpulan mereka. Kuda mamat kacak yang katanya kekal kacak sehingga hari ini.

Atip dan Kuda, terima kasih atas tunjuk ajar dan sempena hari guru ini,saya mengucapkan selamat hari guru kepada kamu berdua. Saya terhutang budi atas jasa kamu berdua. Walaupun sombong,kaya-raya dan kacak,saya dengan rendah hati rela diapa-apakan oleh kamu berdua.

Atip kini katanya di Kemaman,jadi cikgu besar. Kuda pula di Kuala Lumpur.Berkawan dengan Azlan Shah.

Maka selepas itu bermula-lah kisah cinta saya dan batek.Walau kemana pun saya,kecuali semasa diluar dulu,saya pasti akan membatek. Dijual atau tidak,saya tetap membatek. Namun begitu,tumpuan saya hanya kepada lukisan batek,bukan kepada kain untuk pakaian batek. Cuma kadang-kadang ada juga saya buat untuk pakai sendiri dan mereka yang dekat.

Selain itu,saya juga pernah belajar membatek dengan AYAM atau Ahmad Yazid Abdul Malek iaitu adik kepada arwah Ramli Malek. Juga dengan Ghazali Che Omar,pemilik galeri batek Natural Art di Balok dan Ghazali Art Gallery yang terletak di Jalan Besar Kuantan.

Dan hari ini mereka ini pun datang setelah beberapa keping batek saya dipilih sebagai koleksi tetap Balai Seni Lukis Negara semasa kunjungan Ameruddin tempohari.

Sila perhatikan mereka bertiga itu. Takut benar bila saya kerahkan mereka duduk di kerusi terkenal itu. Terketar-ketar.Yang paling banyak membaca ayat-ayat suci adalah si Husni Mubarak di hujung kanan. Terkumat-kamit mulut beliau sambil punggung dilabuhkan.Saya tidak faham mentera apa yang diucapkan oleh si Kartik.Baktiar pula sudah teramat pucat dengan gigi atas serta bawah saling berlaga. Ada peluh cemas pada dari semua mereka.

-jangan kutuk kami dalam blog- rayu Baktiar bagi pihak mereka. Ini-lah raputasi yang akan kekal menghantui saya. Sepertilah saya ini teramat jahat. Yang kerjanya menjatuhkan orang sahaja. Jika hal ini diketahui oleh Mok saya,apakah kamu tidak fikir betapa sedihnya dia? Apa lagi kesedih selain kesedihan seorang ibu bilamana anak yang dididik benar,yang telah terbukti sopan,yang menghormati tua dan mencintai yang muda,yang seluruh hidupnya diabadikan kepada kesejahteraan orang lain dituduh sebagai kelahiran semula kejahatan dimuka alam ini?

Kamu semua memang tidak berhati perut melukakan Mok saya sebegitu rupa.

Dibawah ini adalah 5keping batek yang telah dipilih. Nanti jika kamu tanpa terduga serta tidak dengan kehendak kamu sendiri entah bagaimana berada di Balai Seni Lukis Negara,datang-lah ziarah mereka kerana itu-lah paling hampir kamu akan mendekati saya. Jika mahu,cium-lah mereka kerana hanya itu peluang yang kamu ada untuk mencium saya.

Juga,jika kamu adalah pelukis dan entah bagaimana,disatu acara apa, ada orang berkata-itulah abdullahjones yang hebat tu-sambil menunding kearah saya dengan ibujari sambil jari lain digengam sebagai tanpa amat hormat kepada saya,bersegeralah kamu kepada saya dan jabat serta cium tangan saya berkali-kali kerana itu-lah peluang paling hampir untuk lukisan kamu di gantung didewan pameran Balai Seni Lukis Negara.
Oh! Lupa. Saya menawarkan 15juta ringgit sebagai tukaran. Mereka kata mereka cuma mampu 10juta. Maka saya pun setuju. Berkorban demi negara tiada harga sebenarnya.

9 comments:

Anonymous said...

Bolehkah agaknya wajah saya dibatekkan?? tentu lebih ayu dan jelitakan..hehehe :)

Unknown said...

Aj, sya tak akan kata yg kamu jahat@ mpunyai rancangan jahat, sya katakan awk suka perasan, sya ulang PERASAN (sya tidak mahu melukakan hati mana2 orgtua kerana sya mcintai orgtua apalagi mok awk yg awk syg itu). Aj, teruskanlah aktiviti perasan atau ayat lebih tepat lagi koya, koya satu perbuatan yg boleh menggembirakan diri dan kamu tidak perlu berbelanja sesen pun utk itu. berbuat apa pun, hanya kamu yg tahu dan Tuhanmu yg lebih mengetahui.

bard said...

nasib sy tidak memakai topi hijau berbintang merah di kepala..nanti apa pula ditulis oleh AJ..hehe

Unknown said...

bard:kecenderungan Aj meng-attack dari sudut penampilan@ personaliti individu sangat rendah, jangan bimbang tentang itu... dia akan attack org2 yg rapat@ yg dia suka saja.... yg dia tak suka dia takkan tulis apa2... sumpah keturunan Jones. trust me...

Kemilau Gemilang said...

AJ... anak saya sudah pandai berjalan.... moga dia tidak sejahat kamu... hehehe

mamai said...

Bro nanti bila berkesempatan balik kuantan akan wa singgah di gelari

kingbinjai said...

Wow! 10 juta!

Shaira Amira said...
This comment has been removed by the author.
Shaira Amira said...

Meninggal sebab nak selamatkan sepupu dia.