Tuesday, April 19, 2011

tulis dan tengok apa jadi

Malas sebenarnya menulis tapi bila kenangkan kata sinaga-naga-menulis tu kena-atau kata-kata yang seakan itu,usia bertambah,memori pun kurang,akibat banyak dosa,kata isteri saya,maka menulis juga-lah.

Mari kita tengok apa jadi.

Tidak penting pun sebenarnya samada menulis atau tidak kerana selain dari melepaskan dendam kesumat,menulis disini tidak mendatangkan apa-apa.Atau sebenarnya itu adalah satu pernyataan yang silap.

Setiap apa yang kita lakukan ada implikasinya,besar atau kecil,sengaja atau tidak.

Banyak perkara yang berlaku keliling kita,sedar atau tidak. Kita peka atau tidak,peristiwa tetap berlaku. Mahu ambil tahu atau tidak,semua pun tetap berlaku. Seperti kata orang pandai dan tahu agama; agama sedang menaik,kamu ikut agama atau tidak, ia tetap menaik. ikut serta dan kamu untung. tidak ikut,maka berdoa-lah kamu agar tuhan ampun.

Bunyi seperti ugutan tapi itu-lah,agama agak-nya memang begitu. Berikan berita gembira sambil memberitahu juga akibat tidak tidak mahu berserta duduk dalam suasana gembira.

Apa pilihan yang kita ada? Tidak ada sebenarnya kecuali kita sengaja mahu jadi bodoh.Masuk politik misalnya. Itu bodoh besar namanya.ha ha ha.

Dan dinegara ini,jika mereka kata mahu,mereka wajip dapat. Bina kilang kimia misalnya.Tarah gunung misalnya.Mereka hendak-lah dibaca sebagai mereka yang menang pilihanraya. Dalam bodoh ,mereka yang untung. Kita-lah sebenarnya yang bodoh.

Hidup bukan serius sangat. Tenang-tengang sudah-lah. Kita jadi tidak faham bila terlalu banyak cerita bunuh-diri orang kita. Hampir setiap hari. Yang muda juga yang tua. Saya salah-kan media dalam hal ini kerana rasanya sebab pertama kes bunuh diri dikalangan bangsa melayu adalah kerana cinta dan keduanya adalah kerana wang.

Mungkin ini juga adalah sebab yang universal tetapi bila dua ini menjadi mengapa manusia yang tentunya sedikit-sebanyak ada pengetahuan tentang agama,maka iangnya menjadi malang besar kerana kedua itu bukan penting!

Media jadi-kan cinta sesama manusia sebagai sesuatu yang teramat agung. Mungkin betul tetapi menjadikan kecewa cinta sebagai gagal sebuah kehidupan seperti yang sering digambarkan oleh banyak media,adalah satu dosa.

Lupa kita kepada konsep mula kembali. Kita lupa dalam agama mengajar kita selagi belum mati,kita diberi peluang untuk kembali. Kita sepatutnya jadi lebih pemaaf dan pandai mengambil sisi humor satu-satu keadaan.

Media juga jadi-kan wang sebagai tuhan. Lihat saja bagaimana media membenarkan mereka-mereka yang pandai menipu mempamerkan khidmat mereka. Tentu sahaja mereka lakukan ini juga demi wang. Menjadi kaya adalah matlamat hidup lalu apabila gagal,layak-lah mereka untuk mati.

Kita tidak lagi boleh hidup ikut kemampuan.Seperti bedosa bila telefon bimbit kita sudah berusia lebih dari 2tahun. Segala perlu ikut arus atau kita jadi malu.Dan malu sebegini melayak-kan kita untuk mati ditangan sendiri.

Jarang berpeluang menonton tv sebenarnya saya ini namun diwaktu-waktu menonton,saya dapati televisyen hanya sebuah media propaganda jahat. Yang paling utama adalah hiburan dan berhibur. Ini adalah satu kejahatan dan malang kerana selain dari tidak menonton,kita tidak ada kuasa untuk menghalang kejahatan ini.

Apa kekuatan yang kita ada untuk lari jauh dari teknologi? Ikut tabligh,kata rakan sebelah. Mungkin jawab saya tetapi jika dilihat jahatnya cara teknologi digunakan hari ini seperti keadaan tidak lagi mengizinkan kita lari melainkan duduk bersama jahat dan berdoa agar kita selamat.Satu doa yang mustahil. Membakar hujan,kata Mok saya.

Bukan masalah sebenarnya bila telnologi masuk masjid. Skrin besar,papan iklan dengan cahaya yang berlari-lari.

Yang menjadi masalah adalah bila semua masjid dan surau merasa tertekan perlu ada semua itu. Lalu wang derma masjid digunakan untuk menglengkapi masjid dan surau dengan segalam macam gajet.Dan iklan dengan cahaya berlari-lari itu minta tolong letak diluar masjid misalnya agar tidak datang ganggu manusia mahu bersembahyang.

Saya cenderung mengatakan yang beberapa tahun dari sekarang,papan iklan dimasjid akan mula menyediakan khidmat iklan berbayar.Mula dengan iklan upah haji dan lama-kelamaan segala macam.Ini tidak mustahil kerana masjid kini amat mementingkan pendapatan.

Dulu,gereja menguasai banyak negara. Tanah banyak negara beragama dimiliki gereja.Lalu gereja menjadi kuat kerana banyak harta. Hari ini rumah agama adalah satu perniagaan yang amat menguntungkan. Cuba tanya rakan cina dan india kamu.

Dibeberapa negara,banyak gereja dijual kerana sudah tidak menguntungkan. Kerana kurangnya ahli yang beribadat lalu pendapatan mereka juga kurang. Ada ketua agama yang terpaksa berkontroversi untuk menaikkan nama gereja mereka dan berharap ianya akan dikungunji. Kamu baca berita mengenai mereka yang mahu membakar al-quran dan menganggap itu sebagai isu benci agama walhal ianya cuma satu stunt untuk menarik pengikut demi wang.

Apa pula yang menghalang masjid-masjid dari mengalami nasib yang sama bila kita sangat mementingkan pendapatan?

Membebel memang sedap.

3 comments:

mae said...

gua suka dengar dakwah dari ceramah politik...tv pun tengok gak.

amirnazrin said...

terima kasih.

karatz said...

cara bro bikin isi memang sedap.dari pandangan sendiri,yang benar dilihat.suka!