Thursday, April 07, 2011

tahzan-lah

Cerita kawan saya;

-dulu aku selalu juga rotan anak-anak. bukan suka-suka. bila dia buat salah,aku rotan. rotan sikit-sikit. kat rumah aku pun memang aku gantung rotan kat dinding. sunnah kata orang.

ada satu hari,aku naik hantu. aku rotan lebih dari biasa. masa aku hayun rotan tu aku terpandang muka anak aku. aku tengok mata dia. ada satu macam punya ketakutan yang aku nampak. jadi sedih amat sangat aku bila tengok anak aku takut. aku bayangkan yang aku di tempat dia. orang yang paling kita saya bantai kita. macam bila kekasih kita kecewakan kita.

aku jadi sedih. sejak hari tu aku tak rotan anak aku. cuma aku ugut nak rotan je. rotan tu masih aku gantung kat dinding. sunnah.dapat pahala gantung rotan pon ok. tu-lah,rotan ni buat nak didik,bukan nak hukum. kita jadi konfius dua tu. jadi macam orang penjara. rotan sebab hukum.-

Cerita saya;

Membaca berita budak tujuh tahun dirotan dan meninggal dunia amat menyedihkan . Cuba kamu bayangkan,dipukul hingga pengsan dan kemudian mati. Betul,ada kawan kata budak itu masuk sorga kerana masih kanak-kanak namun cuba kamu bayangkan saat-saat akhir anak itu. Dia mati dalam kesakitan dan ketakutan.

Kanak-kanak,apa pun kesalahan mereka jangan diikat dan dirotan begitu. Kepala mereka jangan dipukul. Kamu semua pandai agama dan tentu tahu mana bahagian yang boleh dirotan dan sekuat mana had pukulan itu.

Mungkin kita hari ini tidak lagi gembira. Hidup penuh dengan tekanan (untuk jadi kaya) lalu kita tentang apa juga masalah yang datang dengan marah. Tidak ada lagi sabar dalam hidup. Yang kita mahu adalah gembira yang tidak dihalang.

Ia-lah,mahu dihantar kepada pihak berwajip,bimbang mati dalam tahanan. Baik kita sendiri yang bunuh,baru puas hati kita.

3 comments:

mirachantek said...

kalau hanger tu sama p=fungsi tak dengan rotan. hmmm

madshuttle said...

selamat hari lahir aj.... dah terlajak 5 hari... anak saya cukup dah satu tahun.... hehe

Anonymous said...

Encik Jones,

Saya ada versi lain. Katanya Ustad itu tidak memukul langsung, hanya dihukum kurung 2 jam dalam bilik tidur Ustad. Kemudiannya Ustad lain terjumpa dia telah terbaring dalam bilik itu tidak sedarkan diri. Laporan doktor menyebut tiada langsung kesan rotan atau pukul ditubuhnya. COD menyatakan dia mati kerana kekurangan oksigen. Sla harap maklum. Jika benar, akhbar harian telah menambah asam garam dalam cerita ini.