Saturday, April 23, 2011

Chernobyl-Bhopal-Gebeng

Secara peribadi,saya menentang operasi kilang Lynas di Gebeng kerana beberapa perkara dan yang paling tinggi atas kebimbangan itu adalah mengenai ketulusan.

Bukan rahsia yang apa juga yang perlu kelulusan di Malaya ini jika gagal diperingkat awal,boleh lulus dengan sedikit budi bicara. Dari kesalahan jalan-raya hingga kepada jenayah bunuh,semua boleh diuruskan dengan budi-bicara dan tentunya kamu faham dengan apa yang saya maksud-kan dengan budi-bicara.

Bukan juga misteri dinegara indah permai ini betapa sekian-sekian peristiwa yang melanda disapu kebawah tikar,atau karpet jika kamu suka. Semua kata yang bertanggungjawab adalah bagi memelihara kerhomian hidup seluruh rakyat.

Lalu saya menuduh syarikat tersebut beroleh kelulusan berdasarkan pandainya mereka berbudi-bicara.

Mengapa Pahang perlukan pelaburan dari syarikat ini dan jika pelaburan dari syarikat ini dibatalkan,apakah kerajaan negeri akan mengalami kerugian? Miskin benarkah Pahang hingga sanggup mengimport satu lagi kejahatan? Atau,banyak-kah peluang perkerjaan yang dibekalkan oleh syarikat ini?

Wikipedia mengatakan yang bahan yang diproses itu ada bahayanya. Kita jadi bimbang.Maka berkata-benar-lah.

Beritahu dengan jelas bukan dengan maki dan ugutan.Kita semua sudah dewasa,maka bicara dengan jelas tanpa tekanan.Berbincang bukan berkelahi.

Jadi Menteri Besar bukan lesen untuk jadi bodoh.

Orang-orang yang marah mengatakan yang jika benar operasi kilang ini selamat,mengapa Negeri Terengganu menolaknya? Begitu juga China dan mengapa tidak dibuka sahaja kilang tersebut di tanah asal kilang tersebut iaitu Australia?

Persoalan diatas mungkin ada jawapan yang rasional,namun akibat sentimen yang ada terhadap pemerintah,maka kita sentiasa curiga atas apa sahaja penjelesan yang diberikan.

Kerajaan Malaya kini adalah the boy who cried wolf,tidak lagi dipercayai.Dan selalunya ketidakpercayaan kita itu ada asasnya.

Apa-kah penentangan terhadapkilang tersebut akan berjaya? Tentu sekali tidak kerana sekali membuat keputusan,maka jangan harap mereka akan berundur. Terlalu banyak kemalangan yang akan digeluti pemerintah jika menarik balik kelulusan yang telah dibudi-bicarakan itu.

Yang akan berlaku adalah,panel yang dilantik itu akan mengeluarkan lapuran bunga ros. Wangi. Kerajaan pula akan mengeluarkan jaminan akan selamatnya seluruh rakyat tempatan lalu kilang tersebut akan menyambung operasinya kembali.

Orang-orang marah akan terus memprotes tetapi perlahan-lahan isu ini akan tenang sehingga-lah jika ditakdirkan semua kilang yang ada di Gebeng itu meletup dan konon-kononnya seluruh Kuantan ini akan musnah,maka waktu itu kerajaan akan datang dengan dukacita sembil mengaku betapa kesal atas kesilapan mereka hari ini.

Pemerintah cuma memikirkan hari ini. Esok bukan mereka,lalu biar mampus,agak saya apa yang ada dalam kepala mereka.

Yang penting kepada pemerintah adalah wang. Dan layak-lah mereka jadi hambanya.

ps: sebagai hiburan,sila klik disini.

6 comments:

mae said...

penyesalan tu mesti diiringi background muzik yang begitu sedih oleh Tv3.

Hashim Zabidi said...

Antara daya usaha kepala negeri kita
buka kilang lynas jadi nyata
budi bicara demi budibicara
buat mengabui mata kita semua.

Gamaknya kepala negeri belum cukup kaya.

WL said...

Mana nak kayanya Bapak Hashim. Datinnya, asyik dengan solekan, asseori ini itu dan botox.

Sya said...

Lama tak menjengah blog AJ.. semoga AJ sihat sejahtera hendaknya

Unsunghero said...

...dan mungkin juga nanti saya tidak ke kuantan lagi. maka terkuburlah impian mahu bergambar di bangku dalam studio rajawali...

Anonymous said...

Yοuг pοst offeгs
ѵerifіeԁ necеѕsary to uѕ.
It’s extrеmely informative anԁ you're naturally really well-informed of this type. You get exposed my own eye in order to various thoughts about this kind of subject matter using intriguing, notable and strong articles.

Here is my site: Buy Valium
my web page - Buy Valium Online