Saturday, April 09, 2011

bila hati sudah ditawan


Kata orang bapa saya sangat meminati John F Kennedy,Presiden Amerika yang mati dibunuh itu. Lalu nama timangan saya di kampung adalah Kennedy atau jika kamu dari kampung saya,kamu akan panggil saya sebagai ke-ney-di. Sepupu dan kawan-kawan memanggil saya sebagai Naidi.

Mungkin kerana mereka sama-sama kacak dan sama-sama buaya.Bapa saya dan JFK maksudnya.

Mungkin kerana itu, semasa kanak-kanak dan setelah tahu cerita mengenai cerita presiden tersebut,saya menjadi obses mahu mengetahui siapa sebenarnya yang membunuh beliau. Apa sahaja bacaan mengenai beliau,saya teliti dan sekian lama,saya menjadi arif mengenai kisah hidup beliau.

Pernah timbul angan-angan naif waktu kanak-kanak dimana saya telah berjanji dengan diri saya yang antara soalan pertama yang akan saya tanya pada tuhan diakhirat kelak adalah mengenai siapa sebenarnya yang membunuh beliau.

Mengapa saya bercerita mengenai kisah lalu diatas? Entah,saya sendiri pun tidak tahu.Namun setelah membaca buku tulisan Raja Ahmad Aminullah,pemilik RA FINE ART GALLERY itu, saya menjadi nostalgik dan nostalgia diatas adalah antara yang pertama mahu tonjol diri.

Minda Tertawan adalah buku bahasa melayu arus perdana yang paling rebel yang pernah saya baca setakat ini dan apa yang menarik adalah ianya ditulis oleh seorang yang (maafkan saya Pak Raja) agak lebih berumur dari saya.

Mengapa saya kata menarik kerana sebab diatas? Kerana dalam kepala saya, mereka-mereka yang seusia beliau kebanyakan sedang duduk dalam zon selesa dan tentu tidak akan seberani ini menulis.

Buku ini terbit tepat pada masanya. Dengan suasana lintang-pukang politik Malaya,buku itu pertama-tamanya wajip dibaca oleh semua politikus. Yang berangan mahupun yang brengsek.

Pada kebanyakan mereka yang satu zaman juga sebahagian mereka yang sedikit muda dari saya, politikus hari ini terdiri dari mereka-mereka yang korup. Baik yang berkuasa mahupun yang inginkan kuasa. Apa yang mereka inginkan adalah sokongan rakyat agar mereka boleh membolot sebanyak mungkin kekayaan negara ini.

Bawa seorang politikus yang tiada langsung niat untuk menkayakan diri dan saya akan bangunkan sebuah kota dari emas dalam satu malam.

Rakyat kepada politikus adalah pelacur. Dibayar untuk memuaskan nafsu kemudian tidak dipedulikan.Dan yang lebih kurang ajar lagi adalah apabila nafsu politikus telah dipuaskan,maka mereka pun melaporkan kepada pihak berwajip untuk menangkap sundal tersebut demi untuk membuktikan betapa suci dan luhurnya hati mereka.

Politikus dari mana pihak pun tidak pernah mahu faham yang ada sebilangan rakyat yang langsung tidak peduli politik kepartian yang mereka anggap sebagai agama itu. Golongan ini tidak peduli siapa yang memegang kuasa. Apa yang mereka mahukan adalah keadilan dan ianya tidak semestinya datang dari partai yang bernama sedemikian. Secara peribadi,saya sangat suka menganggap partai tersebut adalah golongan kecewa yang mahu segera berkuasa.Dendam kesumat akibat terjatuh/dijatuh masih kuat terpahat dikalbu lalu mereka jadi Jebat yang konon dikhianat sahabat.

Hang Tuah dalam drama ini pula adalah seperti anjing yang telah terlalu selesa dipelihara dan mahu kekal begitu tanpa ada rasa perlu menjaga amanah yang dipertanggungjawabkan.

Minda Tertawan juga wajip dibaca oleh ahli mana-mana partai politik untuk menolak bodoh yang ada dalam diri mereka. Tanpa sedar mereka menjadi awak-awak yang menumpang sepenuh kasih kepada juragan mereka. Mereka bimbang jika si juragan membuang mereka kelaut kerana sebahagian besar dari mereka tidak tahu berenang dan boya penyelamat adalah terhad. Sedangkan mereka sebenarnya sedang menebuk lubang yang sangat besar pada kapal yang mereka naiki.

Kita menjadi muak bila membaca tulisan dan juga percakapan ahli mana-mana partai politik yang bercakap seperti menggunakan lubang jubor. Yang keluar dari mulut mereka hanya tahi atau sekurang-kurangnya angin yang meloyakan.

Misteri hidup paling besar pada saya adalah bagaimana satu orang manusia boleh berkumpul dan membina satu kumpulan lalu mereka menjadi hamba kepada kumpulan yang mereka sendiri cipta. Apa bezanya kamu dengan mereka yang membina patung lalu kamu menyembahnya dan anggap matlamat hidup kamu adalah memastikan kesejahteraan partai?

Buku ini mengembalikan saya kepada pemikiran kritis yang mula-mula membawa saya kepada dunia penulisan. Mungkin saya sedikit bias kerana buku ini di tulis Pak Raja,tuan punya galeri yang pertama menjemput saya mempamerkan lukisan saya sekembalinya saya dulu namun jika bukan kerana saya suka-kan buku ini,mampus saya tidak akan menulis tentangnya disini.

Lagi-pun nama rajawali ada disebut diawal buku ini.Okay-lah,rajawali-rajawali,bukan rajawali art group. Tapi sekurang-kurangnya ada sebut rajawali juga. ahaks.

Sampai bila politikus mahu menanggap kritik sebagai bangkangan? Sampai bila politikus mahu hidup dalam ketakutan hilang kuasa? Dan bila agaknya rakyat negara ini akan diangat sebagai manusia yang ada hak ?

Jawapannya adalah bila mampus semua politikus yang hanya tahu menggaru belakang kawan yang kemudian menggaru belakang atau jika selera mereka sedikit kelainan,menggaru kote mereka.

Saya tidak tahu dimana kamu boleh membeli buku ini.Mungkin ada dijual dikedai-kedai buku atau jika kamu ber-facebook (maaf keceluparan saya mengatakan JIKA),cuba jadikan RUZAIMAH LATIF sebagai kawan dan tanya beliau.

Baca buku ini dan jika ada kawan kamu yang menjadi ketua atau pencacai politik,hadian kepada mereka dan paksa mereka membacanya dan berdoalah agar mereka beroleh kecerahan.

kritik adalah bangkang
bangkang wajip kurung
mudah benar sifir mereka
untuk kekal berkuasa
sedunia juga sama
seniman itu batang pelir
yang dilarang menegang
berdosa kata mereka
walau berahi kita yang punya

我的爱叔叔 ai weiwei
sejahtera-lah hendaknya engkau
walau dimana-pun berada.
TUESDAY, 5 APRIL 2011

4 comments:

Lily said...

"Rakyat kepada politikus adalah pelacur. Dibayar untuk memuaskan nafsu kemudian tidak dipedulikan.Dan yang lebih kurang ajar lagi adalah apabila nafsu politikus telah dipuaskan,maka mereka pun melaporkan kepada pihak berwajip untuk menangkap sundal tersebut demi untuk membuktikan betapa suci dan luhurnya hati mereka."


Saya sangat setuju deengan kenyataan ini.

Hashim Zabidi said...

Menjadi wakil rakyat pra-menteri profession kelas pertama, menjadi impian setiap ahli parti.
Disitu ada cincin seribu mimpi.

sinaganaga said...

keh keh

matahati said...

'..Politikus dari mana pihak pun tidak pernah mahu faham yang ada sebilangan rakyat yang langsung tidak peduli politik kepartian yang mereka anggap sebagai agama itu. Golongan ini tidak peduli siapa yang memegang kuasa. Apa yang mereka mahukan adalah keadilan dan ianya tidak semestinya datang dari partai yang bernama sedemikian. Secara peribadi,saya sangat suka menganggap partai tersebut adalah golongan kecewa yang mahu segera berkuasa.Dendam kesumat akibat terjatuh/dijatuh masih kuat terpahat dikalbu lalu mereka jadi Jebat yang konon dikhianat sahabat..' tang ni paling best dan paling selalu org terlepas pandang. atau sengaja tak pandang.