Sunday, May 23, 2010

allepeh's folly

Hari ini, secara tidak semena-mena,kami,terpergi ke Kuala Lipis. Asalnya,saya kebosanan. Mahu berlatih melukis,terasa sudah teramat pandai. Lalu saya menghubungi penyair paling tidak produktif tanah Melayu itu.

Setelah bertemu,kami masing-masing angguk kepala,kemana? tanya kami serentak. Entah,masing-masing kami menjawab. Lipis? saran saya. Ok,kata penyair yang telah lama menulis tapi hanya ada sebuah buku itu.

Lalu Kami pun berangkat. Dibawah adalah beberapa keping gambar yang sempat kami rakam sebelum bateri kamera kami berhenti berkhidmat.
Batu O,kata saya.Mana lu tau? tanya penyair yang suka berjaga malam dan tidur disiangnya itu. Saya genius,semua pun tahu ,jawab saya.Dia angguk akur. Ambil gambar gua. Arah dia. Lalu ini gambarnya.

Sepanjang di Kuala Lipis,kami diberi penerangan oleh Abang Hashim,seorang pemandu pelancong profesional. Beliau punya banyak pengetahuan tentang banyak perkara dan tempat diseluruh Malaya. Hubungi beliau jika kamu perlukan pemandu pelancong walau mahu kemana sekalipun didalam negara pilihanraya kecil ini. Diatas adalah gambar Abang Hashim di Masjid Firdaus yang katanya tidak dibanjiri air ketika Kuala Lipis dilanda bah besar suatu masa dahulu.

Pahang Club
Rumah kedai hadapan Masjid Firdaus i
Rumah kedai hadapan Masjid Firdaus ii
Rumah kedai hadapan Masjid Firdaus iii
Encik Ben dan mereka-mereka yang meraikan kami.
Pipiyapong,mael dan dua kawan yang maaf,saya lupa namanya. Mereka meluangkan masa menghiburkan kami. Dan kawan si pipiyapong yang memakai tutup kepala berwarna putih itulah yang membolehkan kami melawat set pengambaran filim Hanyut arahan u-wei haji saari.

Terima kasih juga kepada Hasnol Rahmat,Dean Sham,Azam dan seorang budak perempuan comel yang juga saya lupa namanya.

Sebenarnya,saya ingin menziarahi Pak Hashim Zabidi,tetapi beliau keluar daerah. Mungkin lain kali rejeki kami untuk bertamu.

Oh,tersangat-lah pundeknya menulis cara begini.Macam judi bola yang kerajaan suka.

Saturday, May 15, 2010

ente memeng kaki bolot

-jones, kalau ana kata,dirumah, dR.ali bolot semua makanan termasuk bahagian anak-anak dia,ente percaya? tanya abu yusof kepada saya. biasanya saya akan berana-ente dengan kawan-kawan yang islam-islam.

Menjadi satu kesalahan besar apabila kita sengaja menuduh-nuduh. Kecuali benar ada bukti.dan bukti itu pula wajip dipersetujui banyak orang.

Saya memandang dR.ali dan kemudian Muhammad Hassan, dan angguk.Ditekak saya ada lump.Dalam hati berikrar untuk menjadikan Muhammad Hassan sebagai anak angkat.

Demi untuk memujuk hati, saya mengatakan, mungkin dia lebih memerlukan tenaga (untuk memanjat bukit dan gunung demi sekeping foto) dari Muhammad Hassan.

Tuesday, May 04, 2010

kejadian biasa yang menikam sukma

sebelum (ke surau)

selepas (ke surau)

binawe betul budak-budak sekarang. tak boleh langsung orang nak berfesyen.

Saturday, May 01, 2010

melayu binawe

Kecuali ada kematian,jarang kita dapati orang-orang cina atau india mahupun kaum sikh di Malaya ini mendirikan khemah dihadapan rumah mereka.

Melayu? Kenduri potong kulit lebih anak lelaki,kenduri dapat kad kredit,kenduri cukur bulu kote yang pertama ,kenduri laga lubang kencing anak dan menantu, pendek kata,apa sahaja yang boleh dikendurikan, Melayu akan sewa khemah.

Dan yang paling binawenya adalah, mereka dengan suka hati membina khemah jamuan ditengah-tengah laluan orangramai. Kemudian dengan perasaan yang sangat mulia,mereka akan menutup jalan berkenaan. Kamu akan dengan perasaan sangat marah terpaksa menggunakan jalan lain yang mungkin lebih jauh dari jalan biasa.

Ini menyumbangkan kepada banyak pembaziran. Masa dan harta kamu akan susut bilamana kamu terpaksa melakukan sesuatu luar dari kebiasaan.

Lebih menyejukkan mata memandang adalah tiada sebarang notis meminta ampun dari hujung rambut sehingga hujung kaki. Tiada permohonan minta dihalalkan kesalahan. Yang ada hanya tanda dilarang masuk.

Datuk kamu dari sebelah mana yang mengajar kamu melakukan ini semua?

Hilangnya kasih sayang antara insan sebenarnya ditanam dengan sebab-sebab yang kecil begini. Maka tidak hairan apabila berlaku salahfaham sesama tetangga akibat dari hati dan perasaan mereka digesel dengan beribu jenis kebiadapan yang hari ini dianggap budaya.Tidak perlu tunggu sehingga budak 15tahun ditembak untuk membina keluh kesah dalam masyarakat.

Menaikkan hadapan rumah hanya kerana kita mampu tanpa mengira kesan kepada tetangga misalnya.Hanya kerana kamu ada lebih wang atau ada saluran untuk berhutang,tidak bermakna kamu ada hak untuk membina tiang seri seperti rumah putih dan menganggu serta mencacatkan pemandangan tetangga kamu.

Semua taman perumahan ada balai orang ramai atau setidak-tidaknya padang permainan,gunakan jika tidak mampu atau ke hotel sana sahaja jika kamu mampu atau pun jika kamu ahli masjid,buat di masjid bagi meraikan apa jua pesta kehidupan kamu. Jangan ganggu kehidupan orang keliling.

Kamu boleh bagi seribu alasan mengapa kamu perlu membina khemah ditengah-tengah jalan orangramai,namun jika kamu mahu mengambilkira keselesaan masyarakat,pasti kamu akan setuju yang perbuatan kamu itu adalah salah.

Tidak perlu merajuk kerana tanggungjawab kamu adalah memelihara hubungraya kehidupan. Rosak hubungan ini,maka binasa habis keamanan sejagat.

Sebut pasal merajuk, tidak pernah terjadi dimana-mana pun polis sesebuah negara merajuk hanya kerana dituduh salah melakukan tugas. Polis dibayar gaji sama seperti banyak orang. Apakah seorang guru akan merajuk dan berhenti mengajar hanya kerana dituduh jahat? Tanggungjawab semua orang adalah menjalankan tugas yang diamanahkan. Bukan beri ugutan bilamana ada hal yang tidak dapat dipastikan. Jadilah dewasa wahai semua yang menerima wang sebagai upah melakukan apa sahaja tugas.