Tuesday, April 06, 2010

gen3

Genarasi ketiga peminta sedekah,kata tajuk sebuah akhbar hari ini. Berita itu menceritakan bagaimana pendatang dari Myanmar yang kemari sebagai pelarian pada tahun-tahun 70an dulu,kini menjadikan kerja mengemis sebagai mata pencarian tetap. Kerja itu kemudiannya diwarisi oleh anak dan cucu.

Pastinya kamu sering melihat kumpulan kanak-kanak yang meminta derma untuk pembinaan sekolah agama dimana-mana. Kanak-kanak ini katanya adalah yatim. Mereka agaknya sedang berusaha mengumpul dana bagi membina sekolah tempat pembelajaran mereka.

Kanak-kanak yang dikerah untuk mengutip derma bagi pembinaan sekolah agama ini adalah malang. Mereka akan membesar dalam suasana yang mengajar mereka supaya meminta-minta kasihan bagi mencapai matlamat.

Mereka ini apabila dewasa tidak nampak jalan usaha yang selain dari menagih bantuan.Semasa remaja mereka diajar supaya menghafal katarayu dari orang ramai. Diletaknya mereka dimerata tempat tumpuan dan dijadikan hamba.

Mana NGO yang megah berteriak membela kanak-kanak? Mana partai politik yang mendabik dada membela rakyat? Pembangkan atau pembodek sama sahaja. Mereka menutup mata melihat anak-anak ini dipergunakan untuk kepentingan satu golongan yang menjadikan (sekolah) agama sebagai penutup malasnya mereka. Adalah tidak menghairankan jika dalang disebalik kerja mempergunakan kanak-kanak ini adalah mereka-mereka yang dahulunya pernah diperkudakan untuk kerja yang sama.


Anak-anak ini apabila ditanya mengapa tidak disekolah akan mengatakan yang sekolah dalam pembinaan. Dan ini akan menjadi jawapan standard mereka untuk beberapa tahun mendatang.

Apa bezanya anak-anak kita yang meminta-minta ini dengan 3 keturunan pelarian perang dalam tajuk utama akhbar berkenaan? Apakah telah tiada ada lagi kasih sayang dalam diri kita hingga sanggup membiarkan anak-anak yang sepatutnya menikmati zaman bodoh mereka berkejaran meminta-minta?

Mereka tidak berpeluang bermain seperti anak-anak kita. Dikerah mencari sendiri wang untuk membina tempat menambah ilmu,itu pun jika benar wang yang mereka dapat itu adalah untuk tujuan apa yang mereka katakan.

Peminta derma ini tidak menyorok,mereka ada depan mata masyarakat. Mengapa tidak ada tindakan untuk menyelamatkan mereka?

7 comments:

Anonymous said...

dlm pilem do re mi arwah tompel bilang nak minta sedekah hari jumaat sedara.(ubi)

bokbon said...

kerana kita semua hidup didalam senang barangkali.

Fatih Najwa said...

kalau di indonesia saya dah tak heran..boleh jumpa dimana2,apalagi dalam bas.peminta sedekah kononnya untuk bangun masjid, rumah anak yatim.siap ada alamat, cop yayasan, bawa speaker, mengedar kotak sambil bersalawat. mereka memburukkan imej islam kata para penjabat pemerintah. kemiskinan. itu saja jawabnya.

Hashim Zabidi said...

Profession paling mudah
tak payah pergi sekolah
jadilah peminta sedekah.

minta undi pilihanraya
pun ada mirip meminta-minta.

sinaganaga said...

keh suke prasa "menikmati zaman bodoh" aok ni.

sinaganaga said...

keh suke prasa "menikmati zaman bodoh" aok ni.

Tok Dalang Moden said...

Kita cakap je kasihan dengan peminta sedekah ni..
Tapi kebanyakan orang ramai kita, lalu lalang depan peminta sedekah jarang sekali yang sudi menderma walau 10sen..
Sekadar lalu sahaja..

en kordi's blog here