Thursday, December 24, 2009

penulis jemputan menulis

Tulisan dibawah ini di tulis oleh Mohd Faiez Bin Mohd Ali. Sudah lama dihantar kepada saya,cuma saya lambat ada kesempatan menyiarkannya. Selamat membaca. Mohd Faeiz sedang melanjutkan pelajaran di United Kingdom,kampong saya.

Assalamualaikum.
(Entri ini bukan bersifat perkauman dan aku tidak benarkan mana2 pihak mengeksploitasikannya untuk tujuan-tujuan selain pendidikan dan kebaikan)

Hari ini sedikit pasal perbezaan antara pencapaian kaum2. Mengapa berbezanya Melayu dan kaum2 lain yang dikatakan pendatang di Malaysia. Fokus keatas kaum Melayu dan Cina.

Kita selalu dengar kan yang mana orang selalu kata.
1) Orang cina ni kapitalis. Suka kaut untung. Bunuh peluang orang melayu.
2) Orang melayu malas bekerja. Tahu merempit. Hisap gam. Semua benda ni, susah nak dapat lihat kaum lain buat.
3) Orang cina jadi tokan dadah, orang Melayu hisap. Jadi sampah.
4) Orang cina selalunya lebih berjaya daripada orang melayu dalam byk bidang. Cth utama bisnes.
5) Orang melayu busuk hati. Bunuh satu sama lain. Tak boleh tengok orang senang. Suka jaga tepi kain orang lain.
6) Orang melayu hanya tahu berangan.

Jadi hari ni aku nak sentuh sikit tentang perihal kenapa cina lagi berjaya daripada Melayu secara amnya dengan membuat perbandingan dengan tempat yang aku diami sekarang untuk belajar.

Pertama, kenyataan Cina rata2 nya lebih berjaya daripada Melayu memang satu kenyataan yang benar dan tidak boleh disangkal secara keseluruhan. Tengok cth dalam sekolah2. Siapa top student? Dalam bekerja, siapa lebih rajin? Dalam siapkan kerja rumah, siapa yang selalunya tak buat? Kita boleh jawab sendiri persoalan2 ini secara am.

Aku kata, sebab utama benda ni berlaku adalah kerana kaum cina asalnya merupakan kaum pendatang di tanah melayu. Orang melayu memang dah siap ada. Dengan tanah. dengan harta. Dengan kekayaan dan warisan. Tetapi cina datang sehelai sepinggang. Tak ada apa2. Secara teorinya, mereka yang datang ke tempat orang tanpa apa2 akan berusaha lebih keras untuk mencapai apa2 target yang diingini.

Kita boleh juga lihat contoh pekerja indonesia dan india serta benggali. Mereka datang dari tempat lain yang lebih rendah taraf hidupnya berbanding di sini. Bagi aku mereka rajin. Apa pekerjaan pun, mereka sanggup buat. Pekerja subaidah aku pernah interview. Datang sini duduk semua satu bilik ramai2. Berjalan subuh2 buta pergi tempat kerja. ada yang sampai sanggup belajar bahasa melayu sikit2. Mereka rajin. Kerana mereka faham maksud susah. Tapi ramai orang melayu kita tak faham.

Begitu juga cina. Mereka rasa terancam di Malaysia. Mereka dahulu beranggapan malaysia ni tanah utk melayu dan melayu sahaja. Maka, mereka usaha macam nak rak utk meningkatkan tahap sosial hidup sendiri. Ini membawa kepada perbincangan poin kedua iaitu zon selesa.

Orang melayu berada pada zon selesa. Kenapa aku berkata demikian?
1) Tak belajar pandai2 pun tak apa. Setakat lulus masih boleh sambung belajar. malah dibayar elaun lagi oleh kerajaan. Mana negara kerajaan bayar pelajar untuk belajar?
2) Kerja kerajaan tak payah sungguh2. Amat payah untuk dibuang melainkan utk sebab2 tertentu seperti melawan kerajaan. Masuk kerja lambat, balik awal tak ada kesan kepada keselamatan dan jaminan pekerjaan mereka. Walau produktiviti macam sampah, gaji dan elaun tetap sama ikut tangga gaji.
3) Segala2 nya ada. Subsidi itu. Subsidi ini. Bantuan itu. Bantuan ini. Buat apa mahu kerah tenaga lebih2?

Tetapi cina. Mereka bukan dalam zon selesa. Kenapa?
1) Susah nak dapat tempat dalam universiti tempatan yang disubsidikan oleh kerajaan.
2) Susah nak dapat tempat dalam institut pelajaran yang bagus seperti MRSM, sekolah2 asrama penuh dan sains.
3) Susah nak dapat kerja kerajaan atau kenaikan pangkat.
4) Tidak ada subsidi istimewa oleh kerajaan. tiada bantuan segalak bantuan2 untuk Melayu.

Maka, apa kesimpulannya? Cina lebih rajin kerana mereka berasa tidak selamat. Ini berkait rapat dengan 'survivalisme'. Berusaha lebih gigih untuk hidup atau 'survive'.
Apa buktinya poin aku ni? Mari lihat di negara maju seperti UK.

Di UK mereka kata orang Celtic adalah antara penduduk asal. Namun ini juga masih tidak dibuktikan secara menyeluruh. akhirnya kesimpulan mereka orang2 caucasian atau bahasa kasar orang putih adalah penduduk asal di UK ini.

Di negara maju ini aku boleh lihat yang lebih ramai kaum2 minoriti pendatang yang lebih rajin daripada orang putih sendiri. Di London, kaum pendatang secara keseluruhan akan menyamai penduduk putih dalam masa 20 tahun akan datang jika migrasi terus kekal dengan pattern yang sama. Dahulu Benggali dari bangladesh datang London untuk menjadi chef di atas kapal2 laut. Sekarang tokoh seperti Anwar Choudury telah menjadi orang bukan putih pertama yang memegang jawatan diplomatik tinggi di UK. Dan dia dari bangladesh!

Orang afrika datang ke england akibat daripada perniagaan segitiga yang berlaku waktu dolu2 antara afrika, Britain dan Amerika. Mereka dijadikan bahan jualan, yakni sebagai hamba. Tapi sekarang? Pernah dengar nama Lucas Radebe? bekas pemain pasukan Liga Perdana Inggeris. Dia seorang south-african.

Contoh yang lebih dekat. Orang melayu di UK. Aku belajar disini dan aku kenal ramai Melayu2 di UK. Termasuk juga rakyat Malaysia di UK yang terdiri daripada Cina, India dan kaum etnik lain. Mereka rajin. Mereka sering dipuji oleh pensyarah2. Amat jarang nak dapat orang Melayu di UK yang dibuang kerana ponteng kelas atau kerana merempit. Amat jarang nak lihat Melayu2 ini berpeleseran di pusat membeli belah di sini. Mengapa? Ini adalah kerana kami bukannya berada di dalam zon selesa. Kami adalah entiti asing di negara orang. Tanpa usaha, tak ada siapa yang akan tolong. Tak ada pejabat2 kerajaan nak minta bantuan. Tak ada ibu bapa yang boleh tolong dodoikan. Tak ada geng2 bernombor dan bersimbol boleh telefon minta tolong. Itu semua hanya relevan di tanah air Malaysia dan bukan di negara orang.

Cuba lupakan soal salah kerajaan. Salah sistem buat seketika. Lupakan soal dia salah, mereka salah, jiran sebelah rumah salah mahupun apek jual sayur yang salah. Lupakan juga tentang individu2 yang kita rasakan salah. Jom duduk sorang2. Muhasabah balik diri. Di mana kita punya kedudukan. Apa yang kita sumbangkan kepada negara kita ni. Mungkin kita nampak kesalahan orang lain. Tapi payah nak tengok kesalahan kita. Senang sangat nak tuding. Tapi kita tak perasan. Satu jari tuding kat orang. Lagi empat tuding mana?

Jadi disini aku cuma nak sampaikan. Melayu di malaysia sudah terlalu lama berada di zon selesa. Ada yang sedar dan cuba keluar secara sendiri dengan berfikir. Berubah. Tapi masih ramai lagi yang tidak. Itu yang menjadikan kes2 rogol, mengandung anak luar nikah, hisap gam, rempit, buat video 3gp dan lain2 makin menjadi2. Jangan salahkan orang lain jika satu hari nanti kita tersungkur. Kerana dah terlalu lama kita di tahap yang sama, tahap selesa. Dan jika bukan kita yang mengambil insiatif untuk meningkatkan kualiti hidup, siapa lagi?

Selamat.

21 comments:

cia said...

aku sokong 300% kata org tua ni, duduklah luar rumah kalau nak tengok rumah itu seget ke dok,........

sama2 berusaha utk memertabatkan Islam utk diri sendiri dan negara hingga seantero dunia,

insyaallah semua kaum dan etnik akan selamat dan bahagia...

mamai said...

bila kita susah kita akan cuba untuk hidup, tapi bila kita senang kita lupa macam mana nak hidup

Hashim Zabidi said...

Orang asing (cina, keling dll) patut sedar mereka pendatang. Justeru, mereka harus sedar diri, jangan nak mengada-ngada.

Apabila kepimpinan elit melayu tendang nasionalis melayu untuk kemerdekaan, gulungan elit itu ajak cina keling campur sama. Sekarang mereka sudah minta hak sama.

Sepatutnya orang melayu adalah tuan pada tanah Malaya ini sampai bila bila.

Kita sudah panggil orangputih tadbir negeri kita,

Kita panggil keling utk buat kerja ladang,

Kita panggil cina untuk melombong emas, bijih dll.

Orang melayu tetap jadi raja.

reverie said...

Terima kasih tuan punya blog sebab siarkan artikel ni.

Fokus artikel ni bukan pada kaum lain tetapi pada kecacatan kaum melayu yang rata2 nya masih cacat.

Terima kasih.

zizie ali said...

artikel yg sangat bagus. tq Mohd Faiez Bin Mohd Ali.

Bunga Rampai said...

Ada kawan Cina kata, mata Melayu saja yang bundar tapi malas melihat.

Terima kasih tulisan ini - terima kasih sdr. Mohd Faeiz.

Salam Pak AJ :)

Pa'chik said...

lama dah wa sebut pasal nih...

cuba gi tengok cina kat china sana... takde ke yang isap dadah... rogol, rempit, menyamun, merompak, mencuri...

A said...

nice writing.. :)

Komik Pedih said...

90% agreed..
Kita sudah duduk satu Malaysia, haruslah baik-baik antara satu sama lain..

Hendak lari mana lagi ?


http://wajahbuku.blogspot.com

Anonymous said...

Cina banyak taktikal dan tak ada haal haram. Baru tadi ada kes cina menipu gas subsidi dekat TV. Curi gas domestik 1 tong 2 kg, letak satu tong 50kg, jual balik. Itu contoh kecil. Banyak lagi muslihat cina ni. Sebab itu mereka cepat naik. Cina pun dapat subsidi dan banyak bantuan. Tak payah la hendak nafikan.

Orang Melayu pulak? Pemimpin mereka bodoh dan patut mampus saja. Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Siapa yang hendak bela pelukis-pelukis Melayu di Pahang ini? Tak ada. Tapi pelukis-pelukis Cina diangkat dan dibela sungguh-sungguh. Itulah kelemahan pemimpin Melayu. Seekor ikan bila kepala dah busuk, reputlah hingga ke ekornya.

Apa pun saya tak kisah dengan tulisan-tulisan begini. Dari zaman Abdullah Munsyi dah wujud tulisan sebegini. Kepada penulis, terkan menulis. Semoga kita sama-sama dapat belajar dan berusaha untuk kebaikan kepada semua manusia.

adey manis said...

setuju.. kita dah byk bekap. dats why ank mlayu x heran ape nk jd... huhu.. malu dgn org cina.

DoDu@HaHA said...

bagus faiez!!

Kita jangan asyik nak menilai orang, mnilai kualiti.. kenapa orang itu dapat lebih tapi aku tak..

Cuba fikirkan jalan keluar.. Solution.. Bagaimana aku nak jadi macam diorang.. Bukannya salahkan dia,kau, sapa2 lagi..

salahkan orang, tapi apa orang tu kesah.. dia tetap dapat apa yang dia sudah dapat.

Bersama majukan bangsa, agama dan negara kita.!!

benludin said...

"Amat jarang nak dapat orang Melayu di UK yang dibuang kerana ponteng kelas atau kerana merempit"

gilo apa nak merempit kat negara sejuk.lagi pun sana mana ada kapcai.kalau ada mesti mat salleh pun merempit..

b.u.l.a.n said...

Apa2 pun, Melayu tetap yang punya negara. Eh, Melayu dan Bumiputra Sabah & Sarawak ok! Kita punya hak istimewa, takkan nak bagi hak kita kat orang lain sepenuhnya sedangkan kita yang punya? Dalam masa yang sama, kita kena berusaha. Jangan leka, hanyut. Macam yang 'dia' kata dulu2: "Melayu mudah lupa." Jangan begitu.

Raison D'etre said...

Bros and Sis,
Kalau ikutnya tak brape elok asik kata Melayu Tak Bagus sebab bila selalu sebut dia jadi doa. Bayangkan kalau kita ramai2 doa "Melayu melayu", "Melayu merempit" "Melayu" mengitu, "Melayu" mengini, lama2 jadi le apa yang kita "inadvertantly" doa.

Apakata kalau kita cakap yang best2 walaupun pada hakikinya takdak pa sangat yang best pun.

Paling tidak pun kalau makbul 10% pun dah ada titik mula, ye tak?

Tapi yang tak bestnya, akhbar Orang "Melayu" yang tersohor pages belakang sampai 3, 4 laman iklan 4D. Konon nak mudahkan dapat keputusan. Ntah sapa la yang dapat untung dari situ yek?

Tu yang Melayu makin melayu tu. Sokong bawak rebah.

PS: Zaman aku muda dulu aku berlumba ngan member Cina, kadang aku depan, kadang dia depan. Sama2 rajin, sama2 pulun. Hat member India reja dok naik main bola jadi dia biar saja orang lain pulun belajar.

thoyol said...

Good article Mohd Faiez. Tahniah..


Aku percaya kalau kita lihat kat Private School atau Sekolah Anak Orang-orang Kaya pun, ramai yang bersikap selesa. Tanpa mengira bangsa.

Pendek kata sifat selesa itu yang merosakkan dan malangnya Melayu yang selalunya selesa..

Kalau tak sungguh, takkan orang kata..

Haih..

Taf Teh said...

Saya pernah bertanya sendiri sahabat Cina saya kenapa mereka kuat bekerja dan lebih berjaya.

Dan jawapan sahabat Cina saya, yang lebih menarik dan sudah tentu juga valid, tiada dalam artikel ini.

Penyelidikan dari segi bacaan, observasi dan 'direct interview' kadangkala akan memberi jawapan yang berbeza.


;-(

Buah Pulasan said...

Salam,

Aku sedikit dan sebanyak ada juga bersetuju mengenai hal surival kaum-kaum yang datang ke negara kaum lain dan yang lain-lain.

Cuma,soal siapa yang malas atau apa bagi aku bukan bergantung pada bangsa dan warna kulit kamu.Semuanya tentang kesedaran diri.

Mahu atau tak mahu berusaha.Melayu yang merempit,kerana dia mahu merempit.Itu kemahuan nya.Sama seperti Cina yang menjadi tokan dadah,itu kemahuannya.

Bagi aku,sesiapa pun,bahkan orang Senoi,Negrito,Iban,Jepun,Benggali dan lain-lain jika hati mereka juga mahu menjadi tokan dadah dan mat rempit,itu ada lah kemahuan mereka.

Soal bangsa dan kaum,langsung tak berkait bagi pandangan dan penglihatan aku.

Apapun,penulisan ini aku harap membuka mata manusia khususnya di Malaysia agar berhentikan lah soal bangsa ini.Tak bawa kemana dan sangat dangkal.

Tak perlu ada tuan,ada hamba dan apa.Jadi diri sendiri dan kita sama-sama raikan kepelbagaian.

Wassalam,boss.

rudy bluehikari said...

yang ini saya sangat setuju. Pengalaman hidup tercampak di Jepun dulu (dgn komuniti melayu cuma 5 org sahaja) mmg benar-benar mengubah diri.

kelompen said...

tuan
kemanusiaan seringnya hilang
bila dewasa kita
tidak mengenal erti derita
dalam kehidupan...
melayu mudah lupa
bila di tahap 'selesa'..
setuju...

Anonymous said...

1. tulisan ini ada kebenaran....
2. seorang kawan mengajukan pandangan kepada saya yg suka membuat papan tanda... buka kedai!!!
3. cuba lihat di kawasan perumahan..lot kedai dimonopoli kaum cina... melayu tiada pasaran... jadi buka kedai bukan idea yg bagus...
4. cina juga ada perasaan perkauman...
5. tetapi... jika rajin dan disiplin.. sesiapa pun akan berjaya!