Tuesday, December 01, 2009

tahi bintang

yang kuimpikan itu bintang

yang kuimpikan itu bintang
yang tak mungkin jatuh keribaanku
yang pasti jatuh dan tersungkur
hanyalah aku

azam/dis2009

Malang bagi kamu,ketagihan untuk mengulas datang lagi.Dan kali ini saya pilih sajak si azam. Entah siapa dia dan saya tidak peduli.

Sajak ini memang layak dijadikan tema dan maksud hidup bangsa melayu malaya. Sajak ini mengumpul semua lagu melayu dari tahun 30an sehingga 100 tahun dari hari ini.

Sajak ini amat baik untuk menjimatkan masa. Dengan membaca sajak ini,kamu otomatis telah membaca kebanyakkan buku fiksi melayu malaya.

Sajak ini juga merangkumi semua wayang melayu malaya. Cuma sedikit malang,sajak ini hanya memperkatakan tentang filim-filim yang diterbitkan setelah filim Azura. Filim sebelumnya langsung tidak disentuh.

Mari saya terangkan mengapa.

Semua melayu malaya cita-citanya adalah 'mencapai bintang'. Frasa mula dalam jalan mencapai impian tersebut,mereka adalah gambaran kekuatan.

yang kuimpikan itu bintang

Lihat betapa gahnya impian si azam. mahu bintang. Kamu tahu bintang? Ya,yang dilangit sana. Yang kadang lebih besar dari bulan dan kadang lebih besar dari bumi. Maka impian ini adalah sesuatu yang amat mengagumkan. Kita patut jaki kepada si azam yang mempunyai impian yang sangat tinggi. (bintang duduknya dilangit,maka impian itu digambarkan tinggi,faham?)

Perlambangan tingginya cita-cita diwakili oleh bintang adalah lamputinggi dalam karya ini. Saya suka.

Kamu jika mengenali si azam layak berbangga setelah membaca rangkap ini. Jika kamu berhenti membaca sajak ini disini, maka halal bagi kamu untuk mengadakan kenduri kendara meraikan impian agung si azam ini.

Kemudian dari itu, dia mampus. Seperti banyak melayu malaya.

Baru pasang angan-angan sudah menyerah kalah. Seperti kote yang keras sebelum ... err.. yang itu. Apabila ini berlaku, menyerah sejurus bercita-cita,kamu bukan sahaja melukankan hati kamu sendiri bahkan segala makhluk sekeliling akan menerima padahnya.

Jika kamu bergerak sedikit, maka keadaan keliling kamu akan berubah. Walau jika impian kamu tidak terlaksana walau setelah berkerja, maka layak amat kamu untuk kecewa. Walau bagaimana pun,meraikan kekecewaan adalah kebodohan mutlak.

Gerak untuk mencapai impian kamu walau selangkah telah merubah banyak perkara. Paling kurang selipar yang kamu pakai akan makin haus dan akan mengakibatkan kemungkinan pengeluaran selipar dunia akan bertambah satu pasang. Disini kamu telah menambah rezeki sekurang-kurangnya satu orang.

Malangnya, serangkap azam memasang cita-cita,tiga rangkap selangjutnya adalah perilaku ahli neraka paling bawah.Bahkah lebih dari itu kerana katanya ahli neraka paling bawah sekalipun masih berharap masuk ke sorga.

Merintih,menyerah dan berputus asa. Kerana itu saya katakan sajak ini layak menjadi katagiat seluruh umat melayu malaya. Tampal di dahi jika perlu.

yang tak mungkin jatuh keribaanku
yang pasti jatuh dan tersungkur
hanyalah aku


"yang tak mungkin,yang pasti .." belum buat lagi,tetapi sudah tahu keputusan. Samada siazam ini wali keramat ataupun bomoh sesat kerana tahu perkara yang belum berlaku. Wali keramat pun rasanya tidak tahu maka layaklah kita merumuskan yang azam adalah bomoh sesat.

Timbul keinginan dalam diri saya yang anti melayu malaya ini untuk menyarankan agar si azam ini membunuh diri bagi mengembirakan hati saya.

Bercita-cita dan bercerita mengenai cita-cita adalah bagus. Berusaha menrealisasikannya pula adalah terlebih bagus. Melainkan jika kamu dilahirkan di Kuala Lipis, ibu kamu bekas sarjan Polis. Kamu kesekolah tumpang jiran sebelah dan bercerita bila dewasa yang kamu sejak dari kecil memang bercita-cita mahukan PRADA sebagai tas tangan. Tak lojik sangat tu.Ke Kuantan tidur Hotel Tong Nam Ah,Prada.. Tapi,ialah...orang Kuala Lipis...

Kemudian merajuk bila dimarah kerana datang lambat untuk minum-minum,seperti dR. ali. Eh! dR. ali orang Raub! kamu kata. Alah,Raub,Lipis apa bezanya.Darat,kata saya.

Oh! Saya akan ke Johor Bahru Khamis ini kerana orang JB rupanya amat pandai menilai hasil seni. (uhuk!)

8 comments:

Or Talk Cap A City Ran Daa~ said...

Jika kamu tidak malas, kamu bukan melayu. Jika kamu tidak tamak, kamu bukan cina. Jika kamu tidak tikam belakang, kamu bukan india. Dan jika kamu ada semuanya, kamulah 1Malaysia..hehe! Bravo!

Bagus en.AJ, baru semua melayu rasa..

Panglipulara® said...

pak jones, takkan melayu takat prada je kot...? dah abih sukat ke tu...?

cia said...

si azam tu nak yg tinggi...tapi dia tahu dia takkan dapat.....so cita2 dia tu hanya angan2...ilmu tanpa amal adalah sama dgn amal tanpa ilmu...sia sia....

mcm ,rugi tak makan daging babi kalau memang taknak islam.......

benludin said...

beruntung jadi org lepih ni ye

Raison D'etre said...

Azam Pak Kaduk?

Mimpi mengazamkan yang indah indah?

Tercepuk di hasrat yang melayu?

Bintang tetap disitu kita tetap disini.

Sana sini situ.

reverie said...

Review sajak kali ini saya suka. Merangsang.

2121studio said...

aik.. ada juga nama kawan dikaitkan... patutlaa tersedok-sedok kawan..
mana ada merajuk weh..
cepat sangat awok menghukum..

Unknown said...

Salam,
...membaca ulasan sajak yang tuan buat amat memberahikan!
Bebas,lapang diawangan,tak ada membodek, mengampu dan kurang menjilat!
.....aaaaaaaaaarr nak lagi!!