Dulu, kerana sangat kaya,kami tubuhkan studio ini.
Dua tahun selepas itu akibat panas hati tambahan pula wang simpanan masih terlalu banyak dan tidak luak-luak bahkan bertambah dek riba, kami tubuhkan ini pula.
Kami faham jika dulu kamu tidak mahu ke Kuantan melawat studio kami. Apa-lah sangat yang ada dengan Kuantan, penduduknya bodoh-bodoh,pentakbirnya pula tersangat jahat.Yang menjadi daya penariknya pula hanya sistem letak kereta berkupon. Skim cepat kaya Yahudi. Kamu beli kupon dan tidak ada jaminan yang kamu akan mendapat petak letak. Mereka kekal untung. Tapi,ia-lah,orang bodoh memang selalu ditipu skim cepat kaya.
Contohnya;Kamu diajar membuat pinjaman bank. Dapat 23ribu ringgit,kamu bayar kepada tokeh. Tokeh berikan 10 mesin kisar air kepada kamu. Jual semua,kamu untung 4ribu ringgit. Tokeh beli mesin kisar air 200ringgit satu. Untung tokeh pecah kalkulator mengira.Kamu 15tahun bayar hutang bank. Kemudian tokeh sarankan kamu menjadi model iklan,kamu bersorak gembira seperti kote tambah sejengkal. Di talivisyen kamu sekeluarga melahirkan rasa syukur kepada Tuhan. Dirumah ada lagi sembilan mesin kisar air. Sampai kiamat kamu semua sihat akibat meminum air keramat.Tokeh untung kamu sihat. Menang-menang.
Tapi jika kamu di sekitar Temerloh atau paling tidak pun di Kuala Lumpur dan tidak datang ke galeri kami di Temerloh, kamu memang kurang ajar.
Kemudian dari itu,kami jemput pula kamu semua ke majlis dibawah.Tidak ke-hairan-hati kamu melihat kami yang bukan sahaja kaya dan sombong, bahkan budiman pula.
Nanti jika kamu datang dan makanan yang kami sediakan tidak cukup, jangan cemuh. Pergi kekedai dan beli.Usai majlis kami, bergegas-lah kamu pulang dan mula memblog perkara-perkara yang baik sahaja terhadap kami.Jadikan wartawan akhbar kerajaan sebagai teladan.
Kepada kawan-kawan yang suratkhabar dan televisyen, datang.
*ada typo di papantanda galeri Temerloh ,tetapi kerana kami kaya dan sombong lagi budiman,kami biarkan sahaja.
Thursday, December 31, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
siapa yg bertali leher depan pintu studio tu..ahlong ke? hehe
tempat bayar saman sebab tak letak kupon pun cantik dan daya penarik pada kuantan juga haha..
hai o ke? lecturer saya pun pernah tarik saya masuk ni dulu. sori tak berminat.
p/s:sebelum saya pergi dari bumi gambang buat selama2nya, akan saya jejakkan kaki ke rajawali studio itu. paling tidakpun datang sekejap selepas/sebelum hari konvo. insyaAllah.
Patutlah studio dan galeri semakin banyak, rupa-rupanya orang-orang kaya dah semakin panas.....
nasib baik gua lipis. orang lipis2 jee cool
Bestnya jd orang kaya seni..panas hati sikit buka galeri baru, tak lah macam ada org kaya tu bila panas hati sikit cari dan dapat bini baru
bro sku baru samapi kuantan nie...bagaimana mau di cari
bole lah keh tumpang menyidai kanvas disini esuk-esuk ye..ahak..ahak..minat nak lukih kepala besar orang kaya..:)
aku cukup suka perumpamaan skim cepat kaya pak jones..
bersorak bagai kote tambah panjang sejengkal..
HIP HIP HOORAY!!!
haha..
AJ,
Naikkan juga sepanduk terbesar penuh warna-warni oleh pelukis- pelukis tanahair. Katakan kita tidak setuju dengan keputusan Mahkamah bahawa ALLAH itu tidak boleh dikongsi dengan agama-agama lain selain Islam.
KOOL. Bila pulak nak kasi warna merah itu banggunan.
AJ,
Kalo koi sempat, koi balik Temerloh Ahad ni beri sokongan kat studio awok orang.
Syabas dan tahniah!
InshaAllah, nak tgk org kaya, sombong dan budiman :)
yearghh
aku telah singgah ke galeri
yg dalam tempoh siap.
singgah dan lepak lepak. letak antara klinik sulaiman dan JBA temerloh. blakang opis aku..
huh bes ada tempat lepak nt, banyak ble tengok dan kongsi.martabatkan seni..hormat senalor
Post a Comment